rbt 3111 pengurusan makanan dan teknologi

22
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT, JOHOR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN ( PISMP ) AMBILAN JANUARI 2011 PENGURUSAN MAKANAN DAN TEKNOLOGI (RBT 3111) NAMA PELAJAR NOMBOR K/P MUHAMMAD AKMAL BIN ZAWI 911113-01-5557

Upload: transarm-edu

Post on 04-Dec-2014

1.796 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Rbt 3111 pengurusan makanan dan teknologi

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS TUN HUSSEIN ONN,

BATU PAHAT,

JOHOR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN ( PISMP )

AMBILAN JANUARI 2011

PENGURUSAN MAKANAN DAN TEKNOLOGI

(RBT 3111)

NAMA PELAJAR NOMBOR K/P

MUHAMMAD AKMAL BIN ZAWI 911113-01-5557

SEMESTER / OPYSEN: PISMP - RBT/ BM/PJ KUMPULAN 1

Page 2: Rbt 3111 pengurusan makanan dan teknologi

NAMA PENSYARAH BIMBINGAN: PN ZURAIDAH BT TALIB

ISI KANDUNGAN

Bil Tajuk

1. Penghargaan

2. Biodata

3. 1.0 Tema Makanan dan Minuman

4. 2.0 Resepi Asal

5. 3.0 Resepi Inovasi

6. 4.0 Pengiraan Kos

7. 5.0 Kandungan Nutrien

8. 6.0 Refleksi

9. Bibliografi

10. Lampiran

Page 3: Rbt 3111 pengurusan makanan dan teknologi

PENGHARGAANالرحيم الرحمن الله بسم

Assalamualaikum w.b.t.

Pertama sekali saya ingin memanjatkan ribuan kesyukuran yang tidak

terhingga kepada Allah s.w.t kerana memberi ilham dan mengizinkan saya

menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pendek (KKP) bagi matapelajaran RBT 3111

Pengurusan Makanan dan Teknologi ini dengan jayanya walaupun beberapa kali

berhadapan dengan sedikit masalah dalam tempoh menyiapkan ftugasan ini.

Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya,

Pn Zuraidah Bt Talib yang tidak putus-putus berusaha mendidik dan membimbing

saya supaya saya memahami akan tugasan yang diberikan kepada saya dengan

harapan saya dapat menghasilkan tugasan yang terbaik. Pn Zuraidah juga banyak

memberi nasihat yang berguna dan tunjuk ajar kepada saya dimana saya boleh

menggunakannya pada masa akan datang kelak.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkankan salam jutaan terima

kasih buat ibu dan bapa saya yang telah memberi sumbangan dari segi kewangan

dan kata-kata perangsang yang membuatkan saya menjadi lebih tekun untuk

berusaha dalam menjayakan tugasan yang diberikan.

Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih buat kawan-kawan yang banyak

menghulurkan idea-idea yang munasabah dan bernas, malah telah membantu saya

membincangkan sub-sub topik yang tidak saya ketahui di dalam tugasan ini.

Page 4: Rbt 3111 pengurusan makanan dan teknologi

BIODATA

1.0 Tema Makanan dan Minuman

Nama Muhammad Akmal Bin Zawi

No K/P 911113-01-5557

Tarikh Lahir 13 November 1991

Jantina Lelaki

Bangsa Melayu

Semester 6 PISMP

Opsyen Reka Bentuk Dan Teknologi 1

Email [email protected]

Telefon 013-7337567 / 011-19422591

Alamat No 1, Jln Nilam, Tmn Tenang Jaya

Poskod 85030 Segamat

Negeri Johor

Penjaga Norlia Bt Hasbullah

Institut Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn

AlamatInstitut

KM 7.75, Jalan Kluang, 83009 Batu Pahat, Johor DarulTakzim

Page 5: Rbt 3111 pengurusan makanan dan teknologi

Saya telah memilih tema Majlis Marhaban bersempena di bulan Syawal ini.

Makanan yang telah saya sediakan adalah Puding Laici Berkuah Pandan yang telah

saya inovasikan dari resepi asal iaitu Puding Koktel Berkuah Coklat. Manakala bagi

minuman saya telah memilih minuman inovasi saya iaitu Jus Mangga Lemovilla yang

telah di inovasikan dari pada minuman jus mangga dengan menambah perisa lemon

dan vanilla. Makanan dan minuman yang telah saya sediakan bertepatan dengan

tema Majlis Marhaban yang tidak memerlukan makan yang terlalu berat kerana

merupakan rumah kunjungan terakhir bagi kumpulan marhaban.

3.0 Resepi Asal Makanan & Minuman

3.1 Puding Koktel Berkuah Coklat ( Dessert )

Page 6: Rbt 3111 pengurusan makanan dan teknologi

Bahan-bahan ( 18 biji )

1) Untuk puding :

i. 1 cawan tepung jagung

ii. 2 camb (penuh) tepung kastard

iii. 2 camb gula pasir

2) Untuk kuah coklat :

i. 3 biji kuning telur

ii. 1 sk esen vanilla

iii. 1 camb (penuh) tepung kastard

iv. 15 gm serbuk koko

v. 120 gm gula pasir

vi. 1 tin susu cair

vii. 1 tin koktel buah-buahan

Cara-cara :

1. Bancuh semua bahan untuk puding dengan 3 cawan air dan gaul sebati.

Page 7: Rbt 3111 pengurusan makanan dan teknologi

2. Kacau perlahan-lahan atas api sederhana hingga pekat dan likat.

3. Masukkan ke dalam bekas puding atau loyang, apabila sejuk, masukkan ke

dalam peti ais.

4. Untuk kuah coklat pula, tuang semua bahan ke dalam periuk bersama 1

cawan air.

5. Kacau perlahan-lahan atas api sederhana, padamkan api sebaik sahaja

campuran mendidih.

6. Sejukkan dalam peti ais.

7. Untuk hidangkan, masukkan puding dan koktel buah-buahan ke dalam

mangkuk, kemudian curahkan kuah coklat ke atasnya.

3.2 Jus Mangga ( Minuman Sejuk )

Page 8: Rbt 3111 pengurusan makanan dan teknologi

Bahan-Bahan : ( 9 gelas )

i. 1 biji mangga muda

ii. 3 biji mangga masak

iii. Beberapa ketul ais

iv. Gula pasir secukup rasa

v. Tambah air masak jika perlu

Cara – cara :

1. Kupas buah mangga dan potong kecil-kecil bersaiz dadu.

2. Masukkan beberapa sudu gula dan ais.

3. Masukkan mangga yang telah dipotong dan air secukupnya ke dalam

pengisar dan kisar kesemuanya sekali.

4. Hidangkan dan hias gelas dengan hiasan buah mangga

4.0 Resepi Inovasi

Page 9: Rbt 3111 pengurusan makanan dan teknologi

4.1 Puding Laici Berkuah Pandan ( Dessert )

Bahan-bahan ( 18 biji )

1) Untuk puding :

i. 1 cawan tepung jagung ( 50g )

ii. 2 camb (penuh) tepung kastard

iii. 2 camb gula pasir

2) Untuk kuah pandan :

i. Perasa pandan

ii. 120 gm gula pasir

iii. 1 tin susu pekat/cair

iv. 1 tin buah laici

Cara - cara :

Page 10: Rbt 3111 pengurusan makanan dan teknologi

1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.

2. Bancuh semua bahan untuk puding dengan 3 cawan air dan gaul sebati.

3. Kacau perlahan-lahan atas api sederhana hingga pekat dan likat.

4. Masukkan ke dalam bekas puding atau loyang, apabila puding laici mengeras

dan menyejuk,balut mangkuk puding dan masukkan ke dalam peti ais.

Tepung Jagung

Tepung Kastart

Gula Pasir

Tepung Jagung

Air

Susu Cair

Buah Laici Tin

Page 11: Rbt 3111 pengurusan makanan dan teknologi

5. Untuk kuah pandan pula, tuang semua bahan ke dalam periuk bersama 1

cawan air.

6. Kacau perlahan atas api sederhana, padamkan api sebaik sahaja campuran

mendidih.

7. Sejukkan dalam peti ais.

8. Untuk hidangkan, potong dadu puding laici dan masukkan ke dalam mangkuk,

kemudian curahkan kuah pandan ke atasnya. Puding laici boleh juga diletakkan

pewarna hijau agar lebih menarik.

Page 12: Rbt 3111 pengurusan makanan dan teknologi

4.2 Jus Mangga Lemovilla ( Minuman Sejuk )

Bahan - bahan :

i. 1 biji mangga muda

ii. 3 biji mangga masak

iii. Beberapa ketul ais

iv. Gula pasir secukup rasa

v. 2 biji lemon

vi. Tambah air masak jika perlu

vii. Sedikit daun pudina.

Page 13: Rbt 3111 pengurusan makanan dan teknologi

Cara – cara :

1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.

2. Kupas buah mangga dan potong dadu.

3. Masukkan beberapa sudu gula dan ais.

4. Masukkan mangga yang telah dipotong dan air secukupnya ke dalam pengisar

dan kisar kesemuanya sekali. Masukkan sedikit esen vanilla untuk haruman.

5. Perah lemon atas jus mangga yang telah siap di kisar.

6. Air jus mangga yang telah siap boleh di hidang dengan hiasan potongan

lemon dan sedikit daun pudina.

Mangga

Lemon

Gula Pasir

Daun Pudina

Air

Ais

Page 14: Rbt 3111 pengurusan makanan dan teknologi

5.0 Pengiraan Kos

5.1 Pengiraan Kos Puding Laici Berkuah Pandan

Kos Bahan

BAHAN KUANTITI KOS SEUNIT JUMLAH(RM)Tepung Jagung 50 gram 1.50 0.70Tepung Kastard 15 gram 1.50 0.20Perasa Pandan 1 botol 2.50 2.50

Gula Pasir 120 gram 1.80 0.50Susu Cair 1 tin 2.50 2.50

Buah Laici Tin 1 tin 2.50 2.50Jumlah 8.90

Kos Upah

Masa yang diperlukan untuk menyediakan desert ialah 1/2 jam. Kos upah untuk kerja yang dilakikan sendiri ialah RM2.00 Sejam.

Kos upah = 1 orang x 1 jam x RM2.00

= RM 1.00

Kos Overhead

BIL PERKARA JUMLAH1 Elektrik 0.202 Air 0.20

JUMLAH 0.40

Kos Projek

= kos bahan + kos upah + kos overhead

= 8.90 + 1.00 + 0.40

= RM 10.30 ( 18 mangkuk )

Page 15: Rbt 3111 pengurusan makanan dan teknologi

5.2 Pengiraan Kos Jus Mangga Lemovilla

Kos Bahan

BAHAN KUANTITI KOS SEUNIT(RM) JUMLAH(RM)Mangga Muda 1 biji 0.50 0.50Mangga Masak 3 biji 0.80 2.40

Lemon 2 biji 0.70 1.40Gula Pasir 2 camb 1.45 0.30

Ais 8 ketul 3.00 0.10Daun Pudina 10 helai 0.05 0.50

JUMLAH 5.20

Kos Upah

Masa yang diperlukan untuk menyediakan minuman ini ialah 1/2 jam. Kos upah untuk kerja yang dilakukan sendiri ialah RM2.00 sejam.

Kos upah = 1 orang x 1/2 jam x RM 2.00

= RM 1.00

Kos Overhead

BIL PERKARA JUMLAH(RM)1 Elektrik 0.202 Air 0.20

JUMLAH 0.40

Kos Projek

= kos bahan + kos upah + kos overhead

= RM 5.20 + RM 1.00 + RM 0.40

= RM 6.60

Page 16: Rbt 3111 pengurusan makanan dan teknologi

6.0 Kandungan Nutrien

6.1 Kandungan Nutrien Puding Laici Berkuah Pandan

Bahan Nutrien Utama Nutrien Sampingan

Tepung Jagung Karbohidrat Protein

Tepung Kastard Karbohidrat Protein

Perasa Pandan Karbohidrat Protein

Gula Pasir Karbohidrat Mineral

Susu Cair Mineral Vitamin

Buah Laici Tin Karbohidrat Protein

6.2 Kandungan Nutrien P Jus Mangga Lemovilla

Bahan Nutrien Utama Nutrien Sampingan

Mangga Muda Vitamin Karbohidrat

Mangga Masak Vitamin Karbohidrat

Lemon Vitamin Karbohidrat

Gula Pasir Karbohidrat Mineral

Ais Air Mineral

Perasa Vanilla Karbohidrat Mineral

Daun Pudina Vitamin Mineral

Page 17: Rbt 3111 pengurusan makanan dan teknologi

7.0 Refleksi

Masalah

Saya menghadapi masalah penggurusan masa dimana saya mengambil masa yang

lama ketika penyediaan bahan dan proses membuat masakan. Masalah kekurangan

masa ini menyebabkan timbul masalah sampingan seperti tempat memasak kurang

kemas kerana tergesa-gesa mengejar masa, penggunaan alatan yang salah akibat

menggunakan alatan yang berhampiran sahaja walaupun alatan tersebut tidak

sesuai dan menyebabkan masakan kurang menarik dan lambat dihidang.

Punca Masalah

Jika dilihat punca permasalah ini adalah daripada penggurusan masa yang tidak

lancar dan mengganggu proses penyediaan masakan. Hai ini berpunca dari dua

faktor iaitu diri sendiri dan keadaan sekeliling. Keadaan sekeliling yang berebut-rebut

dengan peserta lain menyebabkan berlaku pembaziran seperti terpaksa menunggu

giliran mengambil bahan setelah masa bermula. Masalah kekurangan bahan juga

menyebabkan proses perlaksanaan tertangguh. Punca masalah ini adalah dari diri

sendiri kerana tidak melakukan persediaan awal sebelum masa masakan bermula.

Kesedaran Terhadap Masalah dan Kesannya

Saya menyedari permasalah ini apabila masalah ini sudah pun berlaku dan agak

terlambat untuk mengundur kembali masa yang sudah terbazir. Akibat daripada

penggurusan masa yang tidak terancang menyebabkan pelaksanaan amali masakan

saya terganggu dengan pelbagai masalah seperti kelewatan memasak makanan,

makanan yang di masak tergesa-gesa menyebabkan di angkat terlalu awal dari yang

sepatutnya menyebabkan masakan saya masih mentah dan kurang sedap. Hal ini

juga menyebabkan saya tidak dapat melakukan hiasan pada makanan kerana hanya

masa amali telah tamat. Kebersihan dapur juga terjejas teruk akibat kekurangan

masa menyebabkan dapur bersepah dan tidak bersih.

Page 18: Rbt 3111 pengurusan makanan dan teknologi

Cadangan Memperbaiki Diri Sendiri

Saya mencadangkan agar diri saya lebih bersikap proaktif dengan bergerak pantas

dalam menyediakan bahan-bahan yang hendak digunakan dalam masakan. Saya

juga perlu cepat melaporkan kepada pensyarah penyelia apabila terdapat

kekurangan bahan masakan agar pensyarah dapat membuat tindakan dengan kadar

segera. Masa yang diberi perlulah saya guna dengan sebaiknya dan tidak melambat-

lambatkan proses masakan.

Selain itu, saya perlu meningkatkan lagi komunikasi saya dengan pasangan

kumpulan masakan dan antara rakan-rakan yang lain. Hasil komunikasi ini dapat

membantu saya menjimatkan masa dan juga tenaga serta dapat mengetahui

penggunaan alatan yang betul dan mudah. Saya boleh berkerjasama dengan

pasangan sekumpulan dengan bersama-sama dalam membersihkan dapur dan

alatan, menghias masakan dan minuman, dan membahagi-bahagikan tugas dengan

jelas.

Tindakan Segera

Anatara tindakan segera yang saya ambil bagi mengatasi masalah kekurangan masa

dalam masakan ialah dengan meminta pertolongan dalam meminjam alatan mereka

kerana lebih dekat dengan tempat dapur saya. Ini seterusnya dapat menjimatkan

masa saya dalam menjalankan proses masakan kerana tidak perlu berjalan jauh

untuk mengambil alatan di stor. Saya juga bertanyakan jika mereka terdapat lebihan

dalam bahan-bahan masakan seperti santan yang dapat saya gunakan untuk

masakan saya.

Page 19: Rbt 3111 pengurusan makanan dan teknologi

BIBLIOGRAFIBuku

1) Fuziah ishak.Resepi 2013.(2013).Batu Pahat: IPTHO

2) Susan Manikam.Resepi Khusus KBSM (2002).Selangor:Oxford Fajar Sdn Bhd Bureau of circulations

3) Tiada nama pengarang.Rasa.(2012).Kuala Lumpur: Audit

Internet

1) http://www.myfitnesspal.com

2) http://nutritiondata.self.com/facts

3) http://www.myresipi.com/top/detail/6075

Page 20: Rbt 3111 pengurusan makanan dan teknologi

LAMPIRAN