nota peringatan berkaitan keselamatan · pdf filedalam memastikan keselamatan makanan mereka...
Post on 31-Jan-2018
245 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
Kata-Kata AluanTIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
Bismillahirrahmanirrahimm.
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Satu Malaysia.
Kerjasama yang erat antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sudah lama terjalin. Kedua-dua Kementerian sentiasa bersatu hati mewarnakan kehidupan yangsihat, ceria dan berilmu kepada generasi baru sebelum merekameneroka dunia sebenar yang lebih mencabar.
Bagi Kementerian Kesihatan Malaysia, pelbagai tindakan dan inisiatiftelah diambil untuk genersai baru atau lebih dikenali sebagai pelajar inidalam memastikan keselamatan makanan mereka di sekolah. Selainpromosi-promosi kesihatan dan Program Pemeriksaan Sendiri diKantin dan Dapur Asrama Sekolah (KENDIRI), Nota PeringatanBerkaitan Keselamatan Makanan ini disediakan khas untuk dibacakankepada para pelajar semasa setaip kali perhimpunan di sekolah. Kaedahpembacaan yang berulang-ulang ini diharap dapat meningkatkankeupayaan ingatan yang berkekalan kepada pendengar. Dari masa kesemasa, Kementerian akan cuba menambah bahan lain yang dapatmenarik perhatian pelajar.
S aya dengan bangganya mengucapkan syabas kepada BahagianKeselamatan dan Kualiti Makanan kerana telah berjaya menerbitkanNota Peringatan Berkaitan Keselamatan Makanan ini. Harapan saya,semoga nota ini dapat digunakan sepenuhnya oleh para guru dalammeningkatkan kesedaran pelajar mengenai keselamatan dan kualitimakanan seteru s nya membu d ayakan amalan ke b e rsihan dankeselamatan makanan dalam kehidupan mereka.
Tahniah!
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
(DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN)
Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 1
Kata-Kata AluanKETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera
Terima kasih dan tahniah kepada Bahagian Keselamatan Dan Kualiti
M a k a n a n , K e m e n t e rian Kesihatan Malaysia yang telah memberi
kesempatan untuk saya menyampaikan kata-kata aluan dan juga atas
kejayaannya menghasilkan Nota Peringatan Berkaitan Keselamatan
Makanan. Penghasilan Nota Peringatan ini merupakan satu usaha
dalam menyediakan asas pengetahuan berhubung ke s e l a m a t a n
makanan kepada para pelajar sekolah rendah khususnya.
Adalah diharapkan dengan adanya Nota Pe ringatan ini, t a h a p
pengetahuan para pelajar dapat ditingkatkan dan amalan kebersihan
dan keselamatan makanan sentiasa menjadi amalan harian. Melalui
Nota ini juga, diharap kes keracunan makanan dapat dikurangkan di
seluruh negara.
Akhir kata, saya menyeru agar guru-guru dapat menyampaikan Nota
ini kepada para pelajar dengan sebaik mungkin mengikut kreativiti
pengajaran guru masing-masing di sekolah. Kesedaran dan kepekaan
pelajar terhadap pengambilan makanan yang selamat menjamin
kesejahteraan rakyat Malaysia.
Tanpa Kuman, Makanan Selamat !
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
(TAN SRI DATO SERI DR. HJ. MOHD ISMAIL
BIN MERICAN)
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 2
Kata-Kata AluanTIMBALAN KETUA PENGARAH KESIHATAN
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera
S yabas dan tahniah kepada Bahagian Keselamatan Dan Kualiti
Makanan kerana telah menghasilkan Nota Peringatan Berkaitan
Keselamatan Makanan dan setinggi-tinggi penghargaan ke ra n a
memberi ruang untuk saya menurunkan sepatah dua kata.
Sekolah adalah tempat untuk pelajar menguasai ilmu pengetahuan
dan kemahiran. Menyedari hakikat ini, Nota peringatan dihasilkan bagi
menyerapkan ruang ilmu asas keselamatan makanan kepada para
pelajar. Ia adalah wajar dan seharusnya diwujudkan sejak dari dahulu
lagi.
Nota Pe ringatan ini dapat memperkasakan pelajar dengan
pengetahuan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan. Ia juga
dapat memberikan maklumat ringkas kepada pelajar berkaitan punca-
punca dan tanda-tanda keracunan makanan, langkah pencegahan bagi
mengelakkan keracunan makanan dan perkara yang perlu dilakukan
sekiranya mengalami tanda-tanda keracunan makanan di sekolah.
Dengan terbitnya Nota Peringatan ini, diharapkan dapat memberi
gambaran yang luas kepada para pelajar tentang peri pentingnya
keselamatan makanan bagi mengelakkan kejadian ke ra c u n a n
makanan yang kebanyakannya berlaku di sekolah.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
(DATO DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN)
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 3
Kata-Kata AluanPENGARAH
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Satu Malaysia
Saya amat bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana Nota PeringatanB e rkaitan Keselamatan Makanan ini telah berjaya diterbitkan.Penerbitan nota ini menjadi titik tolak dalam meningkatkan kesedarankepada warga sekolah untuk sama-sama memastikan makanan yangdiambil seharian adalah selamat.
Penerbitan Nota Pe ringatan ini merupakan salah satu usahaKementerian Kesihatan Malaysia untuk membantu pihak sekolah dalammemastikan keselamatan makanan dan seterusnya menangani kejadiankeracunan makanan terutamanya di sekolah.
S aya yakin bahawa nota ini akan dapat menyampaikan danmeningkatkan pengetahuan dan kefahaman para pelajar terhadapkepentingan keselamatan makanan dan kaedah untuk memastikanmakanan yang diambil adalah selamat. Seterusnya adalah diharapkanpara pelajar akan mengamalkan pengetahuan tersebut khususnyadalam aspek mencuci tangan yang betul kerana kebanyakan keskeracunan makanan berpunca daripada kealpaan terhadap aspekkebersihan tangan.
Bagi pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KementerianKesihatan Malaysia, saya mengucapkan tahniah kepada kumpulan kerjateknikal Nota Peringatan Keselamatan Makanan dan pihak lain yangt e rlibat yang turut menyumbang di dalam menghasilkan NotaPeringatan ini.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
(NORAINI BT DATO MOHD OTHMAN)
Pengarah
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 4
Pengenalan
Nota Pe ringatan ini disediakan bagi memperkasakan pelajar
dengan pengetahuan berkaitan ke b e rsihan dan ke s e l a m a t a n
makanan. Nota ini memberikan maklumat ringkas kepada pelajar
berkaitan punca-punca dan tanda-tanda keracunan makanan, langkah
pencegahan bagi mengelakkan keracunan makanan dan perkara yang
p e rlu dilakukan sekira nya mengalami tanda-tanda ke ra c u n a n
makanan di sekolah.
Isi kandungan nota peringatan ini terdiri dari tiga (3) bahagian iaitu
Penjelasan Ringkas, Nota Pelajar dan Panduan Guru. Penjelasan
ringkas selepas setiap tajuk merupakan pengenalan dan objektif tajuk
bagi setiap nota peringatan. Nota pelajar ialah mesej penting yang
akan disampaikan oleh guru kepada pelajar. Panduan guru pula
merupakan mesej tambahan yang boleh membantu guru semasa
menyampaikan ucapan atau taklimat. Guru boleh menggunakan
kreativiti masing-masing untuk menarik perhatian pelajar semasa
menyampaikan ucapan atau taklimat tersebut.
Adalah diharapkan nota ini akan dapat membantu dalam
mempertingkatkan tahap kesedaran pelajar mengenai keselamatan
dan kualiti makanan dan seteru s nya membu d ayakan amalan
kebersihan dan keselamatan makanan dalam kehidupan mereka.
Pencegahan awal penyakit keracunan makanan bermula dari pelajar
itu sendiri melalui amalan kebersihan dalam kehidupan harian sama
ada semasa makan mahupun semasa memilih premis makanan.
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 5
Kandungan
Nota 1 :
Keracunan Makanan Dan Langkah Pencegahannya.
Nota 2 :
Penyebab Keracunan Makanan Dan Tindakan Sekiranya
Mengalami Keracunan Makanan.
Nota 3 :
Makanan Yang Dibekal Dari Rumah.
Nota 4 :
Kepentingan Dan Langkah Membasuh Tangan Yang
Betul.
Nota 5 :
Percayakan Deria Anda Semasa Memilih Makanan.
Nota 6 :
Kepentingan Membaca Label Pada Produk Makanan.
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 6
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 7
Keracunan makanan ialah penyakityang berlaku selepas makan makanan
yang telah tercemar atau tidak
disediakan dengan cara yang betul dan
selamat.
Tanda-tanda keracunan makanan ialah:1. Loya dan muntah,
2. Memulas dan sakit perut,
3. Cirit-birit,
4. Demam dan kesejukan.
Tanda-tanda keracunan makananbiasanya boleh dilihat selepas
beberapa jam mengambil makanan
atau minuman tercemar.
Idea:
? Guru bolehmengaitkan kes-
kes keracunan
makanan yang
pernah berlaku
di sekolah-
sekolah atau
ceritakan kes-
kes yang pernah
disiarkan oleh
media.
Info:? Masa paling
singkat untuk
seseorang
mengalami
tanda-tanda
keracunan
makanan adalah
setengah jam
bergantung
Nota Pelajar Panduan Guru
Nota 1Keracunan Makanan Dan Langkah
PencegahannyaNota ini disediakan untuk memberi kefahaman mengenai
definisi keracunan makanan, tanda keracunan makanan dan
langkah asas pencegahan keracunan makanan.
1.1
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 9
Makanan atau minuman tercemardisebabkan oleh:
1. Kuman atau mikroorganisma
berbahaya.
Adalah penyebab utama kepada
pencemaran makanan dan
keracunan makanan.
2. Bahan kimia yang merbahaya
seperti racun serangga.
3. Bendasing seperti rambut, lipas,
dawai kokot, lidi, kaca, serpihan kayu
dan sebagainya.
Bendasing tidak memberi
sebarang tanda keracunan tetapi
amat berbahaya kerana boleh
meyebabkan luka kepada organ