new microsoft word document

19

Upload: rameshloganathan

Post on 08-Jul-2016

237 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

mckk

TRANSCRIPT

Page 1: New Microsoft Word Document
Page 2: New Microsoft Word Document

KOLEJ MELAYU KUALA KANGSARKolej Melayu Kuala KangsarKolej Melayu Kuala Kangsar,33000 Kuala Kangsar,Perak Darul Ridzuan.

http://www.mckk.edu.my

INFO SEKOLAH:

FALSAFAH KOLEJ MELAYU

Kesepaduan antara kebijaksanaan dan ilmu yang bermanfaat

adalah teras pembangunan manusia yang berkualiti, beriman dan

bertakwa yang akan membela agama bangsa dan negara

Objektif Kolej Melayu

Melahirkan generasi pelajar yang bertakwa unggul dan

seimbang dalam bidang akademik kepimpinan dan

mutu keperibadian yang mulia.

Piagam Pelanggan Kolej Melayu

Page 3: New Microsoft Word Document

BAHAWANYA

KAMI WARGA

KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR

DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM

BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN

SELURUH USAHA DAN TENAGA KAMI

BAGI

Mengikhtirafkan hak-hak pelanggan:

Mendapat sistem dan khidmat didikan yang terbaik melalui pengurusan yang cekap dan berkualiti, mesra dan penyayang dinamik dan berkesan.

MELALUI BAKTI BUDI KAMI

KE ARAH

Melahirkan pelajar yang mempunyai kecemerlangan ilmu bagi menjamin pembangunan insan yang seimbang melalui penitisan ilmu yang bersepadu.

Melahirkan warga yang berdisiplin, berbudi bahasa, jujur, amanah dan berhemah tinggi.

Mewujudkan kepimpinan berteraskan ketakwaan, keimanan dan prinsip musyawarah yang mempunyai misi dan visi yang jelas, tegas, berani, toleransi dan bijaksana yang bertaraf antarabangsa.

Mewujudkan warganegara yang mempunyai semangat Patriotisme yang tinggi, rela berkorban kasih sayang dan saling hormat menghormati tanpa batas kaum dan status.

Page 4: New Microsoft Word Document

LENCANA :

Perisai dibahagi kepada 4 bahagian ; putih, merah, kuning dan hitam. Warna ini merupakan warna Negeri-negeri Melayu Berseskutu. Keempat warna ini juga

mewakili warna empat rumah iaitu putih (Rumah Idris), merah (Rumah Sulaiman), Kuning (Rumah Mohd Shah) dan hitam (Rumah Ahmad), sebagai mengenang

jasa empat Sultan pengasas Malay College.Di tengah-tengah perisai ialah keris merah melambangkan bangsa Melayu. Di atas perisai ialah kepala harimau

adalah simbol Persekutuan Tanah Melayu. Mengelilingi di kiri dan kanan perisai ialah bunga padi melambangkan kecemerlangan. Moto Kolej yang bertulis 'Fiat Sapientia Virtus' bermaksud ' Let Wisdom Be Virtue' atau dalam Bahasa Melayu

'Kebijaksanaan Mutu Manusia'BENDERA :

Bendera Kolej Melayu terdiri daripada empat warna yang terdapat di lencana Kolej.

Page 5: New Microsoft Word Document

LAGU KOLEJ :

Oh Kolej Melayu

Harapan Bangsaku

Dengan Sejarah Yang Cemerlang

Harumlah Namamu

Kolej Istimewa

Didikan untuk semua

Keluar membimbing negara

Maju terus mara

Banggaku rasakan

Khidmatku berikan

Takku lupakan jasa-jasamu

Oh Kolej Melayu

Page 6: New Microsoft Word Document

SEJARAH KOLEJ :     Kolej Melayu Kuala Kangsar merupakan satu sekolah yang sangat bersejarah di Malaysia. Penubuhannya adalah hasil daripada usahasama 4 orang pemerintah Negeri-negeri Melayu Bersekutu, yang amat menitikberatkan masa depan orang Melayu. Mereka adalah Sultan Idris (Perak), Sultan Sulaiman (Selangor), Sultan Ahmad (Pahang) dan Yang Dipertuan Besar Mohd Shah (Negeri Sembilan).

     Bibit-bibit revolusi pendidikan di Tanah Melayu dapat dilihat di Negeri Sembilan apabila pelajaran pendidikan rendah diwajibkan di sana pada tahun 1891. Namun begitu, sistem pelajaran yang disediakan hanya mampu menjadikan pelajar-pelajar menjadi petani (atau nelayan) yang lebih berkebolehan sahaja. Peringkat ini masih tidak mencukupi untuk menjamin masa hadapan mereka.

Dalam persidangan Raja-Raja (DURBAR) yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1903, Sultan Idris dari negeri Perak telah menyuarakan pandangannya terhadap dasar pelajaran British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Baginda kemudiannya mengharapkan agar usaha yang lebih positif diambil oleh British untuk menyediakan anak-anak pribumi demi kepentingan Negeri-negeri Melayu. R.J. Wilkinson, Nazir Sekolah-sekolah Negeri Melayu Bersekutu juga telah menyuarakan pendapatnya pada tahun 1903 tentang bentuk pelajaran yang dikehendaki:

"… a vigorous and intelligent race of young men who will be in touch with modern progress but not out of touch with old traditions; who will be liberally educated but not educated out of sympathy with their own families and people; who will be manly and not effeminate, strong minded but not strong willed, acknowledging a duty to others instead of being a law unto themselves and who will be fit to do something in the world instead of settling down into fops, spendthrifts or drones."

    Kesan daripada ketidakpuasan hati kerabat di Raja inilah yang telah menyebabkan penubuhan Kolej Melayu di Kuala Kangsar di kawasan tanah yang ditawarkan oleh Sultan Idris sendiri. Malay College yang kini sering disebut sebagai sebuah sekolah yang unggul digelar "Malay Residential School" pada masa penubuhannya dalam tahun 1905. William Hargreaves telah diberi kepercayaan sebagai pengetua pertama mewujudkan sebuah sekolah berasrama penuh yang pertama mengikut kaedah "public school" di England. Secara ringkas dapatlah dikatakan bahawa penubuhan sekolah ini ialah:

"… for the education of the Malays of good family and for the training of Malay boys for admission to certain branches of government services."

    Pada tahap permulaan, kebanyakan pelajar terdiri daripada golongan atasan tetapi selepas tamat Perang Pasifik (1941-45) di atas kesedaran dan pergolakan

Page 7: New Microsoft Word Document

politik menyebabkan pihak British terpaksa melonggarkan kemasukan pelajar ke Kolaj Melayu. Pelajar-pelajar daripada segenap lapisan masyarakat mendapat peluang untuk memasuki Kolej ini.

    Sejak tahun 1947 iaitu apabila keadaan Tanah Melayu telah pulih seperti sediakala, sekolah ini telah mengalami perkembangan yang pesat. Bangunan-bangunan tambahan bagi kelas-kelas persediaan, makmal-makmal sains, blok pentadbiran, perpustakaan, dewan sekolah, dewan kuliah dan sebagainya telah didirikan untuk memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar. Kelas-kelas peringkat pra-universiti juga telah dimulakan dalam tahun 1950an.

    Kolej Melayu sebagai sebuah institusi pendidikan di Malaysia berjaya dalam peranannya memajukan bidang pelajaran khasnya untuk bumiputera. Dalam bidang sukan pula, Kolej Melayu turut mengambil bahagian dalam hampir semua permainan, dan telah mencatatkan kemenangan-kemenangan yang menggalakkan. Daripada permainan-permainan yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu di dalam Kolej ini, jelaslah bahawa perkembangan keseluruhan seseorang individu sangat dititikberatkan.

    Kolej Melayu bolehlah dikatakan telah berjaya dalam usahanya untuk mengeluarkan pelajar-pelajar yang tinggi pencapaian bukan sahaja dalam bidang akademik malah juga dalam bidang ko-kurikulum.

SENARAI PENGETUA :1. W. Hargreaves 

2. J.O. May 

3. L.A.S. Jermyn 

4. C. Bazell 

1905 – 1918

1918 – 1919

1919 – 1923

1923 – 1938

Page 8: New Microsoft Word Document

5. H.R. Carey 

6. K.D. Luke

7. J.D.R. Howell 

8. P.G. Haig 

9. N.J. Ryan 

10. Abd. Aziz Ismail 

11. Syed Abu Bakar Barakbah 

12. Mohd. Ghazali Hj. Hanafiah 

13. Nordin Nasir 

14. Abd. Rahman Mohd. Ali 

15. Wan Abdul Aziz Wan Hamzah 

16. Syed Alwi Syed Aljunid 

17. Zainal Abidin Hj. Ahmad 

18. Rashdi Ramlan 

19. Hj. Hassan Hashim 

20. Hj. Baharom Kamari

21. Hj. Alimuddin Hj. Mohd. Dom

22. Mohd Rauhi bin Mohd Isa

1938 – 1949

 1949 – 1953

1953 – 1958

1958 – 1959

1959 – 1965

1965 – 1969

1970 – 1971

1971 – 1972

1973 – 1975

1975 – 1977

1977 – 1982

1982 – 1983

1983 – 1987

1988 – 1992

1992 – 1995

1995 – 1999

1999 – 2003

2004 - 2010

Page 9: New Microsoft Word Document

Kolej Melayu Kuala KangsarDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kolej Melayu Kuala Kangsar

Moto Fiat Sapientia Virtus

Ditubuhkan 2 Januari 1905

Jenis Kolej, Sekolah

kerajaan,Kerajaan (berasrama

penuh)sekolah menengah lelaki

Guru Besar En Anand

Kod sekolah AEB4074

Lokasi  Malaysia Jalan Tun Abdul

Razak, 33000, Kuala Kangsar,,Perak

Darul Ridzwan, Malaysia

Kemasukan Pelajar

Tingkatan 1 - Tingkatan 5

Telefon 605-7761400

Faks 605-7764500

Page 10: New Microsoft Word Document

Kolej Melayu Kuala Kangsar atau nama ringkasnya Kolej Melayu Kuala Kangsar, merupakan sebuah Kolej yang terletak di Jalan Tun Abdul Razak.

Pada 2009, Kolej Melayu Kuala Kangsar memiliki 543 pelajar lelaki dan 0 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 543 orang. Ia mempunyai seramai 59 orang guru.2009

Kolej Melayu Kuala Kangsar (lebih dikenali Malay College, MCKK, MC atau Koleq, dan kadangkala Eton of the East) atau (Inggeris:Malay College Kuala Kangsar), merupakan sebuah sekolah berasrama penuh premier lelaki sahaja di Malaysia. Sekolah ini terletak diBandar DiRaja Kuala Kangsar, Perak. Moto sekolah, Fiat Sapientia Virtus adalah dalam Bahasa Latin, yang bermaksud Kebijaksanaan Mutu Manusia.

Sejarah

Ditubuhkan pada 1905 oleh pihak British atas cadangan daripada R.J. Wilkinson, pegawai pendidikan jajahan pada masa itu. Cadangan itu disokong sepenuhnya oleh Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul Azam Shah I (1886—1916).

Pada awalnya, penubuhan sekolah ini ialah untuk mendidik dan melatih golongan elit Melayu, yang terdiri daripada kerabat diRaja. Anak lelaki kelahiran kebanyakan sukar untuk mendapat tempat di sekolah ini. Selepas kebangkitan nasionalisme orang Melayu pada sekitar tahun 1947, syarat kemasukan ke sekolah ini dilonggarkan dan semakin ramai anak-anak orang

Page 11: New Microsoft Word Document

kebanyakan dapat peluang untuk menuntut di sini. Kini anak Melayu terpilih berpeluang mengikuti pembelajaran peringkat menengah di sekolah ini.

Seorang graduan Universiti Oxford yang berasal dari Ireland, William Hargreaves mendapat penghormatan untuk menjadi pengetua pertama sekolah ini dan sekolah ini ditadbir oleh pengetua dari Britain sehingga tahun 1965, di mana Abdul Aziz Ismail, seorang rakyat berbangsa Melayu diambil sebagai pengetua sempena ulangtahun ke-60, dan sehingga kini rakyat lelaki berbangsa Melayu memegang jawatan tersebut.

Infrastruktur

Bangunan di MCKK

Bangunan Overfloor (dibina pada 1909) adalah binaan yang menjadi identiti sekolah ini, bercirikan senibina Greco-Roman, berhadapan padang ragbi, merupakan asrama bagi pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 (dan juga tingkatan 3 dan 6 pada satu masa) dan dewan makan. Bangunan Prep School (dibina pada 1912) yang menempatkan pelajar tingkatan 1, terletak di selatan kampus, adalah lebih kecil daripada bangunan Overfloor, mengekalkan senibina Greco-Roman, tetapi dengan ciri-ciri yang berbeza.

Pada tahun 1955, bangunan West Wing dan East Wing ditambah kepada Overfloor untuk menempatkan lebih ramai pelajar. Tiga bangunan ini kini dikenali sebagai Asrama Besar (Big School). Pada tahun yang sama, Blok Pentadbiran dan Menara Jam juga ditambah untuk memenuhi keperluan semasa. Seterusnya pada tahun 1963 asrama tambahan , Pavilion dan pada tahun 1972,Asrama Baru (New Hostel) dibina.Pavilion dibina untuk

Page 12: New Microsoft Word Document

menempatkan pelajar tingkatan 3 manakala Asrama Baru dibina untuk menempatkan pelajar tingkatan 2.

Satu lagi mercu tanda utama sekolah ini ialah Big Tree, sebatang pokok hutan hijau yang terletak di sebelah timur Overfloor, yang berusia lebih tua daripada bangunan Overfloor sendiri.

Lagu Sekolah

Oh Kolej MelayuHarapan Bangsaku

Dengan Sejarah Yang CemerlangHarumlah Namamu

Kolej IstimewaDidikan untuk semua

Keluar membimbing negaraMaju terus mara

Banggaku rasakanKhidmatku berikan

Takku lupakan jasa-jasamuOh Kolej Melayu

Sukan

Terdapat tiga padang sukan utama di sekolah ini; padang di hadapan Asrama Besar yang digunakan untuk ragbi, bola sepak dan kriket, padang hoki berhadapan Asrama Baru dan padang serbaguna di Blok Pentadbiran. Di sekolah ini juga terdapat satu-satunya gelanggang Eton Fives di Malaysia, walaupun kini tiada pelajar yang masih meneruskan sukan ini.

Page 13: New Microsoft Word Document

Semua pelajar sekolah ini menganggotai salah satu daripada 4 rumah sukan, dimana tiap rumah sukan berkenaan dinamakan atas penaung asal iaitu Rumah Sulaiman, Ahmad, Mohd Shah dan Idris, dan rumah-rumah sukan ini diwakili oleh warna merah, hitam, kuning dan putih mengikut turutan tersebut. Sepanjang tahun persekolahan, rumah-rumah ini bertanding dalam pelbagai aktiviti sukan, di mana pertandingan ini mencapai puncaknya pada Hari Sukan yang diadakan setiap tahun.

Kolej Melayu memegang reputasi yang tinggi dalam bidang sukan sekolan negara. Sejak tahun 1960, sekolah ini mengadakan perlawanan ragbi tahunan menentang Kolej Vajiravudh, sebuah sekolah elit di Thailand. Perlawanan ini diadakan di Bangkok pada tahun genap dan di Kuala Kangsar pada tahun ganjil. Selain daripada ini, sekolah ini juga mengadakan kejohanan sukan tahunan bersama Maktab Tentera DiRaja, dimana kedua-dua sekolah ini bergilir menjadi tuan rumah kejohanan tersebut.

Alumni

Persatuan alumni Kolej Melayu Kuala Kangsar dikenali sebagai Malay College Old Boys' Association (MCOBA) atau "Persatuan Murid Tua Kolej Melayu Kuala Kangsar", ditubuhkan pada tahun 1929.

Antara bekas pelajar yang ternama adalah seperti

Sultan Hisamuddin Alam Shah  – Yang di-Pertuan Agong ke-2 & Sultan Selangor ke-5

Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah  – Agong ke-11 & Sultan Selangor ke-8

Sultan Haji Ahmad Shah  – Agong ke-7 & Sultan Pahang kini Sultan Azlan Muhibbuddin Shah  – Agong ke-9 & Sultan Perak kini Yang di-Pertuan Besar Tuanku Ja’afar  – Agong ke-10 & Yang di-Pertuan

Besar Negeri Sembilan ke-10 Dato' Onn Jaafar – Menteri Besar Johor ke-7 & pengasas UMNO Tun Abdul Razak Dato' Hussein  – Perdana Menteri Malaysia kedua Dato Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz – Menteri Besar

Perak pertama Tun Abdul Aziz bin Abdul Majid – Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-3

Page 14: New Microsoft Word Document

Tun Mohd Khalil Yaakob – Menteri Besar Pahang ke-13 & Yang di-Pertua Negeri Melaka kini

Dato Haji Raja Kamaruddin bin Idris - Menteri Besar Terengganu ke-5 Raja Tun Uda Al-Haj bin Raja Muhammad  - Yang Dipertua Negeri Pulau

Pinang pertama Sultan Omar 'Ali Saifuddien III , Sultan Brunei ke-28 Tan Sri Azmi Kamaruddin - bekas Hakim Mahkamah Tinggi Tun Mohammed Hanif Omar - bekas Ketua Polis Negara Malaysia Dato' Seri Anwar Ibrahim - Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-7 &

penasihat Parti Keadilan Rakyat Hishamuddin Rais  - aktivis sosial Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz – Menteri di Jabatan Perdana

Menteri Dato' Shahrir bin Abdul Samad - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan

Hal Ehwal Pengguna Dato' Fauzi Abdul Rahman - bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana

Menteri Tan Sri Sanusi Bin Junid - Menteri Besar Kedah ke-7 & presiden UIAM ke-

4 Datuk Abdullah Ahmad - Wakil Khas Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-

Bangsa Bersatu Dr Hj Mohd Hatta Ramli - Bendahari Parti Islam SeMalaysia Hj Mohd Yahya Hj Mat Sahri - Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti

Keadilan Rakyat Tan Sri Musa Mohamad - bekas Menteri Dalam Negeri Malaysia Dato Seri Hishammuddin Hussein - Menteri Dalam Negeri Malaysia Dato Seri Mohd Effendi Norwawi - bekas Menteri di Jabatan Perdana

Menteri Tan Sri Yahaya Ahmad - bekas pengerusi DRB-Hicom Tan Sri Razali bin Ismail - diplomat & ahli korporat Tan Sri Hassan Merican - bekas CEO Petronas Tan Sri Saleh Sulong - bekas pengerusi DRB-Hicom Tan Sri Halim Saad - penubuh Kolej Yayasan Saad Tan Sri Dato' Azman Mokhtar - pengarah urusan Khazanah Berhad Datuk Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah - perunding motivasi terkenal Dato' FD Iskandar Mansor - pengarah urusan GLOMAC Berhad

Page 15: New Microsoft Word Document

Ishak Haji Muhammad  - penulis & nasionalis Dr. Hj. Mohd Ramli Bin Hj Md.Kari - bekas ADUN Senggarang Datuk Mohd Zahir Khalid - Adun Kemunting & Exco Negeri Perak YB Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar - Adun Ayer Putih

Tradisi

Sebagai sekolah yang mempunyai sejarah yang lama, pelbagai tradisi tersendiri masih dipelihara oleh pelajar semasa serta alumni. Pada perlawanan sukan utama, setiap pelajar akan turun ke padang dan bersorak serta menyanyikan lagu-lagu sorakan dengan unison.

Murid tua Kolej Melayu mengekalkan tradisi memakai tali leher sekolah pada setiap hari Rabu. Perjumpaan murid-murid tua, Hujung Minggu Murid Tua (Old Boys Weekend) juga dilangsungkan setiap tahun di kampus selama tiga hari, dimana mereka akan bertanding dalam pelbagai acara sukan. Perlawanan ragbi antara murid tua dan pelajar semasa menjadi tarikan utama perjumpaan ini. Selain daripada ini, MCOBA juga mengadakan majlis makan tahunan untuk murid-murid tua yang biasanya dilangsungkan di Kuala Lumpur.

Senarai Pengetua

1905—1918: William Hargreaves 1918—1919: J.O. May 1919—1923: L.A.S. Jermyn 1923—1938: C. Bazell 1938—1949: H.R. Carey 1949—1953: K.D. Luke 1953—1958: J.D.R. Howell 1958—1959: P.G. Haig 1959—1965: N.J. Ryan

Page 16: New Microsoft Word Document

1965—1969: Abdul Aziz Ismail 1970—1971: Syed Abu Bakar Barakbah 1971—1972: Mohd. Ghazali Hj. Hanafiah 1973—1975: Nordin Nasir 1975—1977: Abdul Rahman Mohd. Ali 1977—1982: Wan Abdul Aziz Wan Hamzah 1982—1983: Syed Alwi Syed Aljunid 1983—1987: Zainal Abidin Hj. Ahmad 1988—1992: Rashdi Ramlan 1992—1995: Hj. Hassan Hashim 1995—1999: Hj. Baharom Kamari 1999—2003: Hj. Alimuddin Hj. Mohd. Dom 2004—2010: Dato' Mohd. Rauhi Mohd. Isa 2010—kini: En. Anand bin Baharuddin

Alamat

Kolej Melayu Kuala KangsarJalan Tun Abdul Razak33000, Kuala KangsarNegeri Perak, MalaysiaTelefon = 605-7761400Fax = 605-7764500