panduan menyedia rph pj

Upload: amira-nazneen

Post on 13-Jan-2016

237 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani

TRANSCRIPT

Panduan Menyedia Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani (RPH)1.Perkara yang perlu diberi perhatian pada bahagian Permulaan perancangan RPH:i. Objektif Pembelajaran (SK) adalah kenyataan standard kandungan dalam Dokumen Kurikulum Standard KSSR PJ. Standard kandungan adalah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh persekolahan yang merangkumi kemahiran, pengetahuan dan nilai.

ii. Standard Pembelajaran (SP) adalah penetapan kriteria atau indikator pencapaian setiap standard kandungan. Pilihan SP perlulah mengikut cadangan dan ketetapan yang telah dicadangkan oleh Bahagaian Pembangunan Kurikulum (BPK). Contoh di muka surat 4 Dokumen Kurikulum Standard PJ Tahun 2: jadual pemilihan bagi Modul Kemahiran dan Modul Kecergasan.

Modul 1. KemahiranAspek 1Kemahiran Pergerakan

Aspek 2Aplikasi Pengetahuan dalam Pergerakan

Aspek 5Kesukanan

Modul 2. KecergasanAspek 3Kecergasan Meningkatkan Kesihatan

Aspek 4Aplikasi Pengetahuan dalam Meningkatkan Kecergasan

Aspek 5Kesukanan

* Pemilihan SP mestilah mengikut pilihan di atas (aspek 1, 2 & 5 atau aspek 3, 4 & 5) bagi semua PdP PJ.

iii. Bagi EMK (elemen merentasi kurikulum) rujuk buku EMK yang boleh dimuat turun dari laman web BPK, KPM.

iv. Sumber/ BBM perlu nyatakan bilangan alat yang akan digunakan dalam PdP untuk lihat nisbah alatan dengan bilangan murid.

v. Penilaian PdP contoh lembaran kerja boleh dirujuk kepada Buku Panduan Pengajaran PJ di bahagian Uji Minda atau Senarai Semak.

2.Bahagian Rancangan Pengajaran Harian (RPH):i. RPH terdiri daripada lima (5) lajur iaitu Bahagian/ Masa, Aktiviti, Fokus Pembelajaran, Pengelolaan/ Strategi PdP dan Alatan/ Catatan. Lihat contoh RPH.

ii. Pengisiannya ditulis mengikut urutan empat (4) bahagian iaitu bahagian :

Permulaan dan Set Induksi (3-5 minit), Perkembangan (8-12 minit), Kemuncak (8-10 minit) dan Penutup (3-5 minit).

iii. Bahagian Permulaan: Masa diperuntukan ialah 3-5 minit sahaja. Aktiviti pilihan aktviti untuk memanaskan badan dicadangkan sama ada menggunakan pendekatan permainan atau senamrobik. Aktviti permainan di bahagian ini lebih kepada untuk tujuan memanaskan badan dan meransang keseronokan murid yang memang suka bermain. Sila guna CD muzik Tahun 1, 2, dan 3 yang dibekalkan oleh BPK (Unit Muzik) atau mana-mana muzik yang bersesuaian dengan pergerakannya. Regangan otot nyatakan regangan otot bahagian mana badan yang akan dibuat. Lihat pilihan aktiviti yang akan dilaksanakan dan otot yang terlibat. Fokus Pembelajaran adalah tujuan/ matlamat sesuatu aktiviti itu dipilih untuk dilaksanakan di bahagian Permulaan. Pengelolaan/ Strategi PdP bagaimana pilihan aktiviti itu dilaksanakan dalam kelas.Boleh diterangkan menggunakan ayat atau lakaran dan gambar berkaitan Bagi Strategi PdP, rujuk sembilan (9) strategi PdP yang dikeluarkan oleh BPK: (strategi kontekstual, masteri, teknologi maklumat & ICT, konstruktivisime, kecerdasan pelbagai, kajian masa depan, belajar cara belajar, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dan pembelajaran akses kendiri (PAK). Mosston & Asworth (2002) teaching spectrum juga boleh digunakan sebagai pilihan strategi PdP. Ada 11 teaching style mengajar PJ mengikut Mosston dan Asworth. Alatan/ Catatan nyatakan alatan yang akan gunakan dalam bahagian ini. Buat catatan sekiranya perlu sebagai ingatan.

iv. Bahagian Perkembangan: Masa diperuntukan antara 8-12 minit. Rancangan dua atau tiga aktiviti sahaja dalam bahagian ini.... faktor masa. Pilihan aktiviti seharusnya dapat mencapai SP yang dihasratkan. Lihat contoh aktiviti PdP dalam Buku Panduan PdP PJ Tahun 1,2,3 dan 4. Pilihan aktiviti PdP perlulah dekat dengan murid, menyeronokkan, selamat, ada cabaran dari segi fizikal dan minda (membuat keputusan). Urutan aktiviti PdP penting. Fokus pembelajaran dinyatakan dengan jelas dengan pilihan aktiviti itu. Guna ayat dan gambar untuk menjelaskan bagaimana aktiviti itu dilaksanakan. Nyatakan strategi PdP yang anda akan gunakan dalam pengajaran. Kecekapan anda mengendalikan bahagian ini adalah penting. Libatkan murid sekerap yang mungkin dalam aktiviti PdP anda. Alatan PdP banyak digunakan dalam bahagian ini.

v. Bahagian Kemuncak: Masa diperuntukan antara 8-10 minit Pilihan aktiviti bahagian ini seharusnya memberi peluang kepada murid untuk mempraktikkan kemahiran yang baru dipelajari dengan kemahiran yang lepas dalam satu situasi permainan atau pertandingan. Strategi PdP kontekstual kerap digunakan dalam bahagian ini. Elak daripada murid menunggu lama giliran mereka untuk bermain atau ambil bahagian. Biasanya bahagian ini menggunakan banyak alatan PdP.

vi. Bahagian Penutup: Masa diperuntukan antara 3-5 minit. Guru akan buat pilihan aktiviti gerak kendur untuk pulih otot-otot murid yang digunakan dalam aktiviti PdPnya. Guru akan buat refleksi, soal jawab dengan murid dan kesimpulan PdPnya. Guru edar lembaran kerja kepada murid. Murid boleh siapkan pada waktu itu atau serah kepada guru pada kelas akan datang.

vii. Hal-Hal Lain: Buat sedikit catatan refleksi PdP anda selepas mengajar dari segi kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan. Fikirkan/ catat tindakan susulan pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Penting RPH anda perlu ditulis dengan teliti dan lengkap apabila diselia oleh guru pembimbing sekolah dan penyelia praktikum (pensyarah).

Semoga panduan ini dapat membantu anda membuat persiapan yang baik untuk pengajaran-pembelajaran yang menyeronokan, berkesan dan selamat .... insyaAllah1