ar huda.docx
TRANSCRIPT
1PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
1.0 PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Topik Makanan Dan Khasiatnya merupakan salah satu konsep yang terdapat dalam
sukatan pelajaran sekolah rendah untuk murid tahun dua. Topik ini terkandung dalam Sains
Hayat dan standard kandungan bertemakan Manusia dan perlu memahami manusia
mempunyai keperluan asas untuk hidup. Kajian saya memfokuskan kepada standard
pembelajaran yang membolehkan murid mengenalpasti makanan yang memberi tenaga,
membantu tumbesaran dan membantu menjaga kesihatan. Murid perlu menaakul kepentingan
pelbagai jenis makanan kepada manusia dan membuat pengkelasan makanan dengan tepat
dengan rasa seronok dan santai. John Dewey (1998) dalam Nanu Meneon (2008) mengatakan
aspek keseronokan adalah hak setiap kanak-kanak. Oleh itu, wajar kiranya bermain
diintegrasikan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) supaya murid- murid
dapat melibatkan diri secara aktif dalam kelas
Justeru itu, saya telah merancang kaedah yang menggunakan bahan bantu mengajar
(BBM) yang boleh meningkatkan daya ingatan dan seterusnya menarik minat murid-murid
untuk menguasai tajuk Makanan dan Khasiatnya dengan menggunakan kaedah PdP yang
melibatkan murid-murid secara langsung iaitu mengaplikasikan teknik permainan secara
berkumpulan melalui kaedah “Wheel Dreams”.
Menurut Asmah Suboh (2005) ingatan adalah proses mental yang menyimpan
perkara-perkara yang dipelajari dan kemudiannya mengeluarkan kembali sebagai tindakbalas
dalam situasi yang diperlukan seperti menyelesaikan masalah dan aktiviti PdP yang
selanjutnya. Katanya, daya ingatan boleh diperkuatkan dari semasa ke semasa dan banyak
teknik yang boleh digunakan untuk memperkukuhkan ingatan.
2PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
Azri Aziz (1994) menyatakan bahawa sebanyak 85% daripada apa yang kita ingat dan
pelajari datangnya daripada penglihatan kita. Semakin kerap murid melihat sesuatu benda
semakin mudah untuk mereka mengingati. R.C.F. Krueger pula mengatakan apabila individu
mahu menghafal sesuatu maklumat, dia terus mengulang-ulang apa yang sudah dihafalnya
supaya betul-betul ingat walaupun sudah dihafal.
Jean Piaget (1962) dalam Mok Soon Sang (2011) mengatakan bahawa tujuan main
ialah menggerakkan perkembangan kognitif kanak-kanak, di samping memperkukuhkan
pembelajaran baru yang diadakan serta membenarkan pembelajaran baru dijalankan dalam
suasana santai. Noraini Ahmad (1993) juga mengatakan sesuatu subjek atau perkara yang
diminati adalah lebih mudah untuk diingati.
Menurut Hasyim (2000) dalam Abdul Rahim Hamdan (2006), minat secara
keseluruhan sebagai pemboleh-pembolehubah motivasi. Minat pelajar amat penting kepada
pembelajaran kerana minat boleh menghasilkan motivasi untuk menggalakkan pelajar dalam
pembelajaran dalam bilik darjah.
3PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
1.2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Saya telah diberi tanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran Dunia Sains Dan
Teknologi bagi Tahun 2 Harapan. Saya telah mengajar beberapa topik dalam Sains Hayat
yang menjurus kepada topik Makanan dan Khasiatnya, Saya berasa seronok kerana murid
saya menunjukkan minat yang mendalam terhadap topik ini kerana mereka dapat mengetahui
jenis-jenis makanan yang perlu dalam diet harian mereka. Saya juga sangat seronok
mendengar luahan hati mereka dan menyangka keseronokan mereka pasti mampu membantu
meningkatkan pemahaman terhadap konsep makanan dan khasiatnya. Namun, jangkaan saya
meleset sama sekali kerana setelah menganalisis keputusan ujian bulanan awal Februari yang
lalu. Daripada 23 orang murid, hanya 14 orang sahaja yang menjawab soalan dengan tepat
dan mampu mengelaskan jenis-jenis makanan dan khasiatnya pada jadual yang telah
disediakan dalam set soalan tersebut. Selebihnya, iaitu seramai 9 orang murid tidak
memenuhi kriteria jawapan yang betul.
Berdasarkan pengalaman mengajar PdP yang lalu, saya dapati masalah penguasaan
konsep khasiat telah menyebabkan mereka tidak dapat menguasai pengkelasan makanan
kepada khasiatnya. Murid saya juga mempunyai daya mengingat yang rendah dan mereka
mempunyai masalah mengekalkan daya tumpuan terhadap proses PdP. Setiap kali soalan
diajukan kepada mereka, mereka tidak menjawabnya dengan tepat dan memuaskan. Begitu
juga ketika menjawab soalan di dalam lembaran kerja. Saya dapati ramai dalam kalangan
murid saya bukan sahaja tidak dapat menjawab soalan yang diajukan berkaitan khasiat
makanan malahan jawapan bertulis mereka juga kurang memuaskan. Apabila diberi latihan
berkenaan makanan dan khasiatnya, mereka keliru untuk mengenalpasti makanan yang
memberi tenaga, membantu tumbesaran.
4PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
Sehubungan dengan itu, saya perlu mengambil serius dan segera mengambil langkah
mengatasinya. Kesan dari masalah ini secara langsung akan mengakibatkan prestasi merosot
dari masa ke semasa dan akan mengganggu tahap pencapaian semasa ujian dan peperiksaan
kelak. Saya mendapati terlalu sukar untuk saya menerangkan bahawa makanan terbahagi
kepada tiga jenis khasiat dan mereka juga tidak dapat menentukan khasiat untuk semua
makanan yang dinyatakan.
Berdasarkan pengalaman amalan PdP saya yang dilaksanakan sebelum ini, saya
mengajar murid-murid saya dengan menyangkan video koswer yang menunjukkan jenis-jenis
makanan dan khasiatnya kepada mereka. Saya yakin, murid-murid akan dapat melihat dengan
lebih jelas dan faham jenis khasiat makanan melalui penggunaan gambar di dalam power
point tersebut. Saya menggunakan “pause and explain” iaitu menghentikan seketika video
yang diamainkan dan menjelaskan konsep-konsep yang terlibat menggunakan bahasa yang
mudah. Menurut David Reiss (2007), pembina bahan media pengajaran mampu mengawal
tumpuan dan perhatian pembelajaran murid. Hal ini diperkukuh lagi dengan penggunaan
fungsi main semula atau playback function bagi video dan audio yang mampu merangsang
bahagian emosi otak. Akibatnya pengguna menjadi lebih sensitif dan terlibat dalam media
yang digunakan walaupun tidak secara logikal. Dalam hal ini, video mempunyai potensi
untuk digunakan bagi tujuan pembelajaran dan meningkatkan pemahaman murid saya tentang
makanan dan khasiatnya.
Menurut Macknight (1981) pula, penggunaan klip video sebagai bahan pengajaran
boleh membawa situasi sebenar dalam kehidupan ke dalam bilik darjah dan yang lebih
penting lagi membolehkan murid yang mempelajari subjek bahasa, melihat dan menonton
penggunaan bahasa yang autentik secara lisan dalam suasana yang bermakna dan terkawal.
5PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
Suasana autentik yang ditonton boleh mempengaruhi pemahaman murid agar bertambah
baik.
Penggunaan Multimedia dapat memenuhi ciri yang keenam daya ingatan seseorang
dapat menyimpan iaitu 90%. Ini kerana Multimedia mempunyai elemen-elemen teks, grafik,
video, audio dan animasi yang boleh dipersembahkan secara serantak (Faizah A. Karim et al,
2005).
Daripada pembacaan, saya mendapati penggunaan koswer sangat berkesan dalam PdP
serta membantu meningkatkan prestasi murid dalam pelajaran di samping menarik minat
mereka untuk belajar. Walaubagaimanapun. dengan hanya mendengar dan melihat, masih
belum cukup untuk menjelaskan konsep-konsep yang abstrak. Hal ini adalah kerana koswer
hanya boleh manjadi satu mod persembahah yang baik tanpa menilai pemahaman pelajar. Ini
dibuktikan telah dengan penumpuan penuh tidak diberikan ke arah skrin putih ketika bahan
koswer ditayangkan, ini adalah disebabkan bahan yang saya gunakan disediakan oleh pihak
PPSMI yang mana ianya menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Murid
tidak faham maksud perkataan serta ayat-ayat yang dibualkan di dalam video tersebut.
Saya cuba mengatasi kekurangan tersebut dengan mengadakan aktiviti perbincangan
secara berkumpulan di dalam kelas agar murid-murid saya dapat berkongsi idea antara
mereka ketika aktiviti berkumpulan di dalam kelas. Gaya pembelajaran berkumpulan juga
dikenali sebagai pembelajaran koperatif. Menurut Slavin (1982); Johnson & Holubec,
Edythe. J (1990); Kagan (1992), pembelajaran koperatif ialah kaedah pembelajaran
kerjasama yang memerlukan pelajar bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas
pembelajaran rakan sekumpulan mereka. Pembelajaran berkumpulan merupakan belajar dari
semua peringkat pencapaian, belajar bersama-sama membantu antara satu sama lain untuk
mencapai satu matlamat pembelajaran.
6PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
Namun, penglibatan murid berkoperatif semasa PdP berlangsung tidak seperti yang
diarahkan. Murid menyatakan arahan yang diberikan oleh saya tidak jelas dan terlalu umum
kerana saya tidak menggunakan bahasa yang mudah mengikut peringkat usia mereka. Selain
itu, mereka memaklumkan bahawa mereka segan dan malu untuk berkomunikasi dengan
rakan sekumpulan kerana segelintir ahli kumpulan mereka yang terlalu teruja untuk
memberikan jawapan secara individu tanpa menghiraukan fungsi ahli dalam kumpulan
hinggakan ahli yang pasif ketinggalan maklumat.
Selain itu saya banyak merujuk kepada buku teks apabila mengajar di dalam kelas.
Oleh sebab itu, unsur kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif serta kemahiran
menghubung kait dalam Kemahiran Proses Sains tidak dapat ditekankan. Menurut Noraini
(2001), kebanyakan guru pada hari ini hanya tertumpu kepada buku teks sahaja dan mengajar
berpusatkan guru. Alasan yang diberikan adalah untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan
kekurangan masa. Mereka lebih menumpukan kepada untuk menghabiskan sukatan pelajaran
semata-mata sebelum peperiksaan menjelang tiba.
Menurut Ee Ah Meng (2003), aspek peperiksaan yang ditekankan dalam sistem
pendidikan menyebabkan guru-guru cuba menghabiskan sukatan pelajaran walaupun masih
ada pelajar yang lemah. Walaubagaimanapun, penggunaan buku teks dalam PdP perlulah
mengikut keadaan dan aktiviti yang dijalankan. Svinicki dan McKeachie (2010) pula
berpandangan bahawa setelah bertahun-tahun mengajar, mereka melihat penggunaan buku
teks adalah lebih efektif untuk pembelajaran murid berbanding bahan rujukan lain jika
menggunakannya secara betul dan efektif.
Dalam amalan pengajaran yang lalu, saya telah menggunakan kaedah yang sama iaitu
tayangan video koswer, menggunakan buku teks serta mengadakan perbincangan secara
koperatif berdasarkan kepercayaan bahawa kaedah ini mampu memberikan kesan positif ke
7PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
atas murid-murid saya. Banyak juga kajian-kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa
kaedah tayangan video koswer dan berbincang secara koperatif sangat berkesan dalam
meningkatkan pemahaman murid terhadap pengajaran di dalam kelas.
Hasil temubual saya bersama guru Sains lain, saya dapati mereka juga menggunakan
kaedah yang sama iaitu mengadakan perbincangan kumpulan, menggunakan buku teks serta
menayangkan video koswer. Boleh juga dikatakan bahawa kaedah yang digunakan tidak
sesuai kerana terdapat kelemahan yang harus diperbaiki semasa menjalankan aktiviti kerana
melalui tayangan video koswer, murid hanya dapat mendengar penerangan saya dan juga
audio dan melihat gambar serta animasi yang dipaparkan. Mereka tidak dapat melibatkan diri
dalam aktiviti secara hand-on dan juga mind-on. Oleh sebab itu, mereka cenderung untuk
menghafal tanpa memperoleh pengetahuan dan juga kemahiran baharu.
Oleh itu kaedah-kaedah tersebut didapati kurang berkesan untuk PdP saya. Hal ini
menunjukkan bahawa wujudnya jurang antara amalan pengajaran lalu dengan kepercayaan
saya terhadap keberkesanan kaedah tayangan video koswer. Oleh itu, untuk merapatkan
jurang yang berlaku. Saya harus memikirkan satu kaedah yang berkesan bagi membantu
murid meningkatkan kemahiran mereka menentukan makanan dan khasiatnya.
Saya telah membuat pengumpulan data awal dengan melaksanakan tiga kaedah
pengumpulan data untuk mengenalpasti kaedah pengajaran melalui kaedah analisis lembaran
kerja, ujian bertulis dan temubual.
Ketika sesi PdP yang lepas, saya telah mengedarkan soalan lembaran kerja kepada
semua murid tahun 2 Harapan setelah tamat pengajaran dalam tajuk tersebut. Soalan yang
dikemukakan mengandungi 12 soalan struktur yang dianalisis secara peratus (LAMPIRAN
A). Semua soalan struktur merangkumi tajuk yang berkaitan dengan Makanan Dan
8PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
Khasiatnya. Murid dikehendaki mengelas makanan ke dalam jadual yang disediakan. Masa
yang diperuntukan adalah selama 15 minit. Rumusan analisa lembaran kerja dalam Jadual 1
menunjukkan seramai 9 orang murid mencapai gred cemerlang, 5 orang sederhana manakala
9 orang lagi adalah lemah.
Jadual 1
Analisa lembaran kerja
Pencapaian Peratus (%) Bilangan murid
Cemerlang
Sederhana
Lemah
80-100
50-79
0-49
9
5
9
Setelah melihat rumusan analisa lembaran kerja murid, lalu ujian bertulis telah
dijalankan kepada 9 orang murid yang lemah pada 12 Februari 2015. Ujian bertulis ini
mengandungi 6 soalan betul atau salah dan 8 lagi soalan struktur berkaitan tajuk ini
(Lampiran B). Masa yang diperuntukkan adalah selama 30 minit dan dijalankan selepas
waktu kelas jam 12.45 -1.15 petang. Hasil tinjauan awal mendapati semua murid ini
mengalami masalah yang sama walaupun berada di kelas yang kedua terbaik.
Kebanyakannya masih keliru untuk meletakkan makanan ke dalam kumpulan yang tepat.
Contohnya, mereka meletakkan telur ke dalam kumpulan makanan untuk tenaga, sebaliknya
jawapan yang tepat adalah ke dalam kumpulan untuk tumbesaran.
Ini dibuktikan dalam markah ujian bertulis yang dirumuskan dalam jadual 2, Semua
responden ini hanya berjaya mendapat markah di bawah 10/14. Ini bermakna mereka tidak
9PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
berjaya mencapai tahap cemerlang. 3 daripada mereka hanya berada pada tahap sederhana
dan 6 orang lagi berada pada tahap lemah.
Jadual 2. Analisa Ujian Bertulis.
BIL MURID MARKAH
1. A 5/142. B 6/143. C 4/144. D 6/145. E 6/146. F 6/147. G 7/148. H 7/149. I 7/14
Keputusan tersebut telah mendorong saya untuk menemu bual beberapa orang murid
di kelas tersebut. Mereka menyatakan bahawa mereka tidak dapat membezakan makanan
dengan khasiatnya. Ada yang telah lupa mengenai makanan dan khasiatnya dengan memberi
jawapan ringkas, “Lupa lah cikgu!”. Ini menunjukkan mereka mempunyai daya ingatan yang
singkat. Antara dapatan yang diperolah melalui temubual yang dijalankan adalah:
Guru : Adakah kamu suka mempelajari topik makanan dan khasiatnya ini?
Murid A : Saya sangat seronok belajar tajuk ni cikgu. Saya suka sangat dengan
gambar dalam video dan aktiviti yang cikgu buat hari tu.
Murid : Saya pun suka sebab boleh tau makanan dan jenis khasiat untuk
makanan yang cikgu tunjuk tu.
Guru : Bagaimana dengan soalan yang cikgu bagi masa kelas hari tu?
Murid A : Ermmm…. Susah jugak soalan hari tu, saya tak yakin dengan jawapan
saya. Saya rasa macam “tak betoi jer” dengan kotak (jadual pengelasan)
10PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
yang cikgu bagi tu. Dalam soalan tu ada gambar makanan tak sama pun
dengan gambar yang cikgu tunjuk dalam video tu, dalam buku pun “tak
dak”. Sebab tu la saya keliru dan tak yakin dengan jawapan saya.
Murid B : “Ala cikgu, maklumat dalam kotak (jadual pengelasan) pun cikgu tulis
tak sama. Dalam kelas cikgu letak khasiat untuk tenaga dulu baru khasiat
untuk tumbesaran, tapi dalam kertas soalan cikgu, cikgu “bubuh”
(letakkan) khasiat untuk tumbesaran dulu. Sebab tu banyak jawapan kami
salah.”
Hasil dapatan temu bual tersebut, didapati bahawa kelemahan murid adalah menjawab
soalan berkenaan makanan dan khasiatnya. Kebanyakan mereka kelihatan keliru dalam
mengelaskan makanan-makanan kepada khasiatnya dengan tepat ini menunjukkan mereka
hanya menghafal kedudukan makanan mengikut khasiatnya seperti dalam video koswer dan
buku teks. Jika seseorang memahami konsep dengan teliti, masalah kekeliruan akan diatasi
dan mereka juga akan lebih berkeyakinan untuk menjawab apa jua jenis soalan berkenaan
khasiat makanan. Melalui temu bual ini, dapatlah disimpulkan bahawa pemahaman sesuatu
konsep penting dalam membantu menjawab soalan serta menentukan makanan dan
khasiatnya dengan betul selain memahami kepentingan khasiat makanan untuk diri mereka.
Oleh itu, kefahaman dan kemahiran dalam menentukan khasiat makanan haruslah
dipertingkatkan.
11PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
2.0 FOKUS KAJIAN
2.1 HURAIAN FOKUS KAJIAN
Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran murid mengelaskan makanan
kepada khasiatnya dalam mata pelajaran Sains dalam kalangan murid tahun 2. Dalam refleksi
PdP lalu, saya telah mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang tidak dapat
menentukan makanan dan khasiatnya dengan betul melalui pangajaran dan pembelajaran
sebelum ini iaitu melalui kaedah tayangan video koswer, pengajaran menggunakan buku teks
dan perbincangan dalam kumpulan. Hal ini adalah kerana saya kurang menumpukan kepada
pemahaman konseptual dalam diri murid semasa PdP.
Kajian yang saya jalankan dapat dilaksanakan dengan baik kerana kumpulan sasaran
saya terdiri daripada murid saya sendiri. Keadaan ini memudahkan saya menjalankan aktiviti
kepada murid-murid dalam masa yang ditetapkan. Masa yang diperuntukan dalam kajian saya
hanya mengambil masa yang singkat iaitu selama dua minggu. Waktu kajian pula
dilaksanakan selepas waktu PdP iaitu dari jam 12.45-1.15 petang. Hal ini telah memudahkan
12PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
saya untuk mengumpul data berkenaan aktiviti yang telah saya jalankan serta membuat
pemerhatian terhadap respon dan prestasi murid terhadap konsep yang saya fokuskan.
Kajian yang saya jalankan dapat memberi kebaikan dan manfaat kepada semua pihak
yang terlibat. Antara pihak yang dimaksudkan adalah diri saya sendiri sebagai seorang guru
yang masih menuntut ilmu pendidikan dan pedagogi, murid-murid saya, guru-guru mata
pelajaran Sains dan juga pihak sekolah. Hal ini kerana, dengan kajian yang saya lakukan serta
intervensi yang dilaksanakan mampu menyelesaikan masalah yang timbul di kalangan murid-
murid saya. Kajian ini juga diharapkan dapat meningkatkan mengelaskan makanan dan
khasiatnya dalam kalangan murid.
Selain itu, saya juga dapat berkolaburatif dengan pelbagai pihak yang mana saya
dapat bekerjasama dengan guru di sekolah ini. Rakan guru telah banyak membantu saya
dalam menjayakan kajian ini dengan membuat pemerhatian dan membuat penilaian
sepanjang proses perlaksanaan kajian tindakan ini. Bahkan, saya dapat berkongsi idea dan
pandangan mereka terhadap tindakan kajian yang telah dilaksanakan di sekolah kerana
dengan penggunaan intervensi ini dapat meningkatkan prestasi dan pencapaian akademik
murid-murid sekolah saya.
Saya memilih tajuk Makanan Dan Khasiatnya untuk dijadikan fokus kajian kerana ia
merupakan perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian. Dari segi penerapan nilai murni,
pemahaman yang jelas membolehkan murid menghargai dan mengamalkan kehidupan yang
bersih dan sihat. Setelah membuat pemerhatian dan menganalisa soalan peperiksaan akhir
tahun mengenai topik makanan dan khasiatnya, saya dapati soalan makanan dan khasiat
antara yang sering ditanya dalam kertas peperiksaan. Contoh soalan yang sering
dikemukakan adalah pengelasan makanan mengikut khasiatnya dan menamakan khasiat
untuk makanan yang dinyatakan. Ini menyebabkan murid-murid saya perlu mempunyai
13PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
kemahiran mengelas dan mampu menentukan khasiat bagi setiap makanan yang dipelajari.
Maka, saya menjalankan tindakan bagi menjamin keberkesanan proses PdP dalam tajuk
makanan dan khasiatnya.
2.2 INTERVENSI: “WHEEL DREAM”
Dalam kajian yang saya lakukan ini, saya telah memperbaiki amalan pengajaran saya
dengan menggunakan model permainan bagi membantu murid-murid untuk meningkatkan
lagi kemahiran menentukan makanan dan khasiatnya dalam suasana bermain dan seronok.
Tindakan saya adalah berpusatkan bahan iaitu menggunakan bahan bantu mengajar (BBM)
untuk membantu murid membuat gambaran mental terhadap makanan dan khasiatnya secara
terus. Noraziah Abdul Hamid (1981) pula, bahan bantu itu mestilah dianggap sebagai satu
bahagian yang padu dalam proses pembelajaran. Ia bertujuan menambah kelancaran
perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu
mempercepatkan proses pemahaman mereka. Maka saya menggunakan “Wheel Dreams”
adalah satu amalan pengajaran yang menggabungkan pembelajaran secara berkumpulan
dalam permainan roda impian sebagai bahan utama dalam PdP. Pembelajaran secara
berkumpulan dalam perlaksanaan “Wheel dream” ini merupakan salah satu teknik dalam
pembelajaran koperatif yang dapat melibatkan komitmen semua ahli kumpulan dalam setiap
aktiviti yang dijalankan. Hasil kerja kumpulan pada pengajaran sebelum ini tidak mencapai
objektif PdP kerana penglibatan murid dalam aktiviti tidak disertai oleh semua murid. Bagi
menyelesaikan masalah ini, ‘Wheel Dreams’ telah menggunakan usaha semua ahli kumpulan
murid dalam pembelajaran sekaligus membantu mereka berkoperatif dengan lancar dan
seronok. Menurut (Rusmini, 2003) Pembelajaran yang aktif didapati dapat menimbulkan sifat
ingin tahu dan suasana persaingan yang sihat sesama pelajar dan menjadikan proses
pembelajaran lebih bermakna.
14PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
Oleh itu, BBM merupakan bahan sokongan yang dapat membantu penglibatan dan
keberkesanan proses PdP selain cara penyampaian isi pelajaran secara konvensional. Sebagai
guru, saya berperanan dalam menentukan BBM yang berkesan. Keberkesanan BBM yang
dipilih mampu mempengaruhi minat murid-murid untuk meneruskan tumpuan proses PdP
(Atan Long dan Nor Hussin). Oleh yang demikian, saya yakin dengan bantuan BBM yang
saya gunakan dapat meningkatkan pemahaman murid topik makanan dan khasiat.
Pembelajaran dalam permainan yang menyeronokkan merupakan salah satu bahan
pembelajaran yang mampu menarik minat murid-murid untuk belajar. Pendapat ini disokong
oleh Salleh, A.M. (2004) yang menyatakan bahawa permainan merupakan satu cara melatih
murid sebagai seorang manusia dan merupakan satu teknik yang baik untuk menjadikan
pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis. “Wheel Dreams” merupakan bahan utama
dalam PdP. Ianya satu langkah untuk membaiki amalan pengajaran bagi meningkatkan tahap
penguasaan dan fokus murid tahun 2 di dalam tajuk Makanan Dan Khasiatnya. Mengikut
Singer, J. (Spodek, 1987) menganggap “imaginative play” sebagai usaha kanak-kanak
menggunakan kebolehan fizikal dan mental mereka dalam menyusun pengalaman. Beliau
juga berpendapat bahawa dalam permainan, murid meneroka alam yang boleh menjadikan
mereka berkebolehan dalam menghadapi masalah persekitaran dan boleh menjadikan mereka
kreatif. Oleh yang demikian, pendekatan bersifat interaktif seperti permainan ini sudah pasti
mampu mengubah minda masyarakat kerana ia dilihat lebih terbuka, menghiburkan dan
bebas berbanding mentelaah buku teks yang tebal dalam kelas.
“Wheel dreams” ini mengandungi gambar-gambar makanan dalam tajuk yang ingin
diajar. Gambar-gambar makanan tersebut dicetak menarik dan berwarna-warni bagi menarik
perhatian murid untuk mengekalkan tumpuan mereka di dalam pembelajaran. Hal ini
15PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
disokong oleh Noriati et.al (2009) yang menyatakan bahawa warna dapat memberikan
berbagai-bagai pengertian, estetik dan psikologi kepada pembacanya. g
Dalam melaksanakan permainan ini, responden akan memusingkan “wheel dreams”
dan jika terhenti pada sesuatu gambar contohnya telur, maka murid tersebut akan mencari
gambar telur yang telah tersedia di dalam bakul lalu membuat perbincangan dengan ahli
kumpulan lalu gambar itu dilekatkan pada carta peta pokok i-think yang telah guru sediakan
di papan putih. Hal ini akan mengajar mereka bergerak dan bertindak secara kumpulan
dengan pantas dalam membuat keputusan walaupun dalam keadaan bermain. Zain, I. (2003)
menyebut bahawa perbuatan melihat gambar dan visual boleh meningkatkan daya ingatan
seseorang itu kepada 40%. Hal ini bersesuaian dengan gambar-gambar makanan yang
dikelaskan dan seterusnya ditampal oleh murid pada carta peta pokok i-think yang menarik
dan sesuai untuk kanak-kanak. (LAMPIRAN C ).
Bermain juga memberi kebebasan kepada murid untuk meluahkan tekanan dalam
menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini murid dapat mengawal situasi dan menyesuaikan
dalam dunia sebenar. Mereka juga dibenarkan untuk memperolehi proses pemikiran yang
tinggi melalui bermain. (Spodek et al.1987). Oleh itu, berdasarkan kata-kata individu-
individu di atas dan kajian-kajian lepas, saya berpendapat permainan merupakan salah satu
bahan mengajar yang baik dan sesuai yang boleh saya aplikasikan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran bagi memudahkan murid-murid dalam memahami dan menguasai tajuk
Makanan Dan Khasiatnya dengan lebih baik.
Dalam pembinaan struktur “wheel dream” ini, saya menggunakan bahan yang
berkualiti dan tahan lasak, kalis air, tidak mudah patah, murah dan mudah didapati. Bahan
tersebut ialah batang paip Polivinil Klorida (PVC) yang berdiameter 2.5 cm. Lebar dan
panjang sisi ialah 43 cm dan berketinggiannya 30.5 cm. Rangka paip PVC berketinggian
16PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
sedemikian untuk dipasangkan dengan papan muka berbentuk bulat yang diperbuat daripada
Plastik Polipropilena (PP) berwarna hijau. Papan muka Plastik PP tersebut berdiameter 24 cm
dan dipasangkan pada rangka PVC menggunakan bold dan nat. Gambar-gambar makanan
dicetak warna dan dilamina lalu dilekatkan atas kertas kadbod berwarna hitam yang
berbentuk segitiga sisi sama sebelum ditampal pada papan muka Plastik PP. Satu lagi salinan
gambar makanan yang sama dicetak bersaiz A4 dan dilamina lalu diletakkan di dalam bakul
untuk aktiviti mencari dan melekatkan gambar makanan pada peta pokok i-Think (Lampiran
C).
Gambaran sebenar “Wheel Dream” adalah seperti rajah di bawah.
Rajah 1. PVC yang telah siap dipasang
Rajah 2. Plastik Polipropilena (PP) yang
telah dipotong bulat
Rajah 3. PP dipasangkan pada rangka PVC yang dicat
dengan warna perak.
17PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
Rajah 4. Gambar makanan berwarna dan berlamina dilekatkan pada kadbod hitam lalu dipasangkan pada papan muka PP
Rajah 5. Wheel dream yang telah siap dipasang dengan jarum penentu
gambar.
3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
3.1 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran di kalangan murid tahun
2 dengan menggunakan permainan “Wheel Dreams” khususnya menentukan konsep
Makanan Dan Khasiatnya.
3.2 Soalan Kajian
Berdasarkan objektif di atas, kajian ini akan menjawab persoalan berikut:
18PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
Adakah permainan “Wheel Dreams” dapat membantu murid Tahun 2 fokus dalam
menguasai konsep Makanan Dan Khasiatnya?
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 9 orang responden berpencapaian lemah dalam kalangan murid-
murid Tahun 2 Harapan di sebuah Sekolah Kebangsaan Pendang, Kedah. Mereka terdiri
daripada 5 orang responden lelaki dan 4 orang responden perempuan berumur lingkungan 8
tahun dalam kajian ini. Semua responden yang telah dipilih berbangsa Melayu.
Saya memilih murid-murid ini untuk menjalankan pemulihan ini disebabkan mereka
mencapai keputusan yang lemah tidak dan mendapat skor yang tinggi dalam ujian yang saya
jalankan. Mereka memperolah markah 10 dan ke bawah. Dalam ujian tersebut, kesemua
19PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
mereka tidak dapat mengelaskan makanan pada kumpulan khasiatnya kerana terkeliru antara
makanan yang memberikan tenaga, makanan untuk kesihatan dan makanan untuk
tumbesaran.
Antara ciri unik murid-murid ini adalah sangat aktif dan sentiasa memberi respon
kepada saya semasa di dalam kelas. Mereka juga berasal dari kalangan yang berpendapatan
sederhana yang rata-rata ibu bapa mereka bekerja sebagai pesawah, berniaga dan sebagainya.
5.0 PERLAKSANAAN TINDAKAN
5.1 Prosedur Tindakan
Sebelum melaksanakan tindakan, saya mengadakan perbincangan dengan guru
matapelajaran Sains yang mengajar Tahun 2 mengenai masalah yang dihadapi oleh
responden-responden. Saya juga turut berbincang dengan beliau mengenai kaedah
“Wheel Dream” yang akan dilaksanakan dalam intervensi. Hal ini sedikit sebanyak
dapat memberi maklumat yang berkaitan kajian untuk penambahbaikan bagi setiap
20PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
aktiviti yang dijalankan untuk membantu saya semasa pengumpulan maklumat
melalui kaedah pemerhatian. Pemerhatian juga dibantu oleh beliau semasa PdP
dilaksanakan
Saya juga telah menerangkan dengan responden yang terlibat berkenaan
masalah mereka dalam menentukan makanan dan khasiatnya. Saya juga telah
menyediakan Rancangan Mengajar Harian (RPH) untuk PdP semasa tindakan
dijalankan. RPH bertujuan untuk menetapkan hasil pembelajaran dan memastikan
konsep yang diajar dan aktiviti yang dijalankan dapat mencapai hasil pembelajaran
yang ditetapkan. Selain itu, RPH dengan lebih awal membantu saya mengembangkan
pengajaran secara lancar dan tersusun.
Tindakan dijalankan selepas waktu belajar iaitu pada jam 12.45-1.45. Rasional
dilaksanakan pada waktu ini adalah kerana responden bukan melibatkan keseluruhan
murid Tahun 2 Harapan, hanya 9 orang murid yang lemah sahaja dibantu melalui
kaedah “Wheel Dreams”. Kajian dijalankan di bilik gerakan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) kerana ruang untuk beraktiviti lebih luas kerana tiadaan kerusi meja di
dalamnya. Murid duduk di lantai yang beralaskan karpet.
Bagi memastikan kelancaran kajian tindakan ini, empat peringkat
perlaksanaan telah saya jalankan. Peringkat perlaksanaan adalah seperti berikut:
Peringkat pertama
(Pembinaan kumpulan)
21PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
Pada peringkat pertama kajian ini, saya membahagikan murid kepada 3 kumpulan
yang terdiri daripada tiga orang ahli. Tujuannya adalah untuk menggalakkan murid
berbincang dan berkongsi pendapat antara satu sama lain.
Mereka dikehendaki duduk dalam bentuk bulatan. Disebabkan pencapaian setiap
responden ini adalah hampir sama, maka pemilihan setiap ahli kumpulan hanya dibuat secara
rawak.
Kumpulan Pertama Kumpulan Ketiga
Kumpulan Kedua
Rajah 1. Kedudukan responden
Saya memulakan PdP saya dengan memperkenalkan tajuk “Makanan Dan
Khasiatnya” kepada murid-murid dan memaklumkan bahawa makanan yang membantu
tumbesaran datangnya dari sumber haiwan, makanan yang membantu menjaga kesihatan
terdiri daripada sayuran dan buah buahan manakala makanan yang memberi tenaga dan
mampu memberi kekuatan untuk melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan terdiri
daripada nasi, bijirin dan tepung yang mengandungi karbohidrat dan lemak.
Peringkat kedua
(Bermain “Wheel Dreams”)
HGA B
I
EDC
F
22PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
Pada peringkat ini, saya memperkenalkan apakah “Wheel Dreams”. Menerangkan
fungsi gambar-gambar makanan yang ada pada papan muka “Wheel Dreams” dan
menerangkan apakah tugas setiap ahli kumpulan serta menekankan apa yang perlu
dilaksanakan sepanjang sesi PdP berlangsung.
Setiap ahli kumpulan diterangkan cara permainan. Langkah-langkah permainan
“Wheel Dreams” adalah seperti berikut :
1. Responden bermain secara giliran. Mempunyai 3 pusingan. Setiap pusingan diwakili
oleh ahli pertama setiap kumpulan iaitu ahli responden A, D dan G.
2. Responden yang pertama memulakan permainan pusingan pertama. Responden A
memusingkan “Wheel Dreams” dan menunggu sehingga pusingan terhenti.
3. Apabila pusingan terhenti, murid A meneliti gambar yang ditunjukkan oleh jarum
pada “Wheel Dreams”. Setelah mengecam gambar tersebut di papan muka “Wheel
Dreams”, dengan pantas responden memilih dan mengambil gambar yang sama dari
dalam bakul yang mempunyai pelbagai gambar makanan.
4. Setelah gambar diambil keluar dari bakul, gambar tersebut ditunjukkan kepada ahli
dalam kumpulan dan mereka membuat perbincangan untuk melekatkan gambar
tersebut pada peta pokok i-Think. Tempoh masa perbincangan hanyalah 60 saat.
5. Setelah perbincangan selesai, responden terus menampal gambar makanan pada peta
pokok i-Think yang disediakan oleh saya di papan putih.
6. Setelah tampalan dibuat, pemusing yang berikutnya pula adalah responden D wakil
ahli pertama bagi kumpulan kedua dan giliran diteruskan kepada responden G wakil
ahli pertama bagi kumpulan ketiga dan dimainkan hingga selesai seperti responden A.
7. Sesi kedua diulangi untuk responden kedua (B, E dan H).
8. Sesi ketiga disudahkan oleh responden ketiga (C, F dan I).
23PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
9. Setiap kali gambar ditampal tepat, saya memberikan “stiker” kepada responden
tersebut sebagai penghargaan.
10.Setelah selesai permainan, saya kenalpasti kelemahan dan kesalahan yang dilakukan
dan membuat pembetulan secara lisan.
Semasa sesi PdP, saya dan juga rakan memerhatikan murid-murid mengenai tahap
tumpuan mereka terhadap proses PdP.
Peringkat ketiga
Apabila kesemua responden telah menguasai tajuk Makanan Dan Khasiatnya, setiap
kumpulan diedarkan dengan sehelai kertas sebak dan pen marker. Setiap ahli kumpulan
berbincang mengenai tajuk yang diberikan dan dikehendaki membina Peta Buih i-Think
(Lampiran D) mengenai Makanan Dan Khasiatnya. Setiap sesi diberikan tempoh 3 minit
untuk membina peta i-Think, maka tempoh masa bagi ketiga-tiga sesi adalah 9 minit.
Pada sesi pertama, responden A, D dan G diberikan tajuk “Makanan Yang
Membekalkan Tenaga”. Mereka berbincang dengan ahli kumpulan dan seterusnya membina
peta buih i-Think mengenai tajuk yang diberi di atas kertas sebak. Ketiga-tiga responden
membina peta buih i-Think tersebut secara serentak.
Seterusnya untuk sesi kedua, peta buih i-Think kedua dibina oleh responden B, E dan
H bagi setiap kumpulan. Mereka membina peta buih i-Think mengenai “Makanan Yang
Membantu Tumbesaran” pada kertas sebak yang sama.
24PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
Akhirnya adalah sesi ketiga, sesi ini diteruskan oleh responden C, F dan I. Mereka
membina peta buih i-Think di atas kertas sebak yang sama mengenai “Makanan Yang
Menjaga Kesihatan".
Setelah selesai sesi perbincangan, saya meminta setiap responden di dalam kumpulan
masing-masing membentangkan Peta Buih yang mereka bina. Sesi perbentangan berlangsung
selama 10 minit. Semasa sesi perbentangan, saya menyemak maklumat yang dibentangkan
dan membuat pembetulan secara lisan.
Peringkat keempat
(Ujian Bertulis)
Setelah selesai ketiga-tiga sesi, saya telah memberikan ujian bertulis (Lampiran B) untuk
melihat sama ada terdapat peningkatan dalam kemahiran mengelas Makanan Dan Khasiatnya
ini setelah diperkenalkan dengan permainan “Wheel Dreams”. Saya mengadakan ujian
bertulis kepada setiap responden selepas kajian dijalankan. Masa yang diperuntukkan untuk
responden menjawab soalan adalah selama 10 minit. Keputusan ujian yang positif
menunjukkan bahawa pencapaian murid meningkat.
5.2 Cara Pengumpulan Data
25PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
Setelah selesai sesi PdP perlaksanaan kajian, saya mengumpul semua data-
data dan menyusun data-data tersebut dalam bentuk jadual yang senang untuk
dianalisis. Saya memastikan segala data dan mengikut spesifikasi yang diperlukan.
Dalam proses pengumpulan data kajian, saya menggunakan dua pendekatan iaitu
kualitatif dan juga kuantitatif. Bagi pengumpulan data secara kuantitatif, saya telah
menggunakan ujian bertulis yang diadakan semasa pengumpulan data awal dan ujian
bertulis selepas tindakan dilaksanakan. Bagi pengumpulan data secara kualitatif pula,
saya menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual.
5.2.1 Pemerhatian
Saya menjalankan pemerhatian sepanjang PdP yang menggunakan Wheel
Dream. Sebelum membuat pemerhatian, saya menyediakan senarai semak sebagai
garis penduan ketika menjalankan pemerhatian semasa PdP berlangsung (Lampiran
F). Senarai semak ini digunakan untuk mengenal pasti kemahiran mengelas yang
perlu dikuasai oleh murid dan dilakukan setiap sesi PdP. Saya juga telah menetapkan
panduan dalam senarai semak berkenaan bagi memastikan pemerhatian yang dibuat
menepati kehendak kajian Saya juga mengekodkan borang pemerhatian mengikut
tema berikut iaitu penumpuan murid ketika sesi PdP, pemerhatian ke atas respon
murid serta pencapaian dan penguasaan murid. Saya juga telah meminta rakan untuk
membantu saya membuat pemerhatian.
5.2.2 Ujian bertulis
Saya juga menjalankan ujian bertulis kepada semua responden untuk menilai
kefahaman responden dalam sesuatu kemahiran atau topik. Tujuannya adalah untuk
mendapatkan bukti dan maklumat terperinci mengenai penguasaan responden dalam
26PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
mengelaskan makanan kepada khasiatnya dengan tepat. Ujian ini mengandungi enam
soalan betul atau salah dan lapan soalan subjektif yang meliputi tajuk Makanan dan
Khasiatnya seperti yang ditunjukkan dalam Lampiran B. Struktur soalan ujian bertulis
yang diberikan kepada responden menyerupai ujian bertulis sebelum tindakan dari
segi jenis soalan, kedudukan soalan dan juga bilangan soalan.
5.2.3 Temubual
Maklumat juga diperoleh dengan menggunakan kaedah temu bual secara terus
dengan murid. Saya telah menemu bual beberapa orang murid secara individu pada
masa yang berlainan. Melalui kaedah temu bual ini, saya telah mengemukakan
beberapa soalan kepada murid berkaitan tindakan yang saya jalankan untuk mengukur
tahap penguasaan dan pemahaman murid. Saya juga menggunakan tema yang sama di
dalam borang pemerhatian untuk dibuat senarai semak. Setiap jawapan yang diberikan
dicatatkan di dalam buku catatan sebagai bahan bukti pengumpulan data maklumat
daripada hasil murid. Saya juga turut menggunakan pita rakaman untuk merekod
perjalanan sesi temu bual antara saya dan murid. Senarai semak untuk temu bual
dibuat bagi memastikan soalan yang diajukan menepati kehendak kajian seperti yang
ditunjukkan dalam Lampiran G.
27PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
6.0 DAPATAN: ANALISIS DAN INTERPRSTASI DATA
Kajian tindakan yang dijalankan dapat dinilai keberkesanannya setelah data
dikumpul dan dianalisis. Dalam kajian ini, data telah dikumpul melalui beberapa cara iaitu
melalui pemerhatian, ujian bertulis dan temubual. Data yang dikumpul menjadi bahan bukti
yang konkrit bahawa kaedah yang diaplikasikan mampu meningkatgkan prestasi murid-murid
terhadap konsep makanan dan khasiatnya. Analisis data ini merangkumi analisis pemerhatian,
analisis ujian bertulis dan analisis temubual.
6.1 Analisis Pemerhatian
Saya telah menggunakan pemerhatian sebagai instrumen dalam kajian saya.
Saya bersama rakan saya telah menjalankan pemerhatian ke atas responden sepanjang
perlaksanaan intervensi. Tujuan saya meminta bantuan rakan adalah untuk
membolehkan pemerhatian secara terperinci untuk setiap responden dapat
diperhatikan dan membuat rumusan terhadap kekerapan tersebut. Kemudian, saya
menukarkan kekerapan tersebut kepada huraian berdasarkan pemerhatian dalam
borang pemerhatian (Lampiran F).
Seterusnya, saya melihat sejauh mana dapatan-dapatan daripada instrumen
yang berlainan menyokong antara satu sama lain. Satu daripada kriteria yang
diperhatikan ialah penglibatan responden di dalam kelas semasa sesi PdP dijalankan
dengan menggunakan ”Wheel Dream”. Sebanyak tiga kriteria telah diambil kira
dalam menilai penglibatan dan tumpuan responden ketika berada di dalam kelas.
Kriteria pertama adalah berkenaan penumpuan murid ketika sesi PdP. Kriteria kedua
adalah mengenai pemerhatian ke atas respon murid dan kriteria yang ketiga
28PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
merangkumi pemerhatian ke atas penguasaan dan pencapaian murid. Hasil
pemerhatian yang dilakukan ditunjukkan dalam Jadual 3 di sebelah:
Jadual 3Analisis pemerhatian
BIL KRITERIA PEMERHATIAN
BILANGAN RESPONDEN
(ORANG)YA TIDAK
Kriteria 1: Penumpuan Murid Ketika PdP
Aspek:
1 Kesediaan murid dalam mengikut sesi pengajaran dan pembelajaran 9 0
2 Murid menumpukan perhatian terhadap aktiviti yang dijalankan 7 2
3 Murid menunjukkan sikap cuba menguasai kemahiran dalam aktiviti yang dijalankan 7 2
Kriteria 2: Pemerhatian Ke Atas Respon
Aspek:
1 Murid mengambil bahagian dalam sesi PdP 9 0
2 Murid yakin untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru 7 2
3 Murid berminat dengan bahan bantu mengajar yang digunakan 9 0
4 Murid menunjukkan rasa seronok ketika mengendalikan ”Wheel Dream” 8 1
Kriteria 3: Penguasaan Dan Pencapaian Murid
Aspek:
1 Murid memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru 7 2
2 Murid dapat mengelaskan makanan dan khasiatnya 7 2
3 Terdapat peningkatan pemahaman dalam konsep yang diajar setelah menggunakan ”Wheel Dream”. 9 0
4 Sikap kebergantungan terhadap guru. 1 8
29PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
Pemerhatian dibuat sepanjang perlaksanaan kaedah baru dalam proses PdP.
Setiap responden diperhatikan dan tingkah laku mereka direkodkan di dalam borang
pemerhatian individu.
i. Penumpuan murid terhadap PdP
Pemerhatian untuk kriteria yang pertama dibuat bagi melihat tahap
penumpuan murid ketika PdP dengan menggunakan intervensi. Ternyata
selepas kaedah baru diperkenalkan, kesemua responden telah menunjukkan
tahap kesediaan yang baik semasa mengikuti sesi PdP. Ini dapat dilihat apabila
murid-murid berada dalam keadaan bersedia dan memberi perhatian semasa
guru berada di hadapan kelas sebelum sesi PdP bermula. Jika dibandungkan
dengan kaedagh lama yang digunakan, responden menunjukkan tahap
kesediaan yang baik semasa PdP ini dijalankan.
Dalam kriteria ini juga, tahap tumpuan responden terhadap aktiviti
yang dijalankan diperhatikan. Selepas kesemua sembilan orang responden
diperkenalkan dengan kaedah baru, mereka menunjukkan gtahap menumpuan
yang baik semasa PdP berlangsung. Walaupun sesekali mereka hilang daya
tumpuan, saya telah berjaya untuk mengembalikan tumpuan supaya mengikuti
pengajaran yang disampaikan dengan mengadakan kaedah main. Berbanding
sebelum kaedah baru diperkenalkan, lebih daripada separuh responden tidak
menumpukan perhatian semasa guru menyampaikan ilmu. Hal ini dapat dilihat
berdasarkan pemerhatian guru terhadap tingkah laku responden di mana
responden lebih cenderung untuk mengelamun, mengganggu rakan dan
menconteng kertas.
ii. Pemerhatian ke atas respon murid
30PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
Kriteria yang kedua pula berfokuskan kepada pemerhatian ke atas
respon murid. Aspek yang pertama adalah untuk melihat penglibatan
responden dalam proses PdP dan keyakinan responden telah menunjukkan
penglibatan yang aktif ketika PdP berlangsung. Boleh dikatakan semua
responden mengangkat tangan supaya guru memilih mereka untuk mencuba
aktiviti yang menggunakan kaedah baru diperkenalkan. Selain itu, responden
juga memberikan respon yang baik semasa sesi soal jawab diberikan. Mereka
yakin untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru dengan betul. Hal
ini sangat berbeza berbanding kaedah lama yang di ajar. Mereka lebih suka
berkhayal dan bermain sesama mereka dan tidak terlibat secara aktif dalam
pembelajaran.
Tahap minat responden terhadap BBM yang digunakan ketika proses
PdP dapat dilihat menerusi aspek pemerhatian dalam kriteria ini. Setelah
kaedah baru digunakan, kesemua responden kelihatan tertarik dengan
penggunaan BBM dalam kaedah baru iaitu penggunaan ”Wheel Dream”. Hal
ini dapat dilihat daripada penglibatan responden yang aktif dan juga mimik
muka responden yang mempamerkan wajah ceria sepanjang aktiviti.
iii. Penguasaan dan pencapaian murid
Kriteria yang ketiga memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran
murid dalam menentukan makanan dan khasiatnya menggunakan ”Wheel
Dream”. Aspek pertama yang diperhatikan adalah kebolehan responden
menentukan gambar makanan dengan khasiatnya dengan betul. Aspek ini
diperhatikan ketika murid menyatakan khasiat makanan setelah penggunaan
model diperkenalkan. Daripada pemerhatian, tujuh orang responden dapat
31PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
mengkelaskan makanan kepada khasiatnya dengan tepat dengan apabila
menggunakan Wheel Dream. Dua orang lagi responden tidak dapat
menentukan makanan dan khasiatnya dengan tepat. Hal ini adalah disebabkan
mereka tidak mahir tentang khasiat yang ada pada makanan yang ditunjukkan.
Aspek seterusnya dalam kriteria ketiga ini adalah bagi melihat
kefahaman responden dalam kemahiran yang diajar sama ada meningkat
ataupun sebaliknya. Kesemua responden menunjukkan peningkatan
kefahaman dalam kemahiran yang diajar setelah saya menggunakan kaedah
baharu dalam perlaksanaan proses PdP. Perkara ini telah ditunjukkan dengan
melihat kepada peningkatan markah ujian bertulis sebelum dan selepas
penggunaan Wheel Dream.
Pemerhatian terakhir dalam kriteria ini adalah bagi melihat sejauh
mana responden memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru iaitu
kemampuan murid menentukan makanan dan khasiatnya dengan betul dengan
mengkelaskan makanan dan khasiatnya peta pokok i-Think. Setelah kaedah
baharu diperkenalkan. Tujuh orang responden menunjukkan kefahaman yang
baik terhadap pengajaran saya manakala dua orang responden lagi masih tidak
dapat memahami dengan baik. Masalah ini mungkin disebabkan oleh arahan
guru yang terlalu sukar untuk difahami dan tidak jelas. Kenyataan ini dapat
disokong dengan hasil temubual responden H yang menyatakan bahawa
arahan yang saya berikan terlalu banyak dan sukar difahami.
Sikap kebergantungan responden terhadap guru sepanjang proses PdP
berjalan juga turut diperhatikan menerusi kriteria ini. Setelah diperkenalkan
dengan kaedah baru, hanya seorang sahaja menunjukkan sikap
kebergantungan terhadap guru iaitu tidak dapat mengendalikan sendiri model
32PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
yang diperkenalkan. Lapan orang responden lagi sudah dapat berdikari dan
memahami arahan yang disampaikan oleh saya. Hal ini juga menunjukkan
peningkatan dalam diri responden untuk lebih berdikari berbanding sebelum
kaedah baru diperkenalkan yang mana semua responden cenderung untuk
bergantung kepada guru dalam menjalani aktiviti dan memahami arahan.
6.2 Analisis Temu Bual
Saya turut menjalankan temu bual bagi menyokong dapatan kajian melalui
pemerhatian. Analisis item temu bual dibuat berdasarkan kepada aspek-aspek seperti
sikap murid terhadap mata pelajaran sebelum dan selepas intervensi dijalankan
kepada proses PdP. Instrumen temu bual ini telah dijalankan kepada setiap individu
selepas selesai kesemua sesi PdP. Kaedah temu bual dianalisis dengan
membandingkan respon murid serta membuat rumusan terhadap respon yang
diberikan.
Hasil analisis item temu bual dari aspek sikap murid terhadap topik pelajaran
sebelum tindakan dilaksanakan telah dimasukkan dalam Jadual 4 dan 5 dalam
Lampiran H. Kesemua responden memberikan jawapan yang negatif terhadap topik
makanan dan khasiatnya ini dengan menyatakan bahawa mereka tidak berminat untuk
mempelajari topik ini sebelum penggunaan model diperkenalkan. Antara contoh
jawapan responden adalah ”tak suka, suka sikit saja dan suka sikit-sikit... saya tak
suka”.
Dua daripada sembilan responden menyatakan bahawa mereka berasa mudah
untuk mempelajari topik Makanan dan Khasiatnya. Walau bagaimanapun, mereka
33PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
mengeluh kerana terpaksa menghafal jenis-jenis makanan yang dan sering lupa.
Antara contoh keluhan responden adalah ” senang, tapi kena hafal. Responden lain
pula menyatakan bahawa ”senang, tapi selalu lupa, susah dan tak faham langsung”.
Tujuh responden yang lain menyatakan bahawa mereka mengalami kesukaran dalam
mempelajari topik Makanan dan Khasiatnya sebelum tindakan dijalankan kerana tidak
dapat memahaminya serta seringkali lupa. Hal ini adalah kerana mereka menghafal
nama makanan dan khasiatnya tanpa melakukan aktiviti yang menyeronokkan.
Contoh respon yang diberikan oleh responden E ialah ”susah, tak paham langsung.
Saya suka hafal saja”. Responden F pula menyatakan bahawa ”banyak kena hafal,
susah juga” manakala responden I juga menyatakan kesusahan topik yang dipelajari
iaitu ” susah, keliru khasiat makanannya”
Seterusnya adalah butiran huraian bagi analisis item temu bual dari aspek
sikap murid terhadap pengggunaan ”Wheel Dream” yang telah diaplikasikan di dalam
bilik darjah yang dapat ditunjukkan dalam jadual 6, jadual 7 dan juga jadual 8 dalam
Lampiran H. Kesemua responden memberikan jawapan yang positif dengan
menyatakan bahawa mereka seronok dan berasa senang serta mudah untuk
mengkelaskan makanan dan khasiatnya apabila ditemu bual. Antara contoh jawapan
yang diberikan adalah ”saya suka, saya semakin faham”. Contoh lain adalah ”saya
seronok. Senang sebab mudah paham. Tak perlu tiru kawan”. Penggunaan Wheel
Dream telah banyak membantu mereka dan hal ini telah membuktikan bahawa kaedah
yang digunakan berkesan dan telah dapat meningkatkan kemahiran murid dalam
mengkelaskan makanan dan khasiatnya.
Dari segi keyakinan murid, seramai dua orang responden didapati kurang
yakin untuk menjawab soalan peperiksaan dengan betul dengan mengaplikasikan
34PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
penggunaan Wheel Dream. Hal ini adalah kerana mereka seringkali keliru untuk
menentukan makanan yang berkhasiat. Sebanyak tujuh orang responden lagi
menyatakan bahawa mereka yakin untuk menjawab soalan dengan betul kerana
mereka belajar dalam keseronokkan, maka mereka sudsh memahami konsep makanan
dan khasiatnya tanpa hanya menghafal nama makanan. Contoh respon adalah ” saya
yakin sebab dah faham, saya pasti boleh jawab dan yakin! macam senang”.
Hasil dapatan analisiss temu bual dari aspek teknik pengajaran guru telah
dimasukkan dalam Jadual 9 dalam lampiran H. Dari segi penyampaian arahan dan
penerimaan maklumat oleh murid adalah sedikit mengecewakan. Hal ini adalah
kerana arahan yang disampaikan oleh guru terlalu banyak dalam satu-satu masa dan
sukar untuk difahami sehingga responden tidak memahami apa yang disampaikan
oleh guru. Dua orang responden yang kurang memahami dengan mudah apa yang
saya berikan dan ianya perlu diberikan arahan berulang-ulang kali dan juga arahan
yang pendek agar dapat dilihat semasa menjawab ujian bertulis. Responden tersebut
seringkali meminta saya untuk menerangkan maksud soalan yang ditanya dalam ujian
tersebut. Walaupun begitu, tujuh lagi responden lain dapat memahami arahan yang
diberikan oleh guru dengan baik.
Berikutnya adalah analisis item temu bual dari aspek peranan rakan
sekumpulan yang dapat dilihat dalam Jadual 10 dalam Lampiran H. Berdasarkan
dapatan maklumat daripada murid, mereka saling memberikan kerjasama antara satu
sama lain sepanjang berlangsungnya proses PdP di dalam kelas. Murid-murid ini
mempunyai semangat tolong menolong dan ingin mencuba. Contoh respon yang
diberikan oleh responden adalah ”kawan saya tolong saya macam mana nak jawab
soalan cikgu”. Selain itu, saya juga dapat melihat kesungguhan murid ini membantu
35PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
rakan mereka. Contoh jawapan yang diberikan semasa temu bual adalah ”saya suka
tolong kawan saya kalau dia tak reti nak jawab”. Ada juga seorang responden yang
terlalu obses untuk menolong rakan sehingga rakan mereka menjadi rimas di atas
tindakan tersebut. Sebagai guru, saya masih mampu untuk mengendalikan situasi
tersebut dengan meminta murid tersebut duduk di tempatnya. Bagi saya, seorang guru
seharusnya bersikap profesional dalam menghadapi segala kemungkinan di dalam
bilik darjah.
6.3 Analisis ujian bertulis
Berdasarkan jangkaan awal yang dibuat, kesemua responden diandaikan sukar
untuk menjawab soalan di dalam ujian bertulis yang saya berikan sebelum intervensi
diperkenalkan. Jangkaan ini telah dibuat berdasarkan pemerhatian dan tinjauan
terhadap prestasi responden dalam sesi PdP sebelum ini. Ternyata jangkaan awal yang
dibuat adalah betul. Responden tidak dapat menjawab soalan yang diberikan dengan
baik. Setelah menjawab ujian bertulis. Skor setiap responden direkodkan dalam
borang markah ujian bertulis (LAMPIRAN E).
Penggunaan Model Wheel Dream sebagai satu intervensi kepada responden
bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran menentukan makanan dan
khasiatnya. Ujian bertulis diberikan setelah tindakan dilaksanakan bertujuan untuk
menilai prestasi responden setelah kaedah baru diperkenalkan dan mengetahui sejauh
mana keberkesanan kaedah yang dilaksanakan. Ujian ini sama dengan ujian
dikemukakan sebelum tindakan dijalankan yang mana ia mengandungi 14 soalan
struktur yang dianalisis secara peratus (LAMPIRAN B). Semua soalan struktur
merangkumi tajuk yang berkaitan dengan Makanan Dan Khasiatnya. Murid
dikehendaki mengelas makanan ke dalam jadual yang disediakan. Masa yang
36PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
diperuntukan adalah selama 15 minit. Instrumen pengumpulan data ujian bertulis
dikumpulkan dan dicatatkan bagi melihat perbezaan yang direkodkan. Perbezaan ini
dapat membuktikan keberkesanan model Wheel Dream yang telah diperkenalkan.
Berdasarkan kepada keputusan ujian bertulis pada Lampiran I, didapati
responden menunjukkan prestasi yang sangat lemah sebelum tindakan dijalankan dan
mereka tidak dapat menjawab soalan yang diberikan kerana menghadapi masalah
dalam memahami konsep makanan dan khasiatnya dengan betul. Masalah ini adalah
berpunca daripada cara menghafal semata-mata tanpa memahami konsep yang betul.
Markah tertinggi yang diperoleh responden melalui ujian sebelum ini adalah 50%
diikuti 45% dan yang paling rendah ialah 35%. Dapatan daripada analisis ini, jelas
menggambarkan kepentingan guru dalam membuat tindakan segera agar masalah ini
dapat diselesaikan.
Setelah membuat semakan terhadap ujian bertulis, keputusan yang diperoleh
menunjukkan berlakunya peningkatan secara keseluruhan. Hal ini menunjukkan
bahawa kaedah yang digunakan telah dapat meningkatkan penguasaan terhadap
konsep makanan dan khasiatnya di kalangan responden. Markah tertinggi yang
diperolehi melalui ujian bertulis setelah intervensi dijalankan adalah sebanyak 100%
dan markah yang paling rendah yang diperoleh adalah sebanyak 35%. Penelitian telah
dibuat ke atas kertas jawapan responden dan ternyata ada dalam kalangan mereka
yang cuai dan lalai ketika menjawab soalan yang diberikan sedangkan mereka
merupakan responden yang aktif dan memberikan komitmen yang tinggi semasa
proses PdP dijalankan.
Setelah kajian diteliti, masalah yang berlaku berdasarkan pemerhatian yang
dilakukan, responden tersebut didapati menjawab soalan dalam keadaan yang tidak
37PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
serius dan tidak menumpukan sepenuhnya perhatian semasa ujian dijalankan. Walau
bagaimanapun, peningkatan dalam pencapaian ujian setelah intervensi dijalankan
agak ketara berbanding ujian sebelum kaedah baru diperkenalkan. Ini menunjukkan
bahawa intervensi yang dijalankan berkesan ke atas murid-murid ini.
Kesemua responden menunjukkan peningkatan yang amat ketara dan terdapat
responden yang mendapat markah yang memberansangkan. Jika dilihat pada data
perbezaan gred pencapaian yang diperoleh oleh semua responden sebelum dan
selepas kaedah Wheel Dreams ini diperkenalkan. Peningkatan yang direkodkan
menunjukkan bahawa kaedah yang digunakan telah berjaya membantu responden
tersebut meningkatkan prestasi mereka. Perbezaan yang jelas ini dilihat dalam
Lampiran J.
38PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
7.0 PERBINCANGAN DAN REFLEKSI
7.1 Dapatan kajian
Daripada data yang dikumpul dan dianalisis menggunakan instrumen dalam kajian
ini, saya dapati dapatan kajian dapat menjawab persoalan kajian iaitu Adakah permainan
“Wheel Dreams” dapat membantu murid tahun 2 fokus dalam menguasai konsep Makanan
Dan Khasiatnya? Dapatan kajian telah menunjukkan hasil yang positif dan
memberansangkan. Melalui pemerhatian, responden dilihat dapat belajar dan bermain
dengan model Wheel Dream seterusnya dapat menentukan Makanan Dan Khasiatnya
dengan betul.
Hal ini disokong oleh dapatan daripada analisis hasil kerja murid di mana, mereka
juga dapat mengelaskan dan menamakan Makanan Dan Khasiatnya dengan betul dengan
berbantukan model Wheel Dream. Analisis temu bual bersama responden juga
menunjukkan peningkatan tahap penguasaan murid terhadap Makanan Dah Khasiatnya.
Ketiga-tiga temu bual telah diperkukuh dengan hasil dapatan daripada analisis ujian
bertulis. Keputusan ujian bertulis telah menunjukkan penguasaan murid bertambah apabila
39PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
mereka berjaya meningkatkan pencapaian masing-masing berbanding ujian bertulis
sebelum Wheel Dream diperkenalkan.
Perubahan yang positif ini telah membuahkan hasil yang baik bagi diri saya serta
responden-responden yang terlibat. Kesemua responden melibatkan diri secara aktif ketika
aktiviti dijalankan. Hal ini dapat dibuktikan dengan hasil pemerhatian guru terhadap
tingkah laku responden sepanjang PdP berjalan. Mereka berlumba-lumba untuk cuba
menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. Dapatan ini juga mendapati minat dan
keyakinan responden meningkat setelah Wheel Dream diperkenalkan. Kesemua responden
berasa seronok menjawab soalan berkaitan Makanan Dan Khasiatnya. Justeru itu, kesemua
data kajian mempunyai kolerasi antara satu sama lain memandangkan kesemuanya dapat
menunjukkan peningkatan prestasi murid dalam menentukan makanan dan khasiatnya.
40PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
7.2 REFLEKSI KESELURUHAN
Bardasarkan dapatan analisis dan interprestasi data, kesemua sepuluh orang responden
menunjukkan peningkatan yang baik. Saya berpuas hati dengan tindakan yang saya
laksanakan kerana responden dapat menerima dan memahami isi pelajaran dengan baik
sekali. Banyak perkara yang telah saya pelajari melalui kajian tindakan yang dijalankan.
Antaranya ialah gaya pembelajaran murid yang mana setiap murid mempunyai gaya yang
berbeza. Oleh itu, sebagai guru yang berwibawa, saya seharusnya peka terhadap setiap gaya
pembelajaran murid. Selain itu, saya juga telah menyedari tentang kepentingan menjalankan
kajian tindakan di sekolah. Sebagai seorang guru, saya seharusnya sentiasa mereflek dan
muhasabah diri untuk memperbaiki amalan PdP di dalam bilik darjah.
Antara kekuatan dalam penyelidikan tindakan saya ini adalah responden melibatkan
diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Hal ini menunjukkan bahawa mereka
sangat seronok dan berminat untuk belajar sambil bermain dalam pembelajaran mereka.
Aktiviti ini telah mengelakkan responden berasa bosan semasa PdP dijalankan. Selain itu,
41PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
penggunaan Wheel Dream juga telah mendedahkan murid untuk bekerjasama di dalam
kumpulan selain menggalakkan penglibatan aktif semua responden.
Kekuatan lain yang dapat dikenalpasti daripada kajian saya adalah mendapat
sokongan dan kerjasama daripada pensyarah, guru-guru, murid-murid dan keluarga serta
rakan-rakan sepanjang tempoh penyelidikan ini. Selain itu, BBM yang saya hasilkan telah
dapat menarik minat dan perhatian responden. Hal ini kerana saya telah melekatkan gambar
makanan yang berwarna- warni dan kelihatan menarik. Menurut Dimmick (1995), gambar,
warna dan ilustrasi yang menarik akan meningkatkan keberkesanan sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran.
Di samping kekuatan, terdapat juga kelemahan yang dapat dikenal pasti sepanjang
kajian penyelidikan ini dijalankan. Semasa menjalankan temu bual dengan responden-
responden, dikatakan bahawa soalan yang dikemukakan agak skema kerana terikat dengan
soalan yang telah dirangka dan responden berasa gugup dan tidak yakin untuk menjawab
soalan apabila saya menunjukkan pita rakaman. Arahan yang saya berikan juga adalah
panjang dan sukar difahami oleh responden menyebabkan saya terpaksa menerangkan
berulang-ulang kali dan menyebabkan keadaan kelas riuh rendah.
Oleh itu, saya telah merancang beberapa penambahbaikan bagi kaedah penggunaan
BBM ini. Salah satu daripadanya adalah saya harusnya menanyakan soalan yang bersahaja
dan tidak menunjukkan pita rakaman di hadapan semua responden semasa sesi temu bual
dijalankan. Hal ini adalah bagi mengelakkan responden tidak berasa kekok semasa menjawab
yang diajukan. Selain itu saya harus menstrukturkan semula arahan yang diberikan agar lebih
ringkas dan mudah difahami oleh semua responden agar proses PdP dapat dijalankan dengan
lancar.
42PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
Kesimpulannya, penggunaan model Wheel Dream merupakan salah satu kaedah yang
boleh diaplikasikan oleh semua guru Sains tahun 2 dalam aktiviti PdP. Kaedah ini juga sesuai
untuk semua murid kerana mudah diikuti serta sesuai kepada semua murid yang mempunyai
pelbagai tahap pencapaian dan kognitif. Justeru itu, dapatan kajian telah menjawab persoalan
kajian iaitu model “Wheel Dream” telah dapat meningkatkan kemahiran menentukan
makanan dan khasiatnya dalam kalangan murid Tahun Dua.
8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Dapatan kajian mendapati bahawa penggunaan Model “Wheel Dream” telah berjaya
dalam membantu meningkatkan kemahiran murid dalam menentukan makanan dan
khasiatnya. Hal ini dapat dilihat berdasarkan pencapaian dan penguasaan murid dalam
mempelajari sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Selain itu, peningkatan skor ujian bertulis
bagi kesemua sembilan orang responden juga sangat memberansangkan berbanding skor
ujian sebelum intervensi diperkenalkan yang mana keputusannya amat mengecewakan. Hal
ini menunjukkan bahawa murid-murid ini memerlukan BBM bagi membantu mereka belajar
dengan berkesan.
Menurut Atan Long dan Mat Nor Hussin (1987), BBM yang dipilih mampu
mempengaruhi minat murid-murid untuk meneruskan tumpuan terhadap proses PdP.
Noraziah (1981) pula menyatakan bahawa BBM membantu mempercepatkan pemahaman
murid selain memberi kelancaran perhubungan antara guru dengan murid. Oleh yang
43PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
demikian, penggunaan model ini sesuai untuk diaplikasikan kepada murid-murid saya supaya
memudahkan pemahaman mereka terhadap sesuatu konsep.
Berdasarkan masalah yang timbul dalam kitaran pertama, saya merancang untuk
membuat penambahbaikan bagi kitaran kedua. Saya akan meneruskan pembacaan dengan
memperbanyakkan sorotan literatur untuk mereka bentuk satu kaedah baharu dalam kitaran
kedua nanti. Selain itu, saya akan membuat penambahbaikan dengan menyemak semula
instrumen kajian saya iaitu item ujian bertulis, item temu bual dan item senarai semak
pemerhatian. Saya akan mendapatkan persetujuan daripada pihak yang lebih pakar seperti
pensyarah agar instrumen yang saya gunakan lebih sah.
Saya juga akan menjalankan ujian kepada murid-murid bukan responden untuk
mendapatkan maklum balas daripada mereka mengenai intervensi yang akan dijalankan. Saya
akan membandingkan pencapaian mereka dengan pencapaian responden saya setelah
tindakan dilaksanakan untuk melihat sejauh mana tindakan yang saya laksanakan berjaya
meningkatkan kemahiran murid dalam menentukan Makanan Dan Khasiatnya ini. Bagi
penambahbaikan untuk kitaran kedua juga, penggunaan Wheel Dream ini boleh diubahsuai
dalam bentuk perisian komputer (interaktif) agar murid-murid berasa seronok belajar sambil
bermain di samping mendedahkan mereka dengan kecanggihan teknologi masa kini.
Seterusnya, penggunaan Wheel Dream ini boleh diperkenalkan dan dikembangkan ke
semua sekolah sama ada di kawasan bandar mahupun di luar bandar. Kesimpulannya,
penggunaan Wheel Dream ini dapat meningkatkan kemahiran murid dalam menentukan
Makanan Dan Khasiatnya sekaligus memotivasikan serta memupuk minat dalam diri murid
untuk belajar dengan lebih berkesan dan efektif.
44PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
9.0 RUJUKAN
Ab RAhman AB Rashid. (1995). Kepentingan alat bantu mengajar dalam pengajaran bahasa dalam jurnal teknologi pendidikan jilid 1 bil 2 November 1995. Kuala Lumpur: Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia. Hlm. 70-80
45PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
46PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
LAMPIRAN A (LEMBARAN KERJA)
BAHAGIAN A (SOALAN OBJEKTIF)
Jawab semua soalan di bawah. Bulatkan jawapan yang tepat.
1. Antara berikut, yang manakah makanan untuk tenaga ?
A. Roti C. Betik
B. Daging D. Susu
2. Makanan untuk tumbesaran terdiri daripada......
i Ayam
ii Nasi
iii Telur
iv Kentang
A. I dan II C. III dan IV
B. II dan III D. I dan III
3. Antara berikut yang manakah makanan untuk kesihatan ?
A. C.
B. D.
47PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
4.
X Y
Apakah khasiat makanan yang berlabel X dan Y
X Y
A Untuk tumbesaran Untuk tenaga
B Untuk tenaga Untuk kesihatan
C Untuk tenaga Untuk tumbesaran
D Untuk kesihatan Untuk tumbesaran
5.
Rajah di atas menunjukkan sejenis minuman. Apakah yang akan terjadi sekiranya
kita kekurangannya ?
A. Pertumbuhan Terbantut C. Keletihan
B. Selsema D. Demam
Ayam Sayur Nasi Telur
Daging Roti Susu Lobak Merah
Kentang Pisang Limau Jagung
48PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
BAHAGIAN B (SOALAN STRUKTUR)
Jawab semua soalan di bawah. Tulis jawapan anda pada ruang yang disediakan.
Kelaskan makanan berikut mengikut khasiatnya.
MAKANAN UNTUK TENAGA
MAKANAN UNTUK TUMBESARAN
MAKANAN UNTUK KESIHATAN
49PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
LAMPIRAN B
(UJIAN BERTULIS)
NAMA :_____________________________________________
KELAS:______________________________________
1. Nyatakan ‘Betul’ atau ‘Salah’ bagi pernyataan-pernyataan yang berikut.
a) Roti merupakan makanan yang membekalkan tenaga.
b) Apabila kita makan banyak sayur, kita akan menjadi sihat.
c) Telur membantu kita lebih bertenaga.
d) Nasi dapat membantu dalam tumbesaran kita.
e) Kita perlu makan banyak buah-buahan untuk kesihatan.
f) Kentang adalah makanan untuk kesihatan.
2. Nyatakan khasiat makanan berikut.
i ___________________________
ii ____________________________
50PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
iii ______________________________
iv ______________________________
v
______________________________
vi ______________________________
vii ______________________________
viii __ ____________________________
LAMPIRAN C(PETA POKON i-Think)
51PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
LAMPIRAN D
TUMBESARANgambar dari wheel dreamgambar dari wheel dreamgambar dari wheel dreamgambar dari wheel dreamKESIHATANgambar dari wheel dreamgambar dari wheel dreamgambar dari wheel dreamgambar dari wheel dreamTENAGAgambar dari wheel dreamgambar dari wheel dreamgambar dari wheel dreamgambar dari wheel dreamMakanan untuk Tenaga
52PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
(CONTOH PETA BUIH : I-Think)Makanan untuk TumbesaranMakanan Untuk Kesihatan
53PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
LAMPIRAN E(BORANG MARKAH UJIAN BERTULIS)
RESPONDEN
(SEBELUM TINDAKAN) (SELEPAS TINDAKAN)
MARKA
H
PERATU
SGRED
MARKA
H
PERATU
SGRED
1. A 5/14 35 D 14/14 100 A
2. B 6/14 45 C 11/14 75 B
3. C 4/14 30 D 10/14 72 B
4. D 6/14 45 C 14/14 100 A
5. E 6/14 45 C 11/14 75 B
6. F 6/14 45 C 12/14 85 A
7. G 7/14 50 C 13/14 90 A
8. H 7/14 50 C 14/14 100 A
9. I 7/14 50 C 12/14 85 A
Markah Antara Ujian Sebelum Tindakan Diaplikasikan Dengan Ujian Selepas Tindakan Diaplikasikan.
MARKAH (%) GRED TAHAP PENCAPAIAN
80% – 100% A Cemerlang
60% – 79% B Baik
40% – 59% C Memuaskan
20% – 39% D Sederhana
0% – 19% E LemahSkala Tahap Penguasaan Dan Gred Keputusan Ujian
Cemerlang Baik Memuaskan Sederhana Lemah012345678
0 0
7
2
0
6
2
01
0
Perbezaan Gred Pencapaian Markah Ujian Bertulis Sebelum Dan Se-lepas Kaedah Wheel Dreams Diperkenalkan.
Sebelum Tindakan Selepas Tindakan
Bila
ngan
resp
onde
n
54PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
Rajah : Perbezaan gred pencapaian markah ujian bertulis sebelum dan selepas kaedah Wheel Dreams diperkenalkan.
LAMPIRAN F(SENARAI SEMAK PEMERHATIAN)
SENARAI SEMAK PEMERHATIAN
REAPONDEN: _____________________________________________
Tema 1: Penumpuan Murid Ketika PdPBIL ASPEK: INDIKATOR YA TIDA
K1 Kesediaan murid dalam
mengikut sesi pengajaran dan pembelajaran
Murid dalam keadaan sedia dan memberi perhatian semasa guru berada di hadapan kelas sebelum sesi PdP
2 Murid menumpukan perhatian terhadap aktiviti yang dijalankan
Diperhatikan semasa murid menjalankan aktiviti pembelajaran
3 Murid menunjukkan sikap cuba menguasai kemahiran dalam aktiviti yang dijalankan
Dilihat semasa menjalankan aktiviti pengajaran
Tema 2: Pemerhatian Ke Atas Respon Murid
BIL ASPEK: INDIKATOR YA TIDA
K1 Murid mengambil bahagian
dalam sesi PdPDiperhatikan semasa murid menjalankan aktiviti pengukuhan mengenai Wheel Dream
2 Murid yakin untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru
Penglibatan aktif murid. Respon yang aktif di dalam bilik darjah
3 Murid berminat dengan bahan bantu mengajar yang digunakan
Murid memberikan jawapan yang betul dengan penuh keyakinan
4 Murid menunjukkan rasa seronok ketika mengendalikan ”Wheel Dream”
Diperhatikan semasa murid menjalankan aktiviti pengukuhan menggunakan kaedah Wheel Dream.
Tema 3: Penguasaan Dan Pencapaian Murid
BIL ASPEK: INDIKATOR YA TIDA
K1 Murid memahami pengajaran
yang disampaikan oleh guruKemampuan murid menentukan makanan dan
55PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
khasiatnya2 Murid dapat mengelaskan
makanan dan khasiatnyaDiperhatikan semasa murid mengelas dan menampal gambar di peta pokok i-Think
3 Terdapat peningkatan pemahaman dalam konsep yang diajar setelah menggunakan ”Wheel Dream”.
Diperhatikan menerusi prestasi semasa murid di dalam aktiviti dan ujian yang dijalankan
4 Sikap kebergantungan terhadap guru.
Diperhatikan ketika pengendalian Wheel Dream untuk menentukan gambar yang akan ditampal.
56PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
LAMPIRAN H(SENARAI SEMAK TEMUBUAL)
SENARAI SEMAK TEMU BUAL
RESPONDEN: __________________________________________________BIL SOALAN CATATAN
1. Adakah kamu suka mempelajari topik
Makanan dan Khasiatnya sebelum
Wheel Dream diperkenalkan?
2. Adakah topik Makanan dan Khasiatnya
ini mudah untuk dipelajari? Mengapa?
3. Adakah kamu berminat dan seronok
untuk melakukan aktiviti selepas
penggunaan Wheel Dream
diperkenalkan? Mengapa?
4. Adakah kamu yakin untuk menjawab
soalan peperiksaan berkaitan tajuk
Makanan dan Khasiatnya dengan betul
setelah penggunaan Wheel Dream ini?
5. Adakah kamu merasakan bahawa
penggunaan Wheel Dream dapat
memudahkan kamu memahami konsep
Makanan dan Khasiatnya.
6. Bagaimana arahan yang diberikan oleh
guru? Adakah ianya mudah difahami?
7. Adakah rakan-rakan kamu memberikan
kerjasama yang baik ketika
menggunakan Wheel Dream?
57PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
Bagaimana?
LAMPIRAN H(ANALISIS TEMUBUAL)
JADUAL 4:
Analisis item 1 temu bual
Adakah kamu suka mempelajari
topik Makanan dan Khasiatnya
sebelum Wheel Dream
diperkenalkan?
RUMUSAN
Responden A: tak suka.Responden B: tak minat.Responden C: suka sikit sajaResponden D: tak sukaResponden E: tak sukaResponden F: tak sukaResponden G: suka sikit-sikitResponden H: tak minatResponden I: tak minat
Kesemua responden memberikan jawapan yang
negatif dengan menyatakan bahawa mereka
tidak berminat untuk memperlajari topik
makanan dan khasiatnya
JADUAL 5:Analisis item 2 temu bualAdakah topik Makanan dan
Khasiatnya ini mudah untuk
dipelajari? Mengapa?RUMUSAN
58PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
Responden A: mudah tapi kena hadalResponden B: suasah nak ingatResponden C: payah nak ingatResponden D: mudah tapi selalu lupaResponden E: susah dan tak paham langsungResponden F: susah juga. Tak fahamResponden G: mudah tapi kena hafalResponden H: banyak kena hafalResponden I: susah juga, keliru khasiat makanan
Dua daripada sembilan responden menyatakan
bahawa mereka berasa mudah untuk
mempelajari topik ini. Walau bagaimanapun,
mereka mengeluh kerana mereka terpaksa
menghafal makanan dan khasiatnya dan
selalunya lupa. Tujuh responden yang lain
menyatakan bahawa mereka mengalami
kesukaran dalam mempelajari kesukaran dalam
mempelajari topik ini sebelum tindakan
dijalankan kerana tidak memahami dan selalu
lupa
LAMPIRAN H(ANALISIS TEMUBUAL)
JADUAL 6Analisis item 3 temu bual
Adakah kamu berminat dan seronok
untuk melakukan aktiviti selepas
penggunaan Wheel Dream
diperkenalkan? Mengapa?
RUMUSAN
Responden A: sangat seronok. Saya makin faham.Responden B: best jugaResponden C: seronok. Tapi kadang- kadang keliruResponden D: minat. Saya dah faham.Responden E: seronokResponden F: saya suka, saya semakin faham
Responden G: angguk sambil tersenyumResponden H: saya seronok. Senang sebab mudah paham. Tak perlu tiru kawanResponden I: saya suka
Kesemua sembilan responden memberikan
jawpan yang positif dengan menyatakan bahawa
mereka seronok melakukan aktiviti
menggunakan Wheel Dream
59PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
Jadual 7Analisis item 4 temu bualAdakah kamu yakin untuk
menjawab soalan peperiksaan
berkaitan tajuk Makanan dan
Khasiatnya dengan betul setelah
penggunaan Wheel Dream ini?
RUMUSAN
Responden A: yakin. Saya makin fahamResponden B: ermm.. yakin.Responden C: takut nak jawab soalan sebab ada yang keliruResponden D: yakin sebab fahamResponden E: saya pasti boleh jawab Responden F: saya juga yakin boleh jawabResponden G: yakin dan dah fahamResponden H: boleh la sikit-sikitResponden I: yakin. Macam senang
Sebanyak dua orang responden didapati kurang
yakin untuk menjawab soalan peperiksaan
dengan betul dan tujuh responden lagi yakin
untuk menjawab soalan dengan betul.
LAMPIRAN H(ANALISIS TEMUBUAL)
Jadual 8Analisis item 5 temu bualAdakah kamu merasakan bahawa
penggunaan Wheel Dream dapat
memudahkan kamu memahami
konsep Makanan dan Khasiatnya
RUMUSAN
Responden A: mudah.Responden B: rasa senang nak ingatResponden C: mudah.Responden D: senang.Responden E: sangat mudahResponden F: senangResponden G: suka sangat sebab senangResponden H: suka sangatResponden I: rasa macam senang
Kesemua sembilan responden memerikann
jawapan yang positif dengan menyatakan
bahawa mereka mereka berasa mudah dan
senang untuk menentukan makanan dan
khasiatnya apabila menggunakan Wheel Dream
60PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
Jadual 9Analisis item 6 temu bualBagaimana arahan yang diberikan
oleh guru? Adakah ianya mudah
difahami?RUMUSAN
Responden A: fahamResponden B: tidak faham. Cikgu cakap laju sangatResponden C: fahamResponden D: menggangguk kepalaResponden E: sangat fahamResponden F: kadang-kadang saya tak sempat dengar apa yang cikgu cakapResponden G: faham. Tapi kadang- kadang ada juga ayat yang tak fahamResponden H: kurang. Ayat cikgu panjang sangatResponden I: faham
Responden B dan H kurang memahami arahan
yang diberikan oleh guru manakala responden
selebihnya menyatakan mereka faham arahan
guru. Responden D hanya menggangguk kepala
tanda faham apa yang disampaikan oleh guru.
LAMPIRAN H(ANALISIS TEMUBUAL)
Jadual 10Analisis item 7 temu bualAdakah rakan-rakan kamu
memberikan kerjasama yang baik
ketika menggunakan Wheel Dream?
Bagaimana?
61PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
Responden A: adaResponden B: kawan saya tolong ajarResponden C: kawan saya bantu sayaResponden D: ya. Mereka tidak kedekut ilmuResponden E: apabila keliru, saya minta tolong dari kawanResponden F: ada. Kawan tunjukkanResponden G: kawan beri penjelasanResponden H: ada jugaResponden I: saya bangtu kawan yang ada masalah
Kesemua sembilan orang responden
memberikan jawapan yang positif dengan
menyatakan bahawa rakan-rakan memberikan
kerjasama yang baik ketika proses PdP
menggunakan Wheel Dream
62PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
LAMPIRAN I(KEPUTUSAN MARKAH UJIAN)
KEPUTUSAN UJIAN BERTULIS SEBELUM DAN SELEPAS TINDAKAN
Bil RespondenUjian Bertulis
Sebelum Tindakan (%)
Ujian Bertulis Selepas
Tindakan (%)
Perbezaan (%)(+ Atau -)
1. A 35 100 + 65
2. B 45 75 + 30
3. C 30 72 + 48
4. D 45 100 + 55
5. E 45 75 + 30
6. F 45 85 + 40
7. G 50 90 + 40
8. H 50 100 + 50
9. I 50 85 + 35
63PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
LAMPIRAN J(PERBEZAAN MARKAH UJIAN SEBELUM DAN SELEPAS TINDAKAN)
Responden
A
Responden
B
Responden
C
Responden
D
Responden
E
Responden
F
Responden
G
Responden
H
Responden
I0
20
40
60
80
100
120
3545
30
45 45 4550 50 50
100
75 72
100
7585 90
100
85
Perbezaan Markah Ujian bertulis Sebelum dan Selepas Tindakan
Sebelum tindakanSelepas tindakan
Mar
kah
(%)
64PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN/ Semester 8
NOORUL HUDA BT AYOB821225-02-5312
UJUKAN
1 Mohd Azhar Abd Hamid. (2007). Meningkatkan daya fikir. Kuala Lumpur: PTS
Publication & Distributor Sdn. Bhd.
2 Muhamad Naim B. Abd Manaf & Sazli B. Abd Aziz. (2013). Meningkatkan daya
ingatan dan minat murid tahun 3. Kuala Lumpur: Seminar Penyelidikan Tindakan
2013.
3 Nani Meon & Rohani Abdullah. (2003). Panduan kognitif kanak – kanak praSekolah.
Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributor Sdn Bhd.
4 Rosinah Edinin Ph.D . (2012). Penyelidikan Tindakan; Kaedah Dan Penulisan. Kuala
Lumpur: Freemind Horizons.