new microsoft word document (2)

6
KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN faktor yang mempengaruhi ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia • Kedudukan jauh daripada bandar/lokasi • Kekurangan dari segi infrastruktur • Kepercayaan masyarakat/gender • Ketidaksamarataan sosio-ekonomi • Kurang kemudahan kepada pelajar berkeperluan khas di sesetengah tempat • Sikap ibu bapa terhadap pendidikan anak • Jurang digital • Pencapaian murid • Kouta pengambilan • Keluarga • Biasiswa • Masalah peribadi usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mewujudkan kesamaan peluang pendidikan di Malaysia. • Pendidikan percuma pada semua peringkat • Mengadakan kurikulumyang sama • Peluang diberi tidak mengira latar belakang murid • Menggunakan bahasa pengantar bahasa Mandarin & Tamil di sekolah jenis kebangsaan • Mengadakan sistempersekolahan yang sama • Memberi bantuan persekolahan kepada semua • Skim pinjaman buku teks • Sistembaucer tuisyen • Akta pendidikan Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Upload: ctasheela

Post on 16-Nov-2015

222 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

m

TRANSCRIPT

KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN faktor yang mempengaruhi ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia Kedudukan jauh daripada bandar/lokasi Kekurangan dari segi infrastruktur Kepercayaan masyarakat/gender Ketidaksamarataan sosio-ekonomi Kurang kemudahan kepada pelajar berkeperluan khas di sesetengah tempat Sikap ibu bapa terhadap pendidikan anak Jurang digital Pencapaian murid Kouta pengambilan Keluarga Biasiswa Masalah peribadi usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mewujudkan kesamaan peluang pendidikan di Malaysia. Pendidikan percuma pada semua peringkat Mengadakan kurikulumyang sama Peluang diberi tidak mengira latar belakang murid Menggunakan bahasa pengantar bahasa Mandarin & Tamil di sekolah jenis kebangsaan Mengadakan sistempersekolahan yang sama Memberi bantuan persekolahan kepada semua Skim pinjaman buku teks Sistembaucer tuisyen Akta pendidikan

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA.SejarahPendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurangupaya penglihatan dan pendengaran. menunjukkan tarikh-tarikh penting dalam perkembangan pendidikan khas.Di Malaysia pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnyaSekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabethdi Johor Bharu untuk kanak kanak buta.Pada tahun 1954Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekakdi tubuhkan di Pulau Pinang untuk kanak-kanak pekak.Program pemulihan ke atas pelajar lembam(lemah dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap umurnya)bermula pada tahun 1978.Manakala program untuk kanak-kanakBermasalah Pembelajaranbaru bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kaliKementerian Pendidikan memulakan kelas perintis diSekolah Kebangsaan Jalan Batu, KualaLumpur.Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpu kepada kumpulan kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran.

Peristiwa Penting yang Mempengaruhi Perkembangan PendidikanKhas1. DalamDeklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948)menegaskan hak bagi setiap individu mendapat pendidikan. Perkara ini ditegaskan semula dalamPersidangan Dunia bertemakan Pendidikan Untuk Semuadi Jomtien, Thailandyang menekankan:Keperluan-keperluan pembelajaran untuk orang kurang upayamenuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan.2. Pada tahun 1959, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan Hak Kanak-Kanak Sedunia dan antara yang ditegaskan ialah hak kanak-kanak istimewa iaitu mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta peluang menjadi seberapa normal yang mungkin .Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran1961. Dalam Bahagian I (Tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa; sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid murid yang kurang upaya.Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan PendidikanKhas di Malaysia. Perakuan ini menyebut;Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terusdigalakkan.Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan telah bersidang pada 30 Jun 1981 dan memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untuk mengkaji dan menentukan bidang tugas masing-masing mengenai kanak kanakkurang upaya. Kementerian-kementerian yang terlibat selain daripadaKementerian Pendidikan ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebajikan Masyarakat (kini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Kementerian Buruh.Pada amnya, Jawatankuasa ini menetapkan: Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan kanak-kanak bermasalah pembelajaran (terencat akal) yang boleh dididik. Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik.Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti di peringkat awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko.Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Satu bab khusus mengenai Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa: Seksyen 40 and seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai era baru dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pendidikan dikehendaki membuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat.Akta ini juga memperuntukan kuasa kepada Menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas. Amalan pada masa ini, kanak-kanak berkeperluan khas dibenarkan bersekolah sehinggamereka berumur 19 tahun.41. 1. Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), menteri boleh melalui peraturan-peraturan menetapkan:(a) Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan muridyang menerima pendidikan khas;(b) Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas;(c) Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagipendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas; dan(d) Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagimaksud topik ini. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khasyang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau di mana-mana sekolah rendahatau menengah yang difikirkan oleh menteri suaimanfaat..Jabatan Pendidikan KhasSebelum 1995, pendidikan khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas yangdiletakkan di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, yangdikatakan kurang berkesan dalam mengendalikan pendidikan khas negara. Unit inidianggotai oleh hanya empat orang pegawai yang diketuai oleh seorang KetuaPenolong Pengarah. Apabila berlaku penstrukturan baru pada I Oktober tahun 1995,Unit Pendidikan Khas dinaik taraf kepada Jabatan Pendidikan Khas yang statusnyasama dengan status jabatan-jabatan lain Hal ini membolehkan Jabatan in imenjalankan tanggungjawabnya seperti yang dikehendaki oleh negara dan tuntutanmasyarakat. Visi, Misi dan Falsafah Jabatan Pendidikan Khas.Permintaan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak kurang upaya dan kesedaran masyarakat terhadap pendidikan khas juga menjadi faktor utama yang menyebabkan berkembangnya pendidikan ini. Objektif menaik taraf JabatanPendidikan Khas ialah untuk: Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk pelajar dengan keperluanKhas Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap pelajar dengankeperluankhas. Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar dengankeperluankhas. Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini. Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas.Bagi mencapai kelima-lima objektif yang tersenarai, Jabatan Pendidikan Khas terbahagi kepada tiga bahagian dan satu unit:(a) Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Dasar- Bertanggungjawab untuk merealisasikan dasar, hala tuju dan perkembangan pendidikan khas dengan menetapkan peraturan dan perundangan mengenai pendidikan khas dan menyelaras hasil penyelidikan dan kajian dan membuat perancangan bagi pelaksanaan dasar-dasar mengenai pendidikan khas.(b) Bahagian Pengurusan SekolahBertanggungjawab untuk merancang, menggubal, mengubahsuai, mengelola dan menyelaras kurikulum dan kokurikum.(c) Bahagian Latihan dan Khidmat BantuBertanggungjawab untuk menyediakan latihan kepakaran bagi guru-guru dan memberi khidmat bantu kepada pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat disamping merancang, mengurus dan mentadbir pusat sumber jabatan dan sekolah, dan mencetak bahan sokongan (seperti bahan Braille).(d) Unit PengurusanBertanggungjawab untuk meningkatkan kualiti pengurusan Jabatan melalui perbelanjaan kewangan berhemah, peningkatan kebajikan dan kemajuan perkhidmatan warga pendidikan khas, penyebaran maklumat dan penggunaan media elektronik.

Jenis-jenis Sekolah Pendidikan KhasKementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan pendidikan khas melalui dua pendekatan1. Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.2. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid bermasalahpembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengahteknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaransecara pengasingan dan separa inklusif.Tempoh belajar bagi pelajar berkeperluan khas rendah adalah 6 tahun, manakala tempohpelajar bagi pelajar berkeperluan khas menengah adalah 5 tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum sama ada peringkat rendah atau menengahmengikut keperluan pelajar berkenaan (Jabatan Pendidikan Khas, 2004,Kementerian Pendidikan Malaysia, Terdapat enam sekolah pendidikan khas untuk pelajar bermasalah penglihatan dan 25sekolah pendidikan khas untuk pelajar bermasalah pendengaran .Jumlah pelajar di sekolah pendidikan khas bermasalah penglihatan ialah 337 berbanding dengan 2236 pelajar di sekolah pendidikan khas bermasalah pendengaran. Terdapat kira kira99 guru pendidikan khas yang mengajar pelajar bermasalah penglihatanberbanding dengan 531 guru pendidikan khas yang mengajar pelajar bermasalah pendengaran di seluruh negara.Secara umum, pada tahun 2002 daripada jumlah pelajar yang mengikuti program pendidikan khas yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, 70% terdiri daripada pelajar bermasalah pembelajaran, 25% bermasalah pendengarandan 5% bermasalah penglihatan.

Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan KhasSetakat ini kita perbincangan kita telah bertumpu kepada usaha-usaha KementerianPendidikan Malaysia menyediakan pendidikan khas. Selain Kementerian Pendidikan,pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi, persatuan dan badanbadansukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non-GovernmentalOrganisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-ratatempat di negara kita.Peristiwa Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada1986 telah membuka mata pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran daripada itu berbagai-bagai aktiviti dilaksanakan bagimenyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang hal-hal berkaitan dengan kanak kanakberkeperluan khas. Selepas tahun tersebut, bilangan kanak-kanak berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu serta guru pendidikan khastelah bertambah, yang memperlihatkan kesedaran pelbagai pihak terhadapkeperluan pendidikan kepada golongan ini. Antara Badan Bukan Kerajaan yangterlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah:Persatuan Kanak-kanak Spastik(Spastic Childrens Assocation) yang menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun.Pusat Bimbingan Sinaran Matahariyang mengajar kanak-kanak berkeperluankhas kemahiran hidup serta kemahiran sosial.Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewayang terlibat dengan intervensi awal bagi kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara umur 6-16 tahun.Yayasan Sindrom Down Kiwanis(Kiwanis Down Syndrome Foundation) yangkomited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat dalam Malaysia.