pembelajaran kemahiran motor

Upload: blues-mien

Post on 18-Jul-2015

423 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR

Definisi Pembelajaran Kemahiran Motor Pembelajaran kemahiran motor ialah bidang pengajian pergerakan manusia yang berfokus kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan dan prestasi motor yang berlaku hasil proses fizikal seperti praktis dan latihan. Perubahan dari segi keupayaan kawalan dan prestasi motor boleh digambarkan melalui lengkok pembelajaran kemahiran dan prestasi motor.

Lengkok Lurus (Linear) Peningkatan prestasi yang seimbang sepanjang proses pembelajaran.Pembelajaran

Praktis

Lengkok Cembung (Negatively Accelerated) Peningkatan prestasi yang tinggi di awal proses pembelajaran dan kadar peningkatan yang beransur kurang pada penghujung.Pembelajaran

Praktis

Lengkok Cengkung (Positively Accelerated) Peningkatan prestasi yang sedikit di awal pembelajaran dan peningkatan mendadak dialami pada penghujung preses tersebut.Pembelajaran

Praktis

Lengkok S (Ogive) Peningkatan prestasi yang berlaku melibatkan kombinasi linear, cembung dan cekung.Pembelajaran

Praktis

Pembolehubah Pembelajaran Pembelajaran kemahiran motor dipengaruhi oleh beberapa pembolehubah iaitu : a. Perbezaan Individu b. Pemindahan Pembelajaran

Perbezaan Individu Pembolehubah perbezaan individu adalah berdasarkan klasifikasi yang dikemukakan oleh Fleishman (1972). Dalam aspek kebolehan motor boleh dinilai berpandukan dua taksonomi keupayaan motor yang dikemukanan iaitu a. Keupayaan persepsi motor. b. Kecekapan fizikal.

Keupayaan Persepsi Motor Ciri-ciri keupayaan persepsi motor adalah a. Kordinasi berbagai anggota. b. Ketepatan kawalan. c. Orientasi respon. d. Masa reaksi. e. Kelajuan respon. f. Keupayaan manipulasi jari. g. Keupayaan manual. h. Integrasi respon.

Kecekapan Fizikal Ciri-ciri kecekapan fizikal adalah a. Kekuatan statik. b. Kekuatan dinamik. c. Kekuatan eksplosive. d. Kekuatan bahagian anggota atas. e. Kelenturan statik. f. Kelenturan dinamik. g. Koodinasi asas. h. Keseimbangan asas. i. Daya tahan.

Pemindahan Pembelajaran Jenis-Jenis pemindahan pembelajaran yang umum ialah : a. Pemindahan positif. b. Pemindahan negatif. c. Pemindahan sifar.

KUIZ1. 2.3.

4. 5.

Terangkan definisi pembelajaran kemahiran motor ? Lukiskan 4 ciri lengkok pembelajaran kemahiran dan prestasi motor ? Terangkan secara ringkas tentang perkara-perkara penting berikut : a. Lengkok lurus b. Lengkok cembung c. Lengkok cekung d. Lengkok S Senaraikan 6 ciri-ciri keupayaan prestasi motor ? Terangkan secara ringkas jenis-jenis pemindahan pembelajaran berikut ? a. Pemindahan positif b. Pemindahan negatif c. Pemindahan sifar