kp syariah fasakh

20

Upload: aziqhidupibadat

Post on 08-Aug-2015

84 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KP Syariah Fasakh
Page 2: KP Syariah Fasakh

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA PROJEK PENGGAL 2 TAHUN 2015

930/4-SYARIAH

Page 3: KP Syariah Fasakh

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA ARAU, 02600 ARAU,

PERLIS

Disediakan oleh:AHMAD HAZIQ BIN AMI HARIZAM

PUSAT PENGAJIAN PRAUNIVERSITI SMK AGAMA ARAU, PERLIS

PRAUNIVERSITI II 2015

KEFAHAMAN MASYARAKAT TENTANG PENCERAIAN MELALUI

FASAKH

Page 4: KP Syariah Fasakh

AbstrakFasakh ialah penceraian antara suami dan

isteri yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah berasaskan permohonan yang dibuat oleh suami atau isteri berdasarkan sebab-sebab tertentu yang ditetapkan oleh syarak. Sungguhpun begitu, masih terdapat masyarakat yang belum memahami konsep pembubaran penceraian melalui fasakh ini dengan jelas. Oleh hal yang demikian kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti sejauh mana kefahaman masyarakat tentang konsep fasakh ini seperti yang dijelaskan oleh syarak terutamanya masyarakat penduduk di Kampung Salang.

Page 5: KP Syariah Fasakh

Selain itu, kajian syariah ini dilaksanakan untuk mengenal pasti faktor-faktor atau punca berlakunya penceraian melalui fasakh ini. Bagi mencapai kedua-dua objektif ini, beberapa kaedah telah digunakan dalam kajian ini. Antaranya, kaedah temu bual, kaedah soal selidik, dan juga kaedah arkib. Setelah maklumat-maklumat berjaya dikumpul dan dianalisiskan, kajian mendapati bahawa majoriti masyarakat di kampung ini memahami konsep fasak ini secara umumnya. Hal ini kerana mungkin kelas-kelas agama atau kuliah-kuliah yang diadakan pernah menyentuh soal fasakh. Namun, masih juga terdapat sebilangan kecil yang tidak memahami konsep ini dengan baik. Hal ini kerana masalah atau isu fasakh ini kurang berlaku dalam masyarakat disini. Di samping itu, beberapa cadangan dan kajian lanjutan dikemukakan untuk kajian ini pada masa akan datang.

Page 6: KP Syariah Fasakh

Pengenalan Fasakh ialah penceraian antara suami isteri yang

diputuskan oleh Mahkamah Syariah berasaskan permohonan yang dibuat oleh suami atau isteri berdasarkan sebab-sebab tertentu yang ditetapkan oleh syarak. Fasakh hanya boleh dilakukan oleh pihak yang berkuasa sahaja seperti hakim dan kadi apabila terdapat sebab-sebab tertentu seperti kehilangan suami tanpa diketahui keadaannya sama ada hidup atau mati ataupun salah seorang daripada suami atau isteri murtad dan sebagainya.

Fasakh ini sebenarnya merupakan salah satu daripada pembubaran perkahwina selain daripada khulu’, ta’liq, faraq, dan lain-lain. Kes pembubaran perkahwinan melalui fasakh ini banyak didengari. Fenomena kahwin muda sudah menjadi adat sekarang. Sungguh pun begitu, tidak semua yang betul-betul arif atau tahu akan ilmu rumah tangga yang digariskan oleh Islam. Hal ini demikian menyebabkan ramai pasangan-pasangan yang baru bernikah menuntut fasakh.

Page 7: KP Syariah Fasakh

Objektif

1. Mengkaji kefahaman masyarakat di sekitar Kampung Salang, Perlis tentang penceraian melalui fasakh.

2. Mengkaji faktor-faktor berlakunya penceraian melalui fasakh di Perlis.

Page 8: KP Syariah Fasakh

Kaedah Temu Bual

Kaedah Kaji Selidik

Kaedah Arkeb

KAEDAH KAJIAN

Page 9: KP Syariah Fasakh

Hasil Kajian1. Kefahaman Masyarakat Tentang FasakhItem 1: Pengetahuan tentang konsep fasakh

Majoriti masyarakat di sekitar kampung ini pernah mendengar tentang istilah fasakh ini.

Masyarakat dapat membezakan talak dan fasakh. Tidak dinafikan terdapat segelintir masyarakat

masih keliru. Banyak masyarakat tidak tahu bahawa lelaki

boleh meminta fasakh kepada isteri. Masyarakat sedia maklum bahawa isteri boleh

meminta fasakh kepada suami.

Page 10: KP Syariah Fasakh

Item 2: Cara Pelaksanaan Fasakh

Masyarakat telah mengetahui bahawa kadhi yang mempunyai kuasa untuk menjatuhkan fasakh.

Segelintir besar masyarakat masih tidak memahami soal rujuk dalam fasakh.

Kebanyakan masyarakat tahu bahawa apabila cerai fasakh, dan pasangan itu ingin kembali bersama, si suami harus akad nikah baharu serta memberi mahar yang baharu

Page 11: KP Syariah Fasakh

Item 3: Isu-isu berkaitan fasakh

o Sebilangan besar masyarakat tahu bahawa jika salah seorang pasangan murtad maka jatuhlah fasakh.

o Boleh dikatakan bahawa telah diketahui masyarakat jika suami tidak memberi nafkah, maka isteri boleh meminta fasakh.

Page 12: KP Syariah Fasakh

Alasan-alasan fasakh berdasarkan Enakmen 7 Tahun 2006, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2006, Bahagian V- Pembubaran Perkahwinan, Seksyen 53. Perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh

Page 13: KP Syariah Fasakh

1. Seseorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan berikut, iaitu---

a) bahawa tempat di mana berasanya suami atau isteri telah tidak diketahui selama tempoh daripada satu tahun;

b) bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;

c) bahawa suami atau isteri telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih;

Page 14: KP Syariah Fasakh

d) Bahawa suami atau isteri telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;

e) Bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih masih sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;

f) Bahawa suami atau isteri telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;

g) Bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali Mujbirnya sebelum ia mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan ia belum disetubuhi oleh suaminya itu;

Page 15: KP Syariah Fasakh

h) Bahawa suami atau isteri menganiayai isteri atau suaminya iaitu, antara lain—i. lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya

menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya;ii. berkawan dengan perempuan-perempuan atau

lelaki jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syarak;

iii. cuba memaksa isteri hidup secara lucah;iv. melupuskan harta isteri atau suami atau melarang

isteri atau suami itu dari menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu;

v. menghalang isteri atau suami dari menunai atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya;

vi. jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayan isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak-kehendak Hukum Syarak;

Page 16: KP Syariah Fasakh

i) bahawa walau pun empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan mensetubuhimya;

j) bahawa isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau hal keadaan lain yang diakui oleh Hukum Syarak;

k) bahawa pada masa perkahwinan itu isteri, sungguh pun berkebolehan memberi izin yang sah, adalah seorang yang sakit otak, sama ada berterusan atau berselangan, dalam erti Ordinan Sakit Otak 1952 [Ord. 31/52] dan sakit otaknya adalah dari suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin; atau

l) apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah Hukum Syarak.

Page 17: KP Syariah Fasakh

Agama

Nafkah

HomoseksualSeksual

SosialFaktor-faktor Berlakunya Penceraian

Melalui Fasakh

Page 18: KP Syariah Fasakh

RumusanBerdasarkan kajian yang telah dijalankan

selama hamper 3 minggu ini, pengkaji mendapati bahawa kebanyakan atau majoriti masyarakat di Kampung Salang ini memahami konsep penceraian melalui fasakh. Walaupun dalam kampung ini belum ada kes penceraian melalui fasakh, namun masyarakat di sini dapat memahaminya terutama perkara-perkara asas berkaitan fasakh. Hal ini mungkin kerana masyarakat di sini telah didedahkan dengan ilmu-ilmu agama melalui kelas-kelas atau kuliah-kuliah agama yang diadakan di masjid.

Page 19: KP Syariah Fasakh

Begitu juga dengan faktor-faktor berlakunya fasakh di kalangan masyarakat di negeri ini dapat pengkaji dirungkaikan. Setelah diteliti, pasangan-pasangan yang memohon untuk fasakh ini mempunyai pelbagai sebab dan faktor tersendiri. Perkara ini termasuklah isu dalaman antara masalah suami atau isteri dan isu luaran serta campur tangan pihak ketiga seperti ibu bapa atau mertua. Namun begitu, terdapat juga kes yang mahkamah terpaksa membatalkan tuntutan fasakh itu atas sebab-sebab yang tidak munasabah.

Page 20: KP Syariah Fasakh