panduan untuk tugasan proposal ar i

7
Panduan untuk Tugasan CARA MENULIS TAJUK A. ISU/FOKUS KEMAHIRAN BERBAHASA Contoh : 1. Penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran menulis karangan surat rasmi bahasa Melayu tahun 4 melalui kaedah penulisan terkawal. 2. Penambahbaikan amalan penggunaan Bahan Bantu Belajar (BBB) menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran lisan bahasa Melayu Tahun 5 3. Penambahbaikan amalan penggunaan Bahan Bantu Belajar (BBB) menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran membaca dan memaham bahasa Melayu Tahun 5 4. Penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran membaca dan memaham bahasa Melayu Tahun 5 dengan menggunakan teknik KWLH 5. Penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran membaca mekanis bahasa Melayu tahun 5 dengan menggunakan Big Book B. ISU/FOKUS AMALAN PEDAGOGI DALAM PdP 1. Penambahbaikan amalan pelaksanaan set induksi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu Tahun 5 dengan menggunakan TMK 2. Penambahbaikan amalan penggunaan teknik penyoalan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu Tahun 3 dengan menggunakan teknik penyoalan bercapah 3. Penambahbaikan amalan pengawalan kelas dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu Tahun 4 dengan menggunakan ganjaran positif ISI KANDUNGAN PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN 1

Upload: godokboy

Post on 26-Dec-2015

41 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

panduan

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Untuk Tugasan Proposal Ar i

Panduan untuk Tugasan

CARA MENULIS TAJUK

A. ISU/FOKUS KEMAHIRAN BERBAHASA

Contoh :

1. Penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran menulis karangan surat rasmi bahasa Melayu tahun 4 melalui kaedah penulisan terkawal.

2. Penambahbaikan amalan penggunaan Bahan Bantu Belajar (BBB) menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran lisan bahasa Melayu Tahun 5

3. Penambahbaikan amalan penggunaan Bahan Bantu Belajar (BBB) menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran membaca dan memaham bahasa Melayu Tahun 5

4. Penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran membaca dan memaham bahasa Melayu Tahun 5 dengan menggunakan teknik KWLH

5. Penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran membaca mekanis bahasa Melayu tahun 5 dengan menggunakan Big Book

B. ISU/FOKUS AMALAN PEDAGOGI DALAM PdP

1. Penambahbaikan amalan pelaksanaan set induksi dalam pengajaran dan

pembelajaran bahasa Melayu Tahun 5 dengan menggunakan TMK

2. Penambahbaikan amalan penggunaan teknik penyoalan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu Tahun 3 dengan menggunakan teknik penyoalan bercapah

3. Penambahbaikan amalan pengawalan kelas dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu Tahun 4 dengan menggunakan ganjaran positif

1

Page 2: Panduan Untuk Tugasan Proposal Ar i

ISI KANDUNGAN PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan(Bincangkan secara ringkas perkara-perkara yang berkaitan dengan penyelidikan tindakan) – Rujuk 1-3

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Menilai kembali pengalaman PdP yang berkaitan dengan fokus kajian dengan amat jelas. (rujuk muka surat 4-8)

1.3 Refleksi Nilai PendidikanRefleksi ini terhasil daripada refleksi pengajaran dan pembelajaran (1.2).Pastikan anda mengaitkan isu atau fokus penyelidikan dan intervensi yang akan dilaksanakan sama ada dengan teori, model, kaedah atau pendekatan ke arah penambahbaikan PdP penyelidik. (rujuk muka surat 9 – 11)

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

2.1 Isu KajianPerenggan pertama : Kaitkan pernyataan dengan topik kajian. (rujuk muka surat 18-19)

Perenggan kedua:Kemukakan isu/masalah kajian yang dipilih dengan tinjauan literatur/kajian-kajian yang lepas. (Bahagian ini membincangkan tinjauan literatur secara khusus berbanding dengan tinjauan literatur/kajian lepas dalam mana-mana bahagian yang lain) (rujuk muka surat 20). Masukkan “group citation” pada bahagian ini.

Perenggan ketiga:Kaitkan dengan kepentingan menjalankan kajian. (rujuk muka surat 21)

Perenggan keempat:Kaitkan dengan manfaat kajian kepada sama ada individu, kumpulan, organisasi, kementerian atau masyarakat umum. (rujuk muka surat 21)

2.1.1 Tinjauan awalPastikan anda telah melaksanakan tinjauan awal. (Tunjukkan bukti)Ada dinyatakan data diperoleh daripada instrumen tinjauan awal. (Anda perlu menggunakan triangulasi)

2.1.2 Analisis Tinjauan AwalAda dinyatakan cara data tinjauan awal dianalisis.(Anda perlu tunjukkan bukti)* 2.1.1 dan 2.1.2 Rujuk muka surat 22 – 30

2

Page 3: Panduan Untuk Tugasan Proposal Ar i

2.1.3 Kriteria Pemilihan Fokus KajianPastikan anda menilai fokus berdasarkan kriteria:a) Kebolehtadbiranb) Kepentinganc) Kebolehgunaand) Kawalane) Kolaboratiff) Kerelevanan kepada sekolah

* Huraikan dengan jelas dan terperinci. Rujuk contoh muka surat 34 - 37

3.0 OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif UmumContoh :Menambah baik amalan penggunaan Bahan Bantu Belajar (BBB) dalam pengajaran dan pembelajaran lisan bahasa Melayu.

Menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan

* Memberi pandangan umum dan menyeluruh tentang tujuan penyelidikan tindakan yang dilaksanakan

3.2 Objektif Khusus

Contoh:

a) Guru dapat menambah baik amalan (PENCAPAIAN TINDAKAN) penggunaan bahan bantu belajar untuk mengajarkan kemahiran bercerita murid Tahun 4 (FOKUS/ISU) dengan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TINDAKAN)

b) Guru dapat menambah baik amalan (PENCAPAIAN TINDAKAN) teknik penyoalan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu Tahun 4 (FOKUS/ISU) dengan menggunakan teknik penyoalan bercapah. (TINDAKAN)

c) Guru dapat menambah baik amalan (PENCAPAIAN TINDAKAN) pengurusan bilik darjah murid Tahun 3 (FOKUS/ISU) dengan menggunakan token. (TINDAKAN)

d) Guru dapat menambah baik penguasaan murid Tahun 5 (PENCAPAIAN TINDAKAN) untuk menulis karangan fakta (FOKUS/ISU) dengan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. (TINDAKAN)

e) Guru dapat menambah baik disiplin murid Tahun 4 (PENCAPAIAN TINDAKAN) dalam pengawalan kelas (FOKUS/ISU) dengan menggunakan ganjaran positif (TINDAKAN)

3

Page 4: Panduan Untuk Tugasan Proposal Ar i

f) Guru dapat menambah baik amalan (PENCAPAIAN TINDAKAN) dalam pemilihan sumber pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu Tahun 2 (FOKUS/ISU) dengan menggunakan bahan maujud (TINDAKAN)

g) Guru dapat menambah baik kemahiran berfikir murid Tahun 5 (PENCAPAIAN TINDAKAN) dalam pengajaran membaca dan memaham (FOKUS/ISU) dengan menggunakan i-THINK (TINDAKAN)

h) Guru dapat menambah baik penguasaan murid Tahun 2 Cemerlang (PENCAPAIAN TINDAKAN) untuk menulis ayat majmuk (FOKUS/ISU) dengan menggunakan gambar bersiri. (TINDAKAN)

* Ditulis secara eksplisit, boleh diukur dengan data yang dikumpul melalui alat kajian, dan kaedah dinyatakan dengan lebih spesifik.

3.3 Soalan KajianContoh :a) Adakah guru dapat menambah baik amalan penggunaan Bahan Bantu

Belajar untuk mengajarkan kemahiran bercerita murid Tahun 4 Perdana dengan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ? atau;

b) Adakah guru dapat menambah baik penguasaan kemahiran bercerita murid Tahun 4 Perdana dengan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi?

c) Adakah guru dapat menambah baik minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu Tahun 3 Waja dengan menggunakan bahan maujud sebagai bahan sumber pengajaran dan pembelajaran?

d) Adakah guru dapat membantu murid Tahun 2 Kenari menambah baik penguasaan mengeja dan membatangkan suku kata yang betul dengan menggunakan kaedah jari dan pergerakan tangan?

e) Adakah guru dapat membantu murid Tahun 3 Waja menambah baik penguasaan membina ayat tunggal dengan menggunakan bahan maujud sebagai bahan sumber PdP?

f) Adakah guru dapat menambah baik amalan kawalan disiplin murid Tahun 3 Waja dengan menggunakan ganjaran positif dalam PdP?

4

Page 5: Panduan Untuk Tugasan Proposal Ar i

4.0 KUMPULAN SASARAN

Perenggan pertama:Fokus kepada anda sendiri sebagai penyelidik.

Perenggan kedua:Fokus kepada murid

* Bagi kedua-dua sasaran tersebut, pastikan ada dibincangkan:a) Bilanganb) Jantinac) Jawatan/nama kelasd) Prestasi akademike) Ciri-ciri unik yang lain

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1 Perancangan Tindakan Kitaran Kajian 1

5.1.1 Perancangan (Plan)Anda perlu menyatakan model penyelidikan tindakan yang akan dipilih untuk menjalankan penyelidikan ini. Contoh : Model Kemmis dan Mc Taggart (1988). Masukkan rajah model dalam penyelidikan.

Seterusnya, anda akan membincangkan : (Apakah yang hendak /akandilaksanakan?)Kaedah/teknik/model/bahan dan sebagainya yang dipilih untuk dilaksanakan dalam PdP bagi menangani fokus/isu kajian tersebut. (Nyatakan juga rasional pemilihan strategi/kaedah/teknik/model/bahan dan sebagainya).

Anda juga perlu memilih mana-mana teori, strategi atau pendekatan PdP yang sesuai, misalnya Teori Behaviourisme oleh Skinner, Kontruktivisme, Kecerdasan Pelbagai dan sebagainya untuk disepadukan dalam PdP semasa intervensi tersebut. Teori, strategi atau pendekatan ini akan digunakan dalam PdP intervensi anda dan ditulis dalam RPH (Rancangan Pengajaran Harian) semasa intervensi tersebut.

Bincangkan tempoh pelaksanaan intervensi, kumpulan yang terlibat dan sebagainya dengan jelas.

5.1.2 Tindakan (Act) (Bagaimanakah cara-cara untuk melaksanakannya?)Penerangan tentang tujuan tindakan untuk setiap aktiviti yang akan dirancang.

Bincangkan cara-cara /langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam penyelidikan kitaran pertama ini dengan terperinci.

Anda perlu menyatakan cara pemantauan tindakan yang akan dilaksanakan untuk memastikan langkah-langkah yang telah ditetapkan dilaksanakan dengan sepenuhnya. Nyatakan juga mereka yang akan terlibat dalam pemantauan (Guru Pembimbing, Pensyarah

5

Page 6: Panduan Untuk Tugasan Proposal Ar i

Pembimbing, Guru Besar, Guru Penolong Kanan atau rakan penyelidik sendiri) dan instrumen pemantauan yang digunakan seperti Borang Perlakuan Guru, Borang PR1(untuk pelatih), dan sebagainya.

5.1.3 Pemerhatian (Observe) (Apakah yang akan diperhatikan semasa intervensi?)Terangkan perkara yang akan anda perhatikan dalam pemerhatian kitaran pertama ini?

Contoh : Anda menyatakan bahawa anda akan memerhatikan dan memperincikan perlakuan murid apabila teknik ganjaran positif dilaksanakan di dalam kelas.

5.1.4 Refleksi (Reflect) (Apakah refleksi kendirinya?)Anda akan menerangkan perkara yang akan dilihat dalam refleksi nanti. Contoh :Anda akan menyatakan bahawa anda akan melihat sama ada adanya kekuatan dan kelemahan intervensi pada kitaran pertama. Anda akan menyatakan akan membuat cadangan penambahbaikan terhadap kitaran 1.

5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data

5.2.1 Pemerhatian5.2.2 Temu bual Intrumen contoh yang diplih5.2.3 Analisis dokumen

*Tunjukkan alat contoh pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen yang akan digunakan dalam kitaran pertama.

5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data

5.3.1 Pemerhatian (senarai semak/rekod naratif dll)5.3.2 Temu bual (tema/kategori)5.3.3 Analisis dokumen (senarai semak/peratus/min dan sisihan

piawai/naratif)

* Tunjukkan kaedah data yang akan dianalisis dalam kitaran pertama.

5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan

5.4.1 Jadual Pelaksanaan

* Tunjukkan dalam bentuk jadual dan carta gant

5.4.2 Kos Kajian

* Tunjukkan dalam bentuk jadual.

6

Page 7: Panduan Untuk Tugasan Proposal Ar i

SENARAI RUJUKAN

* Anda perlu menunjukkan senarai rujukan yang telah digunakan dalam penyediaan proposal ini.

LAMPIRAN

* Anda perlu melampirkan bahan-bahan lain (Contoh : data mentah tinjauan awal,borang soal selidik, borang perlakuan guru dll) dalam proposal anda.

Nota :

1. Penambahbaikan mana-mana dalam panduan tugasan dan format penulisan proposal ini boleh dibuat hanya dengan persetujuan pensyarah penyelia masing-masing.

2. Buku Penyelidikan Tindakan Panduan Penulisan Laporan terbitan Freemind horizons (2013) yang digunakan sebagai rujukan utama ialah buku panduan untuk penulisan laporan (untuk semester ke-8 nanti). Dengan hal yang demikian, anda perlu mengubah suai cara laporan penulisan tersebut kepada cara penulisan proposal.

3. Anda digalakkan merujuk buku-buku panduan penulisan penyelidikan tindakan yang lain.

4. Anda dikehendaki menjalankan penyelidikan tindakan dalam dua kitaran.

Disediakan oleh:Ahmad Fazil Bin Zainal AbidinPenyelaras Penyelidikan TindakanJabatan Pengajian Melayu, IPG KTB

7