nota tatabahasa upsr

13
Nota Tatabahasa Bahasa Melayu Susunan Paklong cikgu.

Upload: paklong-cikgu

Post on 19-Jan-2017

777 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Tatabahasa UPSR

NotaTatabahasa

Bahasa Melayu

Susunan Paklong cikgu.

Page 2: Nota Tatabahasa UPSR

- Kata ganti nama ialah perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama orang

1

Page 3: Nota Tatabahasa UPSR

2

Kata Gantinama

Page 4: Nota Tatabahasa UPSR

Terdapat empat bentuk kata nama, iaitu:- kata nama tunggal- kata nama terbitan- kata nama majmuk- kata nama ganda

contoh:

kata nama tunggal

kata nama terbitan

kata nama majmuk kata nama ganda

yurohbapatempayanbelantaraposkod

pendakipekedaikekasihjuruterbangpinggiranpenantianpekarangankedudukantelapakseruling

balai rayaDatuk Bendaharaderia rasaanak emassusu pekat manisTimbalan Naib Canselormedan sinaranbuku lima

meja-mejakawasan-kawasantadika-tadikalelangitsesumbujejantassayur-sayurbiji-bijiankementerian-kementerianlauk-pauksuku-sakat

3

Page 5: Nota Tatabahasa UPSR

Kata Arah Ayat Contoh

atas Adik duduk di atas  riba ibu.

antara Salmi duduk di antara Noni dan Fanny di dalam kelas.

bawahKambing peliharaan Pak Mat berlindung di bawah rumah apabila hari hujan.

belakangDi belakang rumah itu terdapat sebatang pokok manga yang berbuah lebat.

dalam Zaki menyimpan nombor telefon ibunya ke dalam telefon bimbitnya.

depan/hadapan Pengawas itu berdiri di hadapan murid-murid semasa perhimpunan.

hilirWartawan itu membuat liputan mengenai pencemaran suangi yang berlaku di hilir sungai itu.

hulu Rumah Tok Penghulu Kampung Jaya itu terletak di hulu sungai.

luarMaya menyerahkan bungkusan itu kepada Alice dari luar pagar rumah sahaja.

penjuru/sudut Almari itu diletakkan di penjuru bilik Aina.

seberang Di seberang sungai itu ada sebuah pondok yang usang.

sisi Zizan berdiri di sisi kuda yang hendak ditunggangnya.

tengah Murid-murid lelaki itu sedang bermain bola di tengah padang.

Kata arah ialah perkataan yang digunakan untuk menyatakan kedudukan atau hala sesuatu benda.2. Kata arah didahului dengan kata sendi nama.3. Contoh kata arah adalah seperti berikut:

4

Page 6: Nota Tatabahasa UPSR

5

Page 7: Nota Tatabahasa UPSR

Kata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan arahan. Kata perintah boleh ditambah partikel –lah di belakangnya

6

Page 8: Nota Tatabahasa UPSR

KATA SENDI PENGGUNAANNYA AYAT CONTOH

di - Digunakan untuk tempat. - Dieja terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.

1. Pertandingan itu diadakan di Taiping. 2. Cikgu Nadia bekerja di sekolah itu.

ke

- Digunakan untuk tempat, masa dan benda konkrit tidak bernyawa. - Dieja terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. - Tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia atau binatang.

1. Mereka akan ke Ipoh esok. 2. Din menunggu Siha dari pagi hingga ke petang. 3. Pinggan itu dihempaskannya ke lantai. 4. Cik Bedah ke surau.

dari

- Digunakan untuk tempat, arah atau masa.

1. Bola itu ditendang dari penjuru padang. 2. Kami menunggu dari pukul 8.00 pagi. 3. Ely datang dari Kelantan.

daripada

- Digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan, dan untuk menunjukkan keanggotaan.

1. Surat itu saya terima daripada Yatie. 2. Pensel ini lebih panjang daripada pensel itu. 3. Ukiran itu diperbuat daripada perak. 4. Kami memperoleh manfaat daripada    5. Yang dikatakannya berbeza daripada  yang diamalkan. 6. Kumpulan perompak senjata api itu terdiri daripada enam belas orang anggota.

Kepada/ akan/

terhadap

- Digunakan selepas kata adjektif yang menyatakan perasaan atau sikap.

1. Devi suka akan rambutan. 2. Hanim amat sayang akan/kepada ibunya. 3. Kita mesti hormat akan/kepada/terhadap ibu bapa.

1. Kata sendi nama merupakan kata depan kepada kata nama.

2. Kata sendi bertugas sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata-

kata atau frasa-frasa yang lain.

3. Kata sendi memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya

dapat bertugas sebagai predikat ayat.

7

Page 9: Nota Tatabahasa UPSR

8

Kata sendi nama

Page 10: Nota Tatabahasa UPSR

Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau

mengikuti kata adjektif dan berfungsi untuk menguatkan

maksud terkandung dalam kata adjektif.

9

Page 11: Nota Tatabahasa UPSR

1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi

untuk menghubungkan klausa utama dengan klausa yang

menjadi keterangan .

2. Antara contoh kata hubung pancangan keterangan ialah :

kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau,

andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara,

setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dan

sesungguhnya.

10

Page 12: Nota Tatabahasa UPSR

~Kata hubung gabungan ialah kata yang menghubungkan

kata dengan kata, frasa dengan frasa atau ayat dengan ayat

yang sama sifatnya dan memiliki status yang sama.

*dan *tetapi *atau *serta *seraya

*sambil *lalu

11

Page 13: Nota Tatabahasa UPSR

- Kata bilangan ialah kata yang menyatakan bilangan atau urutan.

(A) Kata Bilangan TentuKata bilangan tentu ialah kata yang menyatakan bilangan yang tentu seperti satu,seratus,seribu, dan dua juta.

(B) Kata Bilangan Tak tentuKata bilangan tak tentu ialah kata yang digunakan untuk menyatakan bilangan yang tidak tentu seperti beberapa,sebahagian,semua,seluruh,segala,segelintir,segenap,sebilangan,sekalian,para dan berbagai-bagai.

(C) Kata Bilangan HimpunanKata bilangan himpunan digunakan untuk menyatakan sesuatu secara himpunan.Kata bilangan tersebut adalah seperti berpuluh-puluh,berates-ratus, dan ketiga-tiga.

(D) Kata Bilangan PisahanKata bilangan pisahan ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara satu per satu atau berasingan.Hanya ada dua kata bilangan pisahan, iaitu masing-masing dan setiap/ tiap-tiap.

(E) Kata Bilangan PecahanKata bilangan pecahan ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu yang berupa pecahan seperti dua per tiga, satu per empat dan setengah.

(F) Kata Bilangan TingkatKata bilangan tingkat ialah kata yang menyatakan urutan atau giliran seperti pertama, kedua,kesepuluh dan keseratus.

12