new microsoft word document

15
Kesannya mereka berjaya mewujudkan interaksi yang harmoni dengan penduduk, alam sekitar dan sistem: Sanggup berkahwin dengan penduduk tempatan (Cina Baba). Mengamalkan budaya kehidupan seharian Orang Melayu. Amalan dan adat resam pendatang diterima pakai oleh penduduk tempatan. Mereka berinteraksi, berakomodasi, berasimilasi dan mengamalkan budaya masyarakat tempatan i.e pakaian kebaya dalam masyarakat Baba- Nyonya Melaka. Di samping itu mereka juga tidak lupa menerapkan budaya mereka kepada masyarakat tempatan, i.e adat bersanding, sirih junjung, bunga manggar, bunga telur dan sebagainya

Upload: ahmad-afiq

Post on 01-Oct-2015

225 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

yyyyy

TRANSCRIPT

Kesannya mereka berjaya mewujudkaninteraksi yang harmoni dengan penduduk,alam sekitar dan sistem:

Sanggup berkahwin dengan penduduktempatan (Cina Baba).

Mengamalkan budaya kehidupan seharianOrang Melayu.

Amalan dan adat resam pendatangditerima pakai oleh penduduk tempatan.

Mereka berinteraksi, berakomodasi, berasimilasi dan mengamalkan budaya masyarakat tempatan i.e pakaian kebaya dalam masyarakat Baba-Nyonya Melaka.Di samping itu mereka juga tidak lupa menerapkan budaya mereka kepada masyarakat tempatan, i.e adat bersanding, sirih junjung, bunga manggar, bunga telur dan sebagainya

2.1 Tamadun Melayu

Tamadun Melayu berdiri berasaskan terasnya iaitu orang Melayu. Oleh yang demikian, ianya berkembang di kawasan-kawasan yang dihuni oleh orang Melayu dan dikenali sebagai kepulauan Melayu. Pusat-pusat Tamadun Melayu mengalami perkembangan tamadun yang panjang dan ianya telah berlaku ratusan tahun dahulu.

Ada sumber mengatakan, Tamadun Melayu ialah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang-orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti gugusan Kepulauan Melayu, gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawi.Menurut Kamus Dewan pula, Melayu ialah nama suatu bangsa dan bahasa terutamanya di Semenanjung Malaysia. Ensiklopedia bebas pula menyatakan Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa melayu dan mengamalkan adat resam orang melayu dan pemerintah Malaysia pula mendefinisikan Melayu sebagai penduduk pribumi yang bertutur dalambahasa Melayu, beragamaIslamdan yang menjalani tradisi dan adat-istiadat Melayu.

Siapa yang dikatakan Melayu? Mereka yang dikatakan Melayu secara normalnya mempunyai kulit berwarna coklat, fizikalnya tahap sederhana tetapi gagah dan bersopan santun atau lemah lembut. Mereka juga dikenali atau dilabel sebagai bumiputeradi Semenanjung Malaysia.

Menurut undang-undang, istilah Orang Melayu telah ditakrifkan di bawah perkara 160(2) Perlembagaan Malaysia, iaitu: menganut agama Islam, berbahasa Melayu, mengamalkanadat Melayu, telah dilahirkan di Tanah Melayu atau di Singapura sebelum hari Merdeka atau anak yangdilahirkan oleh salah seorang daripada ibu bapanya yang dilahirkan di Tanah Melayu ataudi Singapura, atau pada hari Merdeka ia bermastautin di Tanah Melayu atau di Singapura, danuriat kepada orang-orang sedemikian.

2.2 Tamadun Cina

Hubungan antara China dengan alam Melayu sudah lama wujud iaitu sebelum permulaan tahun masihi iaitu sejak zaman Dinasti Han (140-117 S.M).Hubungan China dengan alam Melayu melonjak ke peringkat yang lebih tinggi sesudah munculnya Dinasti Tang (618-907 M) dan Empayar Srivijaya di alam Melayu pada abad ke-7. Pemerintahan zaman Dinasti Tang (618-907 M) telah mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara luar melalui pembukaan tujuh jalur jalan dagang dengan dunia luar, satu daripadanya ialah perjalanan laut dari Guangzhou dengan India, Parsi dan Arab melalui alam Melayu.

Zaman gemilang hubungan tamadun Melayu-China berlaku dalam zaman Dinasti Ming pada abad ke-15.Persahabatan antara Melaka dan China wujud sebelum itu lagi apabila Melaka di bawah pemerintahan Raja Parameswara (Sultan Iskandar Syah) menjadi destinasi pertama misi Maharaja Ming Cheng Zhu ke alam Melayu pada tahun 1403. Sejarah pembukaan hubungan diplomatik antara China dengan Melaka itu tercatat dalam Ming Shi (Sejarah Dinasti China)

Hubungan Melayu-China yang kurang aktif disebabkan masalah dalaman kerajaan China dan penjajahan Barat di alam Melayu terjalin semula dalam abad 18/19, tetapi dengan pola yang jauh berbeza, kerana kedatangan orang Cina bukan dibawa oleh pemerintah Cina atas hubungan diplomasi, melainkan dibawa oleh penjajah Barat untuk memenuhi keperluan ekonominya, dengan kebanyakan pendatang itu dijadikan buruh di lombong bijih timah dan sebilangan yang lain mencuba nasib dalam perniagaan.

Mengikut kajian sejarah, Tamadun China telah datang ke dalam Tanah Melayu melalui hubungan perdagangan. Ianya bermula di Jakarta (1619) dan Singapura. Di Singapura lebih pesat pada tahun 1819 selepas pembukaannya oleh Raffles dan pada tahun 1845, hampir separuh dari penduduk Singapura ialah pendatang Cina. Pola penduduk ini juga berlaku di pusat-pusat bandar seperti Pulau Pinang, Melaka dan Kuching. Mereka menjadi sumber buruh di Tanah Melayu dan merupakan modal dalam perkembangan perdagangan import dan eksport antara Barat dan Timur.

Pemujaan atau penyembahan roh nenek moyang adalah penting. Penyembahan ini dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali setahun iaitu menjelang Tahun Baru iaitu sepuluh hari sebelum dan sepuluh hari selepas perayaan Cheng Beng dan bila-bila masa terutamanya pada hari ulang tahun kelahiran dan kematian mereka. Pemujaan juga dijalankan semasa sambutan ulang tahun pelbagai dewa dan dewi serta Hari Wesak. Namun begitu, terdapat juga kaum Baba dan Nyonya terutamanya kaum Nyonya yang tidak menjalankan sesetengah upacara pemujaan ini. Mereka akan ke kuil Hindu dengan membawa kelapa dan pisang kepada sami untuk sembahyang, melumurkan debu suci di atas dahi dan membawa pulang seketul arang dari lombong untuk digunakan dalam acara berjalan di atas bara.

Masyarakat Baba dan Nyonya tidak bercakap menggunakan bahasa nenek moyang mereka sebaliknya bercakap menggunakan bahasa Melayu dikenali bahasa Melayu Baba. Mereka akan mencampurkan perkataan dan frasa bahasa Melayu dan bahasa Hokkien. Kadangkala, bahasa Portugis dan Tamil juga dicampuradukkan ke dalam bahasa tersebut. Berbeza dengan masyarakat Baba dan Nyonya Pulau Pinang. Mereka tidak bercakap dan menggunakan budaya Melayu. Sebaliknya, pelbagai jenis bahasa Hokkien walaupun mereka fasih berbahasa Melayu.

Kebanyakan daripada mereka masih mengamalkan adat dan peraturan Cina tradisional tetapi adat dan kebudayaan Melayu masih lagi dominan mempengaruhi kehidupan sosial masyarakatnya. Mereka harus belajar cara terbaik melayan orang-orang yang lebih tua, cara berpakaian yang sempurna dan berkeyakinan serta bagaimana dan bila harus memohon sembah. Mereka juga harus berjalan dengan lemah-lembut dan apabila duduk tidak boleh bersilang kaki.

Makanan kaum ini adalah mengikut cita rasa masakan Melayu, Cina, India dan Serani. Terdapat juga sesetengah hidangan istimewa masyarakat Baba yang dikenali sebagai makanan Nyonya iaitu gabungan masakan Cina dan Melayu tetapi mengikut cara Baba yang tersendiri. Biasanya, masakan Nyonya adalah pedas dan menggunakan banyak cili. Malah mereka sentiasa menyediakan sambal untuk dimasak bersama daging atau ikan atau udang bersama-sama dengan sayur, sup dan nasi sebagai hidangan harian. Mereka juga menggunakan perencah yang biasa digunakan oleh orang Melayu iaitu belacan, asam, buah keras, lengkuas, dan serai di samping bahan masakan orang Cina mengikut kesesuaian jenis makanan.

Kuih Ku Merah misalnya merupakan kuih kaum Cina yang dibuat dari pulut dan kacang hijau. Ia biasanya dihidangkan semasa anak yang dilahirkan mencapai umur satu bulan. Kuih dodol, kuih karas, dan kuih wajik adalah kuih tradisional Melayu tetapi menjadi hidangan istimewa masyarakat Baba. Kuih mereka yang asal adalah seperti kuih koci dan kuih talam.

Ia dilakukan beberapa minggu sebelumnya, di mana rumah-rumah dibersih, dikemas dan dicat. Kain langsir dan alas meja ditukar baru dan kain chyee kee iaitu kain merah yang panjang digantung di hadapan pintu besar sehari sebelum Tahun Baru tiba. Pada malam tersebut, semua anggota keluarga berkumpul bersama untuk makan malam dengan diiringi oleh bunyi petas (mercun) untuk mengirimkan hari terakhir tahun lama. Ia akan dibunyikan sehingga keesokan pagi. Pintu rumah sentiasa dibuka hingga lewat malam untuk menyambut tahun baru. Membakar petas dan bunyi-bunyi meriah akan mengusir tanda dan niat jahat keluar.

Pada hari pertama Tahun Baru, mereka akan memakai pakaian baru. Pada pagi hari lagi saudara- mara akan mengunjungi dan mengucapkan Selamat Tahun Baru. Kanak-kanak atau orang dewasa yang belum berkahwin akan diberi ang pow. Pada hari ini, mencuci dan menyapu sampah tidak dibenarkan bagi mengelakkan rezeki baik yang dibawa oleh Tahun Baru diusir keluar. Pada hari kelima belas, perayaan Chap Goh Mei disambut bagi menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Bunyi petas akan kedengaran untuk kali yang terakhir. Mereka akan ke kuil-kuil Cina untuk bersembahyang dan membawa pulang abu-abu suci untuk disimpan. Manakala, anak-anak dara akan melemparkan buah limau kedalam sungai dengan harapan untuk mendapat suami yang baik.

Pada peringkat awal, sebelum majlis perkahwinan berlangsung, pihak lelaki akan menghantar wakil bagi merundingkan hal perkahwinan. Pihak perempuan akan menetapkan masa yang tertentu untuk memberikan persetujuan. Pasangan ini tidak dibenarkan berjumpa antara satu sama lain sehingga hari perkahwinan. Pada hari perkahwinan, pengantin perempuan akan memakai baju yang disulam indah, menarik dan berwarna-warni yang dikenali sebagai kuah.

Pada hari perkahwinan juga hanya pihak lelaki yang akan mengadakan kenduri. Pihak lelaki bersama-samapengantin lelaki akan menjemput pengantin perempuan kerumah persatuan dimana diadakan jamuan the bagi menjalani istiadat perkahwinan mereka. Upacara dimulakan dengan pemberian Chiu-thau yang dianggap suci dan disusuli pula dengan Chim-Pong apabila kedua-dua pengantin bertemu buat pertama kalinya semasa menziarahi Dewa Syurga, Bumi dan Manusia di hadapan tempat pemujaan khas bertingkat tiga yang dipanggil Sam Kai.

Pada umumnya, China kaya dengan bahasa. Bangsa Han mempunyai tujuh jenis loghat;

-Loghat Bei Fang Hua atau loghat utara-Dialek Wu-Dialek Xiang-Dialek Gan-Dialek Kejia atau Hakka-Dialek Yue atau Kantonese-Dialek Min atau Hokkien

Tulisan Cina dikenali sebagai Hanzi atau tulisan Han. Ada dua jenis tulisan yang utama;

-Wen (gambar-gambar mudah)-Zi (huruf-huruf campuran)

Seni lukis dalam tamadun China merupakan kesenian yang penting kerana mendapat naungan dari istana. Terdapat beberapa jenis seni lukis Cina, antaranya seni potret yang memaparkan dewa-dewi, bangsawan, gadis dan rakyat biasa. Ciri kesenian lukisan Cina ialah dihasilkan secara spontan. Perbuatan spontan ini dibuktikan dengan gerakan berus yang digunakan. Dakwat hitam yang berair membolehkan tangan bergerak dengan lebih bebas dan pantas. Lukisan Cina juga menunjukkan makna sajak.

Pada peringkat awal, dikatakan datang dari Tanah Besar China ekoran daripada hubungan perdagangan kedua-dua belah pihak. Hal ini terbukti dengan penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei (1048) dan di Laren, Jawa (1082) yang mengatakan Islam datang dari Canton dan Hainan pada kurun ke-9. Mewarisi Cina Peranakan yang dikenali sebagai Baba dan Nyonya. Kebudayaan Baba dan Nyonya mempunyai unsur-unsur kebudayaan Melayu. Bahasa Melayu Baba pula banyak dipengaruhi oleh perkataan Hokkien, salah satu cabang dalam bahasa Cina. Cina Peranakan juga turut dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan mereka juga biasa makan menggunakan tangan. Malahan, golongan ini menggunakan kebaya dan kain sarong sebagai pakaian mereka seharian.

Unsur kebudayaan juga dipengaruhi oleh kebudayaan masing-masing. Disebabkan oleh pertukaran barang yang dijadikan sebagai hadiah, Tamadun Melayu telah diperkenalkan dengan pelbagai jenis tekstil seperti kain sutera dan kain kapas, barangan porselin, tembikar dan logam serta makanan seperti kicap, taugeh dan tauhu. Malahan, adat memberi ang pau yang bermaksud sampul merah ketika perayaan Tahun Baru Cina juga diperkenalkan.

Aspek perubatan dan teknologi yang dibawa oleh Tamadun China seperti rawatan akupuntur dan herba adalah sangat mujarab dan bertujuan menyeimbangkan yin dan yang mengikut kepercayaan masyarakat Cina. Perubatan herba Cina menggunakan lebih seribu jenis herba juga dapat mengubati penyakit seperti asma, anemia dan kanser. Teh Cina iaitu teh hijau juga mempunyai banyak khasiat kepada tubuh badan. Dalam bidang teknologi, Tamadun China membawa teknologi membuat gula dari tebu ke Kepulauan Melayu seperti di Jawa selain daripada penghasilan barangan lain seperti kertas, kain, bahan letupan dan lilin.

Menimbulkan konflik seperti rasa tidak puas hati terhadap pencapaian ekonomi pihak yang bertentangan. Penduduk Han di Tenggara China mewujudkan permusuhan dengan orang Islam kerana tidak puas hati terhadap kemewahan orang Islam dalam aktivti perdagangan. Pemberontakan kemudian berlaku pada tahun 758 Masihi dan 876 Masihi menyebabkan orang Islam dibunuh dan ramai yang melarikan diri ke Asia Tenggara seperti Palembang dan Kedah. Selain itu, rasa tidak puas hati orang Islam turut muncul apabila ajaran Konfusianisme diutamakan pada pemerintahan Dinasti Ching. Rasa tidak puas hatiorang Islam disokong oleh gerakan Kaum Muda (Wahabi) dalam kalangan orang Cina beragama Islam.

2.3 Tamadun India

Masyarakat majmuk di Malaysia dibentuk oleh kepelbagaian kaum dan amalan budaya mereka. Masyarakat India merupakan salah satu kompenen penting dalam kependudukan di negara kita. Daripada segi kebudayaan India pula ia adalah sebahagian daripada elemen budaya silam yang menyumbang kepada pembentukan identiti budaya Melayu selain daripada elemen agama Islam. Pengaruh peradaban India berkembang di nusantara secara dominan daripada kurun masihi yang pertama sehingga kurun ke-14 dan ke-15 melalui dua falsafah kepercayaaan yang penting iaitu Hinduisme dan Buddhisme (A.Aziz, 1994). Proses asimilasi budaya Hindu-Budha dalam masyarakat tempatan dikenali sebagai proses penghinduan atau pengindiaan. Ia juga turut terkenal dengan beberapa istilah lain seperti The Greater India danIndianization. Proses ini secara evolusinya berjaya membentuk sistem sosial dalam masyarakat Melayu yang kemudiannya di asimilasi mengikut amalan tempatan.

Kedatangan orang-orang India ke Tanah Melayu berlaku sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada kedatangan masyarakat tersebut. Antara yang terpenting adalah kedudukan Semenanjung Tanah Melayu sebagai tempat persinggahan dan sekali gus sebagai kawasan perdagangan yang menawarkan banyak sumber perdagangan kepada semua pedagang daripada serata negara yang menarik minat pedagang-pedagang dari India Selatan. Mereka menjadikan Semenanjung Tanah Melayu sebagai pusat perdagangan mereka di rantau Asia Tenggara.

Kestabilan politik di Tanah Melayu ketika itu juga mendorong kepada kemasukan imigran India. Pada tahun 1875, British berjaya memulihkan keamanan di Tanah Melayu dengan menamatkan Perang Saudara dan perbalahan kongsi gelap. Pemerintahan British melalui Sistem Residen juga telah menjamin keselamatan harta benda dan nyawa. Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896 telah mewujudkan satu sistem kerajaan yang cekap dan stabil. Keadaan inilah yang mendorong kemasukan imigran India ke Tanah Melayu.Salah satu daripada cara penyebaran tamadun India ke Tanah Melayu adalah melalui aktiviti perdagangan. Secara tidak langsung aktiviti ini telah memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi dengan penduduk setempat. Selain itu, tamadun ini juga disebarkan melalui aktiviti perkahwinan. Pedagang-pedagang dari India telah berkahwin dengan anak pembesar - pembesar di Tanah Melayu.

Perkahwinan campur antara pedagang India dengan penduduk tempatan membentuk komuniti Chetti di Melaka. Mereka merupakan hasil perkahwinan campur antara penduduk yang berbangsa India dengan masyarakat Cina dan Melayu tempatan dan lain-lain. Masyarakat ini wujud hasil daripada hubungan perdagangan yang wujud antara Melaka dengan India semasa kegemilangan kerajaan Melayu Melaka dahulu. Pada masa itu wujud suatu penempatan yang dikenali sebagai Kampung Keling sebagai penempatan para pedagang India bagi memudahkan mereka berurus niaga. Menurut seperti yang tercatat dalam buku Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah, perkataan keling berasal daripada Kaling Gappatinam atau Kalinggam yang dikenali sebagai Benua Keling. Di Pulau Pinang perkahwinan campur antara India Muslim dengan wanita Melayu telah melahirkan komuniti Peranakan Jawi.

Berdasarkan faktor-faktor sejarah dan perkembangan ugama Hindu di Tanah Melayu ini, ciri-ciri kebudayaan dan kesenian masyarakat 'India Chetti' ini hampir merangkumi kebudayaan di negara ini kerana mereka turut mengamalkan perkahwinan campur, adat menyambut tetamu dan pakaian tradisional mereka. Sebagai contoh, pakaian tradisional mereka lebih mirip kepada bangsa Melayu iaitu kebaya labuh dan bersanggul tiga bagi wanita manakala yang lelakinya pula berkain pelekat, baju Melayu labuh dan talapa iaitu kain seperti serban bagi menutup kepala.

Oleh kerana kehidupan mereka dipengaruhi oleh alam sekeliling dan pergaulan dengan masyarakat tempatan, maka makanan harian mereka juga adalah seperti orang-orang Melayu iaitu nasi. Namun terdapat juga makanan tradisi mereka yang biasanya dihidangkan pada hari-hari kebesaran agama atau perayaan. Makanan itu ialahtausedanitali. Kedua-dua makanan ini diperbuat daripada beras yang direndam dan dikisar halus.

Bukti kedatangan Tamadun India dapat dilihat melalui penemuan Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang, Kedah. Candi ini merupakan tinggalan pengaruh ajaran Hindu Kerajaan Chola ketika menguasai Kedah. Kesemua candi yang dijumpai tinggal bahagian tapak sahaja. Candi pada masa dahulu merupakan monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha serta berperanan sebagai rumah ibadat. Candi juga berfungsi sebagai tempat simpan abu jenazah raja dan keluarganya. Di samping itu, candi juga ialah tempat menyimpan patung dewa utama bagi sesebuah kerajaan awal dan menjadi lambang kepada keagungan seseorang pemerintah berdasarkan kehebatan seni binanya. Candi agama Hindu terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu vimana dan mandapa. Vimana ialah bahagian suci tempat arca keagamaan diletakkan dan mandapa ialah bahagian luar candi. Candi berunsur Buddha pula memiliki pelan jeniscruciform.

Terdapat juga penemuan tembikar dan patung-patung agama Buddha di Lembah Bujang, Kedah. Selain itu, bukti kedatangan Tamadun India dapat dilihat melalui penemuan batu bersurat di Sungai Mas (Kedah Tua). Batu bersurat Sungai Mas berkaitan dengan agama Buddha dan mengandungi maklumat tentang agama, pemerintahan, raja dan undang-undang. Bahasa dan tulisan Sanskrit yang terdapat pada batu bersurat jelas menunjukkan arahan dan pemberitahuan yang ditujukan oleh pemerintah kepada rakyat. Oleh sebab bahasa Sanskrit merupakan bahasa keagamaan seperti yang terdapat dalam kitab-kitab berkaitan keagamaan dan bahasa berkaitan dengan pemerintah dan ilmu, maka, banyak perkataan tersebut masih kekal terdapat dalam bahasa Melayu dan bahasa lain di Asia Tenggara. Sesetengah perkataannya telah mengalami penyesuaian dengan bahasa Melayu yang ada pada hari ini.

Kesan positif kedatangan Tamadun India ke Tanah Melayu dari segi penyebaran agama ialah agama Hindu dan Buddha telah diterima dan menjadi pegangan penduduk tempatan yang sebelumnya berpegang kepada kepercayaan animisme.

Dari segi sistem pemerintahan, konsep Dewarajadalam bahasa Sanskrit yang bermaknaGod Kingdiperkenalkan pada masa dahulu. Ini merupakan konsep ketuhanan agama Hindu yang membesarkan keagungan dewa-dewi dan dikaitkan dengan kedudukan serta status raja sebagai jelmaan Tuhan. Konsep ini telah diaplikasikan semasa upacara pertabalan raja-raja. Simboliknya upacara ini adalah untuk mengekalkan status tinggi raja sebagai pemerintah tertinggi negara kita.

Manakala dari segi bahasa dan kesusasteraan pula, bahasa Sanskrit telah mula tersebar di Tanah Melayu. Ini dapat dibuktikan melalui penemuan Batu Bersurat Talang Tuwo, Batu Bersurat Terengganu dan sebagainya. Pada Batu Bersurat Terengganu, selain daripada perkataan Arab, turut ditemui juga 29 perkataan daripada bahasa Sanskrit. Sesetengah perkataan bahasa Melayu yang kita gunakan sekarang sebenarnya berasal daripada bahasa Sanskrit seperti perkataan bhakti, bhumi, dosa dan banyak lagi.

Kesusteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana dan Mahabharata juga tersebar. Hikayat Seri Rama yang cukup terkenal sebenarnya telah mendapat inspirasi daripada Epik Ramayana. Selain itu, Epik Mahabharata turut diberi wajah tempatan dan lahirlah hikayat seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Panca Delima dan Hikayat Sang Boma. Karya kesusasteraan Melayu tradisional amat menitikberatkan aspek kesenian, keromantisan, keagungan raja-raja dan menyelitkan unsur epik dan mitos. Ia juga turut diaplikasi dalam persembahan wayang kulit.

Dari segi adat resam dan budaya, kedatangan agama Hindu mempengaruhi kehidupan seharian dan adat resam masyarakat Melayu seperti amalan jampi dan mentera untuk mengubati orang sakit. Amalan adat dalam kalangan masyarakat Melayu seperti melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai juga merupakan adaptasi daripada pengaruh agama Hindu.

Dari segi ekonomi dan sosial pula, aktiviti perdagangan sekitar abad ke-14 dan ke-15 masihi membolehkan Melaka muncul sebagai sebuah pelabuhan entrepot dan kota metropolis yang sangat terkenal di seluruh nusantara pada masa itu. Ekonomi di Tanah Melayu pada ketika itu juga turut berkembang ekoran daripada perkembangan pesat dalam pengeluaran kelapa sawit, getah dan sebagainya.

Kedatangan para pedagang India Islam terutamanya dari wilayah Benggala ke Melaka membentuk masyarakat campuran hasil daripada perkahwinan mereka dengan wanita-wanita tempatan. Kumpulan ini memberi impak yang kuat pada perkembangan di negeri itu. Zaman kegemilangan Melaka memperlihatkan pengaruh India-Islam dalam hal ehwal politik di dalam kerajaan itu. Kedatangan tamadun India juga telah melahirkan masyarakat majmuk yang mempunyai pelbagai kebudayaan dan adat resam. Ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang berbilang kaum dan kaya dengan adat resam.

Dari segi seni bina,pengaruh India tidak banyak mempengaruhi bangunan di Malaysia. Pendatang India banyak mendirikan kuil-kuil agama Hindu yang banyak menyerupai bentuk seni bina seperti kuil Hindu di India. Namun begitu pengaruh seni bina Selatan India, banyak mempengaruhi binaan masjid. Masyarakat India Selatan yang beragama Islam yang disebut sebagai Klings atau Keling lebih suka dengan gaya seni bina Islam mereka (Vlatseas, 1990). Masjid Kapitan Kling (1802-1803), Pulau Pinang salah satu contoh seni bina Selatan India, dibina oleh ketua masyarakat India Muslim atau Kapitan. Seni bina India Muslim ini jelas kelihatan pada menara yang tinggi dan kubah potong bawang.

Di samping itu, terbinanya bandar-bandar yang lebih terancang. Kesan akibat perkembangan bandar ialah mendorong terbinanya sistem pengangkutan moden yang lebih baik. Ia juga melahirkan kemudahan persekolah untuk penduduk setempat memperolehi pendidikan. Contohnya, sekolah terawal di Malaysia ialah Penang Free School yang telah dibuka pada tahun 1825. Kesan yang lain ialah taraf kesihatan yang lebih tinggi di bandar dan terdapatnya kemudahan perubatan seperti hospital, pusat penyelidikan dan sebagainya. Kemudahan hospital yang terawal di Malaysia dibina di bandar-bandar perlombongan seperti di Taiping pada tahun 1878.

Terdapat juga kesan-kesan negatif akibat kedatangan bangsa India. Antaranya ialah kejatuhan empayar Melaka. Kejatuhan empayar ini dikaitkan dengan pergolakan politik yang melibatkan beberapa tokoh India Muslim di Melaka pada pertengahan abad yang ke-15. Konflik yang berlaku antara Bendahara Tun Mutahir dengan Sultan Mahmud Shah digunakan oleh Raja Mandeliar bagi mendapatkan pengaruh daripada pihak sultan. Peristiwa ini akhirnya menjadi faktor yang mempercepatkan keruntuhan Kesultanan Melayu Melaka ditangan Portugis pada tahun 1511.

Antara kesan negatif dalam bidang sosial dan ekonomi akibat daripada kemasukan imigran India ke Tanah Melayu adalah menyukarkan proses perpaduan kaum kerana mereka telah membentuk organisasi sosial dan budaya masing-masing. Manakala dari segi struktur kemasyarakan pula, akibat pengaruh dari sistem kasta (susun lapis dalam masyarakat) terdapat pemisahan jenis golongan atasan atau bangsawan yang dianggap lebih mulia dengan golongan rakyat biasa. Pengaruh ini telah membawa kepada munculnya masyarakat feudal dalam kehidupan masyarakat Melayu. Selain itu, akibat daripada perkahwinan campur menyebabkan kes perebutan anak apabila pasangan itu sudah bercerai dan anak akan dibawa lari ke negara asal mereka. Keadaan ini akan merumitkan lagi keadaan.

Kesan akibat kemasukan secara beramai-ramai imigran India telah membawa kepada pertambahan penduduk di Tanah Melayu. Keadaan ini menyebabkan kawasan bandar lebih ramai didiami oleh kaum bukan Melayu yang menjadi pusat perkembangan ekonomi moden. Dari segi pendidikan pula, kesan negatif akibat daripada kedatangan tamadun India adalah pengenalan kepada sistem pendidikan vernakular dengan sukatan pelajaran yang berbeza. Ini menyebabkan sukatan pelajaran yang diajar di sekolah tidak selaras dan menyukarkan para pelajar.

2.4 Tamadun Islam

Islam mempunyai kaitan yang rapat terhadap perkembangan tamadun manusia termasuklah di Malaysia. Perkataan Islam itu sendiri berasal daripada perkataan Arabsalimabererti selamat sentosa atau kedamaian. Dari perkataansalimaini lahir perkataanaslamayang bermaksud terpelihara dalam keadaan selamat sentosa. Ia juga bererti menyerah diri, tunduk patuh dan taat.

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu menganut fahaman animisme. Keadaan ini berubah selepas kedatangan Islam yang membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan Tuhan yang banyak. Bermula dengan konsep keesaan Tuhan dan ibadat yang luas Islam telah berjaya menarik minat masyarakat tempatan. Sejak kedatangan Islam, kehidupan harian masyarakat Melayu dan adat istiadat tertentu yang didapati bertentangan dengan akidah ditinggalkan secara beransur-ansur (Ruslan Zainuddin, 2004).

Agama Islam menjadi asas utama dalam pembentukan Tamadun Melayu dahulu dan sekarang. Islam telah menjadi agama rasmi sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 160(2) Perlembagaan Malaysia. Islam juga menjadi anutan yang tidak boleh dipisahkan daripada Tamadun Melayu. Dalam perkembangannya, tamadun Melayu semakin mantap dengan kedatangan agama Islam dan kewujudan adat istiadat Melayu. Islam dan adat budaya Melayu telah berinteraksi dan berintegrasi antara satu sarna lain serta saling melengkapi antara keduanya dalam Tamadun Melayu.

Kedatangan Islam telah menyebabkan berlaku proses Islamisasi di alam Melayu dengan kesan-kesannya sebagaimana yang dilihat dalam sejarah. Antaranya, berlaku perubahan akidah Melayu kepada kehidupan kerohanian. Namun, masih ada unsur unsur budaya Hindu-Buddha dan animisme yang masih diamalkan. Proses Islamisasi dalam masyarakat Melayu telah merubah pelbagai aspek kehidupan seperti rohani, intelektual dan kemasyarakatan.

Perkembangan Islam di alam Melayu unik kerana tidak terdapat sebarang bukti penggunaan kekerasan atau ekspedisi-ekspedisi ketenteraan yang motif utamanya mengembangkan Islam. Jika ada pun, perselisihan yang wujud adalah bersifat setempat dan tidak menyeluruh disebabkan faktor keengganan menerima perubahan.Tarikh sebenar kedatangan Islam ke alam Melayu masih lagi menjadi bahan pertikaian dan perdebatan. Meskipun sedemikian, setidak-tidaknya terdapat beberapa bahagian di alam Melayu yang telah pun menerima Islam sejak abad ke-7 ataupun ke-8 masihi seperti di Sumatera sementara di Tanah Melayu pula sejak abad ke-9 atau ke-10 masihi. Ramai juga sarjana yang meletakkan bahawa kemasukan Islam ke Sumatera dan Tanah Melayu sebenarnya lebih lewat dari itu dan mengatakan bahawa di Sumatera sekitar abad ke-13 sementara di Tanah Melayu pada abad ke-14.

Secara umumnya, terdapat tiga teori dalam melihat kedatangan Islam ke mlam Melayu. Tiga punca ini termasuklah Islam dibawa dari Tanah Arab, dari China dan dari India. Terdapat satu persamaan dalam ketiga-tiga teori ini iaitu agama Islam berkembang melalui perdagangan.

Islam dari Tanah Arab.John Crawford mengatakan agama Islam datang secara langsung dari Tanah Arab pada abad ke-7M. Bukti yang dikemukakannya ialah pedagang Arab sudah lama berdagang di alam Melayu iaitu sejak Zaman Jahiliyah sehinggalah ke Zaman Islam.S.M. Naquib al-Attas pula menegaskan bahawa kandungan persuratan Melayu Islam dengan istilah dan konsep serta tulisan Jawi yang digunakan menunjukkan sumber Arab atau Timur Tengah sebagai puncanyakedatangan Islam. Selain itu, Islam turut disebarkan melalui perkahwinan seperti perkahwinan antara Ali bin Muhammad ibn Jaafar iaitu salah seorang daripada ahli rombongan Muhamad bin Jaafar al-Siddiq dengan Puteri Makhdum Tanshuri iaitu adik perempuan raja Perlak.Maharaja Derbar Raja II, raja Kedah telah pun diislamkan pada tahun 531 H/1136 M oleh Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad al-Qaumiri seorang ulama berbangsa Arab yang datang dari Yaman.

Islam dari India.Pada zaman pemerintahan Kesultanan Delhi (abad ke-13), agama Islam sudah bertapak di India. Kota Baghdad telah merosot kerana ditawan oleh tentera Mongol. Kerajaan Islam di Sepanyol pula menghadapi Perang Salib. Akibatnya, banyak orang Islam yang berhijrah ke Timur (alam Melayu). Para sarjana seperti S.Q. Fatimi, Morison Harison, RA. Kern dan Snouck Hurgronje berpendapat bandar pelabuhan Gujerat di India memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam melalui perdagangan.Snuck Hurgronje dan Brian Harisson (orientalis Barat) telah menyatakan, Masyarakat alam Melayu memandang India bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan termasuklah akhirnya dalam persoalan agama. Penemuan batu nisan di Pasai yang bertarikh 1428M dan di Gerisik yang bertarikh 1419M oleh Morquette merupakan bukti Islam dibawa ke Pasai melalui perdagangan. Bentuk fizikal kedua-dua batu nisan ini mempunyai ciri persamaan dengan batu nisan di Gujerat. Realiti ini membawa pada kesimpulan sejarah oleh sejarawan iaitu Islam sampai ke alam Melayu pada awal kurun ke-15M. Selain itu, persamaan mazhab iaitu mazhab Shafie menyebabkan Thomas Arnold dalam bukunyaThe Preacing of Islammeletakkan bahawa Islam di Asia Tenggara dibawa oleh pedagang dan pendakwah dari Malabar.

Islam dari China.Emanuel Godinho De Evedia mengatakan Islam datang ke nusantara dari China melalui Canton dan Hainan pada kurun ke-9 masihi. Pendapat ini terbukti dari hasil penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu yang terletak di pantai Timur Tanah Melayu. Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas, pemberontakan di Canton (878 masihi) telah menyebabkan para pedagang Islam berhijrah ke Kedah dan Palembang demi mendapatkan perlindungan.Kedatangan mereka ke Kedah dan Palembang ini dijadikan asas teori Islam datang dari China.

Pedagang-pedagang Arab telah singgah di beberapa pelabuhan di alam Melayu untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman sebelum meneruskan perjalanan ke negara China. Semasa singgah di alam Melayu, mereka berpeluang mengenal adat resam penduduk tempatan. Sebilangan dari mereka telah berkahwin dengan penduduk tempatan dan mengislamkan isteri serta keluarga pihak isteri. Perkampungan Arab telah wujud dengan banyaknya di Campa, Kemboja dan Sumatera. Ini menyebabkan Islam dapat disebarkan dengan mudah dan meluas.

Raja serta golongan bangsawan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap penduduk tempatan. Penduduk tempatan akan mengikut segala tindakan raja atau ketua mereka. Ini menyebabkan penduduk tempatan memeluk agama Islam.

Raja yang memeluk agama Islam akan mengamalkan pentadbiran bercorak Islam seperti Melaka di Tanah Melayu. Kerajaan Islam telah meluaskan jajahan takluk dan menyebarkan agama Islam kepada penduduk tempatan. Contohnya, Bendahara Tun Perak di Melaka telah meluaskan kuasanya ke Pahang, Pattani, Terengganu, Johor, Bangkalis, Siak, Kampar, Rokan dan Inderagiri. Penduduk tempatan dapat menerima kemasukan Islam dan telah memeluk Islam tanpa sebarang paksaan.

Banyak tokoh mubaligh muncul pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1505-1535). Antaranya ialah Abdul Rauf Singkel, Hamzah Fansuri dan Nuruddin al-Raniri. Tokoh-tokoh tersebut menyebarkan Islam secara berhikmah dengan akhlak yang mulia, rasional dan bijaksana. Mubaligh menyebarkan Islam melalui ceramah (khutbah) dan penulisan kitab. Mubaligh yang terkenal di Demak ialah Wali Songo atau Wali Sembilan yang sangat giat menyebarkan Islam.

Setiap kerajaan Islam yang kuat dan masyhur akan memainkan peranan penting sebagai pusat kebudayaan Islam di alam Melayu. Pada mulanya peranan ini dimainkan oleh Perlak dan Pasai, kemudian diambil alih oleh Melaka, Acheh dan Riau. Pusat tersebut juga terkenal sebagai pusat perdagangan dan pusat intelektual. Pusat tersebut mempunyai institusi pendidikan seperti pondok sekolah. Banyak pusat kegiatan intelektual didirikan untuk masyarakat setempat mendalami ajaran Islam.

Kedatangan Islam telah memberi kesan yang besar terhadap masyarakat Melayu. Kesan ini juga jelas dilihat di dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu. Kehidupan masyarakat Melayu banyak diguna pakai dalam adat dan ajaran agama Islam. Kesan dan pengaruh Islam dalam tamadun Melayu adalah seperti berikut:

Agama dan Kepercayaan.

Masyarakat Melayu meninggalkan ajaran Hindu-Buddha dan animisme serta bertukar kepada konsep ketuhanan, hormat-menghormati dan pentingkan soal persamaan taraf. Islam telah mengubahworld viewmasyarakat Melayu daripada mempercayai roh, semangat dan dewa kepada mempercayai Tuhan Yang Maha Esa, nabi-nabi, malaikat dan kitab suci. Walau bagaimanapun, tradisi dan adat lama masih sukar dihapuskan dan hilang sedikit demi sedikit.

Politik dan Pemerintahan.

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah memberi perubahan terhadap sistem politik.Beberapa institusi Islam didirikan bagi membantu mengukuhkan sistem pentadbiran berasaskan Islam. Antara institusi yang didirikan adalah Jabatan Agama Islam dan Syariah.Institusi kesultanan telah diperkenalkan berdasarkan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Tanah Melayu menggunakan undang-undang syariah untuk menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyat sama seperti kerajaan Islam. Gelaran sultan digunakan oleh ketua kerajaan dan baginda menjadi ketua agama Islam. Baginda dianggap sebagai pemegang amanah Allah swt iaitu bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat jelata. Penasihat, ulama dan mufti turut membantu baginda dalam menguruskan pentadbiran. Selain itu, kedatangan Islam telah menyemarakkan semangat jihad orang Melayu menentang penjajah. Semangat yang berkobar-kobar itu akhirnya melahirkan semangat kebangsaan penduduk tempatan untuk menentang penjajah Portugis, Belanda, Sepanyol dan Inggeris.

Bahasa dan Kesusasteraan.

Bahasa Melayu menerima pengaruh Islam pada abad ke-14. Masyarakat Melayu menyesuaikan perkataan Arab kepada bahasa Melayu dan diubah suai sebagai tulisan Jawi. Pada masa itu, bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa persuratan dan sebagai alat penyebaran Islam di seluruh alam Melayu. Berlaku pinjaman kata bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu seperti hakim, mahkamah, akal, tamadun, roh, iman, ilmu.Agama Islam membawa perubahan besar terhadap kesusasteraan Melayu. Antara hasilnya adalah Hikayat Nabi Muhammad saw, Hikayat Para Nabi dan Rasul.

Pendidikan.

Sebelum kedatangan Islam, pendidikan hanya terhad kepada golongan bangsawan.Selepas kedatangan Islam, golongan bawahan menerima pendidikan yang sama seperti golongan atasan. Di Melaka, istana berperanan sebagai institusi pendidikan dan mempunyai perpustakaan untuk menyimpan kitab-kitab dan sastera Islam. Antaranya ialah Kitab Dun al-Manzum, Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammaad Ali Hanafiyah.Sistem pendidikan yang bermula di istana mula beralih ke institusi pendidikan Islam seperti pondok dan madrasah.Sekolah pondok banyak terdapat di Kelantan, Terengganu dan Kedah.Lahirlah para cendiakawan Melayu seperti Hamzah Fansuri dan Syeikh Abdul Malik Abdullah.

Adat dan Cara Hidup.

Tradisi animisme dan Hinduisme telah diganti dengan adat dan cara hidup Islam yang dilakukan sejak individu itu lahir di dunia sehinggalah hari kematiaannya. Tiada lagi sistem kasta yang berasaskan ajaran agama Hindu diamalkan dalam masyarakat Melayu.

Sistem Kekeluargaan.

Keluarga sebagai agen sosialisasi utama dalam masyarakat Melayu di samping komuniti bagi melaksanakan kawalan serta tekanan sosial.Sistem kekeluargaan masyarakat Melayu dan pendidikan berteraskan Islam dan adat.Proses sosialisasi pada tahap kanak-kanak juga memperlihatkan penerapan unsur-unsur Islam yang berterusan. Seseorang kanak-kanak sejak kecil lagi diajar konsep dosa, pahala, haram dan sebagainya.