pantun mari membaca dan lirik nilam

3
PANTUN MARI MEMBACA Bunga melur dalam jambangan, Di tepi kolam menjadi hiasan. Kucipta pantun buat renungan, Semarak Nilam empunya wawasan. Cerana kesumba indah melati, Cantik tersemat dambaan puteri, Ilmu ditimba sepenuh hati, Kekuatan umat minda bestari. Harum sungguh bunga kemboja, Bunga karangan cantik tersemat, Janganlah membaca kulit sahaja, Telitilah kandungan sehingga tamat. Mekar angsana pandang tak jemu, Bunganya luruh ke dalam raga, Buku laksana lautan ilmu, Dasarnya penuh mutiara berharga. Daun nipah kajangnya rapat, Hidangan tetamu di Kuala Maran, Buku menyimpan berjuta maklumat, Fakta, ilmu, cereka hiburan. Pohon pedada di dalam taman, Jadi idaman si anak rusa, Marilah rakan marilah teman, Kita membaca sepanjang masa. Meniti senja biasan mentari, Merkah setitis menjelang kabut, Bacalah baca setiap hari, Tak akan habis ilmu dituntut. Cantik sungguh si bunga kejora, Buat hiasan di hari raya,

Upload: nrazma

Post on 13-Apr-2016

504 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

word

TRANSCRIPT

Page 1: Pantun Mari Membaca Dan Lirik Nilam

PANTUN MARI MEMBACA

Bunga melur dalam jambangan,Di tepi kolam menjadi hiasan.Kucipta pantun buat renungan,Semarak Nilam empunya wawasan.

Cerana kesumba indah melati,Cantik tersemat dambaan puteri,Ilmu ditimba sepenuh hati,Kekuatan umat minda bestari.

Harum sungguh bunga kemboja,Bunga karangan cantik tersemat,Janganlah membaca kulit sahaja,Telitilah kandungan sehingga tamat.

Mekar angsana pandang tak jemu,Bunganya luruh ke dalam raga,Buku laksana lautan ilmu,Dasarnya penuh mutiara berharga.

Daun nipah kajangnya rapat,Hidangan tetamu di Kuala Maran,Buku menyimpan berjuta maklumat,Fakta, ilmu, cereka hiburan.

Pohon pedada di dalam taman,Jadi idaman si anak rusa,Marilah rakan marilah teman,Kita membaca sepanjang masa.

Meniti senja biasan mentari,Merkah setitis menjelang kabut,Bacalah baca setiap hari,Tak akan habis ilmu dituntut.

Cantik sungguh si bunga kejora,Buat hiasan di hari raya,Marilah sahut seruan negara,Bangsa membaca bangsa berjaya.

Page 2: Pantun Mari Membaca Dan Lirik Nilam

Lirik Lagu Nilam

Membaca dan belajar amalan hidup muliaJadikanlah panduan wawasan andaNILAM program membaca memberikan semangatMembaca dengan jaya budaya kita

Bina tabiat membaca matlamat NILAM kitaGanjaran yang diberi tidak terhinggaJadi Rakan Pembaca juga capai JauhariPembaca yang bestari anugerah diberi

NILAM NILAM anugerah NILAMMenerangi Jalan suramNILAM NILAM anugerah NILAMIdaman pembaca jaya

Membaca dan belajar amalan hidup muliaBina tabiat membaca matlamat NILAM kitaDunia indah sekali pasti lebih berseriAmalan membaca menjana minda bestari

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/03/lirik-lagu-nilam.html#ixzz40qyKLAJd