mqa 01 c area 1 edited melaka

10
MQA – 01 ( Bahagian C – Bidang 1 ) BIDANG 1 : VISI, MISI, MATLAMAT PENDIDIKAN DAN HASIL PEMBELAJARAN 1.1. PERNYATAAN TUJUAN, OBJEKTIF DAN HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM Dokumen Rujukan Lokasi/ Pegawai dirujuk Maklumat Berkenaan Standard Asas 1.1 .1 Nyatakan tujuan, objektif dan hasil pembelajaran program. Bagaimanakah tujuan, objektif dan hasil pembelajaran ini dihebahkan kepada pihak berkepentingan jabatan, sama ada dari dalam mahupun luar? Siapakah yang dirujuk semasa membangunkan tujuan, objektif dan hasil pembelajaran program berkenaan? Tujuan, objektif dan hasil pembelajaran program adalah dibangunkan oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan dilaksanakan oleh Kolej Vokasional. Tujuan, objektif dan hasil pembelajaran program dapat dilihat melalui Dokumen Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV). Ia disebar luas kepada mereka yang berkepentingan melalui surat siaran, media elektronik, media massa bercetak dan Program Jelajah Kolej Vokasional. Proses membangunkan tujuan, objektif dan hasil pembelajaran program adalah dilaksanakan di peringkat KPM dengan merujuk Panel Industri, Panel IPTA/IPTS dan Panel Kolej Vokasional yang mengambil KV -------------------

Upload: ezanee

Post on 07-Mar-2016

240 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

contoh

TRANSCRIPT

Page 1: Mqa 01 c area 1 edited melaka

MQA – 01 ( Bahagian C – Bidang 1 )

BIDANG 1 : VISI, MISI, MATLAMAT PENDIDIKAN DAN HASIL PEMBELAJARAN1.1. PERNYATAAN TUJUAN, OBJEKTIF DAN HASIL

PEMBELAJARAN PROGRAMDokumen Rujukan

Lokasi/Pegawai dirujuk

Maklumat Berkenaan Standard Asas1.1.1 Nyatakan tujuan, objektif dan hasil pembelajaran

program. Bagaimanakah tujuan, objektif dan hasil pembelajaran ini dihebahkan kepada pihak berkepentingan jabatan, sama ada dari dalam mahupun luar? Siapakah yang dirujuk semasa membangunkan tujuan, objektif dan hasil pembelajaran program berkenaan?Tujuan, objektif dan hasil pembelajaran program adalah

dibangunkan oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan

Vokasional (BPTV), Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) dan dilaksanakan oleh Kolej Vokasional.

Tujuan, objektif dan hasil pembelajaran program dapat dilihat

melalui Dokumen Kurikulum Standard Kolej Vokasional

(KSKV). Ia disebar luas kepada mereka yang berkepentingan

melalui surat siaran, media elektronik, media massa bercetak

dan Program Jelajah Kolej Vokasional.

Proses membangunkan tujuan, objektif dan hasil pembelajaran

program adalah dilaksanakan di peringkat KPM dengan

merujuk Panel Industri, Panel IPTA/IPTS dan Panel Kolej

Vokasional yang mengambil kira keperluan semasa dalam

bidang perindustrian, kepentingan melahirkan tenaga kerja

berkemahiran tinggi dan Transformasi Pendidikan Vokasional.

Sementara itu, Kolej Vokasional bertindak sebagai institusi

pelaksana program yang telah dirancang.

1.1.2 Apakah visi dan misi Pemberi Pendidikan Tinggi?

Tunjukkan bagaimana tujuan, objektif dan hasil

pembelajaran program adalah selari dengan, di samping

menyokong visi dan misi Pemberi Pendidikan Tinggi.

Visi KPM berkaitan dengan pendidikan vokasional amat jelas

yakni; institusi pendidikan vokasional berhasrat menyediakan

KV -------------------

Page 2: Mqa 01 c area 1 edited melaka

MQA – 01 ( Bahagian C – Bidang 1 )

sumber manusia bersahsiah unggul dan berkemahiran tinggi

yang memenuhi keperluan industri untuk pembangunan

ekonomi, sosial dan teknologi.

Misi KPM menjurus kepada

Menyediakan tenaga manusia bersahsiah dan

berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan pasaran.

Membangunkan sistem pendidikan vokasional

berkesan.

Mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan

vokasional.

Menggalakkan hubungan antara industri dan

masyarakat.

Mengembangkan kemahiran vokasional secara

kreatif dan inovatif.

Justeru itu, Kolej Vokasional membentuk visi selari dengan

kehendak KPM iaitu; menjadi pusat keterampilan ilmu dan

kompetensi pendidikan vokasional. Misi Kolej Vokasional

pula; menyediakan modal insan berilmu, bersahsiah dan

berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan tenaga kerja

Negara.

Kesemua visi dan misi direalisasikan dengan lahirnya modal

insan yang berkemahiran tinggi untuk memenuhi keperluan

tenaga mahir dialam pekerjaan dan mampu mempertingkatkan

sara hidup. Pekara ini dapat diperjelaskan melalui kerangka

pendidikan vokasional yang berhasrat untuk melahirkan 70%

tenaga mahir, 20% melanjutkan pelajaran dan 10% usahawan.

1.1.3 Senaraikan justifikasi untuk program yang dicadangkan.

Bagaimanakah program ini mengisi keperluan pasaran,

dan menyumbang dalam pembangunan masyarakat dan

negara? Bagaimanakah program ini berkait dengan

KV -------------------

Page 3: Mqa 01 c area 1 edited melaka

MQA – 01 ( Bahagian C – Bidang 1 )

program-program lain yang ditawarkan oleh jabatan?

Kolej Vokasional menawarkan pelbagai program di peringkat

diploma dan salah satu daripadanya ialah Program Teknologi

Elektrik. Pembangunan program ini dapat memenuhi

keperluan tenaga mahir dalam bidang elektrik dan selari

dengan kemajuan industri negara.

Ia dapat dilihat bahawa visi, misi, objektif dan pendidikan

matlamat Kolej Vokasional sepadan dan Bidang Ekonomi

Utama Negara (NKEA) dan Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia 2013-2025. Ia adalah penting bahawa pernyataan-

pernyataan ini dijadikan aspirasi untuk menyediakan modal

insan berkualiti ke arah mengejar pendapatan yang lebih tinggi

untuk negara.

Maklumat Berkenaan Standard Tinggi

1.1.4 Bagaimanakah tujuan dan objektif program

menggabungkan isu-isu seperti kepimpinan,

tanggungjawab kemasyarakatan, kesarjanaan,

penglibatan masyarakat, nilai-nilai etika dan

profesionalisme?

Tujuan dan objektif program berkait dengan isu-isu

kepimpinan, tanggungjawab kemasyarkatan, dan sebagainya

direalisasikan melalui Programme Educational Outcomes

(PEO), Programme Outcomes (PO) dan Learning Outcomes

Kemahiran Insaniah (LOKI). Pernyataan yang terkandung di

dalam ketiga-tiga item menjadi landasan kepada pembangunan

insan yang kompeten dan holistik.

OBE KSKV

1.1.5 Nyatakan pihak yang dirunding dan sejauh mana

penglibatan mereka dalam proses pembentukan dan

semakan berkala bagi tujuan, objektif dan hasil

pembelajaran program.

Proses pembentukan dan semakan berkala bagi tujuan, objektif

KV -------------------

Page 4: Mqa 01 c area 1 edited melaka

MQA – 01 ( Bahagian C – Bidang 1 )

dan hasil pembelajaran program dilaksanakan oleh Bahagian

Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM). Pihak BPTV akan merancang,

menyelaras dan memantau proses pelaksanaan kurikulum

program.

Selain itu, Jawatankuasa Akademik Kolej bertindak dalam

melaksanakan program berlandaskan dasar dan arahan yang

dikeluarkan dari semasa ke semasa, selain memberi maklum

balas hasil pembelajaran program ke BPTV untuk tindakan

lanjut.

1.2. HASIL PEMBELAJARANMaklumat Berkenaan Standard Asas

1.2.1 Nyatakan hasil pembelajaran program mengikut tahap

pengajian berdasarkan lapan domain hasil pembelajaran

Kerangka Kelayakan Malaysia yang berikut:

i. Pengetahuan

ii. Kemahiran praktikal

iii. Kemahiran dan tanggungjawab kemasyarakatan

iv. Etika, profesionalisme dan kemanusiaan

v. Kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan

vi. Kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran kritikal dan kemahiran saintifik

vii. Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat

viii. Kemahiran mengurus dan keusahawanan

PROGRAM OUTCOME (PO)

1. Berkeupayaan mengaplikasikan pengetahuan matematik, sains, ICT

dan

vokasional di tempat kerja dalam Program Teknologi Elektrik

2. Berkeupayaan berkomunikasi secara berkesan dalam Program

KV -------------------

Page 5: Mqa 01 c area 1 edited melaka

MQA – 01 ( Bahagian C – Bidang 1 )

Teknologi

Elektrik

3. Berkeupayaan mengembangkan pengetahuan secara kreatif dan

inovatif

dalam Program Teknologi Elektrik

4. Berkeupayaan memberi sumbangan secara berkesan dalam

kumpulan

dalam Program Teknologi Elektrik

5. Berkeupayaan memahami tanggungjawab terhadap profesion dalam

Program Teknologi Elektrik

6. Berkeupayaan meningkatkan kesedaran keperluan pembelajaran

sepanjang

hayat bagi perkembangan kerjaya dalam bidang Program Teknologi

Elektrik

7. Berkeupayaan mengaplikasikan kemahiran keusahawanan melalui

konsep

Pendidikan Berasaskan Produk dan Sekolah Niaga (School

Enterprise) dalam Program Teknologi Elektrik

8. Berkeupayaan memberi sumbangan dan bekerjasama dalam

melaksanakan

pelbagai bidang tugas dalam Program Teknologi Elektrik

9. Berkemahiran mengenalpasti dan menyelesaikan masalah yang

berkaitan dengan bidang tugas Program Teknologi Elektrik

1.2.2 Petakan hasil pembelajaran setiap kursus dengan

merujukkepada lapan domain Kerangka Kelayakan

Malaysia (Matriks Program dan Modul Hasil

Pembelajaran seperti di Jadual 3).

Pemetaan program dapat dirujuk sepenuhnya di dalam

Dokumen Kurikulum OBE Program dan Jadual 3, item 2.3.3.

(Rujuk Lampiran C2.3.3 a hingga p)

1.2.3 Tunjukkan bagaimana pencapaian hasil pembelajaran

KV -------------------

Page 6: Mqa 01 c area 1 edited melaka

MQA – 01 ( Bahagian C – Bidang 1 )

diukur.

Hasil pembelajaran diukur melalui pentaksiran secara

berterusan (PB) dan penilaian akhir (PA).

Pentaksiran Berterusan (70%)

Penilaian Akhir (30%)

Dokumen Kurikulum OBE

1.2.4 Jelaskan hubungan hasil pembelajaran dengan

keperluan-keperluan kini dan masa depan profesion dan

juga disiplin berkenaan.

Hasil pembelajaran adalah berdasarkan maklumbalas daripada

pihak-pihak industri melalui Majlis Pemuafakatan Kolej

Berhubung keperluan semasa dalam bidang-bidang berkaitan.

Selain dari aspek pengetahuan dan kemahiran yang tinggi,

keperluan profesion tenaga kerja graduan diploma juga

mementingkan aspek kemahiran insaniah seperti kebolehan

berkomunikasi, beretika tinggi, pemikiran kreatif dan bekerja

dalam pasukan.

Maklumat Berkenaan Standard Tinggi

1.2.5 Jelaskan bagaimana kecekapan tersebut berkait dengan

keperluan tempat kerja pelajar pada masa depan.

Kolej Vokasional melahirkan graduan yang berkemahiran dan

kompeten dalam bidang yang berkaitan untuk memenuhi

keperluan masa kini dan akan datang.

Perkara ini dicapai melalui KSKV yang dibangunkan oleh

BPTV KPM yang mengandungi kursus-kursus Vokasional

yang ditawarkan di kolej vokasional.

Selain itu, pembelajaran Kemahiran Insaniah yang memberi

tumpuan kepada kemahiran soft skill mampu melahirkan

graduan yang kompeten secara holistik. Di samping modul

PLKN yang mampu melahirkan graduan yang berdisiplin,

KV -------------------

Page 7: Mqa 01 c area 1 edited melaka

MQA – 01 ( Bahagian C – Bidang 1 )

berakhlak, sikap kepimpinan dan bekerja dalam pasukan bila

berada di alam pekerjaan kelak.

Latihan Industri (OJT) yang dilaksanakan diakhir pengajian

memberi peluang kepada para graduan Kolej Vokasiona Seri

Manjung untuk menyesuaikan diri dan menimba pengalaman

di alam pekerjaan yang sebenar.

KV -------------------