nota

24
Model-model Disiplin Bilik Darjah 1.0 PENGENALAN Dalam era globalisasi, dunia pendidikan manjadi semakin mencabar. Profesion keguruan bukanlah satu kerjaya yang mudah dan di pandang enteng lagi. Jika dulu guru hanya masuk ke kelas dan memuntahkan ilmu kepada murid-murid tapi kini guru dibebani dengan tanggungjawab dalam melahirkan generasi yang berilmu sejajar dengan misi dan visi Wawasan 2020. Oleh itu, guru dituntut untuk mengetahui serba serbi termasuklah pengurusan bilik darjah yang effektif. Guru yang mengambil peranan dalam membentuk modal insan yang bermadani untuk Negara, harus bijak dalam mengambil langkah untuk menangani murid- murid dan persekitaran pembelajaran. Guru perlu mengetahui cara untuk mengenal pasti punca utama kepada masalah disiplin yang berlaku dalam bilik darjah. Hal ini kerana masalah jenayah yang berlaku di luar sana mampu di bendung dari peringkat awal lagi melalui pendidikan di sekolah. Oleh itu, model-model pengurusan bilik darjah seperti Model Modifikasi Tingkah laku Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logikal Dreikuts, Model Pengurusan Kelompok Kounin dan Model Terapi Realiti Glasser boleh dijadikan sebagai panduan oleh guru-guru dalam mengurus disiplin bilik darjah dengan lebih berkesan. 2.0 KONSEP DISIPLIN Perkataan disiplin beraal daripada perkataan Latin disciplina yang bermaksud mengajar. Secara umumnya, disiplin boleh didefinisikan sebagai latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh kepada tatatertib. (Kamus Dewan edisi keempat, halaman 356). Selain itu, Chong Leon Keow pula menyatakan bahawa disiplin adalah pencegahan dan pemulihan atau secara keterangannnya adalah latihan yang dijangkakan menghasilkan watak yang khusus atau pada tingkah laku. Beliau juga menyatakan bahawa disiplin juga merupakan hukuman yang bertujuan membetulkan atau melatih seseorang murid. Dalam konteks bilik darjah disiplin merupakan satu set peraturan yang dikenakan kepada murid-murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang diingini. Disiplin merupakan salah satu aspek semasa proses pengajaran dan pembelajaran. (Charles 2008) berpendapat disiplin bilik darjah adalah sebahagian daripada pengajaran yang juga meliputi arahan, komunikasi, struktur dan pengurusan bilik darjah juga termasuk hubungan dengan ibu bapa murid. Menurut ahli- ahli pendidik, terdapat lima model pengurusan disiplin bilik darjah yang boleh dijadikan rujukan kepada guru-guru sekolah bagi membentuk bilk darjah yang kondusif.. Model- model tersebut ialah Model Modifikasi Tingkah Laku B.F. Skinner, Model Disiplin Asertif

Upload: nanafalth

Post on 23-Oct-2015

68 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota

Model-model Disiplin Bilik Darjah1.0  PENGENALAN

            Dalam era globalisasi, dunia pendidikan manjadi semakin mencabar. Profesion

keguruan bukanlah satu kerjaya yang mudah dan di pandang enteng lagi. Jika dulu guru

hanya masuk ke kelas dan memuntahkan ilmu kepada murid-murid tapi kini guru

dibebani dengan tanggungjawab dalam melahirkan generasi yang berilmu sejajar dengan

misi dan visi Wawasan 2020. Oleh itu, guru dituntut untuk mengetahui serba serbi

termasuklah pengurusan bilik darjah yang effektif.

            Guru yang mengambil peranan dalam membentuk modal insan yang bermadani

untuk Negara, harus bijak dalam mengambil langkah untuk menangani murid-murid dan

persekitaran pembelajaran. Guru perlu mengetahui cara untuk mengenal pasti punca

utama kepada masalah disiplin yang berlaku dalam bilik darjah. Hal ini kerana masalah

jenayah yang berlaku di luar sana mampu di bendung dari peringkat awal lagi melalui

pendidikan di sekolah.

            Oleh itu, model-model pengurusan bilik darjah  seperti Model Modifikasi Tingkah

laku Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logikal Dreikuts, Model

Pengurusan Kelompok Kounin dan Model Terapi Realiti Glasser boleh dijadikan sebagai

panduan oleh guru-guru dalam mengurus disiplin bilik darjah dengan lebih berkesan.

2.0  KONSEP DISIPLIN

Perkataan disiplin beraal daripada perkataan Latin disciplina yang bermaksud

mengajar. Secara umumnya, disiplin boleh didefinisikan sebagai latihan pemikiran dan

kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh kepada tatatertib. (Kamus Dewan

edisi keempat, halaman 356). Selain itu, Chong Leon Keow pula menyatakan bahawa

disiplin adalah pencegahan dan pemulihan atau secara keterangannnya adalah latihan

yang dijangkakan menghasilkan watak yang khusus atau pada tingkah laku. Beliau juga

menyatakan bahawa disiplin juga merupakan hukuman yang bertujuan membetulkan

atau melatih seseorang murid. Dalam konteks bilik darjah disiplin merupakan satu set

peraturan yang dikenakan kepada murid-murid untuk mengawal dan mendapatkan

tingkah laku yang diingini. Disiplin merupakan salah satu aspek semasa proses

pengajaran dan pembelajaran. (Charles 2008) berpendapat disiplin bilik darjah adalah

sebahagian daripada pengajaran yang juga meliputi arahan, komunikasi, struktur dan

pengurusan bilik darjah juga termasuk hubungan dengan ibu bapa murid.  Menurut ahli-

ahli pendidik, terdapat lima model pengurusan disiplin bilik darjah yang boleh dijadikan

rujukan kepada guru-guru sekolah bagi membentuk bilk darjah yang kondusif.. Model-

model tersebut ialah Model Modifikasi Tingkah Laku B.F. Skinner, Model Disiplin Asertif

Canter, Model Akibat Logikal Dreikurs, Model Pengurusan Kelompok Kounin, Model Terapi

Realiti Glasser

Page 2: Nota

2.2  Model Disiplin Asertif Canter

Lee and Marlene Canter menubuhkan Canter Associates dan buku Assertive

Discipline: A Take-Charge Approach for Today’s Educator (1976). Model ini berasaskan

peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat

daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Menekankan penetapan dan kuat kuasa

peraturan dan memastikan peraturan dipatuhi dengan tegas. Model ini juga melibatkan

ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan disamping pengurusan

bilik darjah perlu dilakukan secara asertif (berkeyakinan dan tegas).  Canter menekankan

tentang hak guru dan murid dalam bilik darjah. Oleh itu, penguatkuasaan peraturan perlu

untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan lancar. Hak tersebut adalah seperti hak

guru adalah mengajar tanpa gangguan. Jadi guru perlu menyediakan persekitaran

pembelajaran yang membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai. Manakalah hak

murid ialah untuk belajar dalam persekitaran kondusif. Jadi murid perlu memilih dalam

bertingkah laku. Canter berpendapat guru yang asertif harus jelas dengan matlamat

pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan. Pada masa yang sama, guru

asertif mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid. Di samping itu juga, guru

yang asertif perlu memberikan pengiktirafan kepada murid-murid untuk menggalakkan

tingkah laku yang diingini manakala tindakan pembetulan dikenakan kepada murid-murid

yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Dalam model

Asertif ini, Canter ada memperkenalkan Langkah-langkah Penerangan Pelan Pengurusan

Bilik Darjah. Langkah-langkah tersebut ialah:

Selain itu juga, guru mempunyai beberapa cara untuk mengenakan tindakan pembetulan

kepada murid-murid:

      bertindak tenang

       konsisten

      Berikan peneguhan untuk tingkah laku yang diingini.

      Beri peluang murid luahkan perasaan.

      Teguran langsung kepada murid peringkat rendah

      Tegur secara individu untuk murid yang lebih dewasa.

2.4  Model Pengurusan Kelompok Kounin.

Model ini  telah dicipta oleh seorang ahli teoris dalam bidang pengurusan bilik darjah

iaitu Jacob Kounin. Buku yang berjudul Discipline and Group Management merupakan

karya beliau mengenai pengurusan tingkah laku berkesan. Terkenal dengan ‘Konsep

Riak’ - apabila seorang murid akur kepada arahan, murid lain juga akan ikut bersama.

Ciri-ciri teori ini adalah mengenai teori berkaitan disiplin dan pengurusan kumpulan

manakala matlamat teori ini pula ialah pengajaran dengan disiplin dapat dicapai (seiring).

Page 3: Nota

Terdapat perkara-perkara utama dalam model Pengurusan Kelompok Kounin. Perkara-

perkara tersebut ialah:

2.4  Model Pengurusan Kelompok Kounin.

Model ini  telah dicipta oleh seorang ahli teoris dalam bidang pengurusan bilik darjah

iaitu Jacob Kounin. Buku yang berjudul Discipline and Group Management merupakan

karya beliau mengenai pengurusan tingkah laku berkesan. Terkenal dengan ‘Konsep

Riak’ - apabila seorang murid akur kepada arahan, murid lain juga akan ikut bersama.

Ciri-ciri teori ini adalah mengenai teori berkaitan disiplin dan pengurusan kumpulan

manakala matlamat teori ini pula ialah pengajaran dengan disiplin dapat dicapai (seiring).

Terdapat perkara-perkara utama dalam model Pengurusan Kelompok Kounin. Perkara-

perkara tersebut ialah:

1)    Bertindih (overlapping) : Ia merujuk kepada kebolehan guru menguruskan dua atau lebih

aktiviti individu atau kumpulan pada masa yang sama.

2)    Merangkumi semua (withitness):  Ia merujuk kepada kebolehan guru membetulkan

tingkah laku buruk sebelum ia sampai sesuatau situasi yang tidak boleh dikawal.

3)    Momentum (momentum) : Ia merujuk kepada kebolehan guru untuk menggunakan

pergerakan yang sesuai sepanjang masa pelajaran.

4)    Kelancaran (smoothness) : Cirinya ialah kontinuiti, tanpa sebarang gangguan.

5)    Fokus kumpulan (group focus) : Iaitu memusatkan perhatian semua murid lain daripada

respons seorang murid sedang diberikan.

6)    Menggalakkan akauntibiliti :Ia merujuk kepada komunikasi kepada semua murid bahawa

penyertaan mereka semua sedang diperhatikan dan ditaksir.

Implikasi model kounin terhadap tingkah laku bermasalah di dalam kelas adalah seperti

berikut:

      Seorang murid yang melakukan tingkah laku buruk akan mempengaruhi tingkah laku

rakan sedarjah yang berada di sekelilingnya. Fenomena ini adalah dikenali sebagai kesan

riak (ripple effect).

      Guru harus sedar semua aktiviti yang berlaku di dalam seluruh bilik darjah dalam setiap

masa. Kesedaran ini adalah dikenali sebagai withitness, sesuatu istilah yang dicipta oleh

Kounin.

      Kebolehan memberi peralihan yang lancar antara dua aktiviti dan mengekalkan

momentum yang konsisten di dalam aktiviti adalah penting untuk pengurusan kumpulan

dengan berkesan.

      Guru hendaklah berusaha mengekalkan kewaspadaan kumpulan dan menjamin setiap

individu mempunyai akauntibiliti dalam pembelajaran, dan memastikan pembelajaran

optimal berlaku.

      Kebosanan murid boleh dielakkan dengan memupuk perasaan kemajuan atau kejayaan,

menambah pelbagai aktiviti dalam kurikulum dan alam bilik darjah.

Page 4: Nota

2)    Merangkumi semua (withitness):  Ia merujuk kepada kebolehan guru membetulkan

tingkah laku buruk sebelum ia sampai sesuatau situasi yang tidak boleh dikawal.

3)    Momentum (momentum) : Ia merujuk kepada kebolehan guru untuk menggunakan

pergerakan yang sesuai sepanjang masa pelajaran.

4)    Kelancaran (smoothness) : Cirinya ialah kontinuiti, tanpa sebarang gangguan.

5)    Fokus kumpulan (group focus) : Iaitu memusatkan perhatian semua murid lain daripada

respons seorang murid sedang diberikan.

6)    Menggalakkan akauntibiliti :Ia merujuk kepada komunikasi kepada semua murid bahawa

penyertaan mereka semua sedang diperhatikan dan ditaksir.

Implikasi model kounin terhadap tingkah laku bermasalah di dalam kelas adalah seperti

berikut:

      Seorang murid yang melakukan tingkah laku buruk akan mempengaruhi tingkah laku

rakan sedarjah yang berada di sekelilingnya. Fenomena ini adalah dikenali sebagai kesan

riak (ripple effect).

      Guru harus sedar semua aktiviti yang berlaku di dalam seluruh bilik darjah dalam setiap

masa. Kesedaran ini adalah dikenali sebagai withitness, sesuatu istilah yang dicipta oleh

Kounin.

      Kebolehan memberi peralihan yang lancar antara dua aktiviti dan mengekalkan

momentum yang konsisten di dalam aktiviti adalah penting untuk pengurusan kumpulan

dengan berkesan.

      Guru hendaklah berusaha mengekalkan kewaspadaan kumpulan dan menjamin setiap

individu mempunyai akauntibiliti dalam pembelajaran, dan memastikan pembelajaran

optimal berlaku.

      Kebosanan murid boleh dielakkan dengan memupuk perasaan kemajuan atau kejayaan,

menambah pelbagai aktiviti dalam kurikulum dan alam bilik darjah.

3.0  LANGKAH-LANGKAH MENANGANI MASALAH DISIPLIN

Peranan seorang guru kian bertambah dan menjadi semakin

kompleks dengan berkembangnya dunia pendidikan era ini.  Masalah-

masalah disiplin sering berlaku di dalam bilik darjah menyebabkan

pengajaran dan pembelajaran terganggu. Bagi melicinkan proses P&P dan

mengelakkan pembaziran waktu, guru yang proaktif seharusnya

menangani masalah disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah dengan

segera dan pantas.

Masalah disiplin seperti meniru kerja, menipu, kurang memberikan

respons ketika sesi soal jawab, meninggalkan bilik darjah dengan kerap

dan tidak hormat kepada guru, sememangnya dapat di atasi dengan

Page 5: Nota

mudah jika guru menggunakan beberapa langkah yang telah di sarankan

oleh para cerdik pandai sebagai panduan melalui model-model

pengurusan bilik darjah yang telah mereka perkenalkan. Sebagai seorang

guru, terpulanglah kepada kita untuk memilih model mana yang lebih baik

atau mengadunkan model-model tersebut supaya menjadi satu acuan

yang baik dalam mengawal masalah disiplin murid di dalam kelas.

Terdapat beberapa langkah yang saya cadangkan bagi membantu

guru-guru dalam menangani masalah disiplin antaranya ialah membina

hubungan positif antara guru dan murid, menetapkan set peraturan dan

rutin bilik darjah, terangkan plan pengurursan disiplin kepada murid,

memberi teguran dan kaunseling,

3.1  Membina hubungan positif antara guru dan murid.

 “Building meaningful and genuine relationships with and among your

students is an essential aspect creating a learning environment that

support their learning and promotes their positive classroom behaviour

(McAdams & Lambie 2003; Schaps,2003). Berdasarkan petikan ini, saya

berpendapat bahawa langkah pertama yang patut di ambil bagi

menangani masalah disiplin ialah guru perlu membina hubungan positif

dengan murid bermula daripada hari pertama penggal persekolahan

sepertimana turut  disarankan oleh Glasser. Hal ini kerana hubungan yang

positif ini dapat mengurangkan emosi-emosi negatif sebaliknya

menggalakkan emosi-emosi positif. Pendekatan ini membuatkan murid

merasa dihargai oleh guru sekaligus memotivasikan murid dalam

menghasilkan tugas-tugas pembelajaran dengan baik. Perkara yang lebih

penting ialah, hubungan positif ini melahirkan rasa hormat murid kepada

guru. Menurut Good dan Brophy (2002), guru yang dihormati dan mesra

pelajar dapat bekerjasama dengan murid-muridnya dalam menjayakan

aktiviti di dalam bilik darjah. Guru akan dipandang tinggi oleh murid-murid

dan membawa kepada persekitaran pembelajaran yang kondusif. Oleh

yang demikian mudahlah guru untuk mengawal tingkah laku murid di

dalam kelas. Masalah disiplin seperti yang telah dinyatakan pasti tidak

akan berlaku lagi. Hal ini kerana murid-murid akan memberi kerjasama

kepada guru. Hubungan yang baik antara guru-murid akan memberi

peluang kepada murid untuk menjalinkan kerjasama yang erat dengan

guru. Seterusnya membolehkan guru mengenal pasti kelemahan dan

kekuatan murid-muridnya serta memberikan peneguhan yang sesuai.

Page 6: Nota

Selain itu guru dapat membentuk peribadi yang mulia terhadap pelajar

sekaligus mengurangkan masalah disiplin.

Bagi membina hubungan positif antara guru dan murid, guru

mestilah ingat nama murid dan panggil murid dengan nama masing-

masing. Guru dinasihatkan supaya tidak memanggil murid-murid dengan

nama-nama ganti diri yang am, panggil dengan menunding jari dan

panggilan-panggilan yang tidak disukai oleh murid kerana ia boleh

mengakibatkan murid berasa benci kepada guru. Sebagai contoh ialah

“Kamu yang pakai cermin mata tu........” atau “Poh Bedah, banyak sangat

ye kamu bercakap......” atau “Awak yang mata sepet tu......”. Sebaliknya

berlaku pabila guru mentgingati nama murid dan memanggil mereka

dengan panggilan yang betul. Mereka akan merasakan guru sedar akan

kewujudan mereka didalam kelas disamping menunjukkan usaha guru

untuk mengenali mereka. Sekaligus hubungan positif dapat dibentuk

dengan cepat. Hal ini akan menolong guru untuk mengawal tingkah laku

murid didalam kelasnya.

Disamping itu, strategi lain yang boleh diambil bagi meningkat

hubungan positif antara guru-murid sekaligus membantu guru untuk

menangani masalah disiplin di dalam bilik darjah ialah guru menunjukkan

keprihatinan, kasih sayang dan sikap mengambil berat tehadap keperluan

murid-muridnya. Kebiasaannya murid-murid melakukan masalah disiplin

kerana keadaan persekitaran yang menyebabkan muri-murid gagal

memenuhi keprluan-keperluan asas mereka disekolah antaranya ialah

rasa dipunyai dan disayangi. Menurut Glasser kebanyakan perencanaan

pengurusan bilik darjah berlaku dengan salah sebagaimana yang beliau

katakan,“ We are far too concerned  with discipline, with how to ‘make’

student follow rules, and not enough with concerned with providing the

satisfiying education that would make our ever concerned with discipline

unnecessaray”.   Oleh itu hubungan baik antara guru-murid adalah amat

penting bagi memenuhi keperluan-keperluan asas murid dan membantu

dalam mengurangkan masalah dalam bilik darjah.

Dalam mengekalkan hubungan yang baik antara guru dan murid,

guru perlu mengelak daripada mengamalkan tujuh tabiat yang telah

dinyatakan oleh Glasser iaitu mengkritik, suka mencari kesalahan murid,

kuat merungut, menggugut, kuat berleter, suka mendenda dan kerap

memberikan ganjaran.

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           

                                                    

Page 7: Nota

3.2  Menetapkan set peraturan bilik darjah.

Langkah kedua ialah, sejak awal sesi persekolahan lagi, guru perlu

berbincang dengan murid-murid untuk menetapkan satu set peraturan

yang utama yang menjadi asas kepada bilik darjah. Peraturan ialah

penyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di dalam

bilik darjah. Selain itu, peraturan juga merupakan satu bentuk peringatan

dan autoriti kepada nilai moral murid-murid. Dari semasa ke semasa, guru

boleh membuat tambahan peraturan, tetapi asasnya adalah pada

peraturan asas tersebut. Peraturan bilik darjah ini adalah penting untuk

dibentuk dan dikuatkuasakan kerana ia dapat memastikan aktiviti bilik

darjah berjalan dengan lancar tanpa gangguan tingkah laku yang tidak

diingini. Menurut Canter, murid-murid memilih untuk bertingkah laku. Oleh

itu guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat

membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat.

Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan guru dan murid

perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Hal ini boleh

dilakukan dengan mengadakan peraturan tingkah laku yang yang jelas di

dalam bilik darjah.

Misalnya, guru kelas Tahun Tiga Merah dan murid-muridnya bersama-

sama menetapkan peraturan-peraturan kelas pada awal tahun. Salah satu

peraturan adalah mengenai murid yang tidak membawa buku teks yang

berkenaan ke sekolah, akan dihukum berdiri di dalam kelas sepanjang

waktu kelas tersebut sambil berkongsi dengan rakan yang duduk di

bersebelahannya. Pada suatu hari, salah satu murid cemerlang dalam

kelas tersebut, Sally telah terlupa membawa buku teks Bahasa Melayu ke

sekolah. Guru harus menghukumnya berdasarkan peraturan yang telah

ditetapkan tanpa mengira pencapaian akademik murid tersebut adalah

cemerlang atau lemah. Maka, guru menghukum Sally berdiri di dalam

kelas sepanjang waktu kelas tersebut sambil berkongsi dengan rakan

yang duduk di bersebelahannya. Dengan cara ini, Sally akan

mengingatkan diri supaya tidak akan mengulangi kesalahan yang sama

pada masa yang akan datang. Selain itu, semua murid dalam kelas akan

menyedari kepentingan mematuhi peraturan kelas yang telah ditetapkan.

Dengan berlakunya kes Sally, murid-murid yang lain juga akan

mengingatkan sendiri supaya elak daripada mengulangi kesalahan yang

dilakukan oleh Sally.

Walhal begitu, guru perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara

semasa membentuk peraturan di dalam bilik darjah, antaranya ialah ayat

Page 8: Nota

peraturan mestilah ringkas dan jelas. Hal ini kerana murid akan

mengalami kesukaran dalam memahami dan mengingati peraturan yang

panjang dan berbelit. Seterusnya, set peraturan yang dibentuk seelok-

eloknya bermakna dan hendaklah dipersetujui oleh semua warga kelas

dan bukanlah di buat secara autokratik oleh guru semata-mata. Amalan

demokrasi ini akan memberikan peluang kepada murid untuk merasakan

bahawa mereka sebahagian daripada warga bilik darjah dan bukan hanya

pemerhati. Disamping memberi peluang kepada guru untuk mengambil

kesempatan untuk berbincang bersama murid tentang kepentingan

peraturan bilik darjah. Selain itu, guru juga perlu mengambil perhatian

terhadap bilangan peraturan. Peraturan metilah dihadkan bilangannya

kerana peraturan yang terlalu banyak boleh mengelirukan murid.

Peraturan yang dibentuk hendaklah diselarikan dengan peraturan sekolah.

Contoh peraturan ialah :                 

Peraturan Kelas 2 Amanah

a)    Menghormati guru dan rakan-rakan yang lain

b)    Sentiasa memberi kerjasama dan respons semasa proses P&P.

c)     Tidak boleh meniru kerja rumah rakan lain.

d)    Menepati masa.

e)    Menjaga kebersihan bilik darjah

f)      Mematuhi peraturan sekolah.

3.3  Terangkan pelan pengurusan disiplin kepada murid.

Langkah seterusnya merupakan langkah yang penting bagi

memastikan peraturan yang telah ditetapkan bersama murid-murid

semasa langkah kedua terlaksana dengan berjaya. Guru perlu mengajar

dan membimbing murid-murid tentang pelan pengurusan disiplin yang

dibentuk sebagaimana yang telah di sarankan dalam Model Asertif Canter.

Langkah pertama yang boleh digunakan untuk menerangkan pelan-pelan

pengurusan disiplin kepada murid ialah dengan menerangkan kenapa

peraturan-peraturan tersebut diperlukan. Sebagai contoh guru

menerangkan kepada murid bahawa meniru kerja rumah rakanyang lain

sebenarnya membawa kerugian kepada diri murid itu sendiri. (cth

esaimen = x menyiapkan kerja rumah) Mereka tidak dapat menguasai sub

topik yang di ajar oleh guru. Terlalu kerap meninggalkan bilik darjah

(bercakap-cakap semasa guru mengajar) pula akan mengakibatkan

mereka ketinggalan maklumat-maklumat dan isi pelajaran yang penting.

Seterusnya guru memberi penerangan bagaimana peraturan tersebut

Page 9: Nota

akan dilaksanakan. Contohnya guru menghadkan murid ke tandas sekali

sahaja untuk suatu mata pelajaran kecuali hal-hal kecemasan. Guru perlu

meastikan samada murid faham atau tidak peraturan yag telah di

terangkan. Hal ini kerana, jika murid tidak memahami peraturan yang

telah ditetapkan, mereka mungkin akan mengulangi kesalahan disiplin

yang sama. Tingkah laku yang diingini pasti tidak dapat di bentuk.

Kemudian, guru memaklumkan tentang ganjaran yang diterima jika

mereka mematuhi peraturan bilik darjah. Pada peringkat ini guru boleh

memberi pengiktirafan bagi yang mematuhi peraturan dan mengenakan

tindakan pembetulan bagi kepada sesiapa yang melanggar peraturan

sepertimana yang disarankan oleh Canter. Canter mencadangkan

beberapa langkah yang boleh diambil oleh guru untuk mengenakan

tindakan pembetulan kepada muri-murid antaranya ialah kenakan

tindakan pembetulan keatas salah laku yang ditunjukkan dengan tenang.

Sebagai contoh, Firdaus awak telah meniru kerja rumah Janah, kamu telah

memilih untuk membuat 10 soalan yang lain yang akan saya

berikan”. Seterusnya tindakan tersebut haruslah konsisten iaitu tindakan

yang sama dikenakan pada kesalahan yang sama yang ditunjukkan oleh

mana-mana murid. Guru juga memberi peluang kepada murid untuk

meluahkan perasaan. Murid-murid mungkin melakukan kesalahan akibat

tertekan atau faktor luar seperti masalah di rumah, mangsa penderaan

dan sebagainya. Penguhan boleh diberikan bagi mereka yang telah

membuat perubahan tingkah laku.          Seterusnya, langkah keenam

untuk penerangan pelan pengurusan bilik darjah ialah guru perlu

memastikan lagi sekali kefahaman murid terhadap pelan tersebut. Untuk

menerangkan kepada murid, guru boleh membuat kaedah main peranan

untuk menerangkan peraturan, ganjaran dan tindakan pembetulan. Pelan

Pengurusan Bilik Dajah ini adalah bertujuan untuk memastikan murid

memahami mengapa peraturan ditetapkan dan untuk memastikan murid

faham bagaimana untuk melaksanakan peraturan tersebut dan apakah

tindakan yang dikenakan jika melanggarnya. Hal ini kerana, kadangkala

masalah disiplin berlaku bukan kerana murid tersebut nakal atau

bermasalah sebaliknya mereka tidak tahu bagaimana untuk

melaksanakan disiplin dan tingkah laku yang diingini oleh guru. Oleh

sebab itu Pelan ini penting untuk diterangkan kepada murid-murid kerana

ia akan membatu mengurangkan masalah disiplin dalam bilik darjah.

Secara ringkasnya langkah-langkah Penerangan Pelan Pengurusan Bilik

Darjah boleh dirumuskan seperti dibawah:

Page 10: Nota

Rajah 1 langkah-langkah Penerangan Pelan Bilik Darjah.

3.4  Memberi teguran dan Kaunseling

Selain tu, guru juga boleh membuat teguran secara langsung

kepada murid untuk peringkat rendah dan teguran secara individu untuk

murid yang lebih dewasa. Menurut Kounin, tindakan atau teguran guru

terhadap seseorang murid yang melakukan kesalahan akan turut memberi

kesan kepada murid-murid lain di dalam bilik darjah. Menurutnya lagi

teguran mestilah jelas dan guru perlu menyatakan dengan spesifik tingkah

laku yang hendak dibetulkan. Elakkan daripada memberi teguran secara

umum. Contohnya, 'Ali beri tumpuan.’ Nyatakan dengan lebih spesifik, ‘Ali

berhenti bercakap dengan Atan, dan beri  respon kepada perkara yang

kita bincangkan tadi’.  Guru juga perlu membimbing murid-murid agar

saling ingat mengingati antara satu sama lain tentang peraturan yang

telah ditetapkan. Apabila murid faham dan mengamalkan peraturan yang

telah ditetapkan, masalah disiplin seperti meniru kerja rumah dan menipu

dapat dikurangkan. Jika murid-murid masih terus melakukan kesalahan

disiplin seperti yang telah ditetapkan bersama, guru yang proaktif perlu

menyelidik bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan murid tersebut

tidak berubah kepada tingkah laku yang diingini. Hal ini bertepatan

dengan model Dreikurs yang menekankan supaya guru mengenal pasti

punca masalah tingkah laku. Apabila guru telah berjaya mengenal pasti

punca murid-murid melakukan masalah disiplin, guru boleh mengambil

langkah seterusnya dengan berjumpa murid yang bermasalah tersebut

secara bersendirian dan berbincang tentang masalah-masalah yang

dihadapinya. Teknik kaunseling ini telah dikemukakan oleh Glasser dalam

Model Terapi Realiti. Semasa proses kaunseling ini, guru perlu membantu

murid memilih tingkah laku yang sesuai. Glasser mencadangkan guru

untuk bertanya murid beberapa soalan seperti “Apakah yang telah kamu

lakukan yang telah melanggar disiplin yang telah ditetapkan sekolah?” ,

“Apakah yang patut kamu lakukan sebenarnya?” , dan “Adakah perlakuan

kamu boleh membantu kamu atau kelas kamu?”  Hal ini kerana, William

Glasser berpendapat setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu

berasaskan pilihan yang dibuat. Glasser (1969) stresses that “student

must make value judgement about what they are doing. Until they realize

that what they are doing is wrong, they must suffer the consequence of

their behavior.”Guru perlu meyakinkan murid untuk membuat pilihan

tingkah laku yang tepat kerana setiap individu bertanggungjawab

Page 11: Nota

terhadap tingkah laku mereka sendiri. Oleh itu, semasa proses kaunseling

itu  guru  perlu murid perlu membantu murid untuk menilai apa yang telah

mereka lakukan sehingga mereka faham bahawa perbuatan itu adalah

salah.

3.5  Pisahkan tempat duduk murid yang bermasalah

Strategi lain yang boleh diambil oleh guru dalam menangani

masalah-masalah disiplin seperti menipu, menganggu rakan, kurang

memberi respon semasa pengajaran dan pembelajaran, suka meniru kerja

rumah dan tidak menghormati rakan ialah guru menentukan dinamika

kumpulan di dalam bilik darjahnya. Dinamika kumpulan ialah kumpulan-

kumpulan kecil yang terbentuk di dalam bilik darjah yang terdiri daripada

beberapa orang murid yang mempunyai nilai dan kencenderungan yang

sama. Mereka saling bergantung dan mempunyai nilai dan kecenderungan

yang sama. Mereka saling bergantung dan mempunyai kuasa atau daya

untuk menggerakkan ahli-ahli kumpulan tersebut. Kuasa ini boleh

mendorong ahli-ahli kumpulan untuk berkelakuan mengikut nilai atau

kepercayaan yang telah ditetapkan oleh ahli-ahli kumpulan. Sekiranya

nilai tersebut berbentuk positif, sudah pasti nilai itu akan memajukan ahli-

ahli kumpulan untuk membuat kebaikan tetapi sekiranya nilai yang

terdapat dalam kumpulan adalah negatif, maka ahli-ahli kumpulan akan

terdorong akan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan

peraturan yang telah ditetapkan. Nah disini kita dapat simpulkan bahawa

kebanyakan masalah disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah berpunca

daripada pengaruh rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya yang tidak

dikawal boleh mendatangkan kesan  kepada pengurusan disiplin bilik

darjah. Oleh sebab itulah, guru perlu bijak dalam membentuk dinamika

kumpulan yang positif yangmana dapat mengurangkan masalah disiplin di

dalam bilik darjah. Bagi membantu guru membentuk dinamika positif di

dalam bilik darjah, guru boleh melakukan kajian sosiometri seperti

bertanyakan soalan-soalan berikut:

a)    Siapakah rakan baik awak di dalam kelas?

b)    Siapakah rakan yang awak pilih untuk melakukan aktiviti-aktiviti di dalam

kelas?

c)    Siapakah rakan kelas yang awak tidak sukai?

Daripada jawapan mereka, guru boleh mengenal pasti pola persahabtan di

dalam bilik darjah contohnya:

Page 12: Nota

            Bintang : murid popular yang banyak menerima pencalonan

sebagai rakan baik dan rakan untuk menjalankan aktiviti.

            Dyad: pola persahabatan iaitu dua orang murid saling bersahabat.

Sebagai contoh Shikin memilih Janah sebagai sahabat dan Janah memilih

Shikin sebagai sahabat yang baik dan disukai.

            Klik : Pola persahabatan iaiatu dua atau lebih murid memilih antara

satu sama lain untuk menjadi sahabat-sahabat yang disukai.

            Pencilan: murid-murid yang tidak memilih sesiapa sebagai sahabat

dan orang lain juga tidak memilih dia sebagai sahabat.

            Singkiran: Murid yang menamakan murid lain sebagai sahabat

tetapi murid lain mengatakan bahawa dia tidak disukai.

            Pola persahabatan yang dikenal pasti dapat menolong guru untuk

menentukan kumpulan-kumpulan dinamika di dalam bilik darjah. Pola

tersebut juga menolong guru untuk melihat murid-murid yang tidak

disukai dan terpencil. Maklumat ini akan membantu guru dalam

menentukan susunan kedudukan murid di dalam bilik darjah atau semasa

aktiviti kumplan dijalankan. Apabila guru dapat menyusun dinamika positif

akhirnya masalah disiplin yang boleh menganggu proses pembelajaran

dan pembelajaran akan dapat diatasi. Mengikut pengalaman saya dalam

mengajar tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Tanjng Gahai, Kuala Lipis

semasa menjalankan program pengalaman berasaskan sekolah,  terdapat

seorang murid yang selalu menganggu rakannya.  Beliau sering mengejek

dan memperlekehkan rakannya itu. Akhirnya semua rakan-rakan di dalam

kumpulan tersebut turut mengejek dan memperlekehkan murid tadi.

Keadaan ini telah menganggu proses pengajaran dan pembelajaran saya.

Akhirnya saya bertanya mengapa “kamu menganggu dia?”. Segala

persoalan terjawab apabila  mereka memberitahu mereka tidak menyukai

pelajar tersebut. Oleh itu, sebagai seorang guru, kita harus bijak dalam

menangani kes ini. Murid tersebut telah dipindahkan ke kumpulan lain

yang boleh menerima dan menyukainya. Maka proses P&P dapat di

jalankan dengan lancar tanpa gangguan disiplin. Oleh hal yang demikian,

dalam mengurangkan masalah disiplin, guru perlu bijak dalam membentuk

dinamika kumpulan.

3.6  Kepelbagaian dalam pengajaran

Strategi seterusnya yang boleh digunakan bagi membantu guru

dalam menangani masalah disiplin dan mengawal tingkah laku yan tidak

diingini di dalam bilik darah ialah guru menggunakan kepelbagaian dalam

Page 13: Nota

pengajaran. Murid-murid akan berasa seronok untuk belajar dan tidak

bosan. Hal ini kerana menurut Glasser, masalah tingkah laku di dalam bilik

darjah berlaku akibat daripada murid-murid berasa bosan. Pengajaran

yang membosankan, tiada kepelbagaian akan medorong kepada

berlakunya salah laku murid. Oleh yang demikian, guru harus merancang

sebelum beliau masuk ke bilik darjah. Manurut Kounin, perancangan

pengajaran mestilah mengambil kira setiap murid di dalam kelas iaitu

minat, kebolehan, prestasi, keupayaan, perkembangan dan pengetahuan

sedia ada murid-murid. Setiap aktiviti perlu menyeronokkan murid dan

mencabar. Perancangan yang rapi ini akan melancarkan dan melicinkan

proses P&P dan memastikan semua murid terlibat dalam aktiviti P&P.

Apabila guru masuk ke kelas tanpa perancangan yang rapi, mungkin ada

murid yang tercicir kerana tidak dapat mengikuti pengajaran. Tanpa

perancangan yang rapi juga memberi kemungkinan bahawa masa murid

tidak didisi dengan aktiviti dan guru tidak tahu untuk berbuat apa dengan

murid-murid. Keadaan ini boleh menjadi tidak terkawal dan seterusnya

membawa kepada timbulnya masalah disiplin. Menurut Kounin, guru yang

memopunyai momentum pengajaran yang baik akan membantu murid

untuk bersedia melibatkan diri dalam aktiviti p&P. Momentum bagi Kounin

merujuk kepada keadaan iaitu guru memulakan pengajaran dengan

menarik perhatian murid, meneruskan pengajaran dengan lancar, 

melakukan peralihan antara aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan

cekap dan membuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran pada hari

itu dengan berkesan. 

            Oleh itu dalam membanteras berlakunya salah laku di dalam bilik

darjah, guru perlu manggunakan kaedah atau teknik mengajar yang baru,

efektif dan yang dapat merangsang minat murid. Aktiviti yang pelbagai

bukan sahaja dapat merangsang minat murid tetapi mewujudkan situasi di

mana murid-murid tertunggu-tunggu untuk melihat aktiviti berikutnya.

Sebagai contoh untuk memulakan pengajaran, boleh mengguna pelbagai

kaedah sebagi set induksi bagi menarik minat murid seperti menggunakan

tayangan gambar, video dan lakonan dan discrepant event ( selalu

digunakan dalam subjek sains).  Kaedah dan aktiviti yang sama setiap hari

tidak memotivasikan atau meransang keinginan murid untuk terus belajar.

Selain itu, perkara yang dipelajari harus bermakna kepada murid agar

mereka dapat memahami kepentingan topiktersebut dalam kehidupan

mereka. Aktiviti yang membosankan dan tidak bermakna akan

menimbulkan keresahan dalam kalangan murid dan seterusnya

Page 14: Nota

menimbulkan tingkah laku yang tidak diingini. Oleh sebab itulah, sekali

lagi saya tekankan disini, agar guru menggunakan teknik serta kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai. Guru boleh merujuk teori-

teori pembelajaran seperti pembelajaran behavioris, sosial dan sosial

kognitif, pembelajaran penemuan Bruner, konstruktivisme,dan 

humanisme dalam membentuk teknik dan kaedahkaedah pengajaran dan

pembelajaran yang menyeronokkan dan pelbagai.

3.7  Menggunakan modifikasi tingkah laku

Langkah seterusnya yang boleh diambil dalam menangani masalah

disiplin dan tingkah laku oleh guru ialah melalui modifikasi tingkah laku.

Masalah tingkah laku secara ringkasnya dapat didefinisikan sebagai

perbuatan atau tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh setiap

pelajar semasa berada di dalam bilik darjah. Perlakuan ini jika dilakukan

secara konsisten dan berterusan dalam jangka masa yang lama akan

memberi kesan yang buruk dalam perkembangan pembelajaran murid

dan seterusnyamenghalang mereka terlibat secara aktif di dalan atau di

luar bilik darjah. Oleh itu, saya mencadangkan guru untuk menggunakan

modofikasi tingkah laku seperti yang disarankan oleh B.F Skinner.

Modifikasi tingkah laku ialah langkah-langkah yang sistematik berdasarkan

prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang negatif

kepada positif. Langkah yang bersisitematik ialah mengenal pasti tingkah

laku negatif yang perlu diubah, menetapkan matlamat, menentukan

strategi bertindak, merancang prosedur atau plan tindakan, melaksanakan

strategi mengikut plan bertindak, menilai keberkesanan dan mengubah

plan jika perlu dan memastikan pencapaian matlamat yang telah

ditetapkan.

Tujuan penggunaan modifikasi tingkah laku adalah untuk mengubah

tingkah laku negatif atau salah laku pelajar yang dikesan dalam bilik

darjah, kepada tingkahlaku positif, menyelesaikan tingkah laku

bermasalah yang berlaku, demi membentuk iklim bilik darjah yang

berdisiplin dan kondusif untuk melicinkan perjalanan aktiviti pengajaran

dan pembelajaran. Modifikasi tingkah laku adalah suatu pendekatan yang

bersistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip

pelaziman dan prinsip peneguhan. Pendekatan ini menjurus kepada

elemen-elemen luaran untuk mempengaruhi tingkah laku murid. Elemen-

elemen luaran ini berbentuk peneguhan-peneguhan yang menjadi

rangsangan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Terdapat dua

Page 15: Nota

jenis peneguhan  yang ditekankan oleh Skinner iaitu peneguhan positif

dan peneguhan negatif. Peneguhan positif adalah kebarangkalian

berulangnya tingkah laku operan yang diingini (atau tidak diingini)

ditambah. Peneguhan positif digunakan sebagai ganjaran untuk

mendorong murid–murid memberi tumpuan semasa belajar seperti

memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya. Manakala

peneguhan negatif ialah kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan

ditambah dengan memindahkan atau menghapuskan stimuli yang

mengganggu. Sebagai contoh, semua murid darjah Enam Melur membuat

dan menyiapkan tugasan sendiri tetapi terdapat seorang murid yang

bernama Ali meniru kerja rakan yang lain. Ali turut membuat bising dan   

menganggu rakan-rakan lain. Oleh yang demikian guru boleh memberi

peneguhan ppositif kepada murid-murid yang membuat tugasan sendiri

seperti pujian dan boleh juga memberi hadiah kepada murid yang

menghantar tugasan paling awal. Dalam masa yang sama, Ali yang

merupakan seorang murid yang membuat bising,  mengganggu rakan dan

meniru kerja rumah ini  di arahkan keluar dari kelas supaya aktiviti

pembelajaran murid lain berjalan dengan lancar tanpa gangguan. Murid-

murid lain yang melihat keadaan itu pasti takut untuk melakukan

kesalahan yang sama seperti Ali. Mereka pasti berusaha menyiapkan kerja

rumah dengan usaha sendiri. Melalui peneguhan positif dan negatif ini,

guru dapat mengawal tingkah laku yang tidak diingini dan membentuk

satu iklim bilik darjah yang kondusif bebas dari gangguan masalah disiplin.

Selain peneguhan modifikasi tingkah laku boleh dijalankan dengan

memberi dendaan kepada murid-murid yang melakukan tingkah laku yang

tidak diingini seperti meniru kerja rumah, tidak menghormati guru dan dan

sebagainya. Dendaan merupakan tindakan yang dikenakan bertujuan

untuk menghentikan sesuatu tingkahlaku negatif. Ianya menggunakan

hukuman yang memang diketahui oleh murid yang melanggar peraturan

dan memastikan hukuman itu relevan dan berpatutan. Guru juga boleh

memberhentikan tingkah yang tidak diingini dengan menukarkan tempat

duduk atau berjumpa selepas waktu belajar. Menurut Skinner denda

hanya boleh memberi kesan dalam tempoh yang singkat sahaja.Selepas

itu biasanya murid itu akan mengulanginya semula. Sekiranya murid

didenda kerana kelemahan dirinya dalam akademik mungkin akan

menyebabkan hilang minat murid terhadap bidang tersebut. Oleh itu, saya

berpendapat, guru tidak boleh mengunaan teknik dendaan yang kerap di

dalam bilik darjah. Sebaliknya ia dikenakan apabila keadaan sudah tidak

Page 16: Nota

terkawal lagi seperti mendenda murid tersebut berdiri di luar kelas kerana

sering datang lambat ke kelas walaupun telah diingatkan beberapa kali

atau murid tersebut lewat melebihi setengah jam. Teknik seterusnya

dalam modifikasi tingkah laku ialah reverse psyclogy yang merupakan

Teknik psikologi untuk modifikasikan tingkah laku negatif kepada positif.

Ianya memerlukan guru mahir dalam memahami psikologi murid yang

berkenaan, serta mengenali sikap, pandangan dan pemikiran

dalamannya.Tujuannya ialah untuk menginsafkan murid sekaligus

membuang tingkah laku negatif dan membentuk tingkah laku yang

baik. Oleh yang demikian, modifikasi tingakah laku merupakan satu

cadangan yang amat berkesan dalam menukarkan tingkah laku negatif

kepada positif sekaligus mengurangkan masalah disiplin. Namun

begitu bagi mengubah tingkah laku yang tidak diingini peneguhan positif

hendaklah dibuat dari semasa ke semasa.

4.0  Kesimpulan

Seorang guru mempunyai tugas dan peranan yang amat penting dalam mendidik anak bangsanya. Oleh sebab itu, segala yang berlaku di dalam bilik darjah sangat penting. Guru yang bertangungjawab mencorakan pengajaran dan pembelajaran harian murid-murid. Dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran bergerak lancar, guru perlu memastikan disiplin murid dalam keadaan terjaga dan terkawal supaya matlamat pengajaran terkawal. Oleh sebab itu, lahirnya model-model pengurusan disiplin bilik darjah dalam membantu guru-guru membentuk disiplin murid. Maka terpulang kepada-guru untuk menjayakan model-model tersebut atau mengadunkannya untuk dijadikan strategi yang ampuh dalam membentuk disiplin murid. Ini disebabkan disiplin sangat memainkan peranan penting bukan sahaja di dalam bilik darjah malah mempengaruhi sepanjang hidup murid tersebut.

BAB 4: PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH

Page 17: Nota

PENGENALAN

pengetahuan tentang model-model pengurusan disiplin dan cara-cara pelaksanaannya mungkin dapat dijadikan panduan oleh guru-guru dalam menguruskan bilik darjah dengan berkesan

KONSEP DISIPLIN BILIK DARJAH

disiplin merupakan satu set peraturan yang dikenakan kepada murid-murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkahlaku yang diingini

MODEL PENGURUSAN DISIPLIN• MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU oleh B.F.SKINNER• MODEL DISIPLIN ASERTIF oleh LEE CANTER• MODEL AKIBAT LOGIKAL oleh RUDOLF DREIKURS• MODEL PENGURUSAN KELOMPOK oleh JACOB S. KOUNIN• MODEL TERAPI REALITI oleh WILLIAM GLASSER

Model modifikasi tingkah laku B.F.Skinnera. Menggunakan prinsip peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku yang diinginib. Terdapat dua jenis peneguhan- peneguhan positi-hadiah, pujian, markah merit dsbg (meningkatkan tingkah laku murid yang diingini)- peneguhan negatif-majalah, komik dikeluarkan supaya murid-murid kembali menunjukkan tingkah laku yang diingini.c. Peneguhan berbeza dengan dendaand. Peneguhan berkala

Kebaikan dan kelemahan model ini• hasil pantas tetapi tidak kekal lama• lebih memenuhi keperluan motivasi esentrik iaitu bergantung kepada elemen ganjaran• untuk jangka masa panjang ini boleh mengakibatkan motif murid bertukar• murid lebih teruja mendapat ganjaran daripa ilmu

Model disiplin asertif Canter• berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan• Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah. hak murid untuk belajar dalam persekitaran bilik darjah yang kondusif dan hak guru untuk mengajar tanpa gangguan. oleh itu penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan lancar• pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif (berkeyakinan dan tegas). beri peneguhan yang sesuai untuk tingkah laku yang diingini.

Terdapat tiga jenis guru• guru yang agresif: lebih bersifat autokratik, menunjukkan kuasa dan tidak bertolak ansur• guru tidak asertif: menggunakan pendekatan pasif, todak konsisten dan mengelirukan.• guru asertif: jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan. pada masa yang sama, guru asertif mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid

Langkah-langkah penerangan pelan pengurusan bilik darjah• penerangan peraturan• cara pelaksanaan peraturan• semak kefahaman murid

Page 18: Nota

• maklumkan tentang ganjaran• penerangan tentang tindakan pembetulan• cara tindakan pembetulan dikenakan• semak kefahaman murid

Cara mengenakan tindakan pembetulan kepada murid• bertindak dengan tenang• konsisten• berikan peneguhan untuk tingkah laku yang diingini• beri peluang kepada murid meluahkan perasaan• teguran secara langsung untuk murid peringkat rendah• tegur secara individu untuk murid yang lebih dewasa

Murid bermasalah• perlu ditangani dengan berhemah• paling sukar ditangani tetapi perlukan paling banyak perhatian• guru perlu dapatkan kepercayaan murid, beri perhatian dan berusaha untuk berinteraksi dengan murid

Model akibat logikal Dreikurs • menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.• guru perlu mengenalpasti punca salah laku. murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah• murid perlu dilatih untuk mendapatkan kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah.• murid dan guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan disiplin bilik darjah agar amalan demokrasi perlu diaplikasikan

Tingkah laku bermasalah berpunca daripada motif-motif berikut:• mendapatkan perhatian• mencabar kuasa• membalas dendam• mempamerkan kekurangan

Cara komunikasi guru yang berkesan untuk menangani salah laku• berkomunikasi perkara yang positif• galak peningkatan murid• kenal pasti kelemahan murid• belajar daripada kesilapan• percaya kebolehan murid• bekerjasama• rasa bangga pencapaian murid• optimis• beri galakan dan motivasi

Model pengurusan kelompok Kounin • menekankan kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru dalam pengurusan bilik darjah• guru perlu mempunyai withitness iaitu berupaya mengawal dan menyelia lebih daripada satu aktiviti bilik darjah dalam satu masa. kebolehan guru melakuakan dua tindakan pada satu masa digelar pertindanan• kesan gelombang (ripple effect) kesan daripada teguran atau tidakan guru terhadap seseorang murid yang melakukan salah laku. kesan gelombang akan lebih efektif sekiranya guru membuat tindakan dengan jelas, tegas dan serius

Page 19: Nota

• guru perlu mengawasi persekitaran bilik darjah pada setiap masa• kelancaran dan pelaksanaan aktiviti perlu untuk pengurusan bilik darjah yang baik. guru harus elakkan penerangan yang meleret, iaitu mengulang perkara-perkara yang tidak perlu dan melakukan fragmentasi• fragmentasi berlaku apabila guru memecahkan unit-unit kecil sedangkan pelajaran itu dapat dijalankan secara menyeluruh• momentum pengajaran yang baik akan membantu murid untuk bersedia melibatkan diri dalam aktiviti p&p• momentum merujuk kepada keadaan di mana guru memulakan pengajaran dengan lancar, melakukan peralihan antara aktiviti p&p dengan cekap dan membuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran pada hari itu dengan berkesan

Model terapi realiti oleh William Glassera. Asas utama kepada model ini ialah setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu berasaskan pilihan yang dibuatb. Pilihan yang dibuat oleh individu berdasarkan keperluan-keperluan asas merekac. Menurut Glasser, masalah tingkah laku di dalam bilik darjah berlaku akibat daripada murid-murid bosan atau tidak puas hati dengan jangkaan guru di dalam bilik darjah, keadan persekitaran yang menyebabkan murid gagal memenuhi keperluan asas mereka di sekolah.d. Keperluan-keperluan asas- kasih sayang- mempunyai kuasa dan kawalan- kebebasan- keseronokane. Model terapi realiti yang merupakan satu teknik kausenling untuk membantu individu meneroka kemahuan diri, membuat refleksi tentang apa yang sedang dilakukan dan membuat perancangan tent;ang kehendak sebenar mereka pada masa akan datangf. Melalui terapi realiti, guru dapat:- membantu murid kenal pasti akibat tingkah laku yang ditunjukkan- pastikan akibat realiti atau dipilih oleh murid- kemukakan pelan perancangan untuk membantu murid mengurus tingkah laku- bertindak sebagai pembimbing muridg. Terapi realiti membantu murid mengenal realiti kehidupan dalam memenuhi keperluan mereke mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Kurikulum yang berkualiti• akan meningkatkan mutu pendidikan• kurikulum ini bermula dengan perancangan yang berkesan, permulaan pengajaran yang memotivasikan murid, perbincangan yang berpusatkan murid dan beri peluang kepada murid untuk memahami dan meneroka yang diajar

Kualiti pengajaran• persekitaran bilikdarjah yang tenang dan kondusif• guru perlu lebih sifat sebagai pembimbing bukan pengarah• tugasan-tugasan p&p perlu yang berkaitan dengan kehidupan seharian murid• berikan galakan kepada murid untuk memberikan yang terbaik• beri peluang kepada murid untuk menilai kerja masing-masing dan memperbaikinya

Guru yang membimbing akan:• memahami murid • menyediakan aktiviti p&p yang menyeronokkan• berbincang dengan murid• menggalakkan murid meneroka p&p

Page 20: Nota

• menyediakan bahan bantu belajar yang berkesan• menunjukkan kaedah yang terbaik untuk mendapat hasil pembelajaran

Membina bilik darjah yang berkualiti• tabiat - elakkan mengamal tabiat buruk ganti dengan tabiat yang boleh kekalkan hubungan baik• mesej- sampaikan mesej kepada murid tentang hasrat dan pendirian • bina hubungan dengan guru murid• peraturan kelas• elakkan daripada menggunakan kawalan luaran seperti mendenda, mengarah atau mengancam murid apabila timbul masalah• pengetahuan• kompentensi• kualiti• penilaian• kefahaman dan penggunaan

MODEL DISIPLIN ASERTIF CANTER

Page 21: Nota

Menurut Chong Lean Keow(2009), Model Disiplin Asertif Canter telah dipelopori oleh Lee and Marlene Canter tahun 1976. Model ini melatih murid-murid untuk menerima konsekuen bagi tindakan mereka. Terdapat beberapa model asas iaitu:-

 Tingkahlaku yang wajar hendaklah diberikan pengukuhan

 Tanggungjawab adalah nadi disiplin asertif

 Guru hendaklah bersifat asertif

 Guru hendaklah merangka satu sistem ganjaran dan dendaan yang boleh dijadikan rujukan murid-murid

mengenai tingkahlaku yang baik dan buruk.

Jadual dibawah merupakan rumus beberapa aspek dengan Model Disiplin Asertif Canter yang boleh memudahkan seseorang guru.

Aspek Huraian

Konsep Utama • Kedua-dua ganjaran dan hukuman adalah berkesan

• Guru dan murid mempunyai hak masing-masing

• Guru perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang optimum

• Guru harus menggunakan satu hierarki disiplin yang mengandungi kesan yang bersesuaian mengikut tahun persekolahan.

• Guru perlu bersifat asertif, tidak asertif atau agresif.

Jenis Ganjaran • Tidak asertif: “sudah berulang kali saya minta anda supaya jangan bercakap dengan rakan-rakan, dan anda masi masih berbuat demikian, sila berhenti.”

• Asertif: “Shan, ini adalah amaran atas perbuatan anda bersandar kerusi atas dua kaki. Letakkan kerusi pada keadaan asal,jikalau tidak anda tidak dibenarkan buat bacaan senyap di sudut bacaan nanti.”

• Agresif: “Simpan buku komik dengan serta merta, jikalau tidak, anda akan menyesal!”

Jenis Ganjaran • Pengukuh sosial-senyuman,kata-kata pujian

• Pengukuh grafik-bintang, pelekat

• Pengukuh aktiviti-masa rehat,mainan khas

• Pengukuh fizikal-makanan,hadiah, sijil

Hak Asasi Murid • Dibekalkan persekitaran pembelajaran yang optimum

• Disediakan guru yang akan membantu mereka mengurangkan tingkahlaku yang kurang wajar dan menyokong tingkahlaku yang

Page 22: Nota

wajar

• Dimaklumkan tentang konsekuan bagi tingkahlaku yang baik dan jahat

• Diberikan pilihan untuk bertingkahlaku wajar atau tidak wajar

Tanggungjawab Guru • Kekalkan persekitaran pembelajaran yang optimum

• Diberikan sokongan oleh pihak pentadbir dan ibu bapa

• Pastikan hak dan tanggungjawab murid-murid disokong dengan satu pelan disiplin yang menyatakan jangkaan dengan jelas

• Aplikasikan konsekuen secar konsisten

• Pertimbangkan kepentingn mereka setiap masa

Dalam situasi menyelesaikan masalah murid Tahun Enam iaitu Tim yang setiap hari datang kesekolah tanpa membawa bahan keperluan yang lengkap. Pada hari-hari tertentu, dia lupa membawa alat tulis dan hari-hari yang lain dia meninggalkan buku latihan di rumah. Setiap kali, Tim akan minta kebenaran untuk menelefon ibunya supaya membawa bahan-bahan yang tertinggal. Jikakalu membenarkan Tim menghubingi ibunya, pasti membazir masa pembelajaran. Jika tidak dibenarkan, Tim akan duduk sahaja tanpa membuat latihan kelas yang diberikan.

Seorang guru itu boleh membentuk satu pelan Disiplin Asertif. Pelan ini sangat berguna dan penting kepada guru sebagai garis panduan kepada murid-murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Guru digalakkan pertimbangkan soalan-soalan berikut:

 Apakah tingkahlaku yang ingin dihapuskan atau disemai dalam diri murid-murid anda?

 Apakah jenis konsekuen negatif yang wajar bagi murid-murid tersebut?

 Apakah jenis konsekuen positif yang wajar bagi murid-murid tersebut?

 Bagaimanakah cara mengesan tingkahlaku yang wajar dan tidak wajar?

Sebagai keterangan lanjut, maklumat langkah-langkah satu pelan disiplin asertif boleh di teliti dan dirujuk seperti jadual di bawah.

Langkah Tindakan yang diambil

1. Membina jaringan sokongan dengan pihak pentadbir dan ibu bapa

Meminta kebenaran pihak pentadbir

Maklumkan kepada ibu bapa2. Membentuk peraturan bilik darjah Garis panduan yang boleh dijadikan rujukan:

Hendaklah jelas dan spesifik

Berkuatkuasa sepanjang waktu persekolahan

Page 23: Nota

Selaras dengan umur murid-murid3. Memberikan pengukuhan positif (Diibaratkan

Model “Guli dalam bekas”)

Mewujudkan persekitaran pembelajaran bilik darjah yang positif

Mengurangkan kekerapan berlakunya masalah disiplin

Guru masukkan sebiji guli dalam bekas apabila murid berkelakuan baik

Tindakan guru berulangan sehingga bekas tadi penuh dengan guli

Secara kelas, murid-murid dibawa untuk menyertai lawatan sambil belajar, menonton movie dan sebagainya

Secara individu, guru memberi kata-kata pujian, memaklumkan ibu bapa melalui panggilan telefon

4. Bekalkan konsekuen setimpal dengan pelanggaran peraturan bilik darjah yang telah ditetapkan

Tidak melebihi lima konsekuen

Merupakan sesuatu yang tidak digemari murid-murid tetapi tidak memudaratkan mereka dari segi fizikal atau psikologi

Disusun mengikut satu hirarki bermula dengan memberi amaran kepada berjumpa dengan guru besar

Tangani salah laku yang timbul dengan serta merta dalam keadaan tenang

Rujuk kepada pelan disiplin yang terbentuk bagi memastikan konsekuen yang wajar dilaksanakan

Bentukkan satu sistem pengesanan dan pegrkodan kes salah laku murid-murid secara individu agar hirarki konsekuen dapat dipatuhi

5. Pelan bagi kes salah laku yang serius Murid yang berkenaan dihantar terus untuk berjumpa dengan guru besar

Oleh itu, satu pelan disiplin asertif yang boleh diaplikasikan oleh guru untuk mengubah tingkahlaku Tim adalah adalah seperti dalam jadual dibawah.

Pelan Pengurusan Bilik Darjah Tahun 6

Peraturan Bilik Darjah

 Dilarang bercakap apabila guru sedang bercakap, apabila murid-murid lain sedang memberi pandangan mereka, semasa ujian dijalankan, semasa kuiz dilaksanakan

 Jalan dengan teratur di koridor dan jangan buat bising Bawa semua bahan keperluan pembelajaran pada setiap masa seperti buku teks, alat

menulis dan semua keperluan untuk proses pengajaran dan pembelajaran Dilarang membawa sebarang makanan atau minuman masuk ke dalam bilik darjah

melainkan dengan kebenaranKonsekuen Melanggar Peraturan Bilik Darjah

Kali pertama : Diberi amaran

Page 24: Nota

Kali kedua : Lima minit di Sudut Senyap dan menulis Jurnal Tingkahlaku

Kali ketiga : Sepuluh minit di Sudut Senyap dan menulis Jurnal Tingkahlaku

Kali keempat : Lima belas minit di Sudut Senyap dan menulis Jurnal Tingkahlaku dan ibu bapa dihubungi

Kali kelima : Berjumpa terus dengan guru besar

Bagi kes serius : Berjumpa dengan guru besar

Pengiktirafan Positif:

Ganjaran secara peribadi Ganjaran secara kelas

Nota makluman kepada ibu bapa

Panggilan telefon kepada ibu bapa

Pas “dikecualikan daripada membuat kerja rumah”

Poin untuk menyertai lawatan sambil belajar

Poin untuk hadir jamuan makan

Berdasarkan kepada jadual diatas, guru berupaya membentuk satu pelan pelan disiplin asertif untuk digunakan dalam bilik darjah dan dapat membendung sebarang masalah di dalam kelas seperti masalah yang timbul daripada pelajar bernama Tim. Antara kelemahan dan kebaikan kepada model disiplin asertif ini ini adalah:-

Kekuatan Kelemahan

• Memanfaatkan guru khususnya guru permulaan. Sebaik sahaja pelan disiplin dibentuk dan diluluskan oleh pihak pentadbir, guru tidak perlu fikirkan bagaimana untuk menangani tingkahlaku bermasalah yang timbul kerana sudah mempunyai satu rujukan sedia ada.

• Keberkesanan satu-satu program disiplin tidak boleh dinilai dari segi kejayaan mencegah murid-murid daripada melakukan salah laku. Murid-murid perlu diajar bagaimana dan betapa penting menjadi seorang murid yang berkelakuan baik.

Merupakan tindakan ke atas tingkahlaku murid dan bukan wataknya. Apabila peraturan bilik darjah dilanggar, guru menguatkuasakan konsekuen yang setimpal tanpa sikap subjektif berhubung peribadi murid yang berkenaan

Mewujudkan persekitaran yang bersifat authoritarian di mna murd hanya akur kepada kehendak guru.Murid terpaksa memikul tanggung jawab atas sebarang salah laku yang timbul