my fail khurusus

Upload: cassiana-viviana

Post on 19-Jul-2015

2.002 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERIAN JALAN ILMU,SMK SERIAN 94700 SERIAN SARAWAK LAPORAN KHIDMAT MASYARAKAT TEMA:MALAYSIA NEGARA BERDAULATTajuk Projek:KAJIAN LATAR BELAKANG DAN MAKSUD BENDERA/JATA NEGERI DAN NEGARA MALAYSIA.

Nama Ahli Kumpulan:i)Cassiana Viviana Ak Mukong ii)Glaryen Anak Dennis iii)Iza Christie iv)Feronika Andika Binti Abdul Hadi Agun

Tingkatan: 4MPV Nama Guru:Puan Senorita

SENARAI KANDUNGAN BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10. 11. KANDUNGAN Pengenalan Objektif Projek Lokasi Strategi Pelaksaanan Langkah-langkah Pelaksaanan projek Masalah ketika Pelaksaanan projek Kos Pelaksanan projek Tempoh Pelaksaanaan projek Penghargaan Refleksi dan kesimpulan Lampiran: Lampiran A:Gambar Lampiran B:Surat Pengenalan Diri Lampiran C:Surat Penghargaan untuk Menemu Bual Lampiran D:Surat Penghargaan kepada Tuan Haji Ramli Zainuddin Lampiran E:soalan-soalan semasa temu bual HALAMAN

Pengenalan Saya Cassiana Viviana Ak Mukong murid Tingkatan 4MPV di Sekolah Menengah Kebangsaan Serian,Sarawak.saya bersama-sama dengan ahli kumpulan yang terdiri daripada ,Feronika Andika Binti Abdul Hadi Agun,Glaryen Ak Denis dan Iza Christie telah menjalankan projek khidmat masyarakat yang bertajuk Kajian latar belakang dan maksud bendera/jata negeri dan negara.kajian ini telah dibuat dalam bentuk folio. Kami memilih tajuk tersebut kerana semangat cinta kami kepada Negara Malaysia,lantas ingin memupuk perasaan ingin tahu tentang maksud yang terdapat pada bendera dan jata negeri.Secara tidak langsung,koleksi ini diharapkan dapat menjadi rujukan kepada murid-murid lain dan menaikkan semangat mereka untuk mengetahui lebih lanjut tentang Malaysia. Lantasnya,tanpa mengira bidang apa pun rakyat Malaysia wajib mengetahui beberapa buah negeri dan maksud-maksudnya yang terdapat terdapat pada Negara Malaysia agar rakyat dapat menunjukkan semangat cinta akan Negara.

Objektif Projek Antara objektif projek ini temasuk untuk: a) Mengkaji latar belakang dan maksud bendera,jata negeri dan Negara. b) Mengetahui maksud simbol-simbol yang tersirat pada jata negeri dan negara c) Mengenal pasti jata negeri yang terdapat dalam Malaysia. d) Memupuk semangat cinta akan Negara.

Biodata Ahli KumpulanNama:Cassiana Viviana Ak Mukong No IC:951128-13-5718 Tajuk Projek:Kajian latar belakang &maksud bendera/jata negeri&negara malaysia Alamat Rumah:Lot 675,Taman Kakai 94700 Serian,Sarawak Bidang tugas:Mencari maklumat di majalah dan melayari internet. Nama:Iza Christie No IC:951017-13-5782 Tajuk Projek: Kajian latar belakang &maksud bendera/jata negeri&negara malaysia Alamat Rumah:Kampung Riih Mawang,Jalan Baki Riih,94700 Serian,Sarawak. Bidang tugas:mencari maklumat dan menulis hasil kajian. Nama:Glaryen Ak Dennis No IC: 950216-13-5609 Tajuk Projek: Kajian latar belakang &maksud bendera/jata negeri&negara malaysia Alamat Rumah:FL 2SL8 LT611 BLK B JLN SERIAN BY PASS JUNG KUO COMMERCIAL CENTRE 94700 SERIAN,SARAWAK Bidang tugas:foto copy maklumat Nama:Feronika Andika Bt Hadi No Ic:950201-08-5952 Tajuk Projek: Kajian latar belakang &maksud bendera/jata negeri&negara malaysia Alamat Rumah:N02,TINGKAT 2,BLOCK A,JUNGKOU COMMERCIAL CENTRE 94700 SERIAN SARAWAK. Bidang tugas:Mengumpul kos untuk membeli barangan folio.

Senarai tugas Jawatankuasa Tajuk Projek:Kajian latar belakang dan maksud bendera/jata negeri dan negara Jawatankuasa Bidang Projek Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari/Ahli Jawatankuasa Cassiana Viviana Iza christie Glaryen Feronika Andika

Lokasi ProjekKami telah menjalankan projek ini dengan cara mendapatkan maklumat melalui internet,buku dan majalah di pusat sumber sekolah dan perpustakaan awam.selain itu,kami mengadakan mesyuarat tentang pelaksanaan tugas serta menjalankan tugas yang telah diberikan kepada setiap ahli kumpulan di pondok ilmu sekolah.Projek yang telah kami siapkan adalah dalam bentuk folio.

Strategi Pelaksanaan Projek persediaan awal Persediaan awal Sebelum memulakan kajian ini,kami telah berjumpa untuk berbincang tentang pelbagai perkara yang berkaitan.akhirnya,kami telah mencapai keputusan seperti berikut:a) Mengumpul maklumat tentang latar belakang dan maksud bendera. b) Mendapatkan surat kebenaran daripada ibu bapa untuk menjalankan kajian ini. c) Mendapatkan surat pengenalan diri daripada pihak sekolah untuk melaksanakan kajian. d) Mendapatkan tugas kepada setiap ahli kumpulan untuk Mendapatkan surat kebenaran daripada ibu bapa Mendapatkan surat pengenalan diri daripada pihak sekolah Mencari maklumat melalui internet,majalah dan buku. e)Menentukan reka bentuk folio untuk mengumpul jata dan bendera Malaysia.

Langkah-langkah pelaksanaan projeka) Pada 14 April 2011 dari pukul 2.30 hingga 4.30 petang,perjumpaan dengan ahli kumpulan diadakan untuk berbincang tentang tugas dan perkara yang akan dilakukan. b) 19 April 2011 dari pukul 2.30 hingga 4.30 petang,kami mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa bagi melaksanakan projek ini. c) Mulai 18 hingga 22 April 2011 dari pukul 2.30 hingga 4.30 petang,kami mula mencari maklumat melalui internet,majalah dan buku tentang jata dan bendera Malaysia.Saya serta setiausaha dipertanggungjawab untuk mencari maklumat dan menyimpannya.Manakala ahli lain diberi tugas dan tanggungjawab untuk mengemas kini maklumat yang telah dikumpul. d) Pada 26 April 2011 dari pukul 2.30 hingga 4.30 petang,setiap ahli kumpulan diberi masa untuk menyiapkan tugas masing-masing serta melakukan pengemaskini untuk kali terakhir. e) Pada 20 Julai 2011 dari pukul 2.30 hingga 4.30 petang,kami telah bertemu di pondok ilmu sekolah dengan membawa bahan dan maklumat masing-masing.Dalam masa 2 jam,kami telah berbincang tentang reka bentuk folio dan susun atur bahan serta maklumat ke dalam folio. f) Pada 3 Ogos 2011 dari pukul 2.30 hingga 4.30 petang,tugas menghasilkan folio bermula.

Masalah Ketika pelaksanaan projek Terdapat beberapa masalah yang kami hadapi semasa melakukan projek ini.Pertamanya masalah apabila masing-masing sibuk dengan tugasan sendiri dan jarang dapat melakukan perbincangan bagi melaksanakan projek ini. Selain itu,kami juga kekurangan bahan-bahan seperti pensel warna,kertas A4 dan kad manila untuk melengkapkan projek tentang jata Negara dan negeri Malaysia. Di samping itu,terdapat ahli yang tidak mempunyai pengangkutan untuk menghadiri perbincangan kumpulan.Namun,kami bersyukur kerana akhirnya folio ini dapat diselesaikan dengan sempurna.

Kos Perlaksanaan Projek Projek yang telah kami jalankan ini tidaklah memakan kos yang tinggi untuk dilaksanakan.kami perlu mengeluarkan wang yang banyak.Namun begitu kami menggunakan wang sebanyak RM30 untuk melengkapkan folio kami.Kami bersyukur kerana kerjasama kami,projek ini telah diselesaikan dengan sempurna.

Kos pelaksanaan projek dalam bentuk jadual.Barang Folio Printer Pen Warna Kertas Kuantiti 1 1 1 Set 1 Harga RM3.90 RM 15.90 RM4.90 RM6.90 Kos Pengeluaran 5 20 5 10

Jumlah:RM30

Tempoh Pelaksanaan ProjekProjek ini dimulakan pada April 2011 yang bermula dengan sesi perbincangan secara berkumpulan selama 2 jam selepas waktu sekolah.Selepas itu,kami mula melaksanakan tugaas.Dalam tempoh May hingga Jun 2011,pada pukul 2.30- 4.30 petang,Kami mencari maklumat melalui internet tentang latar belakang dan maksud bendera,jata negeri dan Negara dengan peruntukan selama 2 jam sehari.

Penghargaan Keseluruhan projek dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna kerana mendapat bantuan,galakan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan Terima kasih dan setinggi penghargaan kepada guru pendidikan sivik dan kewarganegaraan kelas 4MPV,iaitu Puan Senorita yang sentiasa memberikan bimbingan dan menguatkan semangat kami sepanjang tempoh pelaksanaan projek ini. Selain itu,saya juga ingin tujukan ucapan terima kasihkepada ibu bapa saya yang telah memberikan kebenaran dan sokongan dari mula hingga akhir pelaksanaan projek ini,termasuk menghulurkan bantuan dari segi kewangan.Begitu juga dengan Tuan pengetua,Tuan Haji Rambli bin Zainuddin yang telah memberikan kebenaran kepada kumpulan kami untuk menjalankan projek ini dan seterusnya mengizinkan kami menggunakan komputer sekolah secara percuma. Terima kasih tidak terhingga juga kepada guru dan rakan-rakan yang sudi berkongsi bahan dan maklumat tentang tajuk yang kumpulan kami pilih iaitu latar belakang dan maksud bendera,jata negeri dan Negara. Akhir sekali,saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua ahli kumpulan yang sememangnya menunjukkan komitmen penuh dengan menjayakan projek ini sehingga terhasilnya folio yang berguna ini dan menarik untuk tatapan semua orang.

Refleksi dan Kesimpulan Secara keseluruhannya,projek khidmat masyarakat ini telah dijalankan dengan sempurna sehingga berjaya menghasilkan folio kajian latar belakang dan maksud bendera/jata negeri dan Negara.Diharapkan bahawa dengan adanya folio ini,warga sekolah terutamanya murid-murid akan mengenali dan mengetahui maksud jata dan bendera.Seterusnya diharapkan murid-murid dapat menghayati maksud jata dan bendera yang terdapat di Malaysia ini. Kami dapat menghayati erti kesabaran dan semangat setia kawan dalam menjayakan projek ini,terutamanya dalam menghadapi situasi yang sukar seperti mencari maklumat dalam internet.Hal ini adalah kerana pust siber sering kali dipenuhi orang ramai dan tugasan kami juga sering ditangguhkan.Semangat dan dorongan daripada ahli-ahli kumpulan telah membulatkan tekad kami untuk meneruskan projek ini sehingga berjaya. Secara peribadi ,kami juga berasa bertuah kerana melalui projek ini kami berpeluang untuk mengenali jata dan bendera negeri dan Negara di Malaysia. Kesimpulanya,melalui pelaksanaan projek ini,kami sedar bahawa khidmat masyarakat dapat dijadikan suatu amalan yang sungguh murni.Sebagai contoh,melalui projek yang kami usahakan,kami dapat berkongsi maklumat yang berharga dalam warga sekolah,khususnya kepada murid-murid.Kejayaan kami mengumpulkan maklumat tentang bendera dan jata.Rata-rata memuji kesungguhan kami dalam menghasilkan folio ini.Ada juga murid-murid menjadikan folio ini sebagai rujukan.

Nama Jalur Gemilang Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama diusulkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan Tamin dalam satu peraduan membabitkan pihak tertentu ini berjaya menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan sebagainya. Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan Datuk Hashim Mat Idris. Cadangan berkenaan dikemukakan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada 11 Julai 1995. Pada 1 Julai 1996, Urus setia menguruskan nama mengemukakan 75 cadangan berserta ulasan dan huraian. Tiga nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara. Tiga nama ini bagaimanapun ditolak Jemaah Menteri ketika mesyuarat pada 11 September 1996. 28 nama lagi dicadangkan dan pada 2 Jun 1997, tiga nama dicalon mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang. Nama bendera Malaysia telah diisytiharkan oleh Tun Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40. Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan pada jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. JALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara. GEMILANG - bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.[sunting]Lirik

lagu untuk Jalur Gemilang

Lagu khas yang ditujukan kepada Jalur Gemilang dibuat untuk memperingati dan membanggakan bendera Malaysia disamping memperingati identiti bendera serta menyeru untuk dikibarkan bendera tersebut beserta kemegahan.[sunting]Benderaku

Sebelum bendera Malaysia diberikan nama "Jalur Gemilang", lagu telah dibuat khas untuk bendera Malaysia tanpa menggunakan sebarang rujukan nama khas tetapi terus merujuk kepada "Bendera Malaysia" atau "Benderaku". Selepas bendera Malaysia telah diberi nama, perkataan di setiap awal perenggan yang mempunyai perkataan "Bendera Malaysia" atau "Benderaku" telah ditukar kepada "Jalur Gemilang". Walau bagaimanapun, keadaan tidak sesuai memungkinkan orang menyanyikan versi lama di samping menyanyikan lagu baru "Jalur Gemilang".

Benderaku yang gagah perkasa Merah putih kuning biru warnanya Berkibar megah penuh bercahaya Pusaka kita rakyat Malaysia Bendera Malaysia oh bendera ku Ku pertahankan sepenuh raga ku Dikaulah lambang negara berpadu Di bawah naungan Duli Tuanku Berkibar terus oh bendera ku Kau kan ku junjung sepanjang waktu Harumlah nama negara yang tercinta Padamu tempat taat dan setia Bendera Malaysia bendera kita Kemegahan rakyat kita semua Berkibar berkibar di ruang angkasa Dirgahayu bendera tercinta.

Ciptaan dan Senikata: Tony FonsekaJalur Gemilang

Ketika "Jalur Gemilang" dinamakan, lagu khas untuknya turut dibuat untuk meraikan dan memperingati bendera Malaysia dengan nama Jalur Gemilang, identiti dan kemegahan yang telah dibawa bersama. Merahmu bara semangat waja Putihmu bersih budi pekerti Kuning berdaulat payung negara Biru perpaduan kami semua Puncak dunia telah kau tawan Lautan luas telah kau redah Membawa semangat jiwa Merdeka Semangat jaya kami warganya Empat belas melintang jalurnya Semua negeri dalam Malaysia Satu suara satu semangat Itu sumpah warga berdaulat Jalur Gemilang dibawah naunganmu Jalur Gemilang kami semua bersatu Perpaduan ketaatan Amalan murni rakyat Malaysia Jalur Gemilang megah kami terasa Jalur Gemilang kibarkanlah wawasan Merah, putih, biru, kuning Jalur semangat kami semua (2x) Berkibarlah, berkibarlah, berkibarlah Jalur Gemilang! Ciptaan dan Senikata: Pak Ngah & Siso Kopratasa[sunting]

Keterangan Lambang-Lambang

Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) mengandungi 14 jalur merah dan putih(melintang yang sama lebarnya, tanda keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri: 1. Johor 2. Kedah 3. Kelantan 4. Melaka 5. Negeri Sembilan 6. Pahang 7. Pulau Pinang 8. Perak 9. Perlis 10. Sabah 11. Sarawak 12. Selangor 13. Terengganu 14. Kerajaan Persekutuan Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam. Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.

Maksud "Jalur Gemilang" JALUR- menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara. GEMILANG- bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian, Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekalipun sama ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas. Jalur atau Bendera melambangkan citra atau imej negara dan rakyat yang patriotis, gigih, gagah dan berani menghadapi cabaran serta sanggup berkorban demi agama, bangsa dan

negara. Warna merah melambangkan gagah dan berani menghadapi cabaran. Warna putih melambangkan keluhuran budi dan warna biru melambangkan rakyat yang bersatu padu dan hidup rukun damai. Warna kuning pula melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan negara.

Peta Malaysia

1. BENDERA PERAK

Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya. a. Warna putih : melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

b. Warna kuning : melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat MuliaRaja Muda Perak Darul Ridzuan. c. Warna hitam : melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.

2. BENDERA MALAYSIA

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.

Bendera Malaysia

Bendera negara Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Terengganu, Perlis, Selangor, Melaka, Sarawak, Pulau Pinang Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna Kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Di Raja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Lambang Kerajaan Malaysia

Jata Negara Malaysia

Lambang Malaysia, atau Jata Negara mengandungi sebuah perisai yang dipegang oleh dua ekor harimau yang merupakan lambing kepada melayu tradisional serta kekuatan dan keberanian. Di atasnya memaparkan simbol bulan sabit dan bintang pecah 14. Warna kuning pada simbol bulan sabit dan bintang itu merupakan warna diraja dan melambangkan pemerintahan beraja di Malaysia. Simbol bulan sabit adalah lambang agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia manakala simbol bintang menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia dan Kerajaan Persekutuan. Lima bilah keris yang terletak di bahagian atas merupakan lambang Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu pada zaman dahulu iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Di bawah keris tersebut terdapat empat jalur yang sama besarnya berwarna warna hitam, putih, merah dan kuning yang melambangkan empat buah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Merah dan kuning melambangkan warna negeri Selangor; hitam dan putih warna bagi negeri Pahang; hitam, putih dan kuning warna bagi negeri Perak; serta warna merah, hitam dan kuning bagi Negeri Sembilan. Bahagian sebelah kiri perisai iaitu pokok Pinang dan jambatan merupakan simbol untuk negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan iaitu pokok Melaka adalah simbol untuk negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat pada zaman dahulu. Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Jata Negeri Sabah di sebelah kiri dan Jata Negeri Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya, iaitu Bunga Kebangsaan Malaysia. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai memegang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Jata Negara. Cogan kata "Bersekutu Bertambah Mutu" yang ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri dan Jawi di sebelah kanan juga dipaparkan di skrol yang berwarna kuning.

Bendera Wilayah Persekutuan Putrajaya

Bendera baru bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah berasaskan dua (2) warna utama iaitu biru dan kuning.Warna biru melambangkan keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.Manakala warna kuning bendera adalah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.Logo Persekutuan melambangkan Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi tonggak pentadbiran negara yang baru dengan kekuatan dan semangat yang utuh dalam mengharungi era globalisasi dan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

Bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Bendera ini berteraskan bendera kebangsaan yang berjalur putih dan merah. Warna biru tua bersama bintang serta bulan sabit berwarna kuning. Unsur-unsur ini tidak dapat dipisahkan memandangkan Kuala Lumpur adalah Ibu Negara Malaysia dan juga Wilayah Persekutuan.14 jalur merah dan putih (melintang) menandakan keanggotaan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Bulan sabit dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi. Bintang berbucu 14 melambangkan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak sebagai Pusat Kerajaan dan pentadbiran .- Warna biru tua di bahagian tengah melambangkan perpaduan wargakota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berbilang kaum. - Warna merah melambangkan keberanian, kegagahan sebuah bandaraya dalam menghadapi cabaran ke arah pembangunan bandaraya kosmopolitan yang dinamik dan berprogresif. - Warna kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Kuala Lumpur. - Warna putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan keindahan bandaraya dalam taman bercahaya.

Bendera Wilayah Persekutuan Labuan

Bendera ini mengandungi tiga jalur melintang yang sama lebar berwarna merah, putih dan biru dengan bulan bintang pecah empat belas berwarna kuning terletak di tengah bendera. Jalur-jalur merah, putih, biru dan bulan bintang berwarna kuning yang melambangkan warna Bendera Malaysia membawa makna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia. Bulan Bintang bermakna Agama Islam sebagai agama rasmi dan bintang pecah empat belas menggambarkan negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan bersatu dalam Persekutuan Malaysia. Merah : Melambangkan keberanian bermakna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia. Putih : Melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan dalam mempertingkatkan katahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia. Biru : Melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum, hidup bersatu, aman makmur hormati serta berusaha untuk memajukan pembangunan ekonomi yang berasaskan sains dan teknologi. Kuning : Melambangkan kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara. Bulan Bintang : Bulan bintang berwarna kuning yang menjadi lambang keIslaman dan Kedaulatan Raja Berperlembagaan yang terletak di tengah-tengah dan mencakupi ketiga-tiga jalur (merah, putih, biru) menampakkan kestabilan dan kekuatan di dalam menyatukan lambang-lambang keberanian, kesucian dan perpaduan.

Bendera Negeri Johor

Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat. Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri. Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.

\ Lambang Negeri Johor

Mahkota tanda D.Y.M.M. Raja Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau; sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam. Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang berbunga-bunga di sebelah bawah perisai maksudnya Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini.

"KEPADA ALLAH BERSERAH"

ialah cogan negeri itu

____________________________________________________________________________

Bendera Negeri Kedah

Merah ialah warna kebangsaan negeri Kedah yang turun temurun. Padi maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan. Anak bulan tanda negeri beragama Islam. Perisai pula maksudnya Raja (Kerajaan) sentiasa menjaga dan memelihara rakyatnya dan penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman.

Lambang Negeri Kedah

Lengkaran membawa maksud padi, tanaman utama negeri ini. Anak bulan tanda Agama Islam. Perisai pula tanda kekuasaan.

Bendera Negeri Kelantan Darul Naim

Latar belakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk, rakyat Raja. Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini. Lambang Negeri Kelantan Darul Naim

Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orangorang Melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah tanda Islam. Dua pucuk meriam maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa sedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala Che' Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir kurun yang ke 14) yang kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu. Cogan kata negeri "BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN"

Bendera Negeri Pahang

Bendera negeri Pahang Darul Makmur mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di bawah. Kedua-duanya sama lebar. Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara. Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaankeistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada Raja sebagai negeri beraja dan berdaulat.

Lambang Negeri Pahang

Mata cogan yang berbentuk daun kopi itu keseluruhannya berwarna emas termasuk penongkok dan taran. Warna emas itu melambangkan logam emas yang merupakan hasil utama di negeri Pahang pada tahun 1862. Kepercayaan dahulu juga menyatakan bahawa tiada alat yang boleh menahan senjata atau mata senjata yang diperbuat daripada emas. Gading yang bersilang di bawah daun kopi melambangkan bahawa suatu ketika dahulu gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi satu perdagangan yang besar. Kalimah "Ya La Tif" bermaksud yang lemah-lembut Merupakan simbolik kepada pemerintahan yang tidak menggunakan kekerasan.

Bendera Negeri Sembilan

Tanah kuning itu maksudnya D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna rakyat. Sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.

Lambang Negeri Sembilan

Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam Gabungan Negeri Sembilan yang lama. Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa yang lalu dengan British. Warna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang. Warna kuning maknanya Yang Di Pertuan Besar. Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam gabungan lama. Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan. Di tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda Kebesaran Yang Di Pertuan Besar.

Bendera Negeri Melaka

Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera Persekutuan dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan, sementara anak bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda Agama Islam, agama negeri dan Malaysia.

Lambang Negeri Melaka

Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah negeri dalam Malaysia. Lima bilah keris maksudnya lima orang pahlawan termasyhur di Melaka pada zaman dahulu. Anak bulan dan bintang pecah lima tanda Agama Islam, agama rasmi negeri. Pokok Melaka ialah pohon dari mana negeri itu mendapat namanya. Dua ekor pelandok yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua iaitu pelandoklah yang telah menyebabkan Raja Melaka yang pertama mengambil keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.

BENDERA NEGERI SABAH Bendera Negeri Sabah berbentuk empat persegi bujur pada kada 1 : 2. Petak utama dalam bendera ini luasnya separuh bendera dan buka lebarnya 2/3 bendera. Petak ini berwarna biru salji sebagai latar belakang kepada bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang berada dalam kedudukan 1/4 dari sempadan atas dan sempadan bawah petak utama. Bahagian lain dalam bendera ini terbahagi kepada tiga jalur warna melintang yang mana jalur yang paling bawah memenuhi kaki bendera. Jalur paling atas berwarna biru zirkon, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili.Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, putih melambangkan kemurnian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Warna biru salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara warna nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.Lima jenis warna itu melambangkan lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri ini dan bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah

BENDERA NEGERI SABAH DI BAWAH BAYU Bendera negeri Sabah berbentuk persegi panjang berukuran 1:2. Di sudut sebelah atas bendera berwarna biru cerah, yang menjadi latarbelakang lukisan grafik bayangan Gunung Kinabalu, berwarna biru tua, meliputi suku bahagian bendera ini. Bahagian hujung

bendera yang berkibar dihiasi tiga jalur yang sama besar. Jalur atas berwarna biru muda, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili. Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan,putih melambangkan kesucian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan.Warna biru cerah menunjukkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama. Kelima-lima warna yang menghiasi bendera ini mewakili lima bahagian yang terkandung dalam Negeri Sabah. Lukisan grafik berbentuk Gunung Kinabalu pula melambangkan.Kerajaan Negeri Sabah

LAMBANG NEGERI SABAH Lambang Negeri Sabah terdiri dari dua bahagian iaitu atas yang berupa dua lengan berwarna kuning sedang menjulang Bendera Negeri yang terletak di atas satu susunan lima warna Negeri iaitu biru zirkon, merah cili, putih, biru salji dan nilakandi. Di bawahnya iaitu tubuh utama lambang ini yang berbentuk sebuah perisai. Bahagian atas perisai ini tersusun tiga warna Negeri iaitu biru zirkon, putih dan merah cili dalam bentuk V. Bahagian bawah perisai ini terdapat bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang berlatarbelakangkan warna biru salji. Perisai itu dipangku oleh sehelai skrol berwarna merah yang tertulis dengan cogankata negeri Sabah "Sabah Maju Jaya" berwarna putih.Dua lengan yang menjulang Bendera Negeri itu melambangkan perpaduan dan kerjasama di kalangan masyarakat berbagai kaum di negeri ini ke arah kemajuan dan kejayaan.Lima warna yang tersusun itu bermakna lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri Sabah. Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, warna putih melambangkan kemurnian dan keadilan. Merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Biru Salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.Bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.

Latar Belakang Bendera dan Lambang Negeri-Negeri Malaysia 1

BENDERA NEGERI SARAWAKWarna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh.Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis.Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat perjuangan kita untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.

LAMBANG NEGERI SARAWAKLambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang: terbang tinggi dengan aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya usaha, berpandukan ideologi "politik pembangunan". Lencana negeri ini juga boleh membezakan keunggulan Sarawak daripada negeri-negeri lain di dunia.

BENDERA SARAWAK BUMI KENYALANG Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh.Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis.Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat perjuangan kita untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.

BENDERA NEGERI TERENGGANULatar belakang berwarna putih maksudnya D.Y.M.M. Sultan. Ia melingkungi tanah hitamyang bermakna rakyat - oleh itu bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.BENDERA NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN Latarbelakang berwarna putih membawa maksud D.Y.M.M Sultan. Ia melingkari tanah hitam yang bermaksud rakyat. Ini bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat Baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.

LAMBANG NEGERI TERENGGANU

Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan Di Raja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri. Manakala di sebelah kanannya ialah Quran melambangkan Undang-undang. Buku Undang-undang di sebelah kiri pula melambangkan keadilan. Wali/Selampai melambangkan Alat-alat Istiadat Kebesaran.

BENDERA NEGERI SELANGOR Empat bahagian yangberwarna kuning dan merah itu maksudnya daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan bintang pula ialah sebagai Agama Islam, iaitu agama rasmi negeri dan kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.SELANGOR DARUL EHSAN Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu bermaksud daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan bintang pula ialah sebagai Agama Islam, agama rasmi negeri dan kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.

LAMBANG NEGERI SELANGOR Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambuwarna. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek dan di Kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat

Kebesaran Negeri. Tulisan Jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri. Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai iakt pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu.

BENDERA PULAU PINANG Warna biru muda maksudnya warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna putih maksudnya negeri Pulau Pinang yang aman damai. Warna kuning tanda kemakmuran. Pohon pinang ialh pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.

:PULAU PINANG PULAU MUTIARA: BENDERA NEGERI PULAU PINANG Warna biru muda bermaksud warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna putih pula membawa maksud negeri Pulau Pinang yang aman dan damai. Warna kuning melambangkan kemakmuran. Pohon Pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.

LAMBANG NEGERI PULAU PINANG Pohon pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan Besar Pulau Pinang yang mempunyai dua (2) tiang dan empat (4) kabel yang menegakkan tiang tersebut. Dua (2) tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Empat (4) kabel pula menggambarkan empat (4) jenis keturunan di negeri ini iaitu Melayu, Cina, India dan lain-

lain.Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima (5) tiap-tiap satu warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang

BENDERA NEGERI PERLIS Warna kuning maksudnya D.Y.M.M. Raja. Warna biru maksudnya rakyat. Bendera itu maknanya kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat baginda

LAMBANG NEGERI PERLIS Lengkaran padi itu maksudnya pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi. Perisai tanda kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya.

:PERLIS INDERA KAYANGAN: BENDERA NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN Warna kuning melambangkan D.Y.M.M. Raja. Warna biru pula melambangkan rakyat. Bendera itu sendiri membawa makna kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat Baginda

BENDERA NEGERI SEMBILAN Tanah kuning itu maksudnya D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna rakyat. Sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.

:NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS: BENDERA NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS Warna kuning pada bendera membawa maksud D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna rakyat, sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.

LAMBANG NEGERI SEMBILAN Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam Gabungan Negeri Sembilan yang lama. Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa yang lalu dengan British.

Warna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang. Warna kuning maknanya Yang Di Pertuan Besar. Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam gabungan lama. Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan. Di tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda Kebesaran Yang Di Pertuan Besar.

BENDERA NEGERI MELAKA Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera Persekutuan dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan, sementara anak bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda Agama Islam, agama negeri dan Malaysia. BENDERA NEGERI MELAKA DARUL AZIM Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera Persekutuan dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan, sementara anak bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda Agama Islam, agama negeri dan Malaysia.

LAMBANG NEGERI PAHANG Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada emas termasuk penongkok dan taran.Tujuan dipilih logam emas itu ialah melambangkan bahawa dalam tahun 1862 emas merupakan hasil masyur yang utama di Negeri Pahang.Keduanya tiada kebal yang boleh menahan senjata yang diperbuat dari emas.Gading yang bersilang dibawah daun kopi itu melambangkan bahawa ketika itu gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi satu perdagangan yang besar.Kalimah " Ya La Tif " bermaksud yang lemah lembut.Simboliknya pemerintah tidak menggunakan kekerasan." Ya La Tif " juga dijadikan azimat yang berguna.

BENDERA NEGERI PERAK Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.:BENDERA NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN: Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam.Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya. Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.

LAMBANG NEGERI PERAK Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi.Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah.Bulan Sabit

menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi.Bunga padi menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri

LAMBANG NEGERI KEDAH Lengkaran itu maksudnya padi, tanaman utama negeri ini. Anak bulan tanda Agama Islam. Perisai pula tanda kekuasaan.KEDAH DARUL AMAN

BENDERA NEGERI KEDAH DARUL AMAN Merah ialah warna kebangsaan negeri Kedah yang turun-temurun. Padi maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan. Anak bulan tanda negeri ini beragama Islam. Perisai pula maksudnya Raja ( Kerajaan ) sentiasa menjaga dan memelihara rakyatnya dan penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman.

BENDERA NEGERI JOHOR Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat. Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri. Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri. BENDERA NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat. Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri. Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.

LAMBANG NEGERI JOHOR Mahkota tanda D.Y.M.M. Raja Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau; sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam. Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang berbunga-bunga di sebelah bawah perisai maksudnya Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini. "KEPADA ALLAH BERSERAH" ialah cogan negeri itu

BENDERA-BENDERA DI MALAYSIA

BENDERA MALAYSIA

Bendera dan lagu kebangsaan ialah lambang kebesarn sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia mempunyai bendera dan lagu kebangsaannya sendiri.Bendera Malaysia mengangdungi 14 jalur merah dan putih. Jalur merah dan putih ini membawa maksud 13 buah negeri di Malaysia dan sebuah kerajaan Persekutuan.Bendera Malaysia mempunyai empat warna, iaitu merah, putih, kuning dan biru. Warna biru tandanya perpaduan. Warna kuning ialah warna diraja. Bulan sabit lambang agama Islam negara ini. Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan sebuah kerajaan Persekutuan.

MENGHORMATI BENDERA MALAYSIA

JANGAN LETAK BENDERA DI ATAS TANAH.

JANGAN BIARKAN BENDERA MELERET KE TANAH SEWALTU MENURUNKANNYA.

JIKA BENDERA DIKIBARKAN SEPARUH TIANG, NAIKKAN DAN BAWA IA MASUK PADA WAKTU PETANG.

JIKA HENDAK MENGIBARKAN BENDERA SEPARUH TIANG,NAIKKAN DAHULU SEPENUH TIANG, KEMUDIAN BARULAH TURUNKAN.

JANGAN GUNAKAN BENDERA SEBAGAI ALAS MEJA ATAU PENUTUP SESUATU BENDA, KECUALI SEBAGAI TANDA PENGHORMATAN. MISALNYA UNTUK MENUTUP KERANDA.

TALI BENDERA HENDAKLAH SENTIASA DIPERIKSA. PASTIKANIA TEGUH DAN TIDAK MUDAH PUTUS.

KELANTAN DARUL NAIM

BENDERA NEGERI KELANTAN DARUL NAIM Latarbelakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk negeri ini termasuk rakyat dan Raja yang memerintah. Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini.

BENDERA NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR Bendera negeri Pahang mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di bawah. Kedua-duanya sama lebar. Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara. Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu ada pada Raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat.

.

.

BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN Bendera baru Wilayah Persekutuan yang dilancarkan pada 20hb. Ogos 2006 ini digunakan dalam acara-acara rasmi yang melibatkan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan. Bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Labuan atau Putrajaya akan digunakan dalam acara-acara yang melibatkan Wilayah Persekutuan yang berkenaan. Ciri-ciri Bendera Wilayah Persekutuan menerapkan warna asas Bendera Malaysia yang melambangkan Wilayah Persekutuan adalah milik Kerajaan Persekutuan dan seluruh rakyat Malaysia.

-Warna kuning membawa maksud kedudukan yang dihormati, dimuliakan dan kedaulatan; -Warna biru mambawa maksud perpaduan, keikhlasan, kestabilan, keharmonian dan kebenaran; dan -Warna merah membawa maksud semangat waja, kekuatan, keberanian dan bertenaga. -Jata Negara melambangkan Wilayah Persekutuan sebagai jajahan penting yang meneraju pemerintahan, pentadbiran dan pusat perniagaan negara. -Tiga (3) bintang di bawah Jata Negara membawa maksud 3 Wilayah Persekutuan terpenting iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang bernaung dan mendokong Wilayah Persekutuan.