nota n latihan 1. variasi bahasa

7
Variasi Bahasa Berikut adalah beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu. Variasi bahasa Kepelbahagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. Dialek Merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalam sesuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa dikenali sebagai dialek. Idiolek Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu. merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu. Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan. Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga. Dialek kawasan Variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya. Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut. Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu. Dialek sosial Dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkin berbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akan menggunakan bahasa-bahasa yang formal. Variasi-variasi ini yang berkiatan dengan dialek sosial, dikatakan sebagai dialek sosial. Berdasarkan konteks yang umum, pengunaan bahasa dapat dibahagikan kepada bahasa formal dan tak formal. -Contoh bahasa formal - Bahasa Baku dan Bahasa Diraja atau Bahasa Istana. -Contoh bahasa tak formal - Bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa pasar, bahasa halus, bahasa kasar, bahasa dialek dan sebagainya. -Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat dibezakan dengan membandingkan ragam bahasa bebas dan bahasa terkawal, dan ragam bahasa mesra dan bahasa formal. Ragam Bahasa Bebas dan Bahasa Terkawal

Upload: ikan-otek

Post on 01-Dec-2015

195 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Page 1: Nota N Latihan 1. Variasi Bahasa

Variasi Bahasa

Berikut adalah beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu.

Variasi bahasa Kepelbahagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa.

DialekMerupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalam sesuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa dikenali sebagai dialek.

Idiolek

Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu. merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu.Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan.Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga.

Dialek kawasan

Variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya. Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu.  

Dialek sosial

Dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkin berbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akan menggunakan bahasa-bahasa yang formal. Variasi-variasi ini yang berkiatan dengan dialek sosial, dikatakan sebagai dialek sosial.

Berdasarkan konteks yang umum, pengunaan bahasa dapat dibahagikan kepada bahasa formal dan tak formal.-Contoh bahasa formal - Bahasa Baku dan Bahasa Diraja atau Bahasa Istana.-Contoh bahasa tak formal - Bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa pasar, bahasa halus, bahasa kasar, bahasa dialek dan sebagainya.-Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat dibezakan dengan membandingkan ragam bahasa bebas dan bahasa terkawal, dan ragam bahasa mesra dan bahasa formal.

Ragam Bahasa Bebas dan Bahasa Terkawal

Ragam Bahasa Bebas Bahasa Terkawal

Ayat yang tidak gramatis. Tidak mementingkan aspek sebutan, intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat, dan tatabahasa.Contoh: You ni betullah degil sangat. I dah warning you banyak kali, tapi you masih hendak ke tempat tu.

Ayat yang gramatis Mementingkan aspek-aspek sebutan dan intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat dan tatabahasa.Contoh: Awak sangat degil. Saya telah berkali-kali memberi amaran supaya jangan pergi ke tempat itu, tetapi awak masih hendak ke sana.

Bahasa Slanga-Bahasa tidak rasmi, tidak baku.-Dianggap lebih rendah tarafnya daripada bahasa standard.-Menggunakan kata-kata remaja seperti brader, pakwe, mengancam, sekeh, boring. Bahasa BasahanJuga disebut sebagai bahasa kolokial.Za'aba menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap mulut.

Page 2: Nota N Latihan 1. Variasi Bahasa

Merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi.Terdapat tiga jenis perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan, iaitu:(a) perkataan berbeza untuk makna yang serupa

Bahasa Baku Bahasa Basahan

Mengapa kenapa

Bagaimana macam mana

Sedang tengah

(b) bentuk kependekan

Bahasa Baku Bahasa Basahan

Hendak nak

tidak tak

Sudah dah

(c) perubahan bunyi

Bahasa Baku Bahasa Basahan

Ambil ambik

Kecil kecik

Pula pulak

  Bahasa PasarBahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan MelayuPelat penyebutan dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur.Tidak gramatis dengan mengabaikan hukum DM dan penggunaan penjodoh bilangan.Contoh: Pengunaan Gua menggantikan saya (ganti diri orang pertama) dan `lu' (ganti diri nama kedua).Menggunakan banyak sebagai kata penguat, contoh: banyak cantik.Kerap menggunakan perkataan `punya' , contoh: dia punya barang, apa punya budak.

Bahasa HalusBahasa halus wujud kerana pertimbangan terhadap orang yang dilawan bertutur. Kedudukan, pangkat, umur dan keakraban orang yang dilawan bertutur mempengaruhi pemilihan perkataan dan kata ganti nama.Bahasa halus juga ada kalanya digunakan dalam surat-menyurat apabila kata-kata yang bersopan digunakan.Kata ganti nama diri merupakan ciri-ciri yang penting, seperti penggunaan anakanda, ayahanda, adinda, kekanda, bonda dan nenda.Bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk menyatakan sesuatu secara halus atau tidak berterus terang.Contoh: Buang air besar, berbulan madu, berbadan dua.Berikut diturunkan beberapa contoh:

Bahasa Basahan Bahasa Halus

kencing Buang air kecil

berak Buang air besar

mengandung/bunting Berbadan dua

kubur makam

 Bahasa KasarBahasa yang dhamburkan dengan mengikut perasaan. Kata-kata kesat ialah contoh bahasa kasar seperti bangang, bodoh, tak berotak dan sebagainya.Ada pihak yang mengatakan perkataan jantan dan betina, jika ditujukan kepada manusia juga tergolong dalam bahasa kasar.

Page 3: Nota N Latihan 1. Variasi Bahasa

Bagaimanapun, kesannya kepada orang lain adalah subjektif, kerana adakalanya bahasa yang dianggap kasar di kawasan tertentu dianggap gurauan atau bahasa cakap mulut di kawasan yang lain. Misalnya perkataan celaka dianggap kesat di Selangor, tetapi dianggap biasa di Melaka.Dialekvariasi daripada sesuatu bahasa tertentu dan dituturkan oleh sekumpulan masyarakat bahasa tersebut.Dialek ditentukan oleh faktor geografi dan sosial.Dialek berbeza dari segi:a. SebutanContoh: Perkataan ``air'' disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq, ayo.b Gaya lagu bahasaContoh: Dialek Perak biasanya mempunyai sebutan yang lebih laju daripada Negeri Sembilan.c. TatabahasaContoh: penggunaaan imbuhan per- dan -kan.perbesar (dialek Kedah) dan besarkan (dialek Johor).(d) Kosa kataContoh: bewoh (dialek Kelantan bermaksud kenduri)(e) kata ganti diriContoh ambo (dialek Kelantan bermaksud saya)Hang (dialek utara bermaksud kamu)

Latihan 1 Pilih jawapan yang paling tepat1. Idiolek, dialek kawasan atau loghat, dan dialek sosial merupakan ciri-ciri yang menentukan

A. TatabahasaB. SintaksisC. Variasi bahasaD. Kesantunan bahasa  

2. Kelainan penggunaan bahasa di peringkat individu dikenali sebagai A DialekB IdiolekC Laras bahasaD loghat  

3. Sungguhpun perbezaan tidak begitu ketara, namun berlaku perbezaan sebutan dan nada sebutan.

Banyak dikaitkan dengan perbezaan alat sebutan. Dipengaruhi oleh tabiat pertuturan.

 Kenyataan di atas menerangkanA. Laras bahasaB. IdiolekC. LoghatD. Kesantunan bahasa  

4. Jika dilihat daripada rumpun bahasa, bahasa Melayu termasuk dalam rumpun bahasa Austronesia. Rumpun bahasa Austronesia ialah: I. NusantaraII. PolinesiaIII. MelanesiaIV MikronesiaA. I sahaja

Page 4: Nota N Latihan 1. Variasi Bahasa

B. III dan IVC. I, II dan IIID. I, II., III dan IV

5. Pada umumnya, dialek bahasa Melayu merangkumi: I. Bahasa Malaysia di MalaysiaII. Bahasa Indonesia di IndonesiaIII. Bahasa Melayu di BruneiIV. Bahasa Melayu di SingapuraA. I, III dan IVB. I, II, III dan IVC. I sahajaD. III dan IV sahaja 

6. Kelainan bahasa Melayu yang dituturkan di utara (Perlis, Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak) dengan di Kelantan merupakan satu contoh gejala A. IdiolekB. Dialek SosialC. Dialek KawasanD. Bahasa standard  

7. Semua padanan sebutan berikut merupakan dialek kecuali: A. besar, besau, besaq, bosaB. awak, engkau, ekau, hangC. mereka, hang pa, depa, beliauD. tebal, tebai, teba, tobal 

8. ``Usaha, tindakan atau proses mengetengahkan bentuk bahasa yang benar dan yang dapat menjadi dasar ukuran.''Kenyataan di atas dirujuk kepada A. bahasa pasarB. loghatC. bahasa bakuD. bahasa dialek Johor-Riau

9. Pada umumnya, penggunaan bahasa halus meliputi hal-hal yang berikut, iaitu: I. Bahasa IstanaII. Bahasa surat-menyuratIII. Bahasa PasarIV. Bahasa kesatA. III dan IVB. II dan IIIC. I dan IID. I, II, III dan IV 

Latihan 2 (Struktur)

1. Nyatakan perbezaan antara dialek kawasan, dialek sosial dan idiolek.2. Bina dua ayat yang menunjukkan perbezaan antara bahasa formal dan tidak formal.3. Bina dua ayat yang menunjukkan perbezaan antara bahasa kasar dan halus .

Page 5: Nota N Latihan 1. Variasi Bahasa

Nama :Nombor Matriks :Mentor :

Jawapan

Latihan 11.2.3.4.5.6.7.8.9.

Latihan 2

1. ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

2.________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

3.________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________