panduan penyeliaan kaunseling penagihan dan … · kementerian dalam negeri ... untuk membina...

1
PANDUAN PENYELIAAN KAUNSELING PENAGIHAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL PEGAWAI PEMULIHAN AADK KETUA PENYELIDIK: Dr Farhana Binti Sabri Pensyarah Kanan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia 06-798 8796 [email protected] COMMERCIALIZE-CONTACT: KETUA PENGARAH Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kementerian Dalam Negeri, Jalan Maktab Perguruan Islam, 43000 Kajang, Malaysia. Fax: +603-8926 2055 No. Tel: +603-8911 2200 Web: http://www.adk.gov.my PENYELIDIK BERSAMA: Dr. Dini Farhana Binti Baharudin Pn Zirwatul Ahlam Binti Zamzam PEMBANTU PENYELIDIK: Nur Faizah Binti Abdul Kahar PENDAHULUAN Modul penyeliaan kaunseling klinikal merupakan satu modul penyeliaan yang dirangka untuk mewujudkan satu garis panduan yang seragam dalam melaksanakan penyeliaan kaunseling klinikal. Pembangunan modul ini berasaskan Discrimination Model of Supervision and SAMHSA’s competencies on addiction counseling dan diselaraskan mengikut konteks AADK. Pembangunan modul ini membantu pelaksanaan amalan penyeliaan klinikal dan perkembangan professional pegawai pemulihan khususnya daripada bahagian rawatan dan pemulihan AADK dalam memberikan servis perkhidmatan yang terbaik. OBJEKTIF KAJIAN 1. Untuk mengkaji maklumat sedia ada mengenai program pembangunan professional dalam rawatan dan pemulihan dadah yang dijalankan oleh AADK. 2. Untuk memahami amalan klinikal yang sedia ada dalam rawatan dan pemulihan dadah. 3. Untuk mengkaji komponen-komponen yang diperlukan dalam penyeliaan klinikal dan perkembangan profesional. 4. Untuk membina pembangunan modul penyeliaan klinikal dan pengurusan perkembangan profesional dalam kaedah rawatan dan pemulihan dadah. 5. Untuk mendapatkan pengesahan mengenai modul yang dicadangkan. KERANGKA KONSEPTUAL Rajah 1 : Kerangka Konseptual Penyelidikan METODOLOGI •Mixed – Method Design (Explanatory Sequential Design) Kaedah ini melibatkan dua fasa kajian dimana data kuantitatif dikumpul dan dianalisa terlebih dahulu dan diikuti dengan pengumpulan data kualitatif dan analisa data. Tujuan bentuk kajian seperti ini digunakan adalah supaya dapatan kajian daripada data kualitatif dapat digunakan dalam membantu menafsirkan dan meghuraikan lebih lanjut dapatan terkumpul daripada fasa kuantitatif. •Data kuantitatif (Analisis) Set Inventori: o Indeks Keperluan Supervisee o Soal Selidik Tahap Supervisee •Data kualitatif (Analisis) Temubual Separa Struktur •Analisis data (Emerge data) Pengesahan panel penilai Pengujian modul Latihan modul PROSEDUR PENGUMPULAN DATA Rajah 2 : Prosedur Pengumpulan Data JANGKAAN HASIL PENYELIDIKAN 1) Garis panduan penyeliaan kaunseling klinikal dalam konteks AADK 2) Pegawai pemulihan AADK yang terlatih dalam penyeliaan kaunseling klinikal 3) Instrumen yang mengukur: o kemahiran pegawai pemulihan AADK dalam menjalankan penyeliaan kaunseling o kemahiran pegawai pemulihan AADK dalam menyediakan rawatan psikososial kepada klien penagihan dadah DAPATAN KAJIAN 1) Data kuantitatif Seramai 30 pegawai pemulihan dadah dari unit rawatan dan pemulihan AADK telah terlibat dengan fasa kajian kuantitatif. Mean umur sample kajian adalah 36. Maklumat demografi adalah seperti dalam jadual 1. Jadual 1. Maklumat Demografi Sampel Kajian 2) Data kualitatif Rajah 3: Program Pembangunan Profesional Bahagian Rawatan dan Pemulihan AADK Rajah 3 menunjukkan program pembangunan profesional yang sedia ada diamalkan oleh Bahagian Rawatan dan Pemulihan AADK. Dalam konteks AADK, pegawai yang bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan kaunseling dan mempunyai interaksi langsung dengan penghuni di pusat pemulihan dikenali sebagai pegawai pemulihan. Selain itu, pegawai pemulihan ini juga bertanggungjawab dalam menyelaras dan melaksanakan program-program yang berkaitan dengan rawatan dan pemulihan dadah terhadap penghuni di pusat rawatan AADK. Rajah 4: Carta Alir Pelaksanaan Amalan Klinikal Yang Sedia Ada Di Pusat Rawatan AADK Rajah 4 menunjukkan kronologi pelaksanaan amalan klinikal yang sedia ada diamalkan di bahagian rawatan dan pemulihan AADK. Terdapat beberapa prosedur yang perlu dilakukan sebelum sesuatu amalan atau rancangan pemulihan itu diimplimentasikan dalam sebuah pusat rawatan. KEBERHASILAN DAN IMPAK PROJEK PENYELIDIKAN KESIMPULAN Pelaksanaan amalan klinikal dalam budaya kerja menunjukkan Bahagian Rawatan dan Pemulihan AADK telah didedahkan dengan konsep penyeliaan dalam memastikan berlakunya peningkatan prestasi kerja para pegawai di bahagian tersebut. Garis panduan yang terkandung di dalam modul ini adalah berdasarkan kepada hasil penemuan dalam penyelidikan (findings grounded). Pengembangan modul ini melibatkan proses "pemikiran berasaskan bukti" (evidence-based thinking), di mana empat elemen dipertimbangkan iaitu: (1) penyelidikan saintifik, (2) teori penyeliaan klinikal, (3) kecekapan kaunseling penagihan, dan (4) prinsip amalan dan garis panduan AADK. Modul ini berfungsi sebagai panduan yang menyokong pegawai pemulihan AADK dalam mematuhi kerangka etika rawatan pemulihan dadah dan menjadi aspek penting untuk pihak yang tertakluk dibawah amalan profesional. Pelaksanaan modul ini akan membantu mereka untuk melibatkan diri dengan pendekatan yang berorientasikan penambahbaikan (improved-oriented approach) yang berkaitan dengan hal-hal pembangunan perkhidmatan klinikal yang membawa kepada penambahbaikan dalam pengekalan kakitangan, meningkatkan kemahiran-kemahiran kaunselor, dan memberi hasil yang lebih baik dalam rawatan pemulihan dadah. Pembangunan modul penyeliaan ini diintegrasikan dengan visi, misi, dan objektif unit rawatan, penjagaan, dan pemulihan AADK dalam membantu pelaksanaan amalan penyeliaan klinikal dan perkembangan professional pegawai pemulihan khususnya daripada bahagian rawatan dan pemulihan AADK.

Upload: vunga

Post on 27-Mar-2019

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN PENYELIAAN KAUNSELING PENAGIHAN DAN … · Kementerian Dalam Negeri ... Untuk membina pembangunan modul penyeliaan klinikal dan pengurusan perkembangan profesional dalam

PANDUAN PENYELIAAN KAUNSELING PENAGIHAN DAN

PERKEMBANGAN PROFESIONAL PEGAWAI PEMULIHAN AADK

KETUA PENYELIDIK: Dr Farhana Binti SabriPensyarah KananFakulti Kepimpinan dan PengurusanUniversiti Sains Islam Malaysia06-798 [email protected]

COMMERCIALIZE-CONTACT:KETUA PENGARAH Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)Kementerian Dalam Negeri,Jalan Maktab Perguruan Islam,43000 Kajang, Malaysia.Fax: +603-8926 2055No. Tel: +603-8911 2200Web: http://www.adk.gov.my

PENYELIDIK BERSAMA:Dr. Dini Farhana Binti BaharudinPn Zirwatul Ahlam Binti Zamzam

PEMBANTU PENYELIDIK:Nur Faizah Binti Abdul Kahar

PENDAHULUANModul penyeliaan kaunseling klinikal merupakan satu modul penyeliaan yang dirangka untuk mewujudkan satu garis panduan yang seragam dalam melaksanakan penyeliaan kaunseling klinikal. Pembangunan modul ini berasaskan Discrimination Model of Supervision and SAMHSA’s competencies on addiction counseling dan diselaraskan mengikut konteks AADK. Pembangunan modul ini membantu pelaksanaan amalan penyeliaan klinikal dan perkembangan professional pegawai pemulihan khususnya daripada bahagian rawatan dan pemulihan AADK dalam memberikan servis perkhidmatan yang terbaik.

OBJEKTIF KAJIAN1. Untuk mengkaji maklumat sedia ada mengenai program pembangunan professional dalam rawatan dan pemulihan dadah yang dijalankan oleh AADK.2. Untuk memahami amalan klinikal yang sedia ada dalam rawatan dan pemulihan dadah.3. Untuk mengkaji komponen-komponen yang diperlukan dalam penyeliaan klinikal dan perkembangan profesional.4. Untuk membina pembangunan modul penyeliaan klinikal dan pengurusan perkembangan profesional dalam kaedah rawatan dan pemulihan dadah.5. Untuk mendapatkan pengesahan mengenai modul yang dicadangkan.

KERANGKA KONSEPTUAL

Rajah 1 : Kerangka Konseptual Penyelidikan

METODOLOGI

•Mixed – Method Design (Explanatory Sequential Design) Kaedah ini melibatkan dua fasa kajian dimana data kuantitatif dikumpul dan dianalisa terlebih dahulu dan diikuti dengan pengumpulan data kualitatif dan analisa data. Tujuan bentuk kajian seperti ini digunakan adalah supaya dapatan kajian daripada data kualitatif dapat digunakan dalam membantu menafsirkan dan meghuraikan lebih lanjut dapatan terkumpul daripada fasa kuantitatif.

•Data kuantitatif (Analisis) Set Inventori: o Indeks Keperluan Supervisee o Soal Selidik Tahap Supervisee

•Data kualitatif (Analisis) Temubual Separa Struktur

•Analisis data (Emerge data) Pengesahan panel penilai Pengujian modul Latihan modul

PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Rajah 2 : Prosedur Pengumpulan DataJANGKAAN HASIL PENYELIDIKAN1) Garis panduan penyeliaan kaunseling klinikal dalam konteks AADK2) Pegawai pemulihan AADK yang terlatih dalam penyeliaan kaunseling klinikal3) Instrumen yang mengukur: o kemahiran pegawai pemulihan AADK dalam menjalankan penyeliaan kaunseling o kemahiran pegawai pemulihan AADK dalam menyediakan rawatan psikososial kepada klien penagihan dadah

DAPATAN KAJIAN1) Data kuantitatif

Seramai 30 pegawai pemulihan dadah dari unit rawatan dan pemulihan AADK telah terlibat dengan fasa kajian kuantitatif. Mean umur sample kajian adalah 36. Maklumat demogra� adalah seperti dalam jadual 1.

Jadual 1. Maklumat Demogra� Sampel Kajian

2) Data kualitatif

Rajah 3: Program Pembangunan Profesional Bahagian Rawatan dan Pemulihan AADK

Rajah 3 menunjukkan program pembangunan profesional yang sedia ada diamalkan oleh Bahagian Rawatan dan Pemulihan AADK. Dalam konteks AADK, pegawai yang bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan kaunseling dan mempunyai interaksi langsung dengan penghuni di pusat pemulihan dikenali sebagai pegawai pemulihan. Selain itu, pegawai pemulihan ini juga bertanggungjawab dalam menyelaras dan melaksanakan program-program yang berkaitan dengan rawatan dan pemulihan dadah terhadap penghuni di pusat rawatan AADK.

Rajah 4: Carta Alir Pelaksanaan Amalan Klinikal Yang Sedia Ada Di Pusat Rawatan AADK

Rajah 4 menunjukkan kronologi pelaksanaan amalan klinikal yang sedia ada diamalkan di bahagian rawatan dan pemulihan AADK. Terdapat beberapa prosedur yang perlu dilakukan sebelum sesuatu amalan atau rancangan pemulihan itu diimplimentasikan dalam sebuah pusat rawatan.

KEBERHASILAN DAN IMPAK PROJEK PENYELIDIKAN

KESIMPULANPelaksanaan amalan klinikal dalam budaya kerja menunjukkan Bahagian Rawatan dan Pemulihan AADK telah didedahkan dengan konsep penyeliaan dalam memastikan berlakunya peningkatan prestasi kerja para pegawai di bahagian tersebut. Garis panduan yang terkandung di dalam modul ini adalah berdasarkan kepada hasil penemuan dalam penyelidikan (�ndings grounded). Pengembangan modul ini melibatkan proses "pemikiran berasaskan bukti" (evidence-based thinking), di mana empat elemen dipertimbangkan iaitu: (1) penyelidikan saintifik, (2) teori penyeliaan klinikal, (3) kecekapan kaunseling penagihan, dan (4) prinsip amalan dan garis panduan AADK.Modul ini berfungsi sebagai panduan yang menyokong pegawai pemulihan AADK dalam mematuhi kerangka etika rawatan pemulihan dadah dan menjadi aspek penting untuk pihak yang tertakluk dibawah amalan profesional. Pelaksanaan modul ini akan membantu mereka untuk melibatkan diri dengan pendekatan yang berorientasikan penambahbaikan (improved-oriented approach) yang berkaitan dengan hal-hal pembangunan perkhidmatan klinikal yang membawa kepada penambahbaikan dalam pengekalan kakitangan, meningkatkan kemahiran-kemahiran kaunselor, dan memberi hasil yang lebih baik dalam rawatan pemulihan dadah. Pembangunan modul penyeliaan ini diintegrasikan dengan visi, misi, dan objektif unit rawatan, penjagaan, dan pemulihan AADK dalam membantu pelaksanaan amalan penyeliaan klinikal dan perkembangan professional pegawai pemulihan khususnya daripada bahagian rawatan dan pemulihan AADK.