ar mark.docx

Download AR MARK.docx

Post on 07-Jan-2016

218 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

KAEDAH OPS-MATEMATIK DALAM MENYELESAIKAN PENAMBAHAN SEBARANG DUA NOMBOR YANG MELIBATKAN ANU BAGI TAHUN 5.

MARK NOEL JOHNNEY

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS PERLIS

JANUARI 2012

PENGESAHAN PENYELIA

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahanIjazah Sarjana Muda Perguruan............................................................................................

Tandatangan:Nama Penyelia:Tarikh:

PENGAKUAN

Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan:Nama penulis:Tarikh:

DEDIKASI

PENGHARGAAN

Pengkaji ingin blab la bla

ABSTRAK

Cchgcdfxzdzjgdgff hgcfhjfjhfljhfttdhgv

ABSTRACT

Nhdhbreagerabgehebrga ehgbavgaawg

KANDUNGANMuka Surat

PENGESAHAN PENYELIA

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI LAMPIRAN

PENDAHULUAN Pengenalan Refleksi Pengalaman Lalu Refleksi Sorotan Literatur

FOKUS KAJIAN Tinjauan Isu Kajian Analisis Tinjauan Kajian Analisis Dokumen Pemerhatian Temu Bual Refleksi Isu Kajian

OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN Objektif Kajian Soalan Kajian

KUMPULAN SASARAN

TINDAKAN Procedur Tindakan Cara Pengumpulan Data Pemerhatian Analisis Dokumen Temu Bual Analisis Data Pemerhatian Analisis Dokumen Temu Bual

DAPATAN / KESIMPULAN

REFLEKSI Pelaksanaan tindakan Dapatan kajian

CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

RUJUKAN

LAMPIRAN

SENARAI JADUAL

JadualMuka Surat

SENARAI RAJAH

SENARAI LAMPIRAN

PENDAHULUAN

PengenalanMatematik adalah satu subjek yang diajar dari sekolah rendah lagi. Pelbagai anggapan yang dibuat oleh murid berkaitan dengan matematik. Tidak kurang juga dengan anggapan yang negatif terhadap subjek tersebut. Hal ini sudah menjadi lumrah dan kebiasaan dalam kalangan murid-murid di sekolah tidak kira sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Hal ini berlaku adalah kerana murid-murid biasanya menganggap matematik satu subjek yang membosankan dan sukar. Kesukaran ini berlaku disebabkan oleh kefahaman murid yang rendah dan penguasaan kemahiran asas dalam pengiraan yang lemah. Operasi asas yang terlibat dalam pengiraan ialah tambah, tolak, darab dan bahagi. Penguasaan kemahiran asas yang lemah ini menyebabkan kesukaran dalam diri murid apabila melibatkan pemikiran algebra. Algebra menekankan konsep hubungan, generalisasi aritmetik serta manipulasi simbol (Kieran, 1990). Algebra memerlukan murid mempunyai kefahaman konsep yang tinggi dan kemahiran generalisai. Ciri pemikiran algebra ini dapat dilihat berdasarkan dua komponen pemikiran algebra iaitu komponen alat pemikiran matematik dan komponen idea asas algebra (Shriegler, 2001).Walaupun topik algebra telah mula didedahkan kepada murid sejak peringkat sekolah rendah atas atau peringkat sekolah menengah rendah di kebanyakan negara, namun masih terdapat ramai murid berasa bimbang dan tidak berminat untuk mempelajari topik yang dianggap terlalu abstrak ini (Martinez, 2002; Radford & Puig, 2007). Oleh itu, satu kajian telah dibuat dengan menggunakan kaedah Ops-Matematik untuk membantu murid untuk menyelesaikan penambahan dua nombor yang melibatkan anu.

Refleksi Pengalaman LaluSebagai seorang guru Matematik, pengkaji dapati bahawa enam orang murid daripada Tahun 5 Zamrud tidak dapat menjawab soalan matematik yang melibatkan anu dengan betul. Berdasarkan pemerhatian awal, pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa sebab murid tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan betul. Sebab yang pertama, murid gagal untuk menentukan operasi yang terlibat sama ada tambah ataupun tolak. Sebab yang kedua ialah murid gagal untuk membuat perhubungan ayat matematik tambah dan tolak serta menentukan nilai yang patut ditolak. Dalam erti kata lain, murid perlu tahu bahawa untuk membuat sebarang penolakan dua nombor, murid hendaklah menolak nombor yang mempunyai nilai yang besar dengan nombor yang mempunyai nilai yang kecil. Sebab yang ketiga ialah murid mengabaikan anu dan melakukan penambahan secara langsung. Terdapat juga sebab lain yang menyebabkan murid gagal menjawab soalan tersebut seperti kecuaian semasa melakukan pengiraan. Kecuaian semasa melakukan pengiraan adalah kebiasaan bagi murid-murid. Oleh itu, pengkaji bertanyakan beberapa soalan kepada murid. Salah satu soalan yang ditanya ialah apa yang kamu lakukan apabila mendapat soalan berkenaan dengan anu? Jawapan yang diberikan oleh murid ialah sama ada tidak tahu ataupun tambah sebarang nilai yang terdapat pada ayat matematik tersebut. Jawapan yang diberikan oleh murid tersebut memberikan kesan kepada diri pengkaji. Pengkaji merasakan penyampaian ataupun aktiviti yang dirancang tidak membantu murid untuk memahami dan menguasai topik tersebut. Hal ini menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran kerana murid tidak memahami konsep tersebut seterusnya menyebabkan murid kurang berminat untuk melibatkan diri di dalam aktiviti yang telah dirancang. Perkara ini bertambah buruk apabila murid tidak mahu membuat latihan yang diberikan oleh pengkaji. Latihan yang diberikan adalah untuk memantapkan lagi kefahaman murid mengenai topik tersebut. Oleh kerana murid tidak memahami topik ini, maka murid tidak berminat untuk membuat latihan. Justeru, pengkaji perlu menangani masalah ini agar tidak bertambah buruk. Daripada masalah yang pengkaji hadapi ini, pengkaji berpendapat bahawa masalah ini berpunca daripada aktiviti yang dirancang kurang memberikan kefahaman yang mendalam kepada murid. Oleh itu, timbul beberapa persoalan di minda pengkaji. Apakah yang patut pengkaji lakukan untuk membantu murid menguasai topik ini? Apakah tindakan yang patut diambil untuk mengatasi masalah ini? Justeru itu, pengkaji mengambil tindakan mengkaji permasalahan ini dan berharap dapat membantu murid untuk menyelesaikan penambahan dua nombor yang melibatkan anu.

Refleksi Sorotan LiteraturDi Malaysia, algebra merupakan satu perkataan yang asingbagi murid-murid di sekolah rendah. Perkara ini tidak mengejutkan kerana algebra tidak diajar secara formal atau secara langsung di dalam kelas. Walaupun algebra tidak diajar secara langsung di dalam kelas, tetapi penekanan kepada pemikiran algebra mula dimasukkan di dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baru diperkenalkan, murid tahap 2 turut diperkenalkan dengan algebra secara tidak formal. Murid-murid tahun 4, 5, dan 6 sudah diperkenalkan dengan istilah anu, penambahan melibatkan anu, penolakan melibatkan anu, pendaraban melibatkan anu dan bahagi melibatkan anu dalam ayat matematik. Pada peringkat sekolah rendah, penekanan terhadap pemikiran algebra lebih diutamakan. Perkara ini sangat penting kerana pada peringkat ini cara murid tersebut berfikir secara algebra adalah lebih penting berbanding kebolehan murid tersebut menjawab soalan matematik yang melibatkan algebra. Dalam proses memperkenalkan algebra kepada murid sekolah rendah ianya dimulakan dengan menghubungkaitkan proses arimetik yang mereka pelajari di dalam kelas ke dalam bentuk algebra. Sebagai contoh dalam operasi tambah, tolak, darab dan bahagi, murid boleh dilatih untuk menjawab soalan yang berbentuk proses songsangan.Sebagai satu contoh operasi yang sebelum ini diajar dalam bentuk 120 + 120 = _____ boleh ditukar kepada bentuk ___+ 120 = 240 atau 120 + ____ = 240. Melalui latihan bentuk begini, guru sudah mula membina pemikiran algebra kepada murid tersebut di mana murid mula berfikir dengan cara yang lain daripada kebiasaan mereka untuk mencari jawapan terhadap soalan yang dikemukakan. Dalam proses membina pemikiran algebra terhadap murid di peringkat sekolah rendah ianya hendaklah dimulakan dari pewakilan nombor yang bersifat konkritdahulu sebelum pergi kepada membina pemikiran algebra murid ke arah yang lebih abstrak.Terdapat beberapa kajian lepas (Kaur dan Boey, 1994; Stacey, 1997; English & Warren, 1994; Stephens, 2005) telah mendedahkan bahawa pelajar menghadapi kesukaran dalam menguasai konsep asas yang diperlukan dalam perkembangan kebolehan penyelesaian masalah algebra. Kaur dan Boey melaporkan bahawa faktor yang utama ialah masalah pemahaman konsep dan kemahiran membuat generalisasi. Hasil kajian tersebut telah mengenal pasti beberapa miskonsepsi algebra dalam kalangan pelajar tahun pertama (berumur 17 tahun) dari Kolej Junior di Singapura. Stacey (2000) dalam kajiannya mendapati terdapat pelajar yang masih keliru untuk mengenalpasti kuantiti yang tidak diketahui atau anu. Pelajar bukan setakat tidak dapat mengenalpasti anu dengan tepat malah fungsi penggunaan huruf yang digunakan juga kurang tepat. Stephens (2005) pula melaporkan miskonsepsi pelajar dari segi penggunaan huruf sebagai label objek berdasarkan awalan alphabet yang digunakan dan bukan melambangkan julat nilai tertentu.Selain itu, dapatan kajian oleh Stacey pada tahun 1997 di dalam kelas matematik telah melaporkan bahawa murid biasa didedahkan membina persamaan matematik dalam bentuk a + b = c seperti 2 + 3 = 5 berbanding dengan bentuk c = a + b mahupun a + b = c + d seperti 3 = 5 2 atau 2 = 5 3. Kelemahan pelajar dalam mempelbagaikan persamaan kepada bentuk yang lain menggambarkan pelajar lemah dalam melihat konsep hubungan , struktur dan konsep kesamaan dalam persamaan yang terlibat.Dari seg