my assignment

13
Mata Pelajaran : Pendidikan Moral Kelas : 1 Bil Murid : 20 orang Masa : 9.15-10.15 pagi Tarikh : 05 September 2014 Tema : Sayangi semua ciptaan Tuhan Tajuk : Mickey yang insaf Hasil Pembelajaran : Pada akhir aktiviti ini, murid dapat 1. Mendengar rakaman audio yang ada akan disembahkan dalam e- buku interaktif 2. Menyenaraikan watak-watak yang ada dalam buku cerita interaktif 3. Melakonkan perwatakan watak-watak yang ada dalam buku cerita interaktif Isi Kandungan : 1. Mengenali Cerita Mickey yang insaf 2. Mengenali watak-watak dalam cerita Mickey yang insaf 3. Merasa dan melakonkan perwatakan-perwatakan yang ditayangkan Penerapan Nilai: - Kasih sayang - Menghargai Unsur Patriotisme – Bersyukur

Upload: dharshan-kumar

Post on 22-Dec-2015

7 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Page 1: My Assignment

Mata Pelajaran : Pendidikan Moral

Kelas : 1

Bil Murid : 20 orang

Masa : 9.15-10.15 pagi

Tarikh : 05 September 2014

Tema : Sayangi semua ciptaan Tuhan

Tajuk : Mickey yang insaf

Hasil Pembelajaran : Pada akhir aktiviti ini, murid dapat

1. Mendengar rakaman audio yang ada akan disembahkan dalam e-buku

interaktif

2. Menyenaraikan watak-watak yang ada dalam buku cerita interaktif

3. Melakonkan perwatakan watak-watak yang ada dalam buku cerita interaktif

Isi Kandungan :

1. Mengenali Cerita Mickey yang insaf

2. Mengenali watak-watak dalam cerita Mickey yang insaf

3. Merasa dan melakonkan perwatakan-perwatakan yang ditayangkan

Penerapan Nilai: - Kasih sayang

- Menghargai

Unsur Patriotisme – Bersyukur

Page 2: My Assignment

Prosedur Perlaksanaan Kemahiran Generik/

Pembestarian P & P

Catatan

Set Induksi (5 minit)

Guru meminta murid membaca

sebuah pantun nasihat berkaitan

sayangi semua ciptaan Tuhan.

Murid diminta untuk memberi

pendapat mengenai pantun itu tadi.

Guru mengaitkan jawapan murid

dengan tajuk pelajaran hari ini.

KB :Menjana idea.

Bahasa

Mendengar

Membaca puisi

Berbincang

Berkomunikasi

SPP: Keratan

akhbar

Nilai Murni :

Kasihsayang

Langkah 1 (15 minit)

1. Guru menayangkan buku

cerita interaktif “Mickey yang

insaf”.

2. Guru akan menyuruh murid

untuk meringkaskan atau

memberi pandangan diri

sendiri terhadap cerita itu.

TKP: Visual ruang

Sejarah

Mengingat

kembali

TKP: Linguistik

Page 3: My Assignment

Langkah 2 (20 minit)

1. Guru menayangkan cerita

interaktif sekali lagi.

2. Guru membentuk 2 kumpulan

dan mengedarkan kad

arahan:

Kumpulan 1 dikehendaki

melukis dan mewarna salah

satu watak dari cerita Mickey

yang insaf.

Kumpulan kedua

dikehendaki menulis kata-

kata yang menunjukkan

kasih sayang terhadap

semua ciptaan Tuhan.

3. Hasil kerja kumpulan

dipamerkan di dinding kelas.

Wakil kumpulan diminta

menjelaskan hasil tugasan

kumpulan.

TKP:

Interpersonal

Intra-personal

Seni

Melukis

Mewarna

Agama/moral

Sayangi

keluarga

Taat kepada

keluarga

Pendekatan

Konstruktivisme

Kemahiran Pelbagai

kecerdasan :

Visual Ruang

Kinestetik

Interpersonal

Intrapersonal

Linguistik

Kertas Mahjong

Marker

Langkah 3 ( 15 minit)

1. Guru membentuk 4

kumpulan.

2. Guru memberi arahan supaya

murid-murid melakonkan

Kemahiran Pelbagai

kecerdasan :

Visual Ruang

Kinestetik

Nilai

Kerjasama

Menghormati

Page 4: My Assignment

cerita Mickey yang insaf.

3. Guru memberi arahan yang

jelas bahawa murid tidak

boleh menukar perjalanan

cerita.

4. Apabila kumpulan pertama

membuat persembahan

lakonan kumpulan kedua

harus memberi komen dan

markah.

5. Proses ini juga akan berlaku

pada kumpulan ketiga dan

keempat.

6. Hadiah akan diberi kepada

kumpulan johan dan pelakon

terbia

Interpersonal

Intrapersonal

Linguistik

KB: Kreatif dan Kritis

Sumber:

Alat tulis

Kertas

Penutup – 5 minit

1. Guru membuat rumusan dan

mengedarkan keratan ikrar

Akujanji kepada murid untuk

menghargai semua ciptaan

Tuhan apabila mereka telah

dewasa dan berjaya.

2. Guru meminta murid untuk

membaca ikrar akujanji

secara beramai-ramai.

Page 5: My Assignment

LAPORAN ILMIAH

E-book ini dihasilkan khas untuk kanak-kanak. Ebook ini boleh dimainkan dalam semua

matapelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan e-buku cerita interaktif. Ini

dapat aktiviti berbagai bentuk pertanyaan yang harus dijawab oleh murid. Pertanyaan atau

soalan yang terdapat dalamnya akan merumuskan isi pelajaran ataupun gambaran tentang

proses pengajaran.Guru dapat membuat sendiri media ini dengan menyesuaikan tujuan dan

materi pembelajaran.

Page 6: My Assignment

Tujuan saya memilih tajuk ini adalah untuk memberikan motivasi belajar kepada murid

agar mereka sentiasa mempelajari atau mengulang kembali perkara-perkara yang telah

dipelajari dalam kelas sebelumnya yang akan diuji, sehingga mereka mengingati

pengajarannya. Ia juga digunakan untuk melahirkan perasaan seronok dalam kalangan

murid. Buku ini murid dapat mengembangkan daya imginasi. Tambahan pula, melalui e-

buku ini dapat merangsang minda murid. Pada masa yang sama mereka juga belajar untuk

menyelesaikan masalah.

Selain daripada itu, e-buku ini dapat digunakan di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran kerana ia dapat menyenangkan anak murid sehingga tertarik untuk belajar

sambil berimaginasi. Buku ini dapat digunakan untuk membantu mengembangkan semua

aspek perkembangan murid iaitu aspek perkembangan sosioemosi, perkembangan kognitif,

perkembangan fizikal dan juga perkembangan bahasa.

Teori yang saya pilih adalah teori Jean Piaget. Pada pandangan beliau, pola-pola

perlakuan ini boleh memberikan petunjuk bagi pengetahuan bagaimana proses

pembentukan pemikiran berkembang dalam kalangan kanak-kanak. Teori yang beliau

kemukakan memfokuskan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak. Perkembangan

awal kanak-kanak umumnya meliputi pertumbuhan dan perkembangan mereka dari sejak

lahir hingga 6 tahun. Pertumbuhan kanak-kanak berlaku sejak dalam kandungan lagi.

Selain itu, beliau mengatakan bahawa belajar yang sebenarnya bukanlah sesuatu yang

diturunkan oleh guru, melainkan sesuatu yang berasal dari dalam diri anak sendiri. Belajar

merupakan sebuah proses penyelidikan dan penemuan spontan. Berkaitan dengan belajar,

Piaget membangun teorinya berdasarkan pada konsep Skema iaitu, stuktur mental atau

kognitif yang menyebabkan seseorang secara intelektual beradaptasi dan

mengoordinasikan lingkungan sekitarnya. Skema pada prinsipnya tidak statis melainkan

selalu mengalami perkembangan sejalan dengan perkembangan kognitif manusia.

Berdasarkan andaian itulah, Piaget berpendapat bahawa belajar merupakan proses

menyesuaikan pengetahuan baru ke dalam struktur kognitif yang telah dipunyai seseorang.

Bagi Piaget, proses belajar berlangsung dalam tiga tahapan: asimilasi, akomodasi dan

equilibrasi. Kompleksitas pengetahuan dan struktur kognitif tidak dengan sendirinya

menyebabkan terjadinya asimiliasi secara mulus. Dalam kasus tertentu asimilasi mungkin

saja tidak terjadi karena informasi baru yang diperoleh tidak bersesuaian dengan stuktur

kognitif yang sudah ada. Dalam konteks seperti ini struktur kongitif perlu disesuaikan dengan

pengetahuan baru yang diterima. Proses semacam ini disebut akomodasi. Penekanan

Piaget tentang betapa pentingnya fungsi kognitif dalam belajar didasarkan pada tahap

perkembangan kognitif manusia.

Page 7: My Assignment

Saya juga mengabungkan teori pembelajaran Gagne. Teori beliau dapat menerapkan

perkara-perkara yang baik daripada proses pengajaran. Melalui proses pengajaran guru

dapat menarik pelajar dengan mengarah pelajar kepada pengajaran. Melalui pengajaran ini

dapat memaklumkan objektif pelajaran. Saya memilih teori ini kerana ia merangsang

kembali ingatan terhadap pengetahuan sedia ada. Justeru, dapat membimbing murid.

Pembelajaran ini membantu murid untuk mengekod maklumat dalam ingatan jangka

panjang. Oleh sebab itu, saya memilih kedua-dua teori ini.

Strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan.

Strategi juga boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan dan kaedah-kaedah

untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan

secara optimum. 3 jenis strategi dalam pengajaran dan pembelajaran ialah berpusatkan

guru, berpusatkan murid dan berpusatkan bahan. Jenis strategi pengajaran dan

pembelajaran membantu guru dalam merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran dan

pembelajaran berdasarkan objektif-objektif pelajaran yang telah ditentukan. Rancangan

pengajaran menentukan pencapaian optimum seseorang murid melalui tindak balas mereka

semasa sesi pengajaran.Strategi juga penting dalam menyusun teknik dan kaedah yang

sesuai untuk mnegajar secara sistematik.Persediaan awal dengan mengatur langkah-

langkah akan membantu pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

Saya memilih strategi berpusatkan murid. Strategi berpusatkan murid ini berlaku apabila

murid memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. Guru akan bertumpu

kepada pelajar sahaja. Murid diberi keutamaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Strategi ini penting bagi murid-murid kerana ia menggalakkan mereka melibatkan diri secara

aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Murid-murid diberi peluang untuk maju mengikut

kadar keupayaan mereka sendiri. Sehubungan dengannya aktiviti pemulihan dan

pengayaan merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Guru

merupakan seorang pemimpin yang memandu murid-murid menjalankan aktiviti

pembelajaran sama ada secara kumpulan atau individu. Banyak masa diperuntukkan untuk

murid melaksanakan sesuatu aktiviti. Oleh sebab itu, saya memilih strategi ini.

Pendekatan yang saya gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran melalui bahan

bantu mengajar ini adalah deduktif. Ia merujuk kepada cara pengajaran yang bermula

dengan guru memberikan rumus-rumus atau teori yang sudah diketahui umum. Selepas itu,

proses P&P diteruskan di mana para murid akan menganalisis rumus-rumus yang

didedahkan terlebih dahulu melalui contoh-contoh yang dibentangkan. Pendekatan deduktif

merupakan jenis pengajaran yang bermula daripada umum kepada spesifik.Strategi

Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu

Page 8: My Assignment

memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya memilih rumus,

hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-

contoh khusus.

Pendekatan ini juga berpusatkan bahan. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran,

bahan pelajaran sangat penting. Guru atau murid bergantung sepenuhnya kepada

penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran. Strategi pengajaran dan

pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan

pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran. Pendekatan ini menekankan perkembangan

kognitif, jasmani dan rohani. Penggunaan bahan mengajar akan membantu murid

memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas.

Pembelajaran ini juga berasaskan bahan, iaitu E-Buku Cerita Interaktif. Dalam

pendekatan ini pengajaran dan pembelajaran seolah-olah hidup dalam alam haiwan

peliharaan. Murid-murid akan mengalami sendiri aktiviti yang dilaksanakan. Murid-murid

akan mudah memahami apa yang guru ajarkan melalui E-Buku yang disediakan dengan

menarik dan berkesan. Murid-murid dapat berkomunikasi dengan berkesan dan melahirkan

perasaan dengan menggunakan bahasa dan aksi. Oleh sebab itu saya memilih pendekatan

ini.

Kaedah yang saya pilih adalah kaedah kod kognitif .Kaedah ini lebih menekankan bentuk

dan makna. Seseorang yang ingin mempelajari sesuatu bahasa harus mengetahui sistem

bahasa berdasarkan kepada hukum-hukum dan norma-norma tertentu dalam ilmu

tatabahasa.Kaedah ialah cara atau peraturan digunakan untuk mempersembahkan

pelakonan sesuatu dan cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah

penyampaian yang tersusun. Terdapat beberapa prosedur untuk kaedah. Prosedur-prosedur

ini membantu menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran, manakala elemen teknik

adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan

sebagainya. Kaedah yang dipilih perlu mengikut keupayaan pelajar, mata pelajaran,

kemahiran yang hendak diajar dan minat guru serta pelajar.

Kaedah yang dikatakan diatas adalah kaedah penyelesaikan masalah, kaedah membuat

keputusan, soalan terbuka dan soalan aras tinggi. Sebagai contohnya, jika guru memilih

kaedah penyelesaian masalah, murid perlu berfikir secara luas untuk menyelesaikan

masalah tersebut.Dalam hal ini guru boleh menggunakan teori Taksonomi bloom yang

membahagikan domain kognitif kepada 6 peringkat iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi,

analisis, sistesis dan penilaian. Peringkat pengetahuan dan kefahaman dikategorikan

sebagai Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR) manakala peringkat

Page 9: My Assignment

aplikasi,analisis,sintesis dan penilaian adalah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Murid

perlu berfikir panjang untuk menyelesaikan masalah ini.

Teknik yang saya pilih adalah teknik bercerita. Pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Moral selalunya tidak menyeronokkan dan biasanya membosankan murid.

Keadaan ini berlaku kerana teknik pengajaran guru yang tidak dapat menarik perhatian

murid untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak menggunakan

bahan bantu belajar untuk menarik minat murid dan guru biasanya mengggunakan teknik

yang konvensional (cara lama) dan tidak berpusatkan murid.

Oleh sebab itu, kita haruslah memilih teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih

menarik dengan mengaplikasikan teknik-teknik seperti improvisasi, main peranan, teater

bercerita, permainan bahasa dan bercerita. Teknik yang dicadangkan ini juga berpusatkan

murid dan menggalakkan mereka menggunakan bakat, kreativiti dan pengetahuan sedia

ada murid dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas. Pemilihan teknik haruslah berasaskan

kepada kriteria tertentu seperti gaya pembelajaran murid, tajuk pengajaran, jenis

pengetahuan atau kemahiran yang hendak disampaikan, tahap pencapaian murid,

persekitaran pembelajaran, nilai dan sikap yang ingin dipupuk.Oleh sebab itu saya memilih

teknik bercerita ini.

Antara rasionalnya penggunaan bahan bantu belajar dalam proses pembelajaran dan

pengajaran ini adalah untuk mengetengahkan konsep. Ini bermaksud murid dapat

menyaksikan sendiri tunjuk cara dan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru

semasa menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah. Pengajaran guru akan lebih mudah

dengan penggunaan bahan bantu mengajar, lebih–lebih lagi bahan yang digunakan itu

bersesuaian dengan tajuk pelajaran yang disampaikan oleh guru. Antara lain rasionalnya

adalah untuk mencetuskan minat pelajar. Peralatan yang digunakan juga menjadi pengalak

dalam penyampaian pelajaran. Bahan bantu mengajar dapat mewujudkan suasana

persekitaran yang sesuai kepada pelajar. Jika bahan bantu mengajar digunakan dengan

teratur semasa memberi penerangan, pengajaran yang disampaikan akan mencetuskan

minat pelajar. Hasil dapatan kajian ini dapat memberi dorongan kepada guru pelatih supaya

bersikap positif dalam mempelbagaikan penggunaan bahan bantu mengajar untuk

meningkatkan lagi minat belajar kepada pelajar. Selain daripada itu, ia juga dapat memberi

kesedaran dan dorongan kepada guru pelatih supaya menggunakan bahan bantu mengajar

dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta memberi panduan dan kesedaran kepada

guru pelatih tentang kepentingan menggunakan bahan bantu mengajar dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

Page 10: My Assignment

Kesimpulannya, kepelbagaian penggunaan bahan bantu mengajar dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kefahaman pelajar dan dapat menarik

pelajar perhatian pelajar untuk lebih fokus dan memahami konsep yang diajar. Menurut

Mohd Dahlan (1992), penggunaan pelbagai alat bantu mengajar mengikut cara yang

bersesuaian dapat meningkatkan mutu atau tumpuan murid–murid terhadap pembelajaran.

Pengunaan bahan bantu mengajar juga turut memudahkan guru dalam penyampaian

konsep kepada pelajar.