nota bab 7_pelaburan

31
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN Bab 7 1

Upload: nas-adillah

Post on 10-Aug-2015

157 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

PELABURAN

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Bab 7_pelaburan

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

Bab 7

1

Page 2: Nota Bab 7_pelaburan

7.1 PELABURAN

2

PELABURAN

PENDAPATAN SEMASA KEUNTUNGAN MODAL

PELABUR SPEKULATOR

bertujuan sebagai

dilakukan oleh

7.1 (a) MAKSUD PELABURAN

Perbelanjaan yang dibuat pada masa sekarang untuk mendapatkan

keuntungan atau pulangan pada masa hadapan.

Ianya juga didefinisikan sebagai penangguhan penggunaan wang pada

masa sekarang untuk mendapatkan pulangan pada masa hadapan.

Perbelanjaan yang dimaksudkan adalah melibatkan pembelian aset seperti bon

kerajaan, syer, debentur, harta tanah dan komoditi.

Tujuan pelaburan ialah untuk:

Dapatkan pendapatan semasa dan pendapatan tetap

Tambahkan nilai pelaburan atau keuntungan modal

Page 3: Nota Bab 7_pelaburan

Pelaburan dapat dibuat samada oleh individu ataupun institusi swasta dan kerajaan.

Sebagai contohnya, syarikat unit amanah seperti Perbadanan Nasional Berhad (PNB),

Syarikat Insurans dan institusi kewangan.

Pelaburan biasanya dilakukan mungkin jenis jangka pendek atau jangka panjang.

Kedua-dua jenis pelaburan samada jenis jangka panjang atau jangka pendek mempunyai

risiko-risiko tertentu.

Risiko tersebut berbeza-beza mengikut jenis pelaburannya.

Pelaburan dalam bentuk simpanan tetap di bank, bon kerajaan dan debentur (bon swasta)

mempunyai risiko rendah.

Pelaburan dalam bentuk saham, komoditi, harta tanah dan pertukaran wang asing mempunyai

risiko yang tinggi.

Kebiasaannya, lebih tinggi risiko sesuatu pelaburan itu, lebih tinggilah pulangan yang

akan diperoleh dan begitulah sebaliknya.

3

Page 4: Nota Bab 7_pelaburan

7.1 (b) PELABUR & SPEKULATOR

1. Penulis Benjamin Graham dan David Dodd dalam buku mereka yang bertajuk “ Security Analysis”, mendefinisikan pelaburan sebagai suatu operasi pelaburan yang berdasarkan analisis yang mendalam untuk menjamin keselamatan pelaburan pokok serta membawa pulangan yang munasabah.

2. Segala bentuk pelaburan yang tidak memenuhi kriteria tersebut adalah berunsur spekulasi.

3. Kita dapat simpulkan bahawa pelaburan adalah suatu kegiatan mencari keuntungan berdasarkan suatu tindakan rasional dengan mengambil kira risiko yang munasabah.

4. Pelabur merupakan individu atau orang persendirian yang melaburkan wang mereka sendiri.

5. Sebelum pelaburan dijalankan, analisis akan dilakukan atas pelaburan bagi menjamin pulangan yang menguntungkan.

6. Tindakan tersebut bukan sahaja dapat menjamin keselamatan pelaburan pokok, tetapi juga pada masa yang samadapat memberi pulangan yang munasabah pada jangka masa yang panjang.

7. Spekulasi pula mementingkan keuntungan serta-merta ataupun dalam jangka masa yang pendek dengan mengambil risiko yang tidak munasabah. Ia lebih bersifat perjudian.

8. Justeru, seorang pelabur walaupun kemungkinan tidak mendapat pulangan yang diharapkan, namun ia tidak akan kehilangan pelaburan pokoknya. Sebaliknya, seorang spekulator kemungkinan besar akan kerugian pokok pelaburannya.

9. Tujuan spekulator adalah untuk mendapat keuntungan serta-merta dengan membeli syer pada

harga rendah dan menjualnya apabila harga melonjak naik.

10.Spekulator tidak mementingkan kemampuan syarikat untuk membayar dividen pada jangka waktu

panjang. Spekulator kemungkinan besar akan kerugian pokok pelaburannya jika dia terpaksa

menjual syer yang dipegang pada harga yang jauh lebih rendah daripada harga belian.

4

Page 5: Nota Bab 7_pelaburan

11. Spekulator terdiri daripada:

a. Penelah naik (bull)

b. Penelah turun (bear)

c. Stag

5

Penelah naik (bull)

Spekulator yang membeli syer secara besar-besaran dengan harapan harga syer akan

naik, dan dapat menjualnya segera agar mendapat keuntungan.

Penelah turun (bear)

Spekulator akan menjual syer secara besar-besaran dengan harapan harga syer akan turun. Apabila harga turun spekulator membeli semula syer tersebut.

Stag

Spekulator yang memberikan tumpuan untuk membeli syer baru daripada syarikat berhad. Apabila syer naik spekulator akan menjual untuk mendapat keuntungan.

Page 6: Nota Bab 7_pelaburan

PERBEZAAN ANTARA PELABUR & SPEKULATOR

PELABUR SPEKULATOR

1. Membeli syer untuk mendapatkan dividen

serta bonus. Bonus ialah syer percuma yang

diberi oleh syarikat kepada pemegang syer

yang sedia ada. Ia meningkatkan pelaburan

asal.

1. Membeli syer untuk mencari untung daripada

perbezaan harga belian dan jualan.

2. Syer dibeli untuk disimpan dalam masa jangka

panjang. Hal ini bertujuan untuk mendapat

peningkatan dalam nilai pelaburan apabila

syarikat berkembang maju.

2. Syer dibeli dan dijual dalam jangka masa yang

singkat dengan harapan harga syer meningkat

atau menurun dengan cepat agar dapat

memperoleh keuntungan dengan serta merta.

3. Membeli syer berdasarkan prestasi syarikat.

Syer yang dibeli terdiri daripada syer syarikat

yang kukuh dari segi kewangan dan

pengurusan (blue chips) dan mempunyai

potensi untuk membayar dividen pada masa-

masa akan datang.

3. Membeli syer mengikut prestasi syer semasa

dalam pasaran saham. Syer dibeli

berdasarkan khabar angin serta berita yang

disiarkan oleh syarikat tentang rancangan

syarikat semata-mata, contohnya mengambil

alih syarikat lain, mendapat kontrak untuk

sesuatu projek dan sebagainya.

4. Pembelian syer oleh pelabur akan

mengukuhkan harga di pasaran dan akan

meyakinkan para pelabur luar tentang keadaan

ekonomi tempatan.

4. Pembelian dan penjualan syer oleh spekulator

akan menjadikan pasaran cergas tetapi akan

menyebabkan keadaan kurang stabil dalam

pasaran dan seterusnya tidak akan mendapat

keyakinan para pelabur luar tentang keadaan

ekonomi Negara.

7.2 Jenis Pelaburan

6

Page 7: Nota Bab 7_pelaburan

7.2 (a) AKAUN SIMPANAN & AKAUN PELABURAN

1. Akaun Simpanan Tetap bermaksud satu akaun yang membolehkan seorang pelabur

menyimpan wang dalam jumlah yang besar bagi satu tempoh tertentu,

contohnya : sebulan, 3 bulan, 4 bulan, 9 bulan dan 12 bulan.

2. Faedah dalam simpanan tetap biasanya lebih tinggi daripada simpanan biasa kerana wang

tersebut tidak boleh dikeluarkan sehingga tarikh matang. Jika dikeluarkan faedah yang dibayar

akan dikurangkan.

3. Pelabur yang menyimpan di akaun simpan tetap akan di berikan sijil simpanan. Apabila simpanan

sudah matang pelabur hanya perlu membawa sijil simpanan untuk mengeluarkan simpanan

bersama faedahnya sekali.

4. Simpanan di akaun ini mempunyai risiko yang rendah. Oleh itu, faedah yang diterimanya rendah

berbanding dengan pelaburan di sektor lain.

5. Di Bank Islam Malaysia Berhad, pelaburan dalam akaun simpanan tetap berkonsepkan

Mudharabah (perkongsian). Kadar keuntungan tidak ditentukan sebaliknya apabila telah diketahui

keuntungan barulah kadar keuntungan dinyatakan.

KELEBIHAN SIMPANAN TETAP KEKURANGAN SIMPANAN TETAP

7

Page 8: Nota Bab 7_pelaburan

i. Pelaburan adalah lebih selamat kerana

bank perdagangan berada di bawah

kawalan Bank Negara Malaysia, maka

secara tidak langsung wang simpanan

terjamin.

i. Pelabur tidak menikmati keuntungan

modal kerana pada akhir tempoh pelaburan,

pelabur akan dibayar balikjumlah yang

dilaburkan sahaja.

ii. Selain itu, pelabur akan dapat menikmati

pulangan yang tetap, iaitu faedah yang

dibayar setiap kali simpanan memcapai

tempoh matang.

ii. Pulangan adalah rendah berbanding

dengan pelabur dalam bidang-bidang lain

seperti saham dan hartanah

7.2 (b) HARTANAH

1. Pelaburan dalam hartanah melibatkan pembelian harta-harta seperti tanah, rumah kediaman,

rumah kedai dan sebagainya.

2. Pelabur menerima pulangan dalam bentuk yang berikut :

i. Keuntungan Modal: Hasil kenaikan nilai harta di masa hadapan/ dalam jangka panjang.

Contohnya : rumah berharga RM 50 000 pada tahun 1990 mungkin meningkat nilai menjadi RM

95 000 pada tahun 2005. Perbezaan harga sebanyak RM45 000 (RM95 000 – RM50 000)

adalah keuntungan modal

ii. Pulangan Semasa: biasanya dalam bentuk sewa bulanan/ tahunan. Contohnya: rumah kedai

disewakan untu RM 1500 sebulan. Ini adalan pendapatan semasa

3. Contoh Pulangan daripada Pelaburan Dalam Hartanah

8

Encik Ali membeli sebuah rumah pada harga RM100 00 pada tahun 1996. Rumah itu disewa dengan sewa bulanan RM500 selama sepuluh tahun dan kemudian menjualnya dengan harga RM150 000 pada 2006

Page 9: Nota Bab 7_pelaburan

Pendapatan/pulangan semasa untuk tempoh 10 tahun :

RM500 x 12 bulan x 10 tahun = RM60 000

Keuntungan Modal :

RM150 000 – RM100 000 = RM 50 ooo

Jumlah Pendapatan/ pulangan:

Pendapatan Semasa + Pendapatan Modal

RM60 000 + RM50 000 = RM 110 000

KELEBIHAN PELABURAN DALAM

HARTANAH

KEKURANGAN PELABURAN DALAM

HARTANAH

Nilai harta tanah biasanya akan meningkat

di masa hadapan dan ini akan membawa

pulangan yang tinggi dalam keuntungan

modal.

Kurang cair karana harta tanah tidak dapat

ditukar kepada wang tunai dengan serta

merta.

7.2 (c) SAHAM

1. Saham di dikeluarkan oleh syarikat berhad.

2. Seorang pelabur boleh melabur dalam 2 jenis saham iaitu:

i. Saham disenaraikan : boleh diurusniaga dalam pasaran saham. Saham ini boleh dijual beli

oleh sesiapa sahaja.

9

Page 10: Nota Bab 7_pelaburan

ii. Saham tidak disenaraikan : tidak boleh diurusniaga dalam pasaran saham. Saham ini hanya

boleh dijual oleh syarikat kepada ahli keluarga dan kenalan sahaja.

3. Pelabur boleh membeli saham yang disenaraikan melalui briker dan remiser di Bursa Saham

Malaysia. Saham yang tidak disenaraikan boleh dibeli daripada penjual secara langsung.

4. Pemegang saham dibayar dividen. Dividen yang dibayar sebelum untung sebenar syarikat dikenali

sebagai dividem interim dan dividen dibayar selepas keuntungan sebenar diketahui dikenali

sebagai dividen akhir.

5. Ahli – ahli pasaran saham:

BROKER REMISER

Broker adalah ahli bursa saham Remise adalah agen kepada broker dan

bukan ahli bursa saham.

Broker membeli dan menjual syer bagi

pihak orang ramai dan pelabur intitusi

Bertindak sebagai agen yang menerima

pesanan belian dan jualan syer terus

kepada pelanggan terutamanya pelabur

individu.

Kontrak belian dan jualan syer

dikuatkuasakan atas namanya

Kontrak belian dan jualan syer tidak

boleh dibuat atas namanya tetapi atas

nama broker.

Mengenakan komisen ke atas

pelanggan sebanyak 1% atas nilai syer

yang dijual dan dibeli

Mendat bayaran komisen 3/8 daripada

15 komisen yang dikenakan oleh broker

atas nilai syer

6. Perbezaan antara saham dan syer:

SAHAM SYER

Saham mesti dibayar penuh Syer tidak semestinya dibayar penuh

Saham ialah satu blok modal, iaitu satu

gabungan syer-syer terbayar penuh dan

boleh dibahagikan kepada sebarang

Syer terdiri daripada unit-unit,

diambilkira mengikut unit dan tidak

boleh dibahagikan kepada pecahan 10

Page 11: Nota Bab 7_pelaburan

pecahan nilai wang. Contohnya : saham

boleh dibahagikan kepada RM 505.5

unit. Contohnya : syer tidak boleh

dipecahkan kepada 200.5 syer

Saham boleh diniagakan atau dipindah

milik di dalam sebarang pecahan

Syer tidak boleh diniagakan atau

dipindah milik di dalam pecahan unit

seperti setengah unit Syer

Saham tidak perlu mempunyai nombor

berasingan

Tiap-tiap syer dibezakan dengan

nombor yang berlainan

7. Terdapat beberapa jenis saham iaitu :

8. Perbezaan diantara saham biasa dengan saham keutamaan:

SAHAM BIASA SAHAM KEUTAMAAN

Kadar dividen sentiasa berubah mengikut

keuntungan syarikat.

Kadar dividen ditentukan oleh sysrikat pada

setiap tahun.

Pemegang syer menerima dividen setelah

pemegang syer keutamaan menerima

dividen mereka

Pemegang syer dibayar dividen terlebih

dahulu sebelum pemegang syer biasa

Pelabur berhak mengundi untuk memilih Pelabur tidak berhak mengundi.

11

Page 12: Nota Bab 7_pelaburan

Lembaga Pengarah di dalam mesyuarat

agung tahunan.

Pihak terakhir yang berhak menuntut balik

modal jika syarikat dibubarkan.

Diberi keutamaan menuntut balik modal jika

syarikat dibubarkan.

9. Saham atau syer keutamaan terbahagi kepada empat jenis iaitu :

i. Kumulatif : Syer dibayar dividen semasa dan tunggakan dividen bagi

tahun kewangan lepas.

ii. Penyertaan: Syer yang dibayar pada kadar dividen tetap dan dividen tambahan

selepas pembayaran dividen kepada pemegang syer biasa.

iii. Boleh tebus: Syer yang boleh dibeli semula oleh syarikat pada jumlah harga

tertentu selepas suatu tempoh masa.

iv. Boleh tukar: Syer yang boleh ditukarkan kepada syer biasa. Pemegang syer

akan menikmati faedah pemegang syer biasa

v. Pulangan atas saham : seorang pengegang saham boleh menerima pulangan

dalam bentuk dividen, syer bonus dan terbitan hak. Syer bonus merupakan

syer tambahan yang diberikan oleh syarikat secara percuma kepada pemegang

saham manakala Terbitan hak merupakan cara di man pemegang-pemegang

syer dibenarkan membeli syer tambahan syarikat pada harga istimewa.

10.

Pulangan atas Saham

i. Seseorang pemegang saham boleh menerima pulangan dalam bentuk dividen

ii. Dividen merupakan keuntungan syarikat yang dibahagikan kepada pemegang-

pemegang saham.

iii. Pemegang sham juga menerima ganjaran lain seperti syer bonus dan terbitan

hak.

12

Faedah membeli saham

1. Pulangan atas saham

2. Mempunyai hak tertentu

3. Mempunyai kecairan

4. Berpeluang untuk memceburi bidang perniagaan

Page 13: Nota Bab 7_pelaburan

iv. Nilai syer boleh meningkat sekiranya syarikat berkembang maju dan

menunjukkan prestasi serta prospek keuntungan yang baik

v. Peningkatan nilai syer boleh memberikan keuntungan modal kepada

pemegang saham sekiranya ia bercadang menjual saham kelak,

vi. Contoh : En. Ali membeli syer syarikat BERNAS Berhad pada harga RM1.00.

Apabila syer syarikat BERNAS naik kepada RM 2.00. En. Ali akan mendapat

keuntungan sebanyak RM 1.00

Mempunyai hak tertentu

i. Pemegang saham dibenarkan mengundi dalam mesyuarat agung tahunan

untuk memilih ahli Lembaga Pengarah.

ii. Seseorang pemegang saham juga berpeluang dipilih menjadi ahli Lembaga

Pengarah jika mendapat keyakinan daripada ahli tertentu.

Kecairan

i. Pemegang saham boleh menukar syernya kepada wang tunai pada bila-bila

masa.Pemegang saham juga boleh menjual syernya kepada sesiapa sahaja

dipasaran saham.Pelabuaran dalam bidang saham bersifat cair.

Berpeluang untuk memceburkan diri dalam bidang perniagaan

i. Seseorang pemegang saham adalah pemiliknya syarikat walaupun tidak

menguruskanya.

ii. Pemegang saham berhak menerima sebahagian daripada keuntungan

syarikat dalam bentuk dividen.

iii. Oleh itu, seseorang yang tidak berpengetahuan ataupun kekurangan modal

masih berpeluang untuk memceburkan diri dalam bidang perniagaan secara

tidak langsung dengan memiliki saham syarikat.

13

Page 14: Nota Bab 7_pelaburan

Membolehkan syer dan sekuriti dipindah milik dengan mudah

Penjual dan pembeli dapat bertemu untuk melakukan urus niaga jual beli

saham.

Membolehkan syer ditukar kepada tunai

Pemegang syer boleh menukar syer kepada wang tunai pada bila-bila masa.

Memastikan keseragaman harga syer

Harga yang adil dapat dicapai bagi kedua-dua pembeli dan penjual dipasaran.

Harga yang seragam dan realistik adalah hasil persaingan yang sihat di

kalangan pembeli dan penjual di pasaran.Hal ini disebut kuasa pasaran.

Menyebarkan maklumat

Pasaran saham memainkan peranan yang penting untuk menyebarkan

maklumat yang terkini kepada para pelabur dan bakal pelabur.

Maklumat-maklumat itu disebarkan melalui media massa dan juga terbitan

khas, majalah ‘Investors Digest’.

14

Membantu mengumpul modal

Membantu mengumpul modal

Melindungi kepentingan para pelabur

Melindungi kepentingan para pelabur

Menyebarkan maklumatMenyebarkan maklumat

Memastikan Keseragaman harga

syer

Memastikan Keseragaman harga

syer

Membolehkan syer ditukar kepada tunai

Membolehkan syer ditukar kepada tunai

Membolehkan syer & sekuriti dipindahkan

dengan mudah

Membolehkan syer & sekuriti dipindahkan

dengan mudah

PERANAN SAHAMPERANAN SAHAM

Page 15: Nota Bab 7_pelaburan

Maklumat-maklumat ini membolehkan para pelabur melabur secara bijak dan

mendapat pulangan yang baik.

Melindungan kepentingan para pelabur

Pasaran saham melindungi kepentingan pelabur melalui cara-

cara berikut:

i. Membenarkan hanya syer-syer syarikat yang berprestasi baik sahaja

disenaraikan dan diurusniaga.

ii. Mengawal tindak tanduk broker untuk mengelakkan penyelewengan

yang boleh merugikan pelabur.

iii. Mengelakkan spekulasi yang keterlaluan.

iv. Mengadakan dan menguatkuaskan undang-undang untuk mencegah

kegiatan manipulasi dan penipuan oleh pihak yang terlibat.

Membantu pengumpulan modal

Syarikat- syarikat awam berhad dapat mengumpul modal dengan mudah

untuk meningkatkan aktiviti perniagaan. Hal ini demikian kerana syer-syer

syarikat yang berprestasi tinggi dapat disenaraikan di pasaran saham dan

dijual beli dgn mudah.

KEPENTINGAN PASARAN SAHAM/ BURSA SAHAM

PELABUR SYARIKAT AWAM

BERHAD

NEGARA

Membolehkan para pelabur

melabur dalam sysrikat

yang kukuh dan

menguntungkan kerana

hanya syer-syer syarikat

sedemikian sahaja boleh

Memudahkan syarikat

awam berhad

mengumpulkan modal

tambahan untuk

mengembangkan operasi

syarikat.

Pasaran saham

membantu kerajaan

memajukan pasaran

modal melalui pasaran

modal, modal daripada

pembiaya (pelabur)

15

Page 16: Nota Bab 7_pelaburan

disenaraikan dalam bursa

saham.

Pelabur diberi

perlindungan daripada

sebarang penipuan yang

mungkin dilakukan oleh

broker dengan cara

pembayaran ganti rugi

daripada ‘Tabung jaminan

Setia’ yang mana dananya

dicarumkan oleh para

broker itu sendiri.

Pasaran saham

memberikan sifat kecairan

kepada syer. Para pelabur

dapat menukar syer

kepada wang tunai dengan

mudah.

Status syarikat adalah

lebih tinggi kerana hanya

syer syarikat yang maju

dan kukuh sahaja boleh

disenaraikan di dalam

pasaran saham.

Kenaikan dan penurunan

harga syer yang

didagangkan dipasaran

saham sedikit sebanyak

bertindak sebagai pertunjuk

kepada syarikat awam

berhad tentang pandangan

orang ramai terhadap

prestasi syarikat masing-

masing..

kepada peminjam

(syarikat berhad) dapat

disalurkan dengan mudah

dan secara berterusan.

Pasaran saham

bertindak sebagai

petunjuk kepada

pertumbuhan dan

kemantapan ekonomi

negara. Pasaran saham

yang berkembang maju

meningkatkan imej

negara di dunia. Hal ini

secara tidak langsung

dapat menarik pelabur

melabur di dalam negara

dalam pelbagai sektor

ekonomi seperti

pengeluaran, pembinaan,

perdagangan dan

sebagainya.

Memberi hasil kepada

kerajaan dalam bentuk

duti setem daripada

aktiviti jual beli saham,

cukai korporat terhadap

keuntungan firma saham

dan individu yang terlibat

contohnya remiser.

Pasaran saham

membantu kerajaan

meningkatkan peluang

pekerjaab kepada rakyat.

Contohnya: kewujudan

16

Page 17: Nota Bab 7_pelaburan

firma broker hasil

perkembangan pasaran

saham dapat

meningkatkan peluang

pekerjaan kepada orang

ramai.

Keadaan ekonomi Negara.

- Jika ekonomi kukuh, pelaburan meningkat, maka harga Saham naik dan sebaliknya.

Keadaan Politik.

- Jika politik stabil, pelaburan meningkat, harga saham naik dan sebaliknya.

.Aktiviti Spekulasi.

-Spekulator yang membeli dan menjual syer akan Mempengaruhi turun naik harga syer.

Kualiti Pengurusan dan Prospek Syarikat.

- Syarikat yang mempunyai pengurusan yang cekap menyebabkan harga saham naik dan

sebaliknya.

17

Kadar faedah cukai &

Kewangan Kerajaan

Pulangan atas pelaburan

dalam bidang lain

Faktor

Politik

Pengurusan Syarikat

Prospek Syarikat

Aktiviti Spekulasi

Prospek ekonomi

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HARGA SAHAM

Page 18: Nota Bab 7_pelaburan

Dasar kewangan dan kadar faedah yang dilaksanakan oleh BNM.

- Jika kerajaan menggalakkan penawaran wang dipasaran, maka BNM akan mengurangkan

kadar faedah pinjaman.

- Ini mengggalakkan orang ramai meminjam untuk membuat pelaburan. Maka harga saham

meningkat dan sebaliknya.

11. CARA MEMBELI SAHAM/ SYER

pelabur / pembeli menghubungi broker

arahan untuk membeli syer yang diingini

broker mencari penjual di BSKL

menandatangi kontrak belian

pelabur membayar harga dan belanja lain selepas menerima nota debit

proses pindah milik dikendalikan

pendaftaran untuk sijil syer yang baru atas nama pelabur / pembeli

12. CARA MENJUAL SAHAM/ SYER

penjual menghubungi broker

arahan untuk menjual syer pada tingkat harga tertentu

broker mencari pembeli di BSKL

menandatangi kontrak jualan dan boring pindah milik

menyerahkan sijil syer

mendapatkan bayaran atas jualan syer tersebut

13. Contoh pengiraan Dividend dan bonus atas syer biasa

Pada tahun 2006, En. Ram mempunyai 2000 unit syer Syarikat Intact Berhad yang bernilai tara

RM1 seunit. Pada tahun itu juga, syarikat tersebut telah mengistiharkan dividen sebanyak 15%

disamping bonus pada kadar 1.2. saham diurusniagakan di bursa saham pada harga RM2.55

seunit.

Hitungkan:

a) Jumlah dividen yang diterima oleh en. Ram pada tahun 2006

b) Jumlah unit syer bonus yang akan diterima olen En. Ram pada tahun 2006.

Cara pengiraan:

a) Jumlah Dividen

18

Page 19: Nota Bab 7_pelaburan

Jumlah dividen = % kadardividen x unit syer x nilai tara seunit

15/100 x RM1 seunit

=RM 300

b) Jumlah unit syer bonus

Bonus 1:2 bermakna untuk setiap 2 unit syer biasa yang dipegang oleh En. Ram akan

menerima satu unit syer biasa secara percuma. Maka, En Ram akan menerima 1000

unit syer tambahan secara percuma.

14. Contoh Pengiraan Pulangan Daripada Bidang Pelaburan.

Kes Puan Salmi memiliki 5000 8% syer keutamaan bernilai RM 2.00 seunit. 5000 syer biasa bernilai

RM 1.00, dan RM 3000 debentur pada kada r faedah 6% dalam Syarikat ABC Bhd. Bagi tahun berakhir 31

Disember, 2003, syarikat itu telah mengistiharkan pembayaran dividen12 % terhadap syer biasa. Kirakan jumlah

pendapatan Puan Salmi daripada pelaburannya pada tahun 2003.

Cara Pengiraan :

i). Pendapatan dari syer keutamaan.5000 x RM 2.00 x 0.08 = RM 800.00

ii) Pendapatan dari syer biasa.5000 x RM 1.00 x 0.12 = RM 600.00

iii) Pendapatan dari Debentur.RM 3000 x 0.06 = RM 180.00

iv) Jumlah Pendapatan.RM 800.00 + RM 600.00 + RM 180.00 = RM 1580.00

7.2 (d) UNIT AMANAH

Unit amanah merupakan sejenis pelaburan yang mengumpulkan wang daripada orang ramai dan

diuruskan oleh pengurus profesional bagi pihak para pelabur.

Unit amanah sesuai untuk pelabur kecil yang mempunyai pengalaman, masa dan sumber

kewangan yang terhad.

Terdapat tiga jenis unit amanah iaitu:

Amanah saham àsyarikat unit amanah sahamakan melaburkan wang pelaburan

dalam syarikat yang kukuh dan mempunyai prestas ikeuntungan yang baik.

Amanah harta tanah à-merupakan suat upeluang pelaburan bagi pelabur-pelabur

kecil melabur dalam bidang harta tanah.

Gilts à-sejenis sekuriti pelaburan yang berunsur unit amanah. Dikendalikan oleh

syarikat unit amanah atau syarikat gilts. Wang pelaburan yang dikumpulkan dilaburkan

kedalam bon kerajaan dan bil perbendaharaan.

19

Page 20: Nota Bab 7_pelaburan

pelaburan unit amanah mempunyai risiko yang rendah dan kadar pulangannya juga kurang

daripada pelaburan saham

20

Page 21: Nota Bab 7_pelaburan

7.3 PANDUAN AM MELABUR

Semasa melabur , pelabur masti mengambil kira faktor-faktor yang berikut :

o risiko dalam pelaburan

o pulangan daripada pelaburan modal

o mudah tunai dan mudah dipecah bahagi , iaitu kecairan pelaburan

o maklumat tentang institusi pelaburan berkenaan

o modal yang miliki

o berpengetahuan , bersikap rasional , dan berhati-hati

Selain itu , pelabur patut mengambil sikap yang rasional seperti

o melabur dalam bidang yang dikenali

o jangan mudah dipengaruhi oleh orang lain

o dapatkan pelbagai maklumat daripada prospektus atau media massa

o jangan tergesa-gesa untuk memindahkan pelaburan

o amalkan sikap sabar dan berhati-hati

o tentukan pulangan yang dikehendaki atau dijangkakan

Pelabur boleh mendapatkan maklumat yang diperlukan melalui sumber berikut:

Risalah pelaburan

Buku dan majalah kewangan

Prospektus syarikat

Buku laporan ekonomi

Individu yang berpengalaman dalam bidangyang sama

Iklan

21