nota program kesihatan sekolah

Upload: raihan-syazwani-ghazi

Post on 04-Apr-2018

272 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 nota program kesihatan sekolah

    1/4

    Pengenalan

    Perkhidmatan kesihatan sekolah adalah satu perkhidmatan yang diberikan olehKementerian Kesihatan Malaysia khusus untuk murid-murid sekolah yang berada disekolah-sekolah bantuan kerajaan di selururh Malaysia.

    Perkhidmatan kesihatan ini telah dimulakan di negara ini pada tahun 1967 dan mulaitahun 1975, pasukan-pasukan kesihatan sekolah mula ditubuhkan bagi membolehkanlawatan dibuat ke sekolah-sekolah rendah dan menengah di Malaysia.

    Di bawah perkhidmatan kesihatan sekolah, murid-murid menerima perhidmatan

    pencegahan penyakit, saringan kesihatan, rawatan ringan dan rujukan ke klinik atauhospital. Perkhidmatan ini adalah bertujuan seperti berikut :

    Mengekalkan tahap kesihatan murid di paras paling optima melaluipromosi kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan dan rujukan.

    Mengesan masalah-masalah kesihatan yang boleh menghalangpencapaian akademik murid di sekolah dan seterusnya membuat rujukan

    awal bagi membolehkan intervensi awal dan penempatan murid dalamsistem pendidikan khas.

    Menggalakkan penglibatan masyarakat bagi membentuk sekolah sebagaiinstitusi yang sihat dan selamat bagi membolehkan pembelajaran yangberkesan.

    Kumpulan Sasar

    Secara umumnya, setiap tahun hampir 1.8 juta murid sekolah rendah dan menengah di

    Malaysia mendapat faedah langsung mlalui perkhidmatan kesihatan sekolah ini. Kategorimurid yang diberi pemeriksaan kesihatan adalah:

    Pra Sekolah Tahun 1 Tahun 6 dan Tingkatan 3

  • 7/29/2019 nota program kesihatan sekolah

    2/4

    Pakej Perkhidmatan

    Perkhidmatan kesihatan di sekolah boleh dibahagikan kepada tiga komponen utama.Tiga komponen tersebut terdiri dari :

    Perkhidmatan Kesihatan Sekolah Perkhidmatan Pergigian Sekolah Perhidmatan Alam Sekitar Sekolah

    Buku Rekod Kesihatan Murid

    Buku Rekod Kesihatan Murid (RKM1) adalah dokumen yang mencatatkan semuamakumat kesihatan yang diperolehi semasa alam persekolahan. Buku ini diberi secara

    percuma oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi setiap murid sekolah. Kebiasaannyabuku ini diberikan semasa murid memasuki tahun 1 persekolahan dan ibu bapa

    dikehendaki mengisi maklumat murid dan memberikan kebenaran untuk petugaskesihatan menjalankan pemeriksaan kesihatan dan memberi pelalian kepadamurid di dalam buku ini.

    Oleh itu adalah penting untuk IBU BAPA dan PENJAGA memahami kandungan yangterdapat dalam RKM 1 sebagai panduan penjagaan kesihatan anak sepanjang masapersekolahan. Ibu bapa dinasihati untuk merujuk kepada buku RKM1 bagi melihatperkhidmatan kesihatan yang telah diberikan kepada anak-anak mereka.

    Buku RKM1 ini hendaklah diserahkan semula kepada murid apabila mereka akan

    memasuki sekolah menengah dan tamat persekolahan menengah. Buku ini adalah bukurujukan yang mencatatkan proses pertumbuhan dan perkembangan murid semasa alampersekolahan.

    Pendidikan Kesihatan

    Pendidikan kesihatan di sekolah terbahagi kepada pendidikan kesihatan secaraberkelompok dan individu. Pendidikan kesihatan secara berkelompok adalah pendidikan

    kesihatan yang dijalankan melaui kempen atau kem-kem kesihatan di sekolah. Murid-

    murid mendapat pengetahuan melalui pameran kesihatan, ceramah-ceramah kesihatandan tunjuk cara oleh anggota kesihatan. Pendidikan kesihatan secara berkelompokmemberi perhatian kepada masalah kesihatan atau mesej kesihatan khusus untuk

    golongan murid sekolah secara umum. Contohnya kempen talasemia untuk muridsekolah, kempen 'tak nak' dan kempen gaya hidup sihat.

    Pendidikan kesihatan individu pula merujuk kepada khidmat nasihat yang diberikan olehanggota kesihatan semasa sesi pemeriksaan kesihatan. Sesi pendidikan kesihatan

    individu lebih menjurus kepada masalah kesihatan khusus yang dialami oleh muridseperti khidmat nasihat pemakanan, khidmat nasihat bagi rawatan kudis buta, khidmatnasihat untuk rujukan ke klinik dan sebagainya.

  • 7/29/2019 nota program kesihatan sekolah

    3/4

    Imunisasi Kesihatan Sekolah

    Sebagai kesinambungan kepada immunisasi alam kanak-kanak, murid-murid sekolahdiberi imunisasi seperti di bawah:

    JADUAL IMUNISASI MURID-MURID SEKOLAH YANG DILAKSANAKAN OLEH

    KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

    Tahun 1 BCGsekiranyatiada parut

    Difteria danpertursis

    TitisanPolio

    MMR

    Tingkatan 3 Suntikanmencegah

    Kancing gigi

    Sekiranya anak-anak didapati tidak mendapat pelalian di atas kerana tiada kebenaranibu bapa atau anak tidak hadir ke sekolah pada masa lawatan Pasukan Kesihatan kesekolah, ibu bapa boleh membawa anak mereka ke klinik-klinik kesihatan yangberhampiran dengan rumah untuk mendapatkan pelalian-pelalian ini.

    Pemeriksaan kesihatan Diri

    Pemeriksaan kesihatan diri adalah satu pemeriksaan fizikal yang dijalankan oleh

    Jururawat Kesihatan, Penolong Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan semasamurid berada dalam pra sekolah, tahun 1, tahun 6 dan tingkatan 3. Pemeriksaan yangdilakukan adalah seperti dalam jadual di bawah :

    Masalah-Masalah Kesihatan yang di Kesan di Kalangan Murid

    Sekolah

    Antara masalah-masalah kesihatan yang dikesan di kalangan murid sekolah adalah :

    Masalah Obesiti. Masalah Ketajaman Penglihatan. Masalah Rabun Warna. Masalah Tulang Rangka. Masalah Jangkitan Cacing. Masalah Kudis Buta. Masalah Pendengaran.

    Rawatan dan Rujukan Kesihatan

    Rawatan diberikan kepada semua murid-murid yang dikesan mengalami masalah ringan

    http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/remaja_content.jsp?lang=remaja&sub=0&bhs=may&storyid=1129875445657http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/remaja_content.jsp?lang=remaja&sub=0&bhs=may&storyid=1129875445657http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/template.jsp?showMe=31&storyid=1227501263811http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/template.jsp?showMe=31&storyid=1227501263811http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/template.jsp?showMe=31&storyid=1207554715964http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/template.jsp?showMe=31&storyid=1207554715964http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kanak_content.jsp?lang=kanak&storyid=1154953845364&storymaster=1154953481751&storymaster2=1154953845364http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kanak_content.jsp?lang=kanak&storyid=1154953845364&storymaster=1154953481751&storymaster2=1154953845364http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kanak_content.jsp?lang=kanak&storymaster=1154953481751&storyid=1154953748047&substoryid=1130376358169&storymaster2=1154953748047http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kanak_content.jsp?lang=kanak&storymaster=1154953481751&storyid=1154953748047&substoryid=1130376358169&storymaster2=1154953748047http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/ubat_anda_content.jsp?lang=ubat&sub=0&bhs=may&storyid=1202888054551http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/ubat_anda_content.jsp?lang=ubat&sub=0&bhs=may&storyid=1202888054551http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kanak_content.jsp?lang=kanak&sub=0&bhs=may&storyid=1130306895808http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kanak_content.jsp?lang=kanak&sub=0&bhs=may&storyid=1130306895808http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kanak_content.jsp?lang=kanak&sub=0&bhs=may&storyid=1130306895808http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/ubat_anda_content.jsp?lang=ubat&sub=0&bhs=may&storyid=1202888054551http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kanak_content.jsp?lang=kanak&storymaster=1154953481751&storyid=1154953748047&substoryid=1130376358169&storymaster2=1154953748047http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kanak_content.jsp?lang=kanak&storyid=1154953845364&storymaster=1154953481751&storymaster2=1154953845364http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/template.jsp?showMe=31&storyid=1207554715964http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/template.jsp?showMe=31&storyid=1227501263811http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/remaja_content.jsp?lang=remaja&sub=0&bhs=may&storyid=1129875445657http://fh.moh.gov.my/modules/xt_conteudo/index.php?op=edit&id=32#top
  • 7/29/2019 nota program kesihatan sekolah

    4/4

    seperti luka kecil, kudis buta, jangkitan cacing, kutu kepala, rawatan demam dan

    selsema. Kes-kes yang dirujuk pula adala kes-kes yang memerlukan pemeriksaan lanjutuntuk pengesahan kes. Antara masalah kesihatan yang dirujuk adalah masalahketajaman penglihatan, rabun warna, masalah degupan jantung dan disyaki menghidapskoliosis.

    Lawatan ke Rumah

    Pasukan kesihatan sekolah juga menjalankan lawatan ke rumah pada masa cutipersekolahan. Lawatan ke rumah ini dilaksanakan samaada dengan menalipon ibu bapadi rumah ataupun jururawat akan membuat lawatan ke rumah untuk memastikan murid-murid yang terlepas peluang mendapat imunisasi di sekolah datang ke klinik kesihatan

    untuk mendapatkan pelalian ataupun untuk mendapatkan maklumbalas mengenai statusrujukan yang dibuat ke hospital.

    Pemeriksaan Kesihatan Pergigian Sekolah

    Perkhidmatan ini dilaksanakan oleh pasukan pergigian sekolah yang melawat semuasekolah rendah dan menengah di Malaysia. Sila rujuk perkhidmatan pergigigan sekolah

    yang ditulis oleh Bahagian Kesihatan Oral.

    Perkhidmatan Kesihatan Persekitaran Sekolah

    Perkhidmatan Persekitaran Sekolah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan danKementerian Pelajaran secara bersepadu. Pemeriksaan persekitaran sekolah meliputipemeriksaan infrastrukur sekolah, kebersihan, pengawalan penyakit bawaan vektor danpemantauan kebersihan dan pengendalian kantin sekolah.

    Perkhidmatan-perkhidmatan kawasan persekitaran sekolah ini adalah tertakluk di bawahbeberapa akhta seperti Akta Kawalan Tembakau dan Akta Kawalan Penyakit BawaanVektor yang membawa kepada penalti sekiranya pihak pengurusan sekolah didapati

    gagal mematuhi akta tersebut. Di bawah perkhidmatan ini, sekolah-sekolahmenubuhkan pasukan bagi membinasakan tempat pembiakan nyamuk di sekolah bagi

    membanteras penyakit Demam Denggi dan mewartakan sekolah sebagai kawasanlarangan merokok. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran kebiasaannya akanmembuat pemeriksaan di sekolah setiap tahun bagi memastikn sekolah adalah bersihdan selamat.

    Lain- Lain Perkhidmatan Berkaitan Kesihatan di Sekolah

    Selain dari Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran turut bertanggungjawabdalam kebajikan murid di sekolah. Program bekalan makanan tambahan dan programsusu sekolah yang diberikan kepada murid-murid sekolah rendah yang layak adalahcontoh perkhidmatan berkaitan kesihatan yang termasuk dalam kategori ini.