oleh abd. aziz b. zakaria -...

10
ol eh Abd. Aziz b. Zakaria M.A.(Con+ob) .

Upload: others

Post on 18-Oct-2019

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

oleh Abd. Aziz b. Zakaria M.A.(Con+ob) .

Siri Perpustakaan Sekolah DBP Bil. 16

PORTUGIS

Dalant

Sejarah Melaka

oleh

Abdul Aziz bin Zakaria,

M.A. (Cantab)

Di·terbitkan oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Peiajaran Persekutuan Tanah Melayu Kuala Lumpur. 1963

KATA PENGANTAR

Sunggoh pun telah ada beberapa buah buku2 sejarah kita yang ada hubongan-nya dengan sejarah Melaka, te­tapi buku "Portugis dalam 0 Sejarah Melaka" ini merupa­kan sa-buah buku sejarah yang lebeh luas lagio isi-nya, terutama mengenai latar belakang kejatohan Kerajaan Melaka (1511) dan sangkut paut-nya dengan Dunia Barat, dalam hal kebudayaan dan politik serta perniagaan antara Dunia Timor dengan Barat.

Buku ini di-susun sa-chara lebeh mendalam, meliputi 'ilmu pengetahuan yang ada hubongan-nya dengan sejarah Melaka, dalam perkembangan sejarah dunia. Meski pun terlebeh dahulu buku ini telah pernah di-terbitkan, tetapi me man dang kapada isi-nya yang di-anggap berguna itu, Dewan Bahasa dan Pustaka berusaha pula menerbitkan­nya sa-telah di-halusi dan di-adakan beberapa perubahan yang sesuai oleh Enche' Abdul Samad bin Ahmad, Penga­rang (Sastera Lama).

Mudah2an buku ini bukan hanya menambah bilangan buku2 sejarah kita, malah dengan erti kata yang lebeh luas ia-Iah mengembangkan pengetahuan sejarah kapada penuntut2 Sekolah Menengah khas-nya dan kapada pem­bacha2 umum-nya.

Pad a masa ini kita terasa benar kekurangan buku2 sejarah yang di-usahakan oleh golongan terpelajar kita sendiri, oleh itu usaha penyusun buku ini bukan sahaja patut di-beri galakan bahkan patut-Iah menjadi chontoh tuladan kapada golongan terpelajar kita khas-nya yang ahli dalam lapangan sejarah supaya tampil menyumbang­kan buah usaha masing2.

, ~ ;"

31 Ok tober, 1962.

Syed Nasir bin Ismail

Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENDAHULUAN

Pad a mula-nya buku ini telah di-beri nama "Se­jarah Kenaikan Dan Kejatohan Kekuasaan Portugis di­Melaka T.M. ISII-T.M. 1641" dan di-terbitkan oleh Sharikat Macmillan di-London. Kali ini nama-nya telah di-tukar dengan nama yang lebeh sesuai ia-itu "Portugis dalam Sejarah Melaka."

Saya karangkan buku ini di-dalam bahasa Inggeris pada masa saya maseh menuntut lagi di-Raffles College Singapura dan saya terjemahkan-nya ka-bahasa kita pada masa saya melanjutkan pelajaran saya di-Cambridge Universiti.

Saya berbesar hati oleh sebab kali ini buku ini di­keluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sa-telah di­semak dengan sa-halus2-nya oleh Dewan. Banyak dari­pada perkataan2 dan susunan2 ayat telah di-betulkan oleh pehak Dewan Bahasa. Sunggoh pun demikian saya sa­haja-Iah yang bertanggong-jawab di-atas isi buku ini.

Sa-bagai penutup saya uchapkan ribuan terima-kaseh pada Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka oleh kerana sokongan-nya dan galakan-nya pada saya mengeluarkan buku ini pada kali yang kedua-nya.

Abdul Aziz bin Zakaria, M.A. (Cantab).

Kata Pengantar. Pendahuluan.

ISI-NYA

I. Perniagaan Orang2 Eropah Dengan Gugusan Pulau2 Melayu

II. Sebab2 Jalan Pelayaran Beraleh '1 III. Orang2 Portugis Dan Sepanyol Belayar Menchari

Jalan Ka-Timor ... 12 IV. Kedudokan · Melaka Di-Dalam Perniagaan 16 V. Kejatohan Kerajaan Melayu Melaka 22

VI. Orang2 Portugis Bertapak Di-Melaka 29 VII. Orang2 Melayu, Acheh Dan Jawa Melanggar

Melaka .. . 3S VIII. Orang2 Kerajaan Portugis Merosakkan Perniagaan

Melaka ... 41 IX. Kemundoran Kekuatan Laut Portugis .. . 46 X. Orang2 Inggeris Dan Belanda Berlawan Berniaga

Di-Gugusan Pulau2 Melayu 51 XI. "India Tidak Ada Lagi Bagi Kita" 57

XII. Keadaan Melaka Sa-Lepas Perang 63

BAB I PERNIAGAAN ORANG2 EROPAH

DENGAN GUGUSAN PULAU2 MELAYU

:j'9 ALAM abad yang kedua belas, satu daripada sebab2 C-- yang besar menggalakkan orang2 Eropah menchari

jalan laut ka-sabelah timor ini ia-Iah kerana mereka hendak berhubong terus dengan orang2 yang mengeluarkan hasil rem­pah2 di-dalam Gugusan Pulau2 Melayu, saperti Gugusan Pulau2 Maluku, Pulau Sulawesi dan Gugusan Pulau2 Sunda Kechil, Pulau2 tersebut pada masa itu banyak mengeluarkan hasil bunga chengkeh, lada hitam dan buah pala.

Rempah2 sangat berguna di-negeri2 Eropah hingga ka­pada abad yang kedelapan belas kerana daging2 lembu yang di -makan oleh orang2 Eropah pada sa-panjang musim sejok ia-Iah daging lembu yang di-sembeleh mereka pada awal musim sejok itu. Sebab-nya di-sembeleh ia-Iah kerana ma­kanan bagi binatang2 peliharaan di-dalam musim sejok susah di-dapati. Maka rempah itu-Iah di-gunakan jadi champoran bila hendak menyedapkan rasa daging itu. Dan juga mereka gunakan pula rempah itu jadi ramuan bau2an.

Sa-belum Melaka di-ta'alok oleh orang2 Portugis pada T.M. 1511, rempah2 yang datang ka-Eropah di-beli mereka melalui orang tengah, ia-itu daripada orang 'Arab dan orang2 India kerana mereka-Iah ahli perniagaan yang mula2 sa-kali sampai ka-pulau2 rempah di-'Alam Melayu ini dan mereka­lah juga yang sa-benar-nya menjadi pengangkut barang2 dari timor ka-barat berzaman2. Oleh sebab mereka belayar ka-

1

timor dengan menggunakan kapal layar yang dapat pertolong­an daripada Angin Musim Barat-daya, maka jadi-Iah masa pelayaran itu bermusim2 kerana menunggu kedatangan musim itu baharu pelayaran dapat di-Iakukan.

Orang2 'Arab yang datang ka-timor itu bukan sahaja jadi pengangkut dagangan2 dad timor untok di-bawa ka-barat tetapi juga menjadi ahli2 perniagaan. Oleh yang demikian tujuan utama mereka ia-Iah mengawal jalan pelayaran2 di­laut ia-itu supaya mereka sahaja-Iah yang berkuasa melaku­kan pelayaran2 di-laut2 Gugusan Pulau2 Melayu . Kemudian bila orang2 Eropah datang berniaga ka-India dan ka-Gugusan Pulau2 Melayu , maka kekuatan laut-Iah menjadi satu perkara yang besar, siapa yang lebeh kekuatan laut-nya dia-Iah yang boleh menguasai tempat2 perniagaan di-Gugusan Pulau2 Me­layu.

Kekuatan laut di-Gugusan Pulau2 Melayu dan di-India sangat-Iah mustahak. Sampai ka-masa ini kekuatan itu ma­seh lagi sangat mustahak terutama dalam masa peperangan. Negeri India sa-benar-nya ia-Iah sa-buah semenanjong, dan per­hubongan-nya dengan negeri2 sa-belah utara tertutup oleh Banjaran Gunong Himalaya. Sunggoh pun negeri India boleh berhubong dengan jalan darat ka-negeri2 di-sabelah t imor­nya, tetapi perhubongan itu sangat-Iah susah oleh sebab sem­padan timor negeri India itu bergunong2 dari utara membawa ka-selatan. Gunong2 ini ia-Iah yang menjadi sempadan negeri India dengan negeri Burma. Perjalanan darat ka-barat India pun susah juga kerana sempadan-nya dengan negeri2 sa-belah barat itu bergunong2 juga.

Sa-telah di-perbuat kapal2 yang boleh di-gunakan untok menyeberangi lautan yang besar2, maka laut-Iah menjadi jalan yang mudah dan murah dari negeri India ka-negeri2 lain . Maka dagangan2 dari India pun di -bawa-Iah melalui jalan laut dengan sa-berapa ban yak yang boleh.

Kekuatan laut sangat2 mustahak di-dalam Gugusan Pulau2 Melayu yang mengandongi ban yak pulau2 yang besar dan pulau2 yang kechil. Perhubongan di-antara sa-buah

2 PORTUGIS DALAM SEJARAH MEL"JCA

pulau dengan pulau2 yang lain hingga pada masa ini ia-Iall dengan jalan laut. Menyekat pelayaran kapal yang membawa makanan di-antara sa-buah pulau dengan sa-buah pulau de~

ngan kapal perang. ia-Iah satu daripada chara2 peperangall di-Iaut supaya makanan2 itu jangan dapat di-sampaikan dar~

sa-buah pulau ka-pulau yang lain. Satu perkara lagi yang menyebabkan perhubongan laut sangat2 mustahak ia-Ian kerana jalan2 darat di-dalam tiap2 pulau itu sangat susallJ hendak di-Ialui. Dalam Pulau Jawa dan di-Pulau Sumatera·. jalan darat pun susah juga hendak di-Ialui kerana beberapa sebab. Gugusan Pulau2 Melayu di-liputi oleh hutan2 yang tebal dan di-tepi2 pantai-nya di-liputi oleh hutan2 bakaU! .. Itu-Iah sebab-nya orang yang mula2 mendudoki Gugusan! Pulau2 Melayu ini tinggal di-tepi pantai atau di-tepi sungai . kerana sungai itu-Iah yang menjadi jalan raya kapada merek~ hendak masok ka-dalam negeri itu. dan jika mereka hendak keluar ka-pulau2 lain. hanya-Iah dengan menggunakan jalan: laut.

Sunggoh pun pad a masa itu kekuatan laut sangat ber~

guna kapada orang2 'Arab. orang2 India dan orang2 Eropah,. tetapi mereka tidak berkehendakkan jajahan ta'alok melain~

kan sa-mata2 hendak berniaga sahaja dengan ra'ayat di-pulalJi itu. Orang2 yang mula2 sampai ka-India dan ka-Gugusan Pulau2 Melayu tiada mena'alok negeri2 yang di-masoki olen, mereka. Orang2 'Arab menghormati siapa sahaja yang men~ jadi raja dalam negeri itu asalkan mereka dapat berniaga. dengan aman. Oleh sebab itu mereka menjalankan per­niagaan-nya mengikut keadaan di-negeri2 yang telah di­masoki mereka. Mithal-nya; orang2 'Arab yang pergi ber~

niaga ka-negeri2 di-pantai Afrika. mereka mendirikan kota tempat mereka berniaga kerana pendudok2 negeri itu orang2 liar. Di-negeri India pula orang2 'Arab menghormati kera­jaan negeri itu yang telah di-tubohkan. Ini bukan-Iah ber­erti mereka tiada menyeru orang2 negeri itu masok uga.ma Islam tetapi tujuan yang sa-benar-nya bukan-Iah sebab per­kara ugama yang menyebabkan mereka masok ka-India. m.e-

PERNIAOAAN ORAN02 EROPAH

1ainkan kerana mereka hendak berniaga. Ugama orang2 1ndia, tua lagi daripada ugama Islam, dan orang2 'Arab pada masa itu memasokkan orang2 Hindu bangsa bawah sahaja ka­dalam ugama Islam.

Di-Gugusan Pulau2 Melayu pula orang2 yang di-masok­'kan oleh mereka ka-ugama Islam ia-Iah raja2 sahaja pada mula2-nya. Perkara ugama tiada menjadi perkara yang me­nyebabkan peperangan. Maka oleh sebab itu-Iah orang2 <Arab dapat berniaga dengan orang2 India dan orang2 di­Gugusan Pulau2 Melayu dengan aman-nya.

Ahli2 perniagaan lain daripada orang2 'Arab yang datang 1<a-timor ini ia-Iah orang2 India dan orang2 China. Mengikut ·riwayat Eldridge, orang2 India berniaga ka-Gugusan Pulau2 'Melayu terlebeh dahulu daripada orang2 'Arab; ia-itu dalam kurun Masehi pertama dan kedua. Ahli2 perniagaan dari Coromandel atau dari pantai Chola bukan sahaja datang ka­Semenanjong Tanah Melayu ini , tetapi juga ka-pulau2 yang berdekatan dengan-nya. Orang2 China datang berniaga ka­'Gugusan Pulau2 Melayu ia-Iah kemudian daripada orang India. Tetapi sa-belum daripada itu, telah ada perhubongan di­antara negeri China dengan negeri2 di-sabelah barat mengikut jalan darat, tetapi perhubongan itu terkadang ada terkadang tidak. Raja China yang memerentah negeri China pada masa 1tU. tiada mengetahui bahawa perjalanan boleh sampai ka­barat dengan mengikut jalan laut. Barangkali juga orang2 China tidak menchari atau menyiasat jalan laut ka-barat melalui selatan Laut China; tambahan pula kapal2 yang kuat untok melayari Laut China Selatan yang besar ombak-nya belum lagi dapat di-perbuat. Sebab itu-Iah orang2 China merasa sukar menchari jalan mengikut selatan negeri mereka.

Pada masa orang2 Portugis sampai ka-Melaka dalam T.M. 1509, perniagaan di-bandar Melaka sangat-Iah besar dan 'sibok. Orang2 yang berniaga itu terdiri dari orang2 'Arab, <>rang2 China dan orang2 India, malah bukan orang2 itu sahaja tetapi termasok jua orang2 yang datang dari merata2 tempat di-Tenggara Asia. Bandar Melaka itu-Iah yang men-

4 PORTUGIS DALAM SEJARAH MELAKA