nota penyeliaan

5
Definisi Perkembangan penyeliaan, penilaian dan kajian semula adalah suatu proses berterusan yang melibatkan Pengumpulan dan analisis maklumat tentang prestasi pekerjaan individu berdasarkan Kriteria yang kukuh dan difahami. Ia termasuk falsafah yang yang kukuh, polisi dan prosedur yang terdahulu diberikan kepada staf, yang melibatkan interaksi dan dialog. Pendekatan2 terhadap Penyeliaan *Freeman (1982) dan Gebhard (1984) *Freeman memperkenalkan tiga pendekatan terhadap pemantauan/penyeliaan guru: 1) pendekatan penyeliaan (dengan penyelia sebagai watak penguasa), 2) pendekatan alternatif (dengan penyelia sebagai pemberi perspektif alternatif), dan 3) pendekatan tidak langsung (dengan penyelia sebagai “pemaham”). * Gebhard memperkenalkan lima model: 1) penyeliaan langsung (dengan seorang penyelia yang mengarah dan menilai pengajaran), 2) penyeliaan alternatif (dengan seorang penyelia dan yang diselia berkongsi tanggungjawab untuk menjana alternatif), 3) penyeliaan bekerjasama (dengan seorang penyelia yang bekerja dengan yang diselia tetapi tidak mengarahkan mereka), 4) penyeliaan tidak langsung (dengan seorang penyelia yang tidak menghakimi tetapi mendengar dan menyatakan semula idea-idea yang diselia), dan 5) penyeliaan kreatif (dengan seorang penyelia yang menggunakan kombinasi pendekatan-pendekatan). Cabarannya * Bagaimana menukarkan sikap negatif terhadap penyeliaan supaya guru- guru (dan program-program kita) boleh meraih habuan dan faedah – dalam bentuk pembangunan profesional dan pengajaran yang bertambah baik. Falsafah *Mana-mana model perkembangan penyeliaan, penilaian dan kajian semula mestilah berdasarkan konsep bahawa: → semua pihak terlibat secara collegially dan bekerjasama

Upload: faisalsalak

Post on 19-Jun-2015

753 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pkpgbk4uum

TRANSCRIPT

Page 1: nota penyeliaan

Definisi Perkembangan penyeliaan, penilaian dan kajian semula adalah suatu proses berterusan yang melibatkan Pengumpulan dan analisis maklumat tentang prestasi pekerjaan individu berdasarkan Kriteria yang kukuh dan difahami. Ia termasuk falsafah yang yang kukuh, polisi dan prosedur yang terdahulu diberikan kepada staf, yang melibatkan interaksi dan dialog. Pendekatan2 terhadap Penyeliaan *Freeman (1982) dan Gebhard (1984)*Freeman memperkenalkan tiga pendekatan terhadap pemantauan/penyeliaan guru: 1)   pendekatan penyeliaan (dengan penyelia sebagai watak penguasa), 2)   pendekatan alternatif (dengan penyelia sebagai pemberi perspektif alternatif), dan 3)   pendekatan tidak langsung (dengan penyelia sebagai “pemaham”).  * Gebhard memperkenalkan lima model: 1)   penyeliaan langsung (dengan seorang penyelia yang mengarah dan menilai pengajaran), 2)   penyeliaan alternatif (dengan seorang penyelia dan yang diselia berkongsi tanggungjawab untuk menjana alternatif), 3)   penyeliaan bekerjasama (dengan seorang penyelia yang bekerja dengan yang diselia tetapi tidak mengarahkan mereka), 4)   penyeliaan tidak langsung (dengan seorang penyelia yang tidak menghakimi tetapi mendengar dan menyatakan semula idea-idea yang diselia), dan 5)   penyeliaan kreatif (dengan seorang penyelia yang menggunakan kombinasi pendekatan-pendekatan).  Cabarannya * Bagaimana menukarkan sikap negatif terhadap penyeliaan supaya guru-guru (dan program-program kita) boleh meraih habuan dan faedah – dalam bentuk pembangunan profesional dan pengajaran yang bertambah baik. Falsafah *Mana-mana model perkembangan penyeliaan, penilaian dan kajian semula mestilah berdasarkan konsep bahawa:→ semua pihak terlibat secara collegially dan bekerjasama→ semua pihak mempunyai kepercayaan terhadap proses dan antara satu sama lain→ semua pihak menjalankan tugas dan tanggungjawab menurut Akta Pendidikan, peraturan-peraturannya, dan / atau polisi-polisi sekolah. Kepercayaan 

1.      Penyeliaan, perkembangan, penilaian dan kajian semula staf tertakluk kepada kepercayaan bahawa belajar untuk mengajar adalah suatu usaha sepanjang hayat. 2.      Ia juga adalah berdasarkan premis bahawa perkembangan profesional guru boleh meningkatkan kualiti pengajaran dan, seterusnya, meningkatkan kualiti sekolah secara umum dan mengukuhkan pembelajaran pelajar. Selaras dengan kepercayaan ini, tujuan polisi penyeliaan adalah suatu undangan bagi setiap individu guru untuk berkembang ke arah pencapaian kecemerlangan. Kami menganggap proses penyeliaan guru sebagai penyumbang besar dalam perkembangan profesional guru-guru. Kesusasteraan kini adalah empatik dalam menunjukkan penyeliaan guru berorientasikan perkembangan sebagai  mempunyai impak positif ke atas prestasi guru.

Page 2: nota penyeliaan

 Tujuan

1. Tujuan proses penyeliaan, perkembangan, penilaian dan kajian semula adalah untuk membantu individu anggota staf dalam meningkatkan dan memperkayakan kualiti pengajaran mereka untuk perkembangan profesional dan untuk faedah pelajar-pelajar kita. Komunikasi berterusan adalah penting sekiranya matlamat pembelajaran sepanjang hayat mahu dicapai.

 Proses

1. Suatu promosi komuniti profesional yang belajar, dinamik dan berkembang

2.       Meningkatkan kualiti pengajaran melalui pengiktirafan amalan-amalan mengajar yang berjaya, selain daripada galakan dan bantuan dalam peluang-peluang perkembangan profesional individu untuk menunjukkan perkembangan profesional staf dan sumbangan positif kepada pembangunan pelajar dan sekolah3.       Suatu dasar yang sah untuk keputusan-keputusan pentadbiran dalam mengesyorkan promosi, perpindahan dan pelantikan semula 4.       Suatu prosedur perkembangan dan penilaian staf yang adil dan saksama5.       Suatu rekod tentang bagaimana penyataan kepercayaan, matlamat dan objektif sekolah diterapkan oleh individu6.       Suatu penegasan semula bahawa matlamat pendidikan sedang dicapai dalam suatu cara yang cekap, berkesan dan sistematik7.       Suatu cara untuk menangani keperluan-keperluan perundangan Akta Pendidikan, peraturan-peraturannya dan polisi-polisi sekolah, dan untuk memastikan proses apabila tiba masanya.

  Landasan Penilaian atau suatu Landasan Perkembangan Dalam landasan penilaian, pentadbir mempunyai tanggungjawab langsung terhadap penilaian guru.  Landasan Penilaian terdiri dari dua laluan:1. Laluan Satu: Penilaian Prestasi2. Laluan Dua: Dalam Kajian Semula Dalam landasan perkembangan, pentadbir adalah bertanggungjawab untuk memudahkan perkembangan profesional guru-guru. Mereka boleh bertindak sebagai mentor, jurulatih, atau pembekal sumber. Landasan Perkembangan terdiri dari empat laluan:1. Laluan Tiga: Pembelajaran Terarah-Kendiri2. Laluan Empat: Pembelajaran Bekerjasama3. Laluan Lima: Gambaran Portfolio 4. Laluan Enam: Pementoran5. Laluan Tujuh: Surat Refleksi Jenis-Jenis Guru A. Guru-guru Permulaan/Baru kepada Sekolah 

Page 3: nota penyeliaan

Semua guru baru/baru kepada sekolah bermula pada landasan penilaian, di mana kecekapan mengajar dinilai. Sebaik sahaja kecekapan mengajar telah ditentukan, guru tersebut diletakkan di landasan perkembangan. B. Guru-guru Berpengalaman Guru-guru berpengalaman yang pada masa ini berada di landasan perkembangan boleh meminta suatu penilaian prestasi untuk tujuan mengekalkan penilaian sumatif semasa. C. Guru-guru yang Mengalami Kesukaran Guru-guru yang mengalami kesukaran, yang memerlukan penyeliaan langsung, akan diletakkan di landasan penilaian. Prosesnya melibatkan permulaan suatu pelan tindakan mengarah kepada pentadbir, mendapatkan bantuan, dan penulisan suatu penilaian sumatif. 

•    Tujuan•    Untuk memantapkan kecekapan mengajar•    untuk penilaian•    untuk penyesuaian diri kepada sistem•    untuk membuat syor untuk pekerjaan berterusan.

 Proses 1. pemerhatian tidak formalA) maklumbalas lisan atau bertulisB) berjalan-jalan 2. pemerhatian formal

•    perancangan pra-persidangan•    pemerhatian, pengumpulan data•    pasca-persidangan•    laporan bertulis 

3. laporan sumatif bertulis 

•    Garis masa •    Rekod-rekod•    maklumbalas bertulis dari pemerhatian tidak formal•    buat komen tentang maklumbalas bertulis dari pemerhatian formal•    komen tentang penilaian sumatif •    Pelan Perkembangan•    Peluang-peluang akan diadakan kepada guru-guru tahun pertama untuk belajar tentang model penyeliaan. Pelan-pelan tindakan dalam tahun pertama.

 Guru-Guru Berpengalaman 

•    Tujuan•    untuk memantapkan kecekapan mengajar•    untuk penilaian

Page 4: nota penyeliaan

•    untuk penyesuaian diri kepada sistem•    untuk membuat syor untuk penempatan landasan.

 Proses 1. pemerhatian tidak formal

•     maklumbalas lisan atau bertulis 2. pemerhatian formal

•     perancangan pra-persidangan•     pemerhatian, pengumpulan data•     pasca-persidangan•     laporan bertulis

 3. laporan sumatif bertulis 

•    Garis masa•    pemerhatian tidak formal permulaan, pemerhatian lanjutan, suatu laporan sumatif.•    Rekod•    maklumbalas bertulis dari pemerhatian tidak formal•    komen tentang maklumbalas bertulis dari pemerhatian formal ke atas penilaian sumatif•    Pelan Perkembangan•    Peluang-peluang untuk belajar tentang model penyeliaan.