28. kata ganda 2 sk bandar

20
Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian KATA GANDA 1. Kata ganda ialah kata yang terhasil atau terbentuk daripada kata yang digandakan atau diulang sama ada sebahagian atau keseluruhannya. 2. Kata ganda terbahagi kepada empat :- a) Kata Ganda Seluruh b) Kata Ganda Separa c) Kata Ganda Bersajak / Berima d) Kata Ganda Berimbuhan 3. KATA GANDA SELURUH i. Merupakan kata ganda yang diulang atau digandakan seluruh kata dasarnya ii. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang ( - ) Contohnya : baldi => baldi-baldi pokok => pokok-pokok jenis => jenis-jenis iii. Kata Ganda Seluruh menunjukkan makna Banyak / Jamak Satu / Tunggal Sifat murid-murid anai-anai panjang-panjang rumah-rumah layang-layang tebal-tebal meja-meja kura-kura pandai-pandai 4. KATA GANDA SEPARA i. Kata ganda separa ialah kata ganda yang terbentuk dengan cara melenyapkan bahagian awal kata ganda seluruh ii. Kata ganda separa tidak diberi tanda sempang ( - ) Contoh : labu-labu => lelabu Jentik-jentik => jejentik Kuda-kuda => kekuda iii. Kata ganda separa menyatakan makna :- Menyerupai sesuatu Benda / binatang Banyak / jamak kekuda jejentik dedaun bebola kekisi jejari sesiku pepijat pepohon 5. KATA GANDA BERSAJAK / BERIMA i. Kata ganda bersajak ialah kata ganda yang mengalami penyesuaian bunyi ( rima ) ii. Kata ganda bersajak mesti diletakkan tanda sempang ( - ) iii. Ada tiga jenis gandaan berentak berdasarkan penyesuaian bunyi iaitu :- Penggandaan suku kata awal Penggandaan suku Penggandaan bebas 61

Upload: rajes-kanni-raji

Post on 19-Jul-2015

324 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: 28. kata ganda 2  sk bandar

Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian

KATA GANDA

1. Kata ganda ialah kata yang terhasil atau terbentuk daripada kata yang digandakan

atau diulang sama ada sebahagian atau keseluruhannya.

2. Kata ganda terbahagi kepada empat :-

a) Kata Ganda Seluruh

b) Kata Ganda Separa

c) Kata Ganda Bersajak / Berima

d) Kata Ganda Berimbuhan

3. KATA GANDA SELURUH

i. Merupakan kata ganda yang diulang atau digandakan seluruh kata dasarnya

ii. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang ( - )

Contohnya : baldi => baldi-baldi

pokok => pokok-pokok

jenis => jenis-jenis

iii. Kata Ganda Seluruh menunjukkan makna

Banyak / Jamak Satu / Tunggal Sifatmurid-murid anai-anai panjang-panjangrumah-rumah layang-layang tebal-tebalmeja-meja kura-kura pandai-pandai

4. KATA GANDA SEPARA

i. Kata ganda separa ialah kata ganda yang terbentuk dengan cara melenyapkan

bahagian awal kata ganda seluruh

ii. Kata ganda separa tidak diberi tanda sempang ( - )

Contoh : labu-labu => lelabu

Jentik-jentik => jejentik

Kuda-kuda => kekuda

iii. Kata ganda separa menyatakan makna :-

Menyerupai sesuatu Benda / binatang Banyak / jamakkekuda jejentik dedaunbebola kekisi jejarisesiku pepijat pepohon

5. KATA GANDA BERSAJAK / BERIMA

i. Kata ganda bersajak ialah kata ganda yang mengalami penyesuaian bunyi ( rima )

ii. Kata ganda bersajak mesti diletakkan tanda sempang ( - )

iii. Ada tiga jenis gandaan berentak berdasarkan penyesuaian bunyi iaitu :-

Penggandaan suku kata awal Penggandaan suku Penggandaan bebas

61

Page 2: 28. kata ganda 2  sk bandar

Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian

kata akhirgerak-geri anak-pinak kusut-masaibengkang-bengkok sayur-mayur simpang-siurmandi-manda kuih-muih porak peranda

iv. Kata ganda berima menunjukkan makna :-

Bermacam-macam / pelbagai

jenis

Paling / sangat Berulang kali

kuih-muih huru-hara mandi-mandasayur-mayur kacau-bilau lalu-lalangsaudara-mara licin-licau ulang-alik

6. KATA GANDA BERIMBUHAN

i. Kata ganda berimbuhan menerima imbuhan awalan , akhiran dan apitan

ii. Kata ganda beirimbuhan juga menerima imbuhan secara sisipan dan penyilangan

iii. Kata ganda berimbuhan ditulis dengan tanda sempang ( - )

iv. Kata ganda berimbuhan mengikut bentuk imbuhan

Jenis imbuhan Contoha) Awalan bermain-main , menari-nari , teresak-esakb) Apitan bertolak-tolakan , keanak-anakan , sehari-harianc) Akhiran buah-buahan , tumbuh-tumbuhan, bau-bauand) Sisipan tali-temali , jari-jemari , gilang-gemilange) menyilang hormat-menghormati, kenal-mengenal , sayang-menyayangi

v. Kata ganda berimbuhan menunjukkan makna :-

Bermacam-macam / pelbagai Menyerupai sesuatu Perbuatan menyilangsayur-sayuran orang-orangan bersalam-salamanbuah-buahan anak-anakan kejar-mengejar

KATA GANDA 2

Soalan 1 - 30

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. _________________ pada tingkap rumah Pak Idham dibuat daripada besi.

A. Lelangit C. Kekisi

B. Sesiku D. Kekuda

62

Page 3: 28. kata ganda 2  sk bandar

Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian

2. _________________ itu menunggu giliran untuk berjumpa dengan Guru Besar.

A. Kanak-kanak C. Belia-belia

B. Murid-murid D. Budak-budak

3. Kami dihidangkan dengan _______________ yang manis-manis belaka.

A. sayur-sayuran C. buah-buahan

B. lauk-pauk D. kuih-muih

4. Banyak kenderaan yang _______________ di jalan raya itu.

A. mundar-mandir C. lalu-lalang

B. kejar-mengejar D. beratur-atur

5. ________________ yang dijual di kedai itu telah dimakan oleh bubuk.

A. rempah-ratus C. lauk-pauk

B. sayur-mayur D. beras-petas

6. Puan Rina menggunakan ________________ yang pelbagai warna untuk membuat

sulaman baju kebayanya.

A. Jejarum C. dedaun

B. Bebenang D. bebola

7. ______________ bukan jenis serangga kerana mempunyai empat pasang kaki.

A. Semut C. Anai-anai

B. Labah-labah D. Labi-labi

8. Mereka berjaya menangkap _____________ kilogram udang galah dalam sungai

yang hampir kering itu.

A. berpuluh-puluh C. berekor-ekor

B. berjuta-juta D. berbanyak-banyak

9. Watson Nyambek yang baru menamatkan lariannya itu kelihatan ____________.

A. terbatuk-batuk C. terhincut-hincut

B. terbahak-bahak D. tercungap-cungap

63

Page 4: 28. kata ganda 2  sk bandar

Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian

10. Aksi peserta negara dalam pertandingan gimnastik itu _____________.

A. cantik-cantik C. lembut-lembut

B. hebat-hebat D. kuat-kuat

11. Ibu menyediakan _____________ buah yang manis sebagai pencuci mulut untuk

hidangan malam ini.

A. jeruk-jeruk C. coklat-coklat

B. kuih-muih D. agar-agar

12. Kami menyusun _____________ itu di atas meja.

A. hadiah-hadiah C. sampah-sampah

B. kerusi-kerusi D. rumah-rumah

13. Nenek suka makan daun pegaga ini _________.

A. mentah-mentah C. segar-segar

B. hijau-hijau D. lembut-lembut

14. Ibu mengisi sarung bantal itu dengan _____________.

A. Kekacang C. kekabu

B. Kekapas D. bebenang

15. Cikgu Salmi sentiasa mendorong anak muridnya supaya __________ mencari ilmu

pengetahuan.

A. berasak-asak C. bermain-main

B. berlumba-lumba D. bersama-sama

16. Pemimpin yang berwibawa menerima segala ____________ rakyat dengan penuh

kesyukuran.

A. kata-mengata C. pendapat-pendapat

B. umpat-umpatan D. puji-pujian

17. Mulut Pak Awang _________ membaca mantera untuk mengubati penyakit Mak Siti.

A. tersipu-sipu C. tersenyum-senyum

64

Page 5: 28. kata ganda 2  sk bandar

Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian

B. terkumat-kamit D. berbuih-buih

18. Mereka berjalan ____________ menyusuri pantai

A. berpasang-pasang C. berdua-duaan

B. beratus-ratus D. bertolak-tolak

19. Masyarakat berbilang kaum di negara ini sentiasa ________________ antara satu

sama lain.

A. sayang- menyayangi C. bergotong-royong

B. hormat-menghormati D. bersama-sama

20. ____________ penduduk kampung itu telah dimusnahkan oleh sekawan gajah.

A. Sayur-sayuran C. Pokok-pokok

B. Tumbuh-tumbuhan D. Tanam-tanaman

21. Puan Nora mengundang para _________nya ke majlis perkahwinan anaknya.

A. bebudak C. tetamu

B. tetangga D. lelaki

22. Suara ibu memanggil abang ____________ kedengaran dari sini.

A. samar-samar C. hampir-hampir

B. jarang-jarang D. sayup-sayup

23. ______________ pada papan hitam iu sudah patah.

A. Kekuda C. Kekunci

B. Jejari D. Sesiku

24. Daun-daun ___________ itu akan menguncup apabila disentuh.

A. dedalu C. bebawang

B. kekabu D. jejarum

25. Swee Lin menyandarkan segulung tikar di __________ biliknya.

A. pepenjuru C. lelangit

B. kekuda D. kekisi

65

Page 6: 28. kata ganda 2  sk bandar

Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian

26. Nenek memberikan ______________ makanan semalam kepada itik-itik

peliharaannya.

A. saki-baki C. suku-sakat

B. serbah-serbih D. lauk-pauk

27. Stadium hoki itu ________________ disinari lampu yang dipasang.

A. riuh-rendah C. sorak-surai

B. segar-bugar D. terang-benderang

28. Sikap Suria masih _______________ walaupun sudah dewasa.

A. kebudak-budakan C. kemalu-maluan

B. kecil-kecilan D. kegila-gilaan

29. Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah akan diumumkan __________ bulan

Disember.

A. selambat-lambatnya C. selebih-lebihnya

B. selewat-lewatnya D. sehabis-habisnya

30. Nenek ______________ kaki abang yang terseliuh itu.

A. menggaru-garu C. mengurut-ngurut

B. menyucuk-nyucuk D. meramas-ramas

Soalan 31 - 40

Pilih ayat yang betul penggunaan kata ganda.

31. A Lima orang budak-budak sedang berbasikal di taman.

B Lelangitnya sakit selepas dia makan buah yang keras itu.

C Sampah-sarap yang berbau itu dihurungi oleh lalat.

D Puan Latifah mengisi sarung bantal ini dengan lelabu.

32. A Banyak batu-batu yang berserakan di tepi jalan yang belum dibersihkan.

66

Page 7: 28. kata ganda 2  sk bandar

Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian

B Buah kelapa itu sudah ditebuk oleh tetupai.

C Empat orang mata-mata telah ditugaskan untuk menyiasat kes ini.

D Anak-anak kucing itu comel-comel belaka.

33. A Tetupai pada tiang itu sudah diganti dengan yang baru.

B Semua pokok-pokok bunga di halaman rumahnya sedang berbunga.

C Qabil amat cekap menunggang kekuda.

D Puan Marina memasak buah lelabu itu untuk hidangan malam nanti.

34. I Bebuli kaca itu berisi dakwat yang berwarna biru.

II Lima ekor burung layang-layang hinggap di dahan pokok itu.

III Murid-murid itu sedang bermain bebola di padang.

IV Belalang itu ada sepasang sesungut di kepalanya.

A I,II, dan III sahaja

B I,II, dan IV sahaja

C II, III, dan IV sahaja

D I,II,III, dan IV

35. I Tiga batang pohon-pohon mangga itu sudah mati.

II Ayah memasang tupai-tupai pada tiang penyidai kain itu.

III Sarang angkut-angkut di tepi pintu itu sudah pecah.

IV Bebenang skru itu sudah putus.

A I, II dan III sahaja

B I, III dan IV sahaja

C II, III dan IV sahaja

D I, II, III, dan IV

36. A Aliman makan buah-buahan itu sambil menonton televisyen.

B Carina akan menjalani kursus jahit-menjahit itu di pusat belia.

C Orang-orang yang datang ke majlis itu disambut dengan mesra oleh tuan rumah.

D Dia berlari jongkang-jongket dikejar anjing liar.

37. A Di halaman rumahnya ditanami dengan bermacam-macam bunga-bungaan.

B Rempah-ratus ini kami temui di dasar laut.

C Encik Johari menanam pokok buah-buahan untuk mempelbagaikan

67

Page 8: 28. kata ganda 2  sk bandar

Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian

pendapatannya.

D Sifatnya seperti kelelakian amat terserlah setelah dia berhijrah ke bandar.

38. A Suasana di stadium itu riuh oleh sedu-sedan para penonton.

B Sudah berpuluh-puluh tahun Pak Man melibatkan diri dalam kerja ukir-mengukir

ini.

C “Kita hendaklah saling kasih-mengasihi antara adik-beradik,” kata ibu.

D Shazwani menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali semasa ditanya oleh

ibunya tentang hal itu.

39. A Jason berlari lemah-gemalai kerana dikejar ibu ayam.

B Keadaan di kelas itu menjadi riuh-rendah apabila Cikgu Norma keluar.

C Pembedahan itu meninggalkan karut-marut di mukanya.

D Norin dan kakaknya saling berpeluk-pelukan semasa bertemu.

40. I Kulit udang itu kemerah-merahan setelah direbus.

II Encik Lai sekeluarga berura-ura hendak berhijrah ke luar negara.

III Pelajar dalam setiap kelas ini berhambat-hambat dalam setiap ujian yang

diadakan.

IV Jalan raya ke tapak perumahan itu lekak-lekuk.

A I, II, dan III sahaja

B I, II, dan IV sahaja

C II, III, dan IV sahaja

D I, II, III,dan IV

Soalan 41-90

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

41. Adik ___________ di tepi pantai sambil mengejar ombak.

A berlari-lari

B berbual-bual

C berjalan-jalan

D bersusun-susun

68

Page 9: 28. kata ganda 2  sk bandar

Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian

42. Shahir _________kerana buku Bahasa Melayunya hilang.

A. malu-malu

B. gelak-gelak

C. marah-marah

D. jerit-jerit

43. Malaysia mempunyai __________ peranginan yang kaya dengan keindahan alam

semulajadi.

A. jeti-jeti

B. kapal-kapal

C. laut-laut

D. pulau-pulau

44. Ravi _________ apabila Cikgu Maria menyuruhnya menyiapkan latihan Sains dengan

segera.

A. hiruk-piruk

B. lintang-pukang

C. kelam-kabut

D. lalu-lalang

45. Dinding rumah usang itu dipenuhi dengan pokok __________.

A. kekabu

B. kekapas

C. dedaun

D. deduit

46. Adik menangis __________kerana perutnya sakit.

A. terpinga-pinga

B. terketar-ketar

C. teresak-esak

D. terjerit-jerit

47. _________ mudah membiak dalam bekas yang menakung air.

A. Jejentik

69

Page 10: 28. kata ganda 2  sk bandar

Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian

B. Pepijat

C. Kekura

D. Lelabah

48. Adik suka makan ________ ketam yang dimasak oleh ibu.

A. tetupai

B. kekisi

C. bebola

D. jejari

49. Malik ________ ketika dipuji oleh kawannya.

A. teresak-esak

B. tersipu-sipu

C. tersekat-sekat

D. terbahak-bahak

50. Pak Dolah ketawa __________ menonton televisyen rancangan Jangan Ketawa.

A. terkial-kial

B. tersekat-sekat

C. terbahak-bahak

D. teresak-esak

51. Sofia _______ kepala tanda tidak bersetuju dengan pinangan itu.

A. mengangguk-angguk

B. menggeleng-geleng

C. berpusing-pusing

D. menggaru-garu

52. Rambut Yatim _______ ketika bangun daripada tidur.

A. kusut-masai

B. comot-momot

C. koyak-rabak

D. compang-camping

53. Almari lama itu telah reput kerana dimakan oleh ________ .

70

Page 11: 28. kata ganda 2  sk bandar

Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian

A. kura-kura

B. anai-anai

C. semut-semut

D. labah-labah

54. Siput babi mempunyai sepasang __________.

A. sesiku

B. sesungut

C. kekuda

D. kekisi

55. ___________ kayu itu patah kerana sudah reput.

A. Bebola

B. Pepejal

C. Tetupai

D. Tetikus

56. Penagih dadah itu berjalan _________ di lorong gelap.

A. mundar-mandir

B. lintang-pukang

C. huru-hara

D. gopoh-gapah

57. Abu berlari ________ kerana dikejar oleh seekor anjing liar.

A. simpang-siur

B. compang-camping

C. geli-geleman

D. lintang-pukang

58. __________ di dalam peti sejuk itu masih segar.

A. Anak-anak

B. Kuih-muih

C. Sayur-mayur

D. Tanah-tanih

71

Page 12: 28. kata ganda 2  sk bandar

Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian

59. Mereka sedang ________ dengan para tetamu.

A. beramah-tamah

B. bertungkus-lumus

C. bermain-main

D. bergilir-gilir

60. Hujan sangat lebat, kilat pula ________.

A. tembak-menembak

B. sabung-menyabung

C. menunjuk-nunjuk

D. melompat-lompat

61 . Kami __________ selepas menjalani latihan bola sepak di padang itu .

A. berbual – bual

B. bersama – sama

C. berbaring – baring

D. bergaduh – gaduh

62 . Belakang Ramizul merah – merah kerana digigit __________ semasa berbaring

di atas tilam itu .

A. lelangit

B. rerambut

C. pepijat

D. jejentik

63 . Jazura _________ buku cerita yang baru dihadiahkan oleh Amir itu .

A. mengais – ngais

B. mengoyak – ngoyak

C. membelek – belek

D. mengipas – ngipas

64 . ___________ santan yang dimasak oleh ibu sangat enak rasanya .

A. Epok – epok

B. Gado – gado

72

Page 13: 28. kata ganda 2  sk bandar

Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian

C. Agar – agar

D. Umang – umang

65 . Fendi ___________ dahi apabila menyedari kesilapannya semasa menjawab

soalan itu .

A. menepuk – nepuk

B. menghentak – hentak

C. menarik - narik

D. mengepit – ngepit

66 . Pak Cik Ishak dan Shazwan sedang membersihkan __________ di dalam garaj

itu .

A. bebawang

B. sesawang

C. bebenang

D. peparu

67 . Bas Ekspres Bayu Pagi itu __________ dari Rembau ke Kuala Lumpur .

A. mundar – mandir

B. lalu – lalang

C. berulang – alik

D. kacau – bilau

68 . Orang ramai ________ pergi ke padang Majlis Perbandaran Sepang untuk

menyaksikan pertunjukan silap mata itu .

A. bersepah – sepah

B. berlegar – legar

C. berlari – lari

D. berduyun – duyun

69 . Peristiwa yang berlaku semalam _________ telah menginsafkan Hazri .

A. usah – usah

73

Page 14: 28. kata ganda 2  sk bandar

Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian

B. benar – benar

C. kira – kira

D. makin – makin

70 . ________ yang dijual di gerai nasi lemak Mak Itam itu dibuat oleh anaknya.

A. Kayu –kayan

B. Kuih – muih

C. Sayur – mayor

D. Paku – pakis

71 . Mereka ketawa _________ apabila melihat telatah pelawaak yang lucu itu .

A. berdekah – dekah

B. berpandang – pandangan

C. tergigil –gigil

D. tergolek – golek

72 . Sup ________ daging yang dihidang di atas meja itu masih panas .

A. bebola

B. beburung

C. bebuli

D. bebunga

73 . Nenek memasukkan __________ kari ke dalam kari kambing yang sedang

dimasaknya .

A. kuda – kuda

B. cebis – cebis

C. daun – daun

D. biji – biji

74 . Harga barang di kedai bebas cukai itu memang _________ belaka .

A. murah – murah

B. wangi – wangi

C. cantik – cantik

D. kemas – kemas

75 . Hafizi dan kawan – kawannya sedang bermain ___________ di padang itu .

A. labu – labu

B. layang – layang

74

Page 15: 28. kata ganda 2  sk bandar

Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian

C. bayang – bayang

D. dulang – dulang

76 . Kita hendaklah mengamalkan sikap _________ sesama jiran tetangga .

A. keji – mengeji

B. hormat – menghormati

C. ejek – mengejek

D. elak – mengelak

77 . _________ di kawasan itu sangat tinggi dan ditumbuhi pelbagai jenis pokok.

A. Gunung – ganang

B. Semak – samun

C. Batu – batan

D. Paku – pakis

78 . “ Lebih baik encik kurangkan tabiat merokok kerana ________ encik sudah

rosak , “ kata Doktor Jazni kepada Ghazali .

A. gegendang

B. lelangit

C. peparu

D. jejari

79 . Puan Hasnah membeli dua biji ________ semasa berkunjung ke Pameran

Kraf Tangan itu .

A. lelabu

B. geginjal

C. bebenang

D. kekabu

80 . Maznah dan Hamidah percaya akan cerita yang direka oleh kamal itu _______ .

A. main – main

B. jauh – jauh

C. kais – kais

D. bulat – bulat

81. Yusri __________________________apabila diminta untuk menjawab soalan

peribahasa itu kerana dia sedang mengelamun.

A. terkial-kial

75

Page 16: 28. kata ganda 2  sk bandar

Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian

B. terpinga-pinga

C. tersentak-sentak

D. terlihat-lihat

82. Orang ramai______________________untuk membeli tiket perlawanan akhir bola

sepak.

A. kejar-mengejar

B. tolak-menolak

C. tarik-menarik

D. tegur-menegur

83. Puan Jamiah berdoa________________ agar suaminya selamat di

perbatasan.

A. mudah-mudahan

B. habis-habisan

C. mati-matian

D. terus-terusan

84. Amar berjalan____________________kerana kakinya sakit setelah terjatuh dari

tangga.

A. terketar-ketar

B. terhoyong-hayang

C. terincut-incut

D. terbuai-buai

85. Kehidupan keluarga yang berjiran itu aman-damai kerana mereka

selalu_______________________.

A. tegur-menegur

B. pandang-memandang

C. soal-menyoal

D. tanya-menanyai

86. Sebuah bot nelayan menghampiri seorang budak lelaki yang

__________________ di tengah laut.

76

Page 17: 28. kata ganda 2  sk bandar

Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian

A. terkapai-kapai

B. terpanggil-panggil

C. terlambai-lambai

D. terlayang-layang

87. Sementara menunggu pintu muzium dibuka, pengunjung__________

di luar muzium.

A. lalu-lalang

B. bolak-balik

C. simpang-siur

D. mundar-mandir

88. __________________banyak digunakan dalam masakan tradisional masyarakat India.

A. Rempah-ratus

B. Beras-petas

C. Lauk-pauk

D. Kuih-muih

89. Badan budak itu_____________________kerana sering dipukul oleh ibunya.

A. kusut-masai

B. compang-camping

C. comot-momot

D. calar-balar

90. Nek Liah memasukkan air ke dalam _______________.

A. bebuli

B. lelangit

C. gegendang

D. lelabu

Soalan 91 berdasarkan gambar

77

Page 18: 28. kata ganda 2  sk bandar

Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian

91. Keadaan jalan raya yang __________________boleh mengakibatkan kemalangan.

A. ulang-alik

B. simpang-siur

C. bengkang-bengkok

D. tunggang-langgang

Soalan 92 berdasarkan gambar

92. Ravi sedang membaiki __________________basikalnya yang telah

rosak.

A. jejari

B. kekisi

C. sesiku

D. jemari

93. Kakak menolong ibu menghiris__________________ di dapur.

A. pepatung

B. dedaun

C. pepijat

D. bebawang

94. _____________________di tepi jalan itu sudah condong.

A. Pepohon

B. Dedaun

78

Page 19: 28. kata ganda 2  sk bandar

Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian

C. Bebunga

D. Dedahan

95. ____________________bayi itu kemerahan kerana digigit oleh semut.

A. Lelangit

B. Jejari

C. Sesiku

D. Pepatung

96. Pisang goreng sedap dimakan ______________________.

A. lemau-lemau

B. keras-keras

C. panas-panas

D. lembik-lembik

97. Cebisan_______________________bertaburan di bawah meja makan.

A. pinggan-pinggan

B. pakaian-pakaian

C. kertas-kertas

D. kotak-kotak

98. Motosikal itu ___________________ berlanggar dengan kereta di

tengah jalan.

A. sipi-sipi

B. nyaris-nyaris

C. betul-betul

D. jarang-jarang

99. Murid-murid itu banyak ______________________ daripada membaca buku.

A. main-main

B. jarang-jarang

C. senyum-senyum

D. harap-harap

100. _______________________ akan ditutup pada hari cuti umum.

A. Kedai-kedai

B. Pejabat-pejabat

79

Page 20: 28. kata ganda 2  sk bandar

Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian

C. Rumah-rumah

D. Hotel-hotel

80