new microsoft office word document

10
TUGASAN ________________________________________________________________________ HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK SEMESTER JANUARI 2015 ____________________________________________________________________ ____ ARAHAN KEPADA PELAJAR 1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam bahasa Melayu. 3. Anda dikehendaki menyerahkan tugasan dalam format MsWord melainkan dinyatakan sebaliknya. Anda tidak dibenarkan untuk menukar teks/frasa tugasan tersebut kepada format grafik seperti .jpeg / .gif / print screen / dan lain-lain format berkaitan. 4. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 5. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda. 6. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ONLINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur penghantaran tugasan secara online . Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang dihantar dan bukti penghantaran untuk rujukan sendiri. 7. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. Fail tugasan yang dihantar mestilah dalam format MS-WORD (filename.doc). Sila pastikan fail adalah VERSI TERKINI yang BETUL. Fail yang tersalah hantar hendaklah dihantar semula secara on-line sebelum tamat tempoh penghantaran. 8. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 9hb – 22hb Mac 2015. Serahan selepas 22hb Mac 2015 TIDAK akan diterima. 9. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

Upload: beat-emilia

Post on 18-Nov-2015

18 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

soalan kajian

TRANSCRIPT

TUGASAN________________________________________________________________________

HBML3403LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIKSEMESTER JANUARI 2015________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini.

2. Jawab dalam bahasa Melayu.

3. Anda dikehendaki menyerahkan tugasan dalam format MsWord melainkan dinyatakan sebaliknya. Anda tidak dibenarkan untuk menukar teks/frasa tugasan tersebut kepada format grafik seperti .jpeg / .gif / print screen / dan lain-lain format berkaitan.

4. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.

5. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda.

6. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ONLINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur penghantaran tugasan secara online. Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang dihantar dan bukti penghantaran untuk rujukan sendiri.

7. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. Fail tugasan yang dihantar mestilah dalam format MS-WORD (filename.doc). Sila pastikan fail adalah VERSI TERKINI yang BETUL. Fail yang tersalah hantar hendaklah dihantar semula secara on-line sebelum tamat tempoh penghantaran.

8. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 9hb 22hb Mac 2015. Serahan selepas 22hb Mac 2015 TIDAK akan diterima.

9. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

10. Sila ambil maklum tentang PENALTI yang akan dikenakan ke atas penghantaran lewat tugasan seperti yang tertera di pekeliling pejabat Pendaftar 6/2012 (Rujuk Registrars Announcement di myVLE).

11. Anda perlu memastikan RESIT yang dikeluarkan bagi penghantaran tugasan disimpan sebagai bukti penghantaran. Kegagalan mengemukakan resit dalam sebarang isu yang timbul berkaitan penghantaran tugasan akan mengakibatkan tugasan dianggap TIDAK dihantar.

PENILAIAN

Tugasan ini menyumbang sehingga 40% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan yang dilampirkan.

Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula.

PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

1. Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30%: potongan 20% daripada jumlah markah yang diperoleh. 1. Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50%: potongan 40% daripada jumlah markah yang diperoleh. 1. Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan diberikan.

SOALAN TUGASAN

Nik Safiah Karim (1989), banyak memberikan perhatian tentang kajian bahasa oleh ahli-ahli bahasa Barat. Menurut beliau, laras bermaksud "Gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud variasi bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada setiap penutur".

Berdasarkan kenyataan di atas, buat satu analisis tentang laras bahasa Melayu yang sering digunakan dalam komuniti. Penganalisisan anda perlulah difokuskan kepada beberapa perkara seperti berikut:

Bahagian 1:

(a) Pilih salah SATU laras bahasa dalam bahasa Melayu dan bincangkan laras tersebut dari segi bidang penggunaannya, konsep, dan ciri-ciri khusus laras tersebut.

(b) Penggunaan kata dan ayat sebagai penanda kepada laras bahasa tersebut dalam bahasa Melayu dan berikan contoh-contoh yang sesuai.

Bahagian 2:Bincang dan buktikan bagaimana laras bahasa yang dinyatakan dapat berperanan sebagai pemangkin kepada perkembangan dan memperkayakan bahasa Melayu.

Bagi memantapkan penjelasan bahagian 1, anda diingatkan supaya sertakan contoh-contoh yang sesuai bagi setiap sub topik dalam hujah anda. Untuk bahagian 2 pula, huraikan dengan jelas peranan laras bahasa sebagai alat memperkayakan bahasa Melayu dan sediakan bahan bukti yang merentas pelbagai bidang.

[Jumlah: 40 markah]

PANDUAN PELAJAR

Anda dinasihatkan:1. Berbincang dengan tutor anda bagi mendapatkan khidmat nasihat untuk memahami kehendak soalan, meningkatkan pengetahuan dan membuat penghujahan yang relevan.2. Merujuk kepada modul dan sumber-sumber bercetak lain diperlukan untuk memahami konsep sebelum anda dapat menghuraikan maklumat yang tepat dan sesuai.3. Buat pencarian di internet untuk mendapatkan pelbagai maklumat tambahan atau terkini berkaitan tugasan.4. Mempamerkan kematangan hujah dengan fakta yang releven dan berkreativiti amat diambil kira dalam pemberian markah.

PANDUAN TUTOR

1. Membantu pelajar menyediakan tugasan dengan menjelaskan fakta secara jelas dan relevan.2. Mencadangkan format yang sesuai bagi setiap sub tajuk.3. Membimbing pelajar mengkaji laras bahasa berdasarkan kehendak soalan tugasan berserta contoh-contoh yang sesuai bagi mengukuhkan hujah. 4. Ingatkan pelajar untuk menghuraikan laras bahasa sebagai alat dalam memperkayakan bahasa Melayu dengan jelas dan merentas pelbagai bidang.5. Mohon pelajar rujuk bahan bercetak atau laman web bagi membolehkan mereka menyediakan contohcontoh yang sesuai dan relevan berkaitan laras bahasa yang dibincangkan.6. Kematangan hujah dengan fakta yang relevan dan kreatif amat diambil kira dalam pemberian markah.7. Tutor perlu bimbing pelajar tentang teknik menulis rujukan sama ada buku atau laman web dengan betul. Guna gaya APA.

2

4

Rubrik Tugasan

KriteriaWajaranTidak LengkapLemahSederhanaBaikCemerlangMarkah Penuh

01234

Pengenalan1Tiada pengenalan diberikan.Pengenalan dan objektif penulisan diberikan secara ringkas dan tidak menampakkan keseluruhan penulisan tugasan. Definisi laras bahasa dinyatakan secara ringkas sahaja. Tiada sumber rujukan yang berkaitan dinyatakan dalam penulisan.

Pengenalan dan objektif penulisan yang diberikan agak baik dan menampakkan sebahagian daripada keseluruhan penulisan. Definisi laras bahasa dinyatakan dengan agak baik. Sekurang-kurangnya satu sumber rujukan yang berkaitan dinyatakan sebagai bahan sokongan.

Pengenalan dan objektif yang diberikan baik, relevan, jelas dan menampakkan keseluruhan penulisan. Definisi laras bahasa dinyatakan dengan baik. Sekurang-kurangnya dua sumber rujukan yang berkaitan dinyatakan sebagai bahan sokongan. Pengenalan dan objektif yang diberikan amat baik, terperinci dan amat relevan. Mengemukakan ayat tesis dalam perenggan pertama penulisan yang memberikan impak kepada pengenalan keseluruhan penulisan.Definisi laras bahasa dinyatakan dengan amat baik dan amat jelas. Sekurang-sekurangnya tiga atau lebih sumber rujukan dinyatakan sebagai bahan sokongan.4

Perbincangan tentang salah satu bidang laras bahasa Melayu dari segi bidang, konsep dan ciri-ciri khusus

3

Tiada perbincangan yang berkaitan.

Perbincangan tentang bidang laras bahasa yang dipilih ringkas dan tiada sebarang sumber rujukan serta contoh yang bersesuaian dinyatakan sebagai bahan sokongan penulisan.

Perbincangan tentang bidang laras bahasa yang dipilih sederhana baik. Sekurang-kurangnya dua sumber rujukan berserta contoh yang bersesuaian dan relevan dinyatakan sebagai bahan sokongan penulisan.

Perbincangan tentang bidang laras bahasa yang dipilih baik dan jelas. Sekurang-kurangnya tiga sumber rujukan berserta contoh yang bersesuaian dan relevan dinyatakan sebagai bahan sokongan penulisan.

Perbincangan tentang bidang laras bahasa yang dipilih amat baik, amat jelas dan terperinci. Sekurang-kurangnya empat sumber rujukan berserta contoh yang bersesuaian dan relevan dinyatakan sebagai bahan sokongan penulisan.12

Penggunaan kata dan ayat sebagai penanda dalam laras bahasa Melayu

2Pemilihan dan penulisan kata dan ayat sebagai penanda laras tidak berkaitan.Pemilihan dan penulisan kata dan ayat sebagai penanda laras dilaksanakan secara ringkas sahaja. Contoh yang diberikan kurang sesuai.Pemilihan dan penulisan kata dan ayat sebagai penanda laras dilaksanakan sederhana baik. Sekurang-kurangnya dua kata dan ayat yang berkaitan dengan laras dinyatakan dalam penulisan. Contoh yang diberikan hanya sebahagian sahaja yang sesuai dan berkaitan.Pemilihan dan penulisan kata dan ayat sebagai penanda laras dilaksanakan dengan baik, jelas dan sempurna. Sekurang-kurangnya empat kata dan ayat yang diberkaitan dengan laras dinyatakan dalam penulisan. Contoh yang disediakan juga sesuai dan berkaitan.

Pemilihan dan penulisan kata dan ayat sebagai penanda laras dilaksanakan dengan amat baik, amat jelas dan amat sempurna. Sekurang-kurangnya enam atau lebih kata dan ayat yang berkaitan dengan laras dinyatakan dalam penulisan.Contoh yang disediakan amat sesuai dan sangat berkaitan.8

Perbincangan tentang peranan laras bahasa sebagai alat pemangkin dan memperkayakan bahasa Melayu 2Tiada perbincangan tentang peranan laras bahasa.Perbincangan tentang peranan laras bahasa Melayu dinyatakan secara ringkas sahaja. Hujah dan idea yang disampaikan juga kurang jelas dan tiada bukti yang boleh diterima tentang laras bahasa yang dipilih.Perbincangan tentang peranan laras bahasa Melayu dinyatakan sederhana baik. Hujah dan idea yang disampaikan sederhana baik dengan beberapa bukti yang boleh diterima tentang laras bahasa yang dipilih. Sekurang-kurangnya dua contoh yang relevan dinyatakan.

Perbincangan tentang peranan laras bahasa Melayu dinyatakan dengan baik dan jelas. Hujah dan idea yang disampaikan baik dan jelas. Beberapa bukti yang jelas tentang laras bahasa yang dipilih turut diberikan. Sekurang-kurangnya empat contoh yang relevan dinyatakan.

Perbincangan tentang peranan laras bahasa Melayu dinyatakan dengan amat baik, amat jelas dan terperinci. Hujah dan idea yang disampaikan baik, bernas dan terperinci. Beberapa bukti yang jelas dan terperinci tentang laras bahasa yang dipilih turut diberikan. Sekurang-kurangnya enam contoh yang relevan dinyatakan. 8

Rumusan / Kesimpulan1Tiada rumusan dan kesimpulan diberikan.Rumusan dan kesimpulan yang ringkas dan tidak menjelaskan perkara berkaitan dengan keseluruhan kandungan penulisan tugasan.Rumusan dan kesimpulan yang agak baik dan menjelaskan hanya sebahagian perkara yang berkaitan dengan keseluruhan kandungan penulisan tugasan.

Rumusan dan kesimpulan yang baik dan menjelaskan keseluruhan kandungan penulisan tetapi tiada penambahan isu semasa sebagai nilai tambah penulisan.Rumusan dan kesimpulan yang amat baik dan sempurna. Menjelaskan keseluruhan kandungan penulisan dengan teliti (koheren dan kohesi) dan memberikan penambahan isu semasa sebagai nilai tambah penulisan.4

Organisasi1Tidak berkaitan.Tugasan mengandungi pelbagai kesilapan tatabahasa, tanda baca dan ejaan. Bahasa yang digunakan sesuai. Penulisan tidak ada kesinambungan dan urutan yang betul (koheren dan kohesi).Gaya penulisan APA tidak digunakan dalam penulisan kertas kerja.Tugasan mengandungi sebahagian kecil kesilapan tatabahasa, tanda baca dan ejaan. Bahasa yang digunakan dalam penulisan sesuai. Kesinambungan penulisan (koheren dan kohesi) agak baik. Terdapat penulisan bahagian pengenalan, huraian dan perbincangan tentang tajuk serta rumusan tetapi kurang tersusun.Hanya sebahagian daripada penulisan mengikut gaya penulisan APA.

Peraturan tatabahasa, penggunaan tanda baca dan ejaan diikuti dengan baik. Bahasa yang digunakan dalam penulisan sesuai. Kesinambungan dan urutan penulisan (koheren dan kohesi) adalah baik. Terdapat bahagian pengenalan, huraian dan perbincangan tentang tajuk serta rumusan yang tersusun.Gaya penulisan APA diadaptasi sepenuhnya dalam kertas kerja.Peraturan tatabahasa, penggunaan tanda baca dan sistem ejaan dipatuhi dan diikuti dengan amat baik. Bahasa yang digunakan dalam penulisan amat baik dan amat relevan. Kesinambungan dan urutan (koheren dan kohesi) penulisan dikawal rapi dan amat baik. Perbincangan tentang tajuk dan rumusan yang amat tersusun dan berkaitan. Gaya penulisan APA diadaptasi sepenuhnya dalam kertas kerja. Penulisan bibliografi mengikut gaya APA sepenuhnya.4

JUMLAH MARKAH40

8