nota : pembelajaran motor

28
TOPIK 1 KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA KAWALAN MOTOR Pembelajaran motor adalah satu proses untuk meningkatkan prestasi kemahiran motor. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kehalusan dan ketepatan sesuatu pergerakan . 1.1 PEMBELAJARAN MOTOR DAN KAWALAN MOTOR Bidang kajian pembelajaran motor ialah satu bidang kajian penguasaan kemahiran pergerakan hasil daripada latihan. Ingat: Pembelajaran motor mempunyai hubungan antara pergerakan hasil dan latihan. Pembelajaran sesuatu kemahiran pergerakan adalah merujuk kepada prestasi perlakuannya (Bucher, 1987). Bidang kawalan motor mempunyai hubungan yang rapat dengan pembelajaran motor manakala bidang kajian kawalan motor pula adalah satu bidang kajian mekanisma neural dan proses-proses bagaimana pergerakan dipelajari dan dikawal. Schmidt (1999), mendefinisikan kajian kawalan motor merupakan kajian kesan faktor neurofisiologikal ke atas pergerakan manusia. 1.2 PENDEKATAN PSIKOLOGI DAN NEUROFISIOLOGI Pendekatan neurofisiologi adalah satu pendekatan kajian mengenai bagaimana otak dan sistem saraf pusat berfungsi. Ia juga cuba menjelaskan bagaimana keduanya mengawal penguncupan otot yang mengerakkan anggota tubuh badan berkenaan. Pendekatan psikologi pula adalah satu pendekatan kajian mengenai faktor-faktor psikologi seperti, bagaimana maklumat diproses, memori dan tumpuan memainkan peranannya dalam pembelajaran sesuatu kemahiran motor. 1.2.1 Pendekatan Psikologi Proses berlakunya sesuatu tingkah laku merupakan satu proses yang kompleks. Untuk memahami bagaimana proses ini berlaku, model fisiologikal psikologi akan digunakan. Bagi memudahkan kefahaman model ini marilah kita lihat terlebih dahulu dua model ringkas yang menunjukkan bagaimana fungsi asas dan komponen-komponen neurofisiologi tingkah laku motor seperti dalam Rajah 1.3. 1. Input Segala maklumat atau rangsangan yang diterima oleh seseorang individu. 2. Membuat keputusan Proses mengintegrasi serta penterjemahan input dan menentukan respon yang perlu dilakukan terhadap rangsangan. 3. Output Respon atau tingkah laku dalam bentuk pergerakan. 4. Maklum balas Maklumat yang diterima semasa atau selepas sesuatu pergerakan. 1.2.2 Pendekatan Neurofisiologi Input diterima melalui organ-organ deria. Otak dan saraf tunjang berfungsi untuk membuat keputusan dan output diselaraskan oleh otot dan sistem kelenjar. Maklum balas pula diselaraskan oleh pelbagai organ deria. Maklumat-maklumat bergerak dari satu tempat ke tempat lain melalui transmisi neural. 1.2.3 Model Fisiologikal Psikologi 1.3.1 Bagaimana Pembelajaran Diperolehi? Pertama adalah mazhab yang menyokong teori-teori perkaitan (connectionist theories). Secara umumnya teori-teori perkaitan atau behavioris berpendapat bahawa pembelajaran merangkumi pelajar memahami satu perkaitan antara satu rangsangan dan satu respon atau tindak balas. Ahli-ahli teori mazhab ini, menumpukan kajiannya kepada bagaimana perkaitan antara satu peristiwa atau rangsangan dan pembentukkan tingkah laku. Ahli-ahli teori yang popular dalam mazhab ini adalah seperti Pavlov, Thorndike, Guthrie, Hull dan Skinner.

Upload: abazde

Post on 31-Oct-2015

1.713 views

Category:

Documents


39 download

DESCRIPTION

Nota Ringkas / Bahan bacaan / ilmiah

TRANSCRIPT

TOPIK 1   KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA KAWALAN MOTORPembelajaran motor adalah satu proses untuk meningkatkan prestasi kemahiran motor. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kehalusan dan ketepatan sesuatu pergerakan. 

1.1   PEMBELAJARAN MOTOR DAN KAWALAN MOTOR

Bidang kajian pembelajaran motor ialah satu bidang kajian penguasaan kemahiran pergerakan hasil daripada latihan. Ingat: Pembelajaran motor mempunyai hubungan antara pergerakan hasil dan latihan. Pembelajaran sesuatu kemahiran pergerakan adalah merujuk kepada prestasi perlakuannya (Bucher, 1987).

Bidang kawalan motor mempunyai hubungan yang rapat dengan pembelajaran motor manakala bidang kajian kawalan motor pula adalah satu bidang kajian mekanisma neural dan proses-proses bagaimana pergerakan dipelajari dan dikawal. Schmidt (1999), mendefinisikan kajian kawalan motor merupakan kajian kesan faktor neurofisiologikal ke atas pergerakan manusia. 

1.2   PENDEKATAN PSIKOLOGI DAN NEUROFISIOLOGI

Pendekatan neurofisiologi adalah satu pendekatan kajian mengenai bagaimana otak dan sistem saraf pusat berfungsi. Ia juga cuba menjelaskan bagaimana keduanya mengawal penguncupan otot yang mengerakkan anggota tubuh badan berkenaan.

Pendekatan psikologi pula adalah satu pendekatan kajian mengenai faktor-faktor psikologi seperti, bagaimana maklumat diproses, memori dan tumpuan memainkan peranannya dalam pembelajaran sesuatu kemahiran motor.

1.2.1   Pendekatan Psikologi

Proses berlakunya sesuatu tingkah laku merupakan satu proses yang kompleks. Untuk memahami bagaimana proses ini berlaku, model fisiologikal psikologi akan digunakan. Bagi memudahkan kefahaman model ini marilah kita lihat terlebih dahulu dua model ringkas yang menunjukkan bagaimana fungsi asas dan komponen-komponen neurofisiologi tingkah laku motor seperti dalam Rajah 1.3.

1. Input → Segala maklumat atau rangsangan yang diterima oleh seseorang individu.

2. Membuat keputusan → Proses mengintegrasi serta penterjemahan input dan menentukan respon yang perlu dilakukan terhadap rangsangan.

3. Output → Respon atau tingkah laku dalam bentuk pergerakan.

4. Maklum balas → Maklumat yang diterima semasa atau selepas sesuatu pergerakan.

 1.2.2   Pendekatan Neurofisiologi

Input diterima melalui organ-organ deria. Otak dan saraf tunjang berfungsi untuk membuat keputusan dan output diselaraskan oleh otot dan sistem kelenjar. Maklum balas pula diselaraskan oleh pelbagai organ deria. Maklumat-maklumat bergerak dari satu tempat ke tempat lain melalui transmisi neural.

1.2.3   Model Fisiologikal Psikologi

1.3.1 Bagaimana Pembelajaran Diperolehi?

Pertama adalah mazhab yang menyokong teori-teori perkaitan (connectionist theories). Secara umumnya teori-teori perkaitan atau behavioris berpendapat bahawa pembelajaran merangkumi pelajar memahami satu perkaitan antara satu rangsangan dan satu respon atau tindak balas. Ahli-ahli teori mazhab ini, menumpukan kajiannya kepada bagaimana perkaitan antara satu peristiwa atau rangsangan dan pembentukkan tingkah laku. Ahli-ahli teori yang popular dalam mazhab ini adalah seperti Pavlov, Thorndike, Guthrie, Hull dan Skinner.

Mazhab yang kedua adalah penyokong-penyokong teori-teori kognitif. Ahli-ahli psikologi yang menyokong mazhab ini percaya bahawa perbezaan dalam persepsi, kepercayaan, sikap dan kesedaran seseorang manusia itu yang akan menentukan tingkah lakunya. Pembelajaran telah berlaku sekiranya terdapat perubahan dalam kesedaran melalui pengalaman seseorang individu. Prinsip-prinsip asas dalam mazhab kognitif ini adalah dipelopori oleh ahli-ahli psikologi Gestalt seperti Koffa dan Kohler.

Mazhab ketiga adalah terdiri daripada penyokong teori-teori mesin manusia (human machine theories). Teori-teori ini adalah berasaskan kepada bagaimana sistem saraf dibentuk. Dalam membentuk teori ini, penyokong-penyokong mazhab ini telah melakukan analogi antara

manusia dengan mesin iaitu komputer. Mereka membuat kesimpulan bahawa sistem saraf manusia akan terlibat dengan elemen-elemen seperti input, transmisi, pemprosesan, output dan maklum balas. Mereka berpendapat bahawa pembelajaran seperti pembelajaran motor bukanlah hasil daripada peningkatan atau pengukuhan proses rangsangan-tindak balas seperti yang dikemukakan oleh ahli-ahli teori mazhab behavioris.

1.3.2 Model Pemprosesan Maklumat

Model pemprosesan maklumat adalah terdiri daripada empat komponen atau proses, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.6.

Rajah 1.6: Model pemprosesan maklumat

a. Input → Proses pengumpulan maklumat daripada persekitaran.

b. Membuat keputusan → Maklumat-maklumat ini ditransmisikan ke sistem saraf pusat.

c. Output → Respon atau tindak balas adalah output.

d. Maklum balas → Maklumat prestasi perlakuan. Maklumat-maklumat ini boleh digunakan sebagai input untuk perlakuan kemahiran berikutnya. Pengetahuan serta pengalaman daripada maklum balas boleh digunakan untuk memperbaiki proses membuat keputusan untuk menghasilkan output yang lebih berkualiti.

1.4 TEORI KAWALAN MOTOR

Pengetahuan tentang teori kawalan motor memerlukan kita memahami terlebih dahulu ciri-ciri teori kawalan motor (Kluka D.A., 1999). Sheridan (1984) telah menyarankan bahawa penjelasan dalam teori-teori kawalan motor perlu mengambil kira empat kriteria kemahiran pergerakan seperti berikut:

a. Fleksibiliti pergerakan b. Keunikan pergerakanc. Ketekalan pergerakand. Modifikasi pergerakan

1.4.1 Teori RefleksTeori refleks adalah teori yang cuba untuk menerangkan tingkah laku motor yang boleh diperhatikan. Sherrington seorang pakar neurofisiologi (1906) serta Thorndike (1927) dan Skinner (1938) pakar psikologi tingkah laku berpendapat bahawa pergerakan adalah dikawal oleh refleks. Oleh itu, setiap pergerakan adalah hasil gabungan satu siri refleks untuk menghasilkan satu reaksi. Refleks-refleks di bahagian saraf tunjang dirangsang oleh reseptor sensori; maklumat persekitaran dikumpul supaya otot-otot akan dirangsang untuk bertindak.. Kajian Pavlov telah berjaya menghubungkaitkan rangsangan bunyi loceng dengan tindak balas air liur anjing.1.4.2 Teori KlasikTeori klasik yang banyak mempengaruhi pembelajaran tingkah laku adalah teori pembelajaran behaviorisme atau sering dikenali juga sebagai teori pembelajaran tingkah laku yang dipelopori oleh ahli psikologi seperti Ivan Pavlov,(anjing) B.F. Skinner(tikus) dan Edward Lee Thorndike(Kucing). perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman. Sebaliknya, tindakan dan pola perlakuan individu diberi penekanan.

1.4.3 Teori Sistem DinamikTeori sistem dinamik juga dikenali sebagai teori ekologi atau teori sistem aksi. Teori ini menekankan perhubungan dinamik antara individu dengan persekitaran. Menurut teori sistem dinamik, persekitaran adalah sumber di mana maklumat-maklumat yang diperlukan untuk melakukan pergerakan dikumpul.

Semua maklumat yang diperlukan untuk melakukan sesuatu pergerakan boleh didapati dari persekitaran dan boleh dilihat oleh individu1.5 KRITERIA PERGERAKAN MANUSIASheridan (1984), telah menyenaraikan empat kriteria kemahiran pergerakan manusia, iaitu fleksibiliti, keunikan, ketekalan dan modifikasi.Maksud fleksibiliti pergerakan di sini adalah, seorang pemain dapat bertindak untuk menyempurnakan satu matlamat yang sama iaitu melepaskan bola ke gelanggang pihak lawannya dengan pilihannya yang terhad. Setiap pergerakan kemahiran tersebut mempunyai tahap pergerakan darjah kebebasan (degree of freedom) tertentu. Darjah kebebasan adalah merujuk kepada bilangan kebarangkalian yang ada dalam situasi berkenaan untuk melaksanakan pergerakan berkenaan.

Apabila seorang individu sedang dalam keadaan bergerak dan objek pula adalah tidak bergerak atau berkedudukan tetap; apabila objek tidak bergerak dan individu itu bergerak; atau apabila kedua-dua individu dan objek adalah bergerak, akan menyebabkan penambahan bilangan angkubah. Dengan sebab itu melakukan pergerakan-pergerakan indentikal adalah mustahil. Ketekalan pergerakan adalah merujuk kepada 'di mana' (faktor ruang) dan 'bila' (faktor masa) pergerakan yang mempunyai ciri kesamaan antara satu pergerakan dengan pergerakan yang lain. Kebolehan individu untuk memodifikasi satu perlakuan pergerakan. Contohnya seorang ahli gimnastik mengubah arah sesuatu aksi pergerakan ke pelbagai arah dengan perubahan kedudukan tangan atau kakinya.

TOPIK 2 PENGKELASAN KEMAHIRAN MOTOR

Kemahiran motor dapat diklasifikasikan dengan pelbagai cara. Namun, dalam topik ini anda perlu melihat dari dua aspek. Pertama, kemahiran boleh dilihat sebagai satu tugasan. Sesuatu kemahiran boleh diklasifikasikan dengan berdasarkan kepada beberapa dimensi atau mengikut pelbagai ciri-ciri utamanya. Kedua, kemahiran boleh dilihat sebagai satu tahap kecekapan perlakuan yang membezakan pelaku yang lebih mahir dari pelaku yang kurang mahir.

2.1 KEMAHIRAN, AKSI DAN PERGERAKAN

2.1.1 Kemahirankemahiran motor boleh ditakrifkan sebagai satu aksi atau tugasan anggota badan atau tubuh yang terkawal secara sukarela yang bermatlamat. Walau apa pun kemahiran, kemahiran motor itu perlu dipelajari.Contohnya, kemahiran servis dalam permainan badminton memerlukan pergerakan bahagian jari, pergelangan tangan, lengan, tangan, torso dan kaki untuk mencapai matlamat kemahiran servis tersebut. Servis mempunyai matlamat di mana ia memerlukan pergerakan anggota badan dan tubuh serta ianya adalah dikawal secara sukarela.2.1.2 AksiOleh kerana kawalan motor dan pembelajaran motor merupakan satu proses yang dinamik, maka ada ketika sukar bagi kita memahami bila tingkah laku motor boleh dianggap sebagai pembelajaran motor dan bila pula ia dianggap sebagai kawalan motor. Satu ciri utama kemahiran dari perspektif pembelajaran motor dalam kawalan motor melibatkan aksi. Kemahiran dan aksi boleh saling guna antara satu sama lain. Mengikut Magill (2003), aksi merupakan aktiviti-aktiviti yang bermatlamat. Ia melibatkan pergerakan-pergerakan kepala anggota badan dan tubuh.Kemahiran motor memerlukan pergerakan kepala, anggota badan dan tubuh badan untuk mencapai matlamat atau tugasannya. Ciri ini penting terutama sekali kerana ia merupakan asas untuk membezakan kemahiran motor dengan kemahiran-kemahiran lain. Contohnya,

penyelesaian masalah dalam Matematik merupakan satu kemahiran.2.1.3 PergerakanMagill (2003), mengatakan dalam kajian pembelajaran motor dan kawalan motor, pergerakan adalah penunjuk ciri-ciri tingkah laku badan, kepala dan/atau satu anggota spesifik atau gabungan beberapa anggota badan. Oleh itu pergerakan merupakan bahagian-bahagian komponen kemahiran motor dan aksi.Pergerakan yang berbeza boleh terdiri daripada kemahiran dan aksi yang sama untuk mencapai matlamat yang sama. Contohnya, anda ingin berjalan ke kereta anda. Berjalan merupakan satu aksi. Matlamatnya ialah ke kereta anda. Anda boleh berjalan perlahan, pantas atau sebagainya. Dalam setiap situasi aksinya sama iaitu berjalan. Akan tetapi pergerakannya berbeza, iaitu perlahan, pantas dan sebagainya untuk mencapai matlamat aksi.Kita perlu membezakan pergerakan daripada kemahiran dan aksi. Terdapat tiga sebab kenapa perlu kita membezakannya.Pertama, kita mempelajari kemahiran dan aksi. Akan tetapi untuk menghasilkan pergerakan, kita perlu melakukan sesuatu kemahiran atau aksi. Setiap individu mempunyai ciri-ciri pergerakan yang berbeza antara satu sama lain untuk mencapai satu matlamat yang sama.

Kedua, kita menyesuaikan ciri-ciri sesuatu pergerakan untuk mencapai satu matlamat yang sama. Sebagai contoh, hayunan seorang pemain golf yang mempunyai ciri-ciri pergerakan yang berlainan, akan tetapi masih mencapai satu matlamat aksi yang sama (Rajah 2.4).

Ketiga, kita menilai aksi dan pergerakan dengan cara yang berlainan. Aksi dinilai dari sudut penghasilan sesuatu aksi. Contohnya, jarak seseorang itu telah berjalan atau masa yang diambil untuk sampai ke sasaran. Pergerakan pula biasanya dinilai berdasarkan beberapa ciri tubuh, kepala, anggota badan dan aktiviti otot melalui penilaian seperti kinematik, kinetik dan elektromiograf (EMG).

2.2 KLASIFIKASI KEMAHIRAN SISTEM SATU DIMENSI Sistem klasifikasi kemahiran satu dimensi mengklasifikasikan kemahiran motor yang mempunyai ciri-ciri kemahiran yang sama dengan ciri-ciri kesamaan kemahiran yang lain. Pendekatan yang lazim digunakan adalah dengan mengkategorikan kemahiran mengikut satu ciri yang bersamaan. Ciri-ciri persamaan ini dibahagikan kepada dua kategori yang mewakili penghujung ekstrem pada satu kontinum di mana ianya lebih baik daripada kategori dikotomi. Pendekatan kontinum ini membolehkan sesuatu kemahiran diklasifikasikan ke kategori yang mempunyai ciri-ciri kemahiran yang hampir sama. Ia lebih sesuai daripada mengklasifikasikannya kepada kategori yang mempunyai ciri-ciri kemahiran yang sama atau sepadan.

Kita akan menggunakan tiga sistem klasifikasi kemahiran motor dengan menggunakan pendekatan satu dimensi untuk mengkategorikan kemahiran (Rajah 2.5).

Tiga sistem klasifikasi kemahiran motor satu dimensi adalah seperti berikut:

a. Saiz otot-otot utama yang digunakanb. Penentuan dari mana aksi bermula dan berakhir c. Kestabilan konteks persekitaran

2.2.1 Saiz Otot-otot Utama yang Terlibat2 kategori, iaitu kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus. Kemahiran motor kasar memerlukan otot-otot besar untuk menghasilkan aksi. Kemahiran-kemahiran motor kasar adalah seperti:

a. Berjalanb. Berlaric. Mengguling d. Merangkak e. Melompat

Kumpulan otot kecil. Kemahiran motor halus adalah terdiri daripada aktiviti berikut seperti:

a. Menulisb. Melukisc. Menjahitd. Kemahiran manipulatif alatan kecil

e. Pemindahan objek dari tangan kiri ke kanan dan sebaliknya

2.2.2 Penentuan Dari Mana Aksi Mula dan AkhirJika sesuatu kemahiran memerlukan satu lokasi permulaan dan penamat yang spesifik, maka ianya dikategorikan sebagai kemahiran motor diskrit (discrete). Antara kemahiran-kemahiran motor diskrit adalah

a. Memetik suis lampub. Memijak brek keretac. Menekan kunci pianod. Menekan butang kalkulator

Setiap kemahiran di atas memerlukan tempat spesifik untuk aksi bermula dan tamat. Di penghujung kontinum sistem klasifikasi adalah kemahiran motor selanjar (continuous). Ia merupakan kemahiran yang berasaskan lokasi permulaan dan penamat mengikut gerak hati individu. Mengikut Schmidt (1998), kemahiran motor selanjar merupakan pergerakan yang tidak mempunyai permulaan dan penamat yang spesifik. Kemahiran ini pada kebiasaannya mempunyai ulangan pergerakan. Contohnya:

a. Mengawal stering keretab. Mengawal tetikus komputerc. Berenangd. Berjalan

2.2.3 Kestabilan PersekitaranSistem pengklasifikasian kemahiran ini adalah berdasarkan kepada kestabilan persekitaran di mana kemahiran itu dilakukan (Gentile, 2000). Konteks persekitaran dalam sistem ini adalah merujuk kepada permukaan penyokong di mana pelaku melakukan perlakuan, objek-objek yang terlibat untuk melakukan kemahiran itu dan atau orang lain yang terlibat dalam persekitaran perlakuan. Contohnya, jika anda melakukan lontaran, maka ciri yang berkaitan dalam konteks persekitaran adalah bola. Kestabilan pula adalah merujuk kepada sama ada ciri-ciri berkaitan dalam konteks persekitaran itu dalam keadaan tetap iaitu ia dalam keadaan stabil atau bergerak iaitu tidak stabil. Apabila permukaan penyokong, objek atau orang lain yang terlibat dalam perlakuan sesuatu

kemahiran adalah berkedudukan tetap iaitu stabil, kemahiran itu merupakan kemahiran motor tertutup. Contohnya, jika anda mengutip duit syiling yang jatuh dari kedudukan anda sedang duduk di atas kerusi, ia adalah merupakan satu kemahiran motor tertutup; kerusi merupakan permukaan penyokong dan sudu merupakan objek, kedua-duanya tidak akan bergerak semasa anda mengutip duit syiling itu. Mengikut Gentile, kemahiran motor tertutup adalah apabila terdapat satu persekitaran yang tetap atau stabil dan wujudnya sedikit sahaja perubahan suasana persekitaran dan individu mengawal ruang persekitaran. Permulaan dan penamatan pergerakan adalah di atas pertimbangan individu itu sendiri.Contohnya:

a. Memukul bola golf dari teeb. Melontar bola bolingc. Permainan 'dart'd. Memanah ke arah papan sasaran

Kemahiran motor terbuka pula merupakan satu kemahiran yang dilakukan dalam satu persekitaran di mana objek, orang lain atau permukaan penyokong adalah bergerak semasa pelaku melakukan kemahiran tersebut.Contohnya:

a. Memukul bulu tangkisb. Penjaga gawang menangkap bola jaringan

pihak lawanc. Pertandingan lari pecutd. Menahan bola hantaran rakan sepasukan

Kemahiran berjalan boleh diklasifikasikan kepada kemahiran motor tertutup dan juga kemahiran motor terbuka bergantung kepada konteks persekitarannya. Contohnya, apabila anda berjalan dalam bilik darjah yang penuh dengan kerusi meja, kemahiran berjalan dalam konteks ini adalah kemahiran tertutup. Ini adalah kerana objek – kerusi, meja dan ciri persekitaran lain – adalah dalam keadaan tetap atau stabil. Sebaliknya pula jika anda berjalan ke kantin semasa waktu rehat, 'berjalan' dalam konteks ini merupakan kemahiran motor terbuka. Ini

adalah kerana orang ramai dalam konteks persekitarannya adalah bergerak atau tidak stabil.

2.3 KLASIFIKASI KEMAHIRAN MOTOR DUA DIMENSI TAKSONOMI GENTILEGentile pada tahun 1972 telah mengemukakan satu sistem klasifikasi kemahiran motor yang pada asalnya dicadangkan oleh Poulton pada tahun 1957. Gentile telah mengemukakan model dua dimensi dengan mengambil kira dua ciri umum semua kemahiran, iaitu:

a. Konteks persekitaran di mana seseorang itu melakukan kemahiran tersebut

b. Fungsi aksi2.3.1 Konteks PersekitaranDimensi pertama dalam taksonomi Gentile adalah dimensi konteks persekitaran di mana seseorang itu melakukan kemahiran seperti dalam lajur pertama Rajah 2.12. Terdapat dua ciri dalam dimensi ini, iaitu:

a. Keadaan regulatorib. Perbezaan antara-percubaan (intertrial

variability)Keadaan regulatori adalah merujuk kepada ciri-ciri dalam konteks persekitaran yang akan menentukan ciri-ciri pergerakan seseorang itu yang perlu dilakukannya untuk menjayakan sesuatu aksi tertentu. Jika matlamat aksi anda adalah membaling bola kepada rakan anda, keadaan regulatori adalah berkaitan dengan ciri-ciri bola. Ia adalah seperti saiz, bentuk dan berat bola tersebut. Perbezaan ini menyebabkan anda perlu melakukan aksi tersebut mengikut kesesuaian dengan ciri-ciri yang terdapat pada bola tersebut untuk mencapai matlamat aksi anda.Ciri konteks persekitaran yang kedua adalah perbezaan antara-percubaan. Iaitu merujuk kepada sama ada keadaan regulatori semasa perlakuan adalah sama atau berbeza di antara percubaan-percubaan dalam melakukan kemahiran tersebut. Kita boleh mengenal pasti kemahiran motor mengikut sama ada terdapat perbezaan antara-percubaan atau tidak. Contohnya, jika anda masuk ke bilik yang berselerak dengan perabot-perabot, wujud perbezaan antara-percubaan.

Ini adalah kerana anda terpaksa melakukan pelbagai pergerakan untuk elak daripada terlanggar perabot-perabot di dalamnya. Sebaliknya pula jika anda masuk ke bilik yang teratur perabot-perabotnya, maka perbezaan antara-percubaan tidak wujud. Ini adalah kerana keadaan regulatori tidak akan berubah setiap kali anda memasuki bilik itu.2.3.2 Fungsi AksiDimensi yang kedua dalam taksonomi Gentile adalah fungsi aksi. Gentile berpendapat bahawa kita boleh menentukan fungsi sesuatu aksi. Ia dilakukan dengan mengambil keputusan sama ada perlu atau tidak untuk melakukan sesuatu kemahiran yang melibatkan pergerakan tubuh badan dan sama ada perlu atau tidak perlakuan melibatkan pemanipulasian sesuatu objek. Beliau melihat kedua ciri ini sebagai sebahagian daripada dua fungsi aksi yang luas, iaitu:

a. Orientasi tubuh badanb. Manipulasi objek

Orientasi tubuh badan adalah merujuk kepada perubahan atau pengekalan kedudukan tubuh badan. Mengikut Gentile, dua peranan orientasi tubuh badan yang penting untuk mengkasifikasikan kemahiran-kemahiran motor adalah:

a. Kestabilan tubuh badanb. Peralihan tubuh badan (body transport)

Kestabilan tubuh badan merupakan peranan orientasi untuk melakukan kemahiran yang melibatkan keadaan tidak ada perubahan kedudukan tubuh badan semasa perlakuan kemahiran tersebut. Contohnya seperti, berdiri dan memanah. Peranan orientasinya adalah peralihan tubuh badan apabila kemahiran itu memerlukan peralihan kedudukan tubuh badan dari satu tempat ke tempat lain. Kemahiran-kemahiran seperti ini adalah seperti berjalan, berlari dan berenang, yang mana ia melibatkan peralihan tubuh badan. Menurut Gentile, adalah penting mengambil kira peranan peralihan tubuh badan untuk kemahiran-kemahiran motor yang melibatkan perubahan tubuh badan secara aktif dan pasif. Contohnya, kemahiran berjalan mungkin melibatkan perubahan kedudukan aktif dan pasif. Misalnya, berdiri dalam bas yang sedang bergerak melibatkan perubahan kedudukan tubuh badan

pasif juga merupakan sebahagian daripada peranan peralihan tubuh badan.Fungsi aksi yang kedua adalah manipulasi objek. Terdapat kemahiran-kemahiran motor yang memerlukan kita mengubah atau mengekalkan kedudukan sesuatu objek seperti contoh, bola, perkakas atau orang lain. Apabila kita perlu memanipulasikan sesuatu objek, kekompleksiti dan kesukaran kemahiran itu akan meningkat. Ini adalah kerana kita perlu melakukan dua perkara pada suatu masa yang sama. Pertama, kita perlu memanipulasikan objek dengan betul dan kedua kita mesti menyesuaikan postur tubuh badan untuk menampung ketidak stabilan yang diwujudkan oleh objek tersebut.2.4 KATEGORI KEMAHIRAN Menurut Gentile, setiap kemahiran motor mesti mengambil kira konteks persekitaran di mana ianya dilakukan dan peranannya dalam perlakuan. Dengan itu, kedua dimensi ini menjadi asas pewujudan 16 kategori kemahiran motor. Dimensi konteks persekitaran merangkumi keadaan regulatori yang mana pelaku kemahiran berkenaan perlu mematuhi dan sama ada keadaan-keadaan ini berubah dari satu percubaan perlakuan ke percubaan perlakuan lainnya. Dimensi fungsi aksi pula menetapkan bahawa semua kemahiran motor adalah dilakukan untuk memenuhi satu tujuan atau fungsi tertentu. Fungsi aksi mungkin memerlukan perubahan atau pengekalan kedudukan tubuh badan pelaku dan/atau mengekal atau mengubah kedudukan objek-objek.

2.5 APLIKASI TAKSONOMI GENTILETaksonomi Gentile boleh digunakan sebagai panduan penilaian kebolehan dan limitasi pergerakan. Kita dapat mengenal pasti kelemahan dengan sistematik. Mengubah suai konteks persekitaran dan/atau fungsi aksi adalah perlu untuk mengenal pasti ciri-ciri perlakuan kemahiran yang menyukarkan seseorang individu.

TOPIK 3 PENGUKURAN PRESTASI MOTORPendekatan pengukuran yang baik harus mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

a. Keobjektivitian pendekatan b. Keboleh percayaan pendekatan pengukuran c. Kesahan pendekatan

Mengikut Schmidt (2005), dalam bidang perlakuan motor, pengukuran prestasinya boleh diukur dengan tiga pendekatan.Pertama – Dengan melihat sejauh manakah sesuatu

pergerakan berkenaan telah mencapai matlamatnya. Contohnya, sama ada lakuan berkenaan menepati sasaran atau matlamatnya. Pendekatan ini mengukur hasil pergerakan (outcome of movement) berkenaan.

Kedua – Kita boleh mengukur dari segi proses pergerakan sebenar yang telah dilakukan oleh seseorang. Pendekatan ini menumpukan kepada penganalisisan pergerakan itu sendiri.

Ketiga – Memerlukan penganalisisan kajian sistem saraf pusat termasuk otak sebelum, semasa dan selepas penghasilan sesuatu pergerakan. Pendekatan ini menumpukan kepada aktiviti-aktiviti neural yang terlibat dalam perancangan dan penghasilan pergerakan yang akan dibincangkan dalam topik yang berikut nanti.

3.1 PENGUKURAN PSIKOLOGI : PROSES HASIL TINDAK BALAS (RESPONSE OUTCOME PROCESS)Pengukuran hasil tindak balas merupakan satu pendekatan pengukuran prestasi perlakuan yang mengukur hasil perlakuan sesuatu kemahiran motor.

Masa tindak balas merupakan masa di antara rangsangan yang menandakan perlunya aksi dan mulanya sesuatu aksi.

Contohnya, pengukuran jumlah masa yang dicatatkan oleh seorang atlet dalam acara lari pecut 100 meter.3.1 PENGUKURAN PSIKOLOGI : PROSES HASIL TINDAK BALAS (RESPONSE OUTCOME PROCESS)Jadual 3.1: Pengukuran Prestasi Motor Menurut Schmidt

BilAspek

PengukuranContoh

1. MasaBerapa lamakah diperlukan oleh seseorang untuk melakukan pergerakan berkenaan?

2. Jarak Berapa jarak individu itu telah bergerak?

3. KekerapanBerapa kalikah bilangan cubaan yang berjaya?

4. Ketepatan Berapakah jarak dari sasaran?

5. KonsistensiBerapakah peratusan percubaan yang mengenai sasaran?

3.1.1 Kronometri ( Aturan Masa dan Jangka Masa): Masa Reaksi Mudah, Berpilihan, Diskriminasi dan PecahanKronometri merupakan pendekatan pengukuran masa yang tepat. Pendekatan kronometri mengikut Schmidt, lebih menumpukan kepada faktor masa reaksi, di mana pengukuran utama dalam tingkah laku individu adalah pada masa pengantaraan kehadiran rangsangan dan permulaan tindak balas.Pengukuran yang biasa digunakan untuk menunjukkan berapa lama seseorang itu ambil untuk membuat persediaan dan memulakan sesuatu pergerakan ialah masa tindak balas (Reaction time atau RT). Masa tindak balas tidak termasuk sebarang pergerakan berkaitan dengan aksi. Ia cuma merupakan masa sebelum sesuatu pergerakan. Contohnya, dalam acara larian pecut 100 meter, tempoh masa antara bunyi tembakan pistol dengan mulanya peserta lepas daripada blok permulaan adalah merupakan masa tindak balas. Oleh itu jika tempoh masa yang diambil oleh seseorang peserta lari

pecut itu adalah singkat, maka ia telah memulakan lariannya dengan baik. Masa tindak balas mempunyai pelbagai jenis:

a.Masa Tindak Balas Mudah (Simple Reaction Time – SRT)Tindak balas terhadap bunyi pistol dalam acara 100 meter lari pecut merupakan contoh masa reaksi. Jenis masa reaksi ini adalah dikenali sebagai masa reaksi mudah. Ini adalah disebabkan ia cuma mempunyai satu kemungkinan reaksi kepada satu rangsangan sahaja.

b.Masa Tindak Balas Berpilihan (Choice Reaction Time – CRT)Dalam kemahiran memukul besbol atau sofbol, telah sedia maklum oleh jurulatih atau pemain apabila situasi-situasi tertentu wujud, maka tindak balas tertentu diperlukan. Jenis masa reaksi ini adalah dirujuk sebagai masa reaksi berpilihan (choice reaction time – CRT). Ini adalah disebabkan pemukul mempunyai lebih daripada satu isyarat untuk bertindak balas, serta setiap isyarat mempunyai satu tindak balas tertentu.

c.Masa Tindak Balas Diskriminasi (Discrimination Reaction Time – DRT)Keadaan apabila terdapat beberapa kemungkinan rangsangan dan pelaku, cuma mempunyai satu pilihan tindak balas. Individu ini akan menunggu atau melengahkan tindak balas sehingga rangsangan yang sebenar wujud. Pengukuran jenis masa reaksi ini digunakan untuk menentukan masa yang diambil oleh seseorang untuk memproses maklumat.

d.Masa Tindak Balas Pecahan (Fractional Reaction Time – FRT)Pengukuran masa tindak balas menggunakan kaedah ini, bermula sejak tahun 1980an. Masa tindak balas pecahan merupakan satu kaedah yang lebih tepat dalam pengukuran proses-proses kognitif. Ia melibatkan kaedah penggunaan elekromiografi (EMG) untuk membahagikan masa kepada masa pra-motor dan masa motor.

Masa pra-motor adalah tempoh masa dari isyarat rangsangan diberi dan merupakan rakaman pertama perubahan aktiviti elektrikal dalam pergerakan otot utama agonist. Contohnya, semasa melakukan fleksi bisep, otot bisep brachii bertindak sebagai otot agonist utama semasa fasa pergerakan fleksi. Sementara otot trisep brachii adalah berfungsi sebagai otot utama agonist semasa fasa ekstensi.

Masa motor adalah bermula apabila rakaman perubahan pertama aktiviti elektrikal otot agonist utama bermula dan berakhir apabila pergerakan bermula.

3.1.2 Perhubungan Masa Reaksi dengan Masa Pergerakan dan Masa Tindak balasApabila seseorang melakukan satu aksi sebagai tindak balas terhadap satu rangsangan yang diterimanya, maka dua pengukuran perlakuan tambahan perlu diambil kira. Iaitu masa pergerakan dan masa tindak balas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2. Masa pergerakan bermula apabila masa reaksi tamat. Ia merupakan tempoh masa antara masa permulaan dan pengakhiran sesuatu aksi. Masa tindak balas pula merupakan jumlah tempoh masa yang melibatkan masa reaksi dan masa pergerakan. Masa reaksi dan masa pergerakan adalah pengukuran masa yang bersendirian. Ia bermaksud, masa reaksi tidak akan mempengaruhi masa pergerakan atau sebaliknya. Contohnya seorang yang mempunyai masa reaksi yang terpantas tidak semestinya mempunyai masa pergerakan yang terpantas.3.1.3 Kesilapan Perlakuan (Performance Error)

Pengukuran kesilapan membolehkan kita menilai prestasi sesuatu perlakuan kemahiran. Kemahiran-kemahiran seperti memanah anak panah ke sasaran, berjalan atas lorong dan memandu kereta memerlukan kita melakukan aksi yang memerlukan ketepatan ruang dan masa. Untuk menilai hasil perlakuan kemahiran seperti ini, jumlah kesilapan perlakuan untuk mencapai matlamat aksinya

adalah sangat penting untuk pengukuran prestasi perlakuan. Pengukuran kesilapan bukan sahaja menggambarkan ketepatan perlakuan, tapi juga memberi maklum balas tentang sebab berlakunya kesilapan perlakuan.

Kesilapan perlakuan yang berlaku dalam tempoh masa reaksi telah banyak digunakan sebagai maklumat untuk individu yang berminat dalam pelbagai perspektif ketepatan perlakuan. Ketepatan perlakuan ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian; ketepatan ruang dan ketepatan masa. Ketepatan ruang adalah merujuk kepada berapa hampirkah pergerakan seseorang individu itu ke sasaran tertentu. Ketepatan masa pula adalah merujuk kepada berapa tepat seseorang individu bergerak dalam satu masa yang spesifik.Kronometri, Skor-skor yang biasa digunakan untuk menilai kesilapan perlakuan termasuklah

a. Kesilapan Mutlak (Absolute Error – AE)Kesilapan mutlak bermakna jumlah kesilapan algebra dalam sesuatu perlakuan, tidak kira apa simbol sekali pun (contohnya, +1 atau -1 = 1). Ia memberi maklumat umum tentang perlakuan yang berkaitan dengan matlamat atau sasaran.

b. Kesilapan Konstan (Constant Error – CE)Kesilapan konstan menunjukkan keselarasan arah dan begitu juga jumlah kesilapan. Ia juga memberikan maklumat tentang bias sesuatu tindak balas. Ia dikira sebagai purata kesilapan algebra.

c. Kesilapan Variabel (Variable Error – VE)Kesilapan variabel pula memberikan maklumat mengenai konsistensi perlakuan atau perlakuan yang sebaliknya. Kesilapan variabel merupakan sisihan piawai kesilapan algebra. Semakin besar sisihan piawai, semakin tinggi variabiliti dalam perlakuan; semakin kecil sisihan piawai, semakin konsisten perlakuan tersebut.

d.Kesilapan Konstan Mutlak (Absolute Constant Error – ACE)Kesilapan konstan mutlak merupakan nilai mutlak kesilapan konstan. Ia menunjukkan tindak balas bias tanpa penyelarasan arah. Ia digunakan

sebagai satu skor alternatif kesilapan perlakuan untuk mengimbangi tindak balas bias dalam kumpulan, di mana sebagai satu pengukuran yang lebih sah bagi kesilapan perlakuan.

e. Kesilapan Total (Total Error – E)Kesilapan total mendedahkan bias dalam variabiliti dan tindak balas sama rata. Ia menunjukkan satu gambaran yang lebih menyeluruh jumlah variabiliti kesilapan perlakuan daripada pengukuran-pengukuran yang lain.

Sebagai contoh, dalam acara menembak, 60 das tembakan dilepaskan dalam masa 1 minit 45 saat bagi lelaki dan 40 das tembakan dalam masa 1 minit 15 saat untuk wanita. Ketepatan tembakan pada sasaran adalah penting. Skor sempurna adalah 600 bagi lelaki dan 400 bagi wanita.

i. Kesilapan mutlak dapat memberi maklum balas kepada jurulatih atau atlet tembakan yang tersasar dari pusat sasaran.

ii. Kesilapan konstan akan memberi maklum balas sama ada tembakan adalah terkumpul atau terselerak secara rawak di luar sasaran.

iii. Skor kesilapan variabel pula akan memberi maklum balas tentang kekonsistensian perlakuan sama ada atlet tersebut melakukan kesilapan perlakuan yang sama.

iv. Skor kesilapan konstan mutlak merupakan satu pengukuran tersendiri apabila membandingkan skor pasukan penembak untuk mengimbangi bias tindak balas dalam kumpulan tersebut.

v. Maklumat kesilapan total akan memberi maklumat mengenai rakaman tembakan yang mengenai sasaran dan berapa konsisten perlakuan tersebut.

3.1.4 Pengukuran KesilapanSebagaimana yang dinyatakan sejak awal lagi pengukuran kesilapan membolehkan kita menilai

perlakuan kemahiran di mana ketepatan merupakan matlamat aksi. Kemahiran seperti melempar dart dan memandu kereta di jalan raya memerlukan kita melakukan aksi yang berhubungan dengan ketepatan ruang dan masa. Untuk menilai hasil perlakuan seperti ini, jumlah kesilapan dilakukan seseorang berhubungan dengan matlamatnya merupakan satu pengukuran perlakuan yang amat bermakna.Pengukuran kesilapan bukan hanya memberikan maklum balas tentang ketepatan perlakuan malah terdapat pengukuran kesilapan yang memberikan maklum balas berkaitan dengan penyebab masalah perlakuan. Ia dapat dilihat sekiranya perlakuan itu dinilai lebih dari satu percubaan. Dalam satu siri percubaan terutama sekali dalam kemahiran sukan dan pemulihan, seorang jurulatih atau jurupulih dapat mengenal pasti sama ada kepincangan pergerakan yang diperhatikan itu adalah disebabkan oleh masalah yang berkaitan dengan konsistensi atau disebabkan oleh bias.

Pengukuran penting ini dapat membantu kita untuk memilih kaedah intervensi yang sesuai untuk membantu seseorang itu mengatasi masalah ketepatan. Masalah konsistensi menunjukkan kelemahan dalam penguasaan corak pergerakan asas yang diperlukan untuk melakukan kemahiran tersebut. Masalah bias pula menunjukkan bahawa seseorang itu telah menguasai corak pergerakan tersebut tetapi menghadapi masalah menyesuaikannya kepada permintaaan spesifik dalam situasi perlakuan tersebut.

a.Pengukuran Kesilapan Untuk Matlamat Aksi Satu-DimensiApabila seorang terpaksa mengerakkan satu jumlah pergerakan anggota badannya dalam satu dimensi atau seorang pesakit cuba melakukan satu ekstensi lututnya, kesilapan yang mungkin berlaku adalah ketidaksampaian atau terlebih gerak dari matlamatnya. Begitu juga seorang pitcher dalam permainan sofbol melakukan percubaan untuk melontar bola pada satu kelajuan yang tertentu, kesilapan yang mungkin berlaku adalah sama ada terlalu perlahan atau terlalu laju dari matlamatnya.

Mengukur jumlah kesilapan dalam situasi ini melibatkan tolakan nilai pencapaian perlakuannya, contohnya 15sm atau 20 saat dari jumlah sasaran atau matlamatnya.

Kita dapat mengira sekurang-kurangnya tiga pengukuran kesilapan untuk menilai ciri-ciri ketepatan umum sesuatu perlakuan dalam beberapa perlakuan berulang. Ia dapat mengenal pasti penyebab kepada masalah ketepatan. Untuk memperolehi satu petunjuk umum sejauh mana matlamat dicapai, kita perlu mengira kesilapan mutlak.Kesilapan mutlak merupakan perbezaan mutlak di antara setiap percubaan dan matlamatnya. Dalam situasi percubaan pelbagai, jumlahkan perbezaannya dan dibahagikan dengan bilangan percubaan akan memberikan anda satu purata kesilapan mutlak untuk percubaan berkenaan. Kesilapan mutlak merupakan maklumat penting magnitud kesilapan seorang telah lakukan dalam satu percubaan atau dalam satu siri percubaannya. Skor ini dapat memberikan satu petunjuk ketepatan seseorang itu. Akan tetapi, jika kita hanya menggunakan faktor kesilapan mutlak, kemungkinan besar kita tidak memperolehi maklum balas lengkap penyebab kesilapan seseorang. Oleh itu, untuk memperolehi maklum balas yang lebih menyeluruh, kita perlu menggunakan tambahan dua pengukuran kesilapan, iaitu kesilapan konstan dan kesilapan variabel.Salah satu sebab perlakuan seorang itu tidak menepati sasarannya adalah disebabkan kemungkinannya terlajak atau ketidaksampaian sasaran atau matlamatnya dikenali sebagai bias perlakuan. Untuk memperolehi maklum balas ini, kita perlu mengira kesilapan konstan. Iaitu simbol +/- yang menunjukkan ketepatan pada sasaran. Pengiraan daripada beberapa siri percubaan, kesilapan konstan dapat memberi maklumat yang penting dengan satu indek kemungkinan berlaku bias arah (directionally

biased) semasa melakukan kemahiran tersebut. Pengiraan kesilapan konstan adalah sama seperti dalam pengiraan kesilapan mutlak.Penyebab kedua ketidaktepatan perlakuan adalah konsistensi perlakuan atau sebaliknya iaitu variabiliti. Ia dapat diukur dengan mengira kesilapan variabel. Untuk menentukan indek konsistensi ini, kita perlu mengira sisihan piawai skor kesilapan konstan seseorang dalam satu siri percubaan.

b.Pengukuran Kesilapan Untuk Matlamat Aksi Dua-DimensiKemahiran yang memerlukan ketepatan arah menegak dan mendatar apabila kita dinilai kesilapannya, kita perlu melakukan pengubahsuaian kaedah pengukuran satu-dimensi. Pengukuran umum ketepatan untuk situasi dua-dimensi adalah dikenali sebagai kesilapan radial (jejari) yang menyerupai kesilapan mutlak dalam pengukuran bagi satu-dimensi. Untuk pengiraan kesilapan radial bagi satu percubaan, kirakan garis sendeng segi tiga tepat yang dibentuk oleh paksi x dan paksi y seperti dalam Rajah 3.4.

Bias dan konsistensi perlakuan adalah lebih sukar dinilai dalam situasi dua-dimensi jika dibandingkan dengan situasi satu-dimensi. Ini adalah disebabkan simbol algebra '+' dan '–' mempunyai makna yang terlalu kecil bagi situasi dua-dimensi.3.2 PENGUKURAN PROSES TINGKAH LAKUPengukuran proses tingkah laku merupakan pengukuran kualiti aksi sesuatu kemahiran. Contohnya kualiti proses pergerakan. Proses tingkah laku ini dapat diukur dengan menggunakan elektromiograf (EMG), yang mengukur jumlah aktiviti elektrikal dalam otot atau dengan elektro encephalograf (EEG) yang digunakan untuk mengukur jumlah aktiviti elektrikal di pelbagai bahagian otak.3.2.1 Diskripsi KinematikPengukuran proses tingkah laku merupakan pengukuran kualiti aksi sesuatu kemahiran. Contohnya kualiti proses pergerakan. Proses tingkah laku ini dapat diukur dengan

menggunakan elektromiograf (EMG), yang mengukur jumlah aktiviti elektrikal dalam otot atau dengan elektro encephalograf (EEG) yang digunakan untuk mengukur jumlah aktiviti elektrikal di pelbagai bahagian otak.

Kinematik merupakan satu cabang mekanik dalam bidang fizik yang melakukan diskripsi pergerakan tulin dengan tidak mengambil kira daya dan jisim yang terlibat. Pengukuran kinematik biasanya juga dikaitkan dengan biomekanik. Ia merupakan pengukur perlakuan yang penting dalam kajian pembelajaran serta kawalan motor.

Mengikut Schmidt (2003) kinematic bermaksud diskripsi pergerakan tanpa mengambil kira daya atau jisim yang terlibat. Tiga diskriptor yang biasa dirujuk adalah perubahan kedudukan sesuatu objek, kelajuannya dan perubahan kelajuannya. Istilah yang digunakan untuk merujuk kepada ciri-ciri kinematik ini adalah pemindahan atau lokasi (displacement), halaju (velocity), dan kecepatan (acceleration).Pengukuran kinematik adalah pengukuran penghasilan perlakuan yang berdasarkan kepada rakaman pergerakan bahagian anggota badan yang tertentu semasa melakukan sesuatu kemahiran.a.Lokasi atau Pemindahan

Pengukuran kinematik yang pertama adalah rakaman lokasi atau pemindahan. Ia merupakan kaedah yang sering digunakan dalam diskripsi kinematik yang melakukan rakaman lokasi atau pemindahan sesuatu anggota badan atau sendi semasa dalam tempoh pergerakan tersebut. Ia berasaskan kepada kedudukan ruang atau lokasi sesuatu anggota badan.

Pemindahan mengambarkan perubahan dalam lokasi ruang semasa seseorang melaksanakan sesuatu pergerakan. Perakam filem atau cinematography biasanya digunakan untuk merakamkan pergerakan. Rakaman ini kemudiannya akan dianalisis.

Pemindahan boleh dianalisis dengan mengunakan satu sistem analisis pergerakan frame demi frame rakaman untuk mengenal pasti di mana pergerakan atau sendi yang ditanda berada dalam tempoh masa yang tertentu.

Sistem ini kemudian akan menentukan lokasi sendi untuk contoh masa berikutnya.

b.HalajuPengukuran kinematik yang kedua adalah merupakan rakaman halaju. Ia merupakan masa yang dihasilkan daripada pemindahan. Halaju sering dikaitkan dengan kepantasan yang merujuk kepada kadar perubahan dalam satu kedudukan objek dengan masa. Iaitu, berapa kerap perubahan kedudukan ini berlaku dan dalam arah mana perubahan berlaku (cepat atau lebih perlahan daripada kadar lepas)?

Sistem analisis pergerakan memperolehi halaju daripada pemindahan dengan membahagikannya dengan masa. Iaitu, membahagikan satu perubahan dalam kedudukan ruang (antara masa 1 dan 2) dengan perubahan masa (dari masa 1 dan 2). Halaju adalah ditunjukkan dalam bentuk graf sebagai lengkok kedudukan dan masa di mana lengkok halaju adalah berdasarkan kepada pergerakan yang sama seperti lengkok pemindahan. Halaju adalah berdasarkan kepada satu jumlah jarak bahagi satu jumlah masa.

c.KecepatanPengukuran kinematik yang ketiga adalah merupakan rakaman kecepatan. Pengukuran ini menunjukkan perubahan dalam halaju semasa pergerakan. Kita memperolehi kecepatan dari halaju dengan membahagikan perubahan dalam halaju dengan perubahan dalam masa. Kita boleh menggambarkan lengkok kecepatan sebagai satu fungsi masa seperti dalam Rajah 3.8 yang berasaskan kepada graf pemindahan dan halaju.

Lengkok kecepatan menggambarkan peningkatan dan penurunan kelajuan pergerakan semasa subjek itu bergerak. Perubahan kecepatan yang cepat menggambarkan perubahan halaju yang cepat juga.

d.Pergerakan Linear dan AngularDalam diskripsi pergerakan kinematik, pengukuran pemindahan, halaju dan kecepatan boleh berlaku sama

ada dalam pergerakan linear atau angular. Perbezaan antara dua jenis pergerakan ini adalah penting dan perlu difahami. Ia juga merupakan perbezaan kritikal dalam penganalisisan pergerakan.

Pergerakan linear adalah merupakan pergerakan dalam garisan linear atau lurus dan melibatkan seluruh tubuh badan atau objek bergerak sama jarak dalam jumlah masa yang sama.

Pergerakan angular pula merupakan satu pergerakan yang berputar pada satu paksi dan melibatkan segmen badan tertentu. Semasa putaran (rotate), sendi merupakan paksi rotasi pergerakan segmen tubuh badan. Pergerakan angular juga sering dikenali sebagai pergerakan rotari.

Contohnya, jika anda ingin menggambarkan kinematik berjalan, pergerakan linear adalah sesuai untuk menggambarkan satu pergerakan dari satu lokasi ke lokasi lain. Ini adalah kerana keseluruhan badan akan bergerak secara linear. Akan tetapi sekiranya anda ingin menggambarkan ciri-ciri pergerakan kaki semasa berjalan, maka diskripsi pergerakan angular adalah lebih sesuai digunakan. Ini adalah kerana kaki berpusing pada sendi pergelangan kaki semasa berjalan. Pengukuran kinematik membantu kita untuk menggambarkan ciri-ciri kritikal komponen-komponen sesuatu kemahiran semasa pergerakan.

3.2.2 Elektromiograf (EMG)Pergerakan yang melibatkan aktiviti elektrikal dalam otot boleh diukur dengan elektromiograf (EMG). Pengukuran elektromiograf dilakukan dengan sama ada melekatkan elektrod di bahagian otot iaitu di atas permukaan kulit atau memasukkan dawai elektrod halus ke dalam otot tertentu. Elektrod-elektrod ini akan mengesan aktiviti elektrikal otot dan akan dirakamkan dengan komputer atau perakam poligraf (Rajah 3.10).Rakaman EMG dapat memberi pelbagai maklum balas kepada pengkaji. Contohnya, dalam bidang pembelajaran dan kawalan motor, rakaman EMG dapat menunjukkan permulaan dan penamatan aktiviti sesuatu otot. Rakaman EMG yang melibatkan aktiviti beberapa otot dalam

pergerakan yang sama membolehkan pengkaji melihat secara jelas proses koordinasi pergerakan dengan memerhatikan urutan corak pengaktifan otot-otot yang terlibat.3.2.3 Diskripsi KinetikDiskripsi kinetik mengambil kira peranan daya dalam kajian pergerakan. Berlawanan dengan diskripsi kinematik yang merujuk kepada diskriptor pergerakan dengan tidak mengambil kira penyebab pergerakan tersebut. Diskripsi kinetik menganggap daya sebagai satu penyebab pergerakan. Pergerakan-pergerakan manusia melibatkan sumber daya dalaman dan luaran.

Contohnya, graviti dan rintangan udara merupakan daya luaran yang mempengaruhi perlakuan larian dan berjalan; rintangan air pula merupakan daya luaran yang mempengaruhi pergerakan renang. Otot-otot pula merupakan daya dalaman yang menolak atau menarik sendi-sendi tubuh badan untuk menghasilkan pergerakan.

Peranan daya dalam penghasilan sesuatu pergerakan dapat dilihat dengan hukum pergerakan Newton. Hukum Newton Pertama mengatakan bahawa daya adalah diperlukan untuk memula, mengubah atau menghentikan sesuatu pergerakan.Hukum Newton Ketiga pula berkaitan dengan penglibatan daya dalam aksi dan reaksi yang berlaku dalam interaksi antara dua objek.Ciri utama hubungan daya dalam pergerakan manusia adalah merupakan pergerakan manusia melibatkan rotasi segmen badan di sekeliling paksi sendinya. Kesan daya ke atas rotasi ini dikenali sebagai torque sendi atau daya rotari. Pengkaji dapat mengukur daya secara langsung dengan menggunakan alat seperti plet daya, transduktor daya dan strain gauge. Plet daya adalah digunakan untuk mengukur daya reaksi bumi, yang terlibat dalam interaksi antara sesuatu objek.Contohnya individu dengan bumi. Transduktor daya dan strain gauges pula digunakan untuk mengukur daya yang dihasilkan oleh otot. Hukum Newton Kedua dapat digunakan untuk mengukur daya secara langsung dengan mengambil kira perhubungan antara daya dengan kelajuan atau kecepatan dan jisim objek tersebut (F=ma).

3.2.4 KoordinasiPengukuran kinematik pergerakan adalah mahal dan memerlukan masa yang panjang serta melibatkan proses analisis filem secara gerak perlahan. Dengan berkembangnya teknologi komputer, sistem analisis pergerakan terhadap kemahiran kompleks telah dapat diukur.

Satu isu pengukuran yang sering diperdebatkan adalah bagaimana cara terbaik untuk mengukur koordinasi kemahiran kompleks. Koordinasi melibatkan pergerakan segmen anggota badan dalam masa tertentu dan berasaskan corak ruang. Corak ini dapat diperhatikan dalam plot sudut-sudut (angle-angle plot) pergerakan segmen badan tersebut, seperti yang ditunjukkan dalam contoh di Rajah 3.15. Akan tetapi kebanyakan laporan pengkaji adalah diskripsi kualitatif kinematik dan tidak melaporkan penilaian kuantitatif. Oleh itu timbul persoalan sama ada corak kualitatif yang mewakili perhubungan segmen anggota badan adalah mencukupi untuk menggambarkan koordinasi.Mereka mencadangkan bahawa penilaian kuantitatif diskripsi koordinasi juga diperlukan. Salah satu pendekatan untuk mengkuantitatifkan plot sudut-sudut adalah dengan menggambarkan corak koordinasi dengan corak klasik bentuk jantung. Seperti contoh perhubungan sendi lutut dan punggung semasa berjalan yang ditunjukkan dalam Rajah 3.15.

3.3 PENGUKURAN NEUROLOGIPengukuran neurologi merupakan pendekatan pengukuran pengesanan tindak balas tubuh badan terhadap permintaan perlakuan. Contohnya, keputusan pengukuran neurologi pergerakan anak mata semasa pertandingan dapat menunjukkan tahap kegelisahan seseorang individu, perubahan kadar nadi, penambahan tahap laktasi atau penurunan suhu kulit. Kesemuanya perubahan ini berkait dengan pemerolehan tingkah laku motor.Pengukuran neurologi ini adalah dikenali sebagai neurological correlates. Walaupun pengukuran boleh dikaitkan dengan penguasaan tingkah laku motor, ia tidak

seharusnya dianggap sebagai satu kaedah utama untuk pengukuran. Dalam tahun 1920an, EEG atau elektro encephalogram (Rajah 3.16) telah dicipta untuk merakam gelombang aktiviti elektrikal semasa aktiviti motor.

Dengan elektrod permukaan (surface electrod), gelombang otak adalah dipantau untuk mengesan aktiviti normal atau abnormal otak. Teknologi lain mula mengembang untuk pengukuran otak pada tahun 1970an. Pengimbas CAT atau Tomografi Axial Berkomputer (Rajah 3.17) telah digunakan untuk mengimbas otak yang dapat menghasilkan gambar otak serta strukturnya. Teknik ini dapat memberikan satu gambaran struktur otak tanpa pembedahan. Pada akhir tahun 1980an pula, pengimbas PET iaitu Tomografi Pancaran Positron (Rajah 3.18) telah dicipta untuk mengenal pasti kawasan paling aktif dalam otak semasa pelbagai aktiviti. Gula radioaktif akan disuntik ke dalam individu untuk mengesan corak penyerapannya dalam otak.

Pada masa kini jenis pengukuran yang mempunyai kesahan yang paling tinggi adalah teknik MRI iaitu Pengimejan Resonans Magnetik (Rajah 3.19). MRI dapat memaparkan maklumat dalam bentuk kod berwarna (colour-coded) dengan mengesan haba yang dihasilkan dalam keseluruhan otak individu semasa ia sebenarnya mula mengerakkan bahagian-bahagian anggota badan tertentunya.

Alat ini membolehkan pengkaji merakamkan aktiviti-aktiviti otak yang berlaku. Kedudukan, intensiti serta tempoh aktiviti otak boleh dikesan dalam masa sebenar. Ia amat berguna terutama sekali untuk menjawab soalan berkenaan penyimpanan (retention) dan memperolehi kembali (retrieval) atau permulaan sesuatu program motor. Walaupun alat ini dapat menunjukkan maklumat yang paling menyeluruh mengenai aktiviti otak semasa melakukan sesuatu perlakuan. Namun di sebabkan kos peralatan ini, penggunaan alat ini untuk mengukur aktiviti otak adalah terhad. 3.3.1 Rakaman Permukaan (Surface Recording)Rakaman permukaan merupakan satu pendekatan pengukuran yang dilakukan di atas permukaan sekiranya

pengukuran dalaman tidak boleh dijalankan. Alat yang digunakan adalah EMG, yang menggunakan lekatan kepingan elektrod atau dawai elektrod yang dilekatkan atas permukaan kulit. Sistem EMG dapat merakam isyarat-isyarat elektrikal yang mengaktifkan fiber-fiber otot. Setiap fiber otot mengandungi rangkaian rantai panjang-myofibril yang dikenali sebagai sacromere yang mewujudkan daya aksi otot.Apabila neuron mengaktifkan fiber otot di persimpangan mioneural, cas elektrikal akan dialirkan melalui setiap mi krofibril yang akan merangsang penguncupan sacromere. Ia akan mewujudkan satu medan magnetik yang boleh digunakan untuk mengesan aktiviti otot. Dengan mengawal jumlah konduksi, penyebaran isyarat yang melalui tisu membolehkan rakaman permukaan serta dalaman dibuat.

3.3.2 Rakaman IntraselRakaman intrasel merupakan pengukuran pengaliran elektrikal yang melalui membran sesuatu sel. Untuk melakukan sesuatu rakaman intrasel, mikroelektrod akan dicucuk ke dalam sel supaya potensi membran dapat diukur (Rajah 3.22). Kebanyak an mikroelektrod yang digunakan untuk rakaman intrasel adalah mikropipet kaca.

Mikropipet akan dipenuhi dengan satu larutan yang mempunyai komposisi ionik yang sama dengan cecair intrasel sel berkenaan. Satu dawai perak bersalut klorida akan dimasukkan ke dalam pipet yang menyambungkan elektrod secara elektrikal ke amplifier dan litar pemprosesan isyarat. Voltan yang diukur daripada elektrod akan dibandingkan dengan voltan elektrod rujukan, biasanya dawai perak-bersalut klorida yang ber sentuhan dengan cecair luar sel di sekitar sel berkenaan. Rakaman intrasel dapat dijalankan dengan beberapa teknik seperti:

a. Teknik Penyekat Voltan (Voltage Clamp)b. Teknik Penyekat Arus (Current Clamp)c. Teknik Penyekat Tompok (Patch Clamp)d. Teknik Elektrod Tajam (Sharp Electrode)

3.3.3 Melukakan (Lesion ) dan Penghapusan (Ablasi )Lesion bermaksud mencederakan atau mengeluarkan satu bahagian otak dan ablasi pula bermaksud merosakkan atau penggangguan fungsi satu bahagian otak. Teknik lesion dan ablasi sering digunakan oleh psikologi fisiologikal. Dalam kedua teknik ini, kesan daripada lesion dan ablasi akan dinilai selepas rawatan diberikan.

Dalam melakukan lesion, prosedur surgikal digunakan untuk mengeluarkan tisu dari satu tempat spesifik dalam otak. Untuk melakukan ablasi dalam otak, pengkaji akan menggerudi satu lubang di satu tempat yang sesuai di tengkorak dan memasukkan satu dawai elektrod ke dalam sasaran kajiannya. Satu arus elektrik akan dialirkan melalui dawai elektrod untuk merosakkan tisu tersebut.3.3.4 Pengimejan OtakPengimejan otak atau pengimejan -neuro ( neuroimaging) merangkumi kegunaan pelbagai teknik, sama ada secara langsung atau tidak langsung untuk menggambarkan struktur atau fungsi otak. Pengimejan otak terdiri daripada dua kategori pengimejan, iaitu pengimejan struktur dan fungsional.Pengimejan struktur adalah berkaitan dengan struktur otak dan diagnosis penyakit intrakranial seperti tumor dan kecederaan. Sementara pengimejan fungsional pula digunakan untuk mengdiagnosis penyakit metabolik dan lesion yang mikro dan juga kajian-kajian neurologikal. Antara teknologi pengimejan otak yang ada pada masa kini adalah seperti:

a. CAT – Tomografi Berkomputer atau Tomografi Axial Berkomputer

b. MRI – Pengimejan Resonans Magnetikc. FMRI – Pengimejan Resonans Magnetik

Fungsional d. PET – Tomografi Pancaran Positrone. SPECT – Tomografi Pancaran Foton Tunggal

Berkomputerf. DOT – Tomografi Optikal Terbias

TOPIK 4 ASAS NEUROFISIOLOGI DALAM KAWALAN MOTOR 1

Bagaimana dengan pembacaan anda pada topik-topik sebelum ini? Diharapkan anda semua boleh menguasai bidang ini dengan baik. Sekiranya terdapat kekeliruan atau ketidakfahaman seharusnya anda tidak tunggu lama-lama tetapi terus hubungi tutor anda, sama ada di dalam kelas tutorial ataupun perbincangan atas talian.

Pada topik kali ini, kita akan memberi fokus kepada perkara yang berkaitan dengan sistem saraf. Sistem saraf adalah terdiri daripada tiga sub-sistem utama iaitu:

a. Paksi sensorib. Paksi motorc. Sistem integratif

Paksi sensori adalah paksi yang bertanggungjawab menghantar isyarat dari penghujung saraf sensori perife ral ke seluruh saraf tunjang, stem otak, serebelum dan sereberum. Manakala paksi motor pula membawa isyarat saraf dari sistem saraf pusat ke otot dan kelenjar seluruh badan. Seterusnya yang ketiga, merupakan sistem inte gratif yang menganalisis maklumat sensori, menyimpan sebahagiannya dalam memori untuk kegunaan kelak dan menggunakan kedua sensori dan maklumat tersimpan untuk menentukan tindak balas yang sesuai.

4.1 ANATOMI DAN FISIOLOGI SISTEM SARAFOleh kerana terminologi khusus akan digunakan dalam neuroanatomi dalam topik ini, maka adalah lebih baik sebelum kita mula mendalami topik sistem saraf kita mengetahui terlebih dahulu beberapa terminologi yang digunakan semasa menjelaskan lokasi beberapa struktur tertentu dalam tubuh badan. Penjelasan ini akan membincangkan lokasi bahagian tubuh badan dalam tiga satah yang dibayangkan atau imaginery (Rajah 4.1).

Satah sagital akan membahagikan tubuh badan kepada bahagian kiri dan kanan. Berasaskan satah sagit al ini kita ada beberapa lagi jenis satah iaitu:

a. Satah Median: Satah sagit al yang membahagikan tubuh badan kepada bahagian kiri dan kanan.

b. Satah Koronal: Satah sagit al pada sudut kanan adalah membahagikan tubuh badan kepada bahagian depan dan belakang.

c. Satah Axial: Satah s agital yang membahagikan tubuh badan kepada bahagian atas dan bawah yang bersudut tepat dengan dua satah yang lain

4.1.1 Bahagian Utama Anatomi Sistem SarafRajah 4.2 menggambarkan dua bahagian utama sistem saraf, iaitu sistem saraf pusat yang merangkumi otak dan saraf tunjang serta sistem saraf periferal.Otak adalah kawasan inte gratif utama sistem saraf. Di sinilah memori disimpan, pemikiran berlaku, emosi dihasil dan fungsi lain berkaitan otak dan juga kawalan kompleks tubuh badan kita berlaku. Untuk melakukan aktiviti kompleks, otak itu sendiri adalah dibahagikan kepada banyak bahagian dan fungsi .Saraf tunjang mempunyai dua fungsi. Pertama, berfungsi sebagai konduit bagi laluan saraf otak. Kedua, ia berfungsi sebagai kawasan inte gratif untuk mengkoordinasikan kebanyak an aktiviti-aktiviti saraf separa sedar. Contohnya tindakan refleks tubuh badan atas rangsangan kesakitan dan menegangkan kaki apabila seorang berdiri atas kaki seperti ditunjukkan dalam Rajah 4.3.Sistem saraf periferal pula merupakan satu cabangan rangkaian saraf yang luas sehinggakan tidak ada sebahagian tisu pun di seluruh tubuh badan tanpa penghujung saraf (Rajah 4.4). Sistem saraf perif eral mengandungi satu jumlah yang besar fiber-fiber saraf.

Fiber-fiber ini mempunyai dua jenis fungsi. Fiber aferen adalah untuk transmisi maklumat sensori ke saraf tunjang dan otak, manakala fiber eferen adalah untuk transmisi isyarat motor dari sistem saraf pusat ke periferal, terutama sekali ke otot-otot skeletal (Rajah 4.5). Sebahagian saraf periferal muncul terus dari kawasan basal otak itu sendiri dan menyambungnya ke kepala. Ini dikenali sebagai urat saraf otak. Saraf periferal yang lain adalah urat saraf tunjang. 4.1.2 Neuron

Sistem saraf adalah terdiri daripada sel-sel. Sel-sel ini mempunyai fungsi khas untuk melaksanakan sesuatu tugas yang unik melalui transmisi impuls saraf dari satu sel ke sel lain. Struktur dan fungsi unit sistem saraf ini adalah neuron atau sel saraf. Ia merupakan komponen tersendiri yang mana keseluruhan sistem saraf dibentuk. Seperti sel-sel lain dalam tubuh badan kita, neuron-neuron adalah dibentuk mengikut kesesuaian dengan fungsi utamanya sebagai penerima, pengendali dan penghantaran maklumat.

Terdapat satu lapisan membran mengelilingi protoplasma bergelatin dalam neuron seperti lapisan penyalut sosej . Neuron terdiri daripada tiga bahagian utama:

a. Badan sel atau soma b. Dendrite c. Axon

Badan Sel Badan sel atau juga dikenali sebagai soma, merupakan pusat metabolik sel. Ia membekalkan nutrien-nutrien yang diperlukan untuk mengekalkan hayat keseluruhan neuron. Ia juga mengandungi DendriteDendrite merupakan cabangan yang bertumbuh dari badan sel. Setiap neuron boleh mempunyai satu atau ribuan dendrite yang bercabang dari badan sel. Ia merupakan bahagian reseptor utama neuron AxonJenis fiber neuron yang kedua adalah axon. Setiap neuron mempunyai satu axon, tetapi mempunyai banyak cabang-cabang yang dikenali sebagai fiber-fiber kol ateral. Bahagian neuron ini dikenali sebagai saraf fiber. Panjangnya dari beberapa milimeter seperti axon-axon kebanyakan neuron kecil dalam otak dan boleh menjangkau sepanjang satu meter bagi axon-axon atau fiber-fiber saraf dari saraf tunjang ke tapak kaki. Axon-axon menyalurkan isyarat-isyarat saraf ke sel saraf lain dalam otak atau saraf tunjang atau ke otot-otot dan kelenjar dalam bahagian periferal tubuh badan. 4.1.3 Fungsi NeuronFungsi utama neuron adalah menghantar mesej atau impuls dari satu bahagian tubuh badan ke bahagian lain.

Mesej atau impuls dialirkan dari neuron ke neuron melalui proses elektrokimia. Impuls ini ditransmisikan dari satu bahagian tubuh badan ke bahagian lain oleh satu rangkaian dendrite-dendrite atau badan sel ke axon atau badan sel satu neuron lain yang dipautkan bersama melalui neuron-neuron. Ini membentuk satu laluan konduksi sistem saraf. Sistem saraf berfungsi melalui rangkaian-rangkaian neuron ini.4.1.4 Klasifikasi NeuronNeuron dapat diklasifikasi kepada neuron aferen, eferen dan interneuron. Klasifikasi ini dilakukan dengan dua kaedah, iaitu berdasarkan kepada lokasi, fungsi dan strukturnya. Neuron aferen membawa saraf impuls dari reseptor sensori ke saraf tunjang atau otak. Neuron aferen ini juga dikenali sebagai neuron sensori. Neuron eferen pula mentransmisi impuls dari sistem saraf pusat ke organ-organ efektor iaitu otot-otot dan kelenjar-kelenjar. Neuron-neuron efektor yang melalui otot-otot biasanya dikenali sebagai motoneuron. Interneuron bermula dan menamat keseluruhannya di sistem saraf pusat dan lebih 95% neuron-neuron sistem saraf adalah jenis ini.

Neuron-neuron juga diklasifikasikan mengikut strukturnya, terutama sekali jumlah cabangan fiber dari badan sel. Neuron yang hanya mempunyai satu proses fiber dikenali sebagai unipolar. Dalam neuron-neuron unipolar, hanya axon bersambung pada badan sel tanpa dendrite. Neuron-neuron unipolar adalah berada di urat saraf tunjang dan kranial dan membawa isyarat aferen dari reseptor sensori.Jenis neuron yang kedua mempunyai dua proses fiber dan dikenali sebagai bipolar. Neuron-neuron bipolar adalah tidak banyak, cuma berada di dua atau tiga tempat dalam sistem saraf. Jenis neuron yang paling biasa dalam sistem saraf pusat adalah neuron multipolar. Multipolar mempunyai banyak dendrite-dendrite dan satu axon bercabang dari badan sel. Sel-sel multipolar berada di seluruh sistem saraf.

4.2 SISTEM SARAF PUSAT, PERIFERAL DAN AUTONOMIKSistem saraf merupakan rangkaian tisu yang terdiri daripada neuron-neuron. Sel-sel ini adalah saling

menyambung antara satu sama lain dalam satu struktur yang kompleks. Ia merupakan konduktor atau penghubung dengan isyarat elektrokimia. Ia juga merupakan penghubung pelbagai rangsangan dalam tisu-tisu saraf dan begitu juga menjadi penghubung dari atau ke kebanyakan tisu-tisu lain.Oleh itu neuron-neuron menyelaras pelbagai fungsi organisma. Sistem saraf biasanya dibahagikan kepada dua, iaitu sistem saraf pusat dan sistem saraf periferal. Sistem saraf periferal pula boleh dibahagikan kepada sistem somatik dan sistem autonomik.4.2.1 Fungsi Sistem Saraf PusatSistem saraf pusat mewakili bahagian paling besar dalam sistem saraf. Ia merangkumi otak dan saraf tunjang. Bersama dengan sistem saraf periferal, ia mempunyai peranan dalam pengawalan tingkah laku. Sistem saraf pusat terdapat di rongga dorsal, otak dalam rongga otak dan saraf tunjang dalam rongga tulang belakang. Sistem saraf pusat diselaputi oleh meninges. Otak juga dilindungi oleh tengkorak dan saraf tunjang pula dilindungi oleh vertebra.

Sistem saraf pusat merupakan pusat koordinasi dan pusat penentuan tindak balas kepada impuls-impuls. Fungsi-fungsi sistem saraf pusat boleh dilihat dari:

a. OtakFungsi otak adalah seperti:i. Menerima input sensori dari saraf tunjang dan juga dari saraf-sarafnya sendiri. Contohnya, saraf olfactory dan optik; danii.Memproses pelbagai input sensori dan menentu serta menyelaraskan tingkah laku motor yang bersesesuaian dengan rangsangan.

b. Saraf TunjangFungsi saraf tunjang adalah seperti:i.Mengalirkan maklumat sensori dari sistem saraf periferal sama ada somatik atau autonomik ke otak;ii.Mengalirkan maklumat motor dari otak ke pelbagai efektor seperti otot-otot skeletal, kardiak dan licin, begitu juga ke kelenjar-kelenjar; daniii.Berfungsi sebagai pusat refleks-refleks minor.

4.2.2 Fungsi Sistem Saraf PeriferalSistem saraf periferal mengandungi semua fiber-fiber saraf yang memasuki atau meninggalkan pangkal otak dan saraf tunjang yang merupakan reseptor sensori untuk anggota badan dan organ-organ. Tidak seperti sistem saraf pusat, sistem saraf periferal tidak dilindungi oleh tulang dan terdedah kepada toksin dan kecederaan.

Sistem saraf periferal adalah dibahagikan kepada dua sistem saraf, iaitu:

a. Sistem saraf somatik b. Sistem saraf autonomik

Sistem saraf periferal mengandungi 31 pasang urat saraf tunjang yang berasal dari vertebra -v ertebra iaitu 12 pasang urat saraf otak dari stem otak dan 31 pasang urat saraf tunjang , – 8 servikum , 12 toraks, 5 lumbar, 5 sakrum dan 1 kaudal (Rajah 4.12b). Sekali lagi diingatkan bahawa sistem saraf periferal dibahagikan kepada sistem saraf somatik dan sistem saraf autonomik. Sistem saraf somatik bertanggungjawab untuk mengkoordinasikan pergerakan tubuh badan dan juga untuk menerima rangsangan luaran. Ia merupakan sistem yang mengawal aktiviti-aktiviti yang di bawah kawalan sedar.

Sistem saraf autonomik pula dibahagikan kepada bahagian:

i. Simpatetik Sistem saraf simpatetik bertindak balas kepada bahaya dan stress yang akan menimpa dan juga bertanggungjawab untuk meningkatkan kadar nadi dan tekanan darah seseorang. Ia juga bertanggungjawab atas perubahan fisiologikal dan emosi dengan peningkatan adrenalin dalam sistem itu.

ii. Parasimpatetik Sistem saraf parasimpatetik pula dapat dilihat fungsinya dengan lebih nyata semasa kita berehat atau dalam keadaan relaks. Ia bertanggungjawab untuk konstriksi anak mata, penurunan kadar nadi, pengembangan

salur darah dan perangsang sistem penghadaman dan genito-urinar i.

iii. EnterikFungsi sistem saraf enterik pula adalah untuk menguruskan semua aspek penghadaman dari esophagus ke perut, usus kecil dan kolon.

a. Sistem Saraf SomatikSistem saraf somatik merupakan sebahagian daripada sistem saraf periferal yang mengawal pergerakan voluntari badan melalui aksi otot-otot skeletal dan penerimaan rangsangan luaran yang membolehkan tubuh badan sentiasa berhubung dengan persekitarannya seperti sentuhan, pendengaran dan penglihatan.

b. Sistem Saraf AutonomikSistem saraf autonomik adalah sebahagian daripada sistem saraf periferal yang berfungsi sebagai sistem kawalan penyelenggaraan homeostasis dalam tubuh badan. Aktiviti-aktiviti penyelenggaraan ini adalah dijalankan tanpa kawalan sedar. Sistem saraf autonomik juga bertanggungjawab ke atas kadar nadi, penghadaman, kadar respirasi, pengeluaran air liur, perpeluhan, kawalan diameter anak mata, mikturisi dan rangsangan seksual..Fungsi sistem saraf simpatetik dan para simpatetik secara umumnya bertentangan antara satu sama lain. Bahagian simpatetik bertanggungjawab ke atas aksi-aksi yang memerlukan tindak balas segera. Sementara bahagian parasimpatetik pula bertanggungjawab ke atas aksi-aksi yang tidak memerlukan tindak balas segera. Kita dapat membuat tanggapan bahawa bahagian simpatetik adalah perlu dalam mod lawan atau lari (fight or flight ) dan bahagian para simpatetik pula sewaktu rehat dan hadam (rest and digest ). Fungsi-fungsi lain adalah seperti:

i. Sistem Saraf Simpatetik Mengalirkan pengaliran darah

dari saluran gastro-intestinal dan kulit melalui vasokonstriksi

Pengaliran darah ke otot-otot skeletal

Mengembangkan bronkiol paru-paru untuk membolehkan pertukaran oksigen yang lebih banyak di alveolar

Meningkatkan kadar nadi dan penguncupan sel-sel kardiak (myocytes) untuk menyediakan satu mekanisma untuk meningkatkan pengaliran darah ke otot-otot skeletal

Mengembangkan anak mata dan merehatkan kanta mata untuk membolehkan cahaya masuk

ii. Sistem Saraf Parasimpatetik Mengembangkan salur darah

yang menghala ke saluran gastro-intestinal untuk meningkatkan pengaliran darah

Menguncupkan diameter bronkiolar apabila keperluan oksigen berkurangan

Menguncupkan anak mata dan kanta

Merangsang pengeluaran air liur dan meningkatkan peristalsis

iii. Sistem Saraf Enterik Pengawalan sistem gastro-

intestinal Pengkoordinasian refleks

TOPIK 5 ASAS NEUROFISIOLOGI DALAM KAWALAN MOTOR 2

5.1 TRANSMISI NEURONNeuron-neuron berhubung dengan neuron-neuron lain melalui sinaps di mana terminal axon sesuatu sel bertembung dengan dendrit atau soma neuron lain. Transmisi neuron juga dikenali sebagai transmisi sinaptik merupakan sistem penghantaran isyarat antara neuron-neuron. Pengalaman seperti pemikiran dan perasaan begitu juga dengan semua aksi-aksi lain adalah hasil

daripada saraf impuls-impuls yang dihasilkan oleh neuron-neuron. Tanpa saraf, impuls-impuls seseorang itu dianggap mati klinikal. Sinaps boleh merangsang atau menghalang iaitu meningkatkan atau mengurangkan aktiviti dalam neuron tertentu. Neuron berikutnya menyambung kepada neuron-neuron lain dan jika jumlah pengaruh rangsangan melebihi halangan, ia akan mewujudkan satu aksi potensi (action potential) baru di bukit axon. Ia akan menghantar maklumat kepada neuron lain atau menghasilkan satu pengalaman atau aksi.5.2 MEKANISMA REFLEKS VOLUNTARI DAN INVOLUNTARISatu refleks merupakan satu tindakan terus antara rangsangan dan tindakbalas yang tidak memerlukan pemikiran sedar. Terdapat dua jenis refleks, iaitu

a. Refleks voluntari b. Refleks involuntari

Refleks voluntari melibatkan sekurang-kurangnya dua atau tiga neuron. Jenis refleks ini dikenali sebagai refleks tiga neuron kerana ia memerlukan tiga jenis neuron: Neuron sensori, neuron interneuron dan neuron motor. Ia juga dikenali sebagai refleks pengunduran (withdrawal reflex) oleh kerana ia biasanya melibatkan pengunduran daripada rangsangan kesakitan. Pengunduran ini tidak memerlukan pemikiran (Rajah 5.2) Refleks regangan merupakan refleks yang paling mudah dengan penglibatan dua neuron sahaja. Dengan itu ia dikenali sebagai refleks 2-neuron. Neuron-neuron yang terlibat adalah neuron sensori dan neuron motor. Neuron sensori dirangsangkan dengan regangan atau ekstensi sesuatu otot (Rajah 5.3)5.3 KORTEKS MOTOR DAN KORTEKS SENSORI Otak manusia adalah kawasan utama penyelarasan sistem saraf. Ia mengandungi lebih kurang 1010 neuron-neuron. Setiapnya melakukan ribuan hubungan dengan neuron-neuron lain untuk membentuk jumlah laluan yang banyak melalui otak. Kawasan berlainan dalam otak bentuk dikenali dengan perbezaan bentuk dan mempunyai peranan yang berlainan.

Medulla mengawal kadar nadi, pernafasan, peristalsis dan refleks-refleks seperti menelan, batuk, bersin dan muntah.

Hipotalamus mengawal homeostasis suhu, homeostasis air dan kawalan pengeluaran hormon-hormon oleh kelenjar pituitary.

Kelenjar pituitari merembes pelbagai hormon-hormon termasuk LH, FSH, ADH dan hormon pertumbuhan.

Talamus merupakan stesen pemancar, menyatukan input sensori dan mengalirkannya ke kawasan sensori di sereberum.

Serebelum mengkoordinasikan pergerakan otot dan imbangan, postur dan lokomotor seperti berjalan, berlari dan melompat.

Kelenjar pineal merembeskan melatonin, iaitu hormon yang mengawal jam biologikal.

Celebral korteks boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan:

a. Korteks atau kawasan sensori yang menerima dan memproses input sensori dari organ-organ sensori. Terdapat berlainan korteks untuk setiap organ deria. Neuron-neuron sensori terlebih dahulu disalur melalui talamus dan juga akan dihantar impuls kepada kawasan lain di otak untuk proses autonomik.

b. Korteks atau kawasan motor yang mengelola dan menghantar output motor ke otot-otot skeletal. Neuron-neuron motor berasal dari kawasan ini tetapi biasanya diproses oleh serebelum sebelum ke otot-otot. Oleh itu korteks mungkin membuat keputusan berjalan kaki menaiki tangga, akan tetapi serebelum akan mengelolakan dengan tepatnya sel otot mana menguncup dan otot mana relaks.

c. Korteks atau kawasan perhubungan (association) yang melibatkan pemprosesan yang lebih tinggi.

5.3.1 Korteks MotorKorteks motor merupakan kawasan korteks cerebral yang terlibat dalam perancangan, kawalan dan perlaksanaan fungsi-fungsi motor voluntari (Rajah 5.7). Korteks motor

adalah terletak di kedua hemisfera korteks. Bahagian kanan kawasan korteks motor mengawal bahagian kiri tubuh badan dan sebaliknya.Dua kawasan korteks yang biasa dirujuk sebagai korteks motor:

a. Korteks motor primer yang melaksanakan pergerakan-pergerakan voluntari; dan

b. Korteks pra-motor dan kawasan suplimentari motor yang memilih pergerakan-pergerakan voluntari.

Sebagai tambahan, fungsi-fungsi motor yang dihuraikan adalah:

a. Korteks posterior parietal yang membimbing pergerakan-pergerakan voluntari di udara; dan

b. Korteks dorsalateral pra-frontal yang menentukan pergerakan-pergerakan voluntari yang mana dilakukan mengikut arahan-arahan tertinggi, peraturan dan tanggapan kendiri.

5.3.2 Korteks Sensori Korteks sensori adalah kawasan yang menerima dan proses maklumat daripada deria-deria (Rajah 5.7). Bahagian korteks yang menerima input-input sensori dari talamus adalah dikenali sebagai kawasan-kawasan sensori primer. Secara umumnya, kedua-dua bahagian hemisfera menerima maklumat daripada bahagian tubuh badan yang berlawanan. Contohnya, korteks somatosensori primer kanan akan menerima maklumat daripada anggota sebelah kiri dan korteks visual kanan menerima maklumat daripada kawasan visual sebelah kiri.

5.5 LALUAN IMPULSTiga urutan neuron yang membentuk rangkaian sensori adalah:

a. Neuron sensori yang mengalirkan impuls-impuls dari reseptor ke sistem saraf pusat dan ke sinaps pertama adalah dianggap neuron urutan pertama;

b. Neuron yang mengalir impuls-impuls ke talamus merupakan neuron urutan kedua, dan

c. Impuls-impuls dihantar dari talamus ke korteks serebral melalui neuron urutan ketiga.

5.5.1 Transmisi Sensori TalamusTalamus boleh juga dikenali sebagai pelabuhan kemasukan ke korteks.Talamus adalah merupakan satu siri nuklei berfungsi sebagai sensori dan juga fungsi-fungsi motor. Setengah nuklei talamik menerima input sensori terus, sementara yang lain mengalirkan fiber-fiber motor ke bahagian bawah-tengah otak dan saraf tunjang dan ada juga masih mempunyai perhubungan terus dengan kortikal (rajah 5.10). 5.5.2 Kawasan Projeksi SensoriFakta pelbagai sistem sensori mempunyai kawasan projeksinya sendiri membantu kita menjelaskan bagaimana otak boleh membezakan antara impuls-impuls dari sistem somatosensori dan impuls dari sistem visual. Kawasan-kawasan projeksi sensori mempunyai beberapa fungsi yang sama. Pada dasarnya mereka menganalisis aspek sensasi yang mudah seperti ruangan setempat impuls-impuls dari neuron-neuron sensori dan pengesanan umum elemen rangsangan secara berasingan. Contohnya, rangsangan elektrikal secara terus dalam korteks somatosensori menyebabkan satu rasa mencucuk di kulit, rasa panas atau sejuk atau rasa kebas di bahagian setempat tubuh badan seperti tangan. Otak sendiri berfungsi sebagai laluan-laluan penurunan serta kawalan kemasukan data sensori yang sampai ke korteks. Fiber-fiber saraf yang menyebar turun dari lokasi atas otak dan stem otak serta neuron-neuron saraf tunjang untuk merangsangkan terus kawalan hasilan impuls-impuls sensori. Impuls dari fiber-fiber kortikal ini boleh mengubah maklumat sensori yang sampai ke korteks dengan merangsang

TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR

Perlakuan :Adalah tingkah laku yang boleh diperhatikan. Jika anda memerhatikan seorang pelajar berlari, anda sedang memerhatikan perlakuan kemahiran lariannya. Begitu juga apabila anda memerhatikan seorang pelajar

melakukan servis badminton, anda akan memerhatikan perlakuan servisnya. Oleh itu, istilah perlakuan adalah merujuk kepada pelaksanaan sesuatu kemahiran pada satu masa dan situasi tertentu.

Pembelajaran :Tidak dapat diperhatikan secara terus, tetapi boleh dibuktikan dengan ciri-ciri perlakuan seseorang.

6.1 DEFINISI DAN PENILAIAN PEMBELAJARAN MOTOR Menurut Schmidt (1988), pembelajaran motor telah didefinisikan dalam pelbagai takrifan oleh penulis yang berlainan. Empat ciri yang jelas telah digunakan dalam mendefinisikan pembelajaran motor. Pertama Pembelajaran merupakan satu proses

penguasaan kebolehan untuk menghasilkan aksi-aksi kemahiran yang dikuasai. Iaitu pembelajaran merupakan set acara atau perubahan-perubahan yang berlaku apabila latihan menyebabkan seseorang itu bertambah mahir dalam tugasannya.

Kedua Pembelajaran berlaku hasil secara langsung daripada latihan atau pengalaman.

Ketiga Pembelajaran tidak dapat diperhatikan secara terus. Ini adalah disebabkan proses yang membawa kepada perubahan dalam tingkah laku adalah dari dalaman. Ianya pada kebiasaannya tidak dapat diuji secara terus dan memerlukan seseorang membuktikan proses pembelajaran yang telah berlaku dengan menunjukkan perubahan dalam tingkah lakunya yang boleh diperhatikan.

Keempat Pembelajaran adalah dianggap untuk menghasilkan satu perubahan relatif yang kekal dalam kebolehan tingkah laku yang mahir; perubahan-perubahan tingkah laku yang disebabkan oleh perasaan, motivasi atau keadaan dalaman seperti 'perasaan dahaga' tidak akan dianggap sebagai disebabkan oleh pembelajaran.

6.1.1 Ciri-ciri Umum Perlakuan Pembelajaran Kemahiran Empat ciri-ciri perlakuan kemahiran yang biasa diperhatikan :

a. KemajuanKemajuan perlakuan sesuatu kemahiran akan bertambah baik dengan masa. Ini bermaksud perlakuan sesuatu kemahiran adalah lebih baik sekarang dari yang sebelumnya. Perlu diingati bahawa pembelajaran tidak seharusnya terhad kepada setakat kemajuan dalam perlakuan sahaja. Ada kalanya latihan-latihan akan menyebabkan pembentukan tabiat buruk yang akan menyebabkan perlakuan kemahiran pelajar itu gagal.

b. KonsistensiPerlakuan akan menjadi semakin konsisten apabila pembelajaran berlangsung. Ini bermakna dari satu ke satu percubaan perlakuan lain, ciri-ciri perlakuan pelajar akan mempunyai lebih persamaan atau konsisten. Dalam percubaan awal perlakuan pelajar, ia adalah berbeza-beza di antara percubaannya. Akan tetapi ia akan bertambah baik dan konsisten apabila semakin banyak percubaan diadakan. Semakin konsisten perlakuan kemahiran itu maka bertambah stabil ciri-ciri perlakuan tersebut. Ini bermakna kemahiran baru yang diperolehi tidak mudah dipengaruhi oleh perubahan kecil dalam ciri-ciri peribadi dan persekitarannya.

c. BerterusanCiri perlakuan yang ketiga adalah ciri berterusan. Peningkatan perlakuan boleh dilihat dengan peningkatan perlakuan yang berterusan. Ini bermakna apabila pelajar itu menuju ke arah proses peningkatan dalam pembelajaran kemahiran tersebut, peningkatan perlakuannya akan kekal untuk satu tempoh masa yang panjang. Pelajar yang telah menguasai sesuatu kemahiran seharusnya boleh menunjukkan perlakuannya pada bila-bila masa. Akan tetapi disebabkan oleh faktor lupa dan faktor-faktor

lain, pelajar itu mungkin tidak dapat mempamerkan tahap perlakuan seperti pada akhir latihan sebelum ini.

d. PenyesuaianCiri perlakuan yang terakhir adalah apabila kemahiran itu telah dikuasai, pelajar boleh menyesuaikannya kepada pelbagai situasi. Pada kebiasaannya, kita tidak melakukan sesuatu perlakuan dalam situasi atau persekitaran yang mempunyai ciri-ciri yang sentiasa sama. Perbezaannya mungkin dari segi emosi, fizikal, persekitaran, tempat dan sebagainya. Oleh itu untuk melakukan sesuatu perlakuan yang berjaya, ia memerlukan pelajar itu menyesuaikan diri serta kemahirannya kepada perbezaan-perbezaan yang ada pada masa berkenaan.

6.1.2 Penilaian Pembelajaran MotorPenguasaan sesuatu kemahiran motor adalah dinilai berdasarkan kepada perlakuannya. Sesuatu pembelajaran dapat dinilai dengan menyimpan rekod tahap-tahap pencapaian sesuatu perlakuan yang diukur dalam tempoh masa seseorang pelajar itu melakukan latihan kemahiran berkenaan. Ia dapat ditunjukkan dalam graf lengkok perlakuan.

6.1.3 Peringkat Pembelajaran a.Model Tiga Peringkat Fitts dan Posner

Fitts and Posner pada tahun 1967 telah mengemukakan model klasik tiga peringkat pembelajaran motor.Pertama Ini adalah peringkat kognitif di mana pelajar

akan memberi lebih tumpuan kepada masalah-masalah yang berorientasikan kepada kognitif. Contohnya, pelajar akan cuba menjawab soalan-soalan seperti: Apakah objektif saya? peringkat melakukan kesilapan.

Kedua Ia merupakan peringkat hubung kait. Dalam peringkat ini, konsistensi sesuatu perlakuan kemahiran motor akan meningkat. Aktiviti-aktiviti kognitif bertukar di peringkat ini kerana pelajar telah mengetahui bagaimana menghubung kaitkan beberapa kue-kue persekitaran dengan pergerakan yang

diperlukan untuk mencapai matlamat kemahiran tersebut. Pelajar akan melakukan semakin kurang kesilapan di peringkat ini. Pelajar juga akan mengetahui hukum-hukum asas dan asas-asas mekanik kemahiran tersebut walaupun kemahiran berkenaan masih perlu diperhalusi lagi

Ketiga Peringkat pembelajaran terakhir Fitts dan Posner ini dikenali sebagai peringkat autonomous. Untuk mencapai peringkat ini, ia mungkin mengambil masa beberapa tahun. Pada peringkat ini perlakuan pelajar akan semakin konsisten. Pergerakan-pergerakan pelajar akan kelihatan automatik, stabil dan mudah lakuannya. Pergerakan-pergerakan automatik ini membolehkan pelajar menumpukan tumpuannya kepada faktor-faktor persekitaran lain seperti kelajuan serta trajektori bola atau susunan barisan pemain pasukan lawannya.

6.2 TANGGAPAN PRESTASI PADA PERINGKAT AKHIR PEMBELAJARAN Tanggapan atau jangkaan prestasi pada akhir sesuatu pembelajaran boleh dilakukan berdasarkan kepada potensi perlakuan pada peringkat awal pembelajaran pelajar. Sama ada seseorang pelajar itu telah mencapai potensinya atau tidak akan bergantung kepada beberapa faktor seperti faktor motivasi, latihan, peluang dan sebagainya. 6.2.1 Korelasi Prestasi Awal dan Akhir PembelajaranPendekatan pertama yang digunakan untuk menentukan perhubungan antara pencapaian perlakuan awal dengan akhir adalah dengan menghubung kaitkan skor-skor seseorang pelajar sepanjang perkembangan peringkat pembelajarannya. Kaedah yang paling mudah adalah dengan menghubung kaitkan skor-skor perlakuan awal dengan skor-skor perlakuan akhir.6.2.2 Korelasi Antara PercubaanPendekatan kedua adalah lebih kompleks. Iaitu prosedur korelasinya melibatkan perhubungan antara semua percubaan dalam latihan. Pendekatan ini memberikan

maklumat tentang perhubungan antara skor perlakuan dengan mana-mana dua percubaan.Hasil dari analisis dapatan menunjukkan kesamaan percubaan-percubaan yang hampir sama antara satu sama lain dengan masa adalah tinggi korelasinya berbanding dengan percubaan-percubaan yang lebih jauh daripada satu sama lain. Perhubungan antara percubaan ini dikenali sebagai bentuk pepenjuru-maha (super-diagonal). Ini bermaksud korelasi-korelasi antara percubaan yang kelihatan dalam matrik korelasi yang membandingkan kesemua percubaan antara satu sama lain, dengan percubaan yang sama terletak di kedua-dua paksi-x dan y dalam matrik tersebut.. Berdasarkan kepada kegunaan kata imbuhan “maha” bermaksud “atas” satu bentuk pepenjuru-maha berlaku apabila korelasi tertinggi dalam matrik adalah sepanjang pepenjuru tersebut. Iaitu cuma berada di atas pepenjuru utama matrik berkenaan.

a. Kejaran rotari (rotary pursuit) b. Stabilometer c. Pergerakan ritma lengan (rhythmic arm

movement). 6.2.3 Perkaitan Antara Kebolehan Motor dengan Peringkat-peringkat Pembelajaran Pendekatan ketiga untuk melihat perkaitan antara pencapaian perlakuan awal dengan akhir dalam pembelajaran adalah dengan membandingkan kebolehan-kebolehan motor yang menyebabkan pencapaian perlakuan dalam setiap peringkat pembelajaran. perlakuan.

Kebolehan kognitif umum termasuk:a. Penaakulan b. Penyelesaian masalah c. Kebolehan verbal d. Kebolehan kandungan termasuklah orientasi

ruang, kawalan tumpuan dan sebagainya

6.3 PEMINDAHAN PEMBELAJARAN6.3.1 Teori-teori Pemindahan PembelajaranPembelajaran adalah suatu proses perubahan tingkah laku hasil daripada pertembungan di antara individu dengan persekitarannya, sama ada secara langsung atau

sebaliknya. Pembelajaran juga boleh dihasilkan melalui latihan. Di dalam usaha seseorang itu untuk memperbaiki, mendalami sesuatu ilmu pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan tingkah lakunya, ia secara tidak langsung akan menggunakan konsep Drowatzky (1975). Proses di mana seseorang itu menggunakan pembelajaran lepas di dalam situasi baru yang berlainan daripada asalnya, maka akan berlakulah proses pemindahan pembelajaran.

6.3.2 Prinsip-prinsip Pemindahan Pembelajaranprinsip umum :

6.3.3 Jenis-Jenis Pemindahan KemahiranUntuk memudahkan pemahaman tentang jenis-jenis pemindahan, maka kita membahagikan kepada dua kategori utama iaitu:

a. Pemindahan BilateralPemindahan bilateral berlaku apabila terdapatnya pemindahan kemahiran motor dari sebelah anggota badan ke sebelah badan yang bertentangan. Contohnya, kemahiran membaling dan menyambut bola dari tangan ke kaki atau sebaliknya.

b. Pemindahan Intra Tugasan (Intratask)Pemindahan jenis ini melibatkan pemindahan satu variasi dalam satu-satu jenis tugasan kepada

variasi-variasi yang berlainan di dalam jenis tugasan yang sama. Tahap satu-satu variasi boleh dipertingkatkan atau direndahkan bergantung kepada perkembangan dan kebolehan serta keupayaan individu.

Di antara angkubah-angkubah yang terdapat di dalam melakukan pemindahan intra tugasan adalah:

i. Perkaitan Kerumitan Tugasan dan PemindahanJumlah pemindahan pembelajaran adalah bergantung kepada darjah kerumitan sesuatu tugasan itu. Seandainya sesuatu kemahiran motor itu memerlukan pergerakan yang kompleks, maka pemindahannya adalah lebih merumitkan.

ii. Pemilihan Kaedah Secara Keseluruhan atau Separa Untuk mendapatkan sesuatu pengajaran yang berkesan, guru harus memahami kehendak dan matlamat pengajaran yang hendak dicapai pada akhir pengajaran. Dari situ untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang baik dan berkesan, seseorang guru itu perlu memilih kaedah bersesuaian dengan jenis dan bentuk perlakuan motor yang hendak dicapai pada akhir pengajaran.

6.3.4 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemindahan KemahiranDalam memahirkan sesuatu perlakuan, terdapat pelbagai faktor yang terlibat. Di antaranya:

a. Faktor Kaedah LatihanKaedah latihan yang dipraktikkan akan mempengaruhi proses pemindahan pembelajaran. Kemahiran motor yang mempunyai unit-unit kecil yang berkait rapat perlu diajar secara keseluruhan. Bagi kemahiran yang besar dan

senang, boleh dipecahkan pengajarannya kepada unit-unit yang lebih kecil.

b. Faktor Latihan MentalUntuk menghasilkan pembelajaran yang lebih positif, seseorang itu perlu melakukan latihan mental yang berdasarkan kepada prinsip-prinsip perlakuan dan penganalisaan pergerakan. Individu perlu diberikan pengetahuan serta penerangan berkenaan dengan aktiviti yang hendak dilakukan. Kecerdasan individu juga akan mempengaruhi perlakuan kemahiran motor.

c. Faktor MotivasiMotivasi memainkan peranannya dalam proses pemindahan kemahiran dari satu situasi ke situasi yang baru. Kesan motivasi terhadap individu bergantung kepada sahsiahnya, perhubungannya dengan persekitaran dan juga tugasan pemindahan itu. Dengan adanya motivasi, individu akan dirangsangkan untuk mencapai prestasi yang tinggi dalam perlaksanaan sesuatu jenis atau bentuk perlakuan motor. Motivasi boleh diadakan dalam bentuk:

i. Insentif ganjaranii. Minat dalaman

iii. Insentif sosialiv. Galakkan kepada pencapaian dan

prestasiv. Insentif kewangan

vi. Deraanvii. Kehadiran penonton

d. Faktor Jumlah LatihanJumlah latihan yang dipraktikkan untuk sesuatu kemahiran akan mempengaruhi pemindahan tugasan dalam perlakuan yang sama. Contohnya, pemain bola keranjang yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam membaling dan menyambut bola akan lebih mudah melakukan kemahiran yang sama dalam permainan bola jaring, walaupun ia baru melibatkan diri dalam permainan itu.

e.Unsur-unsur Persamaan di antara Dua TugasanApabila terdapat unsur-unsur persamaan yang

lebih banyak di antara dua tugasan, akan menghasilkan pemindahan kemahiran yang positif. Contohnya: Persamaan di dalam teknik pergerakan dan balingan dalam permainan bola jaring dengan bola baling.

f.Kebolehan Individu Untuk Pemindahan Prinsip-prinsip UmumPemahaman serta mengetahui akan sesuatu teori dan prinsip umum mengenai sesuatu perlakuan akan dapat mengaplikasikannya dalam situasi yang berbeza. Sebaliknya bagi individu yang hanya mengetahui prinsip-prinsip spesifik, hanya berupaya menggunakannya untuk situasi-situasi tertentu sahaja.

6.3.5 Penilaian dan Pengukuran Pemindahan HasilPenilaian dan pengukuran bagi jumlah pemindahan kemahiran dapat dilakukan mengikut prinsip berikut:

a. Pengetahuan asal dan latihan mempengaruhi pembelajaran

b. Latihan yang asal mempengaruhi pembelajaran berikutnya

c. Pembelajaran yang telah sedia ada dalam sesuatu tugasan mempengaruhi pemindahan pembelajaran dalam tugasan yang lain

Walau bagaimanapun, kesan pemindahan pembelajaran kemahiran melalui beberapa jenis pemindahan iaitu :

a. Pemindahan PositifKesan pemindahan positif berlaku apabila pembelajaran kemahiran motor lepas, memudahkan sesuatu pembelajaran kemahiran motor baru. Contohnya: Seorang pemain tenis akan dapat mempelajari kemahiran motor permainan ping-pong dengan lebih mudah dan cepat.

b. Pemindahan NegatifKesan pemindahan negatif berlaku apabila pembelajaran kemahiran motor lepas menyukarkannya mempelajari sesuatu kemahiran motor baru. Contohnya: Seorang pemain badminton akan menghadapi kesukaran untuk mempelajari kemahiran permainan tenis.

c. Pemindahan Neutral atau KosongKesan pemindahan neutral atau kosong berlaku apabila pembelajaran kemahiran motor lepas tidak memberi sebarang kesan kepada pembelajaran kemahiran motor yang baru. Contohnya: Kemahiran motor dalam permainan bola keranjang tidak akan mempengaruhi pembelajaran kemahiran dalam permainan bola sepak.

TOPIK 7 TEORI-TEORI PEMBELAJARAN MOTOR

Schmidt (1991), Magill (1993), Rose (1997), Hilgard dan Bower (1975), telah mencadangkan tiga andaian yang menjadi dasar teori-teori pembelajaran motor seperti berikut:

a. Pembelajaran motor adalah satu proses dalaman seseorang individu yang menyebabkan satu perubahan kekal untuk meningkatkan prestasi lakuan motornya;

b. Proses berkenaan tidak dapat diperhatikan secara langsung; dan

c. Peningkatan prestasi lakuan motor adalah kesan daripada latihan dan pengalaman. Ia bukannya akibat kematangan, keadaan sementara atau naluri.

7.1 TEORI TERTUTUP ADAMTeori tertutup adalah dipelopori oleh Adam J. (1971). Teori tertutup pembelajaran motor adalah berdasarkan kelambatan respons dan kedudukan linear. Aspek utama dalam teori ini yang membezakannya daripada teori-teori lain adalah ia tertutup (closed-loop).

Adam percaya bahawa semua pergerakan adalah dilakukan dengan membanding bezakan maklum balas yang sedang diterima daripada pergerakan anggota semasa perlakuan.

Maklum balas

→akan dirujuk kepada pergerakan yang betul yang dipelajari semasa latihan. Ia dikenali

sebagai kesan persepsi (perceptual trace).Kesan persepsi

→adalah dibentuk hasil daripada latihan dan maklum balas sensori. Ia merupakan mekanisma yang digunakan untuk membandingkan pergerakan yang dilakukan dengan merujuk kepada memori dalaman. Jika mekanisma memori menyusut, maka pencapaian pembelajaran akan kurang optima.

7.1.1 Formasi Kesan Persepsi7.1.3   Pengukuhan SubjektifAdam telah cuba menjelaskan bagaimana pelajar membentuk kebolehan mengesan kesilapan. Beliau menegaskan bahawa, selepas sesuatu pergerakan itu dilakukan, pelajar itu boleh membandingkan maklum balas yang diterima dengan kesan persepsi. Perbezaan ini akan menggambarkan kesilapan tindak balas pelajar yang dilaporkan kepada dirinya sebagai pengukuhan subjektif. Katakan pengukuhan subjektif ini boleh digunakan untuk mengekalkan pergerakan itu pada sasaran tanpa KR, dan mengikut teori, mengekalkan pergerakan itu pada sasaran boleh memanfaatkan pembelajaran. Ini adalah kerana maklum balas akan terus ditambah kepada kesan persepsi.7.1.4   Teori Dua-KeadaanBercanggah dengan teori-teori tertutup, Adam menyedari untuk mengadakan kapasiti sistem untuk mengesan kesilapan-kesilapan sendiri, dua keadaan memori mesti wujud. Satu keadaan untuk menghasilkan aksi itu dan satu keadaan memori untuk menilai hasil perlakuan.

 7.1.5   Peranan KesilapanSatu daripada implikasi dalam teori Adam adalah, sebarang kesilapan yang dihasilkan semasa tempoh latihan adalah bahaya terhadap pembelajaran. Ini adalah kerana, apabila sesuatu kesilapan telah dilakukan, maklum balas darinya adalah berlainan di mana ia akan dikaitkan dengan tindak balas yang betul dan kesan persepsi akan diturunkan sedikit sebagai akibatnya.  Oleh itu, Adam mencadangkan pemberian panduan adalah perlu sebagai satu pendekatan latihan untuk meng elakkan kesilapan berlaku.

7.2   TEORI SKEMAPada tahun 1975, Schmidt yang tidak bersependapat dengan teori tertutup Adam telah memberikan pendapat beliau dalam pers pektif penguasaan kemahiran motor. Teori yang dikemukakan oleh beliau adalah dikenali sebagai Teori Skema.

Skema yang dimaksudkan beliau adalah, satu set peraturan yang menjadi garis panduan untuk membuat sesuatu keputusan mengenai matlamat kemahiran.

Beliau berpendapat bahawa apabila sesuatu perlakuan dilakukan, maklumat itu akan dikumpulkan dan disimpan  dalam memori. Ia disimpan dalam empat tempat umum:

a. Keadaan persekitaran semasa pergerakan bermula

kedudukan badan dan suhub. Keperluan spesifik  pergerakan tersebut

kelajuan, masa, ruang dan dayac. Hasil pergerakan dan pengetahuan keputusan

(knowledge of results) membandingkan hasil sebenar dengan

hasilan yang diinginkand. Maklumat sensori yang berkaitan pergerakan

tersebut bagaimana pergerakan itu dirasai dan

kelihatan.Schmidt berpendapat pembelajaran adalah berkesan sekiranya maklumat-maklumat yang terkumpul disimpan. Beliau berpendapat bahawa teori tertutup (closed-loop) Adam kekurangan proses kawalan terbuka (open-loop). Akan tetapi pada masa yang sama terdapat aspek-aspek yang menarik dalam teori Adam seperti:

a. Penumpuan kepada pengukuhan yang subjektif (subjective reinforcement)

b. Penumpuan (concern) kepada respons lambat (slow response)

c. Keperluan memiliki satu keadaan memori yang bertanggungjawab untuk menghasilkan respons dan satu lagi bertanggungjawab untuk menilainya

Oleh itu dalam teori skema, Schmidt telah mengambil sebahagian besar andaian dalam teori Adam. Teori skema

menggunakan konsep-konsep dan idea proses pembelajaran untuk cuba menerangkan pembelajaran pergerakan cepat (rapid) dan pergerakan lambat.

Berdasarkan idea Dua Mekanism e Memori Adam, beliau telah membentuk skema ingat kembali (recall schema) dan skema pengenalpastian respon (response recognition schema) untuk memudahkan simpanan maklumat.

a. Skema Ingat Kembali Skema ingat kembali merupakan satu set peraturan yang memilih nilai parameter untuk pergerakan spesifik dan memulakan sesuatu perlakuan.

b. Skema Pengenalpastian ResponSkema pengenalpastian respon adalah satu set peraturan yang digunakan untuk menilai dan membandingkan hasilan dengan parameter yang dipilih. Ianya disimpan melalui maklumat sensori untuk kegunaan pembetulan pada masa akan datang.

Teori skema adalah alternatif kepada teori tertutup Adam dalam pembelajaran motor. Berbanding dengan teori Adam, ia mempunyai kelebihan dalam pergerakan yang lebih pelbagai. Ia juga dapat mengesan kesilapan dengan lebih berkesan. Teori ini juga menerangkan penghasilan pergerakan baru dalam situasi kemahiran terbuka.7.2.1   Penumpuan dalam Program Motor UmumDalam skema terdapat satu idea program motor umum, distruktur dengan berfasa dan kuasa relatif dengan parameternya adalah diperlukan untuk menentukan cara tertentu program itu dilaksanakan. Walau bagaimanapun seperti kebanyak an teori-teori pengaturcaraan, teori skema tidak menentukan dari mana program-program motor berasal. Ini merupakan satu masalah penting, tetapi tahap pengetahuan pada peringkat ini tidak boleh banyak dikatakan dalam proses ini. Oleh itu teori ini perlu menganggap program-program ini adalah dibentuk dalam cara tertentu dan ianya boleh dilaksanakan dengan parameter yang sesuai. 7.2.2   Konsep Sesuatu SkemaKonsep skema adalah dipelopori oleh Head (1926) dan kemudiannya diperkenal serta dipopularkan oleh Bartlett (1932). Bartlett  berpendapat, skema ini merupakan satu

abstrak memori yang mewakili acara-acara atau aksi-aksi kemahiran, penaakulan, konsep atau generalisasi. 7.2.3   Pembelajaran SkemaSetelah sesuatu pergerakan dilakukan dengan program motor umum, seseorang pelajar akan menyimpan empat perkara:Pertama – Keadaan awal, contohnya, kedudukan badan,

berat objek dan sebagainya yang wujud sebelum pergerakan itu.

Kedua – Pelajar akan menyimpan parameter-parameter yang ditetapkan kepada program motor umum.

Ketiga – Hasil daripada pergerakan dalam persekitaran dalam maksud KR disimpan.

Keempat – Pelajar  akan menyimpan kesan sensori pergerakan berkenaan iaitu  bagaimana pergerakan itu dirasai, rupanya dan sebagainya.

 7.2.5   Pembelajaran Skemaa. Kepelbagaian Dalam Latihan

Teori meramalkan melakukan pelbagai latihan untuk menghasilkan pergerakan dengan program yang sama seperti penggunaan pelbagai parameter-parameter akan menyediakan satu tapak pengalaman yang luas sebelum sesuatu peraturan atau skema boleh dibina. Apabila julat hasil-hasil pergerakan dan parameter-parameter adalah kecil, semua "data-data titik" dalam Rajah 7.5 akan berkumpul bersama. Apabila satu pergerakan baru diperlukan, kesilapan lebih besar akan berlaku dalam penganggaran parameter-parameter yang sesuai dan atau konsekuens sensori dijangka. Shapiro dan Schmidt pada tahun 1982 menjumpai bukti-bukti nyata bahawa kepelbagaian latihan merupakan satu faktor positif dalam pembelajaran motor, terutamanya dalam pembelajaran motor kanak-kanak.

b. Tindak Balas BaruSesuatu hasil pergerakan tertentu tidak semestinya pernah dihasilkan sebelumnya untuk menghasilkan dalam masa depan. Ini adalah kerana, asas untuk menghasilkan sesuatu

pergerakan baru adalah satu “peraturan” mengenai bes pemilihan parameter dalam perlakuan yang bersamaan pergerakan-pergerakan  sebelumnya. Kajian menunjukkan dengan pelbagai latihan, tindak balas baru boleh dihasilkan  dengan tepatnya sekiranya tindak balas baru telah dilatih berulang kali dan ia lebih berkesan untuk kanak-kanak. Hasil kajian ini mencadangkan bahawa pembelajaran motor mungkin menjadi pembelajaran peraturan utama dan bukannya pembelajaran tindak balas-tindak balas spesifik.  Kesan-kesan ini adalah berkesan terutamanya dalam kemahiran-kemahiran terbuka di mana pergerakan-pergerakan ini tidak akan diulang sama dalam dua percubaan-percubaan  yang berturut.

c. Pengesanan KesilapanTeori meramalkan bahawa ia sepatutnya tidak ada kebolehan pengesanan kesilapan selepas satu pergerakan lambat, sementara itu kebolehan seperti ini sepatutnya wujud selepas satu pergerakan cepat atau deras. Ini adalah di sebabkan kebolehan kesilapan itu sebenarnya digunakan untuk menghasilkan tindak balas lambat .

7.3   TEORI EKOLOGI: PERSEPSI DAN PERGERAKAN 

Teori ekologi manusia merupakan satu paradigma untuk menjelaskan pergerakan manusia di mana individu itu berinteraksi dengan persekitaran.

Newell dan Schmidt (Kluka, 1999), telah membincangkan beberapa kesukaran yang terdapat dalam teori-teori tradisional dengan teori ekologi:

a. Teori-teori tradisional gagal menjelaskan cara bagaimana penyelarasan tingkah laku baru diperolehi.

b. Teori-teori tradisional tidak pernah menghuraikan bagaimana individu-individu melakukan penyelarasan kecil dalam persekitaran yang dinamik. Persepsi dan pergerakan dalan teori ekologi lebih jelas

menghuraikan bagaimana pergerakan boleh diubah sebaik sahaja pergerakan bermula. Contohnya, pukulan drop dalam permainan badminton boleh dilakukan pada saat-saat akhir ke sasaran dalam gelanggang.

c. Teori ekologi menghadkan peranan memori dalam pembelajaran kemahiran motor. Teori-teori tradisional berpendapat bahawa tanpa pengetahuan, penaakulan dan pertimbangan peraturan atau matlamat sesuatu kemahiran yang digunakan dalam permainan spesifik, individu itu adalah sukar untuk memilih tingkah laku motor yang sesuai.

d. Teori ekologi terus memberikan penjelasan yang terhad dalam program motor umum. Mereka berpendapat program motor umum kekurangan fleksibiliti dalam persekitaran yang pelbagai. Contohnya semasa menghantar ser vis tenis, bola boleh bergerak dengan kelajuan lebih 100km/j; manakala permainan Nintendo memerlukan kemahiran intersepsi pada kelajuan kurang daripada 1km/j.

TOPIK 8   ANGKUBAH-ANGKUBAH PROSES PEMBELAJARAN MOTOR

8.1   DEMONSTRASI DAN ARAHAN VERBALMendemonstrasikan sesuatu kemahiran tidak dapat dinafikan adalah satu pendekatan yang sering digunakan. Seorang guru atau jurulatih mendemonstrasikan satu kemahiran adalah kerana, dia percaya dengan pendekatan ini, seseorang pelajar dapat menerima maklumat yang paling banyak dalam tempoh masa yang singkat.

Menurut Magill (2003), terdapat dua sebab mengapa pendekatan demonstrasi digunakan dalam pembelajaran kemahiran motor. Pertama adalah fenomena bertambahnya minat dalam peranan deria penglihatan dalam pembelajaran kemahiran. Ini adalah kerana demonstrasi bagaimana untuk melakukan sesuatu kemahiran biasanya melibatkan pemerhatian visual. Kedua, adalah kerana kita mengetahui terlalu sedikit

tentang bagaimana melaksanakan strategi instruksional dengan berkesan.

8.1.1   DemonstrasiModelling dan pembelajaran melalui pemerhatian sering saling berganti digunakan dengan istilah demonstrasi. Ini adalah kerana demonstrasi adalah lebih spesifik dalam konteks arahan tentang bagaimana untuk melakukan sesuatu kemahiran. Pada tahun 2001, McCullagh dan Weiss telah membincangkan kenapa pendekatan demonstrasi adalah lebih berkesan dalam situasi-situasi tertentu daripada pendekatan yang lain. Mereka mencadangkan seorang guru perlu menggunakan pendekatan demonstrasi cuma selepas memastikan bahawa situasi instruksional membolehkan penggunaan pendekatan demonstrasi. 8.3.2   KR (Knowledge of Results) Berbanding KP (Knowledge of Performance)Persoalan perbandingan kegunaan KR dan KP dalam situasi pembelajaran kemahiran adalah seperti berikut:

a. Adakah pengamal menggunakan salah satu bentuk maklum balas tambahan ini lebih kerap dari bentuk lain?

b. Adakah mereka mempengaruhi pembelajaran kemahiran dalam cara yang sama atau berlainan?

KR akan berkesan untuk pembelajaran kemahiran dalam sekurangnya empat keadaan:a. Pelajar sering menggunakan KR untuk

mengesahkan penilaian   maklum balas intrinsik-tugasan itu sendiri.

b. Pelajar mungkin memerlukan KR kerana mereka tidak dapat menentukan penghasilan perlakuan sesuatu kemahiran dengan cuma adanya maklum balas intrinsik-tugasan.

c. Pelajar sering menggunakan KR untuk memotivasikan diri mereka untuk meneruskan latihan kemahiran itu.

d. Pengamal mungkin ingin memberikan hanya KR supaya dapat mewujudkan satu situasi pembelajaran discovery (penemuan). 

Di sebaliknya, KP adalah berguna apabila:Kemahiran-kemahiran yang mesti dilakukan mengikut sifat-sifat

pergerakan tertentu, seperti aksi-aksi gimnastik atau terjunan papan anjal.

a. Kemahiran-kemahiran yang mesti dilakukan mengikut sifat-sifat pergerakan tertentu, seperti aksi-aksi gimnastik atau terjunan papan anjal.

b. Kemahiran-kemahiran yang mesti dilakukan mengikut sifat-sifat pergerakan tertentu, seperti aksi-aksi gimnastik atau terjunan papan anjal.

c. Komponen-komponen pergerakan kemahiran tertentu yang memerlukan koordinasi kompleks mesti dipertingkatkan atau dibetulkan.

d. Matlamat aksi adalah merupakan satu kinematik; kinetik atau aktiviti otot spesifik.

e. KR adalah berlebihan dengan maklum balas intrinsik-tugasan.

8.3.3   Maklumat Kualitatif Berbanding KuantitatifMaklum balas tambahan boleh dalam bentuk kualitatif, kuantitatif atau kedua-duanya. Jika maklum balas tambahan itu melibatkan satu nilai numerikal berkaitan dengan magnitud sebahagian sifat perlakuan, ia dikenali sebagai maklum balas kuantitatif. Sebaliknya maklum balas kualitatif merupakan maklumat yang merujuk kepada kualiti sifat perlakuan itu.

Untuk maklum balas verbal, adalah mudah untuk membezakan jenis maklumat ini dalam situasi-situasi perlakuan. Seorang guru boleh memberikan maklumat kuantitatif untuk percubaan yang dilakukan oleh pelajarnya. Contohnya seorang guru mengajar seorang pelajar melakukan servis dalam tenis, boleh memberitahu pelajar itu sama ada servis itu baik atau keluar, atau boleh menyatakan seperti "Anda telah melakukan kontak bola terlalu jauh di depan anda." Sebaliknya seorang guru boleh memberi maklum balas tambahan dalam bentuk verbal maklumat kuantitatif seperti ":Servis anda adalah terlebih 6 cm" atau :Anda kontak bola terlebih 10 cm di depan anda”.

Bagaimana kedua jenis maklum balas tambahan maklumat ini mempengaruhi pembelajaran kemahiran? Walaupun pandangan tradisional lebih gemar dengan maklum balas kuantitatif, kajian yang dijalankan oleh

Magill dan Wood (1986) mencadangkan satu kesimpulan yang berlainan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa di peringkat awal pembelajaran, tumpuan harus diberikan kepada maklumat kualitatif walaupun terdapat maklumat kuantitatif. 8.4.1   Maklum Balas Tambahan Semasa dan SelepasPersoalan masa maklum balas tambahan yang pertama adalah sama ada ia lebih baik memberikan maklum balas tambahan semasa seorang pelajar sedang melakukan sesuatu kemahiran yang dikenali sebagai maklum balas tambahan semasa atau pada penghujung percubaan yang dikenali sebagai maklum balas tambahan selepas. Persoalannya sekarang sama ada pemberian maklum balas tambahan semasa atau selepas adalah lebih baik untuk memudahkan penguasaan sesuatu kemahiran.

Maklum balas tambahan selepas berkesan hampir dalam semua situasi kemahiran. Maklum balas tambahan semasa lebih berkesan apabila maklum balas intrinsik-tugasan adalah sukar digunakan untuk menentukan bagaimana untuk melakukan kemahiran atau meningkatkan prestasi perlakuan itu.

TOPIK 9   LATIHAN DALAM PEMBELAJARAN MOTOR

Kualiti dan kuantiti latihan kemahiran motor telah sering dibincang dan dianalisis sejak lama lagi oleh profesional-profesional tingkah laku motor. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembelajaran dan perlakuan dalam sesuatu persekitaran latihan. Di antaranya adalah

a. Struktur sesi latihan;b. Cara bagaimana latihan dikelolakan; danc. Kesan kedua-dua faktor tadi ke atas

individu; ataud. Jumlah dan agihan latihan.  

Tujuan utama seorang berlatih sesuatu

a.

Apa yang Dilihat Oleh Seorang Pemerhati Dari Demonstrasi

Untuk menentukan situasi yang sesuai untuk demonstrasi, guru perlu mengambil kira apa yang seorang pelajar melihat apabila sesuatu kemahiran didemonstrasikan. Apa yang kita lihat dan nampak boleh jadi berlainan. Apa yang kita lihat adalah apa yang kita takrifkan daripada apa yang kita nampak. Perbezaan ini adalah penting dalam perbincangan kita seterusnya. Ini adalah kerana apa yang seorang pelajar perhatikan daripada demonstrasi sesuatu kemahiran tidak semestinya apa yang secara spesifik ia nampak atau perhatikan.

b.

Persepsi Visual Pergerakan

Terdapat banyak kajian telah dijalankan untuk melihat bagaimana manusia mengenal pasti corak-corak pergerakan dalam dunia ini melalui persepsi pergerakan manusia. Salah satu prinsip yang didapati adalah, manusia jarang menggunakan ciri-ciri spesifik komponen-komponen individu sesuatu corak untuk membuat sesuatu keputusan tentang corak tersebut. Mereka biasanya akan menggunakan maklumat-maklumat relatif tentang perhubungan antara pelbagai komponen berkenaanHasil-hasil kajian ke atas persepsi pergerakan manusia telah menghasilkan dua dapatan penting yang dapat membantu kita dalam pemahaman pembelajaran melalui pemerhatian. Pertama, manusia dapat mengenal perbezaan corak-corak pergerakan dengan tepat dan cepat tanpa melihat keseluruhan tubuh badan atau keseluruhan pergerakan anggota-anggota. Kedua, maklumat yang paling kritikal manusia menerima untuk membezakan satu jenis corak pergerakan daripada yang lain, bukannya mana-mana ciri-ciri pergerakan tersebut seperti halaju anggota-anggota berkenaan

kemahiran adalah untuk meningkatkan perlakuan yang lebih baik di masa akan datang. Oleh kerana terdapat keperluan perlakuan yang lebih baik pada masa akan datang, guru dan jurulatih perlu mereka dan membentuk satu keadaan latihan yang dapat menyediakan pelajarnya untuk melakukan sesuatu kemahiran ke tahap paling tinggi . 9.1   VARIABILITI LATIHANKebanyakan teori pembelajaran kemahiran motor memberi tumpuan kepada manfaat yang diperolehi daripada variabiliti latihan.

Contohnya, dalam Teori Skema Schmidt, jangkaan kejayaan perlakuan yang akan datang pada kemahiran berkenaan adalah bergantung kepada jumlah variabiliti pelajar itu alami semasa latihan. Begitu juga dalam Model Peringkat Pembelajaran Gentile yang menekankan bahawa, semasa latihan seorang pelajar perlu mengalami berbagai ciri-ciri pengalaman regulatori dan  bukan regulatori. Corak Dinamik pula mengatakan bahawa pembelajaran motor memerlukan pelajar mempelopori ruang perseptual motor dan menemui penyelesaian optima kepada masalah yang diwujudkan oleh kemahiran tersebut.

Manfaat utama seorang pelajar akan perolehi daripada pengalaman-pengalaman  latihan yang membantu pergerakan dan variabiliti konteks adalah,  satu peningkatan kebolehan untuk melakukan kemahiran itu dalam situasi ujian yang akan datang. Ini bermakna pelajar itu telah memiliki satu peningkatan kebolehan untuk melakukan serta mengadaptasi kemahiran yang telah dilatihnya dalam situasi yang akan datang. Teori Skema Schmidt yang mengatakan bahawa semakin besar jumlah variab el latihan akan mewujudkan satu pembelajaran yang lebih berkesan daripada jumlah variab el latihan yang sedikit.

9.2   JUMLAH DAN DISTRIBUSI LATIHANDalam konteks jumlah latihan yang perlu dilalui untuk mempelajari sesuatu kemahiran, pendapat konvensional mempercayai bahawa semakin banyak latihan dilalui

oleh seorang pelajar, semakin baik kesannya pada perlakuan. menentukan berapakah masa yang perlu ditumpukan kepada pelbagai aktiviti-aktiviti dalam dan merentasi sesi-sesi latihan. Guru perlu:

a. Menentukan jumlah masa yang harus ditumpukan kepada setiap aktiviti dalam sesuatu sesi

b. Jumlah masa rehat di antara aktiviti dalam sesuatu sesi

c. Tempoh setiap sesi dan jumlah masa antara sesi-sesi

 9.2.1   Jumlah Latihan dan Lebihan-belajarPengkaji-pengkaji telah mengkaji hubungan antara jumlah latihan dengan pencapaian matlamat spesifik perlakuan dalam konteks lebihan-belajar.

Lebihan-belajar ditakrifkan sebagai sambungan latihan yang melampaui jumlah masa yang diperlukan untuk mencapai sesuatu kriteria perlakuan.

Seorang guru atau jurulatih menggunakan strategi lebihan-belajar dengan:

a. Menentukan satu kriteria perlakuanb. Menetapkan jumlah masa latihan pelajar yang

diperlu untuk mencapai kriteria tersebutc. Keperluan peratusan masa tambahan masa

latihan sebagai latihan tambahan

9.2.2   Distribu i Latihan dan Kaedah PerlaksanaanDistribusi latihan adalah merujuk kepada jarak atau langkauan latihan. Isu dalam distribusi latihan adalah sama ada penggunaan latihan berkelompok  atau latihan bersebar lebih berkesan untuk pembelajaran sesuatu kemahiran motor. 

Latihan berkelompok bermaksud satu jadual agihan waktu latihan  di mana jumlah rehat antara sesi-sesi latihan adalah singkat.

Hasil kajian menunjukkan bahawa latihan bersebar adalah lebih berkesan jika dibandingkan dengan  latihan berkelompok. Terdapat tiga kemungkinan ini berlaku.

a. Kelesuan mempengaruhi pembelajaran sesuatu kemahiran dalam latihan berkelompok

b. Latihan berkelompok akan mengurangkan jumlah usaha kognitif

c. Pengukuhan memori, di mana ia merupakan proses penyimpanan memori jangka panjang

Kebanyakan kajian masa kini adalah tertumpu kepada bagaimana latihan berkelompok dan bersebar dapat dilaksanakan dengan berkesan. Berbagai-bagai kombinasi latihan telah dicadangkan. Kajian-kajian ditumpukan kepada distribusi latihan:

a. Tanpa masa rehatb. Masa rehat yang tetap selepas tiap percubaanc. Masa rehat yang ditambah secara beransur-

ansur selepas tiap percubaand. Masa rehat yang dikurangkan secara beransur-

ansur selepas tiap percubaan

Penghalang yang tinggi boleh berlaku akibat latihan berkelompok sebab

a. Kemahiran itu mudah atau serupa dengan yang sudah dialaminya

b. Aktiviti pada anggapan pelajar terlalu sukar

9.3   LATIHAN KESELURUHAN DAN SeBAHAGIA

Variabiliti latihan adalah merujuk kepada kepelbagaian pergerakan dan ciri-ciri konteks pelajar itu mengalami semasa berlatih sesuatu kemahiran.

Latihan bersebar pula jumlah masa rehat antara sesi-sesi latihannya adalah panjang.

Pengelolaan ditakrifkan sebagai perhubungan antara bahagian-bahagian komponen sesuatu kemahiran.

Wightman dan Lintern telah mengklasifikasikan tiga strategi tugasan sebahagian iaitu:Pertama → Fractionization melibatkan latihan terlebih

dahulu anggota-anggota tubuh badan untuk sesuatu kemahiran berkenaan yang melibatkan koordinasi asimetrik lengan dan kaki.

Kedua → Segmentation, melibatkan pengasingan kemahiran itu ke bahagian-bahagian dan berlatih bahagian-bahagian itu supaya selepas seseorang pelajar mempelajari satu bahagian, dia kemudiannya akan berlatih bahagian itu bersama dengan bahagian berikutnya.

Ketiga →   Simplification. Kaedah ini sebenarnya satu daripada variasi strategi latihan keseluruhan dan melibatkan pengurangan kesukaran keseluruhan kemahiran tersebut atau bahagian-bahagian lain kemahiran itu.

9.4   LATIHAN MENTALPergerakan dan perlakuan yang diingini bukan bergantung kepada proses latihan motor sahaja. Akan tetapi ia merangkumi aspek kognitif iaitu suatu gubahan fikiran mengenai perlakuan sesuatu kemahiran

Aspek psikologi adalah penting untuk meningkatkan perlakuan apabila tahap fisiologi telah dikembangkan kepada peringkat optimum. Terdapat tiga komponen psikologi yang terlibat dalam pembelajaran dan perlakuan motor iaitu:

a. Motivasib. Latihan mentalc. Keinginan atau arousal

Mengikut Brown: Latihan mental merupakan satu gambaran dan imaginasi aktiviti dalam fikiran sebelum melakukan sesuatu aktiviti atau mengingati gambaran itu selepas aktiviti itu sudah dilakukan.

Latihan mental dapat membantu pembelajaran sesuatu kemahiran motor. Kajian telah menunjukkan bahawa kumpulan yang diberikan latihan mental mempelajari dan melakukan sesuatu kemahiran dengan tahap yang lebih

tinggi jika dibandingkan dengan kumpulan terkawal. Pelaku dapat menggambarkan bagaimana untuk melakukan kemahiran itu dan membayangkannya sebelum melakukan sesuatu aktiviti. Dengan itu, kemahiran dapat dilakukan dengan lebih lancar, cepat, menyeluruh dan berkemungkinan akan kekal dalam jangka masa yang lama.Kelesuan mental akan menyebabkan ketidakmampuan untuk menumpukan perhatian dan ini akan mempengaruhi keberkesanan pengajaran kerana pelajar akan menghadapi kesulitan dan kelembapan untuk membuat penimbangan. Pengajaran perlu dipendekkan kalau terlalu kompleks dan dipelbagaikan aktiviti supaya ia menyeronokkan.Kemahiran kompleks yang melibatkan koordinasi tangan dan mata dalam aktiviti membaling menunjukkan kemajuan pembelajaran melalui latihan mental. Latihan mental juga dapat mengurangkan kekerapan atau ulangan kesalahan dalam perlakuan. Latihan mental boleh digunakan pada individu yang mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza-beza.

9.5   LENGKUK PRESTASIPembelajaran kemahiran motor biasanya diukur dengan pengukuran prestasi perlakuan. Pengukuran ini apabila direkodkan secara sistematik dapat membantu seorang pengamal mengubah tingkah laku seseorang individu. Prestasi ini boleh dirujuk sebagai lengkuk prestasi. Pengkaji tingkah laku motor biasanya menggunakan lengkuk prestasi semasa mencatatkan kesan berbagai strategi instruksional ke atas pembelajaran kemahiran-kemahiran motor.

Terdapat empat jenis lengkuk prestasi yang biasa dilihat dalam kajian tingkah laku motor. Rajah 9.2 menunjukkan jenis-jenis lengkuk prestasi ini.Lengkuk linear mewakili peningkatan prestasi perlakuan berkadar terus dengan masa. Iaitu semakin bertambah percubaan semakin meningkat prestasi perlakuan. Dalam lengkuk kecepatan positif, sedikit peningkatan dicatatkan dari percubaan permulaan dan peningkatan prestasi cuma meningkat di percubaan-percubaan akhir; iaitu kadar peningkatan pembelajaran berlaku berkadar

dengan masa. Lengkuk kecepatan negatif menunjukkan peningkatan pesat dalam awal percubaan, dan prestasi perlakuan semakin stabil selepas itu. Iaitu kadar pembelajaran merosot berkadar dengan masa. Lengkuk bentuk-s merupakan kombinasi kecepatan positif dan negatif. Dalam kes-kes tertentu, peningkatan prestasi perlakuan ditunjukkan dengan pengurangan masa atau kesalahan. Contohnya, semasa pencatatan prestasi renang 200 meter gaya bebas, masa prestasi harus menurun dengan bilangan percubaan.TOPIK 10   MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR

Memori atau ingatan adalah salah satu fungsi otak manusia menyimpan maklumat. Memori memainkan peranan penting dalam aktiviti-aktiviti harian kita. Sama ada dalam perbualan dengan rakan, penyelesaian masalah kerja harian atau semasa aktiviti riadah, kita menghadapi situasi-situasi yang memerlukan kegunaan memori untuk menghasilkan tindak balas. Memori adalah berkait rapat dengan pembelajaran. Apa memori sebenarnya? Memori sering dirujuk sebagai penyimpanan atau peringatan. Dengan itu memori sering dianggap sebagai satu kebolehan mengingat.

 10.1   MODEL KONTEMPORARI MEMORI: MODEL MULTISTORESTOR BERGANDA ATKINSON DAN SHIFFRIN               10.1.1   Model Memori Stor Berganda        

Model memori stor berganda (multistore) merupakan satu model yang cuba menjelaskan bagaimana proses-proses memori berfungsi. Anda dengar, lihat dan rasa pelbagai benda, akan tetapi cuma sebilangan kecil sahaja adalah diingati. Model ini pertama kali dikemukakan oleh Atkinson dan Shiffrin pada tahun 1968 dan telah disokong oleh Clive Wearing.

Memori jangka masa panjang membenarkan pengekalan atau penyimpanan maklumat dan kemahiran-kemahiran dari minit ke sepanjang hayat. Memori jangka masa panjang mempunyai kapasiti tak terhad untuk pengekalan atau penyimpanan  maklumat, akan tetapi ia tidak dapat

diukur kerana ia akan mengambil masa terlalu lama untuk melakukannya. Maklumat jangka masa panjang adalah dienkod terutamanya dalam bentuk maksud (memori semantik) seperti yang dijelaskan oleh Baddeley. Ia juga mengekalkan atau menyimpan  kemahiran dan bayangan..

10.1.2   Memori Berkerja Memori berkerja merupakan satu konstruk teoritikal dalam psikologi kognitif yang merujuk kepada struktur-struktur dan proses-proses yang digunakan untuk penyimpanan sementara dan pemanipulasian maklumat. Memori berkerja boleh dianggap sebagai satu sistem yang menggabungkan ciri-ciri dan fungsi-fungsi tradisional yang berkaitan dengan proses-proses sensori, persepsi, tumpuan dan memori jangka masa pendek. Memori berkerja beroperasi dalam semua situasi-situasi yang memerlukan kegunaan dan penyimpanan sementara dan proses-proses perlaksanaan memori dan penghasilan respon. Oleh itu memori berkerja merangkumi fungsi-fungsi tradi sional dianggap memori jangka masa pendek. Begitu juga fungsi-fungsi lain kebiasaannya dikaitkan dengan proses-proses tumpuan.

Memori berkerja boleh dianggap sebagai tempat di mana maklumat disimpan untuk satu jangka masa pendek dan sebagai satu struktur aktif fungsional. Ciri-ciri fungsional memori berkerja membenarkan manusia bertindak balas mengikut kepada permintaan-permintaan dalam situasi-situasi 'sekarang'. Untuk melakukannya, memori berkerja memainkan peranan kritikal dalam membuat keputusan, menyelesaikan masalah, menghasilkan pergerakan dan melakukan penilaian serta fungsi memori jangka masa panjang.

dua ciri memori berkerja penting yang perlu difahami ialah; tempoh masa maklumat akan kekal dalam memori berkerja, yang dikenali sebagaiv tempoh dan jumlah maklumat yang akan berada dalam memori berkerja pada bila-bila masa, dikenali sebagai kapasiti.

jangka masa pendek. Untuk meningkatkan saiz sesuatu item dalam memori, ia melibatkan satu proses kawalan yang dikenali sebagai organisasi. 

10.2   PERINGKAT PEMPROSESAN  MAKLUMATTerdapat beberapa cara untuk mengklasifikasikan memori, berdasarkan tempoh, sifat dan pengeluaran kembali maklumat. Dari perspektif pemprosesan maklumat, terdapat tiga peringkat utama dalam pembentukkan dan pengeluaran kembali memori. 

Peringkat pertama, iaitu peringkat enkoding atau pendaftaran di mana pemprosesan dan pengabungan maklumat yang diterima. Enkoding merupakan proses input sensori fizikal ke dalam memori seseorang. Ia merupakan peringkat pemprosesan maklumat yang pertama. Semasa proses enkoding, maklumat mungkin diproses adalah tentang ruang dan frekuensi melalui proses automatik. Jenis-jenis en koding adalah en koding visual iaitu merupakan pemprosesan imej-imej; en koding semantik merupakan pemprosesan makna, terutamanya makna perkataan; dan enkoding sentuhan merupakan pemprosesan bagaimana rasa sesuatu dan biasanya melalui sentuhan. En koding untuk simpanan jangka masa pendek dalam otak adalah bergantung kepada pendengaran dan bukannya dari en koding semantik.

Peringkat pemprosesan maklumat yang kedua adalah peringkat penyimpanan di mana pengwujudan satu rekod maklumat kekal yang telah dien kod. Di peringkat ini maklumat disimpan sama ada di memori sensori, memori jangka masa pendek atau memori jangka masa panjang. Peringkat akhir ialah peringkat pengeluaran kembali atau mengingat kembali di mana maklumat dikeluarkan kembali dari simpanan sebagai tindak balas terhadap rangsangan untuk digunakan dalam sesuatu proses atau aktiviti.

 10.2.1   Kontinum Memori

Dua pendekatan biasa digunakan untuk membezakan peringkat simpanan adalah ditunjukkan dalam hubungan

dengan kontinum memori tersebut. Ia telah ditunjukkan bahawa dua ciri struktural ini, tempoh dan kapasiti, membekalkan asas untuk menerima anggapan bahawa kita sebenarnya mempunyai maklumat tersedia ada untuk kita dalam memori pada berlainan tempoh masa

Di peringkat memori ini, kedua tempoh maklumat dan kapasiti maklumat memberi bukti bahawa fasa ini adalah berbeza daripada peringkat memori yang lain.

a.Simpanan Jangka Masa Pendek dan Tempoh MaklumatAdams dan Dijkstra dalam tahun 1966. Pada asasnya, idea mereka adalah jika maklumat verbal dalam memori simpanan jangka masa pendek mempunyai tempoh yang lebih singkat , adakah maklumat motor di peringkat memori ini mempunyai kesan yang sama? Hasil eksperimen menunjukkan bahawa maklumat motor dan kinestetik akan hilang agak cepat dalam simpanan jangka masa pendek. -30 saat sebelum ia mula hilang dari memori.

b. Simpanan Jangka Masa Pendek dan KapasitiKita bukan sahaja mengambil berat tentang berapa lama maklumat akan berada di simpanan jangka masa pendek, tetapi juga berapa banyak maklumat kita boleh simpan dalamnya.

c. Meningkatkan Daya IngatanSalah satu cara untuk meningkatkan daya ingatan ialah memindahkan maklumat ke dalam simpanan jangka masa panjang. Ia memerlukan latihan terhadap maklumat-maklumat tersebut. Proses kawalan ini membolehkan satu cara pemprosesan maklumat ke tahap yang lebih sukar hilang atau lupa. Jika anda ingin mengingat kembali nombor telefon diberitahu oleh operator telefon, anda akan mengingatinya dengan lebih baik sekiranya anda menyebut atau berlatihnya beberapa kali.

10.3   JENIS MEMORIMemori adalah dirujuk sebagai pengekalan atau penyimpanan dan seterusnya pengeluaran kembali maklumat-maklumat. Memori biasanya diukur dengan ujian pengenalpastian dan ingat kembali. Memori adalah dibahagikan kepada tiga jenis: sensori, jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

 10.3.1   Memori SensoriMemori sensori menyimpan seketika maklumat sensori sebelum ianya diproses kepada memori jangka masa pendek. Memori sensori bertindak antara 200-500 milisaat selepas satu item dilihat. Kebolehan melihat pada sesuatu item dan mengingatinya dalam sesaat merupakan satu contoh sensori memori. Dengan hanya persembahan sekelip mata sahaja, individu sering melaporkan bahawa dia seakan-akan 'lihat' lebih daripada yang dapat dilaporkan.Iaitu ia berlaku secara automatik dan tidak diminta. 

10.3.2   Memori Jangka Masa PendekMemori jangka masa pendek ada kalanya dirujuk sebagai memori 'utama', 'berkerja' atau 'aktif'. Ia dikatakan dapat menyimpan sejumlah kecil maklumat selama lebih kurang 20 saat. Anggaran kapasiti memori jangka masa pendek adalah pelbagai iaitu dari tiga hingga empat item, contohnya perkataan-perkataan, nombor-nombor atau huruf antara satu dan sembilan item. Biasanya memori ini dinyatakan sebagai kapasiti tujuh campur tolak dua item,

Sifat utama stor jangka masa pendek adalah jelas bersifat jangka masa pendek, iaitu ia menyimpan maklumat untuk satu masa yang terhad sahaja. Memori jangka masa pendek menghadkan simpanan kurang dari 30 saat. Memori yang melebihi had tempoh masa memori jangka masa pendek adalah dikenali sebagai memori jangka masa panjang. Tempoh memori jangka masa yang terhad menyebabkan maklumatnya susut dengan cepat.semula stor jangka masa pendek dan disimpan untuk satu tempoh masa lagi.

 10.3.3   Memori Jangka Masa PanjangMemori jangka masa panjang merupakan memori yang disimpan sebagai maksud yang boleh disimpan dari beberapa hari sehingga tidak terhad masanya. Ia adalah berbeza secara struktur dan fungsionalnya daripada memori berkerja atau memori jangka masa pendek. Secara biologikal, memori jangka masa pendek merupakan keupayaan perhubungan neural sementara yang boleh menjadi memori jangka masa panjang melalui proses-proses latihan dan perhubungan yang bermakna. Mekanisme di mana memori-memori jangka masa pendek bergerak ke simpanan jangka masa panjang adalah melalui keupayaan jangka masa panjang, yang menyebabkan perubahan fizikal dalam struktur neuron-neuron.

Oleh sebab memori jangka masa panjang akan hilang melalui proses-proses lupa semula jadi, beberapa proses ingat kembali atau keluar kembali memori mungkin diperlukan untuk memori-memori jangka masa panjang berkekalan bertahun. Ia bergantung juga kepada sedalam mana pemprosesan itu. Pengeluaran semula maklumat secara individu boleh berlaku dalam penambahan jeda-jeda mengikut prinsip ulangan jeda. Ini boleh berlaku biasanya melalui refleksi atau sengaja diingat semula, dan ini sering bergantung kepada kepentingan bahan yang dilihatnya.

seragam seperti dilihat dalam cakera padat komputer. Memori yang berlainan adalah disimpan dalam kawasan yang lain dalam otak.Memori jangka masa panjang adalah terdiri daripada tiga jenis simpanan memori iaitu:

Memori prosedural Episodik Semantik

Tulving pada tahun 1985:a. Memori Prosedural

Memori prosedural mungkin mempunyai perkaitan langsung dalam perbincangan memori jangka masa panjang. Ini adalah kerana ia

berkaitan secara khusus kepada penyimpanan maklumat kemahiran-kemahiran motor. Memori prosedural adalah paling sesuai menggambarkan sebagai satu sistem memori yanng membolehkan kita mengetahui 'bagaimana melakukan sesuatu' dan berlawanan untuk membolehkan kita mengetahui 'apa perlu dilakukan'. Keistimewaan ini boleh dilihat dalam situasi-situasi di mana anda boleh melakukan sesuatu kemahiran dengan baik iaitu 'bagaimana melakukannya'.

Akan tetapi anda tidak dapat secara lisan menyatakan dengan baik apa yang anda lakukan, iaitu apa perlu dilakukan'. Sistem memori prosedural membolehkan kita  bertindak balas dengan persekitaran kita dengan melaksanakan prosedur-prosedur yang telah dipelajari supaya kita dapat mencapai matlamat khusus sesuatu aksi. Untuk perlakuan kemahiran-kemahiran motor, memori prosedural adalah kritikal. Ia adalah kerana kemahiran motor adalah dinilai berdasarkan kepada penghasilan sesuatu aksi yang bersesuaian daripada setakat menyatakannya secara verbal apa yang perlu dilakukan. Menurut Tulving, satu ciri utama memori prosedural adalah pengetahuan prosedural dapat diperolehi cuma melalui beberapa tindak balas tingkah laku nyata, di mana untuk kemahiran-kemahiran  motor adalah bermakna latihan fizikal.

b. Memori SemantikMemori semantik mengikut Tulving dicirikan sebagai 'perwakilan keadaan-keadaan dunia yang tidak diwakili secara perseptual' pada kita masa kini. Ini bermaksud bahawa kita menyimpan memori pengetahuan am tentang dunia yang telah dibentuk daripada pengalaman-pengalaman kita dalam sistem memori ini. Ini termasuk pengetahuan fakta seperti bila Malaysia mencapai kemerdekaan atau nama bangunan berkembar di Malaysia, begitu juga pengetahuan seperti konsep mengenai 'kucing' dan 'kasih sayang'. Walaupun

begitu, bagaimana maklumat diwakili dalam memori semantik adalah masih dipertikaikan.

c. Memori EpisodikMemori episodik mengandungi pengetahuan tentang pengalaman-pengalaman peribadi, yang berhubungan dengan  masa dalam bentuk masa subjektif. Ia adalah dalam sistem memori ini yang membolehkan kita mengundur balik masa secara 'mental'. Contohnya, memori sesuatu peristiwa penting dalam hidup kita. Anda besar kemungkinan mengingat kembali peristiwa ini berhubungan dengan masa dan ruang. Contohnya, jika anda ditanya, 'Adakah anda dapat ingat pertama kali anda memandu kereta?', anda akan mengeluar semula maklumat itu dari memori episodik.

Memori episodik biasanya diluahkan dalam bentuk mengingati beberapa pengalaman atau episod. Untuk perlakuan kemahiran-kemahiran motor, memori episodik boleh merupakan sumber maklumat yang menyediakan anda untuk melakukan sesuatu perlakuan yang akan datang atau membantu anda untuk menentukan apa yang anda sedang lakukan adalah salah sedangkan pada satu masa dahulu anda melakukannya dengan betul.

Satu perkara penting yang menghubungkan ketiga-tiga sistem memori ini dengan kawalan motor adalah keistimewaan antara mengetahui 'apa perlu dilakukan' dan mampu melakukan sesuatu aksi dengan jayanya. Terdapat beberapa ahli teori pembelajaran berpendapat, maklumat-maklumat dalam sistem memori episodik dan semantik seharusnya dianggap sebagai pengetahuan deklaratif. Pengetahuan ini adalah ditakrifkan sebagai apa yang boleh kita gambarkan (declare) jika kita diminta berbuat demikian. Oleh itu pengetahuan deklaratif adalah khusus kepada mengetahui 'apa perlu dilakukan' dalam sesuatu situasi. Pengetahuan jenis ini

adalah berbeza daripada pengetahuan prosedural, yang tidak dapat dinyatakan secara lisan.  Seperti dijelaskan terlebih dahulu, pengetahuan prosedural membolehkan seseorang untuk mengetahui 'bagaimana melakukan' sesuatu kemahiran.