sistem pendidikan selepas pembentukan malaysia (1963-1975)

58
SISTEM PENDIDIKAN SELEPAS PEMBENTUKAN MALAYSIA (1963-1975) TAHAP PERTAMA (1963-1965) TAHAP KEDUA (1966-1970) TAHAP KETIGA (1971-1975)

Upload: abdul-sukur-kamsir

Post on 08-Jun-2015

6.796 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

SISTEM PENDIDIKAN SELEPAS PEMBENTUKAN MALAYSIA (1963-1975)

TAHAP PERTAMA (1963-1965)

TAHAP KEDUA (1966-1970)

TAHAP KETIGA (1971-1975)

Page 2: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

TAHAP PERTAMA Perlaksanaan sistem pendidikan yg telah

dikuatkuasakan dlm Akta Pelajaran 1961 Banyak Sekolah Pelajaran Lanjutan ditubuhkan utk

menampung murid-murid sekolah rendah yg gagal memasuki Sekolah Menengah Akademik atau Sekolah Lanjutan Kampung

Pelajaran Bahasa Malaysia diutamakan disemua peringkat persekolahan (rendah dan menengah)

Sistem pendidikan sekolah rendah yg menggunakan berbagai aliran bahasa terus diberi bantuan

Page 3: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

Sekolah menengah ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (Bahasa Malaysia) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Bahasa Inggeris)

Peperiksaan umum dihadkan kepada penggunaan Bahasa Malaysia sahaja sebagai bahasa penghantar

Untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yg terdapat dalam sistem persekolahan dan kurikulumnya, Sistem Pendidikan Aneka Jurusan diperkenalkan mulai tahun 1965 untuk mengantikan Sekolah Lanjutan Pelajaran, Sekolah Menengah Akademik dan Sekolah Lanjutan Kampung

Semua murid sekolah rendah diberi tempat secara automatik di bawah Sistem Pendidikan Aneka Jurusan apabila Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah dimansuhkan pada 1964

Ramai guru diperlukan untuk mengajar di sekolah menengah di bawah Sistem Pendidikan Aneka Jurusan terutama guru-guru vokasional.

Page 4: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

TAHAP KEDUA (1966-1970) Tahap perlaksanaan rancangan pendidikan di bawah

Rancangan Malaysia Pertama Matlamat Pendidikan Negara di bawah Rancangan Malaysia

Pertama ialah Untuk memperkukuh sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk

perpaduan sosial, kebudayaan dan politik Untuk menyediakan kemudahan pendidikan, terutama di peringkat

menengah bagi memenuhi keperluan murid yang kian bertambah Untuk menaik taraf pendidikan dan memperluas peluang pendidikan

dan menyeimbangkan kawasan bandar dan luar bandar Untuk mempelbagaikan kemudahan latihan terutama pertanian, sains

perindustrian dan teknologi Untuk mempercepatkan latihan perguruan supaya dapat melahirkan

guru berkelayakan dan mahir

Page 5: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

Ditubuhkan Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional utk melatih murid dalam bidang pertukangan, pertanian, sains rumahtangga, dan perdagangan

Tujuannya utk memberi peluang kpd murid yang minat dlm bidang tersebut utk menyambung pelajaran

Ditubuhkan sebuah Politeknik Ungku Omar di Ipoh utk melatih pekerja mahir dlm pelbagai bidang

Mulai 1970-an, sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak mula menggunakan Bahasa Malaysia secara berperingkat

Kebanyakan sekolah mula menggunakan kurikulum dan buku teks dari semenanjung Malaysia serta menduduki peperiksaan yg dikelolakan oleh LPM.

Page 6: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

TAHAP KETIGA (1971-1975) Terkandung dlm Rancangan Malaysia Kedua

(1971-1975) Matlamat pendidikan ialah untuk perpaduan

(mengambil iktibar peristiwa 13 mei 1969) Menyatukan rakyat berbilang kaum dan

mengelakan konflik perkauman Dgn wukudnya sistem pendidikan yg baik

akan menaik taraf ekonomi rakyat/membasmi kemiskinan

Page 7: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

Di dalam Rancangan Malaysia Kedua, rancangan pendidikan dan latihan ditumpukan kepada 4 bidang utama Menyatukan sistem pelajaran bagi menggalakan

percantuman dan perpaduan negara Menyesuai dan meluaskan rancangan pendidikan dan

latihan bagi mencapai keperluan negara bagi tenaga rakyat

Membaiki mutu pendidikan utk membentuk satu masyarakat yg maju berasaskan sains dan teknologi moden

Membaiki keupayaan utk menjalankan penyelidikan, perancangan dan perlaksanaan bg mencapai tujuan tersebut di atas

Page 8: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

Strategi yang dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Kedua Melaksanakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar utama di

sekolah secara berperingkat Mengurangkan jurang perbezaan dlm peluang-peluang pelajaran diantara

kawasan-kawasan dan kaum-kaum dengan pembinaan sekolah baru dan kemudahan asrama, membekalkan alat-alat mengajar dan menambah bilangan guru terlatih di luar bandar

Membaiki mutu pendidikan dgn mengurangkan bilangan yg gagal, membuat penilaian dan membaiki sukatan pelajaran, cara-cara mengajar, kemudahan, nisbah antara guru dan murid serta menyeimbangkan subjek am dan sains teknologi

Membuat penyelidikan dan penilaian dlm setiap masa selaras dgn matlamat sistem pendidikan dgn menubuhkan Pusat Pengajian Sains

Page 9: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

KRONOLOGI/PERUBAHAN DALAM BIDANG LATIHAN PERGURUAN DI MALAYSIA

1. Tempoh Razak(1955-1957) – Menstruktur semula program latihan perguruan (pusat harian latihan guru) yg boleh membawa perpaduan negara serta merapatkan jurang pendidikan di antara sistem vernikular dgn sistem Inggeris

2. Tempoh Rahman Talib(1960-1965) – Penubuhan lebih banyak Pusat Harian Latihan Guru yg diperlukan khasnya guru Bahasa Malaysia bg sekolah rendah. Beberapa maktab perguruan telah ditubuhkan utk melatih guru sekolah menengah

3. Tempoh Aminuddin (1965-1970) – Memperkenalkan Pusat Latihan Perguruan Daerah dlm setiap negeri utk melatih lebih ramai guru selaras dgn Sistem Pendidikan Aneka Jurusan yg baru ditubuhkan

4. Tempoh sains dan matematik (1971-1981) – Mengintegrasikan institusi latihan perguruan sekolah rendah dan menengah rendah dgn keutaman kepada matematik moden dan sains paduan

Page 10: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

5. Tempoh Reformasi (1982-1992) – Menstruktur semula sistem latihan perguruan termasuk perubahan kurikulum selaras dgn perlaksanaan KBSR dan KBSM

6. Mulai 1996, kursus perguruan asas 5 semester ditukar kpd Kursus Diploma Perguruan Malaysia(KDPM) selama 6 semester

7. Mulai jan 2001, Kursus KPLI selama 2 semester diperkenalkan utk guru berijazah

Page 11: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA SELEPAS 1975

Page 12: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA SELEPAS 1975

Page 13: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

LAPORAN KABINET 1979 Pada tahun 1974, kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa

kabinet yg mengandungi 8 angota menteri drp pelbagai kaum,dgn YAB Dato Seri Dr Mahathir Mohamed sebagai pengerusi.

Tugas JK ini ialah utk mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan, matlamat dan kesan sistem pelajaran, termasuk kurikulumnya utk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat dpt dipenuhi

Matlamatnya ialah kearah pembentukan masyarakat yg bersatu padu, berdisplin dan terlatih

Ekoran drp laporan JK kabinet, KBSR telah dilancarkan pd 1982 dan KBSM pada 1988

Page 14: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

ASPEK-ASPEK KAJIAN1. Sistem persekolahan merangkumi:

Struktur masa persekolahan dan penjurusan Peperiksaan yg sama Pengurusan dan pentadbiran sepusat Pengelolaan sekolah-sekolah swasta Perluasan dan penyamarataan peluang dan kemudahan

pelajaran

Page 15: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

2. Kurikulum sekolah merangkumi: Sukatan pelajaran yg sama kandungannya dan

peperiksaan yg sama Bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan Buku-buku teks Pendidikan sivik Pendidikan agama, moral dan etika Pembentukan disiplin Kegiatan ko-kurikulum

Page 16: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

JK kabinet telah mengkaji berbagai pengalaman yg dialami oleh murid sepanjang alam persekolahan sambil menyediakan murid ke pasaran kerja sebagai penghasilan tenaga rakyat atau utk menyambung pengajian

Murid juga diasuh agar mempunyai nilai disiplin, bersikap jujur dan dedikasi terhadap kerja

Page 17: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

Pendidikan Pra Sekolah Menjadi semakin penting dan berkembang dgn cepat Pada masa dahulu kerajaan tidak menyediakan tetapi banyak

sekolah tadika dikelolakan oleh swasta, pertubuhan awam dan agensi kerajaan dlm tahun 80-an

Walaubagaimanapun kerajaan telah merangka dasar utk penyeliaan, pengawalan, penyelarasan, latihan guru, perkembangan kurikulum dan meningkatkan mutu pendidikan pra sekolah

Pd amnya kanak-kanak 4-6 tahun menerima pendidikan pra sekolah sebelum ke sekolah rendah

Pada tahun 1980 seramai 17,100 dan meningkat ke 27,900 tahun 1984

79% dikelolakan oleh agensi kerajaan dan kebanyakan di luarbandar

Page 18: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

PERINGKAT PELAKSANAAN KBSR DAN KBSM

Page 19: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

Pada tahun 1982, KBSR dilaksanakan secara terhad di 305 buah sekolah rendah

KBSM dilaksanakan peringkat percubaan pada tahun 1988

Pelaksanaan terhad bertujuan utk mengenalpasti kekurangan/kelemahan

Selepas kajian kelemahan KBSR dijalankan JK kurikulum memutuskan supaya KBSR diganti dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah selaras dengan hasrat FPK dan Wawasan Pendidikan 2020

Page 20: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

Jadual pelaksanaan KBSR dan KBSMTahun Pelaksanaan

terhadPelaksanaan penuh

1982 Tahun 1

1983 Tahun 2 Tahun 1

1984 Tahun 3 Tahun 2

1985 Tahun 4 Tahun 3

1986 Tahun 5 Tahun 4

1987 Tahun 6 Tahun 5

1988 Tahun 6

Tahun Pelaksanaan terhad

Pelaksanaan penuh

1988 Peralihan/

Tingkatan 1

1989 Tingkatan 2 Peralihan/

Tingkatan 1

1990 Tingkatan 3 Tingkatan 2

1991 Tingkatan 4 Tingkatan 3

1992 Tingkatan 5 Tingkatan 4

1993 Tingkatan 5

Page 21: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

Perubahan –perubahan kurikulum sekolah rendah Menerapkan nilai-nilai murni dlm P&P Matlamat pendidikan sekolah rendah bukan lagi menekankan

kemahiran asas sahaja tetapi penggunaan secara betul dan jujur dan bertanggungjawab dlm urusan seharian

Kemahiran disusun drp paling asas kepada lebih kompleks, aspek penyelesaian masalah yg difikirkan sesuai diintegrasikan dlm setiap topik

Sukatan pelajaran bg setiap matapelajaran disusun semula mengikut perubahan dlm susunan kemahiran sekolah rendah.Draf sukatan tahun 1 disediakan pd November 1992 dan dilaksanakan pada Disember 1994

Page 22: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

Amalan perdagangan diterapkan dlm aktiviti P&P dlm topik-topik seperti wang, ukuran dan sukatan, dgn ini perdagangan tidak lagi menjadi satu topik yg diajar secara berasingan

Matapelajaran Alam dan Manusia dipecahkan kepada sains dan kajian tempatan

Page 23: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Digubal dan diumumkan secara rasmi pada tahun 1988

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmaniberdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

Page 24: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

MATLAMAT PENDIDIKAN KEBANGSAAN Bertujuan melahirkan insan yg baik dan sempurna

supaya menjadi warganegara yg berguna selaras FPK

Matlamat Pendidikan Kebangsaan supaya rakyat Malaysia memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut: Percaya dan patuh kepada Tuhan Berilmu pengetahuan Berakhlak mulia Bertanggungjawab kpd diri, masyarakat, agama & bangsa Memiliki sahsiah yg seimbang dan sepadu Memupuk perpaduan dikalangan rakyat berbilang kaum

Page 25: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

Melalui proses pendidikan Malaysia dapat mencapai matlamatnya dengan:

Melahirkan rakyat yg bertanggungjawab dan memenuhi kewajipan sebagai seorg warganegara

Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir dan cekap bagi membolehkan melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan

Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan

Melahirkan rakyat yg taat kepada Raja dan cinta kepada Negara Melahirkan rakyat yg memahami serta mengamalkan prinsip-

prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum

Mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada

Page 26: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

SISTEM PENDIDIKAN TAHUN 1990’AN

Page 27: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

Sistem pendidikan tahun 1990-an Sistem pendidikan di Malaysia terbahagi 2 peringkat

Sekolah rendah dan menengah 6 tahun sekolah rendah (sekolah Kebangsaan,

Cina atau Tamil) menggunakan KBSR dan berakhir dengan UPSR di tahun VI

5 tahun di sekolah menengah (kelas peralihan utk murid dr sekolah vernikular Cina/Tamil), wajib mengambil PMR semasa di Tingkatan III. Murid yang lulus ke Ting IV dan mengambil SPM di Ting V

Pelajaran tinggi Ting VI ( 2 tahun dan mengambil STPM) Pusat pengajian tinggi yg lain seperti (universiti, maktab,

Politeknik dll)

Page 28: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

AKTA PENDIDIKAN 1995 Lima rang undang-undang pendidikan telah

dibentangkan dan seterusnya diluluskan di Dewan Rakyat pada Disember 1995. Rang undang-undang pendidikan itu ialah: Rang Undang-undang Pendidikan 1995 Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta

1996 Rang Undang-undang Akta Universiti dan Kolej

Universiti-AUKU (pindaan 1995) Rang Undang-undang Majlis Pendidikan Tinggi Negara

1996 Rang Undang-undang Lembaga Akreditasi Negara 1996

Page 29: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

RANG UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN 19951. Bahasa Melayu dikekalkan sebagai bahasa penghantar

utama kecuali di sekolah rendah jenis kebangsaan2. Jika bahasa penghantar utama di sesuatu institusi pendidikan

adalah berlainan drp Bahasa Melayu, ia hendaklah diajar sebagai matapelajaran wajib

3. Memperkenalkan satu kurikulum kebangsaan yg wajib digunakan oleh semua sekolah, termasuk sekolah swasta

4. Memperkenalkan peperiksaan awam yg dikelolakan oleh LPM sahaja

5. Mempertingkatkan Pendidikan Islam dgn mewajibkan semua sekolah dan institusi pendidikan supaya mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam apabila terdapat 5 atau lebih pelajar beragama Islam

Page 30: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

6. Mempertingkatkan pendidikan sains dan teknologi dgn menaikan taraf Sekolah Menengah Vokasional ke Sekolah Menengah Teknik dan membenarkan politeknik menganjurkan program berkembar dgn IPT bagi program ijazah

7. Meluaskan kemudahan dan mempertingkatkan mutu pendidikan pra sekolah dgn mewajibkan semua tadika kerajaan dan swasta mengikut Garis Panduan Kurikulum Pra Sekolah yg disediakan oleh Kementerian Pelajaran

8. Mempertingkatkan pendidikan guru dgn menganjurkan program peringkat diploma dan peringkat ijazah secara berkembar dengan Universiti tempatan dan luar negeri disamping menaik taraf sesetengah maktab ke taraf universiti

Page 31: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

9. Meluaskan pendidikan khas dgn membenarkan diadakan di sekolah rendah dan sekolah menengah disamping menubuhkan sekolah khas

10. Mengawal selia pengurusan dan mutu institusi pendidikan swasta dgn mewajibkan semua institusi ini berdaftar di bawah pendaftar sekolah dan kurikulumnya mestilah diluluskan oleh KPM

11. Memansuh Lembaga Pengurus Sekolah Kerajaan, kecuali Lembaga Pengurus Sekolah swasta dan sekolah bantuan separa kerajaan.

Page 32: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

RANG UNDANG-UNDANG INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996 Tujuannya ialah utk meluaskan peluang pelajar utk

mendapat pendidikan tinggi di Malaysia dgn membenarkan penubuhan kolej swasta mengikut undang-undang tertulis dlm Akta Pendidikan

Dengan penubuhan universiti dan kolej swasta akan dpt mengurangkan bilangan pelajar melanjutkan pelajar di luar negara dgn ini menjimatkan pertukaran wang asing negara Malaysia

Rang undang-undang ini membolehkan Kementerian Pendidikan mengawal selia penubuhan, pengurusan dan perkembangan institusi tersebut

Page 33: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

RANG UNDANG-UNDANG AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (AUKU)-PNDAAN 1996

Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971

Pindaan ini digubal bertujuan mengerakan proses pengkoporatkan dan penswastaan IPT di Malaysia

Memantapkan sistem pengurusanya supaya universiti sebagai pusat kecemerlangan akademik antarabangsa

Page 34: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

RANG UNDANG-UNDANG MAJLIS PENDIDIKAN TINGGI NEGARA 1996

Untuk menentukan hala tuju dan arah perkembangan institusi pendidikan tinggi di Malaysia

JK Majlis Pendidikan Tinggi Negara ditubuhkan oleh Menteri Pendidikan diperuntukan kuasa utk merancang, membentuk dan menentukan dasar serta menyelaras perkembangan pendidikan tinggi

Page 35: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA AKREDITASI NEGARA 1996

Bertujuan utk menaik taraf dan mutu IPT (awam dan swasta), mencapai piawaian minimum setiap kursus yg ditawarkan

Page 36: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

KESIMPULAN DARIPADA PENGUBALAN KELIMA-LIMA

RANG UNDANG-UNDANG

Page 37: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

Kelima-lima Rang Undang-undang digubal bertujuan utk memantapkan sistem Pendidikan Malaysia dgn melahirkan pelajar yg berilmu pengetahuan dan berupaya memberi sumbangan kepada negara sejajar dgn wawasan 2020

Menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia

Kesan drp Rang Undang-undang IPT swasta 1996 terdapat banyak universiti swasta telah ditubuhkan

Page 38: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

UNIVERSITI AWAM DI MALAYSIA1. UNIVERSITI MALAYA (UM)-KUALA LUMPUR2. UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)-PENANG3. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)-SELANGOR4. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)-SELANGOR5. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)-JOHOR6. UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIAM)-SELANGOR7. UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)-KEDAH8. UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)-SARAWAK9. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)-SABAH10. UNIVERSITI PERGURUAN SULTAN IDRIS (UPSI)-PERAK11. UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)-SELANGOR12. UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)-N.SEMBILAN13. UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL (UPNM)-KL14. UNIVERSITI DARUL IMAN (UDM)-TERENGGANU15. UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)-TERENGGANU16. UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN (UTHM)-JOHOR17. UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)-PAHANG18. UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)-MELAKA19. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP)-PERLIS20. UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)-KELANTAN

Page 39: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

UNIVERSITI SWASTA UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP)-PERAK UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UTN)-SELANGOR UNIVERSITI MULTIMEDIA-CYBERJAYA UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA (OUM)-KL WAWASAN OPEN UNIVERSITY-PENANG UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK-SELANGOR INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITI-KL UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR-SELANGOR MALAYSIA UNIVERSITY OF SCIENCE&TECHNOLOGY-SELANGOR ASIAN INSTITUTE OF MEDICINE, SCIENCE&TECHNOLOGY-KEDAH UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN-PERAK UNIVERSITI KUALA LUMPUR (UNIKL)-KL UNIVERSITY COLLEGE OF TECHNOLOGY&MGMT-KL KLIUC LIMKOKWING UNIVERSITY COLLEGE OF CREATIVE TECHNOLOGY MONASH UNIVERSITY (CAWANGAN) CURTIN UNIVERSITY (CAWANGAN) NORTINGHAM UNIVERSITY (CAWANGAN) DLL

Page 40: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

Senarai Institut Perguruan di Malaysia Institut Perguruan Perlis Institut Perguruan Darul Aman Institut Perguruan Sultan Abdul

Halim Institut Perguruan Persekutuan

Pulau Pinang Institut Perguruan Tuanku Bainun Institut Perguruan Ipoh Institut Bahasa Melayu Malaysia Institut Bahasa Antarabangsa Institut Perguruan Ilmu Khas Institut Perguruan Teknik Institut Perguruan Islam Institut Perguruan Perempuan

Melayu Institut Perguruan Tun Hussein Onn

Institut Perguruan Temenggong Ibrahim

Institut Perguruan tengku Ampuan Afzan

Institut Perguruan Kuala Terengganu

Institut Perguruan Sultan Mizan Institut Perguruan Kota Bharu Institut Perguruan Gaya Institut Perguruan Kent Institut Perguruan Sandakan Institut Perguruan Keningau Institut Perguruan Batu Lintang Institut Perguruan Tunku Abdul

Rahman Institut Perguruan Sarawak

Page 41: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

Senarai Politeknik di Malaysia Politeknik Dungun, Terengganu

(PDT) Politeknik Johor Bahru (PJB) Politeknik Kota Baharu (PKB) Politeknik Kota Kinabalu (PKK) Politeknik Kota Melaka (PKM) Politeknik Kota, Kuala

Terengganu (PKKT) Politeknik Kuching, Sarawak

(PKS) Politeknik Kulim (PKU) Politeknik Merlimau (PMM) Politeknik Muadzam Shah

(PMS)

Politeknik Mukah (PMS Politeknik Perlis (PPP) Politeknik Port Dickson (PPD) Politeknik Sabak Bernam (PSB) Politeknik Seberang Perai (PSP) Politeknik Sultan Abdul Halim

Mu’adzam Shah (POLIMAS) Politeknik Sultan Haji Ahmad

Shah (POLISAS) Politeknik Sultan Salahuddin

Abdul Aziz Shah (PSA) Politeknik Tanjung Malim

(PTM) Politeknik Ungku Omar (PUO)

Page 42: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

KE ARAH MEREALISASIKAN MATLAMAT PENDIDIKAN

NEGARA

Page 43: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

Matlamat pendidikan Negara berlandaskan FPK (1988) dan wawasan 2020 (1991) ialah menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Serantau dlm abad ke 21

Untuk mencapai hasrat itu kerajaan telah menubuhkan IAB (1985) dan ISTAC (1989), langkah-langkah yg lain ialah: Wawasan pendidikan dirancang dan dikemukakan pd

tahun 1993 sebagai satu program reformasi pendidikan di peringkat sekolah

Wawasan Kementerian Pendidikan dilancarkan pd Januari 1994

Mengubal dan menguatkuasakan Akta Pendidikan 1995 utk memperkemas dan melengkapkan perundangan pendidikan bagi mencapai wawasan 2020

Page 44: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

Menggubal dan melaksanakan Rang Undang-undang Institut Pendidikan Tinggi 1996 dgn tujuan menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia

Mencepatkan proses pengkoporatan dan penswastaan universiti-universiti tempatan dgn tujuan meningkatkan kualiti dan mutu kursus yg ditawarkan

Menubuhkan Lembaga Akreditasi Negara (1996) bertujuan menjamin taraf dan mutu pendidikan di institusi pendidikan tinggi supaya mencapai piawaian dunia

Menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC)(1999) utk melaksanakan sekolah bestari dan memperuntukan kemudahan-kemudahan teknologi bagi penyelidikan dan kursus sarjana yg diusahakan dlm kampus Universiti Multimedia yg terletak di Cyberjaya

Menubuhkan sekolah bestari di dalam kawasan bandaraya MSC serta disetiap negeri menjelang 2000

Mengutamakan pelajaran BI dgn menggubal Sukatan Pelajaranya setaraf dgn Kertas Ujian BI 1119 dlm SPM dan mewajibkan MUET sebagai syarat kemasukan universiti

Page 45: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

Mempercepatkan proses pendaftaran universiti dan kolej universiti swasta yg menggunakan BI sebagai bahasa penghantar

Menganjurkan expo pendidikan di negara-negara serantau termasuk Cina untuk menarik lebih ramai pelajarnya dtg ke Malaysia, sehingga ogos 1999 seramai 17,200 bil pelajar mengikuti pelbagai kursus pendidikan di Malaysia

Menguatkuasakan Akta Pendidikan 2002 iaitu: Pendidikan wajib bg semua kanak-kanak yg cukup umur masuk

ke tahun 1 Kurikulum Kebangsaan Pra Sekolah yg digubal oleh

Kementerian wajib dipatuhi Mata pelajaran Matematik dan Sains tahun 1 di sekolah

Rendah dan menengah serta Tingkatan VI rendah dalam Bahasa Inggeris bermula tahun 2003

Page 46: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

PENDIDIKAN MASA KINI

Page 47: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

MISI Membangunkan sistem pendidikan yang

berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

Page 48: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

MATLAMAT Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia

dan bersatupadu. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak

mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk

keperluan kemajuan negara. Memberi peluang-peluang pendidikan kepada

semua warganegara Malaysia.

Page 49: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

PIAGAM PELANGGAN Kami warga Kementerian Pelajaran dengan penuh tekad dan

iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

Menyediakan sistem pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara;

Menentukan keluaran sistem pendidikan mempunyai nilai-nilai teras yang ditetapkan dan ciri-ciri yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan;

Memberi peluang yang sama kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan untuk mendapat pendidikan yang sebaik-baiknya;

Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan, canggih, dinamik dan berteraskan kepada pembaharuan yang berterusan;

Page 50: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

Menguruskan kerja dengan cekap, pantas dan bijaksana; Menyediakan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited,

terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif; Menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa,

lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian-piawaian tertentu selaras dengan pengamalan perkhidmatan penyayang;

Memastikan Kementerian sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan pelanggan - murid, guru, masyarakat dan negara/Kerajaan; dan

Meningkatkan kegemilangan dan martabat profesion keguruan untuk menarik individu-individu yang terbaik menyertai perkhidmatan pendidikan.

Page 51: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)
Page 52: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

ANGOTA PENTADBIRAN

MENTERI PELAJARAN

Y.B. Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Page 53: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

TIMBALAN MENTERI PELAJARAN TIMBALAN MENTERI

PELAJARAN I

TIMBALAN MENTERI PELAJARAN II

YB DR IR WEE KA SIONGYB DR IR WEE KA SIONG YB DATO RAZALI BIN ISMAILYB DATO RAZALI BIN ISMAIL

Page 54: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

PENGURUSAN TERTINGGI KETUA SETIAUSAHA KETUA PENGARAH

PELAJARAN MALAYSIA

Y.Bhg.Tan Sri Dr. Zulkurnain bin Haji Awang  

Y.Bhg.Tan Sri Dr. Zulkurnain bin Haji Awang  

Y.Bhg. Dato' Hj. Alimuddin b. Hj. Mohd Dom  Y.Bhg. Dato' Hj. Alimuddin b. Hj. Mohd Dom  

Page 55: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

Jabatan dan Bahagian Bahagian Akaun Bahagian Audit Dalam Bahagian Audit Sekolah Bahagian Buku Teks Bahagian Dasar dan Hubungan

Antarabangsa Bahagian Hal Ehwal Korporat Bahagian Kewangan Bahagian Khidmat Pengurusan Bahagian Matrikulasi Bahagian Pelajaran Swasta Bahagian Pembangunan

KBahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Bahagian Pendidikan Guru Bahagian Pendidikan Islam Bahagian Pendidikan Khas Bahagian Pendidikan Teknikal

dan Vokasional Bahagian Pengurusan Sekolah

Berasrama Penuh/Kluster Bahagian Pengurusan Sekolah

Harian

Page 56: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

Jabatan dan Bahagian

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset

Bahagian Psikologi dan Kaunseling

Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum

Bahagian Tajaan Pendidikan Bahagian Teknologi Maklumat

dan Komunikasi Bahagian Teknologi Pendidikan Institut Aminuddin Baki Jemaah Nazir dan Jaminan

Kualiti Lembaga Peperiksaan Malaysia Majlis Buku Kebangsaan

Malaysia

Page 57: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

Badan Berkanun    DBP-Dewan Bahasa dan Pustaka ITNM-Institut Terjemahan Negara Malaysia MPM-Majlis Peperiksaan Malaysia

Page 58: Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

Jabatan Pelajaran Negeri Jabatan Pelajaran Perlis Jabatan Pelajaran Kedah Jabatan Pelajaran Pulau

Pinang Jabatan Pelajaran Perak Jabatan Pelajaran Selangor

Jabatan Pelajaran Negeri

Sembilan Jabatan Pelajaran Melaka Jabatan Pelajaran Johor

Jabatan Pelajaran Pahang Jabatan Pelajaran

Terengganu Jabatan Pelajaran Kelantan Jabatan Pelajaran Sabah Jabatan Pelajaran Sarawak Jabatan Pelajaran Kuala

Lumpur Jabatan Pelajaran Labuan Jabatan Pelajaran Putrajaya