nota e dagang

2
Nota E DAGANG KELEBIHAN DAN KEKURANGAN E DAGANG KELEBIHAN PENIAGA PELANGGAN 1) Menjimatkan kos operasi Kos operasi perniagaan amat rendah kerana penjual hanya perlu menyediakan satu laman web yang sesuai serta sebuah gedung untuk menstorkan barang jualan. Kos iklan dijimatkan kerana satu laman web memadai untuk meliputi pasaran ke seluruh dunia. 2) Menerokai pasaran yang luas Menerusi rangkaian internet, penjual dapat memperluaskan pasarannya merangkumi seluruh dunia. Perniagaan di jalankan secara global dan berskala besar tanpa sekatan sempadan negara pada kos yang paling minimum. 3) Urus niaga yang cepat dan mudah Pesanan dan bayaran melalui internet amat mudah dan cepat. Keadaan ini mempercepatkan proses perniagaan. 4) Tidak berlaku hutang lapuk Keadaan ini disebabkan oleh jualan yang dilakukan secara prabayar. 5) Penghapusan orang tengah Jualan dilakukan secara langsung kepada pembeli tanpa orang tengah. Hal ini dapat menjimatkan kos. 6) Peragaan barang melalui laman web amat berkesan Barang dapat dipromosi secara visual, audio dan animasi. 1) Pilihan pembeli merangkumi pasaran sedunia. Pembeli dapat menjelajah beribu-ribu laman web untuk membuat bandingan dan pilihan barang-barang. 2) Harga rendah Pembeli menikmati harga yang murah akibat daripadapenjimatan kos oleh penjual. 3) Jimat dan selesa Pembeli dapat membeli-belah dengan selesa daripada rumahnya. Ini menjimatkan masa, tambang pembeli, serta mengelakkan kesesakan lalu lintas, kesesakan manusia serta perubahan cuaca yang tidak menentu. Dengan memicit tetikus di depan computer, seluruh pasaran dunia terhampar di depan mata pembeli untuk menjadi pilihannya. 4) Urus niaga dapat dilakukan dengan cepat dan mudah melalui talian terus 5) Dapat melihat gambar dan mendapat maklumat lengkap tentang barang Pembeli boleh mendapat maklumat terkini tentang barang dengan cara mengakses laman web yang berkenaan. KEKURANGAN PENIAGA PELANGGAN 1) Persaingan sengit 1) Penipuan

Upload: ilyani-omar

Post on 21-Jan-2016

91 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

nota berkenaan dengan e-dagang bagi subjek rbt

TRANSCRIPT

Page 1: Nota e Dagang

Nota E DAGANG

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN E DAGANG

KELEBIHANPENIAGA PELANGGAN1) Menjimatkan kos operasi

Kos operasi perniagaan amat rendah kerana penjual hanya perlu menyediakan satu laman web yang sesuai serta sebuah gedung untuk menstorkan barang jualan. Kos iklan dijimatkan kerana satu laman web memadai untuk meliputi pasaran ke seluruh dunia.

2) Menerokai pasaran yang luasMenerusi rangkaian internet, penjual dapat memperluaskan pasarannya merangkumi seluruh dunia. Perniagaan di jalankan secara global dan berskala besar tanpa sekatan sempadan negara pada kos yang paling minimum.

3) Urus niaga yang cepat dan mudahPesanan dan bayaran melalui internet amat mudah dan cepat. Keadaan ini mempercepatkan proses perniagaan.

4) Tidak berlaku hutang lapukKeadaan ini disebabkan oleh jualan yang dilakukan secara prabayar.

5) Penghapusan orang tengahJualan dilakukan secara langsung kepada pembeli tanpa orang tengah. Hal ini dapat menjimatkan kos.

6) Peragaan barang melalui laman web amat berkesanBarang dapat dipromosi secara visual, audio dan animasi.

1) Pilihan pembeli merangkumi pasaran sedunia.Pembeli dapat menjelajah beribu-ribu laman web untuk membuat bandingan dan pilihan barang-barang.

2) Harga rendahPembeli menikmati harga yang murah akibat daripadapenjimatan kos oleh penjual.

3) Jimat dan selesaPembeli dapat membeli-belah dengan selesa daripada rumahnya. Ini menjimatkan masa, tambang pembeli, serta mengelakkan kesesakan lalu lintas, kesesakan manusia serta perubahan cuaca yang tidak menentu. Dengan memicit tetikus di depan computer, seluruh pasaran dunia terhampar di depan mata pembeli untuk menjadi pilihannya.

4) Urus niaga dapat dilakukan dengan cepat dan mudah melalui talian terus

5) Dapat melihat gambar dan mendapat maklumat lengkap tentang barangPembeli boleh mendapat maklumat terkini tentang barang dengan cara mengakses laman web yang berkenaan.

KEKURANGANPENIAGA PELANGGAN1) Persaingan sengit

Penjual akan menghadapi persaingan sengit daripada beribu-ribu laman web lain di internet yang masing-masing cuba menarik perhatian dengan pelbagai teknik penggambaran, pewarnaan,suara dan animasi. Perang harga sering kali berlaku.

2) Pencerobohan internetLaman web penjual boleh dirosakkan, dipalsu atau ditiru oleh sebarang pihak yang cuba mengecohkan pasaran. Terdapat hackers yang sengaja mencerobohi dan merosakkan laman web sehingga menjadikannya tidak berfungsi dan tergendala.

1)PenipuanPembeli terpaksa membeli secara prabayar tanpa melihat barang. Pembeli boleh ditipu dari segi kualiti, spesifikasi serta ciri barang.

2)Undang-undang siber masih kaburUndang-undang siber sekarang masih belum dapat memberi perlindungan kepada pembeli yang dipisahkan daripada penjual dengan jarak yang jauh.

3)Risiko bayaran dengan kad kreditPembeli membayar dengan kad kredit dan nombor kad kredit, jika tidak dirahsiakan dengan rapi, boleh dicuri guna oleh pihak lain.

4)Terlalu banyak laman web

Page 2: Nota e Dagang

3) Kesan negatif globalisasiE dagang akan membawa kepada globalisasi pasaran yang menguntungkan negara maju dan merugikan negara kurang maju.

4) Kos tinggiKos membangunkan laman web agak mahal.

Pembeli menghadapi begitu banyak pilihan laman web sehingga menjejaskan pertimbangannya.