prestasi kemahiran motor halus dan motor · pdf fileprestasi kemahiran motor halus dan motor...

21
PRESTASI KEMAHIRAN MOTOR HALUS DAN MOTOR KASAR KANAK-KANAK MASALAH PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN INSTRUMEN MOVEMENT ASSESSMENT BATTERY FOR CHILDREN (MABC) ERNIE SULIANA BINTI MD. SHARIFF FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: lytram

Post on 06-Feb-2018

331 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: PRESTASI KEMAHIRAN MOTOR HALUS DAN MOTOR · PDF fileprestasi kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran menggunakan instrumen movement assessment battery

PRESTASI KEMAHIRAN MOTOR HALUS DAN MOTOR KASAR KANAK-KANAK MASALAH PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN

INSTRUMEN MOVEMENT ASSESSMENT BATTERY FOR CHILDREN (MABC)

ERNIE SULIANA BINTI MD. SHARIFF

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PRESTASI KEMAHIRAN MOTOR HALUS DAN MOTOR · PDF fileprestasi kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran menggunakan instrumen movement assessment battery

PSZ 19 : 16 ( Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL :

Saya, ER Mengaku memperpustakaan Uberikut: 1. Te2. Pe

un3. Pe

pe4. **

TANDATANG Alamat Tetap No 4580, Jln S Tmn Seremba 70450 Seremb Negeri Sembi Tarikh : 30 CATATAN * Potong y

** Jika tesi dengan ♦ Tesis dim disertai

PRESTASI KEMAHIRAN MOTOR HALUS DAN MOTOR KASAR KANAK-KANAK MASALAH PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN INSTRUMEN MOVEMENT ASSESSMENTBATTERY FOR CHILDREN (MABC)

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

NIE SULIANA BINTI MD.SHARIFF (HURUF BESAR)

benarkan tesis ( PSM/ Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di niversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti

sis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia rpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan tuk tujuan pengajian sahaja. rpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan rtukaran antara institusi pengajian tinggi. Sila tandakan ( √ )

SULIT TERHAD TIDAK TERHAD

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

AN PENULIS TANDATANGAN PENYELIA

j 4/3, DR.MOHAD ANIZU BIN HJ MOHDNOR n Jaya, an,

lan Darul Khusus.

APRIL 2008 Tarikh : 30 APRIL 2008

ang tidak berkenaan s ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

aksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: PRESTASI KEMAHIRAN MOTOR HALUS DAN MOTOR · PDF fileprestasi kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran menggunakan instrumen movement assessment battery

PRESTASI KEMAHIRAN MOTOR HALUS DAN MOTOR KASAR KANAK-KANAK MASALAH PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN

INSTRUMEN MOVEMENT ASSESSMENT BATTERY FOR CHILDREN (MABC)

ERNIE SULIANA BINTI MD.SHARIFF

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugeraan Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan ( Sains Sukan ).

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2008

Page 4: PRESTASI KEMAHIRAN MOTOR HALUS DAN MOTOR · PDF fileprestasi kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran menggunakan instrumen movement assessment battery

ii

Page 5: PRESTASI KEMAHIRAN MOTOR HALUS DAN MOTOR · PDF fileprestasi kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran menggunakan instrumen movement assessment battery

iii

Page 6: PRESTASI KEMAHIRAN MOTOR HALUS DAN MOTOR · PDF fileprestasi kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran menggunakan instrumen movement assessment battery

iv

DEDIKASI

Teristimewa Buat

Ayahanda dan Bonda Yang Sentiasa Dalam Ingatan

Allahyarham Md.Shariff Bin Shafiee

Allahyarhamah Aishah Binti Hamid

Kekanda dan Adinda Tersayang

Ramlee bin Md shariff

Ramlah bt Md.shariff

Azmi bin Md.shariff

S.Rohani bt Md.Shariff

Zamri Bin Md.shariff

Norma bt Md.shariff

Emirul Hisyam bin Md.shariff

Mohd Ibrahim bin Md.shariff

Sahabat-sahabatku

SPS 05/09- Mas, umi,wawa,uming ,dan mereka yang tidak tercatat

namanya disini

Kalian pencetus Inspirasi

Pendorong Semangat

Terima Kasih Tak Terhingga

Page 7: PRESTASI KEMAHIRAN MOTOR HALUS DAN MOTOR · PDF fileprestasi kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran menggunakan instrumen movement assessment battery

v

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan berkat dan kesabaran

akhirnya saya dapat menyempurnakan kajian ilmiah ini dalam tempoh yang telah di

tetapkan.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Dr. Mohad Anizu

Bin Haji Mohd Nor dan Puan Halijah Binti Ibrahim selaku pensyarah dan pembimbing

yang telah banyak membantu serta memberi tunjuk ajar yang berguna dalam proses

menyempurnakan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.

Ucapan penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang

terlibat terutamanya SK Taman Universiti 4, khususnya kepada guru-guru yang terlibat

iaitu Pn.Zulaiha Binti Md.Taher, Cik Azilah Binti Mohd Nor, Cik Rosnani Binti Latif

dan En.Hazeeli Bin Mohd Shariff serta pelajar-pelajar di atas kerjasama yang diberikan

sepanjang saya menjalankan kajian.

Akhir kata, semoga segala kerjasama, tunjuk ajar dan sokongan yang diberikan

oleh semua pihak akan diberkati oleh Allah hendaknya. InsyaAllah

Page 8: PRESTASI KEMAHIRAN MOTOR HALUS DAN MOTOR · PDF fileprestasi kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran menggunakan instrumen movement assessment battery

vi

ABSTRAK

Perkembangan kemahiran motor halus dan motor kasar seseorang kanak-kanak

banyak bergantung kepada perkembangan otak, keseimbangan badan dan peningkatan

koordinasi badan. Namun kanak-kanak pendidikan khas berbeza daripada kanak-kanak

biasa atupun sederhana dari segi mental, keupayaan deria, ciri-ciri saraf, otot, fizikal,

tingkahlaku sosial ataupun emosi, keupayaan komunikasi dan pelbagai kekurangan.

Oleh itu, objektif kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui prestasi kemahiran

motor halus dan motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran. Kajian ini penting

kerana pengukuran prestasi kemahiran motor halus dan motor kasar di kalangan kanak-

kanak masalah pembelajaran menggunakan instrumen ujian yang telah diterima pakai di

peringkat antarabangsa masih kurang dilaksanakan dan tiada hasil penyelidikan

didokumenkan di Malaysia. Kajian ini berbentuk kajian eksperimental. Seramai 22

orang kanak-kanak bermasalah pembelajaran berumur 7 hingga 14 tahun daripada

pelbagai jenis kecacatan seperti autisme, ceberal palsi, sindrom down dan slow learner

di SK Taman Universiti 4, Skudai Johor terlibat dalam penyelidikan ini. Pengumpulan

data melalui ujian Movement Assessment Battery For Children yang telah dibangunkan

oleh Harcourt Assessment. Ujian ini mengandungi 3 bahagian iaitu Manual Dexterity,

Ball Skill serta Static and Dinamic Balance. Data yang dikumpul untuk dianalisis

dengan menggunakan Microsoft Excel. Melalui ujian yang dilakukan, 56.25 % daripada

semua subjek telah menyelesaikan kesemua ujian. Daripada keputusan ujian, perbezaan

umur dan kecacatan mempengaruhi tahap keupayaan kemahiran motor halus dan motor

kasar kanak-kanak masalah pembelajaran. Kesimpulannya, kajian seperti ini amat

diperlukan bagi membantu meningkatkan prestasi kanak-kanak masalah pembelajaran.

Page 9: PRESTASI KEMAHIRAN MOTOR HALUS DAN MOTOR · PDF fileprestasi kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran menggunakan instrumen movement assessment battery

vii

ABSTRACT

Development of children gross motor and fine motor depends on their brain

development, body balancing and the increase of body coordination. However, special

education children’s mental are different than normal or moderate children’s mental.

Beside that communication ability, sensory ability, characteristic of nerves, muscles,

physical, social behaviour or emotion and variety of deficiency also different.

Therefore, the objective of this research to know the performance of gross motor and

fine motor skill among learning disabilities children. This research is important because

the measurement of gross motor and fine motor skills performance among learning

disabilities children using the test instrument that had been use at the international level

are not fully implemented and there is no documented research output in Malaysia. This

research is experimental research. There are 22 learning disabilities students from 7 to

14 years old from Sek. Keb. Taman Universiti 4 were involved in this research.

Autisme, Ceberal Palsy, Down Syndrom and Slow Learner were categorised as learning

disabilities. Data were collected through MABC that were developed by Harcout

Assessment. This test consist of 3 part which are Manual Dexterity, Ball Skill and Static

and Dinamic Balance. The data collected were analysed using Microsof Excel. There

is 56.25% from 22 student did the test completely. From the data collected, In age

differentiation and learning disabilities influenced the development of gross and fine

motor. In conclusion, this particular research is needed to assist in increasing the

performance of learning disabilities students.

Page 10: PRESTASI KEMAHIRAN MOTOR HALUS DAN MOTOR · PDF fileprestasi kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran menggunakan instrumen movement assessment battery

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

Halaman Judul i

Pengesahan Penyelia ii

Pengakuan iii

Dedikasi iv

Penghargaan v

Abstrak vi

Abstract vii

Senarai Kandungan viii

Senarai Jadual xii

Senarai Lampiran xiii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Operasional 9

Page 11: PRESTASI KEMAHIRAN MOTOR HALUS DAN MOTOR · PDF fileprestasi kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran menggunakan instrumen movement assessment battery

ix

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Kajian-kajian Berkaitan 11

2.3 Kesimpulan 14

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 16

3.2 Reka Bentuk Kajian 16

3.3 Tempat Kajian 17

3.4 Sampel Kajian 17

3.5 Instrumen Kajian 17

3.6 Prosedur Kajian 20

3.7 Kajian Rintis 62

3.8 Analisis Data 62

3.9 Jangkamasa Kajian 63

3.10 Kesimpulan 63

BAB VI ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 64

4.2 Analisis Data Kuantitatif 65

4.2.1 Latar belakang Responden 65

4.2.2 Mata Senarai Semak 65

Page 12: PRESTASI KEMAHIRAN MOTOR HALUS DAN MOTOR · PDF fileprestasi kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran menggunakan instrumen movement assessment battery

x

4.3 Ketangkasan Manual, Kemahiran Bola dan 69

Keseimbangan Statik dan Dinamik

4.4 Perbandingan Pencapaian Sampel Dengan 75

Rekod Asas Movement Assessment Battery

For Children

4.5 Kesimpulan 76

BAB V PERBINCANGAN,CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 77

5.2 Perbincangan 78

5.2.1 Tahap keupayaan / prestasi 78

kemahiran motor halus dan motor

kasar bagi kanak-kanak masalah

pembelajaran.

5.2.2 Perbezaan tahap keupayaan/prestasi 80

kemahiran motor halus dan motor

kasar kanak-kanak masalah

pembelajaran

5.2.3 Faktor umur kanak-kanak 81

masalah pembelajaran mempengaruhi

tahap keupayaan kemahiran motor

halus dan motor kasar mereka

5.3 Kesimpulan 82

Page 13: PRESTASI KEMAHIRAN MOTOR HALUS DAN MOTOR · PDF fileprestasi kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran menggunakan instrumen movement assessment battery

xi

5.4 Cadangan

5.4.1 Pemilihan subjek ( umur, latar belakang 84

keluarga, tahap kesihatan)

5.4.2 Kajian rintis terhadap sampel yang akan 84

diuji mestilah kategori yang sama

5.4.3 Lebih memberi fokus kepada satu kecacatan 85

dan kemahiran tertentu

5.4.4 Tempat Pengujian 85

5.4.5 Masa Pengujian 86

5.4.6 Latihan kepada penguji 86

5.4.7 Kemudahan catatan ( pencatat, video, foto) 87

5.5 Penutup 88

RUJUKAN 89-90

LAMPIRAN A-G 91-117

Page 14: PRESTASI KEMAHIRAN MOTOR HALUS DAN MOTOR · PDF fileprestasi kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran menggunakan instrumen movement assessment battery

xii

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKASURAT 3.5.1 Jenis ujian Kemahiran Motor Kasar mengikut 18

Peringkat Umur

3.5.2 Jenis ujian Kemahiran Motor halus mengikut 18 Peringkat Umur

4.1 Keputusan Senarai Semak dan Ujian Tugasan 66 4.2 Keputusan Senarai Semak dan Ujian Tugasan 68 4.3 Kemahiran Motor Kasar (7 hingga 8 tahun) 70 4.4 Kemahiran Motor Halus (7 hingga 8 tahun) 71 4.5 Kemahiran Motor Kasar (9 hingga 10 tahun) 72 4.6 Kemahiran Motor Halus (9 hingga 10 tahun) 72 4.7 Kemahiran Motor Kasar (11 hingga 14 tahun) 73 4.8 Kemahiran Motor Halus (11 hingga 14 tahun) 74 4.9 Frekuensi Keputusan Ujian 75

Page 15: PRESTASI KEMAHIRAN MOTOR HALUS DAN MOTOR · PDF fileprestasi kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran menggunakan instrumen movement assessment battery

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT A Contoh Borang Ujian 91-108 B Surat Permohonan Kebenaran Sekolah 109-110 C Surat Kebenaran dari Pihak Sekolah 111 D Contoh Surat Kebenaran Ibu Bapa 112-113 E Contoh Surat Maklum balas Ibu Bapa 114 F Surat Pengesahan Pelajar 115 G Surat Kebenaran dari Kementerian Pendidikan 116

Malaysia H Surat kebenaran dari Jabatan Pelajaran Johor 117

Page 16: PRESTASI KEMAHIRAN MOTOR HALUS DAN MOTOR · PDF fileprestasi kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran menggunakan instrumen movement assessment battery

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pembelajaran adalah bertujuan untuk memperolehi kemahiran, pengetahuan

dan membentuk sikap. Pembelajaran Kemahiran Motor melibatkan proses dalam

saraf deria dan proses motor. Pembelajaran ini adalah bertujuan untuk memperolehi

maklumat, menggunakan maklumat, belajar sesuatu dan membuat sesuatu.

Sebagai contoh kes mengdiagnosis dan merawat pesakit. Pegawai Perubatan

perlu kepada kemahiran persepsi untuk mengesan simptom atau masalah kesihatan

pesakit. Kemudian dengan menggunakan kemahiran motor, doktor cuba merawat

pesakit. Oleh itu pembelajaran kemahiran motor memerlukan penggunaan persepsi

mental sebelum bertindak. Antara contoh aktiviti lain yang memerlukan

pembelajaran kemahiran motor ialah seperti mengambil gambar foto, bermain alat

muzik, menggunakan komputer peribadi, memasukkan benang ke dalam jarum dan

memanjat tangga.

Menurut pendapat Schmidt (1982), pembelajaran motor merupakan satu

proses gabungan latihan dan pengalaman yang menjana perubahan tindakan atau

pergerakan yang kekal. Pembelajaran telah berlaku berdasarkan maklum balas

mengikut prestasi pengetahuan (knowledge of performance) dan pengetahuan

keputusan (knowledge of results).

Page 17: PRESTASI KEMAHIRAN MOTOR HALUS DAN MOTOR · PDF fileprestasi kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran menggunakan instrumen movement assessment battery

2

Kemahiran adalah satu tindakan, tugas atau corak tindak balas tertentu serta

kebolehan dan kesanggupan yang diperkembangkan. Ini adalah satu sifat am yang

bergantung kepada faktor-faktor keturunan, persekitaran dan pembelajaran.

Menurut Maier (1980) dalam Arasoo (1989), kemahiran motor ialah kebolehan

mengeluarkan suatu corak unsur perlakuan yang berhubung dengan persekitaran

tertentu.

Kemahiran motor merupakan pergerakan yang melibatkan otot-otot pada

badan. Menurut Singer (1972), beliau telah menghuraikan domain psikomotor

mengikut kemampuan motor (motor abilities), ciri-ciri afektif dan kemampuan

kognitif. Domain psikomotor terbahagi kepada tiga komponen seperti Kemahiran

Motor (Motor Abilities), Tugasan Fizikal (Physical Tasks) dan Tingkahlaku

Persepsi Motor (Perceptual-Motor Behavior).

Kemahiran motor dibahagikan kepada dua bahagian iaitu motor kasar dan

motor halus (Magill, 2001). Kemahiran motor kasar merupakan kemahiran yang

melibatkan kumpulan otot-otot kasar atau besar yang melibatkan banyak anggota.

Kemahiran motor halus merupakan kemahiran yang melibatkan kumpulan otot-otot

kecil atau halus dan sukar dilihat. Walaubagaimanapun, terdapat kesukaran dalam

mengaplikasikan sesetengah kemahiran bagi menentukan penggunan kumpulan otot

kasar atau otot halus.

Menurut Model Simpson, E.J (1972) terdapat empat tahap cara penguasaan

kemahiran. Tahap pertama ialah memerhati (perception). Selain itu, ada juga

pengalaman kemahiran yang ditimba dengan membaca buku atau merujuk video.

Pada tahap kedua pula ialah peniruan (imitation). Kemahiran mengikut dan cuba

meniru apa yang dilakukan oleh orang lain dengan bimbingan. Mereka belajar

kemahiran dengan melihat individu lain yang berpengalaman dan tahap ini

merupakan tahap paling asas sekali. Tahap ketiga pula pada peringkat berlatih

Page 18: PRESTASI KEMAHIRAN MOTOR HALUS DAN MOTOR · PDF fileprestasi kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran menggunakan instrumen movement assessment battery

3

(trainning) iaitu mengikut urutan dan masih cuba mencari penyelarasan antara

bahagian dalam sesuatu kemahiran. Tahap keempat ialah penyesuaian (adaptation)

dan ianya merupakan kemahiran yang dapat dikuasai dengan sempurna.

Menurut Huttenlocher, (1990, 1994) kanak-kanak merupakan individu yang

mempunyai perkembangan kemahiran motor yang cepat sama ada kemahiran motor

kasar atau motor halus. Perkembangan kemahiran motor kasar dan kemahiran motor

halus seorang kanak-kanak banyak bergantung kepada perkembangan otak,

keseimbangan badan dan peningkatan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak

Berbeza pula dengan kanak-kanak pendidikan khas. Mengikut terjemahan

Kirk (1993), Murid Pendidikan Khas ialah kanak-kanak yang berbeza daripada

kanak-kanak sederhana ataupun biasa dalam ciri-ciri mental, keupayaan deria, ciri-

ciri saraf dan otot ataupun fizikal, tingkah laku sosial ataupun emosi, keupayaan

komunikasi dan pelbagai kekurangan. Antara kategori Murid Pendidikan Khas ialah

bermasalah pembelajaran. Di Malaysia Masalah Pembelajaran ini merangkumi

perkembangan yang lewat bagi kanak-kanak yang berusia bawah tiga tahun seperti

Sindrom Down, Autisme, ADHD (Attention Deficit and Hyperactivity Disorder),

terencat akal (berusia lebih tiga tahun) dan masalah pembelajaran spesifik seperti

disleksia, disgrafia, diskakulia dan lain-lain.

Sebenarnya, kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran bukanlah

bermaksud bodoh, lembab, malas atau tahap kecerdasan yang rendah ataupun

berlaku akibat daripada perbezaan budaya, status sosial, kekangan ekonomi dan

pengaruh persekitaran tetapi masalah pembelajaran bermaksud masalah khusus di

dalam otak kanak-kanak seperti ini. Ianya boleh menjejaskan cara seseorang itu

memproses dan bertindak balas terhadap sesuatu maklumat. Contohnya sesetengah

kanak-kanak mungkin mempunyai beberapa masalah kemahiran motor yang akan

memperlahankan kelajuan menulis mereka. Masalah ini selalunya disebabkan oleh

Page 19: PRESTASI KEMAHIRAN MOTOR HALUS DAN MOTOR · PDF fileprestasi kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran menggunakan instrumen movement assessment battery

4

otot jari yang lemah. Menyedari begitu banyak perkara yang boleh menjejaskan

kemampuan seseorang anak belajar, penilaian untuk mengatasi masalah

pembelajaran perlu dilakukan dengan teliti. Oleh itu, tahap keupayaan kemahiran

motor halus dan motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran boleh diukur

menggunakan Instrument Movement Assessment Battery for Children (MABC).

1.2 Latar Belakang Masalah

Thelen (2000) dalam Gallahue dan Ozmun (2006) telah menyatakan kawalan

motor muncul daripada interaksi yang berterusan dan rapat antara sistem saraf dan

penglihatan, anggota badan dan bahagian lain badan. Ini menerangkan bahawa

pergerakan antara badan berkait rapat dengan sistem saraf yang membawa

maklumat. Kawalan motor oleh saraf akan mengawal pergerakan otot-otot bagi

menghasilkan suatu pergerakan.

Ini sangat berbeza dengan masalah yang dihadapi oleh Zamri di mana beliau

memperolehi kemahiran bercakap pada usia 5 tahun dan mengalami kesulitan dalam

pembelajarannya (Teoh Hsien-Jin., 2007). Permasalahan ini berlaku ekoran

daripada interaksi yang tidak berterusan. Antara faktor yang menjejaskan

pembelajaran adalah masalah fizikal seperti hilang pendengaran, kurang

penglihatan, terencat mental, kecederaan otak dan perkembangan pertuturan yang

lewat. Faktor fisiologikal, psikologikal dan persekitaran juga perlu dipertimbangkan.

Page 20: PRESTASI KEMAHIRAN MOTOR HALUS DAN MOTOR · PDF fileprestasi kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran menggunakan instrumen movement assessment battery

5

Tingkah laku manusia merupakan unsur yang penting bagi pergerakan.

Pergerakan ini berkait rapat dengan kemahiran motor. Pergerakan amat penting

untuk memenuhi keperluan hidup yang sempurna. Pergerakan melibatkan pelbagai

jenis otot badan dan menghasilkan lakuan motor. Kawalan motor mengkaji postur

dan pergerakan manusia serta mekanisme yang mengawal kedua-duanya. Kawalan

pergerakan yang dicapai menerusi interaksi semua jenis lakuan motor yang mampu

dihasilkan oleh sistem biologi.

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian yang lepas menunjukkan 50% kanak-kanak masalah pembelajaran

berhubung rapat dengan Developmental Coordination Disorder (DCD) Kaplan et.al

(1998), Sugden dan Wann (1987). Perkaitan antara koordinasi motor yang lemah

dan masalah pembelajaran menunjukkan peningkatan rangkaian saraf yang lemah

sedangkan ia bertanggungjawab untuk mengintegrasikan maklumat daripada deria

motor (Waber et .al, 2000).

Menurut Jongmanns et. al (2003), kanak-kanak dengan masalah DCD dan

Learning Disabilities (LD) adalah lemah dalam semua prestasi yang melibatkan

kognitif dan motor. Bahagian hadapan otak berfungsi untuk memproses maklumat

Namun kerosakkan di bahagian tersebut akan menyebabkan sebahagian persepsi

motor dan simptom kognitif menyumbang kepada masalah pembelajaran (Habib,

2000). Namun kanak-kanak dengan masalah DCD dan LD memerlukan masa untuk

memproses maklumat bagi menentukan pergerakan yang perlu dilakukan.

Page 21: PRESTASI KEMAHIRAN MOTOR HALUS DAN MOTOR · PDF fileprestasi kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran menggunakan instrumen movement assessment battery

6

Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengukur tahap keupayaan kemahiran

motor kasar dan motor halus kanak-kanak masalah pembelajaran mengikut jenis

masalah dan perbezaan peringkat umur. Melalui kajian ini, pengkaji dapat melihat

sejauhmana masalah pembelajaran mempengaruhi prestasi kemahiran motor.

1.4 Objektif Kajian

Objektif bagi kajian ini adalah seperti berikut:-

1.4.1 Untuk mengetahui prestasi kemahiran motor halus kanak-kanak masalah

pembelajaran.

1.4.2 Untuk mengetahui prestasi kemahiran motor kasar kanak-kanak masalah

pembelajaran.

1.4.3 Untuk membandingkan tahap keupayaan kemahiran motor halus dan motor

kasar kanak-kanak masalah pembelajaran mengikut jenis masalah kecacatan.

1.4.4 Untuk membandingkan tahap keupayaan kemahiran motor halus dan motor

kasar kanak-kanak masalah pembelajaran mengikut peringkat umur.