nurul iza binti zakaria

24
HUBUNGAN DI ANTARA SITUASI PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA DENGAN TAHAP PERHUBUNGAN PERKAHWINAN: SATU KAJIAN DI KALANGAN ANGGOTA POLIS DI IBU PEJABAT DAERAH DAN KONTINJEN KUCHING. NURUL IZA BINTI ZAKARIA Projek ini merupakan satu keperluan untuk Program Kaunseling Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Dengan Kepujian Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia UNNERSITI MALAYSIA SARAWAK 2006 i

Upload: others

Post on 01-Nov-2021

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NURUL IZA BINTI ZAKARIA

HUBUNGAN DI ANTARA SITUASI PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA DENGAN TAHAP PERHUBUNGAN PERKAHWINAN:

SATU KAJIAN DI KALANGAN ANGGOTA POLIS DI IBU PEJABAT DAERAH DAN KONTINJEN KUCHING.

NURUL IZA BINTI ZAKARIA

Projek ini merupakan satu keperluan untuk Program Kaunseling

Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Dengan Kepujian

Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia UNNERSITI MALAYSIA SARAWAK

2006

i

Page 2: NURUL IZA BINTI ZAKARIA

PENGHARGAAN

ý, ]ºýýj º. ü, º?..., p

vtý y9ýºý�ý ý: ýº

Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat ilahi dengan izinnya dan redha-Nya saya dapat menyiapkan projek tahun akhir ini walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan ujian. Cabaran dan ujian yang datang mematangkan serta menguatkan saya dari aspek fizikal dan mental.

Pertama sekali, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Puan Fatahyah Yahya iaitu penyelia bagi projek tahun akhir saya kerana telah memberi tunjuk ajar, nasihat serta sokongan sehingga saya dapat menyiapkan projek ini. Ucapan pengahargaan ini juga ditujukan untuk Cik Nur Fatihah Binti Md Yusoff di atas tunjuk ajarnya, semua pensyarah kaunseling yang terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam projek tahun akhir ini.

Selain itu juga, sekalung penghargaan kepada Thu Pejabat Polis Daerah dan Thu Pejabat Polis Kontinjen Kuching kerana telah membenarkan saya untuk menjalankan kajian di organisasi mereka. Kerjasama dan komitmen yang baik diperolehi daripada pihak polis membantu serta memudahkan proses pengumpulan data.

Seterusnya ucapan terima kasih ditujukan kepada orang yang paling penting dalam hidup saya iaitu ayahanda dan bonda yang tidak jemu-jemu memberi dorongan serta semangat dan bantuan dari segi kewangan bagi menyudahkan projek ini dan tidak lupa juga buat abang-abang, kakak-kakak, adik-adik dan anak saudara yang di sayangi. Sesungguhnya kehadiran kalian semua amat bermakna, memberi cahaya dan menyinari hidup ini ketika diuji dengan pelbagai ujian Allah s. w. t.

Sekali lagi jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat. Jasa dan budi kalian akan di kenang untuk selamanya. Semoga kalian semua sentiansa diberkati dan dilindungi oleh Allah s. w. t. Segala kelebihan dan kekuatan yang ada di dalam projek ini datangnya daripada Allah s. w. t. Manakala segala kekurangan serta kelemahan datangnya daripada diri saya sendiri.

Sekian, Terima Kasih

111

Page 3: NURUL IZA BINTI ZAKARIA

JADUAL KANDUNGAN

Penghargaan Jadual Kandungan Senarai Jadual Senarai Rajah Abstrak Abstract

1. BAB 1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1.1 Latar Belakang Kajian 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Objektif Kajian 1.4 Kerangka Konseptual 1.5 Hipotesis Kajian 1.6 Kepentingan Kajian 1.7 Definisi Istilah 1.8 Limitasi Kajian 1.9 Kesimpulan

2. BAB 2 SOROTAN LITERATUR

2.0 Pengenalan 2.1 Sorotan Literatur 2.2 Pendekatan Teori

2.2.1 Teori Maslow...... 2.2.2 Teori Hoppock

2.3 Kesimpulan

3. BAB 3 REKA BENTUK KAJIAN

lii

iv

vi'

X

XIV iv

1 2 3 6 8 9 10 11 14 15

16 17

28 32 34

3.0 Pengenalan 35 3.1 Reka Bentuk kajian 35 3.2 Alat kajian

3.2.1 Bahagian A: Demografi Responden 36 3.2.2 Bahagian B: Situasi pengurusan kewangan keluarga 36 3.2.3 Bahagian C : Tahap Perhubungan Perkahwinan 37

3.3 Kebolehpercayaan Instrumen 38 3.3.1 Family Assessment Measure Version 111

(Dyadic Relationship Scale) 38 3.32 Family Economic Strain Scale 39

3.3 Prosedur Kajian 40 3.3.1 Lokasi kajian 40 3.3.2 Populasi Kajian 40 3.3.3 Persampelan 41

3.4 Responden Kajian 42

iv

Page 4: NURUL IZA BINTI ZAKARIA

3.5 Teknik pengumpulan data 42 3.6 Teknik Penganalisaan Data 43 3.8 Rumusan penganalisaan data 45 3.9 Kesimpulan 48

4. BAB 4 PENGANALISAAN DATA DAN PERBINCANGAN

4.0 Pengenalan 49 4.1 Taburan Demografi Responden 50

4.1.1 Jantina 50 4.1.2 Umur 51 4.1.3 Etnik 52 4.1.4 Bilangan Anak 53 4.1.5 Tempoh Perkahwinan 54 4.1.6 Pendapatan 55 4.1.7 Tempoh Perkhidmatan 56 4.1.8 Latar Belakang Pendidikan 57 4.1.9 Latar Belakang Kerja Pasangan 58 4.1.10 Perbandingan taburan antara faktor jantina dengan

faktor situasi pengurusan kewangan keluarga. 58 4.2 Dapatan Hipotesis 59

4.2.1 Hubungan antara faktor situasipengurusan kewangan keluarga dengan tahap perhubungan perkahwinan di kalangan anggota polis di Thu Pejabat Polis Daerah dan Thu Pejabat Polis Kontijen Kuching. 59

4.2.2 Hubungan antara faktor demografi terpilih iaitu umur dengan tahap perhubungan perkahwinan. 61

4.2.3 Hubungan antara faktor pendapatan dengan tahap perhubungan perkahwinan. 63

4.2.4 Hubungan antara faktor bilangan anak dengan tahap perhubungan perkahwinan. 65

4.2.5 Hubungan antara faktor tempoh perkahwinan dengan tahap perhubungan perkahwinan. 67

4.2.6 Hubungan antara faktor tempoh perkhidmatan dengan tahap perhubungan perkahwinan 68

4.2.7 Rumusan keputusan ujian korelasi Pearson 'r'bagi mengkaji hubungan antara faktor demografi terpilih (umur, pendapatan, bilangan anak, tempoh perkahwinan & tempoh perkhidmatan) dengan tahap perhubungan perkahwinan. 70

4.2.8 Hubungan antara faktor situasi pengurusan kewangan keluarga dengan pencapaian tugasan. 72

4.2.9 Hubungan antara faktor situasi pengurusan kewangan keluarga dengan pencapaian peranan. 74

4.2.10 Hubungan antara faktor situasi pengurusan kewangan keluarga dengan komunikasi. 76

4.2.11 Hubungan antara faktor situasi pengurusan kewangan keluarga dengan ekspresi berkesan. 78

4.2.12 Hubungan antara faktor situasi pengurusan kewangan keluarga dengan penglibatan. 80

V

Page 5: NURUL IZA BINTI ZAKARIA

4.2.13 Hubungan antara faktor situasi pengurusan kewangan keluarga dengan kawalan. 81

4.2.14 Hubungan antara faktor situasi pengurusan kewangan keluarga dengan norma dan nilai. 83

4.2.15 Rumusan keputusan ujian korelasi Spearmen 'rho' bagi mengkaji hubungan antara faktor situasi pengurusan kewangan keluarga dengan tahap

perhubungan perkahwinan( pencapaian tugasan, pencapaian peranan, komunikasi, ekpresi berkesan,

penglibatan, kawalan dan norma dan nilai ) 85

4.3 Kesimpulan 88

5. BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 89 5.1 Rumusan kajian 91 5.2 Cadangan

5.2.1 Anggota Polis 94 5.2.2 Bidang Kaunseling 96 5.2.3 Pengkaji akan datang 98

5.3 Kesimpulan 100 BIBLIOGRAFI 101 LAMPIRAN

vi

Page 6: NURUL IZA BINTI ZAKARIA

SENARAI JADUAL

Jadual 3.1 Skala Likert lima skor 37

Jadual 3.2 Skala Likert empat skor 38

Jadual 3.3 Ramalan Skor Bagi Dyadic Relationship Scale 39

Jadual 3.4 Tafsiran Pekali Korelasi Pearson's 45

Jadual 3.5 RumusanPenganalisaan Data 45

Jadual 4.1 Taburan responden mengikut jantina 50

Jadual 4.2 Taburan responden mengikut umur 51

Jadua14.3 Taburan responden mengikut etnik 52

Jadual 4.4 Taburan responden mengikut bilangan anak 53

Jadual 4.5 Taburan responden mengikut tempoh perkahwinan 54

Jadual 4.6 Taburan responden mengikut pendapatan 55

Jadual 4.7 Taburan responden mengikut tempoh perkhidmatan 56

Jadual 4.8 Taburan responden mengikut latar belakang pendidikan 57

Jadual 4.9 Taburan responden mengikut latar belakang kerja pasangan 58

Jadual 4.10 Taburan antara faktor jantina dengan faktor pengurusan kewangan keluarga 58

vii

Page 7: NURUL IZA BINTI ZAKARIA

Jadual 4.11 Keputusan ujian korelasi Spearmen "rho" bagi mengkaji hubungan antara pengurusan kewangan keluarga dengan tahap perhubungan perkahwinan di kalangan anggota polis di Thu Pejabat Polis Daerah dan Kontingen Kuching.

Jadua14.12 Keputusan ujian korelasi Pearson "r" bagi mengkaji hubungan antara faktor demografi umur terpilih dengan tahap perhubungan

perkahwinan.

Jadual 4.13 Keputusan ujian korelasi Pearson "r" bagi mengkaji hubungan antara faktor demografi pendapatan terpilih dengan tahap perhubungan perkahwinan.

Jadual 4.14 Keputusan ujian korelasi Pearson "r" bagi mengkaji hubungan antara faktor demografi bilangan anak terpilih dengan tahap perhubungan perkahwinan.

Jadual 4.15 Keputusan ujian korelasi Pearson "r" bagi mengkaji hubungan antara faktor demografi tempoh perkahwinan terpilih dengan tahap perhubungan perkahwinan.

Jadual 4.16 Keputusan ujian korelasi Pearson "r" bagi mengkaji hubungan antara faktor demografi tempoh perkhidmatan terpilih dengan

tahap perhubungan perkahwinan.

Jadual 4.17 Rumusan keputusan ujian korelasi Pearson "r" bagi mengenalpasti hubungan antara faktor demografi terpilih (umur, pendapatan, bilangan

anak, tempoh perkahwinan & tempoh perkhidmatan) dengan tahap perhubungan perkahwinan.

Jadual 4.18 Keputusan ujian korelasi Spearmen "rho" bagi mengkaji hubungan antara faktor situasi pengurusan kewangan keluarga dengan pencapaian tugasan.

60

62

63

65

67

69

70

73

Jadua14.19 Keputusan ujian korelasi Spearmen "rho" bagi mengkaji hubungan antara faktor pengurusan kewangan keluarga dengan pencapaian peranan. 74

Jadual 4.20 Keputusan ujian korelasi Spearmen "rho" bagi mengkaji hubungan antara faktor pengurusan kewangan keluarga dengan komunikasi. 76

viii

Page 8: NURUL IZA BINTI ZAKARIA

Jadual 4.21 Keputusan ujian korelasi Spearmen "rho" bagi mengkaji hubungan

antara faktor pengurusan kewangan keluarga dengan ekpresi berkesan. 78 Jadual 4.22 Keputusan ujian korelasi Spearmen "rho" bagi mengkaji hubungan

antara faktor pengurusan kewangan keluarga dengan penglibatan. 80

Jadua14.23 Keputusan ujian korelasi Spearmen "rho" bagi mengkaji hubungan antara faktor pengurusan kewangan keluarga dengan kawalan. 82

Jadual 4.24 Keputusan ujian korelasi Spearmen "rho" bagi mengkaji hubungan antara faktor pengurusan kewangan keluarga dengan norma dan nilai. 84

Jadual 4.25 Rumusan keputusan ujian korelasi Spearmen "rho" bagi mengkaji hubungan antara faktor situasi pengurusan kewangan keluarga dengan tahap perhubungan perkahwinan (pencapaian tugasan, pencapaian peranan, komunikasi, ekpresi berkesan, penglibatan,

kawalan dan norma & nilai) 85

ix

Page 9: NURUL IZA BINTI ZAKARIA

Rajah 1

Kerangka Konsepsual Kajian

Rajah 2

Hierarki Keperluan Maslow

SENARAI RAJAH

X

8

28

Page 10: NURUL IZA BINTI ZAKARIA

ABSTRAK

Hubungan Di Antara Situasi Pengurusan Kewangan Keluarga Dengan Tahap Perhubungan Perkahwinan: Satu Kajian Kes Di Kalangan Anggota Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuching.

Nurul Iza Binti Zakaria

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji hubungan antara situasi pengurusan kewangan keluarga dengan tahap perhubungan perkahwinan dikalangan anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuching. Melalui kajian ini juga dapat melihat perkaitan antara faktor situasi pengurusan kewangan keluarga dengan tahap perhubungan perkahwinan, perkaitan antara faktor demografi terpilih iaitu umur, pendapatan, bilangan anak, tempoh perkahwinan dan tempoh perkhidmatan dengan tahap perhubungan perkahwinan, perkaitan antara faktor situasi pengurusan kewangan keluarga dengan pencapaian peranan, pencapaian tugasan, komunikasi, ekpresi berkesan, penglibatan, kawalan serta norma dan nilai. Kajian ini

melibatkan 55 orang anggota polis iaitu 31 orang responden lelaki dan 24 orang responden perempuan. Kaedah penganalisaan data yang digunakan ialah kaedah taburan deskriptif untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan bagi faktor demografi. Manakala pekali korelasi Pearson dan Spearmen telah digunakan untuk menguji hipotesis yang telah dibentuk. Hasil analisis korelasi menunjukkan faktor situasi pengurusan kewangan keluarga tidak mempunyai perkaitan yang signifikan dengan

tahap perhubungan perkahwinan. Hanya faktor demografi terpilih iaitu bilangan anak sahaja yang mempunyai perkaitan yang signifikan dengan tahap perhubungan perkahwinan. Pengkaji telah mencadangkan beberapa cadangan kepada anggota polis, bidang kaunseling dan pengkaji pada masa akan datang untuk perhatian. Di

samping itu, cadangan kepada penkaji akan datang agar dapat memperluaskan sampel, memfokuskan perkaitan daripada sudut faktor-faktor lain yang berkaitan dengan isu ini.

X1

Page 11: NURUL IZA BINTI ZAKARIA

Abstract

The relation between Situation of Family Financial Management and Level of marital Relationship: Interest Study at Police Officers in the Police Distinct

Headquarters and Contingent Police Headquarters in Kuching

Nurul Iza binti Zakaria

The purpose of this research is to study the relation between family financial

management situation and marital relationship level among police officers in the Distinct Headquarters and Contingent Police Headquarters in Kuching. This study find out the relation between family financial management situation factors with marital relationship level, relation between selected demographic factors such as age, income, number of children, marital duration, service duration with marital relationship level, relation between factor of family financial management situation with role achievement, task achievement, communication, effective expression, involvement, control as well as norm and values. This study included 55 police members, 31 were men respondent and 24 were women respondent. A descriptive

statistic method was used to get the frequency and percentage for the demographic

, factors while the Pearson and Spearman correlation was used to test the hypothesis of this research. The result of the correlation analysis showed that factors of family financial management situation did not have significant relation with marital relationship level. Only selected demographic factors that is number of children, showed a significant relation with marital relationship level. The researcher recommended some suggestion to police

. ficers, counseling professionals and future

researchers for their , future attention. Besides that, the suggestion to future

researchers is to get more samples and to focus on other factors that might be related to this issue.

xii

Page 12: NURUL IZA BINTI ZAKARIA

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan secara khusus mengenai kajian ini

termasuklah latar belakang. penyataan masalah. objektif. kerangka konseptual,

hipotesis. kepentingan. definisi dan limitasi kajian.

i

Page 13: NURUL IZA BINTI ZAKARIA

1.1 Latar Belakang Kajian

Peningkatan ekonomi negara akhir-akhir ini amat memberansangkan selaras

dengan itu keadaan sosial ekonomi masyarakat turut meningkat. Ekoran daripada

itu, bagi individu yang sudah mempunyai keluarga memerlukan tahap kewangan

yang kukuh atau stabil untuk memenuhi keperluan isi rumah mereka. Mereka

mengalami perubahan komitmen selain daripada komitmen dengan kerjaya

berbanding semasa masih belum berkeluarga. Faktor kewangan yang stabil

bergantung kepada pencapaian kerjaya seseorang individu tersebut. Pengurusan

kewangan keluarga juga merupakan satu elemen penting untuk mencapai kepuasan

dalam perkahwinan. Ramai orang berpendapat `wang' merupakan satu `perantara'

(mean) untuk memperoleh keselesaan dan keselamatan hidup, kebahagian dan

kesejahteraan dan juga untuk memperoleh makanan dan tempat perlindungan

dalam menjalani kehidupan (Barjoyai & Mohd. Fairuz, 1996).

Jelaslah di sini bahawa kedudukan kewangan yang stabil mempengaruhi

kepuasan perhubungan sesebuah perkahwinan. Keluarga yang berkualiti akan

diperolehi apabila isi rumah mencapai kepuasan yang tinggi terhadap apa yang

dimiliki daripada keluarga mereka. Oleh itu sesebuah keluarga itu seharusnya bijak

merancang sumber kewangan agar keluarganya tidak menghadapi sebarang

masalah. Keluarga yang menghadapi masalah kewangan ialah apabila tidak tahu ke

mana wang dibelanjakan, tidak pasti berapa banyak hutang, bil-bil tertunggak,

2

Page 14: NURUL IZA BINTI ZAKARIA

mengambil pinjaman baru tuntuk membayar hutang lama serta menggunakan

simpanan untuk keperluan harian serta tidak berpeluang langsung untuk

menyimpan. Semua petunjuk yang telah disenaraikan bukanlah sesuatu yang asing

bagi keluarga clan ia bukan bermakna keluarga yang berhadapan dengan situasi ini

mempunyai pendapatan rendah tetapi ianya menunjukkan kewangan keluarga tidak

diuruskan dengan cekap dan berkesan.

Di samping itu, situasi pengurusan kewangan yang balk juga membolehkan

keluarga mampu menghadapi cabaran atau situasi yang tidak diduga selain

membentuk displin diri dan sikap tanggungjawab terhadap kehidupan masa kini

dan akan datang.

1.2 Penyataan masalah

Setiap manusia mempunyai kemahuan, keinginan atau naluri yang tertentu.

Umpamanya setiap manusia berhajat kepada perkahwinan kerana sesebuah

perkahwinan bukan sahaja akan melanjutkan keturunan dan membentuk sebuah

rumah tangga, bahkan juga akan dapat memberikan ketenangan dan kematangan

fikiran, memberikan pengalaman, kedamaian jiwa dan perasaan hati dan tempat

bermesra, di samping boleh mengeratkan hubungan silaturahim di antara dua

keluarga, melahirkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan seterusnya

menyuburkan semangat untuk terus menghadapi cabaran-cabaran hidup. Allah

3

Page 15: NURUL IZA BINTI ZAKARIA

Subhanahu Wataala berfirman di dalam surah Arr-Ruum ayat 21 bermaksud : "Dan

di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa

la menciptakan untuk kamu (wahai kaum Lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu

sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-

Nya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.

Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang

menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " Menurut Islam,

perkahwinan merupakan sunnah. ibadah dan perjalanan baginda Rasulullah S. A. W.

melalui perkahwinan, akan dapat mengelakkan dari keruntuhan akhlak, menjaga

diri dari tercebur ke lembah kehinaan dan dosa dengan itu akan memelihara iman,

akhlak dan islamnya serta dapat menyempurnakan tuntutan agama.

Dalam setiap budaya, perkahwinan merupakan perkara asas atau satu

kemestian bagi melahirkan generasi pewaris. Dengan kata lain, samada seseorang

individu itu yahudi mahupun nasrani mereka digalakkan untuk berkahwin. Apabila

seseorang itu telah berkahwin berlakulah penyesuaian terhadap kehidupan

berkeluarga yang mana banyak perkara perlu dipertimbangkan untuk mendapat

kepuasan dalarn sesebuah perkahwinan. Seseorang yang hendak mendirikan rumah

tangga atau berkahwin perlulah mempunyai kemampuan yang sempurna,

umpamanya sanggup mengeluarkan perbelanjaan, berupaya menangung natkah

isteri dan anak-anak. Maka jika perkara-perkara tersebut dapat dilaksanakan

4

Page 16: NURUL IZA BINTI ZAKARIA

dengan sempurna, pastilah kehidupan rumah tangga akan terjamin seterusnya akan

berdaya menjalani arus kebahagiaan, aman damai dan hidup berkekalan.

Kajian menunjukkan 50% daripada 15,000 pasangan yang berkahwin tidak

memperolehi kegembiraan daripada perkahwinan mereka kecuali pasangan yang

mendapat terapi yang bagus (Olson. d, Universiti Minnesota). Kajian ini

dipersetujui oleh (Strean, 1985); 30% perkahwinan ialah "empty shells" iaitu

kurang kasih sayang, kurang komunikasi antara pasangan dan kurang kegembiraan

atau kebahagian.

Merujuk kepada laporan National Vital Statistik mengenai kelahiran,

perkahwinan, penceraian dan kematian data sementara pada tahun 1998

menunjukkan secara keseluruhan nya terdapat 90,000 penceraian berlaku dalam

setiap bulan di Amerika Syarikat dan angka ini menunjukkan beberapa tanda

perubahan.. Oleh itu kajian ini akan mengkaji tentang situasi pengurusan

kewangan keluarga dengan tahap perhubungan perkahwinan di kalangan anggota

polis di Kuching, Sarawak.

5

Page 17: NURUL IZA BINTI ZAKARIA

1.3: Objektif Kajian

Terdapat 2 jenis objektif kajian iaitu objektif umum dan objektif khusus.

Objektif umum :

1) Mengkaji hubungan di antara situasi pengurusan kewangan keluarga dengan

tahap perhubungan perkahwinan di kalangan anggota polis di Ibu Pejabat Polis

Daerah dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuching.

Objketif khusus :

1) Mengenalpasti hubungan antara faktor demografi terpilih iaitu umur dengan

tahap perhubungan perkahwinan.

2) Mengenalpasti hubungan antara faktor demografi terpilih iaitu pendapatan

dengan tahap perhubungan perkahwinan.

3) Mengenalpasti hubungan antara faktor demografi terpilih iaitu bilangan anak

dengan tahap perhubungan perkahwinan.

4) Mengenalpasti hubungan antara faktor demografi terpilih iaitu tempoh

perkahwinan dengan tahap perhubungan perkahwinan.

5) Mengenalpasti hubungan antara faktor demografi terpilih iaitu tempoh

perkhidmatan dengan tahap perhubungan perkahwinan.

6) Mengenalpasti hubungan antara situasi pengurusan kewangan keluarga dengan

pencapaian tugasan.

6

Page 18: NURUL IZA BINTI ZAKARIA

7) Mengenalpasti hubungan antara situasi pengurusan kewangan keluarga dengan

pencapaian peranan.

8) Mengenalpasti hubungan antara situasi pengurusan kewangan keluarga dengan

komunikasi.

9) Mengenalpasti hubungan antara situasi pengurusan kewangan keluarga dengan

ekpresi berkesan.

10) Mengenalpasti hubungan antara situasi pengurusan kewangan keluarga dengan

penglibatan.

11) Mengenalpasti hubungan antara situasi pengurusan kewangan keluarga dengan

kawalan.

12) Mengenalpasti hubungan antara situasi pengurusan kewangan keluarga dengan

norma dan nilai.

7

Page 19: NURUL IZA BINTI ZAKARIA

1.4 Kerangka Konseptual

Pembolehubah tidak bersandar

Faktor Demografi

¢ Umur ¢ Pendapatan ¢ Bilangan anak w Tempoh

perkhidmatan Tempoh

perkahwinan

Situasi Pengurusan Kewangan Keluarga

Rajah I: Kerangka Konseptual

Pembolehubah bersandar

Tahap Perhubungan Perkahwinan

¢ Pencapaian tugasan v Pencapaian peranan ¢ Komunikasi y Ekspresi berkesan Y Penglibatan iv Kawalan ¢ Norma & nilai

Kerangka konseptual ini dibentuk bagi mengenalpasti faktor pengurusan

kewangan keluarga dalam tahap perhubungan perkahwinan di kalangan anggota

polis, lbu pejabat polis Daerah dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Kuching Sarawak.

Dalam kerangka konseptual ini dinyatakan faktor demografi terpilih, iaitu umur,

pendapatan, bilangan anak, tempoh perkahwinan dan tempoh perkhidmatan.

8

Page 20: NURUL IZA BINTI ZAKARIA

1.5 Hipotesis kajian

Melalui objektif kajian beberapa hipotesis kajian dapat dibentuk. Terdapat sepuluh

hipotesis kajian yang dapat dikenal pasti iaitu:

Ho 1: Tiada hubungan antara situasi pengurusan kewangan keluarga dengan tahap

perhubugan perkahwinan di kalangan anggota polis di Ibu Pejabat Polis

Daerah dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuching.

Ho 2: Tiada hubungan antara faktor demografi terpilih iaitu umur dengan tahap

perhubungan perkahwinan.

Ho 3: Tiada hubungan antara faktor demografi terpilih iaitu pendapatan tahap

perhubungan perkahwinan.

Ho 4: Tiada hubungan antara faktor demografi terpilih iaitu bilangan anak dengan

tahap perhubungan perkahwinan.

Ho 5: Tiada hubungan antara faktor demografi terpilih iaitu tempoh perkahwinan

dengan tahap perhubungan perkahwinan.

Ho 6: Tiada hubungan antara faktor demografi terpilih iaitu tempoh perkhidmatan

dengan tahap perhubungan perkahwinan.

Ho 7: Tiada hubungan antara situasi pengurusan kewangan keluarga dengan

pencapaian tugasan.

Ho 8: Tiada hubungan antara situasi pengurusan kewangan keluarga dengan

pencapaian peranan.

9

Page 21: NURUL IZA BINTI ZAKARIA

Ho 9: Tiada hubungan antara situasi pengurusan kewangan keluarga dengan

komunikasi.

Ho 10: Tiada hubungan antara situasi pengurusan kewangan keluarga dengan

ekspresi berkesan .

Ho 11: Tiada hubungan antara situasi pengurusan kewangan keluarga dengan

penglibatan.

Ho 12: Tiada hubungan antara situasi pengurusan kewangan keluarga dengan

kawalan

Ho 13: Tiada hubungan antara situasi pengurusan kewangan keluarga dengan

norma dan nilai.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini memberi banyak implikasi kepada beberapa aspek iaitu kepada

pengkaji, anggota polis itu sendiri dan bidang kaunseling.

Implikasi kepada pengkaji ialah melalui kajian ini pengkaji dapat

memperolehi maklumat baru berkaitan dengan situasi pengurusan kewangan

keluarga dengan tahap perhubungan perkahwinan. Kajian ini juga dapat dijadikan

panduan clan rujukan kepada para pengkaji lain bagi menjalankan kajian pada

masa-masa akan datang terutama sekali berkaitan dengan bidang kekeluargaan.

10

Page 22: NURUL IZA BINTI ZAKARIA

Daripada kajian ini anggota polis dapat mengkaji samaada mereka

menghadapi masalah pengurusan kewangan atau tidak. Selain dari itu juga, kajian

ini memberi gambaran kepada anggota polis tentang tahap perhubungan

perkahwinan mereka berdasarkan perspektif situasi pengurusan kewangan keluarga.

Hasil dapatan kajian ini di harapkan dapat memberi peluang kepada anggota polis

untuk meningkatkan tahap perhubungan perkahwinan sekiranya berada di tahap

yang kurang memuaskan.

Dalam bidang kaunseling pula kajian ini dapat membantu para kaunselor

untuk mengenalpasti permasalahan yang sering membelenggu pegawai polis

terutamanya di Kuching. Melalui kajian ini juga, kaunselor dapat menggunakan

maklumat yang diperolehi untuk memikirkan strategi yang sesuai untuk berhadapan

dengan permasalahan di kalangan anggota polis.

1.7 Defnisi Istilah

Kajian ini akan menggunakan beberapa isitlah konseptual dan istilah operasioanal

yang berkaitan dengan persoalan dan objektif kajian. Dengan adanya definisi

istilah yang digunakan serta penerangan mengenainya dari segi konseptual dan

operasional akan memberi kefahaman yang jelas terhadap kajian ini.

11

Page 23: NURUL IZA BINTI ZAKARIA

1.71 Situasi Pengurusan kewangan keluarga

Konseptual:

Pengurusan adalah perancangan, penyelarasan, perlaksanaan clan penilaian terhadap

penggunaan sumber untuk mencapai sesuatu matlamat. Pengurusan tidak

mempunyai satu peraturan yang tetap tetapi berubah mengikut keadaan (Mumtazah

& Nurizan, 1986). Keluarga adalah satu unit kecil dalam masyarakat yang terdiri

daripada ibu bapa serta anak-anak atau individu-individu lain yang tinggal

bersama-sama di dalam sebuah rumah (Mumtazah & Nurizan, 1986).

Operasional:

Dalam konteks ini situasi pengurusan kewangan keluarga memberi maksud

menguruskan, merancang, menyelaraskan dan membuat penilaian terhadap sumber

kewangan atau pendapatan keluarga. Perancangan dan pengurusan kewangan

keluarga membabitkan perbelanjaan, perlindungan daripada risiko, simpanan dan

pelaburan. Menggunakan wang atau sumber kewangan dengan berkesan

bermaksub matlamat yang ditetapkan dapat dicapai manakala pengurusan wang

yang cekap bermaksud menggunakan wang seminimum yang boleh untuk

mencapai semaksimun matlamat yang boleh.

12

Page 24: NURUL IZA BINTI ZAKARIA

1.72 Tahap Perhubungan perkahwinan

Konseptual :

Darjah keselesaan dua individu yang berlainan jantina yang tinggal bersama secara

tetap dan berterusan sebagai suami dan isteri (Pradan, 1995). Hubungan

perkahwinan masih berada ditempat yang tinggi di antara semua hubungan dalam

masyarakat kita. Perkahwinan mengikat suami dan isteri untuk bersama dalam satu

kehidupan yang biasa di mana tidak terdapat dalam perhubungan yang lain.

(Flowers, 1998)

Operasional :

Istilah perhubungan perkahwinan memberi maksud darjah keselesaan di mana

seseorang individu itu mempunyai perasaan puas hati di mana segala keperluan dan

apa yang diingini dan dihajati tercapai dalam perhubungan perkahwinan.

Perhubungan perkahwinan juga boleh diklasifikasikan kepada kepuasan dalam

hidup seseorang individu.

13