1pengenalan e dagang

21
PENGENALAN E-DAGANG Mendefinisikan perdagangan elektronik adalah lebih sukar berbanding menerangkan tentang perdagangan . Ia adalah kerana perdagangan elektronik ini bergantung kepada teknologi yang menjadikan ia subset kepada dunia perdagangan yang luas. Nota ini mengandungi model komprehensif dan kepelbagaian peranan teknologi yang berunsurkan perdagangan. Model komprehensif ini menyediakan strukutur untuk analisis sistematik perlaksanaan perdagangan elektronik. Model ini boleh menyediakan penerangan yang berkesan dan lengkap mengenai perlaksanaan perdagangan elektronik. Untuk lebih jelas lagi, contoh dan aplikasi model tersebut adalah seperti berikut : 1. Portal internet mengambil peranan ke atas database query, click-trough, dan information breaker, dan juga perlu menyediakan sebuah audit trail untuk mengiklan penghantaran. 2. Sebuah lelongan online wujud atas perkhidmatan discovery kepada potensi pelanggan ke atas sesuatu produk yang dipamerkan, dan kombinasi antara social interaction dan commodity order entry untuk menutup jualan. Tambahan alatan dalaman free search atau directed search juga mungkin ditawarkan untuk membantu pembida. 3. Perkongsian pasaran memerlukan standards, yang menyamai keahlian cartel , memandangkan perkhidmatan kewangan adalah dikawal. On- line brokerage memerlukan perkhidmatan pengurusan akaun, dan mungkin juga berfungsi sebagai information broker dalam usaha untuk membantu membuat pilihan dalam pelaburan. 4. value-added network (VAN) menyediakan sekurang-kurangnya pengurusan akaun dan kualiti perkhidmatan: sebagai tambahan, ia mungkin menyediakan pengurusan dokumen dan pengawalan versi yang melaksanakan visibility terkawal. Perkembangan servis adalah input kepada aktiviti yang menggambarkan kerumitan mengkategorikan produk dan penglibatan perniagaan dengan perdangangan elektronik. Ia juga menyokong kenyataan bahawa perniagaan berkaitan infrastruktur telah berkembang pesat ke dalam aktiviti-aktiviti lain. Keperluan untuk mengenalpasti kaedah untuk nilai tambah, dan untuk mengasingkan ia dari mekanik perlaksanaan adalah jelas. organik struktur fungsi komersial

Upload: azirawaty

Post on 03-Oct-2015

65 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

e dagang

TRANSCRIPT

PENGENALAN E-DAGANGMendefinisikan perdagangan elektronik adalah lebih sukar berbanding menerangkan tentang perdagangan. Ia adalah kerana perdagangan elektronik ini bergantung kepada teknologi yang menjadikan ia subset kepada dunia perdagangan yang luas.

Nota ini mengandungi model komprehensif dan kepelbagaian peranan teknologi yang berunsurkan perdagangan. Model komprehensif ini menyediakan strukutur untuk analisis sistematik perlaksanaan perdagangan elektronik. Model ini boleh menyediakan penerangan yang berkesan dan lengkap mengenai perlaksanaan perdagangan elektronik. Untuk lebih jelas lagi, contoh dan aplikasi model tersebut adalah seperti berikut :

1. Portal internet mengambil peranan ke atas database query, click-trough, dan information breaker, dan juga perlu menyediakan sebuah audit trail untuk mengiklan penghantaran.2. Sebuah lelongan online wujud atas perkhidmatan discovery kepada potensi pelanggan ke atas sesuatu produk yang dipamerkan, dan kombinasi antara social interaction dan commodity order entry untuk menutup jualan. Tambahan alatan dalaman free search atau directed search juga mungkin ditawarkan untuk membantu pembida. 3. Perkongsian pasaran memerlukan standards, yang menyamai keahlian cartel, memandangkan perkhidmatan kewangan adalah dikawal. On-line brokerage memerlukan perkhidmatan pengurusan akaun, dan mungkin juga berfungsi sebagai information broker dalam usaha untuk membantu membuat pilihan dalam pelaburan.4. value-added network (VAN) menyediakan sekurang-kurangnya pengurusan akaun dan kualiti perkhidmatan: sebagai tambahan, ia mungkin menyediakan pengurusan dokumen dan pengawalan versi yang melaksanakan visibility terkawal. Perkembangan servis adalah input kepada aktiviti yang menggambarkan kerumitan mengkategorikan produk dan penglibatan perniagaan dengan perdangangan elektronik. Ia juga menyokong kenyataan bahawa perniagaan berkaitan infrastruktur telah berkembang pesat ke dalam aktiviti-aktiviti lain. Keperluan untuk mengenalpasti kaedah untuk nilai tambah, dan untuk mengasingkan ia dari mekanik perlaksanaan adalah jelas.organikstrukturfungsikomersial

MarketDiscoveryFree searchDatabase query

Click-trough

Directed searchImformation breaker

Agent

RealisationEvaluationSocial interaction

Display

Order entryCommodity

Custom

Peranan yang dapat dikenalpasti di dalam model ini sudah dikenalpasti dalam dunia perdagangan yang meluas, yang berfungsi untuk memperjelaskan had praktikal aplikasi teknologi kepada perdangangan. Asas ini akan membantu perkembangan pelan perniangaan dan metrik untuk penilaian.

DEFINISI PERDAGANGAN ELEKTRONIK

Berdasarkan kepada sumber yang berlainan, perdagangan elektronik mempunyai definisi yang berlainan.

Dari perspektif ahli ekonomi, perdagangan elektronik adalah alat yang menyampaikan keinginan pembeli dan perniaga untuk mengurangkan kos sambil menambah kualiti barangan dan meningkatkan kepantasan servis penghantaran. Dari perspektif pegurusan, perdagangan elektronik adalah aplikasi teknologi ke arah penggunaan jentera dan aliran kerja sesuatu perniagaan.

Dari perspektif pemasaran, perdagangan elektronik adalah pengangkutan yang baru bagi menyediakan maklumat kepada sesuatu target pasaran melalui pengiklanan, promosi dan publisiti. Dari perspektif teknologi, perdagangan elektronik bermakna penghantaran maklumat, produk, perkhidmatan dan bayaran melalui rangkaian komputer.

Setiap satu perspektif adalah berguna bagi memahami dan melaksanakan pelan perniagaan perdagangan elektronik. Di dalam pelan perniagaan tersebut, perspektif-perspektif tersebut digabungkan untuk membentuk satu kenyataan tentang bagaimana perdagangan elektronik akan digunakan bagi mendapatkan keuntungan kepada syarikat.Dengan menggabungkan perspektif ekonomi dengan pengurusan, kita boleh mentafsirkan tugas yang perlu dibuat untuk memastikan perdagangan elektronik berhasil. Melihat perdagangan sebagai sistem di mana transaksi adalah interaksi antara pembeli dan perniaga yang menyediakan rangka kerja untuk mengenalpasti peranan yang dimainkan oleh watak-watak dalam sistem tersebut.Setiap transaksi memerlukan kebenaran dan pembayaran apabila barangan atau perkhidmatan diterima. Penggunaan teknologi untuk meningkatkan tahap efisyen dalam sistem dan mengubah perdagangan kepada perdagangan elektronik.Penggabungan perspektif ekonomi dengan pemasaran, memasukkan transaksi sebagai sebahagian dari komunikasi. Masyarakat, di pihak mereka atau syarikat mereka, membuat keputusan tentang produk dan perkhidmatan yang menyediakan nilai yang terbaik bagi wang mereka. Komunikasi pasaran adalah berfungsi untuk memaklumkan, mengingatkan dan memujuk pelanggan mengenai nilai wang sebelum dan selepas pembelian. Teknologi menyediakan produk baru untuk dimaklumkan kepada pelanggan dan cara terbaru untuk memaklumkannya kepada pengguna.Gabungan antara pengurusan dengan pemasaran akan menghasilkan projek. Peranan pengurus adalah untuk merancang, melaksana, menilai dan mengawal; manakala peranan pemasar adalah menaksir, menilai dan menambahbaik. Melalui kerjasama, mereka boleh manafsirkan kos dan faedah projek yang dijalankan, menangani projek dengan baik dan memulihkan hubungan kewangan kedua-dua pihak dalam transaksi. Dalam perniagaan moden,peranan teknologi maklumat dalam pengurusan projek adalah kritikal, berlanjutan dari pemprosesan perkataan yang digunakan untuk mencetak kertas kerja projek, database digunakan untuk mengumpul data pencapaian, sebagai alat untuk menganalisis data dan mentafsir kedudukan semasa projek.

Penggabungan perspektif teknologi dengan mana-mana perspektif lain bermakna meletakkan rangkaian komputer untuk digunakan. Rangkaian ini mestilah mencapai melepasi sempadan organisasi tunggal, dan termasuk alat untuk mengumpul data, analisis dan penyebaran maklumat. Dalam prinsip teknologi, penggunaan perdagangan elektronik secara terus adalah; pelanggan atau perkhidmatan komputer, telekomunikasi yang canggih, multimedia dan hypermedia, sistem pemerolehan semula maklumat, pengurusan pesanan, pengurusan aliran kerja dan tulisan rahsia. Setiap satu memainkan peranan dalam menjadikan perdagangan lebih mudah dan efisyen dengan mengurangkan kos dan menyediakan maklumat yang lebih baik.Cabarannya adalah untuk mengakses produktiviti baru yang dibina dengan kepakaran teknikal dan automasi. Aset digital tidak digunakan dalam satu bentuk sahaja, di mana maklumat boleh digunakan semula dalam pelbagai bentuk pada kadar kos yang rendah. Skala ekonomi baru membenarkan syarikat kecil untuk meliputi kawasan geografi yang luas dan menandingi syarikat yang besar secara berkesan. Skop ekonomi baru membolehkan kedai yang tunggal menawarkan pilihan produk yang akan meliputi 95 peratus daripada produk.

Perdagangan elektronik hampir merangkumi sebarang jenis transaksi komersial. Perdagangan elektronik tradisional melibatkan perniagaan perniagaan-kepada-perniagaan atau perniagaan-kepada-transaksi kerajaan, dijalankan ke atas sistem hakmilik tertutup berbanding ke atas akses terbuka internet. Perubahan maklumat distruksturkan, berorientasikan kesan audit dan rutin. Unsur-unsur tersebut berkait dengan kebolehan pemprosesan data dan rangkaian sistem yang dibangunkan.Internet dan perkhidmatan yang dipanggil World-Wide-Web (WWW atau Web) telah menjadi sempadan komunikasi kepada pertumbuhan pesat rangkaian komputer. Internet adalah seni bina baru, sebuah struktur kemudahan maklumat yang besar, perkhidmatan komunikasi dan media. Ianya dapat menawarkan akses yang mudah bagi pembeli dan juga peniaga dalam skala global. Penggunaan internet dalam platform komersial merupakan suatu kemajuan.Terdapat kesepakatan universal kepada transaksi komersial bagi semua jenis gabungan perniagaan, individu dan kerajaan yang akan membentuk tahap perkembangan yang seterusnya dalam perdagangan elektronik. Akan tetapi, dalam hal ini, perdagangan tidak akan terhad kepada penjualan barangan dan perkhidmatan sahaja. Syarikat perkongsian akan menggunakan Web secara dalaman untuk mencipta sebuah smart enterprise. Kerajaan menggunakannya untuk mengurangkan kos dan menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Masyarakat telah mengakses secara meluas sumber maklumat yang berkembang pesat dan juga kepelbagaian perkhidmatan.Penggunaan internet, melalui Web, merupakan sebuah perluasan kepada keperluan asas manusia untuk berkomunikasi dan menyatakan idea. Kabarangkalian yang terdapat dalam hal ini adalah sangat meluas ; Dari segi kepentingan perkhidmatan perubatan, doktor terpaksa berjumpa dan merawat pesakit dalam masa yang singkat atau terhad. Perkongsian penggunaan laman web oleh ahli fizik dan pesakit mereka akan membantu meningkatkan keperluan pesakit untuk terlibat lebih proaktif dalam penjagaan kesihatan mereka.

Pengeluar yang besar mewujudkan spesifikasi mereka secara online, mengurangkan penangguhan pengedaran, dan meningkatkan skop pengedaran. Dengan terdapatnya maklumat pada spesifikasi, rekaan, firma tersebut dapat menjalankan operasi ke atas peluang yang benar-benar mengikut kemampuan mereka, mengurangkan risiko dan kos bertaruh atas peluang yang bernilai tambah. Bilangan kedai yang boleh dilawati secara online jauh melebihi perniagaan yang boleh didapati secara terus atau runcit. Pelanggan tidak lagi hanya bergantung kepada kedai-kedai yang terpaksa dicari mahupun bergantung kepada katalog yang diterima melalui pos. secara online, pelanggan boleh membeli barangan dari kedai-kedai yang terdapat di negeri atau Negara lain dan juga boleh mendapatkan produk yang tidak wujud dalam format tradisional.Secara analogi, terdapat sepuluh ribu buah buku yang diterbitkan setiap tahun, dan hampir menyamai bilangan majalah yang diterbitkan. Setiap satu dari penerbitan ini disasarkan mengikut spesifikasi pengguna, dan pengguna bagi kebanyakannya adalah sedikit. Penerimaan oleh perdagangan elektronik adalah bergantung kepada kecenderungan pelanggan dan pemborong untuk menyesuaikan cara perniagaan mereka dengan persekitaran tersebut. INTEGRASI ENTERPRISE

Proses perniagaan dianggotai secara tidak tetap dan juga dalam kumpulan yang berselerak. Menyedari potensi persekitaran yang memerlukan sumbangan projek infrasturktur yang membantu masyarakat untuk berkomunikasi, bekerjasama dan menguruskan perkongsian tugasan dengan cara yang bersepadu. Tanpa perancangan yang teliti, dimensi pengurusan proses boleh menggunakan lebih banyak sumber berbanding projek itu sendiri. Dari segi rangkaian, persekitaran ini mempunyai model rangkaian yang kurang baik dan memberikan tekanan yang sangat besar ke atas keperluan perhubungan dan pengurusan rangkaian.Sistem yang menyelaraskan syarikat pengeluar

FungsiKunci aktiviti

Pembuatan Computer-aided design (CAD) melibatkan penggunaan komputer untuk membantu merekabentuk produk yang akan dikeluarkan.

Computer-aided manufacturing (CAM) melibatkan penggunaan komputer bagi mengawal mesin dan proses pembuatan.

Computer-integrated manufacturing (CIM) menggabungkan sisitem CAD dan CAM.

Materials resource planning (MRP) menentukan bahagian dan bahan yang diperlukan semasa proses pembuatan dan bila ia diperlukan.

Penjadualan jadual penerbitan kemudahan pengeluaran dengan cara untuk menghasilkan produk dengan efisyen.

Manufacturing resource planning (MRP ll) menggabungkan MRP dengan penjadualan penerbitan.

Logistik Pembelian menentukan pembekal yang lebih baik dan mewujudkan tempahan pembelian. Pengurusan tempahan mengawasi tempahan pembelian dan penghantaran yang akan dijalankan.

Pengawalan pengedaran dan penghantaran barangan yang sudah siap kepada pelanggan.

Inventori bahan mentah selapeas ianya dihantar, work in process (WIP), dan produk siap yang dihasilkan mereka.

Kewangan Lejar umum yang mengndungi pembayaran, penerimaan, perbelanjaan dan maklumat-maklumat perakaunan yang lain. Bil invois yang dihantar dan pembayaran yang telah langsai. Pengawasan belanjawan perbezaan jangka pendek antara ramalan dan pencapaian. Ramalan kewangan adalah untuk ramalan jualan jangka masa yang lebih panjang, perbelanjaan dan pembayaran gaji pekerja.

Pemasaran Pengiklanan menyediakan iklan, surat menyurat dan juga publisiti lain. Analisis jualan menentukan item yang dijual dengan baik ataupun kurang dijual,jualan terbaik dan paling teruk, dan maklumat penting yang lain mengenai jualan. Jualan meramal projek jualan pada masa akan datang.

Penggunaan jentera jualan menyediakan pelanggan, perkhidmatan dan menyokong maklumat.

Maklumat kajian analisis pasaran mengenai pengguna dan pruduk dikumpulkan untuk mengenalpasti trend dan pendapat mengenai produk dan perkhidmatan semasa.

Sumber manusia Analisis penilaian pencapaian pekerja terhadap tugas.

Sistem inventory kemahiran mengekalkan kemahiran pekerja dan menyesuaikan pekerja dengan pekerjaan yang betul.

Kelebihan pengurusan membolehkan pekerja mendapat program faedah tambahanseperti insurans dan penjagaan anak-anak. Rekrut mempertimbangkan permohonan calon pekerja.

Perisian digunakan oleh individu atau kumpulan untuk mencipta,menganalisis atau mengubah data yang berhubung dengan langkah kerja yang spesifik dan disiplin. Perisian yang menguruskan maklumat (contoh: memastikan kesepaduan, ketepatan, lengkap, meluas dan relevan) adalah pada masa dahulunya spesifik kepada suatu jabatan.Untuk menguruskannya secara lebih berkesan, suatu kelas baru perisian integrasi enterprise telah dibina. Kebiasaannya, sistem ini digubah dalam tiga bahagian : Pengkalan data teknologi : perkongsian gedung yang mengandungi perincian dan spesifikasi semua bahan, produk dan peralatan. Sistem perancangan : aturan pengeluaran untuk suatu tempoh masa termasuk penjadualan personel dan keperluan bahan mentah.

Pengukuran pencapaian : membandingkan pencapaian sebenar dengan perancangan.Sistem tersebut melepasi sempadan organisasi tunggal untuk mengitegrasi kontraktor, pembekal dan juga pelanggan. Ia memastikan standard dan mengurangkan kepelbagaian (ketidakseragaman),dan menjurus ke arah kebolehramalan dan kebolehpercayaan yang diperlukan untuk ramalan yang tepat. Kehadiran maklumat dan komunikasi yang kerap mewujudkan kolaborasi yang berkesan. Rangkaian bertumbuh sebagai rakan kongsi perniagaan sebagaimana pepatah dont work harder, work smarter!.PERUNCITAN

Bolehkah imej nyata menggantikan kepuasan memilih produk, merasa material dan tekstur atau keteguhannya, mencubanya (jika pakaian) atau duduk di atasnya (jika ianya sofa) sebelum membuat keputusan untuk membelinya? Peruncit menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha untuk menjalankannya melalui internet. Transaksi sebegini dilindungi oleh rangka kerja undang-undang, cukai dan perkara yang melibatkan kepercayaan. Salah satu cabaran ialah untuk malaksanakan prinsip asas yang wujud dalam dunia fizikal kepada rangka kerja tidak berstruktur kepada dunia sebenar untuk mewujudkan proses yang selari. Sebagai tambahan kepada isu seperti meningkatkan keyakinan pengguna terhadap imej digital dan meringkaskan proses pemulangan kerosakan atau barangan yang tidak dikehendaki, arkitek kepada persekitaran peruncitan sebenar perlu mempertimbangkan keselamatan data dan hak peribadi pengguna.

Masalah keselamatan, terutamanya melibatkan internet wujud dalam pelbagai bentuk. Virus dalam fail, email ugutan, kecuaian sistem pentadbiran, dan pelbagai kelemahan yang perlu dihadapi. Menggunakan perisian anti-virus, menghalang email dari sumber yang tidak diketahui dibuka, dan menggunakan pertimbangan yang baik mengenai pembayaran dengan kad kredit di web merupakan penyelesaian.Penyelesaian lain adalah lebih sistematik ; sebagai contoh, sistem penghantaran digital. Pelanggan bermula dengan memuat turun ejen penghantar syarikat. Ejen tersebut menyegerakan penggunaan kad kredit dan maklumat peribadi, mengesahkan caj, memuat turun fail dan memasukkan perisian yang dibeli. Keseluruhan transaksi adalah dibuat dengan selamat kerana ejen penghantaran melaksanakan komunikasi selamat mereka sendiri dengan pelayar internet. Oleh itu, penghantaran elektronik perisian yang dibeli adalah dijamin, tanpa pengguna perlu melakukan proses muat turun dan memasukkan perisian.Secara nyatanya, lebih ramai orang yang mungkin ingin mengetahui keutamaan pembelian seseorang daripada kandungan email mereka. Secara umumnya, ianya dapat mengenalpasti individu-indivudu yang memerlukan keyakinan yang tinggi dalam kesepaduan dan keselamatan sistem yang digunakan sebelum mereka memberikan data peribadi yang tepat kepada laman web tersebut. Kerahsiaan sesuatu maklumat peribadi, sama ada melalui internet mahupun kedai di sesuatu pusat dikawal melalui encryption.

MASYARAKAT DAN TEKNOLOGI

Dari sudut pandangan sosial, laman web menambahkan lagi tekanan akibat maklumat yang berlebihan. Banyak interaksi bersemuka boleh dilakukan secara elektronik dan dalam jarak yang jauh pada masa sekarang. Komunikasi sebegini bukan sahaja mungkin tetapi sangat terkenal terutamanya di antara mereka yang tidak pernah atau sukar untuk bertemu. Disebabkan oleh perbezaan yang terlalu jauh, penciptaan teknologi adalah bergantung kepada undang-undang dan standard moral. Sebarang persekitaran komersial dibina berasaskan interaksi personal. Perkembangan perdagangan elektronik yang sangat pantas bergantung kepada aplikasi berkesan teknologi dan juga amalan komersial yang baik.Terdapat lima cara untuk menambah nilai maklumat : mengumpul maklumat, mengorganisasi, memilih, mengsintesis dan mengedarkannya. Memandangkan teknologi merupakan kos transaksi yang terendah, syarikat boleh mendapatkan maklumat yang tidak dapat diperolehi pada masa yang lepas. Maklumat peribadi boleh didapati secara autuomatik di laman web, memandangkan peniaga akan membuat profil pelanggan yang dirasakan boelh membantu mereka mencapai target dengan lebih berkesan. Pelawat akan ditawarkan dengan tawaran dan insentif seperti perkhidmatan percuma, tawaran diri untuk maklumat peribadi apabila mereka mendaftar sebagai ahli. Pelayar laman web secara automatiknya akan mengikuti paten lawatan dan didedahkan dengan iklan, di suatu peringkat perincian yang tidak digambarkan dalam media tradisional.

Data peribadi yang dikumpul kebiasaannya dijual. Memandangkan pengasasannya, internet mempunyai pertukaran maklumat tradisi di mana maklumat tersebut ( contohnya: direka, penyelesaian, dokumentasi) telah menjadi komoditi yang didagangkan dan suatu medium pertukaran. Dari aspek kebimbangan kepada pengguna ialah setelah maklumat peribadi dimasukkan dalam aliran perdagangan ini, tidak ada jalan untuk mengawal ketepatannya, kesepaduan atau perlaksanaannya.

Adalah sangat penting bahawa ekonomi digital berasaskan pengetahuan dan pandangan terhadap kekayaan harus diubah. Kesan laman web dirasai secara nyata pada setiap sektor dalam masyarakat kita. Sesetengah pihak menafikan selain kebaikan teknologi dan automasi, peningkatan produktiviti, ianya akan mejurus kepada penurunan peluang pekerjaan yang tidak dapat dielakkan. Tidak dapat disangkal kebenaran bahawa teknologi dan automasi mencipta peluang baru bagi menggantikan sistem yang lama. Adalah diharapkan bahawa apabila kerajaan sedar akan di mana dan bagaimana mencipta keuntungan,mereka akan lebih memandang jauh mengenai cukai dan pengedaran semula keuntungan yang dicipta oleh rangkaian digital global.Aplikasi perdagangan elektronik

Pemasaran dan pengiklanan onlineMembeli belah dari rumah

Perkhidmatan kewanganPerusahaan

Pengurusan rantaian pembekalPengurusan projek

Polisi umum, undang-undang dan hak persendirianPerkhidmatan perniagaan biasa

Direktori

AuthenticationEncryptionSistem pembayaran Standard teknikal untuk dokumen, keselamatan, dan protokol rangkaian.

Kandungan multimedia dan penerbitan

World Wide Web

Persidangan

Java Permesejan dan pengedaran maklumat

EDI

Ejen

CORBA

Penyedia pekhidmatan

ISPs

Telekom

TV kabel

Wireless

Infrastruktur rangkaian

Objektif Memahami bagaimana perspektif yang berbeza mendefinisikan perdagangan elektronik. Boleh menerangkan peranan yang dimainkan oleh pemasaran dan teknologi.

Boleh menamakan secara terus prinsip teknologi dalam perdagangan elektronik.

Faham bagaimana teknologi dan automasi baru merubah dunia koperat.

Faham bahawa internet bukan suatu medium elektronik tetapi medium peer-to-peer.

Faham mengapa maklumat, terutamanya paten pembelian, sangat bernilai.

Boleh menerangkan lima cara untuk mencipta nilai maklumat.

Boleh menerangkan beberapa masalah yang timbul disebabkan oleh teknologi.

PERSEKITARAN EKONOMI DAN ORGANISASI

Kitaran penghasilan melibatkan penyerapan bahan mentah atau komponen dan membentuk produk yang boleh diterima pengguna. Setiap langkah dalam kitaran pengeluaran manambah nilai kepada bahan mentah yang asli. Menerangkan pilihan firma untuk membeli komponen atau perkhidmatan di pasaran terbuka, atau untuk menghasilkan ia di rumah telah menjadi persoalan tradisional untuk ekonomi dan sosiologi berorganisasi.Satu senarai unsur-unsur yang perlu disertakan untuk membuat dan menjual sebagai contoh sebuah majalah berita, adalah : laporan, penulisan, penyuntingan, penggambaran, aturan, kertas, percetakan, perkhidmatan langganan, label dan pengedaran fizikal. Sebuah firma perlu memutuskan untuk menghasilkan setiap barangan atau perkhidmatan secara sendiri atau membelinya dari beberapa pembekal. Kebanyakan majalah berita tidak dihasilkan menggunakan kertas dan percetakan sendiri, tetapi mereka mengupah editor dan menggaji pekerja. Mereka mungkin mengarahkan pasukan wartawan mereka untuk menulis cerita atau mencetak semula cerita dari sumber elektronik. Penggambaran mungkin datang dari juru gambar mereka sendiri ataupun dibeli dari mana-mana stok.Dua faktor yang paling penting untuk menerangkan keputusan buat atau beli adalah (a) pengaruh sikap mengambil peluang firma lain (b) kos transaksi

Perniaga mungkin bersifat merebut peluang ( contohnya : mengekstrak harga yang lebih tinggi dari yang diperlukan ) apabila mereka sedar bahawa pembeli bergantung pada mereka dan tidak mudah untuk memastikan apa yang benar-benar mereka perlukan.

Sebuah firma boleh bersifat mengambil peluang atas beberapa syarat :

Pengkhususan tempat : produk atau bahan mentah hanya terdapat di kawasan tertentu. Pengkhususan aset fizikal : produk tidak boleh digunakan untuk perkara lain, dan hanya berguna untuk seseorang pelanggan.

Pengkhususan asset kemanusiaan : kemahiran tertentu diperlukan dalam usaha untuk menghasilkan atau menggunakan produk.

Pengkhususan masa : produk hanya berguna untuk masa-masa tertentu.

Produk yang kompleks : maklumat mengenai produk adalah kompleks. Pelanggan menghadapi kesukaran menyatakan secara spesifik apa yang mereka mahukan dan mencari melalui alternatif untuk mencari pembekal yang terbaik.Bagi pembeli, masa dan sumber terlibat dalam mengesan pembekal yang berpotensi dan menilai tawaran produk dengan kos yang berpatutan. Penjual perlu mengiklankan produk mereka dan menyediakan maklumat mengenai harga penghantaran. Menentukan dan menilai maklumat adalah sukar (kos yang banyak) di mana terdapat sejumlah besar pembekal yang berpotensi, pembekal diasingkan secara geografi, apabila terdapat banyak perbandingan produk dalam industri, dan apabila harga atau produk mengalami perubahan yang pantas.

Dalam kos mencari produk dan pembekal yang terbaik, sesebuah firma harus mempunyai kos transaksi tambahan apabila mereka mengenalpasti kontrak, manguatkuasakan kontrak tersebut dan menangani kewangan. Setelah transaksi dipersetujui, pelanggan perlu memastikan bahawa pembekal menjalankan terma dalam kontrak (jadual penghantaran, kawalan kualiti). Setelah barangan sudah dihantar, pelanggan perlu menerima invois dan pembekal tersebut perlu dibayar. Bil dan pembayaran jumlah pelanggan atau pembekal yang ramai mungkin agak mahal.

PASARAN DAN HIERARKI

Pasaran perlu dilengkapi dengan transaksi antara pembeli dan pembekal. Hierarki merupakan hubungan pembekal-pelanggan untuk jangka masa panjang, dikoordinasikan oleh pengurusan berbanding kuasa pasaran.

Apabila mekanisma pasaran dijalankan, pembeli membeli dari mana-mana pembekal yang boleh menawarkan kombinasi terbaik terhadap perkara seperti harga, kuantiti, standard kualiti, jadual penghantaran dan sebagainya. Perhubungan di kalangan pembeli dan penjual mungkin singkat, memandangkan pembelian dilakukan atas transaksi oleh dasar transaksi.Di bawah mekanisma berhierarki, seorang pembeli tidak memilih daripada kalangan penjual yang berpotensi tetapi mendapatkan barangan dan perkhidmatan dari pembekal yang mula-mula dikenalpasti. Ini adalah kerana firma tersebut memilih pembekal untuk sejumlah transaksi dan hubungan mereka terikat dengan perjanjian.

Dalam persekitaran pasaran, pelanggan boleh membeli di sekitar mereka untuk mendapatkan kombinasi harga, kualiti atau lain-lain keperluan yang terbaik. Mamandangkan persaingan di kalangan pembekal mewujudkan pilihan, pembeli tidak akan bersikap mengambil peluang. Kebanyakan ahli ekonomi percaya bahawa adalah secara umumnya mekanisma pasaran adalah lebih efisyen untuk membeli berbanding dengan hierarki.

Hierarki terbentuk apabila kos transaksi adalah tinggi, bekalan mestilah dijamin dan/atau pembekal tidak cukup bersaing untuk menghadkan sikap mengambil peluang. Untuk mengekalkan kestabilan, hubungan jangka panjang antara pembeli dan penjual, sertab kos transaksi dikurangkan. Perbincangan kontrak meliputi keseimbangan transaksi berganda kos yang dicari.Kata kunciPasaranHierarki

Sifattidak bergantung Bergantung

SkopTransaksi tunggalTransaksi bersiri

KomunikasiPerbincangan Rutin

Darjah fleksibelTinggi Rendah

Kekuatan hubunganRendah Sederhana kepada tinggi

PASARAN ELEKTRONIK

Di dalam pasaran, pembeli mencari penjual. Menggunakan rangkaian elektronik untuk mengurangkan kos mencari barangan dan perkhidmatan yang terbaik dipanggil the electronic brokerage effect. Di dalam pasaran elektronik, sesetengah perkhidmatan yang wujud menghubungkan pembeli dan penjual yang berlainan melalui perkongsian sumber maklumat (pengekalan pengkalan data berpusat dan World Wide Web yang tidak dipusatkan) dan menyediakan alat untuk mencari data. Mereka membantu pembeli menilai tawaran dengan cepat, selesa dan murah dari pelbagai pembekal.Kemudahan rangkaian seperti perkhidmatan panduan menjadikan penempatan pembekal berpotensi dalam bilangan yang besar dapat dilakukan dengan mudah. Program perbandingan bijak boleh meningkatkan bilangan alternatif seiring dengan kualiti alternatif yang dipilih sambil mengurangkan kos proses pemilihan. Teknologi maklumat juga boleh diaplikasikan dengan cara mengurangkan kerumitan produk. Sebagai contoh nombor 10 digit ISBN, untuk sesetengah penggunaan, menerangkan secara lengkap sebuah buku. Kepelbagaian teknik pemerolehan semula maklumat adalah digunakan apabila mencari buku-buku kerana aplikasi teknologi maklumat ini. Selain itu, standard produk dan teknik carian untuk gambar, muzik dan video adalah terbukti sangat sukar untuk dibina.Firma mungkin cenderung untuk membina perhubungan pasaran dengan rakan kongsi perniagaan mereka apabila mereka menggunakan rangkaian untuk menurunkan kos carian. Memendangkan teknologi memudahkan firma mencari melalui pelbagai kemungkinan, mereka boleh menggunakan rangkaian-rangkaian ini untuk membina hubungan dengan ramai pembekal dan menunjukkan kesetiaan mereka kepada pembekal tertentu melalui satu siri transaksi.

HIERARKI ELEKTRONIK

Firma yang menggunakan rangkaian-rangkaian untuk mengurangkan kos integrasi memerlukan masa yang panjang dan perhubungan berhierarki dengan rakan perdagangan mereka. Sebagai contoh, sistem electronic data interchange (EDI) yang menghubungkan terminal mata jualan peruncit kepada sistem penghantaran pembekal mereka, mengurangkan kecenderungan peruncit kehabisan stok barangan yang polular. EDI ialah standard kepada menghimpunkan dan menghantar maklumat antara komputer, dan kepada rangkaian komunikasi persendirian (dipanggil value-added networks atau VANs). Mengautomasikan procurement rutin, juga bermaksud staf procurement mempunyai lebih banyak masa untuk berfokus kepada merundingkan harga yang lebih baik dan membina perhubungan dengan pembekal.Mengintegrasikan rantaian bekalan membantu untuk meminimumkan inventori dan mengurangkan working capital dengan meningkatkan aras stok. Mengukuhkan perhubungan elektronik dengan pembekal dan pelanggan yang besar membolehkan syarikat mengumpul dan menerima tempahan pembelian, invois dan pemberitahuan penghantaran dalam masa yang jauh lebih singkat. Mod operasi ini juga dipanggil Just-in-time inventory management (JIT), mengenakan sekatan yang ketat ke atas koordinasi berorganisasi. Rakan kongsi diintegrasi kepada tawaran penting melalui penggunaan sistem maklumat dan rangkaian telekomunikasi.

Contoh lain adalah integrasi sistem CAD/CAM antara cip komputer firma rekabentuk dan logam silikon yang membolehkan para pereka cip itu memantau proses pengilangan dan mempunyai lebih fleksibiliti dalam mengubah rekaan mereka.

TRANSAKSI KOMERSIALGeneralisasi pandangan ahli ekonomi mengenai pasaran-pasaran dan hierarki membawa kepada pandangan generalisasi mengenai transaksi, dan dari situ terdapat idea jangkaan nyata dan tidak nyata kepada perdagangan elektronik. Bagi yang nyata, mensasarkan pasaran pengguna yang luas, manakala jangkaan tidak nyata pula membawa secara peribadinya antara syarikat-syarikat dan berfokus atas pemprosesan transaksi antara rakan-rakan niaga.Sama ada secara nyata atau tidak nyata, model ini bermula dari pandangan ahli ekonomi mengenai pasaran. Ahli ekonomi mendefinisikan pasaran sebagai sempurna, setiap pembeli yang berpotensi mempunyai maklumat yang sempurna: tiada pemain yang mempunyai maklumat yang tidak diperolehi oleh yang lain. Di samping itu, tiada sekatan kepada pergerakan wujud terdapat aliran bebas barangan dan perkhidmatan. Konsep idealistik ini bertujuan untuk memeberi kemudahan peragaan dengan mengetepikan sekatan realiti. Dalam dunia sebenar, infrastruktur menjadi masalah. Aliran maklumat memerlukan infrastruktur untuk mengumpul, menganalisis dan menilai maklumat. Kos pengangkutan barangan, termasuk maklumat, bergantung kepada keadaan sebenar rangkaian pengangkutan. Membina infrastruktur ini memerlukan pelaburan; dan pelaburan tidak dibuat tanpa mengharapkan sebarang faedah sebagai balasan. Jurang antara pasaran sempurna ahli ekonomi dengan dunia sebenar dapat dilihat dengan nyata; akses kepada infrastruktur dan pulangan pelaburan tidak akan diagihkan secara rata dan seterusnya boleh mendatangkan kesan ke atas kos transaksi. Empat frasa mudah boleh menjelaskan kos transaksi, peluang dan gangguan yang disebabkan hierarki kepada idea ahli ekonomi tentang pasaran sempurna:1. Penemuan prapembelian: definisi tuntutan dan mencari ruang maklumat yang lebih besar untuk satu set produk yang berupaya menemukan tuntuan berkenaan. 2. Pemilihan dan komitmen: pemilihan produk dan pembekal daripada set yang ditemui, berdasarkan kepada perbandingan sifat. Termasuk perundingan dengan pedagang untuk terma yang sesuai seperti harga, ketersediaan dan tarikh-tarikh penghantaran.

3. Penyempurnaan pembelian: penghantaran produk, mekanisma pembayaran dan aliran maklumat dan dokumen yang terlibat dengan pembelian.

4. Interaksi pospembelian: perkhidmatan pelanggan dan sokongan untuk menghalakan komen pelanggan, pemulangan produk, dan kecacatan produk.

Penemuan prapembelian adalah penting dalam pasaran dan hierarki. Keperluan pelanggan dijelaskan dalam konteks produk, masa dan keinginan; pembekal yang memenuhi keperluan adalah dicari. Maklumat mengenai produk dan transaksi adalah perlu dalam hal ini, tetapi tiada komitmen yang diminta atau diberi. Pada tahap ini, pengumpulan maklumat dan penilaian menjadi kunci. Pelanggan tidak akan bergantung kepada perniaga semata-mata, tetapi juga akan mencari pendapat orang yang membeli produk yang sama atau hampir serupa, dan mereka yang mempunyai pandangan yang bernas. Proses membuat keputusan mungkin agak panjang bagi kes produk yang kompleks, atau apabila maklumat tentang produk adalah sukar untuk ditafsir. Pemilihan pembekal dan komitmen untuk membeli mungkin memerlukan rundingan terma yang berbeza daripada hal yang tidak terlindung dalam proses penemuan. Pembekal mungkin bimbang untuk memberikan komitmen kepada satu siri transaksi, atau akses jelas inventori pada harga yang tidak melebihi kos pengimbangan pengangkutan. Pembeli mungkin meletakkan keutamaan kepada terma penghantaran atau kualiti, yang mungkin merangsang mereka untuk membayar suatu ansuran di luar cabutan tersebut oleh penjual yang suka mengambil peluang. Dalam kes yang sama, ini adalah di mana ahli ekonomi menemui pasaran yang diasingkan daripada hierarki: sebuah transaksi tunggal mungkin diaturkan, tanpa komitmen lain (hubungan pasaran); atau suatu siri transaksi mungkin dirundingkan, yang mana akan dilanggan dalam suatu tempoh (perhubungan hierarki).

Walaupun langganan pembelian dapat dilihat seperti terma yang ringkas, ia sebenarnya melibatkan sejumlah parti yang berlainan berbanding hanya daripada penjual kepada pembeli, yang kerap melibatkan keistimewaan parti ketiga dalam pengangkutan. Pembeli juga perlu membayar produk. Walaupun membayar dalam tunai, terdapat rangkaian parti ketiga yang terlibat menguruskan pembayaran dan mengesahkan kesahan alatan pembayaran.

Akhir sekali, penjual dan pembeli perlu setuju bahawa terma kepada transaksi akan dikenakan. Kuantiti, kualiti, dan masa penghantaran perlu diaturkan atau ganti rugi akan diminta. Sebagai tambahan, penjual mungkin mahu menggalakkan pembeli untuk kembali membeli produk tersebut lagi, yang memerlukan komunikasi perniagaan untuk meningkatkan kesetiaan dengan jenama. Oleh itu, interaksi pospembelian adalah bahagian yang penting dalam transaksi.ALIRAN KERJAMengaplikasi teknologi ke atas perdagangan memerlukan beberapa struktur tertentu untuk implimentasi dengan persekitaran abstrak yang teah diterangkan sebelum ini. Komputer dan rangkaian mestilah disusun dan tugas dibahagikan antara pembeli, penjual dan sokongan-sokongan lain di mana perspektif ekonomi dan pasaran kemungkinan abstrak, pengurusan dan terutamanya perspektif teknologi adalah konkrit.

Pada peringkat yang paling rendah, teori database management system (DBMS) menyediakan definisi yang eksplisit mengenai transaksi. Ini merupakan definisi yang menjadikan automatic teller machine (ATMs) berkesan, dan membolehkan ia bekerja dengan system bank yang lain. Definisi ini menyatakan bahawa transaksi :

Mempunyai permulaan dan pengakhiran yang jelas. Mengikut proses yang betul (satu siri langkah atau keadaan pertengahan). Berakhir dengan kejayaan atau kegagalan (keadaan akhir).

Boleh gagal dalam beberapa cara, tetapi berjaya hanya dengan satu cara.

Data dalam pengkalan data berubah sekiranya transaksi berjaya, dan tidak berubah sekiranya gagal.

Cara yang ringkas dan mudah untuk mengingati ciri-ciri transaksi dalam akronim adalah ACID: atanomic,consisten, isolated dan durable.

Sebuah transaksi adalah satu set aktiviti yang dianggap sebagai perkara beratom atau tunggal oleh sistem. Sesuatu transaksi kepada jenis yang ditetapkan akan selalu mengalami perubahan yang sama terhadap pengkalan data, yang membawa makna transaksi adalah konsisten.

Setiap transaksi adalah satu set prubahan yang lengkap dan ianya terasing daripada sebarang transaksi lain yang dilaksanakan pada masa yang sama.

Apabila transaksi lengkap, perubahan tersebut akan berkekalan.

Melalui transaksi, lebih banyak interaksi kompleks dapat dilihat. Aliran kerja merupakan suatu cara item melalui satu atau beberapa proses di mana setiap peringkat mempunyai kesan tersendiri ke atas item, dan kesan peringkat-peringkat berkenaan, adalah ditakrifkan sepenuhnya. Satu proses ialah satu set aktiviti yang mempunyai hubungan dalaman, yang mempengaruhi hasil atau perkhidmatan. Suatu aktiviti ialah satu set tindakan yang terbatas yang mempunyai inisiasi dah konklusi yang boleh ditakrifkan, dan kebiasaanya ia boleh ditetapkan tempohnya.Suatu tugasan ialah beberapa aktiviti yang boleh dikenal pasti, biasanya sesetengah dilakukan secara manual dah sesetengah dengan sokongan komputer, yang dijalankan untuk mendapatkan hasil tertentu. Tugasan tersebut biasanya dicetuskan oleh suatu acara perniagaan dan mungkin mengandungi beberapa subtugas, setiap satunya mungkin melibatkan interaksi dengan pengguna lain ataupun proses. Kata kunci bagi spesifikasi tugas ialah pengguna boleh memaklumkan bila tugasan itu sudah disiapkan. Iaitu, setiap tugasan mempunyai permulaan yang jelas dan juga pengakhiran yang juga jelas. Walau bagaimanapun, ia mungkin menyebabkan gangguan ataupun penangguhan. Transaksi adalah hampir sama dengan aktiviti yang dikenali sebagai aliran kerja. Walaubagaimanapun, transaksi adalah secara umumnya agak mekanikal, manakala aliran kerja melibatkan lebih banyak interaksi yang lebih kompleks. Transaksi sama ada berjaya mahupun gagal, sementara aliran kerja masih boleh dijadikan iteratif, jika transaksi gagal, transaksi baru dilakukan untuk memudahkan kerja.

Menggabungkan perspektif aliran kerja ini dengan empat fasa proses pembelian membawa kepada definisi satu set peranan yang spesifik untuk perdagangan elektronik. Sebuah transaksi komersial, dalam terma aliran kerja, ialah di mana proses pelanggan berhubung dengan proses pembekal. Setiap empat fasa yang diterangkan di atas melibatkan komunikasi dan perhubungan di antara dua aktiviti threads yang jelas. Setiap satu dengan fungsi dan motif tersendiri di sebalik proses tersebut. Parti lain terlibat untuk membantu mencapai fungsi; bank menyediakan perkhidmatan untuk pengurusan tunai, syarikat penerbangan menyediakan pengangkutan, hotel menyediakan kemudahan untuk dua orang ahli perniagaan yang ingin berunding mengenai kontrak syarikat mereka.

Peranan perdagangan elektronik yang spesifik adalah sebahagiannya lebih terhad berbanding dalam persekitaran perniagaan yang tradisional kerana kehadiran teknologi. Terdapat had kepada nilai yang boleh ditambah oleh teknolgi, walapun dalam terma sebenarnya nilai boleh menjadi cukup besar. Perniagaan akan terus berorientasikan manusia, berpegang kepada keperluan dan keinginan manusia. Perdagangan elektronik boleh menjadikan aliran kerja lebih efisyen, transaksi lebih jelas dan menyediakan peluang untuk perniagaan baru.

Objektif

Boleh mendefinisikan dan memberi contoh tingkah laku opportunistic.

Faham akan perbezaan antara pasaran tradisional dengan hierarki.

Faham bagaimana model pasaran dan hierarki dilaksanakan apabila membincangkan tentang perdagangan elektronik.

Boleh mendefinisikan dan memberi contoh setiap fasa dalam model transaksi ekonomi.

Memahami hubung kait antara transaksi dan juga aliran kerja.Perdagangan elektronik adalah mengenai perniagaan secara elektronik. Ianya berasaskan kepada pemprosesan elektronik dan penghantaran data, termasuk teks, bunyi dan video. Ia encompasses banyak perbezaan aktiviti termasuk perdagangan barangan dan dan perkhimatan elektronik, penghantaran online kandungan digital, permindahan biaya elektonik, perdagangan perkongsian elektronik, pengurusan bil-bil elektronik, lelongan komersial, pemasaran terus kepada pengguna, dan perlhidmatan selepas jualan. Ia melibatkan produk (barangan pengguna, kelengkapan perubatan khas) dan perkhidmatan (maklumat, perkhidmatan, kewangan dan perkhidmatan perundangan); aktiviti tradsional (penjagaan kesihatan, pendidikan) dan aktiviti baru (virtual malls).

Pada 1980-an, kitaran masa terendah disedari oleh syarikat Jepun mengumukakan syarikat Amerika dengan cabaran persaingan yang serius. Mereka bertindak balas pada mulanya dengan memecahkan sekatan organisasi dalaman yang meningkat antara rekaan, pngilangan dan pembahagian jualan. Langkah kedua mereka adalah untuk meperbaiki komunikasi mereka dengan pembekal.

Di bawah sistem yang lama di Ford, apabila jabatab pembelian menulis pesanan pembelian, ia menghantar salinan dokumen yang diterima ke akaun pembayaran dan kepada dok penerimaan. Kerani penerimaan akan menghantar salinan ke akaun pembayaran apabila barangan diterima dan penjual menghantar invois. Jabatan perakaunan mengasingkan pesanan dengan memasukkannya ke dalam pengkalan data dalam talian. Apabila barangan sampai di dok penerimaan, seorang kerani akan memeriksa pengkalan data berkenaan untuk memastikan barangan tersebut menepati pesanan. Jika ianya tepat, barangan akan diterima, dan kerani berkenaan akan memasukkan penerimaan berkenaan ke dalam pengkalan data (jika tidak, ianya akan ditolak). Pendekatan ini memerlukan kesepadanan tiga item part number, unit pengukuran, dan kod pembekal- antara pesanan pembelian dan rekod resit. Kesepaanan ini dilakukan secara automatik, dan komputer disediakan untuk memeriksa akaun pembayaran yang dihantar kepada penjual. Tidak perlu risau mengenai invois, kerana Ford telah berpesan kapada penjual untuk tidak menghantarnya.

Perubahan dalan proses pembelian bermaksud suatu pembahagian semula tanggungjawab yang radikal. Kerani di dok penerimaan perlu relajar untuk menggunakan Terminal komputer untuk memeriksa perkapalan dan mereka perlu membuat keputusan untuk menerima sesuatu barangan. Agen pembelian perlu mengagak tanggungjawab untuk memeastikan data pembekal (contohnya; bila perlu menghantar pemeriksaan) adalah betul. Penjual perlu menerima dalam sesetengah kes, invois membentuk asas bagi sistem perakaunan mereka (sekurang-kurangnya satu pembekal Ford diterima dengan terus mencetak invois)

Di Chrysler, implementasi secara serentak JIT dan EDI adalah sebab kritikal untuk faedah mengagumkan. Pada 1998, Chrysler mengeluarkan 2.2 milion kenderaan dan mempunyai 17 milion transaksi EDI dengan pelanggan mereka. Simpanan daripada penyediaan dokumen elektronik dan penghantaran adalah dianggarkan sebanyak $38.63 per kenderaan. Simpanan dalam kos proses (penyimpanan, kitaran tempoh pengeluaran) dalah dianggarkan pada $62.26 per kenderaan. Sebagai tambahan kepada simpanan ini, daripada $100 per unit, faedah seperti kualiti produk adalah sebahagian daripada bukti.

Mana-mana atau semua bahagian proses transaksi mungkin dibawa secara on-line melalui penggunaan teknologi dan juga rangkaian. Sebagai contoh, mencampurkan transaksi elektronik ke dalam dunia sebenar pembelian. Contohnya, jika anda mahukan tiket penerbangan dari london ke Singapura, anda mungkin :

Mencari penerbangan yang anda mahukan melalui internet, dan juga mengesan agen perlancongan yang boleh dibeli secara tunai.

Bertanyakan senarai penerbangan kepada agensi perlancongan, pilih satu, dan pergi ke ATM untuk mengeluarkan wang simpanan, dan kembali semula untuk membuat pembelian.

Telefon beberapa syarikat penerbangan dan membeli tiket di lapangan terbang dengan kad kerdit.

Diberi satu tiket oleh syarikat, yang mana di bilkan secara bulanan untuk belanja perjalanan, dan dibayar oleh EFT.

Contoh ini mengilustrasikan gabungan sistem-sistem dalam kehidupan sebenar. Perkhidmatan yang wujud menghubungkan pembeli dengan penjual melalui perkongsian sumber maklumat, dan menyediakan alat untuk mencari dan menganalisis data. Ianya membantu pembeli menilai tawaran dari pelbagai pembekal. Sistem tidak nyata bekerja secara persendirian antara syarikat-syarikat dan berfokus ke atas pemprosesan transaksi di antara rakan-rakan perniagaan.