morfologi-murnimohamat

32
1.0 Pengenalan Bahasa Melayu pada lumrahnya adalah suatu bahasa yang disifatkan kreatif kerana kedinamikannya yang mempunyai lebih daripada sepuluh bahasa asing di dalamnya seperti, Sanskrit, Tamil, Davida, Hindi, Arab, Farsi, Cina, Portugis, Belanda dan Inggeris menurut Ariff ( 1990 ) dalam. Malah menurut Mohd Taib Osman dan Hassan Ahmad ( 1993: 102 ), daripada bahasa Melayu juga lah lahirnya istilah bahasa Indonesia pada tahun 1928 dan menurut Hashim Awang AR et. al. ( 1998: 249-250 ), bahasa Melayu juga berkemampuan dalam pelbagai bidang ilmu seperti Matematik, Sains, Kejuruteraan, agama, peradaban dan lain-lain yang sebenarnya menunggak falsafah ilmu berikutan sifat bahasa Melayu yang berjati diri dari sudut psikologi yang berpotensi dimartabatkan sebagai bahasa ilmu tinggi. Segala sesuatu akan pencapaian bahasa Melayu ini bertitik mulannya hasil anjakan paradigma yang dilakukan dalam bahasa itu sendiri sejak awal kemunculannya sehingga ke hari ini, maka kajian penulisan ini akan membincangkan perubahan-perubahan dalam bahasa Melayu sesuai dengan perkembangan zaman. Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Semakin besar jumlah penuturnya, semakin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan semakin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. Demikian juga halnya dengan bahasa Melayu. Bidang morfo-sintaksis merupakan gabungan ilmu morfologi dan sintaksis yang berkaitan dengan pembentukan perkataan dan pembinaan ayat. Gabungan ilmu morfologi dan sintaksis menjadi inti penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa di dalam bilik darjah seterusnya penggunaannya yang meluas dalam kehidupan sehari-harian seseorang pelajar.

Upload: murni-mohamat

Post on 14-Aug-2015

80 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

MORFOLOGI BY MURNIMOHAMAT SK SIJANGKANG

TRANSCRIPT

Page 1: MORFOLOGI-murnimohamat

1.0 Pengenalan

Bahasa Melayu pada lumrahnya adalah suatu bahasa yang disifatkan kreatif kerana

kedinamikannya yang mempunyai lebih daripada sepuluh bahasa asing di dalamnya seperti,

Sanskrit, Tamil, Davida, Hindi, Arab, Farsi, Cina, Portugis, Belanda dan Inggeris menurut Ariff

( 1990 ) dalam. Malah menurut Mohd Taib Osman dan Hassan Ahmad ( 1993: 102 ), daripada

bahasa Melayu juga lah lahirnya istilah bahasa Indonesia pada tahun 1928

dan menurut Hashim Awang AR et. al. ( 1998: 249-250 ), bahasa Melayu juga berkemampuan

dalam pelbagai bidang ilmu seperti Matematik, Sains, Kejuruteraan, agama, peradaban dan

lain-lain yang sebenarnya menunggak falsafah ilmu berikutan sifat bahasa Melayu yang

berjati diri dari sudut psikologi yang berpotensi dimartabatkan sebagai bahasa ilmu tinggi.

Segala sesuatu akan pencapaian bahasa Melayu ini bertitik mulannya hasil anjakan

paradigma yang dilakukan dalam bahasa itu sendiri sejak awal kemunculannya sehingga ke

hari ini, maka kajian penulisan ini akan membincangkan perubahan-perubahan dalam bahasa

Melayu sesuai dengan perkembangan zaman.

Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Semakin besar jumlah

penuturnya, semakin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan semakin banyak pula

perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. Demikian juga halnya dengan bahasa

Melayu. Bidang morfo-sintaksis merupakan gabungan ilmu morfologi dan sintaksis yang

berkaitan dengan pembentukan perkataan dan pembinaan ayat. Gabungan ilmu morfologi

dan sintaksis menjadi inti penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran aspek

tatabahasa di dalam bilik darjah seterusnya penggunaannya yang meluas dalam kehidupan

sehari-harian seseorang pelajar.

1.1 Morfologi

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji

perkataan dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata

dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa

yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal

atau hasil daripada pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah

proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsinya. Perkataan-

perkataan yang mempunyai keserupaan yang demikian digolongkan ke dalam golongan kata

Page 2: MORFOLOGI-murnimohamat

yang sama. Morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan

penggolongan kata dalam bahasa Melayu. Menurut Nik Safiah Karim (1996), morfologi ialah

bidang ilmu bahasa yang mengkaji tentang struktur, bentuk, dan penggolongan kata. Kamus

Dewan Edisi Keempat (2005) mendifinisikan morfologi ialah satu kajian tentang

pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi (pengimbuhan), terbitan, dan

pemajmukan. Manakala Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) mendefinisikan morfologi ialah

satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara

pembentukannya.

Buku Tatabahasa Dewan (2004) mendefinisikan morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang

mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan

susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang

bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa (morfem), sama ada berbentuk

tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.

Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk

dan/atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

Kesimpulannya, bidang morfologi ialah kajian tentang proses pembentukan kata yang

akan melalui proses penyusunan morfem atau unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur

perkataan dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata sebagai prosesnya.

Pengimbuhan juga membantu proses pembentukan perkataan. Melalui proses-proses

tersebut akan menghasilkan pembentukan perkataan yang bermakna sebagai hasil yang

dicapai dalam proses yang dilalui tersebut.

1.1 Definisi Ayat Majmuk

Ada beberapa definisi ayat majmuk. Oleh yang demikian, eloklah kita teliti definisi ayat

majmuk yang disusun oleh ahli tatabahasa Melayu. Secara umum, kita dapat mengatakan

ayat majmuk ialah ayat yang terbentuk daripada beberapa ayat bercantum menjadi satu.

Lazimnya, ayat yang menjadi konstituen ayat lain dipanggil klausa. Kita menggunakan istilah

klausa ini bagi membezakan ‘ayat’ di dalam ayat daripada ‘ayat’ sebagai ayat bebas.

Ayat majmuk merupakan ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal yang digabungkan

dengan cara tertentu sehingga menghasilkan ayat baharu. Umumnya, salah satu ciri atau

Page 3: MORFOLOGI-murnimohamat

penanda ayat majmuk ialah kehadiran kata hubung kerana terdapat klausa atau ayat

dihubungkan dengan kata hubung pada awal salah satu klausa atau ayat.

Nik Safiah Karim dan Abdullah Hassan mentakrifkan ayat majmuk dalam konteks yang sama.

Perbezaannya adalah penggunaan istilah atau unsur yang membina ayat majmuk. Abdullah

Hassan menggunakan konsep klausa utama dan kluasa kecil dalam mendefinisikan

ayat majmuk manakala Nik Safiah Karim menggunakan istilah ayat utama dan ayat kecil.

Walaupun berbeza dari segi pengistilahan unsur dalam definisi ayat majmuk, namun ia

mendokong maksud dan fungsi yang sama.

Perbandingan Ayat Majmuk Antara Tatabahasa Dewan dan Tatabahasa Lain

Tatabahasa Dewan

Dalam pembentukan wacana bahasa Melayu, khususnya untuk laras

akademik, ayat majmuk paling banyak digunakan. Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi

ketiga, kata majmuk ialah bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih

dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Proses

pembentukan kata majmuk berlaku dalam banyak bahasa. Ayat majmuk dibina dengan

mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk

bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah.

Page 4: MORFOLOGI-murnimohamat

Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang unsur

antara unit-unitnya. Beberapa contoh :

Bahasa Melayu : air hujan duta besar

Meja makan kerenah birokrasi

Telefon dail terus bendahari kehormat

Kerani kanan hati batu

Sudut tepat muka tembok

Bahasa Inggeris : red tape honey-bee

Ice cream duty-free

Midnight blue user-friendly

Cane sugar drip-dry

Tear gas

Bahasa Tagalog : bagongtaon ‘tahun baharu’

Cara mengeja kata majmuk berbeza-beza antara satu bahasa dengan bahasa lain.

Bahasa Inggeris, misalnya, menggunakan tiga cara, iaitu:

(i) Dieja bercantum, contohnya : bathroom ‘bilik mandi’.

(ii) Dieja dengan sempang, contohnya: tax-free ‘bebas cukai’.

(iii) Dieja terpisah, contohnya : reading material ‘bahan bacaan’.

Dalam bahasa Melayu, kata majmuk dieja terpisah, tetapi terdapat beberapa kecualian

oleh sebab kelaziman penggunaan. Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk dan lazim

yang terkecuali:

Page 5: MORFOLOGI-murnimohamat

Bentuk lazim Bentuk kecualian

Kereta api Antarabangsa

Daya serap bumiputera

Campur aduk jawatankuasa

Tunjuk ajar kakitangan

Ambil alih tanggungjawab

Pelita Bahasa Melayu (Zainal ‘Abidin Bin Ahmad)

Zainal Abidin Bin Ahmad atau Z’aba (2000:279) dalam buku penulisannya ‘ Pelita Bahasa

Melayu’ tidak menggunakan istilah ayat majmuk, tetapi beliau ada menerangkan tentang ayat

berlapis, ayat berkait, dan ayat bercampur.

Menurut beliau, ayat berlapis ialah ayat yang dibina daripada dua ayat yang sama

tarafnya.

Contohnya ialah:

Ayat berlapis : Tangannya patah sebelah dan kakinya luka-luka.

Ayat 1 : Tangannya patah sebelah.

Ayat 2 : Kakinya luka-luka.

Kata hubung : dan

Ayat berkait pula dibina daripada ayat kecil yang berkait dengan satu ayat induk. Ayat kecil

tersebut dikaitkan oleh kata hubung penambat dengan ayat besar, yakni klausa induk. Kita

boleh juga mengatakan ayat kecil itu termasuk menjadi anggota dalam tubuh klausa induk.

Contohnya:

Ayat berkait : Setelah saya bercucuk-tanam di kebun itu, saya pun naik ke rumah

membersihkan badan.

Ayat besar : Saya pun naik ke rumah membersihkan badan.

Ayat kecil : Saya bercucuk tanam di kebun itu.

Kata hubung penambat : Setelah

Page 6: MORFOLOGI-murnimohamat

Ayat bercampur pula adalah persatuan yang mengandungi di dalamnya ayat selapis dengan

ayat berkait, atau ayat berlapis dengan ayat berkait, atau ayat berkait dengan ayat berkait,

iaitu berangkai-rangkai atau bermasuk-masukan antaranya. Contohnya ialah :

Ayat berkait : Orang Cina sangat kuat bekerja dan kita hanya akan dapat melawan mereka

jika kita kuat bekerja seperti mereka itu pula.

Ayat selapis : Orang Cina sangat kuat bekerja.

Ayat berkait : Kita hanya akan dapat melawan mereka jika kita kuat bekerja seperti

mereka itu pula.

Kata hubung : dan

Ayat majmuk terbahagi kepada tiga jenis, iaitu ayat berlapis itu adalah sama dengan ayat

majmuk gabungan, ayat berkait itu adalah sama dengan ayat majmuk pancangan, dan ayat

bercampur adalah sama dengan ayat majmuk campuran. Sebagai kesimpulannya, ayat yang

dihuraikan oleh Z’aba itu adalah termasuk dalam kumpulan yang kita panggil ayat majmuk

dalam Tatabahasa Dewan (2005 Semakan ).

Nahu Melayu Terakhir (Asmah Hj. Omar)

Asmah Hj Omar (2009:22) dalam bukunya ‘Nahu Melayu terakhir’ menyatakan bahawa

sebenarnya apa yang dikatakan kata majmuk tidak terdapat dalam bahasa Melayu sebelum

abad ke-19. Tidak terdapat ciri yang tertentu ( seperti tekanan suara pada tempat-tempat

tertentu yang terdapat dalam bahasa Inggeris ) yang membezakan kata majmuk dengan frasa

atau rangkai kata.

Pengertian kata majmuk dalam bahasa Melayu timbul sebagai hasil cara menulis kata-

kata itu dalam tulisan jawi. Dalam perkataan lain kata majmuk pada awal sejarahnya adalah

kata grafemis. Malahan menurut beliau, tidak semua kata grafemis dalam tulisan jawi menjadi

kata majmuk. Beliau menjelaskan, sekiranya kita membandingkan matahari dengan mata

kerbau, mata air, mata kucing dan sebagainya, kita akan dapati bahawa semuanya

Page 7: MORFOLOGI-murnimohamat

memperlihatkan ciri sintaksis yang sama. Ini disebabkan matahari sahaja yang diwujudkan

sebagai satu kata grafemis pada mulanya dalam tulisan jawi, kemudiannya diikuti oleh tulisan

Rumi, sedangkan contoh-contoh yang lain itu tidak, maka matahari sahajalah dalam senarai

yang diberi di atas itu yang kemudiannya dikenal sebagai kata majmuk.

Asmah Hj. Omar , menggunakan istilah ’klausa kompleks’ bagi merujuk kepada ayat majmuk.

Beliau membahagikan klausa kompleks kepada dua, iaitu klausa yang terbentuk melalui

penggabungan dan pelapisan. Menurut beliau klausa kompleks terbahagi kepada klausa

kompleks setara dan klausa kompleks tak setara.

Klausa Kompleks Tak Setara

Klausa kompleks tak setara mewujudkan pelapisan antara klausa, contohnya, klausa B

menjadi sebahagian daripada klausa A, klausa C menjadi sebahagian daripada klausa B, dan

seterusnya. Ini bermaksud klausa C menjadi kuasa subordinat kepada klausa B, dan klausa B

menjadi klausa subordinat kepada klausa A. Pelapisan ini wujud apabila ada klausa tidak

setara (Asmah Hj. Omar, 1993:348-351). Contohnya, klausa kompleks tak setara :

Telah dia yakin tadi bahawa bukan tangannya yang bakal memegang kapak.

Ayat di atas terdiri daripada satu klausa induk dan dua klausa subordinat.

Ayat induk : Dia yakin tadi.

Klausa subordinat 1 : bahawa bukan tangannya.

Klausa subordinat 2 : yang bakal memegang kapak.

Seluruh klausa subordinat 1 dan 2, menjadi objek kepada ayat induk.

Menurut Asmah Haji Omar (2009:21) , kata kompleks tak setara atau kata berlapis daripada

sekurang-kurangnya satu morfem bebas dan satu morfem terikat, misalnya berdiri, membaca,

bacaan, keadaan dan sebagainya. Menurut beliau, kata kompleks jenis ini boleh juga terdiri

daripada satu morfem bebas dan dua morfem terikat atau lebih, misalnya memperkatakan,

diterbalikkan , memperlihatkan dan sebagainya.

Page 8: MORFOLOGI-murnimohamat

Klausa Kompleks Setara

Asmah Haji Omar (2009:21) dalam bukunya iaitu ‘Nahu Melayu Terakhir’ menjelaskan kata

kompleks setara atau disebut sebagai kata majmuk merupakan kata yang terdiri daripada

sekurang-kurangnya dua morfem bebas. Contohnya, matahari, dukacita, sukacita dan

sebagainya. Kata majmuk boleh juga ditulis dengan cara menyempangkan bahagiannya.

Sempang tidak menganggu keutuhan kata tersebut.

Menurut beliau, klausa kompleks setara adalah gabungan klausa-klausa yang sama taraf.

Klausa-klausa tersebut dihubungkan oleh kata penghubung seperti dan, atau, tetapi dan lain-

lain. Ini juga bermaksud setiap klausa itu juga boleh dipanggil klausa utama. Contoh ayat

tersebut diberi di bawah dengan analisisnya:

Kata Kompleks Setara/Kata majmuk

Klausa kompleks setara : Bapa pergi ke sekolah dan ibu pergi ke pasar.

Klausa utama 1 : Bapa pergi ke sekolah.

Klausa utama 2 : Ibu pergi ke pasar.

Klausa kompleks Setara : Amin berdiri tegak, meluruskan tangan di sisi, menyanyikan

lagu.

Klausa utama 1 : Amin berdiri tegak.

Klausa utama 2 : (dia) meluruskan tangan di sisi.

Klausa utama 3 : (dia) menyanyikan lagu.

Penghubung : (,)

Mengajar Tatabahasa (Arbak Othman)

Page 9: MORFOLOGI-murnimohamat

Arbak Othman (1989:172) dalam bukunya ‘Mengajar Tatabahasa’ membahagikan ayat

majmuk kepada dua jenis, iaitu ayat berlapis dan ayat berkait. Ayat berlapis adalah ayat

majmuk gabungan yang terdiri daripada dua atau lebih ayat selapis dengan cara

menggunakan kata sendi penambah ( istilah Z’aba yang bermaksud kata hubung). Kata sendi

yang digunakan itu adalah kata sendi penambah seperti dan, atau, serta, lalu, sama ada, atau

dan tetapi. Contoh dan analisis ayat majmuk tersebut adalah seperti berikut:

Ayat majmuk berlapis : Dialah mengajar dan melatih saya.

Klausa 1 : Dialah mengajar saya.

Klausa 2 : Dialah melatih saya.

Kata sendi penambah : dan

Ayat majmuk berlapis : Sama ada datuk penghulu sampai atau tidak, anak teruna dan dara

ini mesti dinikahkan.

Klausa 1 : datuk penghulu sampai

Klausa 2 : datuk penghulu tidak sampai.

Kata sendi penambah : sama ada……. atau

Ayat majmuk berlapis : Membaca dan menulis adalah pekerjaan seorang penulis.

Klausa 1 : Membaca adalah pekerjaan seorang penulis.

Klausa 2 : Menulis adalah pekerjaan seorang penulis.

Kata sendi penambah : dan

Ayat majmuk berlapis : Sama ada menyanyi mahupun menari, boleh belaka

mengkhayalkan seseorang.

Klausa 1 : Menyanyi boleh mengkhayalkan seseorang.

Klausa 2 : Menari boleh mengkhayalkan seseorang.

Kata sendi penambah : sama ada……. Mahupun

Arbak Othman (1989:73) turut menjelaskan bahawa ayat berkait merupakan ayat yang subjek

dan predikatnya mengandungi ayat kecil. Ayat ini menerangkan perkataan yang ditegaskan

itulah yang menjadi subjek dan predikat. Contoh dan analisisnya adalah seperti berikut:

Ayat majmuk berkait : Buah betik yang kita petik semalam dicuri orang.

Klausa 1 : Buah betik dicuri orang.

Page 10: MORFOLOGI-murnimohamat

Klausa 2 : ( Buah betik ) yang kita beli semalam

Ganti nama : yang

Ayat majmuk berkait : Kita hanya boleh memenangi peperangan jika kita melawan musuh

dengan hati yang cekal.

Klausa 1 : Kita hanya boleh memenangi peperangan.

Klausa 2 : Kita melawan musuh dengan hati yang cekal.

Klausa subordinat : (hati) yang cekal

Kata sendi : jika, dengan

Ayat majmuk berkait : Mereka yang menyamar sudah diketahui polis.

Klausa 1 : Mereka sudah diketahui oleh polis.

Klausa 2 : (Mereka) yang menyamar.

Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu (Asraf)

Menurut Asraf atau nama sebenar beliau Haji Mohd. Asraf bin Haji Abdul wahab (2012:257)

dalam buku penulisan beliau iaitu ‘Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu’ bahawa kata

majmuk terdiri daripada dua atau lebih daripada dua patah kata dasar digabungkan untuk

membentuk satu kata baru yang padu atau sebati maknanya. Kata paduan atau kata sebatian

yang demikian dikenal sebagai kata majmuk. Beliau menyatakan bahawa setiap kata yang

menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri-sendiri. Misalnya, air dan

mata yang menjadi komponen kata majmuk air mata yang mempunyai makna masing-

masing. Makna air mata ialah air yang meleleh dari mata ketika menangis.

Tambah beliau, ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang

berbeza tetapi maknanya sama atau hampir-hampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik

jelita, hancur lebur dan sunyi sepi. Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya

itu dimaksudkan untuk menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita, bererti sangat

cantik, hancur lebur bererti hancur sama sekali dan sunyi sepi bererti sangat sepi.

Asraf juga menjelaskan, kata majmuk ada yang dieja bercantum dan ada yang dieja

terpisah tetapi tidak ada yang bersempang. Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata

majmuk daripada bentuk kata ganda yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa.

Page 11: MORFOLOGI-murnimohamat

Beliau telah menyatakan beberapa contoh kata majmuk yang dieja bercantum. Kata majmuk

yang dieja bercantum menurut beliau ialah apabila, bagaimana, bumiputera, daripada,

demikian, jurumudi, kadangkala, manakala, dan walaupun. Beberapa contoh kata majmuk

yang dieja terpisah pula ialah ialah air mata, buah pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti

rugi, dan hak cipta.

Menurut Asraf kata majmuk mempunyai dua tugas, iaitu :

(a) menetapkan kelas kata dasar. Contohnya :

Air (kata nama) + mata (kata nama) air mata (kata nama)

lemah ( kata abjektif) + lembut (kata adjektif) lembut (kata adjektif)

mogok (kata kerja) + duduk (kata kerja) mogok duduk (kata kerja)

dari (kata sendi) + pada (kata sendi) daripada (kata sendi)

(b) mengubah kelas kata dasar. Contohnya :

Apa (kata ganti tanya) + bila ( kata keterangan apabila (kata hubung)

tanya)

alim (kata adjektif) + ulama (kata nama) alim ulama (kata nama)

gulung (kata kerja) + tikar (kata nama) gulung tikar (kata kerja)

tumbuk (kata kerja) + rusuk (kata nama) tumbuk rusuk

(kata nama)

cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif) cerdik pandai

(kata nama)

lalu (kata kerja) + lintas (kata kerja ) lalu lintas (kata nama)

banyak (kata adjektif) + mulut (kata nama) banyak mulut (kata

adjektif)

lambat (kata adjektif) + laun (kata adjektif) lambat laun (kata

keterangan)

Menurut Asraf, berdasarkan kelas, kata majmuk terbahagi kepada yang berikut:

a) Kata nama majmuk

Page 12: MORFOLOGI-murnimohamat

Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalam dalam

kelas kata nama. Contoh kata nama majmuk, antara yang lain-lain ialah air mata, buah

mulut, cita rasa, daun telinga, dan hak cipta.

b) Kata bilangan majmuk

Kata bilangan majmuk pula, antara yang lain-lain ialah dua puluh, tiga perempat, dan

empat ratus sebelas.

c) Kata adjektif majmuk

Kata adjektif majmuk, antara yang lain-lain ialah aman damai, buta huruf, cantik jelita,

dingin kepala, merah muda, gagah perkasa, dan kelam kabut.

d) Kata kerja majmuk

Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan dan ada

yang terikat. Contoh kata kerja majmuk yang bebas, antara yang lain-lain ialah campur

tangan, angkat kaki, buang air, datang bulan, dan gulung tikar. Contoh kata kerja

majmuk yang terikat, antara yang lain-lain ialah membalas budi, mengadu domba,

mengambil alih, mengambil berat, mengangkat sembah, menganggap sepi, membalas

budi, mencari gali, membanting tulang, bercerai susu, menyalahgunakan, bercerai

susu, dan menembak mati.

e) Kata keterangan majmuk

Kata keterangan majmuk, antara yang lain-lain ialah acap kali, kadangkala, lambat laun,

pertama kali, sambil lalu, boleh jadi, demikian, dan sekali sekala.

f) Kata sendi majmuk

Kata sendi majmuk tidak seberapa jumlahnya, iaitu daripada, kepada, darihal, dan

sedari.

g) Kata hubung majmuk

Kata hubung majmuk, antara yang lain-lain ialah apabila, meskipun, dan manakala.

Page 13: MORFOLOGI-murnimohamat

RUjukan lihat bawah sama perlu diambil atau delete.

Ayat Majmuk

Ayat majmuk merupakan ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal yang digabungkan

dengan cara tertentu sehingga menghasilkan ayat baharu. Umumnya, salah satu ciri atau

penanda ayat majmuk ialah kehadiran kata hubung kerana terdapat klausa atau ayat

dihubungkan dengan kata hubung pada awal salah satu klausa atau ayat.

Nik Safiah Karim dan Abdullah Hassan mentakrifkan ayat majmuk dalam konteks yang sama.

Perbezaannya adalah penggunaan istilah atau unsur yang membina ayat majmuk. Abdullah

Hassan menggunakan konsep klausa utama dan kluasa kecil dalam mendefinisikan

ayat majmuk manakala Nik SafiahKarim menggunakan istilah ayat utama dan ayat kecil.

Walaupun berbeza dari segi pengistilahan unsur dalam definisi ayat majmuk, namun ia

mendokong maksud dan fungsi yang sama.

1.3 Pembahagian Pembentukan Kata Mengikut Tatabahasa Dewan (2004)

Bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataannya. Ada bentuk perkataan

yang bersifat tunggal, contohnya rumah, tinggal, dan putih. Di samping itu terdapat perkataan

yang dibentuk hasil proses pengimbuhan, pemajmukan, dan pengandaan. Contoh perkataan

Page 14: MORFOLOGI-murnimohamat

yang dientuk secara pengimbuhan ialah meninggal dan meninggalkan; contoh perkataan

yang dibentuk secara pemajmukan ialah putih melepak dan rumah pangsa; dan perkataan

yang dibentuk secara penggandaan ialah putih-putih dan rumah-rumah pangsa.

Menurut Nik Safiah Karim dan rakan (1996), proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa

merupakan proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu.

Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan.

Imbuhan bermaksud unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain

yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Imbuhan dibahagikan kepada empat jenis,

iaitu awalan, akhiran, sisipan dan apitan.

Selain itu, terdapat juga bentuk kata yang dihasilkan misalnya melalui proses penyingkatan

kata yang menghasilkan kata tunggal jenis akronim iaitu Bernama, pawagam, Mara, dan

kugiran.

1.3.1 Proses Pembentukan Kata

Proses pembentukan kata dalam Bahasa Melayu dari segi bentuk-bentuk yang terhasil seperti

berikut:

• bentuk kata tunggal

• bentuk kata terbitan

• bentuk kata majmuk

• bentuk kata ganda

1.3.1.1 Bentuk kata tunggal

Perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu yang tidak menerima sebanrang imbuhan atau

tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam kata tunggal.

Page 15: MORFOLOGI-murnimohamat

Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal yang mengandungi

sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal yang mengandungi hanya satu

suku kata dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau lebih.

Walaupun terdapat kata tunggal yang tidak pernah menerima apa-apa imbuhan, seperti ini,

itu, sini, dan sana, namun kebanyakan kata tunggal dalam bahasa Melayu mempunyai

potensi untuk diperluas dan menjadi bentuk terbitan.

a) Kata tunggal satu suku kata

Contohnya :

1. KKKVK

skrip, straw, strok, skrin.

b) Kata tunggal dua suku kata

Contohnya :

1. V + KV

aku (a+ku), apa (a+pa), itu (i+tu), ubi (u+bi).

c) Kata tunggal tiga suku kata

Contohnya :

1. KV + V + KV

cuaca, suara, tuala, siapa, biola

d) Kata Tunggal empat suku kata dan lebih

Contohnya :

Page 16: MORFOLOGI-murnimohamat

1. KV + KV + VK + KV

keluarga biduanda keluangsa

e) Kata tunggal (akronim)

Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal, suku kata

atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis

serta dilafazkan sebagai kata yang wajar. Akronim boleh ditulis dengan tiga cara.

i) Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang

disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar.

Contoh :

LUTH - (Lembaga Urusan dan Tabung Haji)

ABIM - ( Angkatan Belia Islam Malaysia)

ii) Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan/atau suku kata ditulis dengan

huruf kecil keseluruhannya.(jika bukan nama khas)

Contoh :

tabika - (taman bimbingan kanak-kanak)

cerpen - (cerita pendek)

iii) Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan/atau suku kata itu menjadi

nama khas, kata itu ditulis bermula dengan huruf besar.

Contoh :

Bernama - (Berita Nasional Malaysia)

Page 17: MORFOLOGI-murnimohamat

Pernas - (Perbadanan Nasional)

Intan - (Institut Tadbiran Awam Negara)

1.3.1.2 Bentuk kata terbitan

Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu

proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk

perkataan yang disebut kata terbitan.

a) Kata terbitan berawalan

Awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan.

i) awalan kata nama

ii) awalan kata kerja

iii) awalan kata adjektif

Contoh :

Awalan kata nama

pe - pekebun, pelaut, peladang, pesawah, pekedai.

juru - juruterbang, juruwang, jurubahasa, jururawat.

Awalan kata kerja

me - melihat, melawat, merawat, merebus, melombong,

Page 18: MORFOLOGI-murnimohamat

ber - berlari, bercukur, berfikir, berbuah, bertanya, bersuara.

Awalan kata adjektif

ter - terkecil, terbesar, tertinggi, terkurus.

se - sehodoh, secantik, senipis, setebal.

b) Kata terbitan berakhiran

Akhiran dalam bahasa Melayu hanya wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan

sahaja seperti yang berikut:

i) akhiran kata nama

ii) akhiran kata kerja

Contoh:

Akhiran kata nama

-an pakaian, jahitan, mainan

-wan sasterawan, angkasawan, usahawan

Akhiran kata kerja

-kan buatkan, gunakan, besarkan, tinggikan

-i turuti, duduki, berkati, dekati

c) Kata terbitan berapitan

Apitan wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitandan kata adjektif terbitan seperti

berikut:

Page 19: MORFOLOGI-murnimohamat

i) apitan kata nama

ii) apitan kata kerja

iii) apitan kata adjektif

Contoh:

Apitan kata nama

pe-…-an pelaksanaan, perasaan, penyiaran

ke-…-an kelainan, kelebihan, kedukaan

Apitan kata kerja

me-…-kan memainkan, melukakan, menakutkan

di-…-i didekati, dimulai, diadili

Apitan kata adjektif

ke-…-an keinggerisan, kearaban, kecinaan

d) Kata terbitan bersisipan

Bentuk sisipan tidak produktif lagi dalam pembentukan kata terbitan dengan maksud kata

terbitan baharu tidak lagi dibentuk dengan sisipan kecuali dalam beberapa istilah yang baru

dicipta. Sisipan bahasa Melayu wujud dalam:

i) kata nama

ii) kata adjektif

Page 20: MORFOLOGI-murnimohamat

Contoh:

Sisipan kata nama

-el- kelengkeng, telunjuk, kelabut

-er- keruping, seruling, serabut

Sisipan kata adjektif

-el- kelebak, selerak, gelembung

-er- serabut, gerigi

-em- gemilang, semerbak, gemerlap

-in- sinambung

1.3.1.3 Bentuk Kata Majmuk

Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih, dan mewujudkan makna tertentu. Kata

majmuk dapat dibahagikan kepada tiga kelompok, iaitu :

a) Rangkai kata bebas.

Contoh:

cita rasa jalan raya

menteri besar naib cancelor

b) Istilah khusus

Contoh:

Page 21: MORFOLOGI-murnimohamat

reka bentuk reka cipta

uji kaji atur cara

c) Maksud kiasan

Contoh:

Buah hati bulan madu

Duit kopi kaki judi

d) Kata majmuk yang telah mantap ditulis sebagai satu perkataan

antarabangsa setiausaha matahari

beritahu sukarela pesuruhjaya

bumiputera suruhanjaya olahraga

jawatankuasa tandatangan warganegara

kakitangan tanggungjawab kerjasama

e) Penggandaan kata majmuk

Gandaan unsur pertama

mata-mata pelajaran

perdana-perdana menteri

Gandaan seluruh unsur

Page 22: MORFOLOGI-murnimohamat

kakitangan-kakitangan

suruhanjaya-suruhanjaya

f) Pengimbuhan kata majmuk

imbuhan awalan dan akhiran

ambil kira - mengambil kira

uji bakat - menguji bakat

imbuhan apitan

ubah suai - mengubahsuaikan

kemas kini - mengemaskinikan

mengikut cara tertentu. Oleh hal yang demikian, ayat majmuk ialah ayat yang terdiri daripada

beberapa ayat tunggal.

Ayat majmuk juga dapat didefinisikan sebagai ayat yang terhasil daripada proses peluasan.

Proses peluasan bermaksud penambahan unsur tertentu dalam ayat asal, iaitu ayat tunggal,

yang menyebabkan ayat itu mengalami pertambahan maklumat. Peluasan atau pertambahan

maklumat itu terjadi dengan penggunaan kata hubung.

Page 23: MORFOLOGI-murnimohamat

1.(a) Dia sangat kaya.

1.(b) Dia tidak sombong.

Kedua-dua ayat di atas ialah ayat tunggal. Apabila kedua-dua ayat itu dicantumkan, akan

terhasillah ayat majmuk yang berikut:

1.(c) Dia sangat kaya tetapi dia tidak sombong.

Ayat baharu ini dipanggil ayat majmuk kerana mengandungi dua ayat tunggal yang dicantum

dengan menggunakan kata hubung tetapi. Ayat tunggal (1.a) mengandungi satu maklumat

sahaja, iaitu “kaya”. Setelah dicantumkan dengan ayat tunggal (1.b) yang mengandungi satu

maklumat lain, iaitu “tidak sombong”,ayat yang baharu terbentuk 1.(c) itu kini mempunyai dua

maklumat. Dengan hal yang demikian, ayat 1.(c) telah mengalami peluasan.

BIBLIOGRAFI 

Ahmad Khair Mohd. Nor, 2002.” Pelita Bahasa”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Goay Teck Chong, Choo Say Tee, Zainuddin Ahmad. 2007. Teks Pra-U STPM Bahasa Melayu kertas 1. Petaling Jaya, Selangor : Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Haji Mohd. Asraf bin Haji Abdul Wahab, 2007. “Petunjuk tatabahasa Bahasa Melayu”. Kuala Lumpur : Sasbadi Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim et al., 2008.” Tatabahasa Dewan Edisi Ke- 3”. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 24: MORFOLOGI-murnimohamat

Asmah Haji Omar .2009.”Nahu Melayu terakhir ‘. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 25: MORFOLOGI-murnimohamat