kertas kerja program kesihatan sekolah

17
1.0 PENDAHULUAN Isu obesiti di kalangan pelajar semakin hangat diperkatakan hingga menu tradisi di kantin sekolah iaitu nasi lemak turut menerima tempiasnya. Maka timbul persoalan, di manakah silapnya dan apakah yang akan terjadi jika masalah obesiti atau kegemukan ini dibiarkan berlarutan? Berdasarkan statistik, sebanyak 73.8 peratus pelajar mempunyai pengetahuan mengenai pemakanan seimbang namun hanya 11.2 peratus yang mengamalkannya. Obesiti didefinisikan sebagai lebihan lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan. Obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat. Indeks jisim tubuh atau Body Mass Index (BMI) merupakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data asas tahap kegemukan dan obesiti. BMI digunakan dengan mengira berat badan dalam unit kilogram (kg) dan dibahagikan kepada tinggi dalam unit meter kuasa dua (m2 ). Formula BMI ialah : Kurus Kurang 20.6 Normal 20.7 - 26.4 Gemuk 26.5 - 30.9 Obesiti 31.0 - 45.2 Bahaya Lebih 45.3 1

Upload: johari

Post on 26-Dec-2015

1.973 views

Category:

Documents


139 download

DESCRIPTION

kertas kerja program kesihatan sekolah sjkc damansara, obesiti

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Program Kesihatan Sekolah

1.0 PENDAHULUAN

Isu obesiti di kalangan pelajar semakin hangat diperkatakan hingga menu tradisi di kantin

sekolah iaitu nasi lemak turut menerima tempiasnya. Maka timbul persoalan, di manakah

silapnya dan apakah yang akan terjadi jika masalah obesiti atau kegemukan ini dibiarkan

berlarutan? Berdasarkan statistik, sebanyak 73.8 peratus pelajar mempunyai pengetahuan

mengenai pemakanan seimbang namun hanya 11.2 peratus yang mengamalkannya.

Obesiti didefinisikan sebagai lebihan lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah

kepada kesihatan. Obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh

meningkat.

Indeks jisim tubuh atau Body Mass Index (BMI) merupakan kaedah yang digunakan

untuk mendapatkan data asas tahap kegemukan dan obesiti. BMI digunakan dengan mengira

berat badan dalam unit kilogram (kg) dan dibahagikan kepada tinggi dalam unit meter kuasa dua

(m2 ).

Formula BMI ialah :

Kurus Kurang 20.6

Normal 20.7 - 26.4

Gemuk 26.5 - 30.9

Obesiti 31.0 - 45.2

Bahaya Lebih 45.3

Jika kita ingin mengetahui berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat

badan yang ideal atau tidak, bolehlah menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:

Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):

BMI = berat(kg)

------------------------------

tinggi(m) x tinggi(m)

1

Page 2: Kertas Kerja Program Kesihatan Sekolah

2.0 LATAR BELAKANG LAPORAN

2.1 Obesiti

Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di

dalam badan seseorang itu. Perkara ini berlaku apabila tisu-tisu lemak menjadi banyak. Perkara

yang lebih teruk lagi apabila obesiti akan mengganggu dan mencederakan organ-organ badan

dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Berat badan yang berlebihan

dikaitkan dengan risiko yang tinggi jika mengalami masalah perubatan seperti diabetes dan

penyakit jantung. Obesiti ini akan mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial serta jangka hayat

penghidapnya juga akan semakin pendek.

Di Malaysia, peningkatan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak berumur 7-10

tahun adalah sebanyak 6.6% bagi umur tujuh tahun ke 13.8 % bagi umur 10 tahun. Sebanyak

12.8% peratus daripada kanak-kanak ini adalah lelaki. Masalah obesiti ini juga semakin ketara di

kalangan remaja berumur 13-17 tahun. Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan

adalah berisiko untuk menjadi obes apabila dewasa dan keadaaan ini akan menjurus kepada

kewujudan masalah kronik yang lain pada masa hadapan.

Standard Pengiraan Obesiti yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia

menetapkan standard Indeks jisim tubuh (BMI) yang berikut untuk dewasa dan kanak-kanak.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah membangunkan satu standard pertubuhan untuk

bayi sehingga kanak –kanak berumur 5 tahun yang telah dilancarkan pada April 200.6. Standard

ini dipanggil WHO child growth standards.

Mulai sekarang, indeks jisim badan (BMI) setiap pelajar akan direkodkan di dalam kad

laporan prestasi oleh guru untuk perhatian ibu bapa. Arahan serta-merta itu dibuat oleh kerajaan

dalam usaha menangani peningkatan masalah berat badan berlebihan dan obesiti dalam kalangan

rakyat. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sebelum ini, BMI tidak

dicatatkan dalam kad laporan pelajar menyebabkan sesetengah ibu bapa tidak mengawal

2

Page 3: Kertas Kerja Program Kesihatan Sekolah

pemakanan anak-anak kerana tidak tahu sama ada berat badan mereka ideal, terlebih atau obes.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Penutup Konvensyen Panel Penasihat

Klinik Kesihatan (PPKK) dan melancarkan kad ahli PPKK 2010-2013, di sini hari ini.

Tambahnya, langkah itu yang dipersetujui dalam satu mesyuarat jawatankuasa dipengerusikan

oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 4 April lalu adalah permulaan

untuk memperkenalkan gaya hidup lebih sihat.

Masalah obesiti atau kegemukan di kalangan kanak-kanak semakin serius apabila

dianggarkan 40 peratus berlaku berikutan gaya hidup ibu bapa yang gemar membawa keluarga

makan di luar terutama pada waktu malam.

2.2 Model Kepercayaan Kesihatan (Health Belief Model)

Model ini diperkenalkan oleh Hochbaum dan Rosenstock sekitar dekad 1950-an yang

diasaskan menggunakan pendekatan psikologi. Model ini mengandaikan perubahan tingkah laku

kesihatan berdasarkan konsep yang digambarkan seperti di bawah.

Gambar rajah 1 : Model Kepercayaan Kesihatan

3

Page 4: Kertas Kerja Program Kesihatan Sekolah

Model ini diubah suai pada tahun 1988 apabila Rosenstock, Strecher dan Becker

menambah unsur keyakinan diri (self efficacy). Penambahan ini untuk mengukuhkan tingkah

laku yang memerlukan perubahan jangka masa panjang (rujuk jadual 1)

Jadual 1 : Huraian Model Kepercayaan Kesihatan

4

Page 5: Kertas Kerja Program Kesihatan Sekolah

3.0 PERANCANGAN PROGRAM PROMOSI KESIHATAN

3.1 Program Cara Pemakanan Yang Seimbang

Seimbang bermakna nilai kalori dan tenaga yang diperolehi mestilah berada pada kadar

yang sama dengan jumlah tenaga yang dikeluarkan. Tenaga atau kalori ini akan diperoleh

melalui pemakanan dan hanya akan dikeluarkan melalui aktiviti-aktiviti luar, senaman serta

riadah dan sebagainya. Pelajar sekolah lazimnya meminati makanan-makanan ringan seperti

5

Page 6: Kertas Kerja Program Kesihatan Sekolah

keropok, makanan segera, mi segera dan minuman berkarbonat serta makanan yang tinggi

dengan kandungan lemaknya. Pelajar sekolah tidak tahu bahawa sebenarnya makanan-makanan

ini mengandungi kandungan kalori yang tinggi. Berat badan seseorang pelajar sekolah itu akan

bertambah apabila mereka makan lebih daripada apa yang boleh dibakar oleh badan dan kalori

yang berlebihan ini akan disimpan sebagai lemak. Perubahan dan peningkatan berat badan dan

kegemukan serta obesiti yang berpunca daripada pengambilan kalori yang berlebihan tidak akan

berlaku dalam beberapa hari atau minggu tetapi lemak dalam badan akan terkumpul dan

tersimpan selama beberapa bulan dan tahun. Untuk memastikan berat badan sentiasa berada pada

BMI atau berat yang ideal, seseorang pelajar sekolah itu perlulah memastikan bahawa nilai

tenaga yang ada di dalam tubuh berada pada kadar yang normal dan seimbang.

3.2 Program Kesedaran Dan Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menjaga menjaga pemakanan anak-anak

mereka agar anak-anak mereka tidak akan menghidap obesiti. Ibu bapa sepatutnya memantau

dan menjaga serta mengambil berat pemakanan anak-anak mereka supaya anak-anak mereka

dapat menikmati makanan yang berkhasiat dan menyihatkan. Ibu bapa juga wajib berusaha untuk

menyemaikan dalam diri anak-anak mereka tentang bahayanya obesiti atau kegemukan serta

meluangkan waktu untuk anak-anak mereka sambil membincangkan tentang isu obesiti atau

kegemukan ini di samping memberi peringatan terhadap anak-anak mereka tentang obesiti. Bak

kata pepatah ‘’Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya’’.Jika ibu bapa sendiri

tidak berusaha atau tiada atau tidak memberi galakan untuk menjaga pemakanan dan kesihatan

anak-anak mereka, bagaimanakah anak-anak mereka akan dapat mengelakkan diri mereka dari

menghidap obesiti.

3.3 Ceramah Obesiti Di Sekolah

Ceramah menyentuh tempoh tidur, di mana ia juga boleh menyumbangkan kepada

masalah obesiti. Sekiranya seseorang pelajar sekolah terlebih tidur, pelajar tersebut cenderung

mendapat penyakit obesiti. Sekiranya pelajar kurang tidur, maka masalah yang sama akan

dihadapi iaitu risiko pertambahan berat badan dan kegemukan. Hormon yang dihasilkan oleh

6

Page 7: Kertas Kerja Program Kesihatan Sekolah

badan semasa tidur akan mengawal kadar selera makan dan kadar penggunaan tenaga yang ada

di dalam tubuh. Misalnya, hormon insulin akan mengawal kandungan gula di dalam tubuh ketika

seseorang itu sedang tidur.

Oleh sebab itu, sekiranya seseorang pelajar kurang mendapat tidur, maka dengan itu nilai

kandungan tenaga dan gula yang ada di dalam tubuhnya hampir sama dengan penghidap

penyakit diabetes ataupun penyakit kencing manis. Sekiranya pelajar sekolah kurang mendapat

tidur secara berterusan, pelajar sekolah akan memiliki sejenis hormon yang tinggi di dalam

badan yang dipanggil sebagai ghrelin. Hormon ghrelin ini adalah hormon yang

bertanggungjawab untuk meningkatkan kadar selera makan seseorang pelajar sekolah. Dan pada

masa yang sama, apabila seseorang pelajar kurang mendapat tidur, pelajar tersebut juga akan

memiliki kandungan hormon leptin yang rendah di dalam tubuh. Ini kerana hormon leptin ini

bertanggungjawab untuk menahan selera makan.

Selain itu, menyentuh tentang sejarah keluarga juga boleh menyebabkan penyakit obesiti

ini. Kegemukan boleh diwarisi daripada generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya di

dalam sesebuah keluarga. Perkara ini berlaku kerana didapati seringkali menemui ibu bapa yang

gemuk cenderung memiliki anak-anak yang gemuk juga. Dalam perkara ini, nampaknya

penyebab genetik telah ‘ikut campur’ dalam menentukan jumlah unsur sel lemak di dalam tubuh.

Hal ini demikian kerana pada ketika ibu yang obesiti sedang mengandung, maka dengan itu

unsur sel lemak yang berjumlah besar serta melebihi ukuran normal, secara langsung akan

diturunkan kepada bayi sewaktu dalam kandungan. Oleh sebab itu, tidak mustahil apabila bayi

yang lahir pun memiliki unsur lemak tubuh yang secara relatifnya sama besar.

3.4 Program Psikologikal Pengurangan Tekanan

Faktor psikologikal termasuk pengaruh emosi, tekanan perasaan, kebimbangan dan

kebosanan juga boleh menyebabkan penyakit obesiti. Golongan remaja merupakan insan yang

sedang mengalami proses tumbesaran dan masih belum cukup matang untuk membuat keputusan

untuk diri mereka. Golongan remaja biasanya mengalami masalah keluarga, pelajaran dan cinta.

Suatu pandangan popular adalah bahawa obesiti bermula daripada masalah emosi yang tidak

7

Page 8: Kertas Kerja Program Kesihatan Sekolah

dapat diatasi. Orang-orang obesiti ‘dahaga’ akan kasih sayang seperti kanak-kanak yang

menganggap bahawa makanan adalah simbol kasih sayang ibu atau makan lebih daripada hadnya

adalah sebagai elemen atau unsur untuk pengganti kepuasan lain yang tidak tercapai dalam

kehidupannya.

Seterusnya, remaja semakin membesar dan proses pembelajaran mereka akan menjadi

semakin susah dan rumit. Tambahan pula, ibu bapa menginginkan setiap anak mereka agar

mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Bagaimanakah mereka memastikan

anak mereka lulus dengan cemerlang? Para ibu bapa akan memberi tekanan kepada anak-anak

dengan memaksa mereka belajar dan menghantar anak-anak ke pusat tuisyen walaupun jadual

anak-anak sudah padat dengan aktiviti-aktiviti lain terutama sekali aktiviti kokurikulum di

sekolah. Hal ini menyebabkan golongan remaja mengalami tekanan dan stres yang berlebihan

dan hal ini boleh meningkatkan selera makan mereka.

Sebahagian orang yang mengalami berat badan yang berlebihan tidak terganggu secara

psikologi dibandingkan dengan orang yang memiliki berat badan secara normal. Meskipun

begitu banyak pandangan yang mengatakan bahawa orang gemuk biasanya tidak bahagia, tetapi

sebenarnya ketidakbahagiaan tekanan batinnya adalah disebabkan oleh kegemukannya pelajar itu

sendiri. Hal ini terjadi kerana dalam sesebuah masyarakat, acapkali orang yang bertubuh kurus

disamakan dengan kecantikan, sehinggakan orang gemuk berasa malu dengan penampilan dan

kesukaran mereka mengendalikan diri terutama dalam hal yang berhubung dengan tabiat makan.

Orang gemuk acapkali mengatakan bahawa mereka cenderung makan lebih banyak apabila

mereka dalam keadaan tegang atau cemas dan eksperimen membuktikan kebenarannya. Orang-

orang gemuk makan lebih banyak dalam suatu keadaan yang sangat mencengkam atau menekan

manakala orang yang mempunyai berat badan normal akan berada dalam keadaan yang kurang

mencengkam atau menekan (McKenna, 1999).

Suatu kajian yang dilakukan oleh White (1977) pada sekumpulan orang dengan berat

badan berlebihan dan sekumpulan orang dengan berat badan yang kurang dengan menyajikan

kerepek (makanan ringan) setelah mereka menonton empat jenis filem yang mengundang emosi

yang berbeza, iaitu filem yang serius, ceria, merangsang ghairah seksual, serta sebuah ceramah

8

Page 9: Kertas Kerja Program Kesihatan Sekolah

yang membosankan menunjukkan perbezaan. Pada kumpulan yang mempunyai berat badan yang

berlebihan, didapati bahawa mereka lebih banyak menghabiskan kerepek setelah menyaksikan

filem yang tegang dibandingkan setelah menonton filem yang membosankan sedangkan pada

kumpulan yang mempunyai berat badan kurang, dan selera makan kerepek tetap sama setelah

menonton filem yang tegang mahupun filem yang membosankan.

3.5 Pengaruh Budaya Sosial

Pengaruh budaya sosial dan sekeliling menjejaskan tabiat pemakanan remaja. Pada

zaman globalisasi ini, semakin banyak rancangan di televisyen yang menyiarkan pelbagai jenis

makanan dan diet yang tidak seimbang. Remaja merupakan golongan yang cenderung

melakukan sesuatu yang baru. Apabila mereka menonton rancangan seperti 'Hot Guys Who

Cook', 'MasterChef' dan 'Top Chef', mereka akan mencuba cara pemakanan negara barat yang

tidak sihat seperti daging-daging yang berlemak dan tingginya risiko mendapat penyakit obesiti

kerana diet pemakanan yang tidak seimbang.

3.6 Menggalakkan Aktiviti Riadah Di Kalangan Murid

Tahap pengeluaran tenaga tubuh sangat peka terhadap pengendalian berat tubuh. Dan

pengeluaran tenaga bergantung kepada dua faktor, iaitu tahap aktiviti dan sukan secara umum

dan angka metabolisme atau tahap tenaga yang diperlukan untuk mempertahankan fungsi

minimum tubuh badan. Dan daripada kedua-dua faktor tersebut, metabolisme ini mempunyai

tanggungjawab dua pertiga daripada pengeluaran tenaga pelajar yang normal. Walaupun aktiviti

fizikal hanya mempengaruhi satu pertiga pengeluaran tenaga seseorang dengan berat normal,

namun bagi orang yang memiliki kelebihan berat badan, aktiviti ini mempunyai peranan yang

sangat penting. Ketika bersukan kalori terbakar, maka makin banyak bersukan, ia semakin

banyak kalori yang hilang. Dan kalori secara tidak langsung mempengaruhi sistem metabolisme.

Orang yang hanya duduk bekerja seharian akan mengalami penurunan metabolisme tubuhnya.

Kekurangan aktiviti ‘gerak’ akan menyebabkan suatu siklus yang hebat. Kegemukan atau obesiti

membuatkan aktiviti sukan menjadi sangat sukar serta kurang dinikmati dan kurangnya sukan

secara tidak langsung akan mempengaruhi penurunan metabolisme tubuh individu tersebut. Oleh

9

Page 10: Kertas Kerja Program Kesihatan Sekolah

itu, sukan sangat penting dalam penurunan berat badan, bukan sahaja kerana dapat membakar

kalori, malahan dapat membantu metabolisme agar berfungsi dengan normal.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PELAKSANAAN PROGRAM

4.1 Memperbanyakkan Pelaksanaan Program Agar Tabiat Pemakanan Berubah

Memperbanyakkan program agar tabiat makan boleh berubah. Seseorang obesiti perlu

mengenalpastikan masalah yang mengakibatkan kenaikan berat badan seperti tekanan

perasaan ,makan mengikut perasaan,bosan dan sebagainya.seseoarang itu perlu mengelakkan

perkara tersebut berlaku agar berat badan tidak di pengaruhi dengan perkara-perkara yang

menyebabkan kegemukan.pesakit juga perlu meletakkan matlamat untuk mengurangkan

pengambilan kalori dan meningkatkan aktiviti fizikal seperti bersenam semasa menonton

televisyen dan sebagainya.selain itu,pesakit hanya perlu menimbang berat badan mereka sekali

seminggu untuk melihat perubahan yang berlaku.hal demikian kerana apabila mereka

mengetahui berlaku sedikit perubahan ke atas diri sendiri ,mereka akan lebih yakin untuk

meneruskan matlamat untuk menguruskan berat badan.mereka juga perlu memantau jumlah dan

jenis pemakanan dan minuman yang diambil serta aktiviti fizikal yang dapat dilakukan dalam

tempoh yang telah ditetapkan.hal ini kerana jika perkara tersebut tidak dititikberatkan minda

akan lebih cenderung untuk tidak mematuhi pemakanan yang seimbang.mereka juga

memerlukan sokongan yang kuat daripada keluarga dan kawan kerana golongan tersebut dapat

menberi semangat untuk lebih yakin dengan berat badan mereka.

4.2 Memperbanyakkan Pergerakan Dalam Setiap Pengajaran dan Pembelajaran

Disini terdapat banyak faedah. Antaranya adalah badan kita menjadi sihat dan kuat. Kita juga

akan terhindar daripada pelbagai penyakit. Antara faedah lain daripada bersenam ialah senaman

dapat meningkatkan kelembutan (kelenturan otot) dan membina kekuatan otot. Selain itu,

jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat. Pergerakan nadi akan meningkat dan

mencegah pengerasan arteri serta menurunkan tekanan darah tinggi yang boleh membawa

penyakit jantung dan angin ahmar. Bersenam juga dapat menguatkan tulang dan meningkatkan

10

Page 11: Kertas Kerja Program Kesihatan Sekolah

imbangan. Hal demikian dapat membantu mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis

(kereputan tulang) dan mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah

pinggan atau kecederaan yang lain.

5.0 PENUTUP

Kesimpulannya, terdapat banyak sebab yang menyebabkan masalah obesiti dalam

kalangan pelajar. Setiap pelajar haruslah bijak mengatur masa tidur, mengawal emosi dan

mengamalkan diet pemakanan yang seimbang mengikut piramid makanan agar menjadi seorang

pelajar yang holistik dan seimbang dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani. Dengan ini,

barulah Malaysia dapat mengurangkan kadar masalah obesiti yang semakin meningkat di negara

kita. Bersama-samalah kita hidup secara sihat. Badan cergas, otak cerdas.

Pemakanan berkualiti adalah faktor penting bagi menjamin kesihatan mental dan fizikal

seseorang pelajar sekolah. Bagi seseorang pelajar sekolah, pengambilan diet makanan yang

seimbang serta jadual pemakanan yang konsisten perlu dititik beratkan dalam kehidupan

seharian. Walaupun begitu seseorang pelajar sekolah terpaksa makan di premis makanan segera,

mereka perlulah sedar dan peka tentang kualiti makanan dan amalan diet seimbang.

Di samping itu, terdapat juga kecenderungan pelajar sekolah untuk mengabaikan waktu

makan yang penting dalam sehari, tidak bersarapan pagi, makan sekali sahaja dalam sehari atau

makan lewat malam. Akibatnya, amalan tersebut akan meninggalkan kesan buruk kepada

kesihatan pelajar seterusnya menjejaskan aktiviti pembelajaran mereka seharian. Situasi

sedemikian haruslah dielakkan dengan mengamalkan jadual pemakanan yang teratur dan

konsisten. Meskipun pelajar dihimpit dengan jadual aktiviti akademik atau ko-kurikulum yang

ketat serta kekangan kewangan, fenomena tidak makan atau mengamalkan diet tidak seimbang

harus dihindari kerana mungkin menjejaskan pembelajaran pelajar sendiri.

Obesiti merupakan satu penyakit kronik yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit

contohnya seperti diabetis, darah tinggi, penyakit jantung, kegagalan sistem pernafasan,

kegagalan system perkumuhan, kanser dan sebagainya. Begitu juga dengan sindrom metabolik.

11

Page 12: Kertas Kerja Program Kesihatan Sekolah

Ia dipercayai berpunca daripada berat badan yang berlebihan (obesiti), ukur lilit perut yang

berlebihan (buncit), hipertensi, paras kolesterol yang tinggi (hiperkolesterolemia) dan

peningkatan paras glukos dalam darah (diabetes atau prediabetes).

Menurut Pakar Perubatan dan Endokrin, Hospital Pusrawi, Dr. Shaharuddin Che Kadir,

lazimnya pesakit tidak menyedari diri mereka menghidap sindrom metabolik. Tambah beliau

lagi, seseorang cenderung menghidap sindrom metabolik jika mempunyai ukur lilit pinggang

melebihi 80 sentimeter (sm) bagi perempuan dan 90 sm bagi lelaki.

Masalah obesiti bukan perkara yang boleh dianggap remeh kerana disifatkan sebagai

‘virus’ yang memberi tekanan emosi dan menimbulkan kegelisahan. Apabila kegemukan dialami

oleh seseorangpelajar , persepsi terhadap dirinya juga berubah, termasuk hilang daya tarikan,

malah menjadi bahan cemuhan di kalangan rakan.

12