012 bahasa melayu sk - gurubesar.my · imbuhan, kata majmuk, kata ganda, tanda baca dan ejaan yang...

31

Upload: trinhthu

Post on 18-Mar-2019

280 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

012 BAHASA MELAYU SK

Bahasa Melayu SK 1 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kod Mata Pelajaran : 012 (SK) Bentuk Ujian : Ujian Subjektif Markah Penuh : 60 Masa : 1 jam 15 minit REKA BENTUK INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kertas Bahasa Melayu Penulisan UPSR ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A terdiri daripada satu (1) soalan respons terhad yang mesti dijawab. Markah yang diperuntukkan ialah 10. Bahagian B terdiri daripada tiga (3) soalan pilihan soalan berbentuk respons terbuka dan perlu dijawab satu (1). Markah yang diperuntukkan ialah 30. Bahagian C terdiri daripada satu (1) soalan respons terhad yang mesti dijawab. Markah yang diperuntukkan ialah 20. Konstruk yang diukur ialah: a) Keupayaan membina ayat b) Keupayaan menggunakan kata c) Keupayaan menggunakan kosa kata d) Keupayaan melahirkan dan menyampaikan idea e) Keupayaan menggunakan ejaan dan tanda baca PRESTASI CALON KESELURUHAN Pada keseluruhannya, prestasi calon 2014 menunjukkan peningkatan yang lebih baik dari aspek penghasilan jawapan yang menepati kehendak tugasan. Soalan pada tahun ini lebih menjurus kepada pengalaman dan pengetahuan sedia ada calon. Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah diterapkan untuk memberikan cabaran kepada calon dalam menjawab. Namun begitu, calon berjaya mengemukakan isi dan mengolahnya dengan ayat yang gramatis. Selain itu, calon dapat menguasai aspek bahasa seperti penggunaan kosa kata, imbuhan, kata majmuk dan kata ganda yang meluas termasuklah penguasaan ejaan dan tanda baca. Hasil penulisan calon tepat dan mantap seperti kehendak soalan. Namun begitu, terdapat segelintir calon yang belum menguasai kemahiran menulis dan banyak melakukan kesalahan tatabahasa.

Bahasa Melayu SK 2 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN Kumpulan Tinggi Calon dalam kumpulan ini dapat menjawab ketiga-tiga bahagian dengan cemerlang. Calon dapat menggunakan ayat yang gramatis dan menepati kehendak soalan. Penggunaan kata dan kosa kata yang dibina oleh calon sangat meluas serta sesuai dengan kehendak soalan. Calon dapat mengemukakan isi serta dapat menyampaikan jawapan yang menarik. Calon memahami kehendak soalan, menguasai kemahiran menulis dan dapat menjawab soalan dengan isi yang tepat. Di samping itu, calon mempunyai pengetahuan yang luas dalam aspek bahasa. Pengolahan isi jelas, terancang serta menarik. Pengetahuan sedia ada calon banyak membantu dalam penghasilan jawapan yang cemerlang. Kumpulan Sederhana Calon dalam kumpulan ini dapat menguasai kemahiran yang diuji serta mampu mengaplikasikan apa-apa yang dipelajari dengan baik. Calon dapat mengeluarkan isi dengan gaya bahasa dan penyampaian yang sederhana. Ada juga calon yang tidak dapat mengemukakan isi yang betul-betul mantap. Calon tahu dan faham aspek yang diuji, tetapi apa yang disampaikan kurang menarik dan terdapat beberapa kesalahan yang ketara dalam aspek pengolahan ayat, penggunaan kosa kata dan penggunaan ejaan serta tanda baca. Kumpulan Rendah Calon dalam kumpulan ini merupakan kelompok calon yang memperoleh pencapaian yang rendah. Pada dasarnya, mereka tidak menguasai kemahiran yang diuji dan tidak dapat menghasilkan jawapan dengan baik dan bernas. Kebanyakan calon tidak faham apa yang diuji dan lemah dalam pengolahan ayat. Terdapat sebahagian kecil calon yang tidak menjawab soalan yang diuji dan lebih kepada menyalin soalan dan petikan sahaja. Sebahagian besar calon menulis ayat yang tidak lengkap.

Bahasa Melayu SK 3 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

PRESTASI TERPERINCI Bahagian A

Soalan ini berkehendakkan calon membina lima ayat yang lengkap tentang lima aktiviti penduduk kampung di sebatang sungai. Calon perlu menulis lima ayat tentang lima aktiviti daripada grafik.

Bahasa Melayu SK 4 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Jawapan di atas mempamerkan mutu jawapan yang cemerlang. Calon dapat menulis ayat yang lengkap dengan memindahkan maklumat daripada bahan grafik. Mereka dapat mengemukakan ayat dan mentafsir bahan grafik menggunakan ayat yang sesuai. Calon menggunakan ayat yang gramatis dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan soalan yang diuji. Selain itu, aspek tatabahasa seperti penggunaan kosa kata, imbuhan, kata majmuk, kata ganda, tanda baca dan ejaan yang betul dapat dikuasai oleh calon. Terdapat kesalahan yang tidak menjejaskan ayat. Tugasan dijawab mengikut tema yang dikehendaki. Sebahagian besar daripada mereka mempunyai pengalaman sedia ada tentang aktiviti penduduk kampung di sebatang sungai. Calon dapat memberikan lima aktiviti yang tepat berdasarkan grafik. Ayat-ayat yang dibina gramatis tanpa sebarang kesalahan bahasa.

Bahasa Melayu SK 5 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Contoh jawapan calon yang menggunakan kosa kata yang terhad dan maksudnya tidak jelas. Kesalahan tidak ketara. Isi yang dikemukakan masih berkaitan dengan tugasan. Ayat-ayat yang dibina mudah dan ringkas serta tidak menarik. Calon dalam kumpulan ini juga menggunakan kosa kata yang terhad dan maksudnya tidak jelas. Kesalahan struktur ayat tidak ketara tetapi terdapat kesalahan imbuhan dan ejaan. Terdapat juga calon yang masih tidak memahami kehendak soalan dan tidak memahami maksud aktiviti penduduk kampung yang tertera dalam gambar.

Bahasa Melayu SK 6 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Jawapan di atas mempamerkan mutu jawapan yang lemah. Calon kumpulan ini tidak menguasai kemahiran berbahasa seperti struktur ayat, penggunaan kata, ejaan dan tanda baca. Penggunaan kata calon sangat terhad. Tulisan calon sukar difahami serta menggunakan kata yang tidak jelas maksudnya.

Bahasa Melayu SK 7 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Bahagian B Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan. Soalan 1

Calon dikehendaki menulis cerita yang bermula dengan ayat yang diberi.

Bahasa Melayu SK 8 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Calon dapat mengemukakan lebih daripada tiga isi dengan baik dan cemerlang serta menepati kehendak tugasan. Pengolahan isi serta penyampaian yang menarik dengan laras bahasa yang baik. Olahan ayat baik, gramatis serta menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan tugasan.

Bahasa Melayu SK 9 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Contoh karangan calon yang menggunakan ayat mudah dan ringkas. Mutu jawapan yang dipamerkan sederhana. Calon hanya dapat mengemukakan isi dengan huraian yang mudah dan ringkas. Terdapat juga calon yang memberikan satu isi sahaja. Calon melakukan kesalahan bahasa yang menjejaskan ayat. Tiada peluasan ayat menyebabkan karangan kurang menarik dan berada pada peringkat memuaskan sahaja.

Bahasa Melayu SK 10 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Mutu jawapan yang dipamerkan pada contoh di atas sangat lemah. Walaupun isi yang dikemukakan menjurus kepada soalan. Olahan dan penyampaian tidak menarik serta penggunaan kosa kata sangat terhad. Terdapat kesalahan struktur ayat dan ejaan yang agak ketara.

Bahasa Melayu SK 11 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Soalan 2

Bagi menjawab soalan ini, calon perlu menulis kebaikan-kebaikan menggunakan perpustakaan.

Bahasa Melayu SK 12 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Bahasa Melayu SK 13 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Berdasarkan skrip jawapan, calon dapat menulis kebaikan-kebaikan menggunakan perpustakaan. Jawapan baik dan cemerlang. Calon memahami kehendak tugasan yang diberikan dengan baik. Mereka dapat membina karangan yang menepati tugasan dengan olahan yang menarik dan penyampaian yang baik serta tepat. Selain itu, calon dapat menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan bahasa yang baik dan meluas.

Bahasa Melayu SK 14 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Bahasa Melayu SK 15 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Contoh jawapan calon yang mengemukakan isi tetapi tidak diolah dengan jelas. Mutu jawapan sederhana. Calon masih dapat memberikan isi mengikut kehendak tugasan. Olahan isi dan penyampaian calon masih menarik tetapi tiada peluasan ayat. Terdapat kesalahan penggunaan bahasa dan kata yang tidak tepat.

Bahasa Melayu SK 16 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Bahasa Melayu SK 17 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Jawapan di atas mempamerkan mutu jawapan dalam kumpulan rendah kerana pengolahan isi mudah dan ringkas manakala penyampaian pula kurang menarik. Ayat kurang gramatis. Terdapat banyak kesalahan struktur ayat dan bahasa.

Bahasa Melayu SK 18 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Soalan 3

Bagi menjawab soalan ini, calon dikehendaki menulis sepucuk surat kepada rakan untuk menceritakan tempat-tempat menarik yang terdapat di tempat calon.

Bahasa Melayu SK 19 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Bahasa Melayu SK 20 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Calon memahami kehendak tugasan dengan baik iaitu, surat kepada rakan untuk menceritakan tempat-tempat menarik di tempatnya. Isi yang dikemukakan sangat baik dan mantap serta dihuraikan dengan jelas. Pengolahan dan penyampaian isi yang sangat menarik serta dapat menguasai penulisan format surat kiriman tidak rasmi dengan tepat.

Bahasa Melayu SK 21 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Jawapan di atas mengemukakan isi yang masih relevan dengan tugasan tetapi pengolahan dan penyampaian masih menarik. Calon melakukan kesalahan bahasa tetapi tidak menjejaskan keseluruhan karangan. Calon tidak menggunakan format surat kiriman tidak rasmi yang lengkap.

Bahasa Melayu SK 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Bahasa Melayu SK 23 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Contoh jawapan yang banyak melakukan kesalahan bahasa dan tidak menguasai format surat kiriman tidak rasmi. Mutu jawapan yang lemah. Isi yang dikemukakan oleh calon kurang menepati tugasan. Pengolahan dan penyampaian isi tidak menarik. Calon banyak melakukan kesalahan bahasa, iaitu struktur ayat, penggunaan kata, imbuhan, ejaan dan tanda baca. Calon tidak menguasai format surat kiriman tidak rasmi.

Bahasa Melayu SK 24 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Bahagian C

Calon dikehendaki menjelmakan lima nilai daripada petikan yang diberi serta memberikan contoh (huraian) yang sesuai berdasarkan petikan. Jawapan calon perlulah ditulis dalam satu perenggan.

Bahasa Melayu SK 25 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Berdasarkan jawapan, calon mampu menjelmakan lima nilai yang tepat berserta dengan huraian. Ayat calon gramatis tanpa apa-apa kesalahan. Calon dapat menyatakan nilai dan huraian daripada petikan dengan tepat selain mengulas dengan ayat yang gramatis dan menjurus kepada petikan. Penggunaan kata dan kosa kata yang mantap serta sesuai dengan tugasan. Di samping itu, calon juga dapat menggunakan penanda wacana yang sesuai.

Bahasa Melayu SK 26 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Jawapan di atas mempamerkan kualiti jawapan yang sederhana. Calon dalam kumpulan ini dapat memberikan tiga nilai dengan dua huraian yang lengkap berdasarkan petikan. Huraian mudah dan ringkas serta terdapat beberapa kesalahan bahasa yang tidak menjejaskan jawapan calon.

Bahasa Melayu SK 27 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Jawapan di atas mempamerkan kualiti jawapan yang lemah. Calon dalam kumpulan ini hanya dapat menjelmakan satu nilai sahaja tanpa huraian. Penyampaian tidak menarik dan terdapat kesalahan struktur ayat.

Bahasa Melayu SK 28 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

SARANAN KEPADA CALON Bahagian A 1. Calon membaca arahan dengan teliti sebelum menjawab soalan. 2. Calon mengenal pasti kehendak soalan sama ada aktiviti, suasana ataupun

tentang gambar sebelum menulis ayat. 3. Calon mengenal pasti aktiviti atau suasana yang terdapat dalam gambar dengan

cara membulatkan maklumat yang terdapat pada gambar. 4. Calon mencatat kata kerja yang tepat berkaitan gambar yang telah dibulatkan. 5. Calon membina lima ayat yang lengkap. 6. Banyakkan membaca serta menjawab latihan bagi meningkatkan tahap

penguasaan kosa kata. 7. Jadikan buku teks yang dibekalkan oleh Bahagian Buku Teks, Kementerian

Pendidikan Malaysia sebagai sumber rujukan dan bahan pembelajaran. 8. Calon boleh menggunakan nama pada watak atau pelaku yang terdapat dalam

gambar atau bahan rangsangan. 9. Calon digalakkan membina pelbagai ayat dengan keterangan yang meluas. 10. Tulis dengan jelas dan kemas supaya mudah difahami. Bahagian B 1. Calon membaca dan memahami arahan serta kehendak soalan. 2. Baca ketiga-tiga soalan yang diberi sebelum membuat pilihan. 3. Pilih soalan yang bersesuaian dengan kebolehan calon untuk menjawab. 4. Garisi kata kunci dan kata tugas soalan yang dipilih. 5. Bagi karangan yang berformat, pastikan calon menguasai format yang betul

sebelum menulis karangan. 6. Calon digalakkan membina peta minda atau kerangka karangan berdasarkan

soalan ataupun tajuk. 7. Mulakan karangan dengan pendahuluan, isi-isi dan diakhiri dengan penutup

mengikut jenis karangan. 8. Kemukakan sekurang-kurangnya tiga isi bagi setiap karangan dengan huraian

yang mantap berserta contoh dengan pengolahan ayat yang gramatis dan penyampaian yang menarik.

9. Setiap perenggan mesti dimulakan dengan ayat topik dan diikuti ayat-ayat huraian serta contoh.

10. Guna penanda wacana untuk merangkaikan ayat dengan ayat dan perenggan dengan perenggan sebagai kesinambungan tugasan.

11. Tulis dengan jelas dan kemas supaya mudah difahami.

Bahasa Melayu SK 29 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Bahagian C 1. Calon perlu membaca dan memahami arahan serta kehendak soalan. 2. Fahami petikan yang diberi dan garisi ayat yang mengandungi nilai/pengajaran

dalam petikan. 3. Calon mencatat nilai/pengajaran berdasarkan ayat yang telah digarisi. 4. Nilai/pengajaran/amalan baik dalam petikan tidak boleh dijelmakan sebagai

jawapan. 5. Calon juga tidak boleh memberikan nilai yang sinonim dengan pernyataan yang

terdapat dalam petikan. 6. Calon menulis lima nilai/pengajaran daripada petikan. 7. Pastikan nilai/pengajaran dan huraian berkaitan dengan pernyataan yang terdapat

dalam petikan sahaja. 8. Gunakan penanda wacana yang sesuai untuk menunjukkan kesinambungan

antara nilai/pengajaran yang terdapat dalam petikan. 9. Calon menulis jawapan dalam satu perenggan sahaja. 10. Bagi menghasilkan penulisan yang baik, calon perlu banyak menjawab latihan

serta merujuk kepada pelbagai sumber/bahan rujukan. 11. Tulis dengan jelas dan kemas supaya mudah difahami.

Bahasa Melayu SK 30 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

SARANAN KEPADA GURU 1. Guru perlu mengajar dan membimbing murid menggunakan buku teks, huraian

sukatan pelajaran dan sukatan pelajaran. 2. Buku daftar kata perlu dijadikan bahan rujukan untuk menambahkan kosa kata

murid. 3. Bimbing murid untuk menguasai teknik menjawab dengan baik dan jelas mengikut

garis panduan peperiksaan. 4. Pelbagaikan strategi, kaedah dan teknik dalam pembelajaran dan pengajaran bagi

menarik minat murid. 5. Guru wajar menerangkan kekuatan dan kelemahan tugasan yang dihasilkan oleh

murid. 6. Guru perlu membimbing murid yang belum menguasai penulisan dengan

memberikan latih-tubi dan pendedahan pelbagai teknik mengarang. 7. Guru wajib memantapkan pengetahuan dan kemahiran berbahasa agar murid

faham dengan jelas. 8. Guru perlu tahu menjelmakan nilai berserta huraian yang tepat daripada petikan

(Bahagian C). 9. Guru mesti menilai hasil kerja murid mengikut pemeriksaan yang betul.