nota komunikasi guru bab 6 dan 7 edu3106

12
Budaya: Bab 6 Kemahiran Komunikasi Guru KEMAHIRAN KOMUNIKASI GURU · Menurut Covey (1990); Cubalah anda memahami barulah anda difahami A) Konsep Komunikasi; Wagner (1994) – komunikasi sebagai tindak balas peristiwa yang memerlukan sekurang-kurangnya dua objek / dua aksi. Komunikasi berlaku apabila objek dan peristiwa saling mempengaruhi satu sama lain. Komunikasi di dalam bilik darjah-interaksi antara individu dengan individu dan individu dengan persekitaran. Komunikasi merupakan kunci penting antara guru dan murid. Guru bertanggungjawab menggunakan komunikasi yang efektif. Komunikasi berbentuk lisan dan bukan lisan merupakan cara maklumat diterima. B) Kemahiran Komunikasi; · Lisan- pertuturan menyoal & penerangan · Bukan lisan; 1. Orientasi badan : bertentangan muka, kedudukan - keyakinan dan minat, ekspresi muka, konteks mata, senyuman, renungan, anggukan & genggaman tangan 2. Ruang : jarak antara individu 3. Penampilan diri · Laras bahasa- gaya penggunaan bahasa C)Definisi; Verderber & Verderber (2002) – Komunikasi merupakan proses untuk membina atau berkongsi makna perbualan yang informal, interaksi dalam kumpulan ataupun syarahan.

Upload: siti-zawiyah-abdul-halim

Post on 17-Feb-2015

79 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Komunikasi Guru Bab 6 Dan 7 Edu3106

Budaya: Bab 6 Kemahiran Komunikasi Guru

KEMAHIRAN KOMUNIKASI GURU

· Menurut Covey (1990); Cubalah anda memahami barulah anda difahami

A) Konsep Komunikasi;

— Wagner (1994) – komunikasi sebagai tindak balas peristiwa yang memerlukan sekurang-kurangnya dua objek / dua aksi. Komunikasi berlaku apabila objek dan peristiwa saling mempengaruhi satu sama lain.

— Komunikasi di dalam bilik darjah-interaksi antara individu dengan individu dan individu dengan persekitaran.

— Komunikasi merupakan kunci penting antara guru dan murid.

— Guru bertanggungjawab menggunakan komunikasi yang efektif.

— Komunikasi berbentuk lisan dan bukan lisan merupakan cara maklumat diterima.

B) Kemahiran Komunikasi;

· Lisan- pertuturan menyoal & penerangan

· Bukan lisan;

1. Orientasi badan : bertentangan muka, kedudukan - keyakinan dan minat, ekspresi muka, konteks mata, senyuman, renungan, anggukan & genggaman tangan

2. Ruang : jarak antara individu

3. Penampilan diri

· Laras bahasa- gaya penggunaan bahasa

C)Definisi;

— Verderber & Verderber (2002) – Komunikasi merupakan proses untuk membina atau berkongsi makna perbualan yang informal, interaksi dalam kumpulan ataupun syarahan.

— Kajian Flanders mendapati;

— Wujud hubungan sehala antara guru-murid.

— bersyarah/menerang/arahan/mengkritik

— Wujud hubungan dua hala.

— menerima perasaan murid

Page 2: Nota Komunikasi Guru Bab 6 Dan 7 Edu3106

— memuji/dorongan

— Ned A.Flanders

— Interaksi guru-murid melibatkan percakapan guru, percakapan murid dan kesenyapan.

D) Konsep Kemahiran Komunikasi Berkesan

— Teknik yang efektif amat dtitikberatkan

— Komunikasi dapat dicapai dalam bentuk lisan dan bertulis

— Komunikasi lisan dan bertulis digunakan untuk menilai kefahaman murid

— Komunikasi merupakan kunci kejayaan dalam setiap bilik darjah

E) Jenis-jenis Komunikasi;

Terdapat tiga jenis komunikasi

Berbentuk simbolik

Berbentuk lisan

Berbentuk tulisan

F) Prinsip Asas Komunikasi;

A. Komunikasi harus ada tujuan

◦ memastikan bahawa tujuan dalam menyampaikan ilmu itu telah tercapai.

B. Komunikasi harus berterusan

◦ orang lain sering membuat andaian daripada pergerakan dan tingkah laku

◦ sentiasa berhati-hati dengan mesej , tidak kira yang nyata atau yang tersirat yang kita sampaikan kepada orang lain.

C. Fahaman mesej komunikasi berbeza

◦ Proses fahaman boleh berlaku secara spontan

◦ Seringkali apa yang kita luahkan bergantung kepada keadaan dan apa yang kita lalui seperti

-ekspresi spontan dari emosi

-komunikasi yang telah kita skripkan

-mesej yang dibina atau dikonstruk

Page 3: Nota Komunikasi Guru Bab 6 Dan 7 Edu3106

D.Komunikasi ada hubungan

◦ Dalam komunikasi, kita bukan sahaja berkongsi maksud sesuatu tetapi juga merundingkan tentang hubungan

◦ Dua aspek dalam hubungan boleh dirunding semasa interaksi :

-Hubungan Komplimenteri/Lengka

-Hubungan Bersimetri

G)Perancangan Idea

Dalam perancangan idea;

1. memastikan keperluan peralatan yang paling sesuai untuk struktur P&P

2. membezakan antara keperluan, apa yang diunsurkan/ pilihan alat dalam sukatan membenarkan pelajar menerokai subjek pada tahap yang berbeza.

3. mengetahui cara terbaik dalam merancang pengisian mata pelajaran

Tujuan;

— Mempengaruhi minda pelajar.

— Mengawal idea mengikut kesesuaian keadaan.

— Memberikan idea sokongan yang relevan dengan keperluan pelajar.

— Menjelaskan idea sokongan dengan sebaiknya dengan contoh yang logik dan dengan fakta yang betul.

— Membuat pengenalan topik yang baik untuk menarik minat pelajar.

— Menyusun idea yang berkaitan dan diterangkan dengan cara-cara yang logikal.

Tempat dan Masa;

Tempat

— Tidak kira sama ada guru memilih bilik darjah, taman, makmal atau seagainya, guru harus menentukan tempat yang sesuai untuk mengajar murid.

— Dengan adanya teknologi yang canggih, komunikasi antara guru dengan murid boleh berlaku di mana-mana sahaja seperti menerusi e-mail, sms dan “chat”

Masa

Page 4: Nota Komunikasi Guru Bab 6 Dan 7 Edu3106

— Masa merupakan aset penting dan harus digunakan dengan sebaiknya dalam P&P

— Tiga aspek penting dalam menguruskan masa

-Jangka masa

-Aktiviti

-Tepat pada waktu

H) Strategi Kesantunan;

— Menurut Brown dan Levinson (1978), strategi kesantunan dikembangkan untuk menjaga martabat pendengar.

— Strategi kesantunan yang biasa digunakan;

-Berterus terang

-Kesantunan positif

-Kesantunan negatif

-Tanpa rekod

I) Gangguan Dalam Komunikasi;

— Gangguan dalaman

— Bias dalam persepsi

— Pengalaman lalu

— Perbezaan dalam budaya

— Gangguan luaran

— Bahasa

— Komunikasi bukan lisan

— Defensi

— Faktor lain seperti sumber yang tidak boleh dipercayai, kesilapan dalam alih bahasa, nilai pertimbangan, pemikiran penyampai dan penerima maklumat yang berbeza

Page 5: Nota Komunikasi Guru Bab 6 Dan 7 Edu3106

Sunday, 22 May 2011Budaya: Bab 7 Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran Yang Mesra Budaya

PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG MESRA BUDAYA

1) Maksud Mesra Budaya;

· Menurut Ralp Linton (1945) " Kebudayaan ialah segala yang dipelajari dan diulangi dalam sesebuah masyarakat iaitu warisan sosial ahli masyarakat’.

· Mesra bermaksud suatu hubungan erat yang terjalin antara individu dalam suatu masyarakat.

· sesuatu yang dipersetujui oleh semua ahli dalam suatu komuniti

· mereka mengiktiraf budaya tersebut sebagai suatu amalan murni bersama yang mana melaluinya masyarakat dapat menjalinkan hubungan erat sesama mereka.

2) Mesra Budaya Mengikut Etnik;

· Kepelbagaian bahasa, etnik, agama, budaya, fizikal, gender, bakat, dan kebolehan adalah realiti masyarakat Malaysia.

· Kepelbagaian ini juga menjadi cabaran dan juga kekuatan setiap warga negaranya untuk hidup bersama dan bersatu ke arah kehidupan yang harmoni dan sejahtera (Chang Lee Hoon, 2004

· Kepelbagaian ini tidak menghalang setiap warganegara untuk mempunyai persamaan hak sebagai warganegara Malaysia.

· Ini membawa implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK)iaitu bagaimana guru hendak mewujudkan kefahaman dan apresiasi kepelbagaian tersebut dalam kalangan murid sebagai anggota masyarakat malaysia.

· Melalui proses pembelajaran sebegini, murid akan lebih menghormati kepelbagaian budaya iaitu dengan mengikis segala prasangka dan salah tanggapan terhadap budaya anggota atau etnik yang lain (Alred, Byram, & Fleming, 2002; Swiniarski, Breitborde, & Murphy,1999)

· Pengalaman pembelajaran mesra budaya akan mengembangkan nilai sivik yang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang harmonis dan aman di peringkat nasional dan global.

· Antara nilai sivik yang diperlukan oleh masyarakat yang mempunyai pelbagai agama, etnik, dan budaya ialah: hormat-menghormati; toleransi; kasih sayang terhadap alam sekitar; kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang; dan patriotik .

· Oleh itu,untuk mencapai matlamat ini guru haruslah mewujudkan suasana pembelajaran yang menggalakkan interaksi dan integrasi di kalangan murid,di dalam dan di luar bilik darjah.

· antara aktiviti pembelajaran mesra budaya yang boleh digunakn ialah Projek yang dicadangkan oleh murid seperti menyediakan bahan "Kenali Malaysia“.

· Menonton filem/video sejarah sekolah atau cara memasak makanan tradisional pelbagai kaum.

Page 6: Nota Komunikasi Guru Bab 6 Dan 7 Edu3106

3) Pelan Tindakan;

· KPM akan terus berusaha untuk mendemokrasikan pendidikan bagi merapatkan jurang dalam kalangan masyarakat berbilang etnik, budaya dan sosio ekonomi di negara ini.

· Mantan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata bahawa KPM sentiasa mengambil langkah ke hadapan bagi memastikan tidak ada murid yang akan ketinggalan dalam mengikuti arus perkembangan pendidikan di negara ini.

· ‘Sementara itu, dalam konteks pembelajaran anak-anak Orang Asli, kementerian memberikan penekanan dan fokus kepada keperluan mendefinisikan semula persekolahan mereka,” katanya.

· Kata Hishammuddin, pendefinisian semula ini dilakukan untuk membantu anak-anak Orang Asli supaya tidak terus tercicir dalam pendidikan.

· Menurutnya lagi, mereka ini boleh dikelompokkan dalam golongan berisiko tinggi yang perlu diberi perhatian agar tidak wujud jurang besar dalam pelbagai aspek antara murid di kawasan bandar dan luar bandar.

4) Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan Masyarakat Orang Asli Di Pinggir Bandar

— Perancangan pelan ini dibuat bersama oleh JHEOA dan Bahagian Perancangan dan Penyelarasan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Objektif

Objektif pelan ini bertujuan;

— Menyediakan program/aktiviti khusus dan keperluan peruntukan di kawasan pinggir.

Kumpulan sasar ini terdiri dari 4 kumpulan iaitu;

1. Peringkat Pra Sekolah (5-6 tahun)

— Tujuan pendidikan Pra Sekolah adalah untuk menyediakan asas yang kukuh sebelum pendidikan formal. Ia bagi membolehkan kanak-kanak berumur 5+ tahun memperoleh pendidikan awalan yang kukuh dan kemahiran-kemahiran lain sebagai persediaan untuk ke sekolah rendah.

2. Peringkat Rendah (7-12 tahun)

· Tujuan pendidikan peringkat rendah adalah untuk menyediakan asas yang kukuh dalam kemahiran 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira; kemahiran berfikir, konsep asas sains, seni dan rekreasi dan penerapan nilai-nilai murni tegasnya program pra-sekolah dan rendah adalah asas kepada pembangunan dan pengembangan domain kognitif, afektif dan selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Page 7: Nota Komunikasi Guru Bab 6 Dan 7 Edu3106

3. Peringkat Menengah (13-18 tahun)

· Pendidikan Menengah merupakan program pendidikan yang komprehensif dan berkualiti kepada warganegara Malaysia yang berumur antara 12+ tahun hingga 17+ tahun.

· Pada peringkat ini penekanan diberi kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dengan memberi fokus kepada pendidikan umum pada tahun 7 dan 8 persekolahan supaya setiap pelajar mendapat pendedahan kepada pelbagai bidang ilmu.

4. Peringkat Tertiari

· Pendidikan Tertiari dalam konteks sistem pendidikan Malaysia adalah selepas pendidikan menengah sehingga ke peringkat pendidikan tinggi. Pada peringkat ini, pendidikan Tertiari harus berupaya membangunkan minda anak-anak Orang Asli menjadi lebih kritis, kreatif dan inovatif serta dapat memajukan masyarakat dan negara dalam persaingan global.

5.Peringkat Tercicir

· Tumpuan akan diberi kepada belia dan beliawanis yang tercicir dari sistem persekolahan dan juga ibu bapa yang tidak pernah bersekolah supaya mereka sedar akan pentingnya pendidikan.

· Latihan-latihan kemahiran yang bersesuaian dengan minat serta kebolehan mereka akan diperkenalkan supaya mereka dapat memasuki pasaran tenaga buruh dan peluang-peluang pekerjaan.

6. Kumpulan Dewasa

· Kumpulan dewasa ini boleh dipecahkan kepada dua kategori iaitu :

· Wanita

¨ Bagi kategori ini program-program seperti Penggerak Wanita Orang Asli, Program Kesejahteraan Keluarga, Latihan-Latihan Kemahiran dan Keusahawanan akan dilaksanakan.

· Semua peringkat

¨ Bagi kategori ini, latihan-latihan kemahiran, keusahawanan, pembangunan minda, keagamaan dan kerohanian serta pendidikan literasi fungsian dilaksanakan. Disamping itu, program celik huruf akan dipertingkatkan kepada golongan dewasa yang buta huruf.

5. Pelaksanaan Pelan Tindakan.

Pelaksanaan Pelan Tindakan akan dijalankan oleh pelbagai agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), juruperunding, swasta dan para akademik.

· Dalam melaksanakan pelan ini;

¨ Agensi Kerajaan akan banyak terlibat dengan program/projek yang berbentuk penyediaan kemudahan prasarana pendidikan;

¨ NGO pula penglibatan mereka lebih tertumpu kepada program/projek perubahan minda;

Page 8: Nota Komunikasi Guru Bab 6 Dan 7 Edu3106

¨ Pihak Juru Perunding akan dilibatkan dengan program/projek kajian-kajian seperti kajian penilaian semula pelan dan kajian program/projek yang dilaksanakan secara ‘outsourcing’.

Keperluan Peruntukan.

¨ Dalam tempoh pelaksanaan pelan ini, peruntukan sebanyak RM6,171,000.00 diperlukan bagi melaksanakan pelbagai program/projek.

Cabaran.

Pencapaian dan kejayaan pelan ini bergantung kepada beberapa faktor berikut;

¨ Komitmen yang tinggi daripada pegawai-pegawai JHEOA dan agensi pelaksana;

¨ Penerimaan dan penglibatan aktif masayarakat Orang Asli;

¨ Penyediaan peruntukan yang mencukupi;

Kerjasama yang erat dan mantap dalam kalangan Kementerian, Agensi-Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Swasta dan Juruperunding.

— Skim Bantuan Galakan Pendidikan JHEOA

Ø Skim bantuan ini disediakan bagi membantu pelajar Orang Asli diperingkat Sekolah Rendah, Menengah dan Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan.

Ø Bantuan ini diberikan bagi membantu meringankan beban masyarakat Orang Asli dalam membiayai persekolahan dan pengajian anak-anak mereka.

Ø

2.Jenis-Jenis Bantuan:

A:Sekolah Rendah dan Menengah.

Yuran Persekolahan.

¨ Kokurikulum

¨ Kertas ujian bulanan

¨ Sukan tahunan sekolah

¨ Kegiatan pendidikan islam/pendidikan moral

¨ MSSM

B: Bantuan Persekolahan

¨ Buku tulis dan buku kerja

Page 9: Nota Komunikasi Guru Bab 6 Dan 7 Edu3106

¨ Alat tulis

¨ Pakaian seragam sekolah

¨ Barang keperluan diri (untuk pelajar tinggal di asrama), seperti ubat gigi, sabun mandi, sabun pencuci, kapur kasut, tuala mandi).

¨ Tambang pengangkutan ke sekolah.

¨ Bantuan makan murid sekolah pedalaman (sekolah rendah).

6) Pendemokrasian Pendidikan;

— Infrastruktur yang sempurna

- mempunyai asrama

- peralatan lengkap (di dalam dan di luar bilik darjah)

- penggunaan bahan bantu mengajar yang terbaik

Ini bererti apa juga kemudahan yang terdapat di sekolah perlu disamaratakan secara optimum tanpa mengira sekolah kaum indigineous atau bukan kaum indigineous. (mengikut situasi

7) Tindakan kolektif;

— Kementerian Pelajaran telah melaksanakan Program `Outreach' Pendidikan Khas dan Lawatan Jawatankuasa Bertindak Bagi Menangani Isu-Isu Pendidikan Anak Orang Asli.

— Ada yang membawa ubat kutu, membuat pemeriksaan gigi, pergi rumah ke rumah, mendaftarkan anak Orang Asli, memberi ceramah, menggalakkan tabungan dan sebagainya.

8) Bantuan Kewangan;

— Pengagihan peruntukan kewangan tanpa memilih bulu membolehkan para pelajar khususnya yang belajar di sekolah-sekolah luar bandar dan kawasan pedalaman menikmati peluang dan ruang yang serupa dengan pelajar di bandar.

— Ketidakadilan dalam menyalurkan dana pendidikan ini akan menafikan peluang untuk pelajar ini berkembang selari dengan kemajuan sains dan teknologi negara.

— Sebagai langkah membendung inflsasi, pada tahun 2008 Kerajaan telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta untuk program pembangunan masyarakat Orang Asli. Sebanyak RM13.4 juta untuk bantuan makanan tambahan, RM2.7 juta bagi membiayai kos pengangkutan pelajar, bantuan wang saku pelajar RM2 juta dan bantuan input pertanian sebanyak RM1.9 juta.

9)Tindakan Badan Bukan Kerajaan;

— Sebagai menjalankan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) mengadakan Projek Tanggungjawab Sosial Korporat kepada murid-murid masyarakat Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi.

Page 10: Nota Komunikasi Guru Bab 6 Dan 7 Edu3106

— Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Azian Mohd Noh menjelaskan bahawa projek yang dijalankan berbentuk bantuan peralatan sukan yang berjumlah RM3,000 bagi meningkatkan lagi pencapaian sukan di sekolah tersebut khususnya dalam sukan bola sepak dan sepak takraw.

10) Tindakan Guru;

— Komitmen yang tinggi dalam menjalankan tanggungjawab.

— Penyediaan BBB yang relevan.

— Perlu sentiasa peka dengan situasi atau masalah murid-murid indigineous.

— Empati tetapi tegas dalam segala hal.

— Penyayang dan ikhlas mengajar.