nota upsr (bab 1)

3
Interaksi antara benda hidup Haiwan yang hidup secara berkumpulan dan Haiwan yang hidup sendirian 1. Habitat ialah tempat dimana haiwan itu tinggal. 2. Haiwan yang tinggal bersama didalam satu habitat ialah satu kumpulan haiwan manakala haiwan yang hidup tanpa kumpulan di panggil haiwan hidup sendirian. Haiwan hidup secara berkumpulan. 1. Banyak haiwan yang hidup secara berkumpulan Contoh :- Singa, Serigala, rusa, seladang, gajah, semut, lebah, dubuk 2. Haiwan ini hidup dalam kumpulan yang kecil dari beberapa ekor, hinggalah beribu ribu ekor didalam datu kumpulan. Kumpulan kecil :- Singa, Babun Kumpulan besar :- Koloni Semut, Lebah 3. Haiwan yang hidup dalam kumpulan mempunyai pelbagai kelebihan, antaranya mereka boleh bekerjasama untuk mendapatkan makanan, melindungi antara satu sama lain, membina tempat perlindungan. Contoh :- Sekumpulan Serigala bekerjasama dalam satu kumpulan untuk memburu haiwan lain. Haiwan yang hidup sendirian 1. Haiwan yang hidup sendirian melakukan semua aktiviti secara bersendirian tanpa bantuan haiwan lain yang sama spesis. Contoh :- Harimau kumbang memburu secara bersendirian untuk mengelakkan perkongsian makanan. 2. Haiwan yang hidup secara bersendirian ini sentiasa bersendiri tanpa bantuan kecuali semasa mengawan. 3. Haiwan ini hidup bersendirian adalah untuk mengelakkan persaingan bagi mendapatkan makanan dan kawasan. 4. Haiwan yang hidup bersendirian ini biasa menanda kawasan tempat tinggal mereka untuk menghalang haiwan lain dari menceroboh. Ini adalah untuk mengelakkan dari persaingan mendapatkan makanan. 5.Jika terdapat makanan yang banyak dan mencukupi, haiwan tersebut hanya perlu menjaga kawasan yg kecil sahaja. Jika kekurangan sumber makanan, ini akan memaksa haiwan tersebut mendapatkan kawasan yang

Upload: shaifull-niell

Post on 28-Jul-2015

103 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota upsr (bab 1)

Interaksi antara benda hidup

Haiwan yang hidup secara berkumpulan dan Haiwan yang hidup sendirian

1. Habitat ialah tempat dimana haiwan itu tinggal.2. Haiwan yang tinggal bersama didalam satu habitat ialah satu kumpulan haiwan manakala haiwan yang hidup tanpa kumpulan di panggil haiwan hidup sendirian.

Haiwan hidup secara berkumpulan.

1. Banyak haiwan yang hidup secara berkumpulanContoh :- Singa, Serigala, rusa, seladang, gajah, semut, lebah, dubuk

2. Haiwan ini hidup dalam kumpulan yang kecil dari beberapa ekor, hinggalah beribu ribu ekor didalam datu kumpulan.

Kumpulan kecil :- Singa, BabunKumpulan besar :- Koloni Semut, Lebah

3. Haiwan yang hidup dalam kumpulan mempunyai pelbagai kelebihan, antaranya mereka boleh bekerjasama untuk mendapatkan makanan, melindungi antara satu sama lain, membina tempat perlindungan.

Contoh :- Sekumpulan Serigala bekerjasama dalam satu kumpulan untuk memburu haiwan lain.

Haiwan yang hidup sendirian

1. Haiwan yang hidup sendirian melakukan semua aktiviti secara bersendirian tanpa bantuan haiwan lain yang sama spesis.

Contoh :- Harimau kumbang memburu secara bersendirian untuk mengelakkan perkongsian makanan.2. Haiwan yang hidup secara bersendirian ini sentiasa bersendiri tanpa bantuan kecuali semasa mengawan.3. Haiwan ini hidup bersendirian adalah untuk mengelakkan persaingan bagi mendapatkan makanan dan kawasan.4. Haiwan yang hidup bersendirian ini biasa menanda kawasan tempat tinggal mereka untuk menghalang haiwan lain dari menceroboh. Ini adalah untuk mengelakkan dari persaingan mendapatkan makanan.5.Jika terdapat makanan yang banyak dan mencukupi, haiwan tersebut hanya perlu menjaga kawasan yg kecil sahaja. Jika kekurangan sumber makanan, ini akan memaksa haiwan tersebut mendapatkan kawasan yang lebih besar bagi memperoleh sumber makanan.

Contoh haiwan hidup sendirian :-Beruang, Harimau, Helang, Panda, Ular sawa, Labah-labah, Tapir,

Tenggiling

Page 2: Nota upsr (bab 1)

Interaksi Antara Benda Hidup

Objektif Pembelajaran1.1 Memahami sesetengah haiwan hidup secara berkumpulan dan sesetengah yang lain hidup menyendiri.

NOTA

1.    Persaingan antara hidup berlaku hasil daripada interaksi antara hidupan.

2.    Terdapat dua jenis persaingan dalam interaksi antara hidupan ini.

    Persaingan tersebut wujud di antara spesies yang sama atau di antara spesies yang berlainan.

    Persaingan wujud apabila hidupan bersaing untuk mendapatkan sumber yang sama dan terhad.

    Haiwan bersaing untuk mendapatkan makanan,minuman,tempat tingal dan pasangan.

    Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan air,nutrien.cahaya matahari dan ruang hidup.

6.    Antara faktor-faktor yang boleh mengurangkan       persaingan ialah

i.   perpindahan keluar (emigrasi).ii.  pertambahan dalam kadar kematian.iii. pertambahan dalam sumber makanan.iv. pengurangan dalam kadar kelahiran.

PERSAINGAN UNTUK PASANGAN 

1. Persaingan ini berlaku pada musim mengawan dimana haiwan jantan dewasa akan bersaing bagi mendapatkan haiwan betina sebagai pasangan. 

2. Persaingan untuk mendapatkan pasangan ini berlaku antara haiwan – haiwan daripada spesis yang sama.

3. Haiwan perlu mencari pasangan untuk memastikan kemandirian spesisnya.

Page 3: Nota upsr (bab 1)

4. Kesimpulannya haiwan yang memenangi persaingan itu akan mendapat pasangan dan haiwan yang kalah perlu mencari pasangan yang lain.