pak sako dan biodata

19
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN 1 2.0 BIODATA TOKOH 3.0 PERJALANAN HIDUP TOKOH 4.0 SUMBANGAN TOKOH 5.0 KARYA – KARYA TOKOH

Upload: rahayu-rasli

Post on 09-Aug-2015

1.110 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

pak sako, tokoh bahasa

TRANSCRIPT

Page 1: PAK SAKO dan biodata

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 1

2.0 BIODATA TOKOH

3.0 PERJALANAN HIDUP TOKOH

4.0 SUMBANGAN TOKOH

5.0 KARYA – KARYA TOKOH

Page 2: PAK SAKO dan biodata

1.0 PENGENALAN

Kajian tentang perkembangan kesusasteraan Melayu tidak lengkap tanpa

mengaitkan nama Ishak Hj. Muhammad. Hasil daripada kajian dan tulisan yang

terhimpun sekian banyak itu, maka lahirlah pelbagai pandangan dan gelaran yang

diberikan kepada Pak Sako, antaranya Pak Sako sebagai gergasi sastera Melayu, Pak

Sako sebagai sasterawan yang tidak pandang kesenangan, Pak Sako sebagai sasterawan

yang berani dan tajam, Pak Sako sebagai wartawan pemula dan pembawa

pembaharuan, Pak Sako sebagai wartawan contoh, Pak Sako sebagai wartawan yang

kritis, Pak Sako sebagai nasionalis rakyat, Pak Sako sebagai wartawan yang kritis, Pak

Sako sebagai nasionalis rakyat, Pak Sako sebagai pejuang politik yang prihatin

terhadap suara hati masyarakat desa dan golongan marhein dan Pak Sako sebagai

intelektual rakyat. Sebagai seorang tokoh masyarakat yang namanya dikenali ramai

pada zamannya, terdapat juga suara sinis yang Pak Sako seorang romantis lagi kuat

merajuk. Itu adalah sebahagian penilaian orang terhadap Pak Sako. 

Tokoh besar yang saya bicarakan pada kali ini, Pak Sako rupa-rupanya bukan

sahaja seorang nasionalis, perjuang, ahli politik, sasterawan, wartawan dan pemikir,

tetapi juga seorang pencinta kehidupan asal dan alam sekitar. Beliau tidak setakat

mengungkapkan rasa hatinya yang amat rapat lagi prihatin terhadap warisan semula

jadi tetapi juga mengamal dengan setia nilai hidup yang mesra dengan alam sekitar.

Memoirnya, walaupun tidak terperinci, merakamkan aspek ini tentang peribadinya.

Sayangnya dimensi ini terselindung daripada perhatian karyawan yang menulis

tentangnya.

Zainuddin Maidin, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu pernah

menyuarakan dalam Malam Mengenang Jasa Pak Sako di Balai Budaya Tun Syed

Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka pada 5 Oktober 1987 bahawa “Ishak Haji

Muhammad, Pak Sako atau Hantu Raya adalah seorang yang kalau dimahkotakan

sebagai raja, baginda akan turun dari takhtanya, kalau menjadi presiden atau perdana

menteri, beliau akan menghilangkan diri, tetapi diberikan mesin taip, beliau akan

menulis sampai mati”. 

Page 3: PAK SAKO dan biodata

2.0 BIODATA TOKOH

Nama :

Ishak Bin Haji Muhammad

Nama gelaran :

Pak Sako

(14 November 1909 - 7 November 1991)

Tempat lahir

Kampung Buntut Pulau, Temerloh, Pahang

Darul Makmur.

Nama ayah

Page 4: PAK SAKO dan biodata

Tempat lahir

Kampung Buntut Pulau, Temerloh, Pahang

Darul Makmur.

Nama ayah

Page 5: PAK SAKO dan biodata

Gambar peringatan kumpulan keluarga Pak Sako.

Gambar kenangan Pak Sako dan isterinya di kediaman mereka.

Page 6: PAK SAKO dan biodata

Gambar Pak Sako bersama isterinya dan anak – anaknya.

Page 7: PAK SAKO dan biodata

3.0 PERJALANAN HIDUP TOKOH

3.1 SEJARAH PENDIDIKAN TOKOH

Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako lahir telah mendapat pendidikan awal di

Sekolah Laki-Laki Temerloh (atau kini Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah),

Temerloh pada tahun 1919.

Beliau kemudiannya telah melanjutkan pelajaran ke Sekolah Inggeris Clifford,

Kuala Lipis pada tahun 1924 hingga 1928. Pak Sako lulus sijil persekolahan dari

Sekolah Inggeris Raub pada tahun 1929. Pada tahun 1930, beliau melanjutkan

pelajaran ke Malay College Kuala Kangsar atau MCKK (Maktab Melayu Kuala

Kangsar) untuk berlatih sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Pentadbiran Tanah

Melayu (Malayan Civil Service).

3.2 KERJAYA TOKOH

Pada tahun 1931, Ishak Haji Muhammad bertugas sebagai pegawai dalam

latihan selama setahun di Pejabat Daerah Temerloh sebelum ditukarkan ke Pejabat

Daerah Bentong sebagai Timbalan Penolong Pegawai Daerah pada tahun berikutnya. 

Dengan itu beliau telah dilantik sebagai Majistret Kelas III dan pemungut hasil tanah. 

Setelah berkhidmat selama tiga bulan di Bentong, beliau telah ditukarkan ke Daerah

Kecil Rembau, Negeri Sembilan.  Kira-kira setahun setengah kemudian, beliau

ditukarkan pula ke Kuala Lumpur sebagai Majistret Kelas III sehinggalah beliau

meletakkan jawatan tersebut pada tahun 1935. Selepas bebas daripada jawatan

kerajaan, Ishak Haji Muhammad menjadi guru bahasa Melayu kepada pegawai-

pegawai Inggeris di Polis Depot dan kemudian beliau mengembara ke seluruh tanah air

selama tiga tahun.  Sewaktu menjelajah tanah air inilah beliau mula menceburkan diri

dalam bidang penulisan. 

Pada tahun 1937, Pak Sako mula bertugas dengan Warta Malaya, di Singapura

sebagai pengarang dan penterjemahan.  Dari situ  beliau terus meningkatkan

kegiatannya dalam bidang penulisan.  Pada tahun inilah beliau menghasilkan novel

sulungnya yang berjudul Putera Gunung Tahan yang dicetak oleh Jamaliah Press,

Muar pada tahun 1938.

Page 8: PAK SAKO dan biodata

Ishak Haji Muhammad ialah orang pertama yang menjadi pencetus dalam

menerbitkan akhbar Utusan Melayu dan seterusnya menjadi pengasas penerbitan

akhbar tersebut.  Untuk ini beliau berhenti dari Warta Malaya pada 1 April 1939 lalu

menjelajah ke negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu untuk memberi penerangan

kepada masyarakat tentang cita-cita beliau untuk menerbitkan sebuah akhbar

kebangsaan. 

Usahanya ini telah mendapat sokongan dan dukungan yang hangat daripada

masyarakat dan pada 29 Mei 1939, lahirlah akhbar Utusan Melayu.Dari Tahun 1939

hingga tahun 1941, Ishak bertugas sebagai salah seorang anggota sidang pengarang

Utusan Melayu yang pada ketika itu dipimpin oleh Abdul Rahim Kajai. 

Page 9: PAK SAKO dan biodata

Pak sako sememangnya terkenal dengan seorang yang sangat tekun dan gigih dalam

menghasilkan karya beliau.

Pada waktu yang sama, Ishak mula bergiat dalam pergerakan politik. Pada

tahun 1941, Pak Sako yang terlibat dengan Kesatuan Melayu Muda (KMM) telah

ditangkap oleh pihak British dan dibebaskan apabila Jepun berjaya menakluk

Singapura pada tahun yang sama.  Beliau kemudian menjadi Ketua Pengarang Berita

Malai di samping turut menyumbangkan rencana dan cerpen dalam Semangat Asia dan

Fajar Asia.

Page 10: PAK SAKO dan biodata

Ishak Haji Muhammad berucap dalam satu majlis bersama Parti Kebangsaan Melayu Malaya.

Pak Sako telah menjadi semakin aktif dalam arena politik dan bidang

kewartawanan sesudah tamat perang.  Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang

ditubuhkan pada tahun 1945 pernah menerima beliau sebagai salah seorang anggota

pucuk pimpinannya.  Apabila darurat diisytiharkan pada tahun 1948, kegiatan Pak Sako

dianggap membahayakan keselamatan negara lalu beliau ditangkap sekali lagi dan

ditahan di Penjara Pudu, Kuala Lumpur.  Dari Penjara Pudu, Pak Sako dipindahkan ke

beberapa buah khemah tahanan lain.  Beliau kemudiannya telah dibebaskan tanpa

syarat dalam bulan Mei 1953.

Setelah bebas dari tahanan, Ishak Haji Muhammad bertugas di Malayan Film

Unit (MFU) di Kuala Lumpur sebagai penulis skrip hingga bulan Disember 1955. 

Mulai 6 Mac 1958, beliau dilantik sebagai Ketua Pengarang Semenanjung di

Singapura.  Walau bagaimanapun minatnya terhadap politik tanah air tidak pernah

malap terutama apabila beliau dilantik mengetuai Parti Buruh Malaya dan Socialist

Front.  Dalam pilihan raya umum 1959, Ishak Haji Muhammad bertanding bagi

kawasan Bukit Bintang pada tahun 1964 tetapi gagal untuk memenangi sebarang

kerusi.

Page 11: PAK SAKO dan biodata

Sewaktu tercetusnya konfrontasi antara Malaysia dengan Indonesia pada tahun

1965, Ishak Haji Muhmmad telah ditahan sekali lagi.  Selepas dibebaskan pada tahun

1966, beliau  kembali bergiat dalam bidang penulisan.  Ishak kemudiannya ditawarkan

bertugas dengan Utusan Melayu sebagai penulis khas.  Tulisannya yang amat popular

ialah “Kenangan Hidup Pak Sako” yang disiarkan secara bersiri dalam Mingguan

Malaysia, dan ruangan “Di Simpang Jalan” dengan menggunakan nama Pak Pandir

Moden. Beliau juga pernah menjadi penulis ruangan pojok “Pepatah Petitih” dalam

majalah Gila-gila.

Oleh sebab cintanya terhadap bangsa dan negara terlalu besar, maka tidak

hairanlah kalau dikatakan bahawa hampir keseluruhan karya Ishak bercorak didaktik

dan idealistik.  Sebagai seorang pejuang nasional dan sasterawan, Ishak mempunyai

tempat yang penting dalam sejarah kebangsaan dan kesusasteraan tanah air.

4.0 SUMBANGAN TOKOH

4.1 SUMBANGAN DARI ASPEK POLITIK/NEGARA

Seperti kebanyakan pengarang sebelum merdeka, Ishak menggunakan novel

dan cerpen sebagai saluran untuk mengobarkan semangat orang Melayu dan

menyedarkan mereka tentang kedudukan mereka yang mundur dalam politik, ekonomi

dan sosial.  Sikapnya yang antipenjajah jelas diluahkannya dalam novel dan cerpennya.

Ini dapat kita lihat dengan jelas bahawa Pak Sako menerapkan semangat

kebangsaan dalam novel pertama pak sako iaitu putera gunung tahan lahir. Novel ini

dianggap hasil daripada luapan semangat kebangsaan dan rasa cemburu kepada

pengaruh-pengaruh asing khususnya penjajahan Inggeris.  Oleh itu novel ini adalah

sebuah novel politik yang bertujuan untuk meniup semangat cinta akan tanah air,

semangat ingin hidup maju dan bebas daripada belenggu penjajahan.

Novelnya yang berjudul Anak Mat Lela Gila dianggap sebagai novel yang

cukup berjaya sebelum Perang Dunia Kedua.  Novel ini menggambarkan keadaan

masyarakat Melayu dengan kisah-kisah hasil pengalaman beliau mengembara ke

Page 12: PAK SAKO dan biodata

seluruh negara.  Watak-wataknya melontarkan sindiran terhadap sikap tidak adil

penjajah Inggeris dan pembesar-pembesar tanah air terhadap masyarakat Melayu.

4.2 SUMBANGAN DARI ASPEK KESUSASTERAAN

Memetik kata Aminudin Mansor (2012) karya Pak Sako seperti Putera Gunung

Tahan mengandungi tema dan unsur keindahan dan estetika sangat kuat. Novel ini

banyak memaparkan keindahan kepada alam dan kehidupan manusia dengan nilai

kehidupan masyarakat, sarat dengan metafora dan gaya bahasa yang menarik serta

indah. Keindahannya terletak pada tema, persoalan, watak dan perwatakan yang hidup

dan lincah, plot, latar masyarakat, nilai dan pengajaran yang disampaikan. Luahan hati

dan getar jiwa seni Pak Sako melalui kata-kata dan bayangan alam budaya kehidupan

masyarakat telah menarik minat para pembaca dari segenap umur dan telah diakui oleh

banyak sarjana sastera. Nilai seni ini akan dapat dirasakan oleh pembaca yang cekap

menangkap dengan mata akal dan mata fikir hasil seni sastera.

Satu perkara yang harus kita beri perhatian dalam karya-karya Ishak adalah

tentang cita-citanya terhadap masyarakatnya masa itu.  Karya – karya Pak Sako

bertunjangkan rakyat jelata, dan beliau berpendapat bahawa setiap cerita mestilah

mempunyai mesej dan bertujuan membimbing rakyat ke arah suatu kehidupan yang

aman damai, bekerjasama, makmur, mewah, berbudi bahasa, berkhidmat dan berbakti.

Melalui penulisan dalam bentuk cerpen mahupun sajak, Pak Sako banyak mendidik

dan menegur masyarakat tempatan. Seperti contoh dalam salah satu karya beliau iaitu

‘Teguran Pak Sako’.

Page 13: PAK SAKO dan biodata

4.3 SUMBANGAN DARI ASPEK PENULISAN

Dalam bidang penulisan kreatif, Ishak menghasilkan tidak kurang daripada 23

buah cerpen pada waktu sebelum Perang Dunia Kedua.  Dua buah novelnya Putera

Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila adalah antara novelnya yang mendapat

sambutan hangat dan telah beberapa kali diulang cetak.  Kedua-dua novel tersebut

mencerminkan pandangan dan cita-cita pengarangnya sebagai seorang patriot dan

sasterawan.

Bapak rugged, anak groovy,Sedang membiak di sana sini,

Di pantai memakai bikini,Di kubur memakai mini.

Orang-orang kampung menghadap Kiblat,Mereka membawa komik-komik Barat,

Bermain karate, ganti bersilat,Makan anggur, menggantikan langsat,Gasing dibuang, dimajukan bowling,

Berasmara mereka kata necking,Bercumbu-cumbu mereka kata pecking,

Buang Mak Inang, menggantikan dansing,Tetapi, bila bergula dalam kencing,Barulah teringat nak makan jering,Terkenang kepada petai dan kerdas,Barulah nak belajar mandi hadas.

Melayu bukan, Malaysian pun bukan,Cina bukan, Indian pun bukan,

Inikah akar-akar yang mangaku rotan?Atau kaca-kaca yang mengaku intan?

– Pak Sako (Dr. Ishak Haji Muhammad)

[Sumber: Suara Keadilan, edisi 28 Ogos – 11 September 2007, bil. 115, halaman 15 dalam tulisan LanH berjudul Melayu bukan, Cina bukan,

Malaysian pun bukan]

Page 14: PAK SAKO dan biodata

Kesusasteraan Melayu moden mulai berkembang selepas Perang Dunia

Pertama.  Pada dasarnya karya sastera pada zaman itu lebih bercorak protes.  Tradisi itu

mencapai kemuncaknya menjelang Perang Dunia Kedua.  Dalam tahap perkembangan

Ishak Haji Muhammad muncul sebagai penulis yang paling berjaya menawan hati para

pembaca sehingga beliau menjadi lambang zaman itu.  Selain itu, Pak Sako pernah

menulis skrip filem berjudul Padi Kunca terbitan Filem Negara Malaysia pada tahun

1955.  Filem ini yang juga menggunakan suara latar Pak Sako telah memenangi

anugerah Golden Harvest dalam satu pesta filem yang berlangsung di Singapura.

Pak Sako merupakan pengasas kepada penerbitan akhbar Utusan Melayu. Kini,

akhbar tersebut telah menjadi salah satu khabar dalam menjadi wadah penting bagi

rakyat di negara kita mendapatkan maklumat tentang isu - isu semsa dan penyebaran

ilmu.

5.0 ANUEGRAH – ANUEGRAH TOKOH

PENULIS veteran ini adalah antara penulis sebelum Perang Dunia Kedua yang

sangat giat menulis.  Beliau telah menerima suatu cenderamata berupa sebilah keris

yang berusia 120 tahun dan sekeping cek bernilai RM5000.00 pada Malam Mengenang

Jasa Pak Sako di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka pada 5

Oktober 1987. 

Pada 29 Jun 1973, Universiti Malaya telah menganugerahi beliau Ijazah

Kehormat Doktor Kesusasteraan bagi menghargai sumbangan serta jasanya terhadap

kesusasteraan Melayu moden. Pada 29 Mei 1976 pula, Ishak dianugerahkan gelaran

“Pejuang Sastera” oleh Perdana Menteri Malaysia berserta hadiah wang tunai

RM10000.00 dan watikah penghargaan.  Walau bagaimanapun, Pak Sako telah

menolak anugerah “Budayawan GAPENA 1987” atas sebab-sebab tertentu.

Page 15: PAK SAKO dan biodata

Ishak Haji Muhammad telah meninggal dunia pada 7 November 1991. Namun

demikian, jasa dan pengorbanan beliau kepada negara tetap dikenang dan dihargai. 

Pak Sako dalam Majlis Penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat.

Pada 24 September 1995, beliau dianugerahkan “Tokoh Kewartawanan Negara”

sebagai menghargai jasa beliau dalam mempelopori bidang kewartawanan, politik dan

sastera. Beliau merupakan tokoh yang menerima anugerah tersebut selepas Tan Sri A.

Samad Ismail dan Tan Sri Lee Siew Yee. Utusan Melayu sejak tahun 1992 telah

mewujudkan “Hadiah Sako” untuk diberikan kepada penulis novel nasional yang

terbaik sebagai mengenangkan jasa dan pengorbanan Pak Sako. 

6.0 KARYA – KARYA TOKOH

6.1 NOVEL KARYA TOKOH

Novel

Page 16: PAK SAKO dan biodata

Putera Gunung Tahan, Singapura: Geliga Limited, 1957 (cetakan kedua), 113

hlm. (cetakan pertama 1937)

Sidang Serangga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, 121 hlm.

Anak Mat Lela Gila, Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1966 (cetakan

Page 17: PAK SAKO dan biodata

ketiga), 131 hlm., (cetakan pertama 1941).

Yang Miskin dan yang Mewah, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1966, 120

hlm.

Budak Beca, Marang: H.C. Muhammad Abdul Rahman, 1957, 173 hlm. (dua

penggal),    Penggal I, 98 hlm., Penggal II, 75 hlm.

Jalan ke Kota Bharu, Singapura: Qalam, 1956, 159 hlm.

Cemburu Celik, Singapura:  Geliga Limited, 1957, 19 hlm.

Mencari yang Lari, Singapura : Geliga Limited, 1957, 108 hlm.

Pengantin Baru, Singapura: Geliga Limited, 1957, 120 hlm.

Pertemuan di Sungai, Singapura: Geliga Limited, 1957, 93 hlm.

Selayang Pandang, Singapura: Geliga Limited, 1957 – 1959, 209 hlm., (dua

penggal), penggal I, hlm. 1-84, Penggal II, hlm. 85-209

Judi Karan, Singapura: Geliga Limited, 1958, 132 hlm.

Mata-mata Sukarela, Singapura: Geliga Limited, 1959, 123 hlm.

Norita dan Kisah-kisah Kucing Hitam, Marang : H.C. Muhammad Abdul

Rahman, 1966, 212 hlm.

Page 18: PAK SAKO dan biodata

Anak Dukun Deraman, Kuala Lumpur: Pustaka Gunung Tanah, 1967, 222 hlm.

Tijah Tukang Cukur, Marang: H.C. Muhammad Abdul Rahman, 1967, 171 hlm.

Satay Saloon, Kuala Lumpur: Pustaka Gunung Tanah, 1968, 152 hlm.

6.2 CERPEN KARYA TOKOH

Salah sebuah buku yang menghimpunkan cerpeb – cerpen karya Pak Sako yang di susun oleh Hashim Awang dan A. Karim Haji Abdullah.

Cerpen

- Segar, Singapura: Qalam, 1961, 188 hlm.

- Karangan Bunga dari Selatan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan

Jambatanmas, 1963, 61 hlm.

- Rintisan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1964, 265 hlm.

- Senda Gila-gila (antologi bersama), Kuala Lumpur: Creative Enterprise Sdn. Bhd., 1980,

124 hlm.

- Menunggu Ratu Adil (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn. Bhd.,

1984, 218 hlm.

- Angin Pulau (antologi bersama), Kuala Lumpur: teks Publishing Sdn. Bhd., 1985, 433

hlm.

- Dongeng Merdeka (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,

1985,339 hlm.

Page 19: PAK SAKO dan biodata

6.3 MEMOIR KARYA TOKOH

Memoir

Pengalaman Pak Sako Tiga Tahun di Singapura: Petaling Jaya: Pustaka Budaya Agency,

1975, 61 hlm.

6.4 KARYA TOKOH UMUM

Umum

- Pak Pandir Moden di Simpang-simpang Jalan, Kuala Lumpur: Karya Bistari, 1988, 86

hlm.

- Pepatah Petitih, Kuala Lumpur: Creative Enterprise Sdn. Bhd., 1989 (Jilid I), 283 hlm.