tapak pembelajaran : kata ganda tahun 3

33
SK SIMPANG EMPAT SET INDUKSI BAHASA mALAYSIA TAHUN 3 DEFINISI KATA GANDA JENIS KATA GANDA UJI KEFAHAMAN SET LATIHAN PENUTUP Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : OBJEKTIF 1. Mengenalpasti tiga jenis kata ganda yang dipelajari. 2. Menjawab soalan yang diberikan dengan betul. TAJUK : Uniknya dunia kita KATA GANDA Disediakan Oleh : RAFIZA BINTI DARUS BM 1 (SK) Sem 3

Upload: rafiza-diy

Post on 24-May-2015

2.790 views

Category:

Education


29 download

DESCRIPTION

BMM3105 PDP BAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER #maaf video dan audio tidak berfungsi di sini d-.-b_v

TRANSCRIPT

Page 1: TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3

SK SIMPANG EMPAT

SET INDUKSI

BAHASA mALAYSIA TAHUN 3

DEFINISI KATA GANDA

JENIS KATA GANDA

UJI KEFAHAMAN

SET LATIHAN

PENUTUP

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :

OBJEKTIF

1. Mengenalpasti tiga jenis kata ganda yang dipelajari.

2. Menjawab soalan yang diberikan dengan betul.

TAJUK : Uniknya dunia kitaKATA

GANDA

Disediakan Oleh :RAFIZA BINTI

DARUS BM 1 (SK) Sem 3

Page 2: TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3

TAJUK : destinasi pilihan

Page 3: TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3

Apakah yang kamu lihat

dalam tayangan video tadi?

Page 4: TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3

Adakah kamu pernah bercuti di destinasi-

destinasi yang menarik?

Senaraikan lima destinasi percutian

yang ingin kamu lawati.

Page 5: TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3

APA ITU KATA GANDA?

• Definisi :

Kata ganda ialah satu proses pengulangan perkataan. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata

yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya. Proses pengulangan ini berlaku pada

seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam perkataan tersebut.

• Maklumat lanjut : • http://bijakbahasa20.blogspot.com/2012/11/kata-gand

a.html

Page 6: TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3

JENIS-JENIS KATA GANDA

Maklumat Tambahan :

http://rujuknota.blogspot.com/2011/10/kata-ganda-dan-bentuk-kata-ganda.html

Kata Ganda

PENGGANDAAN PENUH PENGGANDAAN

SEPARA

PENGGANDAAN BERENTAK

Page 7: TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3

PENGGANDAAN PENUH

1. Penggandaan Penuh Kata Tunggal

2. Penggandaan Penuh Kata Berimbuhan

Merupakan suatu proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu

mengandungi imbuhan atau tidak.

JENIS-JENIS

Page 8: TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3

1. PENGGANDAAN PENUH KATA TUNGGAL

meja-meja ayat-ayat buku-buku

rumah-rumah sekolah-sekolah budak-budak

Page 9: TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3

CONTOH

Rumah-rumah di kawasan

tersebut kebanyakannya

hangus dijilat api setelah

kebakaran yang berlaku pada

jam tiga petang kelmarin.

Page 10: TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3

2. PENGGANDAAN PENUH KATA BERIMBUHAN

i. Dengan Awalan•pelatih-pelatih•pekedai-pekedai

ii. Dengan Akhiran•jualan-jualan•amalan-amalan

iii. Dengan Apitan•persatuan-persatuan•permainan-permainan

Page 11: TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3

CONTOH

“Begitu banyak permainan-

permainan yang dilaksanakan di

karnival ini,” ujar Amin kepada

Norman.

Page 12: TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3

PENGGANDAAN SEPARA

Merupakan suatu proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh

merupakan kata tunggal atau kata terbitan.

1. Penggandaan Separa Kata Tunggal

2. Penggandaan Separa Kata Berimbuhan

JENIS-JENIS

Page 13: TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3

1. PENGGANDAAN SEPARA KATA TUNGGAL

laki lelaki

pohon pepohon

gelang gegelang

tikus tetikus

siku sesiku

Page 14: TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3

CONTOH

Ramai kaum lelaki yang sudah

berhimpun di Dataran Merdeka

sempena menyambut

Kemerdekaan kali ke-57 tepat jam

12 tengah malam nanti.

Page 15: TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3

2. PENGGANDAAN SEPARA KATA BERIMBUHAN

i. Dengan Awalanii. Dengan

Akhiraniii. Dengan Apitan

a. Kata kerja

b. Kata adjektif

a. Kata nama

b. Kata kerja

c. Kata adjektif

a. Kata kerja

b. Kata adjektif

Page 16: TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3

CONTOHJENIS KATA NAMA KATA KERJA KATA ADJEKTIF

AWALAN -berlari-lari,

teresak-esak, dimarah-marah, meronta-ronta

sepandai-pandai, sebaik-baik,

setinggi-tinggi

AKHIRANsayur-sayuran,

kenang-kenangan,

orang-orangan

risik-risikkan, doa-doakan,

bayang-bayangi

jadi-jadian, mati-matian, rindu-

rinduan

APITAN -bersalam-salaman,

mendewa-dewakan, diagung-agungkan

kebodoh-bodohan, kekuning-kuningan

Page 17: TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3

PENGGANDAAN BERENTAK

Merupakan suatu proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan

bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.

JENIS-JENIS PENGGANDAAN BERENTAK

Page 18: TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3

jenis-jenis penggandaan berentak•Pen

ggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu.

•Keharmonian vokal.

Pengulangan Vokal

•Penggandaan yang mempunyai ciri persamaan pada bunyi-bunyi konsonan tertentu.

Pengulangan Konsonan

•Penggandaan yang tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan.

Bebas

Page 19: TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3

CONTOHJENIS KATA NAMA KATA KERJA KATA ADJEKTIF

Pengulangan Vokal

kuih-muih, lauk-pauk, sayur-

mayur

cerai-berai, gotong-royong

hiruk-pikuk

Pengulangan Konsonan

batu-batan, gunung-ganang,

suku-sakat

dolak-dalik, huyung-hayang, mundar-mandir

huru-hara, kontang-kanting,

kucar-kacir

Bebasanak-pinak,

saudara-maraulang-alik lintang-pukang,

remeh-temeh, simpang-siur

Sila klik ikon dibawah ini untuk maklumat tambahan :

Page 20: TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3

JOM UJI KEFAHAMAN

ANDA...

Page 21: TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3

Secara berpasangan, jawab dua soalan yang terdapat pada lembaran

kerja yang diedarkan.

Soalan 1 Soalan 2

LEMBARAN KERJA

Page 22: TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3

SOALAN 1Petikan di bawah ini mempunyai beberapa kata yang seharusnya

digandakan. Catatkan kata-kata tersebut dan berikan gandaan yang sesuai.

Mak Limah berlari anak menuju ke rumah Tok Penghulu. Ketika

itu Tok Penghulu sedang duduk di anjung sambil menghisap

paip. Beliau terkejut melihat Mak Limah yang bergegas

memasuki pekarangan rumahnya. Wanita itu nyaris terlanggar

pasu bunga yang terletak di tepi pintu rumahnya. Nafasnya

termengah. Apabila dia mula bercakap suaranya putus.

Menurut Mak Limah, suaminya yang sering sakit itu sudah tidak

sedarkan dirinya.

Page 23: TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3

SOALAN 2Isi tempat kosong di bawah ini dengan kata ganda yang sesuai. Anda

boleh memberikan imbuhan sekiranya perlu.

Anak-anak yang sedang (mandi) ……… di sungai itu lari

(lintang)……… apabila mendengar bunyi ngauman itu.

Mereka bukannya tidak tahu siapa yang menghuni belantara

di kawasan (bukit)……… itu. Malah Samad yang (gemuk)

……… itupun mampu mengheret tubuhnya pantas

meninggalkan tempat itu. Cuma Ramli sahaja yang masih

(cari)……… cermin matanya. Keadaan yang begitu ceria

bertukar menjadi (huru)……… dalam sekelip mata.

Page 24: TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3

Jom lihat video berikut :

VIDEO 1

Page 25: TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3

Klik sini untuk lihat jawapan

Page 26: TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3

Inilah jawapannya

VIDEO 2

Page 27: TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3
Page 28: TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3

SET LATIHAN

Set 1

Set 2

Set 3

Set 4

Set 5

Page 29: TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3

SET 1

1. Sejak berpindah ke bandar ,Sukri tidak _________ lagi tentang perkembangan yang berlaku di kampung itu.

A lawat-melawat C kenal-mengenal B tahu-menahu D tengok – menengok

2. Gadis itu _______ ke pejabat kerana sudah terlewat.

A terkial-kial C tercungap-cungapB terkinja-kinja D berlari-lari

Page 30: TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3

SET 1

3. Kedengaran _______ suara orang bernyanyi ketika saya duduk di atas pangkin itu.

A jelas-jelas C samar-samarB sayup-sayup D jauh-jauh

4. Selepas mesyuarat, mereka minum sambil _____ di tepi kolam renang itu.

A berbual-bual C bermain-mainB berehat-rehat D berbaring-baring

Page 31: TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3

SET 1

5. Encik Razak membawa _______ dari Surabaya untuk kami.

A oleh-oleh C abuk-abukB otak-otak D sagu-sagu

6. Beberapa ekor ______ yang berwarna–warni terbang di dalam rumah kami.

A kupu-kupu C labah-labahB pijat-pijat D labi-labi

Page 32: TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3

MARI MENYANYI

Page 33: TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3

SEKIAN, TERIMA KASIH

Disediakan Oleh :Rafiza Binti Darus

OPSYEN :BM 1 (SK)

PISMP AMBILAN JANUARI 2013