nota bmm 3111.docx

3
Tajuk 2- Fitur Makna dalam Bahasa Melayu a.Sifat makna b.Kelas makna c.Lewah dalam makna a.Sifat makna makna bersifat dinamis dan evolusi. dinamis-boleh berubah-rubah evolusi-boleh berkembang Terdapat beberapa ciri yang menentukan sesuatu makna; 1.pilihan : ungkapan yang dihasilkan mesti dipilih mengikut kesesuaian,jika tidak ungkapan tersebut adalah tidak bermakna. 2.budaya : budaya masyarakat penutur berkait rapat dengan bahasa kerana hanya mereka yang memahami budaya masyarakat penutur dapat bertutur secara betul melalui konteks budaya. 3.konteks : makna juga ditentukan bergantung kepada situasi dan perasaan penutur semasa menyampaikan sesuatu ungkapan itu. 4.makna dalam peribaha : makna dalan peribahasa (kiasan/simpulan bahasa/pepatah dll) digunakan bagi membawa makna yang berbeza daripada makna asal. Terdapat beberapa faktor perubahan sifat makna ; 1.perkembangan bahasa itu sendiri.

Upload: hilmi-ahmad

Post on 29-Nov-2015

27 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

tajuk dua.

TRANSCRIPT

Page 1: Nota BMM 3111.docx

Tajuk 2- Fitur Makna dalam Bahasa Melayu

a.Sifat makna

b.Kelas makna

c.Lewah dalam makna

a.Sifat makna

makna bersifat dinamis dan evolusi.

dinamis-boleh berubah-rubah

evolusi-boleh berkembang

Terdapat beberapa ciri yang menentukan sesuatu makna;

1.pilihan : ungkapan yang dihasilkan mesti dipilih mengikut kesesuaian,jika tidak

ungkapan tersebut adalah tidak bermakna.

2.budaya : budaya masyarakat penutur berkait rapat dengan bahasa kerana hanya

mereka yang memahami budaya masyarakat penutur dapat bertutur secara betul

melalui konteks budaya.

3.konteks : makna juga ditentukan bergantung kepada situasi dan perasaan penutur

semasa menyampaikan sesuatu ungkapan itu.

4.makna dalam peribaha : makna dalan peribahasa (kiasan/simpulan bahasa/pepatah

dll) digunakan bagi membawa makna yang berbeza daripada makna asal.

Page 2: Nota BMM 3111.docx

Terdapat beberapa faktor perubahan sifat makna ;

1.perkembangan bahasa itu sendiri.

2.tanggapan penutur

3.perluasan makna

4.pembatasan/penyempitan makna

5.tujuan simbolik dan stilistik

B. KELAS MAKNA

1.makna denotasi ; makna tersurat (cth-tangan,muka,hidung ;semuanya anggota

badan)

2.makna konotasi ; makna tersirat (cth; bunga kemboja; kematian)

3.makna emotif ; makna yang belaku akibat reaksi induvidu daripada apa yang didengar

(cth;hei,lembu!)

4.makna kognitif ; makna yang boleh dijelaskan melalui analisis komponen

(pohon;tumbuhan yang ada batang,daun serta kukuh dan tinggi)

5.makna referensial ; makna yang merujuk pada sesuatu benda/perkara

6.makna piktorikal ; makna yang muncul daripada bayangan pendengar/penutur

mengikut kefahaman masing-masing.

Page 3: Nota BMM 3111.docx

C. LEWAH DALAM MAKNA

lewah bererti penggunaan kata/gabungan kata yang berlebihan dengan makna kata.

contohnya seperti :

-mereka semua

-kasut boot

-papa kedana

-demi untuk

terdapat beberapa faktor berlakunya lewah dalam makna;

1. pengulangan

-mereka-mereka

-ibu bapa-ibu bapa

2.penambahan imbuhan yang tidak diperlukan

-memperbesarkan, sepatutnya memperbesar

-dipersetujui, sepatutnya disetujui

-diperhalusi, sepatutnya dihalusi

3.kata sendi yang berturut-turut

-demi untuk

-selain daripada itu