pak embong; usahawan bermodal rm200

Upload: vasant-sriudom

Post on 06-Jul-2015

476 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PAK EMBONG; USAHAWAN MODAL RM200

PENGENALAN Mengenangkan kehidupan yang miskin lebih 25 tahun dahulu, siapa sangka beliau boleh menjadi jutawan hanya mengusahakan keropak lekor. Itulah pencapaian menakjubkan Taib Muda atau lebih dikenali sebagai Pak embong yang tidak mengenak kegagalan atau putus asa dalam dalam perniagaan bagi memastikan impiannya menjadi usahawan berjaya tercapai. Pak Embong berasal dari Kampung Banggol Katong, Serada, Kuala Terenganu. Beliau kini berumur 53 tahun. Beliau talah berumah tangga dengan Suri@Ngah Taib dan dikurniakan tujuh orang anak. Beliau yang hanya mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah menubuhkan syarikat keropoknya sendiri iaitu Orisahanif Enterprise dan memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Orisahanif Enterprise. Orisahanif merupakan salah satu usahawan industri kecil yang ditubuhkan di Kuala Terengganu.

PENGALAMAN BERHARGA Dengan memegang prinsip dimana ada kemahuan, di situ ada jalan, beliau kini boleh berbangga kerana usahanya untuk keluar daripada kencah kemiskinan berjaya, malah mampu memperoleh pendapat lumayan hasil perniagaan keropok. Pada peringkat awalnya beliau bertekad keluar daripada kepompong kemiskinan untuk memulakan perniagaan secara kecilkecilan iaitu sekitar tahun 1985. Beliau ketika itu bekerja sebagai buruh terpaksa menanggung keluarganya dengan pendapatan yang tidak ditentu. Selepas berbincang dengan isterinya yang sentiasa mengharungi kesusahan dihadapi mereka, Pak embong mendapat ilham untuk memulakan perniagaan keropok kering dan keropak lekor secara kecil-kecilan. Dengan bermodalkan RM200, beliau yang masih muda ketika itu membuang perasaan malu apabila sanggup mengayuh beca sejauh 25 kilometer setiap hari bagi mendapatkan bekalan ikan dari jeti Jabatan Perikanan di Pulau Kambing. Keropok lekor yang diproses bersama isterinya itu dijual sekitar kampung dan Bandar Kuala Terengganu. Rutin mengayuh beca dengan menjaja keropok berterusan lebih sepuluh tahun sebelum keuntungan yang dikumpul dijadikan modal utuk membuka kedai makanan tradisi di Paka, Terengganu dn Johor Bharu pada tahun 2001. Bagaimanapun, perniagaan berkenaan

Hak Milik Sant Sahabat dan Kawan-Kawan. Dibenar untuk tujuan pembelajaran sahaja

diserahkan kepada rakan niaganya untuk diuruskan sebagai strategi memperkenalkan jenama Keropok Ori. Walau terpaksa menempuh jatuh dan bangun, termasuk ditipu di peringkat awal, ia bukan penghalang buat Pak Embong untuk terus bangkit memanfaatkan modal yang dikumpulkan untuk membuka kedai keropok di Kampung Losong Haji Su pada 2006 selain berniaga di pasar malam. Ternyata usaha dan strateginya tidak sia-sia apabila apabila keropok keluarannya menerima sambutan hangat, terutama daripada orang luar yang bertandang ke perkampungan berkenaan. Menyedari potensi perniagaan terbabit untuk dikembangkan, Pak Embong berusaha untuk melebarkan sayap perniagaannya dengan membuka empat lagi cawangan kedai keropok di Cameron Highland dan Gua Musang. Kini operasi perniagaan keropoknya berjalan lancer dan semua cawangan berkenaan member peluang seperti diharapkannya dengan purata keuntungan RM30,000 sebulan. Keuntungan ini juga mampu mencecah RM100,000 sebulan pada musim cuti sekolah dan perayaan. Bagi Pak Embong, kejayaan diperoleh umpama mimpi daripada seseorang buruh kini dirinya mampu memiliki kehidupan yang baik berbanding ketika mula-mula menjalankan perniagaan berkenaan. Beliau anggap semuanya itu hasil daripada doa selain keberkatan Tuhan terhadap usaha gigihnya untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik. Walaupun kejayaan ini tidak dicapai dengan mudah, ia sebenarnya satu hikmah kepadanya supaya sentiasa menginsafi diri walaupun sudah berjaya. Pak Embong sekarang banyak menghabiskan masanya mengurus semua cawangan kedai keropok selain turun kepadang bertemu pelanggan. Dengan harga yang munasabah dan dengan menggunakan slogan Rasa Dulu Baru Beli membuat pelanggan berasa selesa untuk mencuba sebelum membeli. Walaupun hidup semakin mewah dengan hasil perniagaan keropok, Pak Embong tidak pernah melupakan kesusahan yang dilalui, terutamanya ketika terpaksa mengayuh beca untuk menjual keropok.

CARA MENGURUS PERNIAGAAN Pada peringkat pertama, Pak Embong hanya memproses keropok bersama isterinya sahaja dan menjual keropok tersebut di pasar malam sahaja. Malah corak pengurusan perniagaannya tidak begitu ketara terhadap perniagaan. Apabila produk keluarannya mendapat sambutan yang tinggi daripada pelanggan, beliau menubuhkan kilang keropoknya sendiri yang diberi nama Kerook Ori dan memegang jawatan sebagai pengarah urusan. Struktur dalam organisasinya terdiri daripada ahli keluarga dan masyarakat setempat sahaja. Apabila beliau membukakan cawangan di lain tempat, beliau melantikkan egennya untuk memasarkan produknya di

Hak Milik Sant Sahabat dan Kawan-Kawan. Dibenar untuk tujuan pembelajaran sahaja

kawasan tersebut disamping beliau juga menurun padang untuk menyakinkan produknya kepada pelanggan. Slogan Rasa Dulu Baru Beli merupakan strategi perniagaan Pak Embong yang bertujuan untuk menarik minat untuk membeli keropoknya. Dengan adanya kempen, slogan atau iklan kepada umum, ia dapat menarik minat orang ramai untuk membeli sesuatu produk yang dikeluarkan itu. Selain itu, strategi menetapkan lokasi pemasaran produk juga merupakan factor penting dalam meningkatkan hasil perniagaannya. Oleh itu, Cameron Highland dan pecan Gua Musang merupakan lokasi yang sesuai untuk memasarkan produknya tersebut.

TIP KEJAYAAN Pak Embong merupakan salah seorang usahawan yang agak berjaya dalam dunia perniagaan dan berjaya dalam kehidupan iaitu dapat membawa keluarga dari taraf miskin berada di tahap berada. Antara tip atau rahsia kejayaan beliau dalam mengusahakan keropoknya adalah: 1. Menetapkan matlamat Pak Embong merupakan seorang yang miskin tegar terpaksa menanggung kos perbelanjaan keluarga yang begitu ramai dengan pendapatannya sebagai buruh yang tidak tentu. Oleh itu, beliau berusaha bersungguh-sungguh dengan menetapkan matlamatnya untuk meningkatkan taraf hidup keluarganya daripada miskin kepada berada dengan memilih langkah membuat perniagaan keropok yang merupakan makanan ringan popular di Terengganu. Dengan adanya sesuatu matlamat yang ditetapkan pada peringkat awal perniagaan tambah dengan daya usaha serta perancangan pengurusan yang berkesan dapat menggerakkan sesuatu perniagaan itu mencapai matlamatnya.

2. Berusaha dengan bersungguh-sungguh Sikap Pak Embong yang tidak mudah putus asa semasa menjalankan perniagaannya walau pada peringkat awal dengan modal hanya RM200 dan terpaksa mengayuh beca untuk mendapatkan ikan dari jeti sejauh 25 kilometer setiap hari merupakan satu faktor kejayaan seorang usahawan. Hasil usaha yang berterusan dan dedikasi dalam menghadapi cabaran menyebabkan beliau dapat mencapai matlamatnya sendiri disamping mengamalkan prinsip di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Daya usaha yang berterusan dan tidak mudah

Hak Milik Sant Sahabat dan Kawan-Kawan. Dibenar untuk tujuan pembelajaran sahaja

putus asa akan mendapat seseorang usahawan itu menghadapi segala kekangan kejayaannya.

3. Tabah menghadapi cabaran dan halangan Sikap kecekalan dan tabah yang terdapat dalam diri Pak Embong untuk menghadapi segala cabaran dalam menjalankan perniagaannya telah menyebabkan beliau berjaya membuka lagi 4 cawangan perniagaan keropoknya walaupun pada awalnya beliau menghadapi kesusahan dan risiko dalam memdapatkan bahan mentah, memproses dan memasarkan keropoknya serta terpaksa menganggung kerugian kerana ditipu oleh pihak orang tengah pada peringkat awal perniagaannya. Rasa tidak jemu dalam mencari jalan untuk mencapat matlamatnya tanpa mengalah dan sikap sentiasa berusaha untuk mengatasi sebarang masalah yang boleh menyekat pencapaian matlamatnya.

4. Bersyukur terhadap nasib Kemiskinan yang dialami oleh Pak Embong merupakan satu faktor yang menyebabkan usahawan keropok itu berjaya hingga sekarang. Bagi beliau, kemiskinan itu adalah satu ujian daripada Tuhan yang mewajibkannya mencari langkah yang bijak untuk memenangi kemiskinan tersebut. Beliau memang bersyukur terhadap apa yang dialami walaupun ia merupakan satu dugaan yang menyedihkan. Beliau juga anggap kejayaan itu hasil daripada doa selain keberkatan Tuhan terhadap usaha gigihnya untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik. Walaupun kejayaan ini tidak dicapai dengan mudah, ia sebenarnya satu hikmah kepadanya supaya sentiasa menginsafi diri walaupun sudah berjaya.

5. Yakin terhadap keupayaan diri Pak Embong merupakan seorang yang mempunyai sikap yakin diri yang merupakan factor penting dalam diri seseorang usahawan. Walau beliau hanya berpendidikan taraf SPM tetapi semangat yang tekun dan yakin pada diri sendiri bahawa mampu mengubah nasibnya daripada miskin hinggalah menjadi jutawan seperti sekarang walaupun pada peringkat awal hanya mempunyai modal sebanyak RM200 sahaja. Dengan kepercayaan terhadap kebolehan dan kemampuan diri untuk mencapai sesuatu yang menghajati dengan melahirkan

Hak Milik Sant Sahabat dan Kawan-Kawan. Dibenar untuk tujuan pembelajaran sahaja

perasaan yakin terhadap kemampuan dalam menyelesaikan sesuatu atau menghayut sesuatu cabaran.

6. Melihat dan merebut peluang Sikap usaha dan merebut peluang yang telah Pak Embong lakukan dapat dilihat apabila beliau menyedari bahawa potensi perniagaan keropoknya sangat mendapat sambutan daripada orang ramai dan perlu untuk dikembangkan ke lain-lain tempat, maka Pak Embong berusaha untuk menambahkan cawangan perniagaannya dengan membuka empat cawangan kedai keropok di Cameron Highland, Pahang dan Gua Musang, Kelantan. Seseorang usahawan perlu bijak mengaturkan stategi perniagaan dan merebut peluang sekiranya ada terutamanya apabila produk yang dikeluarnya mandapat permintaan ramai.

7. Menyakinkan orang lain Seseorang individu yang bergelar usahawan perlulah berkebolehan menyakinkna orang lain dengan mampu menonjolkan diri untuk member keyakinan kepada pelanggan untuk membeli barangan atau perkhidmatan yang diniagakan. Pak Embong sentiasa menurun padang untuk bertemu dengan pelanggannya di setiap cawangan dengan tidak pernah kenal penat lelah. Melalui penemuan dengan pelanggan ini, beliau dapat menyakinkan orang ramai untuk membeli produknya di samping dapat melihat sendiri keberkesanan pengoperasian di setiap cawangannya.

8. Penyayang Menurut Pak Embong, kejayaannya tidak akan tercapai jika tiada sokongan yang tinggi daripada keluarganya. Beliau yang perlu bekerja keras berusaha bersungguh-sungguh hanyalah untuk keluarganya terutamanya kepada anakanaknya. Dengan memikirkan nasib anak-anaknya pada masa akan datang, beliau terpaksa berusaha gigih dalam segala sekatan, cabaran dan halangan demi kejayaan perniagaannya dan juga masa depan anaknya.

Hak Milik Sant Sahabat dan Kawan-Kawan. Dibenar untuk tujuan pembelajaran sahaja

9. Berorientasi kearah kecekapan Pak Embong sentiasa merupakan seorang yang bijak dalam mengaturkan strategi pengeluaran produknya iaitu beliau sentiasa mencari jalan melakukan sesuatu dengan kos yang lebih rendah dan mengambil berat tentang perkiraan kos dan keuntungan dari sesuatu tindakan. Sebagai contoh pada permulaan perniagaan, Pak Embong hanya menggunakan duit simpanannya hanya sebanyak RM200 untuk melakukan proses membuat keropok akhirnya beliau berjaya mendapat keuntungan yang lumayan daripada hasil keluaranya itu. 10. Menyelesaikan masalah secara kretif Pak Embong walaupun mempunyai pendidikan tetapi beliau bijak membuat perancangan ngan mencari langkah untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi dengan bijak. Pak Embong pernah ditipu oleh orang tengah yang mengambil keropoknya dan akhirnya melarikan diri dan ia menyebabkan beliau mengalami kerugian yang besar pada ketika itu. Tetapi walau bagaimanapun, hasil usaha beliau yang berterusan dapat juga beliau menyelesaikan masalah yang dihadapi itu. 11. Komitmen terhadap perjanjian kerja Pak Embong walaupun sudah berusia tetapi beliau sanggup mengorbankan diri turun padang berada bersama-sama pekerjanya di setiap cawangan untuk mendengar masalah yang dihadapi olehnya dan berusaha untuk menyelesainya supaya dapat meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap produknya di samping untuk bertemu dengan pelanggan supaya dapat mempercayaikan orang ramai terhadap kualiti keropoknya itu. Beliau telah melancarkan slogan Rasa Dulu Baru Beli menyebabkan pelanggan rasa lebih minat untuk menikmati produknya. Beliau dapat menunjukkan sikap mengambil berat untuk memuaskan kehendak pelanggan.

Hak Milik Sant Sahabat dan Kawan-Kawan. Dibenar untuk tujuan pembelajaran sahaja