note pro

Download Note Pro

If you can't read please download the document

Upload: yusri

Post on 14-Sep-2015

15 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

hhjhjhjhjhj

TRANSCRIPT

KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI MOHD ZIN ALOR GAJAH, MELAKASENGGARAAN DAN NAIKTARAF PUSAT AKSES DISEDIAKAN OLEH:MOHAMAD SYAHIR BIN JAFRIMUHAMMAD AMIRUL NAAIM BIN ALIASMUHAMMAD SYAFIQ IZWAN BIN TEMINMUHAMMAD ZULFITRI BIN JEFRIPENGENALAN PBE atau lebih dikenali sebagai Project Based Education dalam bahasa melayunya ialah projek berdasarkan pembelajaran merupakan suatu modul yang wajib dilaksanakan oleh setiap pelajar tahap diploma. PBE merupakan suatu keperluan untuk pelajar tahap diploma mendapatkan sijil Diploma Vokasional Malaysia dan Diploma Kemahiran Malaysia yang diminta oleh MQA. Kami telah bersetuju untuk membuat projek mengenai penyelenggaraan dan naiktaraf Pusat Akses. Permasalahan-permasalahan yang banyak di pusat akses perlu ditangani serta mengkaji dan menyelidik dari internet dan merujuk pensyarah yang mengajar kami untuk menyelesaikan projek ini selengkapnya agar kami dapat melaksanakan salah satu syarat wajib untuk menduduki diploma.ANALISIS BORANG SOAL SELIDIKSoalan 1 - Menyokong penyelenggaraan dan naik taraf pusat aksesSoalan 2 - Memerlukan perkhidmatan penggunaan komputer di pusat aksesSoalan 3 - Memerlukan sambungan internet di dalam bilik aksesSoalan 4 - Memerlukan perkhidmatan penggunaan printerSoalan 5 - Komputer di dalam pusat akses bebas daripada virusSoalan 6 - Komputer yang sedia ada di dalam pusat akses boleh digunakan dengan sempurnaSoalan 7 - Komputer yang digunakan di dalam pusat akses mendapat sambungan internetSoalan 8 - Pusat akses dapat digunakan dengan selesaSoalan 9 - Komputer yang digunakan di dalam pusat akses dapat mengakses printerSoalan 10 - Pusat akses dibuka mengikut jadual yang ditetapkanLATAR BELAKANG Setiap pelajar perlu menyiapkan tugasan-tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah masing-masing, tetapi tidak dapat menyiapkan tugasan mereka akibat tiada bahan seperti komputer dan pencetak. Hal ini disebabkan oleh bilik akses yang tidak boleh berfungsi dengan baik. Perkara ini mengakibatkan masalah kegagalan para pelajar untuk menghantar tugasan mereka pada masa yang telah ditetapkan terutamanya pelajar asrama. Akibat permasalahan ini, kumpulan kami telah bercadang untuk membuat projek menaiktaraf dan menyelenggara pusat akses bagi kemudahan para pelajar. Hal ini akan membantu pelajar untuk melakukan tugasan masing-masing dan para pelajar juga tidak mempunyai alasan untuk gagal menghantar tugasan pada masa yang telah ditetapkan. Projek ini akan dijalankan semasa para pelajar menjalani pentaksiran akhir semester atas tujuan tidak mengganggu kami untuk menjalankan projek tersebut. Hal ini disebabkan oleh para pelajar tidak ada tugasan semasa mereka sedang menjalankan pentaksiran akhir masing-masing. Pelajar tahun 1 pra diploma dan 2 pra diploma sering meminjam komputer riba pelajar tahun 1 diploma dan 2 diploma untuk membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah kerana mereka tidak mempunyai komputer riba atau tidak dibenarkan membawa komputer riba di kolej. Akibat permasalahan ini, ramai yang gagal menyelesaikan tugasan mereka malahan pusat akses jarang dibuka akibat kerosakan komputer dan irangkaian yang tidak dibaiki.PENYATAAN MASALAH Antara masalah yang kami selesaikan adalah masalah para pelajar untuk mencari bahan dan menyelesaikan tugasan yang telah diberi oleh pensyarah masing-masing. Dengan ini kami telah menyelesaikan masalah pelajar asrama yang sukar untuk menyelesaikan tugasan masing-masing akibat tiada komputer. Para pelajar boleh menggunakan komputer yang telah disediakan di pusaat akses sekiranya pusat akses telah diselenggara dan dinaik tarafkan untuk kemudahan semua orang. Kami juga telah menjimatkan kos penyelenggaraan komputer di pusat akses. Daripada mengupah juruteknik dari syarikat yang lain, khidmat kami adalah lebih menjimatkan kerana berkemungkinan RM 120.00 hingga RM500.00 akan digunakan untuk mengupah juruteknik luar sahaja tidak termasuk peralatan dan bahan. Sekiranya dicampurkan dengan kos peralatan dan bahan, berkemungkinan bajet akan mencecah RM 1,000 hingga RM 5,000. Masalah masa juga telah diselesaikan oleh kumpulan kami. Pihak kolej akan membuang banyak masa akibat menunggu juruteknik syarikat luar untuk memberi respon. Pihak kolej juga perlu membuat surat permohonan yang tidak pasti akan diluluskan oleh pengarah. Oleh itu kumpulan kami akan menyelesaikan masalah tersebut kerana agak mudah untuk berhubung dan berkomunikasi dengan kami. Masalah dari segi rangkaian pula ialah para pelajar tidak dapat menggunakan internet untuk mencari bahan akibat ketiadaan internet dan internet yang perlahan. Kami akan membina sebuah rangkaian internet di pusat akses bagi memudahkan para pelajar mencari maklumat di internet dengan lebih baik. Kami juga telah menjimatkan kos penyelenggaraan rangkaian di pusat akses, Para pelajar akan mendapat kemudahan internet di pusat akses sekiranya ia dapat dibaiki dan dinaik taraf agar para pengguna pusat akses boleh menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan di dalam pusat akses dengan lebih selesa. Masalah seterusnya adalah dari segi prestasi komputer yang mengandungi virus di dalam hard disk komputer. Para pelajar risau akan tugasan yang disimpan di dalam media storan akan dijangkiti virus yang boleh menyebabkan kehilangan data di dalam media storan masing-masing seperti pen drive. Para pelajar seharusnya mengimbas media storan masing-masing terlebih dahulu sebelum memasangnya pada komputer. Malangnya tiada antivirus yang berfungsi pada komputer di dalam pusat akses akibat tamat tempoh, tidak update ataupun tidak di install antivirusnya. Akibat permasalahan ini banyak pendrive pelajar telah dijangkiti virus dan terpaksa di format semula yang mengakibatkan kehilangan data dan maklumat. Antara masalah komputer uang kami selesaikan bagi memastikan komputer boleh berjalan dengan lancar adalah seperti berikut: Memasang rangkaian.Menyambungkan internet pada rangkaian.Menukar RAM yang rosak dengan RAM yang baru.Memasang perkakasan dalaman komputer yang lonngar dan tiada.Memeriksa setiap komputer.Install windows yang baru.Install microsoft office.Melakukan prosess Dick Defragmenter, dan clean disk.Install antivirus dan melakukan prosess scan viruses.OBJEKTIFObjektif projek ini dijalankan untuk memberi kemudahan kepada pelajar untuk menyiapkan tugasan tepat pada masa yang dikehendaki oleh pensyarah. Sebagai contoh, pelajar dapat menghantar tugasan kepada pensyarah sebelum tarikh yang perlu dihantar. Selain itu, projek ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi rangkaian di dalam pusat akses tersebut. Hal ini rangkaian di dalam pusat akses dapat ditingkatkan dengan membaikpulih semua komputer di dalam pusat akses serta membaikpulih perkakasan komputer.Di samping itu, projek ini dijalankan untuk meningkatkan prestasi komputer. Hal ini supaya komputer di dalam pusat akses berada di dalam keadaan baik serta dapat meningkatkan kelajuan kepada prestasi komputer tersebut. Seterusnya, projek ini dapat membantu pelajar asrama untuk melakukan tugasan. Hal ini pelajar asrama tiada alasan jika tidak dapat menyiapkan tugasan pada masa yang telah ditetapkan oleh pensyarah.KEPENTINGAN PROJEK Terdapat banyak kepentingan projek ini, antaranya projek ini membantu menyelesaikan masalah virus di dalam bilik akses, dapat menaiktarafkan komputer-kommputer yang ada di dalam pusat akses dan memastikan komputer-komputer di dalam pusat akses mendapat sambungan rangkaian dan internet. Projek ini juga penting kerana dapat menjimatkan kos perbelanjaan kolej untuk menyelenggara dan menaiktaraf bilik akses bagi memudahkan cara penggunaannya. Akibat kekurangan bajet, pihak kolej mempunyai permasalahan kekurangan kos dan amat penting bagi memudahkan warga kolej. Warga kolej dapat menggunakan perkhidmatan bilik akses untuk menyelesaikan masalah kelewatan menghantar tugasan yang telah diberikan oleh para pensyarah. Selepas projek ini selesai para pelajar dan pensyarah boleh menggunakan bilik akses dengan mudah dan selesa.ANGGARAN KOSBil Perkakasan Kuantiti Harga Seunit Harga 1. RAM 1 RM 26.00 RM 26.002. Motherboard 1 RM 349.00 RM 349.003. Hard Disk 1 RM 129.00 RM 129.004. Operating System (OS) 10 RM 89.00 RM 890.005. Power Supply 2 RM 205.00 RM 410.006. CMOS battery 1 RM 50.00 RM 50.00Jumlah RM 1,854.00PERANCANGAN PELAKSANAAN PROJEK Taklimat mengenai projek iaitu mendengar taklimat perlaksanaan projek yang disampaikan oleh pensyarah pembimbing tentang Project Based Education (PBE) dan cara-cara format untuk membuat kertas kerja projek dan laporan projek. Pemilihan tajuk iaitu memilih tajuk projek berkaitan kursus kami seperti projek kami membuat servis selenggara dan naik taraf pusat akses di kolej kami.Perbincangan kumpulan mengenai projek . Kita perlu memupuk semangat kerjasama untuk membincangkan projek tersebut.Membentangkan projek iaitu menyampaikan projek kami kepada orang ramai agar orang ramai berpuas hati dan tertarik terhadap servis projek selenggara dan naik taraf pusat akses.Membuat draf kertas kerja terlebih dahulu dengan menggunakan kertas dan pen untuk mencatat isi-isi penting mengenai servis projek . Membuat kertas kerja projek menggunakan alat elektronik yang sedia ada seperti komputer dan sebagainya. Menghantar kertas kerja projek setelah siap kepada pensyarah pembimbing untuk diberi markah.Mencari bahan dan maklumat mengenai servis projek kita.Menyediakan alatan tangan seperti toolskit peralatan komputer dan toolskit rangkaian.Setelah semua perancangan projek kami selesai,kami perlu melakukan servis projek tersebut dengan amanah dan bertanggungjawab seperti mengenalpasti masalah kerosakan komputer yang terdapat di dalam pusat akses.Kami perlu bijaksana menyelesaikan masalah kerosakan komputer di pusat akses dan membaiki kerosakan komputer tersebut sehingga ia berfungsi dengan baik. Akhir sekali, selepas sudah selesai melakukan servis di pusat akses. Kita perlu membuat laporan projek. KESIMPULAN Kesimpulannya, bilik akses sangat berguna kepada warga kolej. Sekiranya bilik akses bermasalah, adalah amat menyusahkan dan memberi banyak masalah sama ada para pensyarah mahupun pelajar kolej itu sendiri. Oleh itu kumpulan kami telah membuat projek yang penting yang akan memudahkan ramai pihak termasuk pihak atasan, penyarah dan pelajar. Sekiranya projek ini berjalan dengan lancar warga kolej ini akan dapat merasai kemudahan kolej dan dapat belajar dengan selesa disamping menjadikan kolej ini sebuah kolej yang lebih selesa.