etika kaunseling (latihan dan penyeliaan)

43
NAMA AHLI KUMPULAN : CHE WAN SABRI BIN CHE WAN IBRAHIM (817281) MARIAM BT BUANG (817223) SHUKREE BIN YUSOF (817283) FAUZATI BINTI MANSOR (817220)

Upload: che-wan-sabri-bin-che-wan-ibrahim

Post on 16-Sep-2015

1.175 views

Category:

Documents


27 download

DESCRIPTION

Etika Kaunseling berkaitan aspek latihan dan penyeliaan

TRANSCRIPT

  • NAMA AHLI KUMPULAN :CHE WAN SABRI BIN CHE WAN IBRAHIM (817281)MARIAM BT BUANG (817223)SHUKREE BIN YUSOF (817283)FAUZATI BINTI MANSOR (817220)

  • PENGENALAN Kebanyakan kaunselor di sekolah kurang yakin dan kurang mahir dalam menjalankan tugas profesional mereka. Mereka merasakan tiada bimbingan dan tiada rujukan yang perlu dirujuk selepas menamatkan pengajian di universiti selain daripada bahan rujukan bertulis, media masa serta pengalaman dalam bidang kaunseling. Justeru itu, penyeliaan memainkan peranan yang penting bagi memantapkan perkembangan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta perkembangan personal dan profesional kaunselor itu sendiri.

  • Pada pertengahan 1970an, American Association of Counseling and Development (AACD) yang kini dikenali sebagai American Counseling Association (ACA) telah mengkaji status penyeliaan kaunseling di sekolah-sekolah di Amerika Syarikat. Hasil penyiasatan tersebut, didapati kurangnya penyeliaan sehingga dikatakan memberi kesan yang agak teruk pada profesion kaunselor. Akibat tanpa pengawasan tersebut, perkhidmatan kaunselor di sekolah dikatakan berisiko dan perlu diambil tindakan (AACD, 1989). Oleh yang demikian, siasatan lanjut dijalankan berkaitan isu penyeliaan di beberapa buah sekolah. Hasilnya, penyeliaan kaunselor di sekolah perlu dijalankan dengan tujuan peningkatan pembangunan profesional (Agnew et al., 2000; Dollarhide & Miller, 2006; Henderson & Lampe, 1992; Roberts & Borders, 1994).

  • DEFINISI PENYELIAANSecara umumnya, penyeliaan didefinisikan sebagai proses memberi latihan dan bimbingan kepada pihak yang lain mengikut bidang atau kemahiran masing-masing (Bradley & Ladany, 2001). Manakala dalam konteks penyeliaan kaunseling ianya didefinisikan sebagai proses perkembangan personal dan profesional iaitu penyelia akan mencabar, menggalak dan menyuntik semangat untuk memastikan kaunselor mencapai tahap kecekapan dan kepakaran yang maksimum (Bradley & Ladany, 2001). Council For The Accredition Of Counseling And Related Educational Programs (CACREP) (CACREP, 2007) di Amerika Syarikat mendefinisikan penyeliaan kaunseling sebagai bentuk toturial dan pemantauan secara instruksional di mana dalam suasana instruksional tersebut berlaku satu aktiviti di mana penyelia memantau acara yang dilakukan oleh kaunselor pelatih semasa praktikum dan internship kaunseling

  • TUJUAN PENYELIAANTerdapat beberapa tujuan penyeliaan yang boleh digunapakai. Di antaranya ialah :- Melatih dan memperkembangkan ciri-ciri personal dan perkembangan profesional kaunselor di sekolah. Meningkatkan rasa tanggungjawab dalam mengendalikan program-program di sekolah (Bradbley, 1989). Mempercepatkan perkembangan profesionalisma seorang kaunselor (Bernard & Goddyear, 2004). Memastikan kebajikan klien (Bernard & Goddyear, 2004). Memberi sokongan, khidmat konsultasi, latihan serta penilaian kepada kaunselor (Bradley & Ladany, 2001). Menggalakkan perkembangan dan pertumbuhan kaunselor. Mengawasi prestasi kaunselor agar sentiasa menjaga tahap profesion kaunselor.

  • TANGGUNGJAWAB PENYELIAAN TERHADAP KAUNSELOR Penyeliaan kaunseling merupakan suatu proses dan aktiviti secara kesalingan profesional yang memberikan tumpuan kepada ikatan kerjasama kolaboratif dengan tujuan dapat meningkatkan amalan kaunselor yang diselia (Othman Mohamed, 2007). Apabila ianya melibatkan proses, matlamat penyeliaan kaunseling biasanya akan ditetapkan oleh penyelia secara kolaboratif dengan yang diselia. Di dalam Kod Etika Lembaga Kaunselor (Malaysia), Bahagian F (Penyeliaan, Latihan dan Pengajaran) ada menyatakan F.4. tanggungjawab penyelia adalah seperti berikut :- F.4.a : Persetujuan termaklum bagi penyeliaan Penyelia hendaklah menjelaskan prinsip-prinsip mengenai persetujuan termaklum yang wujud di dalam penyeliaan. Penyelia hendaklah memberitahu individu yang diselianya tentang dasar dan prosedur yang perlu mereka patuhi.

  • F.4.b : Kecemasan dan ketidakhadiran Penyelia hendaklah menetapkan dan memberitahu individu yang diselia prosedur untuk menghubungi mereka atau semasa ketiadaan mereka, penyelia on-call untuk membantu dalam menyelesaikan krisis. F.4.c : Piawai untuk individu yang diselia Penyelia hendaklah memastikan individu yang diselia mengetahui akan piawaian profesional dan etika serta tanggungjawab undang-undang. Penyelia kaunselor pasca-ijazah hendaklah menggalakkan kaunselor-kaunselor ini untuk mematuhi piawaian amalan profesional.

    SAMBUNGAN

  • SAMBUNGANF.4.d : Penamatan hubungan penyeliaan Penyelia atau individu yang diselia berhak untuk menamatkan hubungan penyeliaan dengan memberi notis yang mencukupi. Sebab-sebab penarikan diri hendaklah diberikan kepada pihak yang terlibat. Sekiranya isu-isu budaya, klinikal atau profesional menjadi kritikal kepada jaya-gagalnya hubungan penyeliaan, kedua-dua pihak hendaklah berusaha untuk menyelesaikan perbezaan itu. Jika penamatan tidak dapat dielakkan, penyelia hendaklah membuat rujukan yang sesuai kepada penyelia alternatif yang lain.

  • Oleh yang demikian, kaunselor di sekolah amat memerlukan penyeliaan yang memberi makna terhadap profesionnya dalam meningkatkan perkembangan serta tahap kecekapan mereka serta menjalankan tugas-tugas perkhidmatan bimbingan dan melaksanakan program-program kaunseling di sekolah (Tan Soo Yin, 1999). Barnes, 2004 mengatakan bidang perkembangan dan latihan kaunselor merupakan fokus utama literatur sejak dua dekad yang lalu. Sebenarnya, penyeliaan yang dilakukan secara formal akan menumpukan kepada proses dan hasil kegiatan penyeliaan itu sendiri. Keadaan ini turut melibatkan cara dan bagaimana persediaan penyeliaan dimulakan di samping memberi tumpuan ke atas proses interaksi yang berlaku semasa penyeliaan.

  • TANGGUNGJAWAB PENYELIA TERHADAP KLIENPenyelia juga mempunyai peranan serta tanggungjawab terhadap klien dalam memastikan proses kaunseling diterima mengikut etika serta keselesaan klien. Apabila wujudnya proses penyeliaan di antara penyelia dengan kaunselor pelatih, maka keadaan diri klien juga perlu diambilkiraAda kalanya, kaunselor tidak memandang berat akan penerimaan klien sepanjang sesi kaunseling dijalankan. Justeru itu, peranan penyelia amat penting dalam memastikan sesi kaunseling yang dijalankan terarah dan fokus terhadap kemahiran serta kepakaran yang dapat diaplikasikan kepada klien.

  • Holloway (1995), menyatakan bahawa kerja dan fungsi penyeliaan memainkan peranan yang penting dari aspek interaksi perhubungan. Pengaruh penyelia, kaunselor pelatih, klien dan organisasi merupakan sampingan sebagai latar belakang dunia pekerjaan Kaunselor yang berhasrat untuk memupuk hubungan profesional yang bermakna dan dihormati perlu mengambilkira keseluruhan sesi kaunseling termasuklah klien.Untuk menepati keperluan dan keselesaaan klien, penyeliaan akan dilakukan untuk memantapkan dan memastikan bidang kaunseling tidak tersasar. SAMBUNGAN

  • Kaunselor hendaklah mempunyai asas teori dan pedagogi begi kerja mereka serta berhasrat untuk berlaku adil, tepat dan jujur dalam penaksiran mereka terhadap kaunselor pelatih.Penyeliaan perlu dijalankan bagi memastikan kualiti perkhidmatan dan penyampaian kaunselor berfokus. Hal ini, menjadikan pihak kaunselor serta klien berada dalam keadaan yang selesa serta saling mempercayai. Ini bermakna kaunselor perlu memupuk hubungan profesional yang bermakna dan dihormati serta memelihara sempadan yang sewajarnya dengan individu yang diselia dan juga pelajar.SAMBUNGAN

  • Di dalam Kod Etika Lembaga Kaunselor (Malaysia), Bahagian F (Penyeliaan, Latihan dan Pengajaran) ada menyatakan F.1. penyeliaan kaunselor dan kebajikan klien adalah seperti berikut :- a) F.1.a : Kebajikan Klien Tanggungjawab primer penyeliaan kaunseling adalah untuk memantau perkhidmatan yang diberikan oleh kaunselor lain atau kaunselor pelatih. Penyelia kaunseling memantau kebajikan klien dan juga prestasi klinikal serta perkembangan profesional individu yang diselia. Untuk memenuhi tanggungjawab ini, penyelia sentiasa berjumpa dengan individu yang diselia untuk meneliti nota kes, sampel kerja klinikal atau membuat pemerhatian ke atas individu yang diselia secara langsung. Individu yang diselia juga perlu memahami dan mematuhi Kod Etika Kaunselor Lembaga Kaunselor.

    SAMBUNGAN

  • b)F.1.b : Kelayakan Kaunselor Penyelia hendaklah memastikan bahawa klien mengetahui akan kelayakan individu yang diselia, yang sedang memberikan perkhidmatan kaunseling kepada mereka.

    c) F.1.c : Persetujuan Termaklum dan hak-hak klien Penyelia hendaklah memastikan bahawa individu yang diselia, mengetahui akan hak-hak klien, termasuk perlindungan terhadap privasi dan kerahsiannya dalam perhubungan kaunseling. Individu yang diselia hendaklah memberitahu klien tentang prosedur pendedahan maklumat dan bagaimana proses penyeliaan boleh menjejaskan batasan kerahsiaan. Individu yang diselia hendaklah juga memastikan bahawa klien mengetahui pihak yang mempunyai akses kepada rekod perhubungan kaunseling dan bagaimana rekod tersebut akan digunakan

    SAMBUNGAN

  • KOMPENTENSI PENYELIAAN KAUNSELORPenyediaan penyeliaSebelum memberikan perkhidmatan penyeliaan klinikal, kaunselor hendaklah dilatih tentang kaedah dan teknik penyeliaan. Kaunselor yang menawarkan perkhidmatan penyeliaan klinikal, hendaklah sentiasa mengikuti aktiviti pendidikan berterusan yang merangkumi topik-topik mengenai kemahiran kaunseling dan penyeliaan. Isu-isu multibudaya/ kepelbagaian dalam penyeliaanPenyelia kaunseling hendaklah sedar akan peranan multibudaya/kepelbagaian dalam hubungan penyeliaan, dan hendaklah berbincang mengenainya dengan individu yang diselia.

  • HUBUNGAN PENYELIAANSempadan hubungan dengan individu yang diselia

    Penyelia kaunseling hendaklah menetap dan mengekalkan dengan jelas hubungan etika, profesional, peribadi, dan sosial dengan individu yang diselia. Penyelia hendaklah menghindari hubungan bukan profesional dengan individu yang diselia semasa. Jika penyelia perlu memainkan peranan profesional yang lain (misalnya: penyelia klinikal dan pentadbiran, pengajar) dengan individu yang diselia, mereka hendaklah berusaha untuk meminimumkan potensi konflik, dan jelaskan kepada individu yang diselia jangkaan dan tanggungjawab yang berkaitan dengan setiap peranan tambahan ini. Mereka tidak menjalinkan sebarang bentuk interaksi bukan profesional yang mungkin mengkompromikan hubungan penyeliaan mereka.

  • Hubungan seksualPenyelia dilarang berinteraksi atau menjalin hubungan seksual atau romantik dengan individu yang sedang diselia. Gangguan seksualPenyelia tidak membiarkan gangguan seksual berlaku atau memaksa individu yang diselia terlibat dalam gangguan seksual. Saudara mara yang terdekat dan rakanPenyelia hendaklah mengelak daripada menerima saudara mara yang terdekat, pasangan romantik, atau rakan sebagai individu yang diselia.

  • Hubungan yang berpotensi berfaedah

    Penyelia hendaklah sedar tentang perbezaan kuasa dalam hubungannya dengan individu yang diselia. Sekiranya mereka merasa bahawa hubungan bukan profesional dengan individu yang diselia mempunyai potensi yang berfaedah kepada individu yang diselia, mereka hendaklah mengambil langkah-langkah yang serupa dengan langkah langkah yang diambil oleh kaunselor di dalam hubungan mereka dengan klien. Contoh-contoh interaksi atau hubungan sedemikian termasuklah menghadiri sesuatu upacara rasmi, menziarahi ke hospital, memberi sokongan semasa individu yang diselia menghadapi sesuatu tekanan, atau menjadi ahli bersama dalam persatuan, organisasi, atau komuniti profesional. Penyelia hendaklah berbincang secara terbuka dengan individu yang diselia jika mereka bercadang untuk menjalinkan hubungan di luar peranan Penyelia menjelaskan keadaan dan batasan khusus rol tambahan mereka dengan individu yang diselia.

  • PENGUKURAN DAN PENILAIAN

  • KURIKULUM LATIHAN KAUNSELORIdentiti Profesional Kursus dalam bidang ini hendaklah meliputi kefahaman tentang semua aspek kefungsian profesional termasuk sejarah, peranan, struktur organisasi, etika, perundangan, pensijilan, perlesenan, kepiawaian dan pengakreditasian.

  • 2.Kepelbagaian Sosial dan Budaya Kursus dalam bidang ini bertujuan memberi kefahaman tentang kepelbagaian konteks sosial dan budaya seperti aspek perhubungan, isu dan tren dalam masyarakat majmuk dan berbilang budaya.3.Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia Kursus dalam bidang ini bertujuan memberi kefahaman tentang pertumbuhan dan perkembangan manusia.

    SAMBUNGAN

  • 4.Kerjaya dan Cara Gaya Kehidupan Kursus dalam bidang ini memberi kefahaman perkembangan kerjaya dan faktor yang berkaitan dengan kehidupan. 5.Kemahiran Perhubungan Menolong Kursus dalam bidang ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan kemahiran dalam perhubungan menolong dan perundingan dalam proses kaunseling. Kursus ini juga dapat membantu pelajar meningkatkan kesedaran kendiri bagi mewujudkan hubungan terapeutik kaunselor-klien yang efektif serta memelihara sempadan profesional.

    SAMBUNGAN

  • 6.Kerja Kelompok Kursus dalam bidang ini memberi kefahaman tentang tujuan, perkembangan dan dinamika kelompok, teori, kaedah dan kemahiran kaunseling kelompok serta pendekatan kelompok yang lain7.Pengujian dan Pengukuran Psikologi Kursus dalam bidang ini memberi kefahaman tentang pendekatan individu dan kelompok dalam penaksiran dan penilaian.

    SAMBUNGAN

  • 8.Penyelidikan, Projek Kajian atau Penilaian Program Kursus dalam bidang ini memberi kefahaman tentang kaedah penyelidikan, analisis statistik, keperluan dan penilaian program. Pelajar didedahkan kepada kepentingan, peluang dan masalah penyelidikan dalam profesion kaunseling. Pelajar dikehendaki menjalankan penyelidikan/projek kajian/penilaian program dalam bidang kaunseling.

    SAMBUNGAN

  • PIAWAIAN LATIHAN AMALI ATAU PRAKTIKUM Latihan Amali atau Praktikum bermakna pengalaman klinikal yang diselia dengan tujuan untuk membolehkan pelajar membina dan mengembangkan kemahiran asas kaunseling dan mengintegrasikan pengetahuan profesional semasa pengajian. Pengalaman klinikal ini merangkumi pengalaman mengendalikan kaunseling dan juga aktiviti berkaitan dengan kaunseling. Latihan Amali atau Praktikum biasanya dijalankan di dalam kampus dan hendaklah disempurnakan sebelum internship. Pelajar Latihan Amali atau Praktikum perlu lulus Teori Kaunseling ,Teknik Kaunseling, Kerja Kelompok , Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia ,Perkembangan Kerjaya

  • 3. Penyelia Latihan Amali atau Praktikum Penyelia Praktikum ialah seseorang yang telah dilantik oleh insitusi sebagai penyelia yang sekurang-kurangnya mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang kaunseling. Penyelia tersebut hendaklah kaunselor berdaftar dan mempunyai Sijil Perakuan Amalan. Penyelia boleh dibantu oleh kaunselor berdaftar yang mempunyai Sijil Perakuan Amalan dan berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kaunseling

  • 4.Tempat Latihan Amali atau Praktikum Tempat latihan amali atau praktikum hendaklah mempunyai kemudahan dan peralatan yang sesuai bagi tujuan memberi latihan klinikal serta mempunyai prosedur tetap bagi menjamin kerahsiaan dan melindungi hak-hak klien mengikut undang-undang. Tempat itu juga harus menyediakan peluang seluas-luasnya untuk pelatih membiasakan diri dengan pelbagai aktiviti profesional seperti penyimpanan rekod, penyeliaan, perkhidmatan maklumat dan menghadiri mesyuarat staf.

  • Sambungan :

    Tempat itu juga hendaklah mempunyai: i. Prasarana untuk melaksanakan kaunseling individu dan kelompok yang menjamin kerahsiaan.

    ii. Ruang yang mencukupi untuk penggunaan peralatan pandang dengar. iii. Staf sokongan seperti pembantu teknik bagi penjagaan dan pengendalian alat pandang dengar.

  • 5. Tempoh Latihan Amali atau Praktikum Tempoh minimum latihan amali atau praktikum adalah 252 jam yang bernilai 3 jam kredit di mana 96 jam daripadanya diperuntukkan untuk perhubungan bersemuka dengan klien (kaunseling individu, kelompok, keluarga atau perkahwinan).

  • 6.Prosedur Pentadbiran dan Penyeliaan Internship 1. Penyeliaan individu dijalankan secara bersemuka atas nisbah 5 pelatih kepada 1 orang penyelia. 2. Penyeliaan berkelompok hendaklah berbentuk seminar atas nisbah 10 pelatih kepada satu penyelia. 3. Pelatih hendaklah diberi peluang menilai penyelia mereka. 4. Pelatih internship digalakkan mempunyai perlindungan insurans.

    Pengendalian, pentadbiran dan penyeliaan perlu memenuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan dalam piawaian dan kelayakan latihan kaunselor.

  • TANGGUNGJAWAB PENYELIAANPersetujuan termaklum bagi penyeliaanPenyelia hendaklah menjelaskan prinsip-prinsip mengenai persetujuan termaklum yang wujud di dalam penyeliaan. Penyelia hendaklah juga memberi tahu individu yang diselianya tentang dasar dan prosedur yang perlu mereka patuhi. Kecemasan dan ketidakhadiranPenyelia hendaklah menetapkan dan memberitahu individu yang diselia prosedur untuk menghubungi mereka atau, semasa ketiadaan mereka, penyelia on-call untuk membantu dalam menyelesaikan krisis.

  • Piawaian untuk individu yang diseliaPenyelia hendaklah memastikan individu yang diselia mengetahui akan piawaian profesional dan etika, serta tanggungjawab undang-undang. Penyelia kaunselor pasca-ijazah hendaklah menggalakkan kaunselor-kaunselor ini untuk mematuhi piawaian amalan profesional. Penamatan hubungan penyeliaanPenyelia atau individu yang diselia berhak untuk menamatkan hubungan penyeliaan dengan memberi notis yang mencukupi. Sebab-sebab penarikan diri hendaklah diberikan kepada pihak yang terlibat. Sekiranya isu-isu budaya, klinikal, atau profesional menjadi kritikal kepada jaya-gagalnya hubungan penyeliaan, kedua-dua pihak hendaklah berusaha untuk menyelesaikan perbezaan itu. Jika penamatan tidak dapat dielakkan, penyelia hendaklah membuat rujukan yang sesuai kepada penyelia alternatif yang lain.

  • Penyeliaan, penilaian, pemulihan dan perakuan dalam kaunselingPenilaianPenyelia hendaklah mendokumenkan penaksiran prestasi secara berterusan dan maklum balas penilaian dan memberikannya kepada individu yang diselia. Mereka juga hendaklah menjadualkan sesi penilaian formal berkala sepanjang hubungan penyeliaan.

  • Kelemahan-kelemahanMelalui penilaian dan penaksiran yang berterusan, penyelia akan mengetahui kelemahan-kelemahan individu yang mungkin menjejas prestasi mereka. Penyelia hendaklah membantu individu yang diselia untuk mendapatkan bantuan pemulihan apabila diperlukan. Mereka hendaklah memperakukan supaya individu berkenaan diberhentikan daripada program latihan, seting kaunseling terapan, atau proses pentauliahan profesional, apabila individu-individu yang diselia ini tidak berupaya untuk memberikan perkhidmatan profesional yang kompeten. Penyelia hendaklah berunding dengan pihak berkenaan dan mendokumenkan keputusan mereka untuk memberhentikan individu yang diselia atau merujuknya kepada pihak lain bagi mendapat bantuan. Mereka hendaklah memastikan bahawa individu yang diselia mengetahui akan opsyen yang ada untuk berhadapan dengan keputusan tersebut.

  • Kaunseling untuk individu yang diseliaSekiranya individu yang diselia meminta perkhidmatan kaunseling, penyelia hendaklah memberikan mereka senarai rujukan yang sesuai. Penyelia tidak boleh memberikan perkhidmatan kaunseling kepada individu yang diselia dan menjelaskan sebab-sebab kenapa perkhidmatan ini tidak boleh diberikan. PerakuanPenyelia hendaklah memperakui individu yang diselia diberi sijil, lesen, pekerjaan, atau dibenarkan menamatkan sesuatu program akademik atau latihan hanya apabila mereka yakin bahawa individu yang diselia layak untuk diperakukan. Tanpa mengira apa jua kelayakan, penyelia tidak boleh memperakui individu yang diselia, jika mereka ketahui yang ia mempunyai kelemahan tertentu, yang akan menjejaskan perlaksanaan tugas, yang berkaitan dengan perakuan itu.

  • ISU-ISU DALAM PENYELIAAN KAUNSELINGDalam menjalankan konsep penyeliaan terhadap kaunselor pelatih, ada kalanya mereka akan melalui proses kesukaran sama ada dari aspek dalaman mahupun luaran. Bukan mudah untuk memastikan penyeliaan yang dilakukan adalah betul serta tidak menyalahi etika kaunseling (Bensshoff & Paisley, 1996).Keadaan ini menunjukkan pentingnya peranan serta tanggungjawab penyelia dalam mengendalikan sesi kaunseling. Menurut Bernard (1994), penyelia mempunyai tanggungjawab yang beretika untuk menjadi peka terhadap kompleksiti atau kerumitan masyarakat pelbagai budaya.

  • CONTOH ISUPersetujuan termaklum dalam penyeliaan adalah sama penting dengan persetujuan termaklum dalam kauseling. Persetujuan Termaklum Bagi Penyeliaan ada menyatakan bahawa penyelia hendaklah menjelaskan prinsip-prinsip persetujuan termaklum dan dasar serta prosedur yang harus diikuti terhadap individu yang diselia. Masalah pelbagai budaya turut dijadikan isu dalam penyeliaan kaunseling. Di antaranya kepelbagaian budaya yang melibatkan bangsa, etnik, orientasi seksual, agama, jantina, umur dan status ekonomi (Fukuyama, 1994). Sesetengahnya menganggap bahawa sikap tidak mengendahkan faktor pelbagai budaya dalam penyeliaan boleh menjejaskan proses penyeliaan.

  • isu kepelbagaian peranan dan hubungan dalam penyeliaan. Perkara ini timbul apabila penyelia mempunyai perhubungan profesional dan tidak profesional secara persetujuan bersama dengan pelatih di samping mempunyai hubungan penyelia dan pelatih.Secara etikanya, penyelia perlulah menjelaskan tentang peranan serta tanggungjawabnya di samping peka terhadap masalah yang mungkin timbul apabila ianya menjadi kabur.

  • isu etika profesional dalam perundangan juga dikatakan menjadi isu penyeliaan dalam mengendalikan kaunseling. Pada masa kini, isu-isu etika dalam perundingan semakin mendapat perhatian. Ini kerana, nilai-nilai, kepelbagaian budaya, hubungan perundingan, hak-hak mereka yang dirunding serta perundingan dalam kelompok turut terlibat sama (Dougherty, 2005). Namun begitu, perunding boleh didakwa sekiranya melanggar kontrak dan tidak mengikuti landasan etika kaunseling yang betul. Amalan dalam etika memerlukan perunding memberitahu kepada mereka yang dirunding mengenai matlamat dan tujuan perundingan, batasan terhadap kerahsiaan, faedah-faedah yang akan diperolehi, risiko yang mungkin dihadapi, hasil penglibatan mereka dalam proses perundingan

  • Bukan mudah menghadapi isu penyeliaan sepanjang mengendalikan sesi kaunseling. Sebagai penyelia yang juga bertindak sebagai pengurus kepada kaunselor-kaunselor khusunya kaunselor pelatih, isu-isu yang dibincangkan ini mungkin timbul sebelum, semasa dan selepas penyeliaan kaunseling dijalankan. Namun begitu, penyelia yang cekap serta bijak akan membuat pelbagai persediaan serta alternatif untuk menangani isu yang bakal timbul khusunya isu negatif. Apa yang penting, sebanyak mana isu yang datang dapat meyakinkan serta membantu penyelia menghadapinya secara profesional.

  • LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ISU

    Penyelia perlu sentiasa berada dalam keadaan yang bersedia untuk menyelia kaunselor. Penyelia perlu mengingatkan kaunselor tentang etika kaunseling yang perlu dipatuhi. Kaunselor sentiasa mengambil kira keselesaan klien semasa mengendalikan sesi kaunseling. Persetujuan termaklum perlu disediakan sebagai langkah penerimaan perhkidmatan kaunseling di antara penyelia dengan kaunselor yang diselia atau disebaliknya. Penyelia mengambil tahu dan peka akan kepelbagaian budaya kaunselor yang diselia supaya tidak timbul isu di kemudian hari. Tidak di benarkan menjalankan penyeliaan kaunselor yang diselia yang mempunyai hubungan emosi dengan penyelia supaya ada sempadan antara penyelia dengan kaunselor yang diselia. Penyelia perlu menerangkan prosedur-prosedur kaunseling seperti kerahsiaan, limitasi hubungan dan lain-lain supaya sesi kaunseling dapat dijalankan dengan lebih sistematik berpandukan etika kaunseling.

  • KESIMPULANPenyeliaan dalam bidang kaunseling merupakan satu bidang dalam usaha membangunkan tahap kecekapan dan kepakaran secara berterusan kepada mereka yang bergelar kaunselor. Tanpa pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang secukupnya, seseorang penyelia akan lebih mudah untuk bertindak di luar tahap profesionalisma dalam proses penyeliaan kaunseling. Justeru itu, proses penyeliaan diperlukan sebagai garis panduan kepada bakal kaunselor apabila menjalankan sesi kaunseling dengan jayanya.

  • RUJUKANKod Etika Kaunselor(2011). Lembaga Kaunselor Malasia. Kuala Lumpur. Piawaian dan Kelayakan Latihan Kaunselor (2012). Lembaga Kaunselor Malaysia Nordiana Abd. Rahim, Wan Marzuki Wan Jaafar (2013), Penyeliaan Kaunselor Sekolah: Peranan Dan Tanggungjawab, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia