microsoft office powerpoint

83
Latihan Microsoft ® Office PowerPoint ® 2007 Mencipta persembahan pertama anda

Upload: mawar-jingga

Post on 30-Dec-2015

32 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

powerpoint

TRANSCRIPT

Page 1: Microsoft Office PowerPoint

Latihan Microsoft® Office PowerPoint® 2007

Mencipta persembahan pertama anda

Page 2: Microsoft Office PowerPoint

Kandungan kursus

• Gambaran keseluruhan: Bermula dengan asas

• Pelajaran 1: Cipta slaid anda

• Pelajaran 2: Pilih tema, tambah lebih kandungan

• Pelajaran 3: Pruf, cetak, dan bersedia untuk persembahan

Setiap pelajaran termasuk satu senarai tugas yang disyorkan dan satu set soalan ujian.

Page 3: Microsoft Office PowerPoint

Gambaran keseluruhan: Bermula dengan asas

Adakah anda pernah diminta menyusun persembahan PowerPoint, tetapi tidak pasti bagaimana untuk bermula?

Kursus ini akan mengajar anda segala yang anda perlu tahu untuk mencipta dan menyampaikan persembahan.

Anda akan mengetahui cara mencipta slaid, memasukkan kandungan, dan menjadikannya menarik. Kemudian anda akan pelajari cara menyediakan nota pensyarah dan nota edaran dan penyediaan membuat persembahan.

Page 4: Microsoft Office PowerPoint

Matlamat kursus

• Mencipta slaid dan menambah teks.

• Menyelit gambar dan kandungan lain.

• Menggunakan tema untuk penampilan keseluruhan persembahan.

• Mencetak nota edaran dan nota.

• Bersedia untuk membuat persembahan.

Page 5: Microsoft Office PowerPoint

Pelajaran 1

Cipta slaid anda

Page 6: Microsoft Office PowerPoint

Cipta slaid anda

Ini adalah gambaran sepintas lalu tetingkap PowerPoint.

Pelajaran ini memperkenalkan anda kepada tetingkap dan membantu anda untuk merasa selesa bekerja di sini.

Anda akan melihat cara menambah slaid baru, memilih tataletak slaid, dan menambah teks serta menggunakan semula slaid daripada persembahan yang lain.

Akhir sekali, anda akan ketahui cara menyediakan nota sambil anda mencipta persembahan, untuk rujukan semasa persembahan.

Klik untuk tambah tajuk

Klik untuk menambah subtajuk

Klik untuk menambah nota

Page 7: Microsoft Office PowerPoint

Mengenali ruang kerja anda

Ini adalah paparan yang mula-mula dibuka dalam PowerPoint. Ia dipanggil paparan Normal.

Anda bekerja di sini untuk mencipta slaid.

1

2

Anak tetingkap slaid adalah kawasan besar di tengah-tengah. Anda bekerja secara terus pada slaid di ruang ini.

Pada slaid, kotak dengan sempadan bertitik dipanggil ruang letak. Inilah tempat anda menaip teks, menyelitkan seni, atau menambah kandungan lain.

Terdapat tiga kawasan utama dalam paparan Normal.

Klik untuk tambah tajuk

Klik untuk menambah subtajuk

Klik untuk menambah nota

1

23

4

Page 8: Microsoft Office PowerPoint

Mengenali ruang kerja anda

Ini adalah paparan yang mula-mula dibuka dalam PowerPoint. Ia dipanggil paparan Normal.

Anda bekerja di sini untuk mencipta slaid.

Di sebelah kiri adalah slaid versi kecil atau kuku jari persembahan anda, dengan slaid yang anda sedang kerjakan diserlahkan. Kawasan ini ialah tab Slaid.

Terdapat tiga kawasan utama dalam paparan Normal.

3

Klik untuk tambah tajuk

Klik untuk menambah subtajuk

Klik untuk menambah nota

1

23

4

Page 9: Microsoft Office PowerPoint

Mengenali ruang kerja anda

Ini adalah paparan yang mula-mula dibuka dalam PowerPoint. Ia dipanggil paparan Normal.

Anda bekerja di sini untuk mencipta slaid.

Di kawasan bawah ialah anak tetingkap nota, di mana anda menaip nota yang anda akan rujuk semasa membuat persembahan.

Terdapat tiga kawasan utama dalam paparan Normal.

4

Klik untuk tambah tajuk

Klik untuk menambah subtajuk

Klik untuk menambah nota

1

23

4

Page 10: Microsoft Office PowerPoint

Tambah slaid baru

Apabila PowerPoint dibuka, terdapat hanya satu slaid dalam persembahan.

Anda tambah slaid yang lain.

Cara yang paling mudah untuk menambah slaid baru ialah dengan menekan Slaid Baru pada tab Rumah, seperti yang ditunjukkan.

Rumah Rumah

Page 11: Microsoft Office PowerPoint

Tambah slaid baru

Apabila PowerPoint dibuka, terdapat hanya satu slaid dalam persembahan.

Anda tambah slaid yang lain.

Ada dua cara menggunakan bebutang Slaid Baru:

1 Jika anda klik bahagian atas bebutang, di mana ikon slaid berada, slaid baru akan ditambah serta merta di bawah slaid yang dipilih pada tab Slaid.

Rumah Rumah

Page 12: Microsoft Office PowerPoint

Tambah slaid baru

Apabila PowerPoint dibuka, terdapat hanya satu slaid dalam persembahan.

Anda tambah slaid yang lain.

Ada dua cara menggunakan bebutang Slaid Baru:

2 Jika anda klik bahagian bawah bebutang, anda mendapat galeri tataletak untuk slaid. Anda pilih satu tataletak, dan slaid diselitkan dengan tataletak yang dipilih.

Rumah Rumah

Page 13: Microsoft Office PowerPoint

Tambah slaid baru

Jika anda tambah slaid tanpa memilih tataletak, PowerPoint menggunakan satu secara automatik.

Anda boleh menukarnya jika ingin: Klik kanan slaid yang mempunyai tataletak yang anda ingin gantikan, kemudian tuding ke tataletak.

Rumah Rumah

Page 14: Microsoft Office PowerPoint

Memilih tataletak untuk slaid

Tataletak slaid mengatur kandungan slaid anda.

Sebagai contoh, anda mungkin inginkan senarai dan gambar pada slaid, atau gambar dan kapsyen.

Tataletak mengandungi pelbagai jenis ruang letak dan susunan ruang letak yang berlainan untuk menyokong apa-apa sahaja kandungan anda.

Klik untuk tambah tajukKlik untuk tambah tajuk

Klik untuk menambah subtajuk

Klik untuk menambah teks

Page 15: Microsoft Office PowerPoint

Memilih tataletak untuk slaid

Gambar menunjukkan tataletak yang PowerPoint bermula secara automatik.

1

2

Tataletak Slaid Tajuk, ditunjukkan di sini sebagaimana ia muncul dalam galeri tataletak, digunakan untuk slaid pertama dalam persembahan (slaid yang sedia ada semasa anda bermula).

Pada slaid, tataletak Slaid Tajuk mengandungi ruang letak untuk tajuk dan subtajuk.

Klik untuk tambah tajuk

Klik untuk tambah tajuk

Klik untuk menambah subtajuk

Klik untuk menambah teks

Page 16: Microsoft Office PowerPoint

Memilih tataletak untuk slaid

Gambar menunjukkan tataletak yang PowerPoint bermula secara automatik.

Tataletak yang mungkin paling kerap anda gunakan untuk slaid lain dipanggil Tajuk dan Kandungan, ditunjukkan sebagaimana ia muncul dalam galeri tataletak.

3

4 Pada slaid, tataletak ini mempunyai ruang letak untuk tajuk slaid, dan ruang letak berbilang kegunaan kedua yang mengandungi teks serta beberapa ikon.

Klik untuk tambah tajuk

Klik untuk tambah tajuk

Klik untuk menambah subtajuk

Klik untuk menambah teks

Page 17: Microsoft Office PowerPoint

Menaip teks anda

Di dalam ruang letak berbilang kegunaan yang ditunjukkan sebelum ini, anda boleh menambah unsur grafik atau teks.

Mari berbicara tentang teks.

1

2

Anda boleh gunakan teks pelbagai aras dalam senarai berbulet untuk membuat poin kecil di bawah poin utama.

Pada Reben, gunakan perintah dalam kumpulan Fon untuk menukar pemformatan aksara, seperti warna dan saiz fon.

Pemformatan lalai bagi teks ialah senarai berbulet.

Rumah

Lorem Ipsum

Dolor sit ametConsectetuer adipiscing elit

Donec euismod Mattis augue

Class aptent Taciti sociosqu

Page 18: Microsoft Office PowerPoint

Menaip teks anda

Di dalam ruang letak berbilang kegunaan yang ditunjukkan sebelum ini, anda boleh menambah unsur grafik atau teks.

Mari berbicara tentang teks.

3 Gunakan perintah di dalam kumpulan Perenggan untuk mengubah pemformatan perenggan, seperti pemformatan senarai, indentasi teks, dan jarak baris.

Pemformatan lalai bagi teks ialah senarai berbulet.

Rumah

Lorem Ipsum

Dolor sit ametConsectetuer adipiscing elit

Donec euismod Mattis augue

Class aptent Taciti sociosqu

Page 19: Microsoft Office PowerPoint

Menyelit slaid daripada persembahan lain

Anda mungkin perlu menggunakan slaid daripada persembahan sedia ada untuk persembahan anda.

Inilah cara melakukannya.

1

2

Pada tab Rumah, klik anak panah di sebelah Slaid Baru, seakan-akan anda ingin menyelitkan slaid baru dan memilih tataletak untuknya dahulu.

Di bawah galeri tataletak, klik Gunakan Semula Slaid.

Rumah

SlaidBaru

Pendua Slaid Terpilih

Slaid dari Rangka

Gunakan Semula Slaid

Gunakan Semula Slaid

Selit Slaid dari: C:\Persembahan...

Semak lalu

Page 20: Microsoft Office PowerPoint

Menyelit slaid daripada persembahan lain

Anda mungkin perlu menggunakan slaid daripada persembahan sedia ada untuk persembahan anda.

Inilah cara melakukannya.

3 Pada anak tetingkap tugas Gunakan Semula Slaid, di bawah Selit Slaid dari, klik Semak lalu untuk mencari persembahan atau pustaka slaid yang ada slaid yang anda inginkan. Kemudian klik anak panah untuk membuka slaid tersebut dalam anak tetingkap tugas.

Rumah

Baru

Slaid dari Rangka

Gunakan Semula Slaid

Gunakan Semula Slaid

Selit Slaid dari: C:\Persembahan...

Semak lalu

Slaid

Pendua Slaid Terpilih

Page 21: Microsoft Office PowerPoint

Menyelit slaid daripada persembahan lain

Anda mungkin perlu menggunakan slaid daripada persembahan sedia ada untuk persembahan anda.

Inilah cara melakukannya.

Apabila anda menemui slaid yang anda inginkan, beri perhatian kepada kotak semak Kekalkan pemformatan sumber di bahagian bawah anak tetingkap. Jika anda ingin kekalkan penampilan slaid yang sama seperti yang anda selitkan, pastikan kotak semak ini dipilih sebelum anda selit slaid.

4

Rumah

Slaid dari Rangka

Gunakan Semula Slaid

Gunakan Semula Slaid

Selit Slaid dari: C:\Persembahan...

Semak lalu

Pendua Slaid Terpilih

BaruSlaid

Page 22: Microsoft Office PowerPoint

Menyelit slaid daripada persembahan lain

Anda mungkin perlu menggunakan slaid daripada persembahan sedia ada untuk persembahan anda.

Inilah cara melakukannya.

Klik setiap slaid anda ingin selit. Setiap satu disalin ke dalam persembahan yang dibuka, di bawah slaid semasa yang dipilih atau di bawah kursor anda, jika anda meletakkannya di bawah kuku jari slaid.

5

Rumah

Slaid dari Rangka

Gunakan Semula Slaid

Gunakan Semula Slaid

Selit Slaid dari: C:\Persembahan...

Semak lalu

Pendua Slaid Terpilih

BaruSlaid

Page 23: Microsoft Office PowerPoint

Cipta nota pensyarah

Gunakan nota pensyarah untuk menghuraikan poin pada slaid.

Nota yang bagus boleh membantu menarik minat para penonton anda dan menghalang teks berlebihan pada slaid.

1

2

Sambil anda membangunkan kandungan pada slaid anda, taipkan nota anda dalam anak tetingkap nota, di bawah slaid.

Anda boleh besarkan anak tetingkap nota supaya lebih mudah bekerja dengan menyeret bar cerai.

Lorem ipsum dolor sit ametFusce suscipit molestie miNam eleifend dignissim nisl

Page 24: Microsoft Office PowerPoint

Cipta nota pensyarah

Gunakan nota pensyarah untuk menghuraikan poin pada slaid.

Nota yang bagus boleh membantu menarik minat para pendengar anda dan menghalang teks berlebihan pada slaid.

3 Nota anda disimpan di halaman nota, yang mengandungi salinan slaid selain nota. Inilah halaman yang anda cetak untuk dirujuk semasa anda menyampaikan persembahan.

Lorem ipsum dolor sit amet

Nam eleifend dignissim nisl

Fusce suscipit molestie mi

Page 25: Microsoft Office PowerPoint

Cadangan untuk latihan

1. Biasakan diri dengan kawasan tetingkap PowerPoint .

2. Taip teks.

3. Tambah slaid baru.

4. Navigasi dan tambah lebih teks.

5. Gunakan inden dan pemformatan teks.

6. Bekerja dengan muat teks automatik.

7. Taip dan papar nota.

Page 26: Microsoft Office PowerPoint

Ujian 1, soalan 1

Dalam tetingkap PowerPoint, apakah kawasan utama untuk menambah kandungan slaid? (Pilih satu jawapan.)

1. Tab Slaid, di mana kuku jari slaid berada, di sebelah kiri tetingkap.

2. Anak tetingkap nota.

3. Anak tetingkap slaid, di tengah-tengah tetingkap.

Page 27: Microsoft Office PowerPoint

Ujian 1, soalan 1: Jawapan

Anak tetingkap slaid, di tengah-tengah tetingkap.

Bekerja di anak tetingkap slaid untuk menambah teks, gambar, bentuk, fail media, atau kandungan lain kepada slaid anda.

Page 28: Microsoft Office PowerPoint

Ujian 1, soalan 2

Apabila anda menambah slaid baru, bagaimanakah cara anda memilih tataletak untuknya dahulu? (Pilih satu jawapan.)

1. Pada tab Rumah, klik separuh atas bebutang Slaid Baru.

2. Pada tab Rumah, klik separuh bawah bebutang Slaid Baru, di mana anak panah berada.

3. Klik kanan kuku jari slaid pada tab Slaid, dan klik Slaid Baru.

Page 29: Microsoft Office PowerPoint

Ujian 1, soalan 2: Jawapan

Pada tab Rumah, klik separuh bawah bebutang Slaid Baru, di mana anak panah berada.

Mengklik anak panah memaparkan tataletak slaid. Apabila anda pilih satu, slaid diselitkan dengan tataletak itu.

Page 30: Microsoft Office PowerPoint

Ujian 1, soalan 3

Apakah cara pantas untuk menggantikan tataletak semasa slaid dengan tataletak yang berlainan? (Pilih satu jawapan.)

1. Klik separuh bawah bebutang Slaid Baru pada tab Rumah.

2. Klik kanan slaid yang mempunyai tataletak yang anda ingin ganti, dan tuding ke tataletak.

Page 31: Microsoft Office PowerPoint

Ujian 1, soalan 3: Jawapan

Klik kanan slaid yang mempunyai tataletak yang anda ingin ganti, dan tuding ke tataletak.

Ini membuka galeri tataletak. Anda klik satu untuk digunakan pada slaid. Cara lain ialah memilih kuku jari slaid dengan tataletak yang anda ingin ubah, dan klik Tataletak pada tab Rumah. Ini memaparkan galeri, di mana anda pilih tataletak untuk digunakan.

Page 32: Microsoft Office PowerPoint

Pelajaran 2

Pilih tema, tambah lebih kandungan

Page 33: Microsoft Office PowerPoint

Pilih tema, tambah lebih kandungan

Sebagai skim warna untuk persembahan anda, warna hitam sudah memadai.

Tetapi bagaimana pula jika anda dalam mod untuk reka bentuk yang berwarna-warni dan bertenaga?

Pergi terus ke galeri tema PowerPoint dan cuba apa yang ada di situ. Memilih tema adalah semudah memetik suis.

Anda juga boleh meletakkan unsur lain pada slaid anda, seperti gambar dan kapsyen, kemudian jajarkannya dengan mudah supaya semuanya tersusun kemas.

Lorem ipsum dolor sit amet

Nam pellentesque turpis eu purus sollicitudin adipiscing. Maecenas

Lorem ipsum dolor sit amet

Nam pellentesque turpis eu purus sollicitudin adipiscing.

Maecenas

Page 34: Microsoft Office PowerPoint

Kehebatan tema

Setiap persembahan ada tema.

Ada yang lebih berwarna-warni berbanding yang lain.

Tema menentukan rupa dan warna slaid anda dan memberikan persembahan anda penampilan yang konsisten.

Di sini anda dapat lihat tiga tajuk slaid yang mempunyai kandungan yang sama tetapi menggunakan tema yang berbeza.

Lorem ipsum dolor sit amet

Nam pellentesque turpis eu purus sollicitudin adipiscing. Maecenas

Lorem ipsum dolor sit amet

Nam pellentesque turpis eu purus sollicitudin adipiscing. Maecenas

Lorem ipsum dolor sit amet

Nam pellentesque turpis eu purus

sollicitudin adipiscing. Maecenas

Page 35: Microsoft Office PowerPoint

Kehebatan tema

Setiap persembahan ada tema.

Ada yang lebih berwarna-warni berbanding yang lain.

Sebuah tema termasuk unsur-unsur ini, yang ditawarkan sebagai pakej:

• Reka bentuk latar• Skim warna• Jenis dan saiz fon• Posisi ruang letak

Lorem ipsum dolor sit amet

Nam pellentesque turpis eu purus sollicitudin adipiscing. Maecenas

Lorem ipsum dolor sit amet

Nam pellentesque turpis eu purus sollicitudin adipiscing. Maecenas

Lorem ipsum dolor sit amet

Nam pellentesque turpis eu purus

sollicitudin adipiscing. Maecenas

Page 36: Microsoft Office PowerPoint

Kehebatan tema

Skim warna melibatkan warna latar, warna fon, warna isian untuk bentuk, warna sempadan, hiperpautan, dan unsur slaid seperti jadual dan carta.

Dan jika anda ada ruang letak, tema berubah mengikut tataletak yang anda pilih; ia memberikan sedikit perubahan yang nyata.

Lorem ipsum dolor sit amet

Nam pellentesque turpis eu purus sollicitudin adipiscing. Maecenas

Lorem ipsum dolor sit amet

Nam pellentesque turpis eu purus sollicitudin adipiscing. Maecenas

Lorem ipsum dolor sit amet

Nam pellentesque turpis eu purus

sollicitudin adipiscing. Maecenas

Page 37: Microsoft Office PowerPoint

Memilih tema

Setiap persembahan baru bermula dengan tema lalai, dipanggil Tema Pejabat.

Untuk mencari dan menggunakan yang lain, mula dengan mengklik tab Reka Bentuk pada Reben.

1

2

Sampel tema, dalam bentuk kuku jari yang anda lihat di sini, akan menunjukkan kumpulan Tema.

Untuk melihat tema tambahan, klik bebutang Lain di sebelah kanan kumpulan.

Reka Bentuk

Lorem ipsum dolor sit amet

Nam pellentesque turpis eu purus sollicitudin adipiscing. Maecenas

Page 38: Microsoft Office PowerPoint

Reka Bentuk

Memilih tema

Setiap persembahan baru bermula dengan tema lalai, dipanggil Tema Pejabat.

Untuk mencari dan menggunakan yang lain, mula dengan mengklik tab Reka Bentuk pada Reben.

3 Apabila anda menuding ke mana-mana kuku jari tema, pratontonnya ditunjukkan pada slaid.

Klik kuku jari untuk menggunakan tema tersebut kepada semua slaid anda. Anda juga boleh menggunakan tema hanya kepada tema yang anda pilih.

Lorem ipsum dolor sit amet

Nam pellentesque turpis eu purus sollicitudin adipiscing. Maecenas

Page 39: Microsoft Office PowerPoint

Selit gambar dan lain-lain, bahagian 1

Sekarang anda akan pelajari dua kaedah untuk menyelitkan gambar dan item bukan teks lain ke dalam slaid.

Kaedah pertama ialah mengklik ikon dalam ruang letak, yang anda telah lihat sekilas lalu dalam pelajaran pertama.

Lukisan Klip

Menggelintar:

Gelintar dalam:

Hasil mestilah:

Pergi

Page 40: Microsoft Office PowerPoint

Selit gambar dan lain-lain, bahagian 1

Sekarang anda akan pelajari dua kaedah untuk menyelitkan gambar dan item bukan teks lain ke dalam slaid.

1

2

Klik ikon Clip Art di dalam ruang letak.

Anak tetingkap tugas Clip Art dibuka. Di sini, taipkan kata kunci dalam kotak Menggelintar yang mencadangkan jenis klip yang anda inginkan. Kemudian klik Pergi.

Gambar menunjukkan cara menyelit satu Clip Art:

Clip Art

Menggelintar:

Gelintar dalam:

Hasil mestilah:

Pergi

Page 41: Microsoft Office PowerPoint

Selit gambar dan lain-lain, bahagian 1

Sekarang anda akan pelajari dua kaedah untuk menyelitkan gambar dan item bukan teks lain ke dalam slaid.

Klip muncul yang sesuai dengan kata kunci. Klik salah satu untuk selitnya pada slaid. Gambar saiz secara automatik dan diletakkan dalam ruang letak.

Gambar menunjukkan cara menyelit satu lukisan klip:

3

Lukisan Klip

Menggelintar:

Gelintar dalam:

Hasil mestilah:

Pergi

Page 42: Microsoft Office PowerPoint

Selit gambar dan lain-lain, bahagian 2

Cara lain untuk menyelitkan item slaid ialah menggunakan tab Selit pada Reben.

Semua benda yang anda boleh selit daripada anak tetingkap slaid juga terdapat pada tab Selit, dan banyak lagi—termasuk bentuk, hiperpautan, kotak teks, pengepala dan pengaki, dan klip media seperti bunyi.

Selit

KotakTeks

Teks

Page 43: Microsoft Office PowerPoint

Selit gambar dan lain-lain, bahagian 2

Gambar menunjukkan tatasusunan bagi benda yang ada pada tab Selit.

1

2

Kotak teks adalah memudahkan apabila anda ingin menambah teks di sesuatu tempat dan memerlukan ruang letak lain untuknya, seperti untuk kapsyen gambar. Pada tab Selit, klik Kotak Teks.

Lukis kotak pada slaid dan taip di dalamnya.

Benda tipikal untuk diselitkan ialah kotak teks, seperti ditunjukkan.

Selit

KotakTeks

Teks

Page 44: Microsoft Office PowerPoint

Selit gambar dan lain-lain, bahagian 2

Apakah kaedah yang lebih baik?

Oleh kerana anda ada dua pilihan cara menyelitkan sesetengah benda, cara yang mana satu disyorkan?

Ia bergantung pada cara yang anda dapati paling mudah. Satu perkara yang perlu dipertimbangkan ialah bagaimana anda ingin item yang diselitkan berada pada slaid.

Selit

KotakTeks

Teks

Page 45: Microsoft Office PowerPoint

Mengedit unsur slaid

Selepas menyelit gambar, anda mungkin ingin membuat penyelarasan seperti saiz semula, memangkas, atau mengubah kecerahan.

Gunakan Alat Gambar untuk ini.

1

2

Pilih gambar.

Alat Gambar muncul di atas Reben. Gunakan pilihan pada tab Format untuk bekerja dengan gambar.

Alat Gambar tersedia apabila gambar dipilih.

Alat Gambar

Format

Bentuk Gambar

Sempadan Gambar

Kesan Gambar

Bawa ke Hadapan

Hantar ke Belakang

Anak Tetingkap Pemilihan

Jajar

Kumpulan

PutarPangkas

Page 46: Microsoft Office PowerPoint

Mengedit unsur slaid

Terdapat alat untuk jenis perkara yang anda boleh selit, daripada jadual, carta dan grafik SmartArt™ kepada kotak teks dan bentuk, bunyi dan video.

Cuma pilih item terselit untuk melihat tab yang berkaitan pada Reben.

Alat Gambar

Format

Bentuk Gambar

Sempadan Gambar

Kesan Gambar

Bawa ke Hadapan

Hantar ke Belakang

Anak Tetingkap Pemilihan

Jajar

Kumpulan

PutarPangkas

Page 47: Microsoft Office PowerPoint

Menyusun unsur slaid

Selepas anda memasukkan semua yang anda ingin pada slaid, anda perlu menjajarkannya supaya ia kelihatan kemas.

Sebagai contoh, dalam gambar ini, kotak teks dengan kapsyen akan nampak sempurna apabila ia sejajar dengan gambar – sama ada rapat ke kiri atau berada di tengah-tengah.

Alat Gambar

Format

Jajarkan Kiri

Jajarkan Pusat

Jajarkan Kanan

Jajarkan Atas

Jajarkan Tengah

Jajarkan Bawah

Page 48: Microsoft Office PowerPoint

Menyusun unsur slaid

Anda guna perintah Susun untuk menjajarkan unsur slaid.

1

2

3

Untuk menjajarkan kapsyen supaya ia rapat ke kiri dengan gambar, mula-mula pilih kedua-dua ruang letak.

Dalam Alat Gambar, cari kumpulan Susun pada tab Format.

Klik bebutang Jajar, kemudian klik Jajarkan Kiri.

Alat Gambar

Format

Jajarkan Kiri

Jajarkan Pusat

Jajarkan Kanan

Jajarkan Atas

Jajarkan Tengah

Jajarkan Bawah

Page 49: Microsoft Office PowerPoint

Cadangan untuk latihan

1. Pilih tema baru.

2. Selit gambar.

3. Saiz semula gambar.

4. Tambah kapsyen.

5. Jajar gambar dan kapsyen.

6. Bonus: Tambah kesan animasi.

Page 50: Microsoft Office PowerPoint

Ujian 2, soalan 1

Apabila anda guna tema, ia sentiasa melibatkan setiap slaid dalam persembahan. (Pilih satu jawapan.)

1. Betul.

2. Salah.

Page 51: Microsoft Office PowerPoint

Ujian 2, soalan 1: Jawapan

Salah.

Jika anda ingin tema digunakan kepada hanya satu slaid atau beberapa slaid, pilih slaid tersebut. Kemudian paparkan galeri tema, klik kanan tema yang anda inginkan, dan klik Gunakan untuk Slaid Terpilih.

Page 52: Microsoft Office PowerPoint

Ujian 2, soalan 2

Anda boleh selit kotak teks daripada ikon dalam sesetengah tataletak slaid. (Pilih satu jawapan.)

1. Betul.

2. Salah.

Page 53: Microsoft Office PowerPoint

Ujian 2, soalan 2: Jawapan

Salah.

Anda boleh selit gambar, carta, grafik SmartArt, jadual, dan fail media dengan menggunakan ikon dalam tataletak kandungan. Untuk menyelit kotak teks, anda perlu ke tab Selit. Selepas itu klik Kotak Teks, kemudian lukis kotak pada slaid.

Page 54: Microsoft Office PowerPoint

Ujian 2, soalan 3Anda ingin jajar kapsyen dengan gambar pada slaid anda, supaya kapsyen berada di pusat di bawah gambar. Dengan gambar dan kapsyen dipilih, anda klik tab Format, di bawah Alat Gambar pada Reben. Sekarang, di manakah perintah yang akan membuat penyesuaian yang anda inginkan? (Pilih satu jawapan.)

1. Kumpulan Sesuaikan, bebutang Ubah Gambar.

2. Kumpulan Susun, bebutang Jajar.

3. Kumpulan Susun, bebutang Putar.

Page 55: Microsoft Office PowerPoint

Ujian 2, soalan 3: Jawapan

Kumpulan Susun, bebutang Jajar.

Bebutang ini membuka menu yang mengandungi beberapa perintah penjajaran. Perintah Jajarkan Pusat adalah yang anda cari.

Page 56: Microsoft Office PowerPoint

Pelajaran 3

Pruf, cetak, dan bersedia untuk persembahan

Page 57: Microsoft Office PowerPoint

Pruf, cetak, dan bersedia untuk persembahan

Anda telah belajar asas penting tentang mencipta persembahan slaid.

Sekarang bayangkan persembahan anda sudah siap, dan anda ingin bersedia untuk mempersembahkannya.

Anda perlu pratonton terlebih dahulu, mendapat input daripada orang lain, dan menyemak nota edaran dan nota anda sebelum mencetak.

Kemudian anda boleh guna ciri pakej PowerPoint untuk memasukkan persembahan anda dalam CD atau ke komputer yang anda bakal gunakan semasa persembahan.

Page 58: Microsoft Office PowerPoint

Pratonton pada komputer anda

Sambil anda mencipta persembahan, anda boleh melihatnya pada bila-bila masa di paparan Tayangan Slaid.

Paparan ini memberikan anda idea bagaimana penampilan dan perilaku slaid semasa persembahan.

1

2

Untuk buka paparan Tayangan Slaid, klik tab Tayangan Slaid, dan klik perintah dalam kumpulan Mula Tayangan Slaid—untuk mula pada slaid pertama atau slaid semasa.

Paparan Tayangan Slaid memenuhi skrin komputer anda.

Tayangan Slaid

Esc

Dari Permulaan

Daripada Slaid Semasa

Tayangan Slaid Tersuai

Page 59: Microsoft Office PowerPoint

Pratonton pada komputer anda

Sambil anda mencipta persembahan, anda boleh melihatnya pada bila-bila masa di paparan Tayangan Slaid.

Paparan ini memberikan anda idea bagaimana penampilan dan perilaku slaid semasa persembahan.

3 Satu cara untuk menavigasi dari satu slaid ke slaid yang lain ialah dengan menggunakan bar alat Tayangan Slaid, di bahagian kiri bawah skrin. Untuk keluar daripada paparan Tayangan Slaid pada sebarang masa, tekan ESC. Ini mengembalikan anda ke paparan yang anda tinggalkan, biasanya paparan Normal.

4

Tayangan Slaid

Esc

Dari Permulaan

Daripada Slaid Semasa

Page 60: Microsoft Office PowerPoint

• Tekan F5 untuk mula pada slaid pertama.

• Tekan SHIFT+F5 untuk mula pada slaid semasa.

Pratonton pada komputer anda

Berikut adalah beberapa cara lain untuk membuka paparan Tayangan Slaid:

Apabila anda melakukan ini, persembahan bermula pada slaid semasa yang terpilih pada tab Slaid.

• Klik bebutang Tayangan Slaid di bahagian kanan bawah tetingkap PowerPoint, bersebelahan penggelongsor Zum.

• Klik bebutang Tayangan Slaid pada tab Paparan. Persembahan bermula pada slaid pertama tidak kira slaid mana yang terpilih pada masa ini.

Page 61: Microsoft Office PowerPoint

Mencetak nota edaran

Jenis cetakan PowerPoint paling biasa untuk penonton ialah nota edaran.

Nota edaran boleh ada satu atau beberapa slaid setiap halaman, sehingga sembilan.

Amalan yang baik ialah menggunakan Pratonton Cetakan untuk memilih jenis nota edaran yang anda inginkan, seperti yang ditunjukkan di sini. Dengan cara ini anda boleh melihat bagaimana nota edaran kelihatan sebelum mencetak.

Pratonton Cetakan

Cetak Apa:

Nota Edaran ...

Slaid...

Nota Edaran (1 Slaid setiap Halaman)

Nota Edaran (2 Slaid setiap Halaman)

Nota Edaran (3 Slaid setiap Halaman)

Nota Edaran (4 Slaid setiap Halaman)

Nota Edaran (6 Slaid setiap Halaman)

Nota Edaran (9 Slaid setiap Halaman)

Halaman NotaPaparan Rangka

Page 62: Microsoft Office PowerPoint

Mencetak nota edaran

Untuk cetak nota edaran, mula dengan mengklik Pratonton Cetakan pada menu terbuka apabila anda mengklik Bebutang Microsoft Office .

1

2

Dalam Pratonton Cetakan, klik anak panah dalam kotak Cetak Apa untuk memaparkan jenis nota edaran.

Pilih jenis nota edaran yang anda inginkan.

Kemudian ikut langkah tertunjuk dalam gambar.

Pratonton Cetakan

Cetak Apa:

Slaid...

Nota Edaran (1 Slaid setiap Halaman)

Nota edaran (2 Slaid setiap Halaman)

Nota Edaran (4 Slaid setiap Halaman)

Nota Edaran (6 Slaid setiap Halaman)

Nota Edaran (9 Slaid setiap Halaman)

Halaman NotaPaparan Rangka

Nota Edaran (3 Slaid setiap Halaman)

Page 63: Microsoft Office PowerPoint

Mencetak nota edaran

Untuk cetak nota edaran, mula dengan mengklik Pratonton Cetakan pada menu terbuka apabila anda mengklik Bebutang Microsoft Office .

Apabila anda klik jenis nota edaran, anda ditunjukkan pratonton bagaimana slaid anda akan kelihatan bila dicetak dalam format tersebut. Anda boleh menavigasi melalui semua halaman nota edaran. Jenis nota edaran dengan pilihan 3 slaid setiap halaman juga termasuk garisan untuk nota penonton.

Kemudian ikut langkah tertunjuk dalam gambar.

3

Apabila anda bersedia untuk mencetak, klik Cetak.

Pratonton Cetakan

Cetak Apa:

Slaid...

Nota Edaran (1 Slaid setiap Halaman)

Nota Edaran (2 Slaid setiap Halaman)

Nota Edaran (6 Slaid setiap Halaman)

Nota Edaran (9 Slaid setiap Halaman)

Halaman NotaPaparan Rangka

Nota Edaran (3 Slaid setiap Halaman)

Nota Edaran (4 Slaid setiap Halaman)

Page 64: Microsoft Office PowerPoint

Mencetak nota pensyarah

Anda telah cetak nota edaran untuk diberikan kepada para penonton.

Sekarang cetak nota pensyarah untuk diri anda, yang akan dirujuk semasa anda membuat persembahan.

Adalah menjadi amalan yang baik untuk melihat nota pensyarah anda sebelum mencetaknya, untuk melihat sama ada ia tampil seperti yang anda jangkakan.

Pratonton Cetakan

Cetak Apa:

Nota Edaran ...

Slaid...

Nota Edaran (1 Slaid setiap Halaman)

Nota Edaran (2 Slaid setiap Halaman)

Nota Edaran (3 Slaid setiap Halaman)

Nota Edaran (4 Slaid setiap Halaman)

Nota Edaran (6 Slaid setiap Halaman)

Nota Edaran (9 Slaid setiap Halaman)

Halaman Nota

Paparan Rangka

Page 65: Microsoft Office PowerPoint

Mencetak nota pensyarah

Untuk cetak nota pensyarah, klik Bebutang Microsoft Office, tuding ke Cetak, kemudian klik Pratonton Cetakan.

1

2

Pilih Halaman Nota dalam senarai Cetak Apa.

Halaman nota anda akan ditunjukkan pada tetingkap pratonton, bermula dengan slaid pertama (melainkan anda tentukan sebaliknya).

Kemudian ikut langkah ditunjukkan dalam gambar.

Pratonton Cetakan

Cetak Apa:

Nota Edaran ...

Slaid...

Nota Edaran (1 Slaid setiap Halaman)

Nota Edaran (2 Slaid setiap Halaman)

Nota Edaran (3 Slaid setiap Halaman)

Nota Edaran (4 Slaid setiap Halaman)

Nota Edaran (6 Slaid setiap Halaman)

Nota Edaran (9 Slaid setiap Halaman)

Halaman Nota

Paparan Rangka

Page 66: Microsoft Office PowerPoint

Mencetak nota pensyarah

Jika sesuatu tidak diformatkan mengikut hasrat anda, atau jika teks nota terpotong, lakukan penyesuaian yang perlu sama ada dalam paparan Halaman Nota atau dalam paparan Normal.

Selepas anda menyemak nota dan sedia untuk cetak, klik Cetak.

Untuk cetak nota pensyarah, klik Bebutang Microsoft Office, tuding ke Cetak, kemudian klik Pratonton Cetakan.

Kemudian ikut langkah ditunjukkan dalam gambar.

Pratonton Cetakan

Cetak Apa:

Nota Edaran ...

Slaid...

Nota Edaran (1 Slaid setiap Halaman)

Nota Edaran (2 Slaid setiap Halaman)

Nota Edaran (3 Slaid setiap Halaman)

Nota Edaran (4 Slaid setiap Halaman)

Nota Edaran (6 Slaid setiap Halaman)

Nota Edaran (9 Slaid setiap Halaman)

Halaman Nota

Paparan Rangka

Page 67: Microsoft Office PowerPoint

Tambah teks pengaki pada nota edaran dan nota

Pratonton Cetakan juga membolehkan anda menambah atau menyesuaikan pengaki dalam nota edaran dan nota anda.

Secara lalai, nota edaran dan nota tercetak mempunyai nombor halaman.

Tetapi mereka boleh menunjukkan perkara lain, seperti teks pengaki.

Pratonton Cetakan

Pilihan

Pengepala dan Pengaki

Nota dan Nota Edaran

Pengepala

Nombor Halaman

Pengaki

Pengepala dan Pengaki ...

Page 68: Microsoft Office PowerPoint

Tambah teks pengaki pada nota edaran dan nota

Ikuti langkah ini jika anda ingin cetakan anda menunjukkan kandungan lain.

1

2

Klik Pilihan, kemudian klik Pengepala dan Pengaki.

Untuk menunjukkan teks pengaki, seperti “Draf” atau “Rahsia”, pilih pilihan Pengaki, kemudian taipkan teks yang anda inginkan di dalam kotak.

Pratonton Cetakan

Pilihan

Nota dan Nota Edaran

Pengepala

Nombor Halaman

Pengaki

Pengepala dan Pengaki ...

Pengepala dan Pengaki

Page 69: Microsoft Office PowerPoint

Tambah teks pengaki pada nota edaran dan nota

Ikuti langkah ini jika anda ingin cetakan anda menunjukkan kandungan lain.

Pilihan yang anda buat pada tab Nota dan Nota Edaran dalam kotak dialog Pengepala dan Pengaki digunakan pada halaman nota edaran dan nota anda.

Pratonton Cetakan

Pilihan

Nota dan Nota Edaran

Pengepala

Nombor Halaman

Pengaki

Pengepala dan Pengaki ...

Pengepala dan Pengaki

Page 70: Microsoft Office PowerPoint

Pilihan warna untuk cetakan

Bergantung pada jenis pencetak yang anda gunakan, anda boleh mencetak persembahan anda dalam Warna, Skala Kelabu, atau Hitam dan Putih Tulen.

Ini adalah cara untuk memilih pilihan mencetak:

1 Di bawah Pratonton Cetakan, klik Pilihan, dan tuding ke Warna/Skala Kelabu. Kemudian pilih dari menu. Slaid anda akan dipratontonkan dan dicetak mengikut pilihan yang diminta.

Pratonton Cetakan

Warna/Skala kelabu

Pilihan

Warna

Skala kelabu

Hitam dan Putih Tulen

Page 71: Microsoft Office PowerPoint

Pilihan warna untuk cetakan

Bergantung pada jenis pencetak yang anda gunakan, anda boleh mencetak persembahan anda dalam Warna, Skala Kelabu, atau Hitam dan Putih Tulen.

Ini adalah cara untuk memilih pilihan mencetak:

Contoh pratonton pertama menunjukkan slaid yang akan dicetak dalam warna.

2

3 Contoh pratonton kedua menunjukkan slaid yang akan dicetak dalam skala kelabu.

Pratonton Cetakan

Warna/Skala kelabu Warna

Skala kelabu

Hitam dan Putih Tulen

Pilihan

Page 72: Microsoft Office PowerPoint

Pilihan warna untuk cetakan

Bergantung pada jenis pencetak yang anda gunakan, anda boleh mencetak persembahan anda dalam Warna, Skala Kelabu, atau Hitam dan Putih Tulen.

Ini adalah cara untuk memilih pilihan mencetak:

Contoh pratonton terakhir menunjukkan slaid yang akan dicetak dalam hitam dan putih tulen.

4

Pratonton Cetakan

Warna/Skala kelabu Warna

Skala kelabu

Hitam dan Putih Tulen

Pilihan

Page 73: Microsoft Office PowerPoint

Mempakejkan persembahan

Ciri Pakej untuk CD PowerPoint mengumpulkan fail persembahan anda dan apa-apa fail lain yang anda perlukan dan menyalinnya ke dalam satu folder atau terus ke CD.

Jika anda salin fail anda ke dalam folder, anda boleh menyalin folder ke CD kemudian.

Anda juga boleh menyalin fail ke pelayan rangkaian yang anda boleh capai daripada komputer persembahan anda.

Terbit Pakej untuk CD

Pakej untuk CD

Namakan CD:

Fail yang hendak disalin:

Salin ke Folder… Salin ke CD

Tambah Fail…

Pilihan...

Tutup

Page 74: Microsoft Office PowerPoint

Mempakejkan persembahan

Gambar menunjukkan cara membuat pakej untuk fail persembahan dan fail berkaitan anda.

1 Klik Bebutang Microsoft Office.

Tuding ke Terbit, dan klik Pakej untuk CD.

Dalam kotak dialog yang dibuka, buat pemilihan yang anda ingin untuk dimasukkan ke dalam pakej, dan salin fail atau fail-fail anda sama ada ke folder atau CD.

2

3

Terbit Pakej untuk CD

Pakej untuk CD

Namakan CD:

Fail yang hendak disalin:

Salin ke Folder… Salin ke CD

Tambah Fail…

Pilihan...

Tutup

Page 75: Microsoft Office PowerPoint

Mempakejkan persembahan

Gambar menunjukkan cara membuat pakej untuk fail persembahan dan fail berkaitan anda.

Penting: Sentiasa simpan persembahan anda sebelum membuat pakej ke dalam folder atau CD.

Terbit Pakej untuk CD

Pakej untuk CD

Namakan CD:

Fail yang hendak disalin:

Salin ke Folder… Salin ke CD

Tambah Fail…

Pilihan...

Tutup

Page 76: Microsoft Office PowerPoint

• Untuk menyediakan pakej dan kemudian menyalinnya ke CD daripada PowerPoint, anda perlu menjalankan Microsoft Windows® XP atau yang lebih baru pada komputer anda, dan anda perlukan pembakar CD.

• Jika anda menjalankan Microsoft Windows 2000, anda masih boleh menggunakan ciri ini untuk membuat pakej fail persembahan ke dalam folder, kemudian menggunakan atur cara pihak ketiga untuk membakar folder ke CD.

Mempakejkan persembahan

Keperluan untuk membuat pakej ke dalam CD

Page 77: Microsoft Office PowerPoint

Cadangan untuk latihan1. Pratonton persembahan pada komputer anda.

2. Hantar persembahan untuk ulasan.

3. Bersedia untuk mencetak nota edaran.

4. Memilih seting warna dan mencetak nota edaran.

5. Menyemak nota anda dalam paparan Halaman Nota.

6. Mempakejkan persembahan.

Page 78: Microsoft Office PowerPoint

Ujian 3, soalan 1

Kekunci manakah yang anda tekan untuk ke paparan Tayangan Slaid dan bermula pada slaid pertama? (Pilih satu jawapan.)

1. ESC.

2. F5.

3. F7.

Page 79: Microsoft Office PowerPoint

Ujian 3, soalan 1: Jawapan

F5.

Dan untuk bermula pada slaid terpilih, anda perlu tekan SHIFT+F5.

Page 80: Microsoft Office PowerPoint

Ujian 3, soalan 2

Pilihan nota edaran manakah yang anda pilih jika anda ingin nota edaran untuk memasukkan garisan untuk nota penonton? (Pilih satu jawapan.)

1. Pilihan 3 slaid setiap halaman.

2. Pilihan 1 slaid setiap halaman.

3. Pilihan Halaman Nota.

Page 81: Microsoft Office PowerPoint

Ujian 3, soalan 2: Jawapan

Pilihan 3 slaid setiap halaman.

Page 82: Microsoft Office PowerPoint

Ujian 3, soalan 3Anda berada di Pratonton Cetakan mencari halaman nota anda, dan anda dapati sesetengah pemformatan teks untuk nota bukanlah yang anda inginkan. Anda boleh membaiki keadaan ini dalam Pratonton Cetakan. (Pilih satu jawapan.)

1. Betul.

2. Salah.

Page 83: Microsoft Office PowerPoint

Ujian 3, soalan 3: Jawapan

Salah.

Anda perlu tutup Pratonton Cetakan dan buka paparan Halaman Nota untuk membaiki pemformatan.