nota kata ganda tahun 4
DESCRIPTION
kata ganda thn 4TRANSCRIPT
Tahun 4,5 & 6 (Kata Ganda)Kata GandaKata Ganda Seluruh
1) Digunakan pada kata dasar yang diulang atau digandakan seluruhnyaContoh bunga – bunga-bungaan
2) mesti diberi tanda sempang (-)3) menyatakan maknaa) Jamak atau banyak Contoh buku-buku, batu-batu, bintang-bintangb) Tunggal atau satu Contoh anai-anai, oleh-olehc) Banyak yang bersifat Contoh mahal-mahal, murah-murah, merah-merahd) Menguatkan keterangan Contoh sunguh-sungguh, baik-baik
Senarai Kata Ganda SeluruhJenis Kata Ganda Seluruh ContohKata Nama Anai-anai, gula,gula, mata-mata,
rama-rama, kanak-kanak, kura-kura, labah-labah, laying-layang
a) Labah-labah itu sedang membuat sarang
b) Layang-layangterbang tinggi
Kata Adjektif
Besar-besar, cantik-cantik, mahal-mahal, murah-murah, sihat-sihat, tebal-tebal
c) Rumah disitu besar-besard) Makanan itu enak-enak
Kata Kerja Baring-baring, duduk-duduk, makan-makan, tidur-tidur
e) Abang baring-baring selepas makan
Kata Keterangan
Betul-betul, erat-erat, hampir-hampir, jarang-jarang, pagi-pagi, malanm-malam, renyai-renyai
f) Pagi-pagi ibu sudah bangun
g) Hujan turn renyai-renyaiKata Nama Terbitan
Pemberita-pemberita, soalan-soalan h) Pemberita-pemberita berkumpul didewan persidangan semasa kerajaan mengadakan persidangan
Kata Ganda Separa1) Terbentuk dengan cara menyingkatkan bahagian pertama daripada kata ganda selurih2) Menyataka makna
a) Jamak atau banyak Contoh dedaun, gegulib) Tunggal atau satu Contoh lelabu, pepijatc) Menyerupai sesuatu Contoh kekuda, bebola, sesiku
Senarai Kata Ganda SeparaSenarai Kata Ganda Separa ContohBebalai,bebarau,bebawang,bebenang,bebola,bebotok,bebuli,bebuluh,cecair,cecawi,cecekak,dedali,dedalu,
a) Pepatung itu hinggap di batang kayu
b) Komputer itu tidak boleh
dedamak,dedaru,dedawai,dedaun,dedaup,gegasing,gegendang,jejaka,jejala,jejamong,jejamu,jejari,jejentik,jejuang,kekabu,kekacang,kekapas,kekara,kekepuk,kekili,kekisi,kekunci,lelabah,lelabu,lelabi,lelada,lelaki,lelayang,leletup,lelumba,memaya,pepanggil,peparu,pepejal,peperam,pepenjuru,pepijat,pepuyu,rerambut,reriang,reribu,reruku,sesagin,sesekat,sesendal,sesendi,sesentih,sesiku,sesumpit,sesungut,tetamu,tetangga,tetuang,tetuban,tetulang,tetupai,tetambak,tetingkat
digunakan keranatetikusnya rosak
c) Mereka bermainlelayang di padang
d) Lelangitabang berdarah kerana tertusuk tulang
Kata Ganda Bersajak1) Kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima)a) Di pangkal – Contoh: batu-batan, lalu-lalang, keluh-kesahb) Di Hujung – Contoh: kuih-muih, comot-momot, segar-bugarc) Seluruhnya – Contoh: kusut-masai, rumput-rampai, huru-hara2) Kata ganda bersajak mesti disertai tanda sempang (-)
Senarai Kata Ganda BersajakPersamaan Bunyi
Kata Ganda Bersajak Contoh
Di pangkal Bengkang-bengkok, degap-degup, gerak-geri, dentam-dentum, desas-desus, gembar-gembur, jongkang-jongket, kayu-kayan, keluh-kesah, kembang-kempis, kenduri-kendara, lalu-lalang, lekak-lekuk, mandi-manda, remuk-redam, serda-serbi, sedu-sedan, sorak-sorai, tanah-tanih, beli-belah, corat-coret
a) Gerak-geri mereka sudah lama diperhati oleh pihak polis
b) Sorak-sorai orang ramai kendengaran apabila beliau selesai berucap
c) Ramai orang yang lalu-lalangdi jalan ini apabila musim perayaan
d) Ada desas-desus bahawa beliau akan meletakkan jawatan
e) Mereka mandi-manda di kawasan sungai itu
Di hujung Awan-gemawan, calar-balar, carut-marut, cerai-berai, comot-momot, cirit-birit, gilang-gemilang, kaya-raya, karut-marut, kuih-muih, lauk-pauk,
f) Buah-buahan yang baru dipetik itu segar-bugarbelaka
g) Adik-beradiknya ramah-tamah belakah) Kuih-muih itu sedap-sedap balakai) Cerita karut-marut itu hanya untuk
menakutkan orang
pindah-randah, punah-ranah, ramah-tamah, saki-baki, sayur-mayur, segar-bugar, serta-merta, terang-benderang, tunggang-lalang, turun-temurun, anak-pinak. Warna-warni, gelap-gelita
Seluruhnya Beras-petas, bolak-balik, compang-camping, dolak-dalih, gopoh-gapah, gunung-ganang, bukit-bukau, gundah-gulana, hari-biru, hiruk-pikuk, huyung-hayang, kacau-bilau, kusut-masai, kumat-kamit, lambat-laun, lintang-pukang, mundar-mandir, pontang-panting, porak-peranda, rempah-ratus, riuh-rendah, rumput-rampai, suku-sakat, sunyi-sepi, tindak-tanduk, ulang-alik, huru-hara, tungkus-lumus, saudara-mara, kejar-mengejar, tawar-menawar, kata-mengata, semak-samun
j) Rempah-ratus diperlukan untuk memasak nasi tomato
k) Mulut ibu kumat-kamitmembaca doal) Perasaan Ali Gundah-gulanasetelah
gagal dalam peperiksaanm) Abangh ulang-alik ke pejabat dengan
menunggang motosikaln) Ali gopoh-gapah berlari ke sekolah
setelah bangun lewat
Kata Ganda Berimbuhan1) Kata ganda yang diberi imbuhan2) Kata ganda berimbuhan mesti disertai tanda sempang (-)3) Boleh diletakkana) Di awalb) Di akhirc) Di awal dan di akhir (apitan)d) Di tengah sebagai sisipan
Senarai Kata Ganda BerimbuhanPersamaan Bunyi
Kata Ganda Bersajak Contoh
Awalan Berangan-angan, berbaik-baik, berbual-bual, berderet-deret, berduyun-duyun, berlari-lari, berlumba-lumba, berhati-hati-bertukar-tukar, berturut-turut, melihat-lihat, meminta-minta, memicit-micit, menyebut-nyebut, menari-nari, mengiau-giau, terburu-buru, tergagap-gagap, tergesa-gesa, terkelip-kelip, terikut-ikut, tersenyum-ssenyum, terbahak-bahak, tertanya-tanya, tercengang-cengang, terkaku-kaku
a) Adik ketawa terbahak-bahak apabila menonton program Raja Lawak itu
b) Dalam perbincangan ini, murid-murid berpeluangbertukar-tukarpendapat
c) Puan Aminah memicit-micit kepalanya yang sakit
d) Lampu pelita ituterkelip-kelip lalu padam
e) Hujan lebat turun selama dua hari berturut-turut
Akhiran Besar-besaran, baru-baruan, biji-bijian, buah-buahan, sayur-sayuran, bunga-bungaan, harum-haruman, wangi-wangian, hidup-hidupan, kaya-kayuan, kecil-kecilan, mudah-mudahan, orang-orangan, rupa-rupanya, tanam-tanaman, tumbuh-tumbuhan, ubat-ubatan, puji-pujian, rumah-rumahan, bau-bauan
Bunga-bungaan di taman itu cantik-cantik
g) Wanita itu membelisayur-sayuran di pasar pagi
h) Gudang itu mengadakan jualan secara bwesar-besaran
Abang menjual pelbagai barang keperluan secarakecil-kecilan
Apitan Bersalam-salaman, bertolak-tolakan, berkejar-kejaran, berlari-larian, dahulu-mendahului, faham-memahami, harap-mengharapkan, hormat-menghormati, keanak-anakan, kebiru-biruan, kehijau-hijauan, kemerah-merahan, kehairan-hairanan, kehitam-hitaman, kekuning-kuningan, kemalu-maluan, lengkap-menglengkapi, mencarik-carikkan, nasihat-
Rakyat Malaysia hiduphormat-menghormati
k) Kami akan tiba selewat-lewatnya padapukul 8 malam
Anak-anak kucing ituberkejar-kejaran di halaman rumah
m) Dari jauh, pulau itu kelihatan kehijau-hijauan
n) Mukanya kemerah-merahan apabila berlari di bawah matahari
menasihati, sebaik-baiknya, selama-lamanya, selewat-lewatnya, ziarah-menziarahi, sehari-harian, bersorak-sorakan, kunjung-mengunjungi, melambat-lambatkan
Sisipan Jari-jemari, gilang-gemilang, tali-temali, tulang-temulang, turun-temurun
o) Majlis hari lahir anak hartawan itu berlangsunggilang-gemilang
p) Ahli arkeologi itu menemui tulang-temulang yang berusia beribu-ribu tahun