nota fasakh

Upload: wilma-no-bias

Post on 03-Apr-2018

240 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Nota FASAKH

    1/3

    FASAKHPENGERTIAN FASAKH

    Fasakh ialah membatalkan atau pembubaran akad

    nikah disebabkan oleh kecacatan yang berlaku pada

    waktu akad atau kecacatan yang mendatang selepas

    berlakunya akad nikah yang menghalang kekalnya

    perkahwinan.

    SEBAB FASAKH

    Antara sebab yang boleh menyebabkan berlakunya

    fasakh yang menghalang perkahwinan tersebut

    diteruskan seperti

    a. Sebab yang merosakkan akad.

    1. Perkahwinan antara muhrim, samaada sebab keturunan, susuan atau persemendaan.

    2. Isteri orang, atau isteri yang dalamtempoh iddah talaq suami pertamanya.3. Pernikahan yang dilakukan semasabelum baligh (kecil) dan apabila baligh minta

    difasakhkan akad itu.

    4. Wali fasiq atau5. Saksi fasiq (akad tidak sah sejakdiadakan),

    6. Murtad salah seorang daripadakeduanya (akad terbatal)

    b. Sebab yang mendatang selepas pernikahan.

    1. Salah seorang daripada suami atauisteri itu murtad

    2. Pasangan suami isteri bukan Islamsemasa bernikah dan salah seorang memeluk Islam.

    3. Akad Nikah sah tetapi difasakhkanoleh qadhi atas tuntutan isteri sama ada kerana suami

    berpenyakit (dalam kes ini perkahwinan tidak boleh

    dibubarkan selagi tidak dibicarakan dan diputuskan

    oleh qadhi atau hakim Mahkamah Syariah),

    4. Tidak kufu,5. Suami tidak mampu membayar mahar(pemberian wajib daripada suami kepada isteri) atau

    6. Suami tak mampu beri nafkah(mengeluarkan belanja kepada mereka yang berada

    di dalam tanggungan) atau

    7. Berlaku kesukaran di pihak isterikerana suami hilang, suami dipenjara, suami

    menyakiti isteri secara keterlaluan (penderaan fizikal

    dan mental) atau sebagainya.

    8. Suami telah melakukan salah satuperkara yang diharamkan sebab persemendaan

    seperti berzina dengan ibu mertua

    Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam [Negeri

    Melaka 2002, Seksyen 53] menambah lagi sebab-

    sebab yang menyebabkan berlakunya fasakh seperti

    di bawah ini:

    1. Tempat di mana beradanya suamitelah tidak diketahui selama tempoh lebih dari

    setahun.

    2. Suami cuai atau telah tidakmengadakan peruntukan nafkah bagi

    nafkahnya selama tempoh tiga bulan.

    3. Suami telah dihukum penjara selamatempoh tiga tahun atau lebih.4. Suami telah tidak menunaikan tanpasebab yang munasabah nafkah batin selama tempoh

    satu tahun.

    5. Suami mati pucuk pada masaperkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri

    tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami

    mati pucuk.

    6. Suami telah gila selama tempoh duatahun, sedang mengidap penyakit kusta atau

    sedang mengidap penyakit kelamin yang boleh

    berjangkit.7. Isteri telah dikahwinkan oleh bapaatau datuknya sebelum dia mencapai umur enam

    belas (16) tahun, menolak perkahwinan itu sebelum

    mencapai umur lapan belas (18) tahun dan dia

    belum disetubuhi oleh suaminya itu.

    8. Walaupun empat bulan berlaluperkahwinan itu belum disatukan kerana suami atau

    isteri bersengaja enggan bersetubuh.

    9. Isteri tidak izin akan perkahwinan ituatau izinnya tidak sah sama ada dengan sebab

    paksaan, kesilapan, ketidak sempurnaan akal atau

    lain-lain hal yang diakui oleh hukum syara.10. Suami atau isteri menganiayai isteriatau suaminya, iaitu antaranya:

    1. Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya

    menderita disebabkan kelakuan aniaya.

    2. Berkawan dengan perempuan-perempuan atau

    lelaki yang berperangai jahat atau hidup keji

    mengikut pandangan hukum syara.

    3. Cuba memaksa isteri hidup secara lucah.

    4. Melupuskan harta isteri atau suami atau melarang

    isteri atau suami itu daripada menggunakan hak-

    haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu.

    5. Menghalang isteri atau suami daripadamenunaikan atau menjalankan kewajipan atau

    amalan agamanya.

    6. Jika suami mempunyai isteri lebih daripada

    seorang, dia tidak melayani isterinya secara adil

    mengikut kehendak-kehendak hukum syara.

    HIKMAH FASAKH

    1. Untuk menjamin hak danperlindungan kepada kaum wanita sekiranya mereka

    teraniaya.

  • 7/28/2019 Nota FASAKH

    2/3

    2. Menyedarkan kaum suami bahawaperceraian bukan hanya dimiliki secara mutlak oleh

    suami sahaja.

    3. Menunjukkan keunggulan syariatAllah subhanahu wataala yang Maha Mengetahui

    akan keperluan hambaNya.

    KHULU (Tebus Talaq)

    PENGERTIAN KHULU

    Khulu dari segi bahasa berertimelepas atau

    menanggalkan. Manakala dari segi syara pula ialah

    perceraian daripada suami ke atas isteri dengan

    tebusan yang diterima oleh suami.

    Contohnya suami berkata Aku talaqkan kamu

    dengan bayaran sekian banyak atau isteri berkata:

    Aku menebus talaq ke atas dir iku dengan bayaransekian banyak.

    Khulu : Ia juga dikenali sebagai Tebus Talaq yang

    bermaksud pembubaran perkahwinan yang

    diperolehi oleh seorang isteri dengan membayar

    kepada suaminya dengan sesuatu benda yang

    berharga di mana kadar benda tersebut adalah

    berdasarkan persetujuan antara suami dan isteri

    berkenaan atau berdasarkan kepada keputusan

    qadhi. Ini dikira sebagai ganti rugi-kepada suami

    berkenaan.

    Hal ini adalah berdasarkan pengertian yang diambil

    dari sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

    Dari Ibnu Abbas RA bahawa isteri Thabit bin Qais

    telah datang berjumpa Rasulullah SAW lantas

    berkata wahai Rasulullah, saya hendak meminta

    cerai dari suami saya dan tidak ada cacian

    terhadapnya tentang perangainya dan keagamaannya

    tetapi saya bencikan sifat kekufuran yang ada

    padanya sedangkan saya seorang Islam. Maka sabda

    Rasulullah SAW Adakah engkau bersedia

    mengembalikan kebunnya yang telah diberikan

    kepada kamu sebagai mas kahwin? Jawabnya: Yasaya bersedia. Lalu baginda menyuruh Thabit bin

    Qais menerima kembali kebunnya dan menceraikan

    isterinya. Maka Thabit menerima perintah baginda

    dan diceraikan isterinya. (Bukhari dan an-Nasai)

    Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan tidak halal

    bagi kamu mengambil bali k sesuatu dar i apa yang telah

    kamu beri kan kepada mereka (i steri -isteri yang

    dicerai kan i tu) kecuali j ika keduanya (suami dan isteri )

    takut tidak dapat menegakkan peratur an hukum Al lah,

    maka ti daklah mereka berdosa mengenai bayaran

    (tebus talak) yang diberi kan oleh i steri untuk menebus

    dir inya (dan mengenai pengambilan suami tentangbayaran itu). I tulah peraturanperaturan hukum A llah,

    maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang

    melanggar peratur an-peratur an hukum Al lah maka

    mereka itu lah or ang-orang yang zalim. (al-Baqarah:

    229)

    Secara umumnya apa sahaja yang boleh dijadikan

    mahar (mas kahwin) boleh dijadikan bayaran khulu.

    Iaitu setiap barang yang bernilai atau mempunyai

    manfaat dan ditentukan secara pasti tentang benda

    dan faedah yang hendak digunakan sebagai bayaran

    khulu tersebut.

    Nafkah yang wajib ke atas suami kepada isterinya

    atau nafkah anak kecil yang berada di bawah jagaan

    ibu atau bayaran susuan dan jagaan anak dengan

    ditentukan jangka waktunya juga boleh dijadikan

    bayaran khulu dari isteri. Dengan ini nafkah yang

    wajib dibayar oleh suami tidak perlu lagi dibayar dan

    ia ditanggung sendiri oleh isteri.

    Di antara kesan khulu ialah bekas suami tidak boleh

    rujuk kepada bekas isterinya, bekas suami tidak

    boleh menambah talaq ke atas bekas isterinya, bekas

    suami tidak boleh menambah talaq ke atas bekas

    isterinya dalam waktu iddah dan suami juga tidak

    boleh berkahwin dengan bekas isterinya kecuali

    dengan akad dan mas kahwin yang baru.

    Iddah bagi isteri yang dikhulu adalah sekali haidh

    dan pembubaran menerusi khulu ini boleh dilakukan

    pada bila-bila masa iaitu waktu suci atau waktu isteri

    sedang haidh.

    Maka berdasarkan khulu ini inisiatif untuk

    perceraian datang dari pihak isteri sendiri dan alasan

    yang boleh diterima oleh syarak. Namun dalam hal ini

    mana-mana suami adalah dilarang menggunakan

    kesempatan untuk bertindak menimbulkan

    kesukaran kepada isterinya bagi mendapat khulu

    daripadanya kerana dalam kes begini ahli feqah

    berpendapat khulu adalah batal dan bayaran tebus

    talaq dipulangkan kepada si isteri semula.

    DALIL PENSYARIATAN KHULU

    Firman Allah subhanahu wataala, maksudnya:

    Talaq (yang boleh diruju kembali) hanya dua kali.

    Sesudah itu peganglah (ruju) atau lepaskan (cerai)

    dengan cara yang baik. Dan tidak halal bagi kamu

    mengambil balik sesuatu yang telah kamu beri kan

    kepada mereka (isteri yang kamu ceraikan) kecuali ji ka

    keduanya takut tidak dapat menegakkan peratur an-

    peratur an hukum All ah. Oleh itu , kalau kedua-kedua

    kamu khuati r maka tidaklah berdosa tentang bayaran

    balik (tebus talaq) yang diberi kan oleh i steri untuk

    menebus dir inya. (Surah Al-Baqarah, 2:229)

    SYARAT SAH KHULU

    1. Suami: Baligh, berakal, mukhtar(bebas) melakukan khulu bukan dipaksa.

  • 7/28/2019 Nota FASAKH

    3/3

    2. Isteri: Hendaklah seorang yang bolehmenguruskan harta dan mukallaf.

    3. Lafaz khulu: Hendaklah disebutdengan terang.

    4. Bayaran khulu: Hendaklah dijelaskandengan jumlah yang tertentu.

    Peringatan:

    Walaupun isteri mempunyai hak untukmemohonfasakh dan khulu, tetapi Rasulullah SAW

    menuntut agar ia tidak dilakukan dengan sewenang-

    wenangnya.

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Mana-

    mana perempuan yang memohon cerai dar ipada

    suaminya tanpa sebab yang munasabah maka haram ke

    atasnya bau syurga. (Riwayat Bukhari, Muslim,

    Tirmizi, Abu Daud dan Ahmad)

    TALIQ

    PENGERTIAN TALIQ

    Taliq ialah lafaz yang diucapkan sebagai syarat

    untuk membatalkan pernikahan jika berlakunya

    sesuatu yang bertentangan dengan taliq tersebut.

    Taliq : iaitumenggantungkan perceraian kepada

    sesuatu masa atau sesuatu perbuatanseperti kata

    suami kepada isterinya: Seki ranya kau pergi ke

    tempat tertentu maka kau tertalaq.

    Perceraian tidak berlaku semasa suami melafazkantaliq tetapi hanya berlaku sekiranya syarat yang

    disebut dalam lafaz taliq tersebut dilanggar.

    Di Malaysia cerai taliq ini adalah suatu bentuk

    perceraian yang biasa diamalkan. Selepas akad nikah

    seseorang suami dikehendaki melafazkan ucapan

    taliq dan menandatangani surat taliq di hadapan

    juru nikah.

    Contohnya seperti di Wilayah Persekutuan, lafaz

    taliq tersebut adalah:

    Bahawa adalah saya mengaku apabila tinggalkan

    isteri saya (nama) selama empat bulan H ij rah bertu ru t-

    tur ut atau lebih dengan sengaja atau paksaan dan saya

    atau waki l saya tidak memberi nafkah kepadanya

    selama masa yang tersebut pada hal atau saya

    melakukan sebarang mudharat kepada tubuh badannya

    kemudian ia mengadu kepada Mahkamah Syari ah dan

    memberi kepada Mahkamah Syariah yang menerima

    bagi pihak saya satu r inggit maka pada ketika i tu

    tertalak ia dengan cara talak khul u

    [Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah

    Persekutuan) 1984, Kaedah-kaedah Keluarga Islam

    (borang dan Fee) 1985 (seksyen 134(3)]

    1. Suami - Hendaklah mempunyaikeahlian menjatuhkan cerai dengan melafazkan kata-

    kata taliq.

    2. Belum berlaku - Hendaklah taliq keatas perkara yang belum berlaku atas perkara

    yang mungkin berlaku.

    3. Isteri - Hendaklah menjadi ahli cerai(masih menjadi isteri yang sah).

    Contohnya suami berkata kepada isteri: Jika engkau

    keluar dari rumah in i sepanjang ketiadaan aku,

    jatuhl ah talaq engkau atau Apabila engkau pergi ke

    rumah si anu, jatuhlah talaq atau Manakala engkau

    pergi ke sana tanpa izinku jatuh talaq atau

    sebagainya.

    Apabila berlakunya perkara yang bertentangan

    dengan syarat yang dilafazkan, maka terjatuhlah

    talaq menurut hukum syara.

    PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG MENGENAI

    TALIQ

    Berdasarkan Enakmen Undang-Undang Keluarga

    Islam (Negeri Melaka) 2002, Seksyen 50, seseorang

    perempuan yang bersuami boleh jika berhak

    memohon penceraian menurut syarat-syarat taliq

    yang dibuat selepas akad nikah. Kandungan lafaz

    taliq tersebut :

    1. Meninggalkan isteri selama empatbulan berturut-turut.

    2. Tidak memberi nafkah yang wajibselama empat bulan berturut-turut.3. Menyakiti tubuh badan isteri.4. Suami tidak mempedulikan isteriselama tempoh empat bulan berturut- turut.