nota

7
NOTA] Strategi, Pendekatan, Kaedah, Teknik - bhg 1 1.0 DEFINISI STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK 1.1 STRATEGI Menurut Kamus Dewan edisi ketiga (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai maklamat atau kejayaan. Strategi merupakan satu perancangan yang melibatkan satu operasi dan aktiviti pengurusan kaedah yang digunakan untuk mencapai matlamat tertentu. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, strategi merujuk kepada satu set aksi pengajaran yang bertujuan untuk mencapai objektif yang diharapkan. Strategi merujuk kepada cara-cara bagaimana guru mengendalikan sesuatu aktiviti pembelajaran dengan sistematik dan bukan dengan caracuba jaya. Strategi merupakan tindakan-tindakan spesifik yang dilakukan dengan sengaja oleh guru untuk mencapai matlamat-matlamat khusus dalam proses pembelajaran. Guru memerlukan kemahiran untuk merancang dan menguruskan kaedah dan teknik pengajaran supaya dapat disampaikan kepada murid-murid untuk memperoleh hasil pembelajaran maksimum. Aspek yang perlu diambil kira oleh guru semasa menentukan strategi pengajaran yang sesuai ialah objetif pengajaran, proses pengajaran, isi kandungan, persediaan dan kebolehan mengajar, gaya pengajaran dan persekitaran di dalam bilik darjah.

Upload: aifaomar

Post on 04-Jul-2015

876 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota

NOTA] Strategi, Pendekatan,

Kaedah, Teknik - bhg 1

1.0 DEFINISI STRATEGI, PENDEKATAN,

KAEDAH DAN TEKNIK

1.1 STRATEGI

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai

maklamat atau kejayaan. Strategi merupakan satu perancangan yang melibatkan satu operasi dan aktiviti pengurusan

kaedah yang digunakan untuk mencapai matlamat tertentu. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, strategi

merujuk kepada satu set aksi pengajaran yang bertujuan untuk mencapai objektif yang diharapkan. Strategi merujuk

kepada cara-cara bagaimana guru mengendalikan sesuatu aktiviti pembelajaran dengan sistematik dan bukan dengan

caracuba jaya. Strategi merupakan tindakan-tindakan spesifik yang dilakukan dengan sengaja oleh guru untuk

mencapai matlamat-matlamat khusus dalam proses pembelajaran.

Guru memerlukan kemahiran untuk merancang dan menguruskan kaedah dan teknik pengajaran supaya

dapat disampaikan kepada murid-murid untuk memperoleh hasil pembelajaran maksimum. Aspek yang perlu

diambil kira oleh guru semasa menentukan strategi pengajaran yang sesuai ialah objetif pengajaran, proses

pengajaran, isi kandungan, persediaan dan kebolehan mengajar, gaya pengajaran dan persekitaran di dalam bilik

darjah.

Page 2: Nota

Dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta

kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang

telah ditentukan. Dengan perkataan lain, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada teknik perancangan

kaedah serta teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan untuk tujuan mencapai objektif pelajaran dengan

berkesan.

Dalam sesuatu waktu pelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran merangkumi pertimbangan-

pertimbangan seperti penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran, pemilihan kaedah dan teknik mengajar

berdasarkan pendekatan yang ditentukan penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan

mengikut prinsip dan teori pembelajaran. Selain itu, pertimbangan-pertimbangan lain seperti pengagihan masa untuk

setiap langkah mengajar dirancang secara optimum, penggunaan bahan pelajaran mengikut keperluan untuk setiap

kaedah dan teknik mengajar dan pengurusan kelas mengikut pendekatan dan strategi yang sesuai dipilih.

Strategi pengajaran dan pembelajaran menegaskan kepandaian memilih, menyusan dan mengurus sesuatu

rancangan dengan tujuan menghasilkan pencapaian yang optimum. Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh

diperhatikan daripada beberapa contoh seperti strategi penggabungjalin kemahiran bahasa, misalnya pertuturan,

membaca dan menulis. Selain itu, strategi pengajaran dan pembelajaran juga boleh dilihat seperti strategi

penyerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran, strategi integrasi fakta-fakta dalam berbagai-

bagai mata pelajaran, strategi penggabungjalinan kaedah keseluruhan kelas dengan kaedah kumpulan dan strategi

penggabungjalinan kemahiran-kemahiran pelajaran dalam kelas bercantum.

Page 3: Nota

Ringkas kata, pemilihan strategi haruslah berdasarkan pertimbangan teori pembelajaran, pendekatan, kaedah

dan teknik mengajar. Penentuan dan pelaksanaan strategi yang sesuai akan menghasilkan pencapaian objektif yang

berkesan.

1.2 PENDEKATAN

Pendekatan merupakan satu penyusunan prosedur yang membezakan pengajaran seseorang guru dengan

seorang yang lain. Mengikut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil

bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara

mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata

lain, pendekatan kepadacara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar untuk mencapai objektifnya.

Kamarudin Husin (1998), menjelaskan pendekatan ialah satu kumpulan andaian yang saling berkaitan, yang

mencerminkan suatu pandangan atau falsafah yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran.

Pendekatan ditentukan oleh cara sesuatu kandungan mata pelajaran diolah oleh guru dan juga ditentukan oleh

kriteria sejauh mana murid-murid terlibat dalam proses pengajaran dan pembelaran. Mengikut Kamaruddin Hj.

Husin ( 2004) mengatakan pendekatan dalam suatu pengajaran dan pembelajaran adalah satu kumpulan andaian

yang saling berkait tentang sesuatu bentuk pengajaran dan pembelajaran. Setiap pendekatan mencerminkan satu

Page 4: Nota

pandangan, atau falsafah atau teori. Menurut Edward M. Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang

saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik.

Gestalt ( 2004) pula mengatakan bahawa, dalam pendekatan, kita mempelajari sesuatu perkara atau sesuatu

situasi secara keseluruhan dan kemudiannya mempelajari elemen-elemen perincian situasi itu. Jika kita menerima

sebagai satu teori pembelajaran, maka kita boleh dijadikan sebagai satu pendekatan dan pengajaran.

1.2.1 PENDEKATAN DEDUKTIF

Menurut Kamarudin Hj. Husin(2002 ; 178), pendekatan deduktif bermula daripada sesuatu atau beberapa

rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus.

Rumus, prinsip atau hukum yang telah dipelajari daripada kaedah deduktif boleh digunakan untuk mendapatkan

rumus-rumus, prinsip-prinsip, teorem-teorem atau hukum-hukum yang baru.

Dalam pengajaran deduktif, guru akan mengajar sesuatu konsep (sebagai contoh:konsep hujan ) terlebih

dahulu sebelum meminta murid-murid untuk mengemukakan contoh-contoh. Dalam pendekatan deduktif ini, guru

akan menjelaskan bagaimana proses hujan itu berlaku terlebih dahulu dan guru akan meminta murid menyenaraikan

unsur-unsur yang terlibat dalam proses hujan tersebut. Guru dan murid akan bersoal jawab tentang konsep hujan

yang dibincangkan dan disusuli dengan aktiviti pengukuhan murid-murid menjawab soalan latihan daripada buku

teks dan memberikan contoh-contoh sendiri mengenai konsep hujan. Pendekatan deduktif ini berasaskan kepada

kenyataan bahawa setiap orang murid adalah berbeza daripada segi intelek, minat, kecekapan, dan daya cipta.

Page 5: Nota

1.2.2 PENDEKATAN INDUKTIF

Dalam pendekatan induktif, guru akan memulakan pengajaran dengan memberikan contoh-contoh yang

khusus berdasarkan satu prinsip yang sama. Guru perlu mengenal pasti maklamat pengajaran dan pembelajaran dan

menyediakan contoh-contoh yang berkaitan dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam langkah

seterusnya, guru perlu memberi contoh-contoh tambahan supaya murid memahami dan melihat persamaan daripada

contoh-contoh tersebut. Daripada contoh-contoh tadi, murid akan membuat satu kesimpulan serta membuat

generalisasi mengenai konsep yang diajar oleh guru. Guru akan membuat penyoalan serta membimbing murid dalam

mengukuhkan kesimpulan konsep. Murid dibimbing melalui aktiviti penyoalan oleh guru supaya mereka dapat

membuat kesimpulan yang tepat.

Dalam pendekatan ini, guru perlu menyediakan alat bantu mengajar yang bersesuaian. Dalam model

induktif, guru perlu merancang aktiviti, membuat perlaksanaan dan penilaian sendiri. Mengikut laman

webhttp//www.potralpendidikan.com (1998), pendekatan induktif dapat dirumuskan sebagai satu pendekatan di

mana guru memberikan contoh-contoh khusus dan murid-murid memerhati, mentafsir dan mengkaji serta

generalisasi. Pendekatan ini sesuai untuk pelbagai mata pelajaran seperti Bahasa, Sains dan Matematik

1.2.3 PENDEKATAN ELEKTIF

Menurut laman web http//www.potralpendidikan.com, elektif berasal daripada istilah bahasa Inggeris

“elective” bermakna pemilihan. Ia merupakan gabungan pendekatan induktif dan deduktif dan digunakan sebagai

Page 6: Nota

strategi untuk mengajar rumus, prinsip, hukum, konsep dan teorem. Pendekatan ini juga sesuai digunakan sebagai

strategi pengajaran dalam aktiviti kumpulan (aktiviti pengayaan dan pemulihan). Guru boleh menggunakan

pendekatan ini dalam strategi berpusatkan bahan (sebagai aktiviti pengayaan).

Dalam pendekatan ini terdapat beberapa ciri-ciri iaitu pendekatan ini sesuai untuk murid pelbagai kecerdasan

dan kebolehan. Ciri yang kedua ialah murid-murid dilibatkan secara aktif dalam pembelajaran sama ada dalam tugas

mengasas rumusan atau memberikan contoh. Dalam pendekatan ini, guru memberi input terlebih dahulu kerana ini

akan memudahkan murid-murid untuk memberi contoh dan membuat rumusan. Guru akan menggunakan kreativiti

sendiri dan tidak terikat kepada mana-mana pendekatan (induktif/deduktif) yang khusus. Dalam pengajaran dan

pembelajaran, guru akan mengajar mengikut kemampuan dan kebolehan murid. Kebiasaannya, pendekatan ini

banyak digunakan dalam pengajaran sains dan matematik.

1.2.4 PENDEKATAN KOMUNIKATIF

Bahagian Pendidikan Guru (2004) menunjukkan pendekatan ini mengutamakan kecekapan berkomunikasi.

Pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa yakni penguasaan sistem tatabahasa serta kecekapan

berkomunikasi. Kecekapan yang pertama membolehkan seorang murid menguasai struktur bahasa yang tepat bagi

menyampaikan mesej kepada khayalaknya. Kecekapan yang kedua membolehkan murid tersebut menggunakan

bahasa yang sesuai dengan khalayak yang dihadapinya.

Page 7: Nota

Pengajaran ini dimulakan dengan latihan menggunakan struktur bahasa yang tepat dan sesuai dengan sesuatu

aktiviti komunikasi yang dipilih oleh guru. Ragbir Kaur (1998) mengatakan bahawa pendekatan induktif dan

deduktif digunakan dalam latihan ini dan murid-murid akan melibatkan diri dalam aktiviti berkomunikasi atau

berinteraksi bagi membolehkan mereka menggunakan struktur ayat yang dilatih. Pedekatan pengajaran ini lebih

bepusatkan murid.