pa assignment

5
KOM 3403 PENGUCAPAN AWAM SEMESTER 5/2009 KRITIKAN DAN ANALISIS TEKS UCAPAN Teks yang dilampirkan menunjukkan teks ucapan menteri di Times Square, Kuala Lumpur sempena kempen kebersihan. Beliau menyampaikan teks ucapan beliau sebagai ucapan perasmian bagi kempen tersebut. Majlis tersebut adalah sebagai majlis perasmian kepada Kempen Tandas Bersih peringkat zon tengah yang berlangsung pada 15hb februari 2004 bersamaan dengan hari ahad. Definisi ucapan mengikut beberapa tokoh-tokoh bahasa adalah secara umumnya, berucap ialah gabungan proses komunikasi verbal dan non-verbal yang bertujuan berkongsi maksud sesuatu mesej yang disampaikan oleh sumber kepada penerimanya. Teks ucapan yang dilampirkan bersifat verbal dan formal sepenuhnya dimana menteri tersebut memberikan ucapan secara lisan sepenuhnya dan tiada unsur non-verbal. Dari segi pengucap yang berkesan, menteri tersebut yang menyampaikan teks ucapan perasmiannya bersikap dan boleh berucap dan ada keinginan untuk berucap di hadapan ramai orang. DISEDIAKAN OLEH EN.SUDHEEP RAMASAMY (B10127) B.A ENGLISH (EXECUTIVE)

Upload: sudheep-rsy

Post on 16-Jun-2015

332 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pa Assignment

KOM 3403 PENGUCAPAN AWAMSEMESTER 5/2009

KRITIKAN DAN ANALISIS TEKS UCAPAN

Teks yang dilampirkan menunjukkan teks ucapan menteri di Times Square, Kuala

Lumpur sempena kempen kebersihan. Beliau menyampaikan teks ucapan beliau sebagai ucapan

perasmian bagi kempen tersebut. Majlis tersebut adalah sebagai majlis perasmian kepada

Kempen Tandas Bersih peringkat zon tengah yang berlangsung pada 15hb februari 2004

bersamaan dengan hari ahad.

Definisi ucapan mengikut beberapa tokoh-tokoh bahasa adalah secara umumnya, berucap

ialah gabungan proses komunikasi verbal dan non-verbal yang bertujuan berkongsi maksud

sesuatu mesej yang disampaikan oleh sumber kepada penerimanya. Teks ucapan yang

dilampirkan bersifat verbal dan formal sepenuhnya dimana menteri tersebut memberikan ucapan

secara lisan sepenuhnya dan tiada unsur non-verbal. Dari segi pengucap yang berkesan, menteri

tersebut yang menyampaikan teks ucapan perasmiannya bersikap dan boleh berucap dan ada

keinginan untuk berucap di hadapan ramai orang.

Tujuan menteri tersebut menyampaikan ucapan beliau adalah untuk memberitahu para

hadirin tentang kempen kebersihan yang dirasmikannya dan tujuan dan objektif kempen tersebut.

Menteri tersebut juga ingin menyakinkan para hadirin untuk menyokong dan memberi kerjasama

dalam menjayakan Kempen Tandas Bersih Peringkat Zon Tengah itu. Ucapan ini juga

disampaikan bertujuan untuk merasmikan majlis khas tersebut. Ucapan beliau tidak sama sekali

bertujuan untuk menghiburkan para hadirin sekalian. Beliau juga menyampaikan ucapan beliau

dengan tujuan menukar persepsi orang ramai terhadap tandas –tandas awam yang terdapat di

semua tempat. Beliau juga memujuk orang ramai supaya menerima dan mempersetujui pendapat

DISEDIAKAN OLEHEN.SUDHEEP RAMASAMY (B10127)

B.A ENGLISH (EXECUTIVE)

Page 2: Pa Assignment

KOM 3403 PENGUCAPAN AWAMSEMESTER 5/2009

dan pelan-pelan dan strategi yang beliau dengan kerjasama dengan kementerian beliau

rancangkan. Beliau juga menyampaikan ucapan tersebut bukan sahaja sebagai perasmian

kempen malah untuk mempertahankan pandangan beliau terhadap isu kebersihan tandas awam

dan juga menukar pendapat dan persepsi orang awam terhadap pentingnya menjaga kebersihan

tandas awam.

Dari segi teks ucapan, beliau mempunyai mesej yang jelas kepada audien beliau iaitu

orang ramai dan hadirin sekalian. Beliau juga memahami situasi pada masa terkini dan

mengaitkannya dengan semua prinsip sesebuah ucapan. Antara prinsip-prinsip yang harus ada

pada sesuatu ucpan yang berkesan dan baik adalah, pengumpulan data/maklumat, penyusunan

teks, penguasaan perkataan yang hendak digunakan, gaya bahasa yang teratur dan baik dan

penyampaian yang hebat dan mudah.

Beliau juga berjaya menerima tumpuan audien kerana skop ucapan/mesej/topik yang

disampaikan adalah ucapan/mesej/topik yang audien mempunyai pengetahuan dalamnya. Beliau

juga seorang pengucap yang mengamalkan gaya bahasa yang bersifat gaya komunikator. Dimana

beliau kurang personal dan tidak banyak interaksi spontan dengan audien. Kata-kata beliau

bersifat formal dan retorik berkala.

Akhir kata, beliau berjaya dalam memujuk audien untuk menyertai kempen beliau kerana

beliau memberikan amaun mesej yang sederhana, mesej beliau konsisten dengan nilai dan

kepercayaan audien dan pengucap sendiri mempunyai kredibiliti. Maka boleh dikatakan bahawa

mesej yang disampaikan oleh menteri ini akan diserap/ difahami oleh para hadirin ke majlis

perasmian kempen tersebut.

DISEDIAKAN OLEHEN.SUDHEEP RAMASAMY (B10127)

B.A ENGLISH (EXECUTIVE)

Page 3: Pa Assignment

KOM 3403 PENGUCAPAN AWAMSEMESTER 5/2009

RUJUKAN

Md. Ghaus, Arshad. Teknik pengucapan berkesan. Kuala Lumpur: Sanon Printing Coperation

Sdn Bhd, 2003

Sidhu, Kulwindr Kaur. Pengucapan awam dan kemahiran persembahan. Kuala Lumpur:

Penerbit Universiti Malaya, 2006

Hussin, Supyan & Jaludin, Azhar. Kecermerlangan dalam pengucapan awam. Kuala Lumpur:

Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, 2003

Muati, Abdul @ Zamri Ahmad. Panduan pengucapan awam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, 2008

DISEDIAKAN OLEHEN.SUDHEEP RAMASAMY (B10127)

B.A ENGLISH (EXECUTIVE)