my group

2
1.0 PENDAHULUAN Malaysia merupakan negara yang pesat membangun menuju negara maju seiring dengan negara-negara maju yang lain. Bagi mencapai matlamat itu, negara harus menyediakan sejumlah besar golongan cerdik pandai bagi membolehkan kita bersaing di peringkat global. Oleh itu, bagi memenuhi tuntutan itu, pendidikan dijadikan agenda utama bagi negara ini malah di mana-mana negara juga. Dunia pendidikan hari ini adalah penentu masa depan negara. Justeru itu, bagi memastikan pendidikan negara mencapai matlamat, sistem kurikulum haruslah unggul. Ini kerana Kurikulum merupakan instrumen penting dalam mencapai tujuan pendidikan, malah digunakan sebagai garis panduan dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada semua peringkat dan lapangan sekolah. Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis, 2008). Kurikulum tercipta adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara. Lantaran itu kurikulum juga menjadi cerminan kepada falsafah pandangan hidup suatu bangsa, yang akan menjadi panduan hala tuju dan acuan kehidupan sesuatu bangsa di masa hadapan. Seiring dengan kepentingan kurikulum tersebut, Kurikulum yang dibina haruslah dinamis dan terus berkembang

Upload: mullai21

Post on 01-Oct-2015

221 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

PENDAHULUAN

PENDAHULUAN

Malaysia merupakan negara yang pesat membangun menuju negara maju seiring dengan negara-negara maju yang lain. Bagi mencapai matlamat itu, negara harus menyediakan sejumlah besar golongan cerdik pandai bagi membolehkan kita bersaing di peringkat global. Oleh itu, bagi memenuhi tuntutan itu, pendidikan dijadikan agenda utama bagi negara ini malah di mana-mana negara juga. Dunia pendidikan hari ini adalah penentu masa depan negara.Justeru itu, bagi memastikan pendidikan negara mencapai matlamat, sistem kurikulum haruslah unggul. Ini kerana Kurikulum merupakan instrumen penting dalam mencapai tujuan pendidikan, malah digunakan sebagai garis panduan dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada semua peringkat dan lapangan sekolah. Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis, 2008). Kurikulum tercipta adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara. Lantaran itu kurikulum juga menjadi cerminan kepada falsafah pandangan hidup suatu bangsa, yang akan menjadi panduan hala tuju dan acuan kehidupan sesuatu bangsa di masa hadapan.

Seiring dengan kepentingan kurikulum tersebut, Kurikulum yang dibina haruslah dinamis dan terus berkembang untuk disesuaikan dengan pelbagai perkembangan yang terjadi pada masyarakat dunia dan haruslah ditetapkan hasil yang sesuai dengan matlamat. Pengembangan kurikulum sebaiknya dilaksanakan secara sistematik berdasarkan prinsip yang bersepadu iaitu memberikan garis panduan bahawa keseluruhan komponen haruslah tepat dan saling berkait antara satu sama lain, tidak berasingan, malah secara menyeluruh. Penyusunan satu komponen harus dinilai keseragamannya dan perkaitannya dengan komponen-komponen lainnya sehingga kurikulum benar-benar bersepadu dan utuh.

Seterusnya bagi menjayakan sesuatu sistem kurikulum tidak dapat tinggalkan iaitu kaedah pendekatan atau penggunaan model yang sesuai dengan pengembangan kurikulum. Dengan itu, kurikulum dapat diubah dengan baik dan benar. Sekali gus, tujuan pendidikan itu dapat tercapai dengan apa yang diinginkan oleh negara.