new microsoft word document

6
Soalan B Dalam menangani masalah yang dihadapi oleh Klien, pemilihan teknik yang sesuai perlu diaplikasikan. Kebanyakkan teknik yang digunakan dalam terapi Rasional Emotif tingkah Laku adalah bersifat elektif iaitu gabunggan beberapa kaedah atau strategi. Menurut Amir Awang ( 1987), terapi ini memberikan penekanan kepada hubungan antara proses kognitif, emotif dan tingkah laku. Untuk kajian kes mengenai Klien, sebagai guru pembimbing, kaunselor memilih untuk menggunakan dua teknik kaunseling yang sesuai yang dapat membantu Klien menghadapi masalah yang dihadapinya. Teknik- teknik kaunseling tersebut ialah kognitif dan emotif. Dalam aspek kognitif, Klien akan disuruh berhujah mengenai kepercayaan- kepercayaan yang tidak rasional dan cuba membuktikannya. Penekanan dalam teknik ini juga menekankan kepada proses aktiviti harian dalam meningkatkan keyakinan diri sepeti seorang yang malu bercakap di khalayak ramai, maka mula-mula dia akan bersyarah di hadapan kawan-kawanya. Seterusnya barulah dia akan berceramah di hadapan khalayak umum Dalam teori ini juga Klien sendiri akan disuruh mencabar sistem kepercayaan dengan bukti-bukti yang sahih. Manakala dalam aspek emotif pula ianya menekankan kepada menghilangkan rasa malu. Teknik ini menggalakkan Klien tampil di khalayak ramai dengan berhati- hati melakukan satu tingkah laku yang dianggap leceh atau bodoh dan memalukan . Pada masa yang sama kilen akan digalakkan untuk merasai secara kognitif dan emotif hanya kepada perkara-perkara yang boleh dimanfaatkanya dan bukan malu apabila tingkah laku tersebut tidak diterima oleh orang lain. Selain itu, Imageri Rasional Emotif juga turut ditekankan di dalam aspek emotif ini. Klien akan membuat imagaginasi kepada satu perkara yang sangat buruk yang boleh berlaku ke atas dirinya seperti membayangkan perasaan kemurungan, ngeri, ketakutan dan kemarahan.

Upload: sepangebab

Post on 16-Nov-2015

222 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kaunseling

TRANSCRIPT

Soalan BDalam menangani masalah yang dihadapi oleh Klien, pemilihan teknik yang sesuai perlu diaplikasikan. Kebanyakkan teknik yang digunakan dalam terapi Rasional Emotif tingkah Laku adalah bersifat elektif iaitu gabunggan beberapa kaedah atau strategi. Menurut Amir Awang ( 1987), terapi ini memberikan penekanan kepada hubungan antara proses kognitif, emotif dan tingkah laku.

Untuk kajian kes mengenai Klien, sebagai guru pembimbing, kaunselor memilih untuk menggunakan dua teknik kaunseling yang sesuai yang dapat membantu Klien menghadapi masalah yang dihadapinya. Teknik- teknik kaunseling tersebut ialah kognitif dan emotif.

Dalam aspek kognitif, Klien akan disuruh berhujah mengenai kepercayaan- kepercayaan yang tidak rasional dan cuba membuktikannya. Penekanan dalam teknik ini juga menekankan kepada proses aktiviti harian dalam meningkatkan keyakinan diri sepeti seorang yang malu bercakap di khalayak ramai, maka mula-mula dia akan bersyarah di hadapan kawan-kawanya. Seterusnya barulah dia akan berceramah di hadapan khalayak umum Dalam teori ini juga Klien sendiri akan disuruh mencabar sistem kepercayaan dengan bukti-bukti yang sahih.

Manakala dalam aspek emotif pula ianya menekankan kepada menghilangkan rasa malu. Teknik ini menggalakkan Klien tampil di khalayak ramai dengan berhati- hati melakukan satu tingkah laku yang dianggap leceh atau bodoh dan memalukan. Pada masa yang sama kilen akan digalakkan untuk merasai secara kognitif dan emotif hanya kepada perkara-perkara yang boleh dimanfaatkanya dan bukan malu apabila tingkah laku tersebut tidak diterima oleh orang lain.

Selain itu, Imageri Rasional Emotif juga turut ditekankan di dalam aspek emotif ini. Klien akan membuat imagaginasi kepada satu perkara yang sangat buruk yang boleh berlaku ke atas dirinya seperti membayangkan perasaan kemurungan, ngeri, ketakutan dan kemarahan. Selepas itu Klien akan berusaha untuk merasai kekecewaan, kesediahan dan kehampaan secara tepat.

Disamping itu, kilen juga akan ditunjukkan bagaimana untuk membina kenyataan diri yang realistik dan rasional. Klien juga diajar bagaimana untuk menyemaikan kenyataan bersungguh ke dalam fikiran dan jiwanya sehingga dia yakin dan percaya dengan bersungguh- sungguh.

Melalui aspek emotif juga, Klien akan merakamkan irrational- beliefs ke dalam pita rakaman dan berhujah mengenainya dengan kuat dalam pita tersebut. Kemudian Klien akan mendengar semula pita tersebut dan menyuruh orang lain mendengarnya. Seterusnya Klien akan mendengar sama ada ianya cukup kuat dan bertenaga.

Selaian itu, penggunaan aspek jenaka turut di selitkan didalam aspek emotif ini. Ellis (1978) telah mengemukakan lirik lagu yang diciptanya sendiri dan didapati ianya berkesan sama ada dijalankan dalam sesi kaunseling individu, bengkel dan latihan intensif. Lirik-lirik lagu ini menggunakan kata-kata yang berunsur lucu dan rasional.

Terdapat juga latihan di bawah aspek emotif ini. Di dalam kelompok kecil ini, kaunselor akan berhujah dengan kepercayaan yang tidak rasional ahli secara aktif.

Hubungan interpersonal juga turut ditekankan dalam aspek emotif ini. Klien diajar tentang kemahiran interpersonal dan cara-cara untuk mengaplikasikannya dalam hubungan dengan ahli keluarga dan orang lain. Terapi rasional emotif bukan sahaja menghuraikan diri Klien sendiri serta perhubungannya dengan orang lain tetapi juga menunjukkan cara berhubung dan berkerjasama dengan baik bersama-sama dengan orang lain.

Selain itu juga, didalam aspek emotif ini juga, main peranan turut dititik beratkan. Klien akan menunjukkan semula tingkah laku kebimbangan, kemarahan dan kemurungan. Kaunselor akan menerangkan bagaimana ianya terjadi. Kemudian peranan akan diambil alih oleh kaunselor pula sehingga Klien boleh menerangkan semula bagaimana pemikiran yang tidak rasional itu boleh berlaku.

Dalam kes yang di hadapi oleh Klien, guru seharusnya meminta Klien mengemukakan apakah sebab dan hujah mengapa dia mesti mendapat markah yang tinggi seperti mana yang beliau dapat semasa berada di sekolah lamanya sedangkan ianya memberikan kesan sampingan yang negatif kepada dirinya iaitu perasaan gementar dan bimbang.

Guru seharusnya menunjukkan kepada Klien bahawa ianya tidak logik serta menerangkan kepada Klien mengepa dan bagaimana beliau berkeadaan demikian. Kemudian guru akan menunjukkan tentang perhubungan antara pemikiran tidak rasioanal dengan keadaan gementar dan bimbang yang dihadapi oleh Klien.

Antara langkah yang boleh diambil oleh guru dalam menangani masalah Klien ini seterusnya ialah dengan meminta Klien mempercayai bahawa pemikiran itu boleh dicabar dan seterusnya dapat di ubah dengan cara menyoal dan mencabar tentang kesahan idea-idea yang dipegang oleh Klien tentang dirinya.

Kemudian, guru hendaklah membantu Klien mengenal pasti pemikiran yang tidak rasional serta memberikan galakkan kepada Klien supaya dapat memperkukuhkan dan membangunkan falsafah hidup yang rasional supaya beliau tidak menjadi mangsa kepada kepercayaan dan pemikiran yang tidak rasional.

Amir Awang (1987). Teori-teori kaunseling dan psikoterapi. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.Ishammuddin Hj. Ismail (1999). Panduan Asas Kaunselor Muslim. Kuala Lumpur. Aras Mega (M). Sdn. BhdMok Soon Sang. ( 2003 ). Ilmu Pendidikan KPLI,Subang Jaya, Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Sapora Sipon & Rohaya Husin. 2007. Teori Kaunseling dan Psikoterapi. Nilai. Universiti Sains Islam.

http://bimbingandankaunseling.blogspot.com/2010/06/kemahiran-asas-kaunseling.htmlhttp://ekaunseling.koleksiminda.com/Teori-REBT.phphttp://qalamsaffiyah.blogspot.com/2012/06/teori-rebt.html

Kemahiran Memberi Tindak Balas Yang SesuaiTindakbalas yang akan dibincang di sini ialah parafrasa dan refleksi. Menurut Kamus Dewan 1998, Parafrasa ialah pengungkapan semula kandungan sesuatu tulisan karangan dan sebagainya dengan memakai kata-kata lain tanpa mengubah makna asalnya. Secara amnya, parafrasa mengulang kandungan yang telah diucap tetapi bukannya membuat ringkasan, manakala refleksi memfokuskan mengulang perasaan yang terkandung dalam ucapan. Contohnya, Hassan merasa bimbang untuk mendapatkan keputusan yang tinggi sepertimana beliau peroleh semasa di sekolah lama, saya boleh beritahunya dengan berkata: Anda seolah-olah menghadapi masalah dalam diri anda tentang markah pembentangan. (memparafrasa) atau Anda seolah-olah bimbang tentang pembentangan ini. (refleksi)Dalam kaunseling, parafrasa merujuk kepada pengungkapan semula kandungan sesuatu dalam komunikasi lisan daripada seseorang klien. Ia bergantung penguasaan kemahiran mendengar serta kemahiran mengingat. Tujuan menggunakan parafrasa ini ialah bukan sahaja menunjukkan bahawa kaunselor sedang mendengar dengan teliti, tetapi juga memahami maksudnya dengan tepat. Yang penting sekali ialah parafrasa pula berfungsi mendorongkan klien meneroka perasanya lebih mendalam serta membina hubungan baik di antara kaunselor dengan klien. Kata-kata mula bagi parafrasa biasanya mengandungi kata-kata seperti: Anda seolah-olah kata... manakala , kata-kata akhir biasanya mengandungi kata seperti: Adakah ini betul? atau Adakah fikiran saya betul?