bml3053 morfologi

212
i Modul BM L 3 0 5 3 : M OR FO L O GI B A H AS A M E L AY U Penulis Ahmad Khair Bin Mohd Nor Norliza Binti Hj. Jamaluddin FA KU L T I B AH AS A D AN K O M U NIK AS I UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2011

Upload: ennies-ngor

Post on 30-Dec-2014

806 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

mo

TRANSCRIPT

i

Modul

BM L 3 0 5 3 : M OR FO L O GI B A H AS A M E L AY U

Penulis Ahmad Khair Bin Mohd Nor Norliza Binti Hj. Jamaluddin

FA KU L T I B AH AS A D AN K O M U NIK AS I UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2011

2

Cetakan Pertama/First Printing 2011

Cetakan Pertama/First Printing 2011 ©Universiti Pendidikan Sultan Idris 2011

H ak C i p t a Te r p el i h ar a.

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara lektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris terlebih dahulu.

A l l r i g ht r e s e r v e d. N o p a r t o f t h i s p ubl i c at i o n m ay be r e pr od uc e d o r t r a ns m i t t e d i n an y f or m o r by an v m e ans , e l e c t r oni c or m e c hani c al i nc l udi ng phot oc opy , r e c or di ng, or an y i nf or m at ion s t or age and retrieval system, without permission in writing from the Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

D iter b itkan di Mal ay s i a/ P ubl i s he d i n Mal ay s i a by

U ni ve rs i t i P e ndi di ka n S ul t a n Idri s 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan, Malaysia

T el : 0 5 - 4 50 60 0 0, F a k s : 05 - 459 516 9 L am an S es aw an g : w w w .u p s i . e d u .m y

E-mel: penerbitupsi.edu.my

A t u r huruf o l e h l Ty p e s e t t i ng by P e n e r b i t U P S I

U ni ve rs i t i P e ndi di ka n S ul t a n Idri s 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan, Malaysia

Dicetak olehlPrinted by

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dal arn -Penerbi tan

3

ISI KANDUNGAN

PANDUAN KURSUS viii

UNIT 1 PENGENALAN KEPADA MORFOLOGI 1 Pengenalan 1 Pengertian morfologi 2 Konsep morfem 3 Jenis-jenis morfem 3 Konsep kata 6 Konsep alomorf 8 Konsep morfofonem 9 Kata kunci 10 Penilaian kendiri 10 Rujukan 11

UNIT 2 PEMBENTUKAN KATA 12 Pengenalan 12 Bentuk kata 13 Kata tunggal 13 Kata terbitan 16 Kata majmuk 24 Kata ganda 27 Kata kunci 31 Penilaian kendiri 31 Rujukan 33

4

UNIT 3 PENGGOLONGAN KATA 34 Pengenalan 34 Golongan kata nama 36 Golongan kata kerja 39 Golongna kata adjektif 40 Golongan kata tugas 41 Kata kunci 43 Penilaian kendiri 43 Rujukan 44

UNIT 4 KATA NAMA 45 Pengertian kata nama 45 Ciri-ciri kata nama 45 Penggolongan kata nama 46 Kata nama khas 46 Kata nama am 48 Kata ganti nama 50 Pembentukan kata nama 53 Kata nama tunggal 53 Kata nama terbitan 54 Kata nama ganda 73 Kata nama majmuk 76 Kata kunci 77 Penilaian kendiri 78 Rujukan 79

UNIT 5 KATA KERJA 81 Pengertian kata kerja 81 Ciri-ciri kata kerja 82 Penggolongan kata kerja 82 Kata kerja aktif 83 Kata kerja pasif 87 Pembentukan kata kerja 88 Kata kerja tunggal 88 Kata kerja terbitan 88 Kata kerja ganda 117 Kata kerja majmuk 119 Kata kunci 120 Penilaian kendiri 120 Rujukan 122

5

UNIT 6 KATA ADJEKTIF 123 Pengenalan 123 Istilah kata adjektif 123 Pengertian kata adjektif 125 Ciri-ciri kata adjektif 128 Jenis-jenis kata adjektif 132 Pembentukan kata adjektif 135 Kata adjektif tunggal 136 Kata adjektif terbitan 136 Kata adjektif ganda 141 Kata adjektif majmuk 142 Perbandingan kata adjektif 143 Kata kunci 146 Penilaian kendiri 146 Rujukan 147

UNIT 7 KATA ADVERBA 148 Pengertian kata adverba 148 Ciri-ciri kata adverba 149 Bentuk kata adverba 150 Jenis-jenis kata adverba 152 Kata tugas yang tergolong dalam kata adverba 153 Makna kata adverba 153 Kata kunci 155 Penilaian kendiri 155 Rujukan 156

UNIT 8 KATA TUGAS 157 Pengertian kata tugas 157 Fungsi kata tugas 157 Ciri-ciri kata tugas 157 Golongan kata tugas 158 Kata penyambung ayat 159 Kata praklausa 162 Kata prafrasa dan pascafrasa 164 Kata pascakata 175 Kata kunci 176 Penilaian kendiri 176 Rujukan 177

UNIT 9 IMBUHAN ASING 178 Pengenalan 178 Awalan pinjaman 178 Akhiran pinjaman 181

6

Kata kunci 183 Penilaian kendiri 183 Rujukan 184

UNIT 10 KESALAHAN BAHASA DAN PENGEDITAN TEKS 185 Pengenalan 185 Konsep kesalahan bahasa 185 Tujuan analisis kesalahan 186 Jenis-jenis kesalahan bahasa 186 Kesalahan ejaan 187 Kesalahan pengimbuhan 188 Kesalahan penggandaan 189 Kesalahan pemajmukan 190 Kesalahan kata ganti nama 190 Kesalahan kata bilangan 191 Kesalahan penjodoh bilangan 192 Kesalahan kata kerja 193 Kesalahan kata adjektif 193 Kesalahan tugas 194 Bentuk lewah dalam bahasa 197 Pengeditan teks 198 Kata kunci 199 Penilaian kendiri 199 Rujukan 200

7

PANDUAN KURSUS

8

PENGENALAN Panduan kursus ini disediakan bagi membantu anda memahami sepenuhnya keperluan dan kandungan kursus. Pelajar dinasihati supaya membaca bahagian ini dengan teliti. Selepas itu berusahalah untuk mengikuti segala perkara yang disarankan bagi membolehkan anda melengkapkan kursus ini dengan cemerlang.

Kursus BML 3053 Morfologi Bahasa Melayu mendedahkan pelajar kepada aspek perkataan dalam bahasa Melayu berdasarkan pelbagai pendekatan analisis. Kursus ini diharapkan dapat meningkatkan pemahaman pelajar tentang proses pembentukan kata, justeru mereka berupaya menggunakan aspek morfologi yang betul dan tepat dalam pertuturan dan penulisan.

KUMPULAN SASARAN Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di UPSI. Modul ini digubal khas untuk pelajar Program Jarak Jauh.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN Mengikut piawaian UPSI dan MQA, setiap jam kredit memerlukan pelajar memperuntukkan 40 jam waktu pembelajaran. Bagi setiap kursus ini, pelajar perlu memperuntukkan 240 jam waktu pembelajaran. Anggaran agihan waktu pembelajaran bagi kursus BML 3053 adalah seperti dalam jadual yang berikut.

Aktiviti Pembelajaran Jam Pembelajaran Bersemuka Tidak Bersemuka

Membaca modul, ulang kaji, menyiapkan tugasan 102 Tutorial di Pusat 20 Tutorial dalam talian (E-Learning, contohnya melalui BigBlueButton, Skype, dll.)

92

Forum (E-Learning melalui MyGuru3) 26 Video P&P melalui MyGuru2 Kuiz dalam talian melalui MyGuru3

112 128 Jumlah Masa Pembelajaran 240

9

UNIT TAJUK

1 PENGENALAN KEPADA MORFOLOGI Pengertian morfologi, konsep morfem, jenis- konsep morfofonem, dan konsep kata

2 PEMBENTUKAN KATA

HURAIAN BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN KURSUS Pada akhir kursus BML 3053, anda diharapkan dapat: 1. Mengklasifikasi komponen-komponen utama dalam bidang morfologi mengikut contoh dan jenis

yang relevan; (K4)

2. Mempamerkan keyakinan dalam penggunaan perkataan ketika berkomunikasi; (K2, A5) 3. Menunjukkan kepekaan terhadap kesilapan yang ditemukan dalam teks dan berusaha

membetulkan kesilapan tersebut; (K3, P5, LL1)

4. Melaksanakan tugas berkaitan bidang morfologi secara berpasukan. (A4) SINOPSIS KURSUS Kursus ini memberikan fokus terhadap pelbagai teori morfologi mulai zaman tradisional, zaman struktural hingga zaman transformasi generatif. Yang ditumpukan ialah perbincangan dan analisis tentang bentuk kata, proses binaan kata dan penggolongan kata. Kursus ini turut menumpukan proses morfofonemik dan ciri semantik perkataan dalam bahasa Melayu.

(This course focuses on the various morphological theories, beginning from the traditional period, structural period and transformational generative period. It gives emphasis on analyzing word forms, word building processes and words class. This course will also focus on the morphophonemic processes as well semantics of the words forms in Malay).

ISI KANDUNGAN KURSUS Untuk membantu anda mencapai hasil pembelajaran kursus ini, isi kandungan kursus dibahagikan kepada sepuluh unit seperti yang berikut:

jenis morfem, konsep alomorf,

Bentuk kata, kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, kata ganda, dan kata akronim

1

3 PENGGOLONGAN KATA

Kriteria penggolongan kata, golongan kata nama, golongan kata kerja, golongan kata adjektif, dan golongan kata tugas.

4 KATA NAMA

Pengertian kata nama, ciri-ciri kata nama, penggolongan kata nama, dan pembentukan kata nama.

5 KATA KERJA

Pengertian kata kerja, ciri-ciri kata kerja, penggolongan kata kerja, dan pembentukan kata kerja

6 KATA ADJEKTIF

Istilah kata adjektif, pengertian kata adjektif, ciri-ciri kata adjektif, jenis-jenis kata adjektif, pembentukan kata adjektif, dan perbandingan kata adjektif

7 KATA ADVERBA

Pengertian kata adverba, ciri-ciri kata adverba, bentuk kata adverba, jenis- jenis kata adverba,kata tugas yang tergolong sebagai kata adverba, dan makna kata adverba.

8 KATA TUGAS

Pengertian kata tugas, fungsi kata tugas, ciri-ciri kata tugas, golongan kata tugas, kata penyambung ayat, kata praklausa, kata prafrasa dan pascafrasa, kata pascakata.

9 IMBUHAN ASING

Awalan pinjaman, dan akhiran pinjaman. .

10 KESALAHAN MORFOLOGI DAN PENGEDITAN TEKS

Konsep kesalahan bahasa, tujuan analisis kesalahan, jenis-jenis kesalahan morfologi, pengeditan teks

11 PENTAKSIRAN

Tugasan % Wajaran Kaedah dan Hasil Tugasan

Tugasan 20 Hanya 1 kerja kursus individu.Satu kerja kursus individu bercetak dihantar kepada pensyarah melalui pos.Satu lagi dalam talian menggunakan MyGuru3.

Forum 20 Dalam talian menggunakan MyGuru3

Peperiksaan Akhir 60 - Jumlah 100

HURAIAN IKON YANG DIGUNAKAN

Situasi yang memerlukan anda berfikir dan membuat refleksi mengenainya.

Aktiviti yang harus dilakukan untuk memahami konsep yang dibincangkan. Aktiviti termasuklah menjawab soalan, mengisi tempat kosong, melakar, dan/atau mencari maklumat daripada internet, buku, dan sumber lain.

Kuiz yang perlu diambil dalam talian yang menyumbang kepada markah kerja kursus Forum yang perlu disertai dalam talian yang menyumbang kepada markah kerja

kursus

Aktiviti latihan bagi membina kefahaman dan mengaplikasikan konsep yang dibincangkan. Kadang-kadang disertakan jawapan serta maklum balas di akhir setiap unit.

Aktiviti latihan yang disertakan jawapan serta maklum balas. A

Pengenalan Kepada Morfologi | 1

Ayat

Klausa

Frasa

Kata

Morfem

UNIT 1

PENGENALAN KEPADA MORFOLOGI

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit, anda diharapkan dapat: 1. menyatakan definisi morfologi 2. menjelaskan unsur bahasa yang dikaji dalam morfologi 3. membezakan jenis-jenis morfem 4. membezakan morfem dan kata

1.0 Pengenalan

Bahasa mempunyai sistem. Bahasa mempunyai tiga sistem yang utama, iaitu fonologi, tatabahasa, dan semantik. Sistem bahasa dapat dilihat daripada sistem sebutan, sistem ejaan, sistem kata, tatabahasa, dan laras bahasa. Tatabahasa merupakan aturan bahasa yang dijelmakan dalam bentuk rumus-rumus bahasa. Tatabahasa menjadi komponen yang amat penting dalam pengajaran bahasa kerana ia menjadi panduan kepada pelajar untuk membina perkataan dan ayat.

Rajah di bawah menunjukkan unsur bahasa dalam hierarki tatabahasa. Tatabahasa terdiri

daripada dua komponen utama, iaitu morfologi dan sintaksis. Unsur bahasa yang paling kecil ialah morfem, dan yang paling besar ialah ayat. Ayat merupakan unsur/unit tatabahasa yang paling tinggi kerana semua unsur lain terdapat di dalamnya.

sintaksis

ayat

Pengenalan Kepada Morfologi | 2

Unsur bahasa yang dikaji dalam morfologi ialah morfem dan kata. Unsur bahasa yang dikaji dalam sintaksis ialah frasa, klausa dan ayat. Dalam modul ini, kita akan mempelajari bidang morfologi, manakala aspek sintaksis akan dipelajari pada modul yang lain.

Bunyi-bunyi bahasa seperti [a], [u], [m], [t], dan [s] tidak mempunyai apa-apa makna, tetapi bunyi [di], [se], [ter], [me], dan [ke] mengandungi makna. Apakah perbezaan antara kumpulan tersebut?

1.1 Pengertian Morfologi

Istilah morfologi dipinjam daripada bahasa Inggeris morphology. Istilah morphology terbentuk daripada unsur iaitu morph, o, dan logy. Morph membawa pengertian bentuk, manakala logy bermaksud pengetahuan atau ilmu. Oleh itu, morfologi bermaksud ilmu atau pengetahuan tentang bentuk kata.

Nik Safiah Karim et al. (2010) menjelaskan bahawa morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang

mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Yang dikatakan struktur ialah susunan unsur bahasa. Misalnya, struktur kata bagi minuman ialah kata dasar + akhiran. Bentuk merupakan pewujudan lahiriah sesuatu unsur bahasa. Misalnya, kata boleh terbina dalam bentuk tunggal, bentuk terbitan, bentuk ganda, bentuk majmuk, dan bentuk akronim.

Golongan kata pula ialah jenis kata. Berdasarkan golongan, kata boleh dibahagikan kepada

golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata keterangan dan kata tugas.

Kesimpulannya, bahasa mempunyai struktur. Setiap struktur dalam bahasa terdiri daripada unsur- unsur yang lebih kecil. Unsur-unsur yang kecil ini akan dicantumkan untuk membentuk perkataan, frasa dan ayat. Dalam aspek kajian morfologi, terdapat unsur morfem dan kata bagi membentuk perkataan.

Cuba anda nyatakan perkataan yang manakah yang dapat dipenggal untuk menjadi bentuk yang lebih kecil dan mempunyai makna.

a. iklan f. dicari b. peristiwa g. ketawa c. bangunan h. hulubalang d. kedatangan i. beliau e. mengambil j. kemuncak

Pengenalan Kepada Morfologi | 3

1.2 Konsep Morfem

Morfem ialah unit tatabahasa yang terkecil yang mempunyai makna dan menjadi unsur terbentuknya kata. Morfem tidak dapat dipecahkan kepada unit yang lebih kecil yang mengandungi makna. Misalnya, minum ialah morfem. Selain menjadi unsur tatabahasa yang terkecil dan mengandungi makna, perkataan minum tidak dapat dipecahkan kepada unsur bahasa yang lebih kecil. Jika kita penggalkan kata minum kepada mi dan num, ia menjadi dua suku kata yang tidak bermakna. Jadi, minum merupakan morfem yang tidak dapat dikecilkan lagi.

Morfem biasanya diapit oleh tanda { }. Contohnya, kedua terdiri daripada morfem {ke-} dan {dua};

mendengar terdiri daripada morfem {men-} dan {dengar}; memperkatakan mengandungi morfem {mem-} {per-}, {kata}, dan {-kan},

Sesuatu perkataan terbentuk daripada satu atau beberapa morfem. Perkataan makan

mengandungi satu morfem. Perkataan makanan terdiri daripada dua morfem, iaitu {makan} dan {–an}. Perkataan berbantalkan mengandungi tiga morfem, iaitu {ber-}, {bantal}, dan {–kan}; Perkataan mempertinggikan mengandungi empat morfem, iaitu {mem-}, {per-}, {tinggi}, dan {–kan}.

1.3 Jenis-jenis Morfem

Morfem boleh dibahagikan kepada morfem bebas dan morfem terikat. Morfem terikat boleh dipecahkan kepada morfem terikat satuan, morfem terikat terbahagi dan morfem terikat kompleks (Asmah Hj. Omar, 20099).

Morfem

Morfem Bebas Morfem Terikat

Morfem Terikat Satuan Morfem Terikat Terbahagi Morfem Terikat Kompleks

Pengenalan Kepada Morfologi | 4

1.3.1 Morfem Bebas

Morfem bebas dapat berdiri sendiri sebagai kata penuh, yakni tanpa perlu bergabung dengan morfem lain. Morfem bebas dengan sendirinya dapat menjadi kata. Contohnya,

pulang bebas kereta dunia lupa minum suka bila belantara suasana halilintar belukar

Kebanyakan morfem bebas mempunyai makna leksis, iaitu makna yang timbul daripada morfem itu sendiri. Namun begitu, ada morfem bebas yang tidak mempunyai maknanya sendiri, tetapi mempunyai makna struktur, iaitu maknanya hanya diketahui apabila digunakan dalam ayat. Contohnya, kata dari, yang, ke, wah, si, telah, dan sebagainya tidak mempunyai maknanya sendiri tetapi maknanya timbul apabila digunakan dalam ayat.

Jumlah perkataan dalam morfem bebas amatlah banyak, dan sukar untuk disenaraikan. Oleh itu, morfem bebas merupakan pendukung utama makna leksikal sesuatu kata. Perkataan yang terdiri daripada morfem bebas boleh bertambah jumlahnya setiap masa dengan cara peminjaman daripada bahasa asing, ataupun melalui penciptaan kata baharu.

Perkataan yang manakah morfem bebas?

1. termasyhur 4. terampil 7. tawa 2. terkam 5. terbang 8. perkasa 3. termuda 6. terkedu 9. sementara

1.3.2 Morfem Terikat

Morfem terikat ialah morfem yang tidak dapat berdiri sendiri sebagai kata dasar. Morfem terikat memerlukan bantuan morfem lain, sama ada morfem bebas atau morfem terikat untuk membentuk kata. Misalnya, pada perkataan berkesan, ia terbentuk daripada gabungan morfem ber- dengan kesan. Bentuk kesan boleh berdiri sendiri, tetapi ber- memerlukan kehadiran bentuk lain dalam penggunaannya.

Semua imbuhan ialah morfem terikat kerana tidak ada imbuhan yang dapat berdiri sendiri. Selain itu, morfem terikat tidak dapat menduduki taraf kata kerana tidak dapat wujud dalam ayat tanpa bantuan morfem lain. Ada juga morfem terikat kelihatannya seperti morfem bebas, tetapi ia sebenarnya morfem

Pengenalan Kepada Morfologi | 5

terikat. Morfem jenis ini tidak dapat berdiri sendiri kecuali disertai morfem lain, sama ada dengan imbuhan atau digandakan. Contohnya, lantar tidak dapat wujud bersendirian, kecuali diberikan imbuhan ter- atau – an menjadi terlantar, atau lantaran. Pada kata anai dan mayur, kedua-duanya masih merupakan morfem terikat kerana tidak dapat berdiri sendiri, dan perlu wujud dengan morfem lain, iaitu anai atau sayur bagi membentuk kata sempurna anai-anai dan sayur-mayur.

1.3.2.1 Morfem terikat satuan Morfem terikat satuan ialah morfem terikat yang utuh dalam bentuknya dan tidak boleh dipisah-pisahkan bahagiannya. Morfem terikat satuan boleh terdiri daripada awalan seperti ber-, me-, ter-, ke-, di-, dan sebagainya. Selain itu, morfem terikat satuan boleh terdiri daripada akhiran seperti –an, –kan, -i, dan sebagainya.

Satu lagi jenis morfem terikat satuan ialah morfem yang bentuknya seperti kata akar tetapi tidak

dapat berdiri sendiri, seperti tawa, tapa, mudi, juang, anai, nyala dan sebagainya. Morfem ini hanya dapat digunakan setelah disertakan dengan morfem lain, sama ada dengan imbuhan, digandakan atau dijadikan kata majmuk.

1.3.2.2 Morfem terikat terbahagi Morfem terikat terbahagi merupakan morfem yang terdiri daripada awalan dan akhiran yang berlaku serentak sebagai satu kesatuan. Misalnya, ke-...-an, pen-...-an, dan per-...-an, seperti pada perkataan kedudukan, penyertaan, dan pertanyaan. Perkataan duduk, serta dan tanya ialah kata dasar yang masing- masing diapit oleh kehadiran imbuhan secara serentak, iaitu pada kedudukan sebelum dan selepas kata dasar. Apabila morfem terikat terbahagi diketepikan daripada kata dasar, yang tinggal mestilah perkataan yang sedia ada. Misalnya, bagi perkataan kedudukan tidak wujud kata dudukan dalam Bahasa Melayu. Inilah bukti bahawa ke-...an merupakan satu morfem yang tersendiri, iaitu morfem terikat terbahagi.

1.3.2.3 Morfem terikat kompleks Morfem terikat kompleks merupakan gabungan dua morfem terikat atau lebih. Dalam penggunaan perkataan yang terdiri daripada morfem terikat kompleks ini, terdapat gabungan morfem-morfem, sama ada gabungan dua awalan, atau gabungan awalan dan akhiran, atau gabungan dua awalan dan satu akhiran. Dalam penggunaan perkataan yang terdiri daripada morfem terikat kompleks ini, kesemua morfem terikat yang terlibat (sebelum dan selepas kata dasar) hendaklah digunakan serentak.

(i) Gabungan dua awalan Contohnya: memper-, diper- (memperkuat, memperoleh, diperkuat, diperoleh)

(ii) Gabungan awalan dan akhiran Contohnya: me-...kan, di-...-kan, me-...-i, di-...-i, (mengatakan, dikatakan, membaiki,

dibaiki)

Pengenalan Kepada Morfologi | 6

(iii) Gabungan dua awalan dan satu akhiran Contohnya: memper-...-kan, diper--...-kan, memper-...-i, diper-...-i (mempersoalkan,

dipersoalkan, mempersenjatai, dipersenjatai)

Apakah perbezaan antara morfem bebas dengan morfem terikat?

1.3.2.4 Jumlah morfem dalam perkataan Suatu morfem boleh menjadi kata, seperti minum. Suatu kata pula boleh terdiri daripada satu morfem atau lebih. Contohnya, memperkecil ialah satu kata yang mengandungi dua morfem terikat mem- dan per-, serta satu morfem bebas iaitu kecil..

Perkataan berbantalkan mengandungi tiga morfem, iaitu dua morfem terikat ber- dan –kan; serta

morfem bebas bantal. Perkataan mempertingkatkan mengandungi empat morfem, iaitu tiga morfem terikat mem-, per-, –kan; dan satu morfem bebas tinggi.

Perkataan keburukan pula mengandungi dua morfem, iaitu satu morfem terikat ke-...-an, dan satu

morfem bebas buruk. Pembentukan perkataan keburukan bukanlah dibentuk dengan buruk diberikan awalan ke- (keburuk), dan buruk diberikan akhiran –an (burukan). Kata-kata seperti ini tidak ada dalam bahasa Melayu. Oleh itu, apitan ke-...-an merupakan satu morfem yang tersendiri.

Nyatakan jumlah morfem bagi perkataan yang berikut: 1. menterjemah 4. memperlahankan 2. mengebumikan 5. berketerampilan 3. menggelembungkan 6. ketidakbertanggungjawaban

1.4 Konsep Kata

Kata ialah bentuk bahasa yang boleh berdiri sendiri sebagai ayat minimal apabila diberikan intonasi yang sesuai, dan mengandungi maksud atau mesej yang lengkap. Misalnya, bentuk seperti lari, duduk, siapa, bila merupakan unsur bahasa yang terkecil dan mengandungi makna. Selain itu, perkataan tersebut dapat dijadikan ayat minimal apabila diberikan intonasi ayat.

Sebagai unsur morfologi, kata merupakan unsur bahasa yang digunakan untuk membentuk kata

lain, seperti kata terbitan, kata ganda, kata majmuk dan akronim.

Pengenalan Kepada Morfologi | 7

Kata dapat dibahagikan kepada kata akar dan kata dasar. Kata akar dan kata dasar ialah unsus asas dalam pembentukan kata.

Kata

Kata Akar Kata Dasar

1.4.1 Kata Akar Kata akar ialah inti sesuatu kata. Kata akar merupakan unsur yang belum diberikan apa-apa imbuhan. Kata akar boleh merupakan morfem bebas dan morfem terikat. Misalnya, cuci ialah morfem bebas dan menjadi kata akar bagi mencuci. Bagi perkataan bertapa, tapa ialah morfem terikat dan menjadi kata akar bagi perkataan bertapa. Kata tunggal secara kebetulan adalah juga kata akar.

1.4.2 Kata Dasar Kata dasar ialah kata akar yang menjadi dasar sesuatu perkataan yang dapat diberikan imbuhan. Kata berimbuhan juga boleh menjadi kata dasar jika dapat diberikan imbuhan. Contohnya:

lari - kata lari ialah kata akar berlari - kata lari ialah kata dasar bagi perkataan berlari pelarian - kata lari ialah kata dasar bagi perkataan pelarian

buka - kata buka ialah kata akar terbuka - kata buka ialah kata dasar bagi perkataan

terbuka keterbukaan - kata terbuka menjadi kata dasar bagi perkataan

keterbukaan, iaitu setelah diberikan apitan ke-...-an

Pengenalan Kepada Morfologi | 8

Kata dasar boleh terdiri daripada:

(i) kata akar. Contohnya:

lambat - kata akar terlambat - kata lambat ialah kata dasar bagi terlambat

(ii) kata berimbuhan. Contohnya:

perkembang - kata berimbuhan memperkembangkan - kata perkembang ialah kata dasar bagi

memperkembangkan

(iii) kata ganda. Contohnya:

cantik-cantik - kata gandaan secantik-cantik - kata cantik-cantik ialah kata dasar bagi

secantik-cantik

(iv) kata majmuk. Contohnya:

setiausaha - kata majmuk bersetiausahakan - kata setiausaha ialah kata dasar bagi bersetiausahakan

1.5 Konsep Alomorf Alomorf ialah kelainan atau anggota sesuatu morfem. Beberapa bentuk kelainan ini ditentukan oleh faktor fonologi yang boleh dibahagikan kepada dua, iaitu huruf awal sesuatu kata dasar dan struktur suku kata dasar. Contohnya, awalan meN- ialah morfem. Morfem {meN-} ini mempunyai alomorf me-, mem-, men-, meng-, meny-, dan menge-. Wujudnya perbezaan ini ditentukan oleh fonem pertama kata dasar.

Morfem beR- pula dapat dianggotai oleh alomorf be-, bel-, dan ber-. Manakala, morfem teR-

dianggotai oleh alomorf te- dan ter-.

Pengenalan Kepada Morfologi | 9

1.6 Konsep morfofonem Morfofonem melibatkan gabungan antara morfem dengan fonem. Morfofonem ialah ciri bunyi yang timbul apabila imbuhan dicantumkan dengan kata dasar. Lazimnya antara morfem dasar (bebas dan terikat) dengan morfem terikat yang merupakan imbuhan.

Ciri morfofonem sering dilambangkan dengan huruf besar N dan R, yang membawa maksud

bahawa fonem tersebut boleh berubah dalam konteks tertentu. Ciri N melambangkan perubahan unsur sengau pada awalan kata kerja meN- dan awalan kata nama peN-. Apabila imbuhan tersebut bercantum dengan kata dasar, fonem pertama akan menentukan sama ada N digugurkan atau berubah. Oleh itu, lambang N digunakan sebagai wakil pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya. Misalnya, awalan peN- dan meN- kekal apabila bertemu dengan huruf l, m, n, ny, ng, r, w dan y. Contohnya:

peN + lari pelari meN + layan melayan memakan peN + malas pemalas meN + makan

peN + nama penama meN + nanti menanti peN + nyanyi penyanyi meN + nyanyi menyanyi peN + ngiau pengiau meN + nganga menganga peN + rampas perampas meN + rampas merampas peN + warna pewarna meN + wangi mewangi peN + yakin peyakin meN + yakin + i meyakini

Sebaliknya, peN- dan meN- menjadi pen- dan men- jika bertemu dengan morfem dasar yang bermula dengan huruf c, d, j, sy dan z. Contohnya:

peN + curi pencuri meN + curi mencuri peN + daki pendaki meN + daki mendaki peN + jual penjual meN + jual menjual peN + ziara h penziarah meN + zalim + i menzalimi peN+syarah pensyarah meN+ syarat+ kan mensyaratkan

Pengenalan Kepada Morfologi | 10

Lambang R pula menunjukkan perubahan yang berlaku pada bunyi getaran gusi /r/ pada akhir bunyi awalan kata kerja beR-, dan teR-. Bunyi /r/ pada imbuhan akan digugurkan. Contohnya:

beR+ rasa berasa teR + rasa terasa beR+renag berenang teR + rancang terancang beR+ rendam berendam teR + rawat terawat

KATA KUNCI 1. morfologi 6. morfem 2. morfem bebas 7. morfem terikat 3. kata 8. kata akar 4. kata dasar 9. bentuk kata 5. struktur kata 10. penggolongan kata

PENILAIAN KENDIRI

1. Senaraikan morfem bebas dan morfem terikat bagi perkataan yang berikut. a. jelapang b. rujuk c. cengkerang d. kelmarin

e. renang f. selidik g. rangkak h. tinggal

2. Apakah jenis morfem terikat bagi perkataan yang berikut? a. raung e. tertarik b. bertujuan f. menyucikan c. gemersik g. rangkak d. mempersoalkan h. memperkecil

Pengenalan Kepada Morfologi | 11

3. Senaraikan jumlah morfem bebas dan morfem terikat bagi perkataan yang berikut: Contoh: bertatasusila (ada tiga morfem, iaitu satu morfem bebas : susila; dua morfem terikat: ber-,

dan tata) a. terlantar b. pemerkasaan c. bermaharajalela d. mengetengahkan e. ketidakbertanggungjawaban

4. Apakah perbezaan antara morfem dan kata?

5. Apakah bukti yang dapat dikemukakan sebagai hujah bagi menyokong kenyataan bahawa perkataan kecantikan, penerimaan, dan perkahwinan adalah morfem terikat terbahagi?

RUJUKAN

Abdullah Hassan. (2006). Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Ahmad Khair Mohd Nor. (2011). Persoalan Tatabahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Ahmad Khair Mohd Nor. (2007). Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Arbak Othman. (1983). Permulaan Ilmu Linguistik Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.

Asmah Hj. Omar. (2009). Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pembentukan Kata | 12

UNIT 2

PEMBENTUKAN KATA

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit, anda diharapkan dapat: 1. mengenal pasti kata mengikut bentuknya 2. membezakan bentuk kata terbitan, kata ganda, kata majmuk dan akronim 3. menganalisis dan mengklasifikasikan bentuk kata dalam petikan

2.0 Pengenalan

Perkataan dalam sesuatu bahasa mengandungi bentuk. Yang dikatakan bentuk ialah pewujudan lahiriah sesuatu unsur bahasa.

Perkataan dalam bahasa Melayu dibentuk melalui proses tertentu, yang disebut sebagai proses

morfologi. Proses morfologi ialah proses yang dilakukan pada kata dasar untuk menghasilkan bentuk terbitan. Menurut Abdullah Hassan (2006), proses morfologi ini menjelaskan apa-apa yang berlaku terhadap unsur morfologi, iaitu morfem dan kata dalam bahasa Melayu bagi menerbitkan perkataan baharu.

Ada empat proses morfologi dalam bahasa Melayu, iaitu pengimbuhan, penggandaan,

pemajmukan, dan pengakroniman. Proses morfologi akan menghasilkan bentuk kata terbitan (imbuhan), kata ganda, kata majmuk, dan kata akronim. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan.

Proses Morfologi

Pengimbuhan Penggandaan Pemajmukan Pengakroniman

Bentuk perkataan dalam sesuatu bahasa tidak sama. Cuba dapatkan maklumat tentang bentuk kata dalam bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Arab, dan bahasa Inggeris.

Pembentukan Kata | 13

2.1 Bentuk Kata

Ada empat bentuk kata dalam bahasa Melayu, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda.

Bentuk Kata

Tunggal Terbitan Majmuk Ganda

2.2 Kata Tunggal

Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada satu morfem bebas. Yang berikut merupakan contoh kata tunggal.

bas tidur lupa haji hidup dari lupa dunia rumah Muhammad sudah perkasa

Semua kata tunggal adalah kata akar juga. Kata tunggal dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu kata sempurna, kata tugas dan kata akronim. Kata sempurna ialah kata tunggal yang dapat berdiri sendiri sebagai ayat minimal, yakni ayat yang terdiri daripada satu perkataan sahaja dengan membawa satu mesej yang lengkap. Contohnya:

(1) Saya. (2) Itu. (3) Cantik. (4) Keluar! (5) Siapa?

Pembentukan Kata | 14

Bentuk kata tunggal daripada kata tugas memerlukan sekurang-kurangnya satu kata sempurna untuk melaksanakan tugas tatabahasa. Kata-kata yang ditulis condong di bawah tidak dapat berdiri sendiri tanpa bantuan daripada kata selepasnya.

(1) di kampus (2) dengan kereta (3) untuk apa? (4) oleh dia?

Kata akronim termasuk ke dalam jenis kata tunggal. Kata akronim ialah bentuk kata yang dihasilkan melalui pencantuman bunyi-bunyi pertama dalam sejumlah perkataan, atau pencantuman bahagian-bahagian daripada beberapa perkataan untuk membentuk satu perkataan baharu (Nik Safiah Karim et al., 2008). Perkataan baharu ini mempunyai konsep dan makna baharu. Selain itu, akronim perlu dilafazkan sebagai perkataan yang utuh.

Ada tiga cara bagi membentuk akronim berdasarkan Tatabahasa Dewan (2008), iaitu gabungan

beberapa huruf awal rangkai kata yang terdiri daripada kata nama khas, gabungan suku kata dengan huruf awal atau gabungan suku kata dengan suku kata, dan gabungan suku kata dengan suku kata.

AKRONIM

Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang terdiri daripada kata nama khas. (Ditulis dengan huruf besar keseluruhannya)

Gabungan suku kata dengan huruf awal atau gabungan suku kata dengan suku kata. (Ditulis dengan huruf besar pada huruf pertama)

Gabungan suku kata dengan suku kata. (Ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya)

Contoh: ABIM – Angkatan Belia Islam

Malaysia KAFA – Kursus Agama

Fardhu Ain IPTAR – Institut Penyiaran

Tun Abdul Razak

Contoh: Mara – Majlis Amanah Rakyat Perkim – Pertubuhan Kebajikan

Islam Malaysia Bernama – Berita Nasional

Malaysia

Contoh: asbut – asap dan kabut cerpen – cerita pendek pulihara – pulih dan pelihara

Pembentukan Kata | 15

1. Apakah perbezaan antara akronim dengan singkatan?

2. Adakah perkataan yang berikut ini akronim? Berikan alasan anda jika ”ya” atau ”tidak.”

KLIA UPSI DBP UPM Perhilitan Puspanita OKU

Kata tunggal dalam bahasa Melayu terbentuk daripada gabungan bunyi-bunyi yang berasaskan pola suku kata. Sesuatu suku kata boleh terbentuk daripada satu vokal sahaja, atau gabungan vokal dengan konsonan. Konsonan dapat hadir di hadapan vokal atau di belakangnya, atau di hadapan dan di belakangnya secara serentak.

Kata tunggal dalam bahasa Melayu terdiri daripada satu suku kata, dan dua suku kata atau lebih. Kebanyakan kata tunggal terdiri daripada dua suku kata. Namun, ada kata tunggal yang mengandungi dua atau lebih suku kata yang kebanyakannya ialah kata pinjaman. Contohnya:

Bentuk kata tunggal Contoh perkataan

Kata tunggal satu suku kata tas, bom, roh, wah, ke, beg, skrip, golf, pin, wang, syak

kata tunggal dua suku kata budi, cari, ulat, tua, makan, apa,pedang, doa, tunggu, hirup, ufti, slogan

kata tunggal tiga suku kata perangkap, derhaka, cuaca, perangai, manfaat, isteri, biasa, boria, strategi

kata tunggal lebih daripada empat suku kata

maharajalela, cenderawasih, universiti, kosmopolitan

Perkataan yang manakah mengandungi kata tunggal? (1) jejentik (4) duniawi (2) tani (5) ilmiah (3) jentolak (6) bilingual

Pembentukan Kata | 16

Bentuk kata tunggal boleh terdiri daripada pelbagai golongan kata, sama ada kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata keterangan atau kata tugas. Contohnya:

Golongan Kata Contoh Kata Tunggal

Kata Nama jalan, komputer, pasar, sarjana, struktur, kompleks, tabika, kugiran, radar, debunga, jentolak

Kata Kerja tidur, makan, lukis, main, ajar, alih, buat, hidup, mati, berdikari, lahir, balik, mara

Kata Adjektif buruk, tua, panas, lemah, bengkok, leper, hitam, besar, jelas, putih, renek, suntuk, awal

Kata Tugas akan, belum, dari, pada, maka, dengan, oleh, lebih, sungguh, bagi, tidak, umpama

2.3 Kata Terbitan Kata terbitan ialah bentuk kata yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan. Kata terbitan terdiri daripada kata dasar yang menerima imbuhan, sama ada awalan, akhiran, apitan, atau sisipan,.

Imbuhan ialah bentuk morfem terikat yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat. Imbuhan

dalam bahasa Melayu terdiri daripada awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Bentuk imbuhan dalam bahasa Melayu terdiri daripada imbuhan asli bahasa Melayu atau imbuhan yang dipinjam daripada bahasa asing, seperti Sanskrit, Arab-Parsi dan Yunani-Latin-Inggeris. Antara contoh imbuhan asli bahasa Melayu ialah – an, -kan, -i, pe-, men-, se-, men-…-kan dan sebagainya. Imbuhan pinjaman pula adalah seperti maha-, eka-, -wan, -man, bi-, -wi, -iah, pro-, anti-, -isme, -si dan sebagainya.

Awalan ialah imbuhan yang diletakkan di hadapan kata dasar. Ada awalan apabila bercantum

dengan kata dasar tertentu mengakibatkan wujudnya pelbagai bentuk imbuhan awalan. Pelbagai bentuk awalan ini disebut sebagai alomorf. Alomorf ialah kelainan atau anggota satu morfem. Misalnya, awalan peN- mempunyai alomorf pe-, pem-, pen-, peng-, peny- dan penge-. Awalan meN- dapat dianggotai oleh alomorf me-, mem-, men-, meng-, menye- dan menge- bergantung pada huruf pertama kata dasar.

Akhiran pula diletakkan di belakang kata dasar. Akhiran –an, -kan dan -i merupakan akhiran asli

bahasa Melayu. Akhiran lain seperti -wati, -ah, -isme, -man, -at dan sebagainya adalah akhiran pinjaman. Pengabungan kata dasar dan akhiran tidak mengubah bentuk kata.

Pembentukan Kata | 17

Apitan dikenali sebagai imbuhan terbahagi. Apitan hadir secara serentak mengapit kata dasar, yakni satu di depan dan satu di belakang kata dasar. Antara apitan dalam bahasa Melayu ialah me-…-kan, ber-…-kan, pe-…-an, ber-…-an, ke-…-an, di-…-i, di-…-kan, memper-…-kan, memper-…-i, diper-…-kan, diper-…-i dan sebagainya.

Sisipan merupakan sejenis imbuhan kerana bentuk yang ditambahkan pada kata dasar. Sisipan hadir di celah kata dasar. Dalam bahasa Melayu ada empat bentuk sisipan, iaitu –em-, -el -er-, dan –in-. Namun begitu, sisipan tidak lagi produktif dalam bahasa Melayu, kecuali untuk tujuan pembentukan istilah.

Sisipan

-em-

gentar gementar

-el- tapak

telapak

-er- sabut

serabut

-in- sambung

sinambung

Senaraikan awalan yang terlibat dalam mengubah bentuk imbuhan. Kemudian, berikan bentuk- bentuk imbuhan tersebut.

2.3.1 Fungsi pengimbuhan Proses pengimbuhan penting dalam bahasa Melayu. Melalui proses pengimbuhan, berlakulah perubahan pada bentuk kata yang terlibat, iaitu daripada bentuk tunggal kepada bentuk terbitan atau bentuk berimbuhan. Contohnya:

Kata Dasar + Imbuhan + Kata terbitan

besar ke-...-an kebesaran

layan pe- pelayan

baik -i baiki

oleh memper- memperoleh

Pembentukan Kata | 18

Proses pengimbuhan yang berlaku pada kata dasar boleh mengekalkan golongan kata. Dalam hal ini, istilah yang sering digunakan ialah imbuhan berfungsi sebagai penetap golongan kata. Contohnya:

Kata Dasar Imbuhan Golongan Kata

libat (kata kerja) ter- terlibat (kata kerja)

sastera (kata nama) -wan sasterawan (kata nama)

canti (kata adjektif) se- secantik (kata adjektif)

air (kata nama) peng-...-an pengairan (kata nama)

Proses pengimbuhan juga mengubah golongan kata. Istilah yang digunakan ialah imbuhan sebagai pengubah golongan. Contohnya:

Kata Dasar Imbuhan Golongan Kata

retak (kata adjektif)

ke-...-an keretakan (kata nama)

per-...-an peretakan (kata nama)

oleh (kata sendi nama)

ber- beroleh (kata kerja)

per...-an perolehan (kata nama) wangi (kata adjektif)

me- mewangi (kata kerja tak transitif))

me-...-kan mewangikan (kata kerja transitif)

di-...-kan diwangikan (kata kerja pasif)

-an wangi-wangian (kata nama)

Proses pengimbuhan juga boleh menghasilkan makna yang berlainan. Umpamanya, kata batu apabila diberikan imbuhan akan membawa pelbagai makna. Contohnya:

batu ‘galian bukan logam’ berbatu ‘ada batu’ membatu ‘diam sahaja’ membatui ‘membubuh batu’ membatukan ‘tidak mahu bercakap’

Pembentukan Kata | 19

Selain dapat dilakukan pada kata akar, pengimbuhan juga boleh berlaku pada perkataan yang telah pun mempunyai imbuhan. Dalam konteks ini, pengimbuhan berlaku sebanyak dua kali, yang pertama dengan kata dasar tunggal, dan yang kedua dengan kata dasar berimbuhan. Contohnya:

tua ke- + tua (ketua) pengetua halang ber- + halangan (berhalangan) berhalangan angkat ke...an + berangkat (keberangkatan) keberangkatan

Proses pengimbuhan boleh juga berlaku pada kata majmuk. Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu ejaannya ditulis terpisah, dan ejaannya menjadi bercantum. Contohnya:

(i) Ditulis terpisah apabila menerima awalan atau akhiran.

di- + temu bual ditemu bual ber- + campur aduk bercampur aduk daya serap + an daya serapan

(ii) Ditulis bercantum apabila menerima apitan.

me- + tandatangan + -i menandatangani me- + satu padu + -kan menyatupadukan peng- + kuat kuasa + -an penguatkuasaan

Pengimbuhan juga boleh berlaku kata ganda. Misalnya:

ber- + main-main bermain-main lama-lama + -an lama-lamaan ber + tolak-tolak + an bertolak-tolakan di- + takut-takut + -kan ditakut-takutkan memper- + olok-olok + -kan memperolok-olokkan

Dalam Tatabahasa Dewan (2009), istilah kata terbitan digunakan bagi kata berimbuhan. Sebagai guru, istilah yang manakah yang anda rasakan mudah digunakan dan mudah difahami oleh pelajar? Berikan alasan anda.

Pembentukan Kata | 20

Awalan pinjaman

Contoh perkataan

maha- mahasiswa, mahaguru, maharaja

tata- tatabahasa, tatasusila, tatacara

swa- swasta, swalayan, swadaya

pra- prasejarah, prakata, prasyarat

sub- subsistem, subtajuk, subkelas

panca- pancaindera, pancasila

supra- suprasegmental

eka- ekabahasa, ekamatra, ekanada

dwi- dwibahasa, dwifungsi, dwilambang

tri- tribulan, triwindu

tuna- tunakarya, tunawisma, tunakarna

pasca- pascasiswazah, pascakolonial, pascamodenisme

poli- polisemi, poliklinik, politeknik

auto- aitograf, automatik, autonomi

Yang berikut merupakan contoh imbuhan dalam bahasa Melayu.

Awalan

(1) Awalan Kata Nama

Awalan asli kata nama

Contoh perkataan

pe- pesuruh, pelaut, petinju

pem- pembuat, pemveto, pemberi

pen- pendamai, pencuri, penjaja

peng- pengguna, pengkaji, pengubah

penge- pengekod, pengecas, pengetin

peny- penyebab, penyembah, penyalur

pe- penyanyi, pengeri, pereka

pel- pelajar

per- perasap, pertapa, perbara

ke- ketua, kekasih, kehendah

juru- jurubahasa, jurutera, jurucakap

Pembentukan Kata | 21

Awalan pinjaman

Contoh perkataan

bi- bilazim, biadab, binormal

pro- prokerajaan, probarat, proaktif

anti- antisosial, antikemajuan, antipenjajah

(2) Awalan kata kerja

Awalan kata kerja Contoh perkataan me- merasa, melantik, meraung mem- membeli, memfitnah, membuat men- menjahit, mentafsir, mendaki meng- mengelak, menggalas, mengganas menge- mengebom, mengecas, mengekod meny- menyunting, menyatu, menyumpah memper- memperoleh, memperluas, memperhamba ber- bergaya, berwang, berhak bel- belajar be- berupa, berasa, beraja ter- tersepak, terjebak, terambil di- diminta, disahkan, dipukul diper- dipercepat, diperisteri, diperoleh

(3) Awalan kata adjektif

Awalan asli kata adjektif

Contoh perkataan

ter- terkuat, terbesar, terhandal

te- terendah, teringin, teruncing

se- secantik, setinggi, sekaya

Pembentukan Kata | 22

Akhiran (1) Akhiran kata nama

Akhiran asli kata nama Contoh perkataan -an tujuan, harapan, mainan

Akhiran pinjaman Contoh perkataan

-wan karyawan, usahawan, angkasawan -man seniman, budiman -wati seniwati, olahragawati, angkasawati -in hadirin, muslimin -at hadirat, muslimat -ah qariah, salihah, ustazah -isme realisme, nasionalisme, kapitalisme --ik fonetik, lingistik, saintifik -is cerpenis, kritis, sistematis -logi psikologi, biologi, teknologi

(2) Akhiran kata kerja

Akhiran kata kerja Contoh perkataan -kan tunjukkan, buatkan, mainkan -i baiki, kotori, diami

Apitan

(1) Apitan Kata Nama

Apitan kata nama Contoh perkataan pe-...-an pelantikan, peperiksaan, pemakanan pem-...-an pembuatan, pemvetoan, pemberian pen-...-an pendamaian, pentadbiran, penjadualan peng-...-an penggunaan, pengolahan, pengintipan penge-...-an pengeboman, pengesahan, pengetinan peny-...-an penyaluran, penyatuan, penyiaran pe-...-an pesisiran, petempatan, pesiaran pel-...-an pelajaran per-...-an pertabalan, perkuburan, perburuan ke-...-an kedudukan, kelebihan, kementerian

Pembentukan Kata | 23

(2) Apitan kata kerja

Apitan kata kerja Contoh perkataan me-...-kan merasakan, melaksanakan, mewujudkan mem-...-kan membelikan, membuatkan, mempamerkan men-...-kan menjimatkan, mentafsirkan, mencarikan meng-...-kan mengelakan, menggayakan, mengutarakan menge-...-kan mengecamkan, mengesyorkan, mengekaskan meny-...-kan menyatukan, menyalurkan, menyakitkan me-...-i menaiki, merasai, melindungi mem-...-i membanjiri, membaharui, memikiri men-...-i menduduki, menzalimi, mencurahi meng-...-i menghendaki, menggalasi, mengubati menge-...-i mengebomi, mengecami, mengesyaki meny-...-i menyetujui, menyakiti, menyumpahi memper-...-kan memperhatikan,memperperhitungkan,memperbahaskan memper-...-i memperhiasi, memperingati, memperhambai ber-...-kan berdasarkan, bermatlamatkan, bersandarkan ber-...-an bertujuan, berurusan, berlanjutan di- diminta, disahkan, dipukul diper- dipercepat, diperbesar, diperoleh di-...-kan dilupakan, dibiarkan, dibincangkan di-...-i didiami, diduduki, disuruhi diper-...-kan diperkatakan, diperdengakan, dipersoalkan diper-...-i diperbaharui, diperingati, diperkebuni ter-...-kan terkatakan, tersampaikan, terselesaikan ter-...-i teratasi, terpenuhi, terlukai ke-...-an kemalangan, kehujanan, kekecurian

(3) Apitan kata adjektif

Apitan kata adjektif Contoh perkataan ke-...-an kearaban, kecinaan, kebaratan

Pembentukan Kata | 24

Sisipan

(1) Sisipan kata nama

Sisipan kata nama Contoh perkataan -el- telunjuk, pelatuk, kelangkang -er- keruping, gerigi, seruling -em- temali, kemuning, kemuncup

(2) Sisipan kata kerja

Sisipan kata kerja Contoh perkataan -el- jelajah, geledak

(3) Sisipan kata adjektif

Sisipan kata adjektif Contoh perkataan -el- selerak, gelembung, kelebak -er- gerodak, ker(e)lip -em- gemuruh, kemetot, gemilang -in- sinambung

1. Bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif. Apakah yang dimaksudkan dengan bahasa

aglutinatif? 2. Apakah sebab berlakunya perbezaan bentuk-bentuk imbuhan dalam bahasa Melayu?

2.4 Kata Majmuk Proses pemajmukan ialah proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih, dan bentuk kata yang terhasil bertabiat sama seperti satu perkataan dan membawa makna tertentu. Misalnya, rumah sakit mengandungi dua kata dasar, iaitu rumah dan sakit dan bentuk ini membawa makna tertentu.

Perkataan tanggungjawab walaupun ditulis sebagai satu perkataan, tetapi ia merupakan kata

majmuk kerana mengandungi dua kata dasar, iaitu tanggung dan jawab, serta mendukung makna tertentu.

Pembentukan Kata | 25

Kebanyakan kata majmuk terdiri daripada dua kata dasar, seperti hari bulan, kerani kanan, olahraga, matahari. Namun begitu, ada juga kata majmuk yang terbina daripada tiga dan empat kata dasar, seperti alat pandang dengar, kereta api ekspres malam.

Kata majmuk mempunyai persamaan dengan frasa kerana kedua-duanya terbentuk daripada

beberapa kata. Dari segi pengejaan pun, banyak kata majmuk boleh dikelirukan dengan frasa kerana kedua-duanya ditulis secara terpisah. Sebagai contoh, papan hitam boleh bertaraf kata majmuk jika mendukung makna ”papan tulis yang digunakan di bilik darjah”, tetapi boleh juga bertaraf frasa jika bererti ”papan yang berwarna hitam.

2.4.1 Jenis-jenis kata majmuk Kata majmuk terdiri daripada tiga jenis berdasarkan Tatabahasa Dewan (2008), iaitu: kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas, kata majmuk yang merupakan istilah khusus, dan kata majmuk yang membawa maksud simpulan bahasa.

KATA MAJMUK

Rangkai kata bebas Istilah Khusus Simpulan Bahasa

Contoh :

guru besar, tengah hari, terima kasih, kapal terbang, Menteri Besar, Setiausaha Politik

Contoh : garis pusat, atur cara, lut sinar, mata pelajaran, kertas kerja, pita suara, reka bentuk

Contoh : tumbuk rusuk, gulung tikar, anak emas, kaki bangku, ringan tulang, makan angin

Pada dasarnya semua kata majmuk ditulis secara terpisah. Namun begitu, terdapat juga kata majmuk yang ditulis secara bercantum kerana penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan. Dalam Tatabahasa Dewan (2008), antara kata majmuk yang ditulis bercantum ialah antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, kerjasama, olahraga, matahari, kakitangan, setiausaha, sukarela, tanggungjawab, tandatangan, warganegara, pesuruhjaya, suruhanjaya, dan sebagainya.

Kata majmuk yang ditulis terpisah akan berubah menjadi kata majmuk yang ditulis serangkai

apabila menerima apitan. Misalnya, pengenalpastian, disatupadukan, menandatangani, pengambilalihan, melipatgandakan, dikuatkuasakan dan sebagainya. Bagi kata majmuk yang menerima awalan atau

Pembentukan Kata | 26

akhiran, penulisannya adalah secara terpisah. Contohnya, berterima kasih, daya serapan, mengambil berat dan sebagainya.

2.4.2 Cara mengenali kata majmuk Kata majmuk dapat dikenal melalui beberapa cara. Kata majmuk tidak dapat menerima sebarang penyisipan antara perkataan yang membentuknya. Contohnya, tandatangan tidak dapat disisipkan dengan kata yang untuk membentuk tanda yang tangan. Urus setia tidak dapat disisipkan dengan kata yang untuk membentuk urus yang setia.

Kata majmuk mempunyai makna yang tertentu, yang berbeza daripada kata-kata asal yang

membentuk kata majmuk tersebut. Misalnya, sapu tangan merupakan kata majmuk kerana merujuk kepada kain segi empat, dan berlainan daripada makna biasa sapu dan tangan. Demikian juga, bumiputera ialah kata majmuk kerana membawa makna tertentu yang berbeza daripada makna kata dasarnya, bumi dan putera

Unsur yang membina kata majmuk tidak mempunyai hubungan makna dari segi satu kata

menerangkan kata yang lain. Misalnya, bagi kata majmuk kakitangan, tidak ada hubungan yang menunjukkan bahawa tangan menerangkan kaki, atau kaki menerangkan tangan.

2.4.3 Binaan kata majmuk Kata majmuk boleh dibentuk daripada bentuk kata seperti yang berikut: (i) kata tunggal dengan kata tunggal. Contohnya:

rumah pangsa, hati batu, putih mata, kenal pasti

(ii) kata tunggal dengan kata terbitan (a) kata tunggal sebagai unsur pertama dan kata terbitan sebagai unsur yang kedua. Contohnya:

batu loncatan, surat pekeliling, buruh binaan, surat pekeliling (b) kata terbitan sebagai unsur pertama dan kata tunggal sebagai unsur yang kedua. Contohnya:

pembuka kata, pilihan raya, bercampur aduk, mengambil alih

(iii) kata terbitan dengan kata terbitan. Contohnya: penyiasat persendirian, pengawal peribadi, penyata tahunan, penyata kewangan

Pembentukan Kata | 27

2.4.4 Penggolongan kata majmuk

Kata majmuk dapat digolongkan kepada golongan yang berikut:

Golongan Kata Majmuk

Contoh Perkataan

Kata nama majmuk guru besar, balai raya, tepian gelanggang, cakar ayam, bulan madu, Menteri Besar, Naib Canselor, Ketua Murid, warganegara, ketidakadilan, persuratkhabaran, kebolehpercayaan, tandatangan, setiausaha

Kata kerja majmuk hapus kira, ambil alih, lipat ganda, kenal pasti, terima kasih, gulung tikar, bersatu padu, mereka bentuk, menandatangani, bertanggungjawab, berlatarbelakangkan

Kata adjektif majmuk merah jambu, terang hati, kuning langsat, muda remaja, panas terik

Kata tugas majmuk bagaimana, apabila, barangkali, kadangkala, walhal, daripada, kepada, manalagi

1. Apakah istilah yang digunakan oleh Za’ba bagi kata majmuk? 2. Pada pendapat anda, mengapakah kata majmuk sentiasa berkembang dan sentiasa dicipta

oleh masyarakat?

2.5 Kata Ganda Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan mengulang atau menggandakan kata dasar, sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Bentuk kata yang diulang itu dikenal sebagai dasar, manakala bentuk ulangan itu disebut sebagai gandaan. Yang berikut merupakan contoh jenis kata ganda:

angan angan-angan (seluruh kata dasar diulang) setiausaha setiausaha-setiausaha (seluruh kata majmuk diulang) makanan makanan-makanan (seluruh kata berimbuhan diulang) rebut bola

berebut-rebut (sebahagian kata diulang) bebola (sebahagian kata diulang)

Pembentukan Kata | 28

Kata ganda dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu kata ganda penuh, kata ganda semu, kata ganda separa dan kata ganda berentak. Keempat-empat jenis pula terdiri daripada subjenisnya.

BENTUK KATA GANDA

PENUH SEMU SEPARA BERENTAK

Kata tunggal

Kata berimbuhan

Kata tunggal

Kata berimbuhan

Pengulangan vokal

Pengulangan konsonan

Pengulangan bebas

Pengulangan bersisipan

2.5.1 Kata ganda penuh Kata ganda penuh berlaku apabila seluruh kata dasar, sama ada kata dasar itu mempunyai imbuhan atau tidak digandakan atau diulang. Terdapat dua jenis kata ganda penuh, iaitu: (i) penggandaan penuh kata tunggal. Contohnya:

makan makan-makan sama sama-sama sungai sungai-sungai dulu dulu-dulu cantik cantik-cantik binatang binatang-binatang

(ii) penggandaan penuh kata berimbuhan. Contohnya:

kehendak kehendak-kehendak pelari pelari-pelari persatuan persatuan-persatuan kejadian kejadian-kejadian galakan galakan-galakan keadaaan keadaan-keadaan

Pembentukan Kata | 29

2.5.2 Kata ganda semu Kata ganda semu ialah bentuk kata ganda seperti bentuk kata ganda penuh tetapi apabila kata dasarnya dipisahkan daripada kata ulang, kata dasar itu tidak memberikan sesuatu makna yang khusus, atau jika ada maknanya pun, maknanya berlainan sama sekali dengan makna kata ganda yang asalya. Contohnya:

labah-labah kanak-kanak ubun-ubun kisi-kisi mentang-mentang

rama-rama labi-labi

masing-masing kura-kura

2.5.3 Kata ganda separa Kata ganda separa berlaku apabila sebahagian kata dasar diulang. Kata ganda separa terdiri daripada penggandaan kata tunggal, dan penggandaan kata berimbuhan.

(i) Penggandaan separa kata tunggal Penggandaan jenis ini melibatkan kata dasar tunggal diulang dan melibatkan pengulangan suku kata pertamanya serta letak pengulangan itu di depan kata dasar. Bunyi vokal dalam bentuk penggandaan ini akan mengalami pelemahan, iaitu menjadi vokal e pepet. Contohnya:

laki lalaki lelaki kuda kukuda kekuda tikus titikus tetikus daun dadaun dedaun jentik jenjentik jejentik pohon popohon pepohon

(iii) Penggandaan separa kata berimbuhan Penggandaan jenis ini hanya melibatkan kata dasar utama diggandakan, dan tidak melibatkan imbuhannya sekali. Daripada contoh di bawah, penggandaan separa berlaku pada bahagian belakang kata dasar. Contohnya:

berturut berturut-turut setinggi setinggi-tinggi berkali berkali-kali ternganga ternganga-nganga

Penggandaan separa kata berimbuhan juga dapat berlaku pada bahagian hadapan kata dasar. Contohnya:

memasak masak-memasak mengejar kejar-mengejar menolak tolak-menolak mengingatingat-mengingat

Pembentukan Kata | 30

2.5.4 Kata ganda berentak Kata ganda berentak atau berima melibatkan permainan bunyi tertentu dalam sebutan. Bunyi tersebut akan diubah atau diulang. Pengulanagn bunyi itu boleh berupa bunyi vokal, konsonan atau bebas. Penggandaan jenis ini dapat dibahagikan kepada empat jenis:

(i) penggandaan berentak pengulangan vokal (ii) penggandaan berentak pengulangan konsonan (iii) penggandaan berentak pengulangan bebas (iv) penggandaan bersisipan

(i) Penggandaan berentak pengulangan vokal Penggandaan jenis ini melibatkan semua vokal dalam kata dasar tidak berubah tetapi bunyi konsonan yang terletak di depan kata dasar berubah kepada konsonan yang lain. Contohnya:

hina-dina cerai-berai selok-belok gotong-royong

(ii) Penggandaan berentak pengulangan konsonan Penggandaan jenis ini terjadi dengan mengekalkan bunyi konsonan tetapi bunyi vokal berubah kepada bunyi vokal yang lain. Contohnya:

batu-batan bolak-balik gunung-ganang kayu-kayan

(iii) Penggandaan berentak bebas Penggandaan jenis ini tidak menunjukkan ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal atau konsonan. Contohnya:

lintang-pukang kusut-masai lemah-longlai ipar-duai

Pembentukan Kata | 31

(iv) Penggandaan bersisipan Penggandaan bersisipan melibatkan seluruh kata dasar diulang, dan kata dasar itu menerima sisipan –em- . Contohnya:

tali tali-temali jari jari-jemari gilang gilang-gemilang

1. Apakah perbezaan antara penggandaan separa dengan penggandaan berentak? 2. Mengapakah kata ganda penuh dan kata semu perlu diasingkan sebagai kata ganda yang

tersendiri?

KATA KUNCI 1. bentuk kata 5. kata majmuk 2. proses morfologi 6. kata ganda 3. kata tunggal 7. akronim 4. kata terbitan

PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan bentuk perkataan yang berikut.

a. kelas f. jejentik b. Menteri Besar g. kerjasama c. bumiputera h. bestari d. angkasawan i. sembilu e. jentolak j. mahasiswa

2. Pengimbuhan dalam bahasa Melayu boleh membawa perubahan kepada bentuk dan golongan kata. Ambil beberapa contoh kata tunggal, dan tunjukkan perkataan itu boleh berubah bentuk dan golongan kata hasil daripada pengimbuhan.

Pembentukan Kata | 32

pepohon olahraga pelepah swasta gegendang gemersik perihal cengkerang jejantas gemerlap halaju rerambut cerucuk peribadi anak-pinak

3. Tandakan (√) pada kata terbitan yang betul: a. keburukkan ( ) keburukan ( ) b. pelaksanaan ( ) perlaksanaan ( ) c. perlantikan ( ) pelantikan ( ) d. memperkembang ( ) memperkembangkan ( ) e. memperluaskan ( ) memperluas ( ) f. mengebumikan ( ) mengkebumikan ( ) g. mencampuradukkan ( ) mencampur-adukkan ( )

4. Senaraikan 12 kata majmuk yang ditulis secara berpisah.

5. Berdasarkan kata ganda di atas, kelompokkan kata ganda tersebut mengikut jenis masing-masing.

gotong-royong bebiri kuih-kuih kayu-kayan sayur-mayur penderma-penderma bermain-main sebaik-baik

6. Isikan ruang kosong dengan kata tunggal, kata terbitan, kata ganda, dan kata majmuk daripada perkataan yang diberi.

Kata Tunggal Kata Terbitan Kata Ganda Kata Majmuk

Pembentukan Kata | 33

RUJUKAN

Abdullah Hassan. (2006). Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Ahmad Khair Mohd Nor. (2011). Persoalan Tatabahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Ahmad Khair Mohd Nor. (2007). Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Asmah Hj. Omar. (2008). Nahu Kemas Kini. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Hasan Alwi, Soenjono Dardjowidjo, Hans Lapoliwa dan Anton M.Moeliono. (2000). Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia Edisi Ketiga. Jakarta: Balai Pustaka.

Hashim Hj. Musa. (1993). Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raminah Hj. Sabran, Ahmad Khair Mohd Nor, Ton Ibrahim dan Nawi Ismail. (2009). Tatabahasa Asas. Kuala Lumpur: Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia.

Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor. (2008). Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Penggolongan Kata | 34

UNIT 3

PENGGOLONGAN KATA

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit, anda diharapkan dapat: 1. mengetahui cara-cara menggolongkan perkataan 2. mengenal pasti jenis perkataan berdasarkan ciri-cirinya 3. menyenaraikan perkataan berdasarkan golongannya

3.0 PENGENALAN

Istilah golongan kata sama dengan jenis kata atau kelas kata. Penggolongan kata merupakan proses menjeniskan dan menggelompokkan kata berdasarkan kriteria tertentu. Antara kriteria yang digunakan untuk menggolongkan perkataan ialah ciri-ciri persamaan yang dimiliki oleh kategori kata tersebut, makna kata, keserupaan bentuk, taburan kata dan fungsinya dalam ayat.

Dalam bahasa Melayu, perkataan boleh dimasukkan ke dalam golongan kata yang sama

berdasarkan ciri-ciri persamaan. Ciri persamaan ini dikenal juga sebagai ciri morfologi, iaitu perkataan yang sama dimasukkan dalam golongan yang sama. Misalnya, salah satu ciri bagi kata nama dalam bahasa Melayu ialah kata itu boleh disertai dengan kata bilangan dengan atau tanpa penjodoh bilangan di depannya, dan semua bentuk perkataan yang menerima awalan pe- akan tergolong dalam kata nama kerana awalan peN- menerbitkan kata nama. Demikian juga bagi perkataan yang menerima awalan meN- yang tergolong dalam golongan kata kerja kerana awalan ini merupakan awalan kata kerja. Oleh itu, kita dapat membuat suatu kesimpulan bahawa semua kata nama dan kata kerja dapat dikenal dengan ciri tersebut. Penggolongan sedemikian merujuk kepada ciri-ciri persamaan tertentu, dan bukan makna.

Ciri semantik atau makna juga digunakan untuk menggolongkan perkataan. Kata-kata dimasukkan

dalam golongan masing-masing berdasarkan makna perkataan berkenaan. Umpamanya, dalam tatabahasa tradisional, kata nama didefinisikan sebagai kata yang merujuk kepada nama orang atau benda. Kata kerja pula sebagai kata yang menyatakan perbuatan atau tindakan. Kata sifat ialah perkataan yang menerangkan atau menunjukkan sifat sesuatu nama atau perbuatan. Definisi semantik ini dapat menggolongkan kata seperti orang, rumah dan kereta sebagai kata nama kerana jelas merujuk kepada nama. Perkataan duduk, tidur dan pukul dari segi semantik ialah kata kerja kerana perkataan tersebut menunjukkan perbuatan; manakala kecil, pandai dan kuat sebagai kata sifat kerana menjelaskan sifat bagi sesuatu nama.

Penggolongan Kata | 35

Namun begitu, pendefinisian kata nama dari sudut semantik tidak dapat menggolongkan kata seperti keindahan, perasaan dan pengajian sebagai kata nama. Hal ini demikian kerana kata-kata ini bukanlah nama orang atau benda. Begitu juga bagi perkataan mati dan hidup, kata-kata itu tidak menunjukkan sesuatu perbuatan yang dilakukan. Oleh itu, dengan menggolongkan kata berdasarkan ciri morfologi dan sintaksis, kita dapat mengetahui bahawa kata seperti keahlian, perasaan dan pengajian tergolong dalam kata nama kerana berkongsi ciri-ciri kata nama, seperti dapat disertai kata bilangan di depan dan kata penentu itu atau ini selepas kata tersebut. Kita juga dapat mengetahui bahawa perkataan mati dan hidup sebagai kata kerja kerana dapat disertai dengan kata bantu.

Selain menggolongkan kata dari sudut morfologi dan semantik, penggolongan kata berdasarkan

ciri sintaksis dijadikan panduan. Cara ini membolehkan pengolonggan kata yang lebih tepat. Ciri sintaksis merujuk kepada fungsi sesuatu kata itu dalam struktur frasa atau ayat. Perkataan yang mempunyai fungsi yang sama dimasukkan ke dalam golongan yang sama. Misalnya, kata merah dalam ayat (1a) dapat menjadi kata adjektif kerana menjadi inti frasa predikat serta dapat disertai kata penguat seperti dalam ayat (1b). Sebaliknya, merah dalam (2a) bukanlah kata adjektif tetapi sebagai kata nama kerana menduduki fungsi subjek ayat, malah tidak dapat disertai kata penguat seperti dalam (2b).

(1a) Bibir gadis itu merah. (Kata adjektif) (1b) Bibir gadis itu merah sekali. (2a) Merah melambangkan keberanian. (Kata nama) (2b) *Merah sekali melambangkan keberanian.

Penggolongan kata berdasarkan fungsi sintaksis membolehkan sesuatu kata itu dikelompokkan ke dalam golongan kata yang sama. Misalnya:

(3) itu panas. Konstituen yang bergaris dapat diisi oleh kata seperti air, makanan, cuaca, yang tergolong dalam kelas kata yang sama, iaitu kata nama.

(4) Pemandangan di situ sungguh . Konstituen yang bergaris dapat diisi oleh kata seperti cantik, menawan, aman, yang tergolong dalam kelas kata yang sama, iaitu kata adjektif.

(5) Bapa hendak wang di bank. Konstituen yang bergaris dapat diisi oleh kata seperti menyimpan, meminjam, menukar, yang tergolong dalam kelas kata yang sama, iaitu kata kerja.

(6) Daud akan datang . Konstituen yang bergaris dapat diisi oleh kata seperti lagi, esok, nanti yang tergolong dalam kelas kata yang sama, iaitu kata adverba.

Golongan kata nama, kata kerja dan kata adjektif merupakan kata major, iaitu kata yang dapat

menjadi inti frasa dalam predikat ayat. Kata nama, kata kerja dan kata adjektif juga dirujuk sebagai kata leksikal, iaitu kumpulan kata yang mempunyai makna yang agak jelas dan boleh ditentukan. Selain itu,

Penggolongan Kata | 36

ketiga-tiga golongan kata ini termasuk dalam kelas terbuka, iaitu berpotensi menambah bilangan kata baharu yang tidak terhad jumlahnya, dapat dicipta dan ditambah kepada kelas katanya.

Walau bagaimanapun, ada perkataan yang boleh memasuki lebih daripada satu golongan.

Misalnya, perkataan dalam dapat menjadi kata adjektif seperti dalam ayat (7) kerana menjadi inti frasa predikat, dan sebagai kata tugas dalam ayat (8).

(7) Air sungai itu dalam. (8) Nabil ada di dalam bilik.

Kata tugas dikenali juga sebagai kata minor. Kata minor tidak dapat membina frasa yang menjadi predikat dalam ayat dasar. Perkataan yang tergolong dalam kata tugas mempunyai fungsi tatabahasa tertentu, misalnya sebagai penghubung, penegas, penafian, penguat dan sebagainya. Oleh itu, kata tugas selalunya menandakan ciri dan hubungan sintaksis, dan mengandungi makna yang agak sukar untuk dikenal pasti. Maknanya hanya jelas apabila dikaitkan dengan kata-kata lain dalam frasa dan ayat. Antara contoh kata tugas ialah kata hubung, kata bantu, kata penguat, kata sendi, partikel dan sebagainya.

Petikan yang berikut mengandungi pelbagai golongan kata. Sila nyatakan golongan kata bagi setiap perkataan :

Setiap pelajar sedar bahawa tanggungjawab mereka adalah belajar. Untuk menentukan cara belajar yang lebih berkesan, ada berbagai-bagai cara dapat dilakukan oleh pelajar bergantung pada kebijaksanaan pelajar dalam memanfaatkan kemudahan belajar yang tersedia di persekitaran masing-masing.

3.1 Golongan Kata Nama

Golongan kata nama terdiri daripada sejumlah perkataan yang boleh menjadi inti pada binaan frasa nama. Dari segi makna, kata nama ialah kata yang merujuk kepada nama bagi orang, tempat, benda, binatang atau konsep, sama ada yang bernyawa atau tidak bernyawa, konkrit atau abstrak. Golongan kata nama dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu (i) kata nama khas, (ii) kata nama am, dan (iii) kata ganti nama. Pembahagian kata nama dapat dipecahkan lagi kepada subgolongan seperti carta yang berikut:

Penggolongan Kata | 37

manusia

hidup

kata nama khas bukan manusia

tak hidup manusia

hidup

bukan manusia

KATA NAMA kata nama am

institusi berbilang

tak hidup abstrak

bukan institusi tak berbilang

konkrit

umum

tunjuk tempat

kata ganti nama hal

tanya

diri pertama orang kedua

ketiga

tak tentu

3.1.1 Kata Nama Khas Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk kepada sesuatu yang khusus. Penulisan kata nama khas mestilah dimulai dengan huruf besar. Kata nama khas dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata nama khas hidup, dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup terbahagi kepada dua, iaitu kata nama khas hidup manusia, dan bukan manusia. Perincian bagi kata nama khas dapat ditunjukkan seperti carta di bawah:

Penggolongan Kata | 38

hidup manusia

kata nama khas bukan manusia

tak hidup

3.1.2 Kata Nama Am Kata nama am merujuk kepada kata nama yang umum, yakni tidak merujuk kepada nama-nama secara khusus. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kata nama am hidup dan kata nama am tak hidup.

Kata nama am hidup terbahagi kepada dua, iaitu kata nama am hidup manusia, dan kata nama am

hidup bukan manusia. Kata nama am tak hidup dibahagikan pula kepada kata nama am tak hidup institusi, dan kata nama am tak hidup bukan institusi. Kata nama am tak hidup bukan institusi terdiri daripada kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit, dan kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak. Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak boleh dipecahkan kepada kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang, dan kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang. Yang berikut merupakan perincian penggolongan kata nama am:

hidup manusia

kata nama am bukan manusia

institusi

tak hidup konkrit

bukan institusi berbilang

abstrak

tak berbilang

Penggolongan Kata | 39

3.1.3 Kata Ganti Nama Kata ganti nama ialah kata yang dapat menggantikan sesuatu kata nama, sama ada kata nama khas atau kata nama am. Kata ganti nama dapat digolongkan kepada tiga golongan, iaitu kata ganti nama tunjuk, kata ganti nama diri, dan kata ganti nama tak tentu. Kata ganti nama tunjuk boleh dipecahkan kepada kata ganti nama tunjuk umum, kata ganti nama tunjuk tempat, dan kata ganti nama tunjuk hal. Kata ganti nama diri boleh dibahagikan kepada kata ganti nama diri tanya, dan kata ganti nama diri orang. Kata ganti nama diri orang terdiri daripada kata ganti nama diri orang pertama, kata ganti nama diri orang kedua, dan kata ganti nama diri orang ketiga. Pembahagian kata ganti nama boleh diterangkan melalui rajah yang berikut:

umum

tunjuk tempat

kata ganti nama hal

tanya

diri pertama orang kedua

tak tentu ketiga

3.2 Golongan Kata Kerja

Golongan kata kerja terdiri daripada perkataan yang boleh menjadi unsur inti pada binaan frasa kerja. Dari segi makna, kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu. Kata kerja dapat digolongkan kepada dua kumpulan iaitu, kata kerja aktif dan kata kerja pasif. Yang berikut merupakan perincian bagi golongan kata kerja:

tanpa pelengkap

kata kerja aktif tak transitif berpelengkap

kata kerja aktif berpenerang

Kata kerja kata kerja aktif transitif

kata kerja pasif

Penggolongan Kata | 40

3.2.1 Kata kerja aktif Kata kerja aktif ialah kata kerja yang hadir dalam ayat aktif. Kata kerja aktif dapat dibahagikan kepada kata kerja aktif tak transitif, dan kata kerja aktif transitif. Kata kerja aktif tak transitif boleh berdiri sendiri dalam binaan ayat apabila dapat menjadi inti bagi binaan frasa kerja. Kata kerja aktif transitif tidak dapat menjadi inti bagi frasa kerja kerana memerlukan objek bagi membentuk binaan frasa kerja.

3.2.1.1 Kata kerja aktif tak transitif Kata kerja aktif tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut selepasnya. Kebanyakan kata kerja aktif tak transitif tidak memerlukan pelengkap. Kata kerja aktif tak transitif boleh dibahagikan kepada kata kerja aktif tanpa pelengkap, kata kerja aktif berpelengkap, dan kata kerja aktif berpenerang.

Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang mempunyai makna lengkap.

Kata kerja tak transitif berpelengkap merupakan kata kerja yang memerlukan pelengkap selepasnya untuk menyempurnakan maksud ayat. Pelengkap ialah unsur yang menjadi pencukup pada sesuatu kata kerja yang tak transitif. Kata kerja aktif tak transitif berpenerang mengandungi penerang selepasnya. Penerang bagi kata kerja tak transitif ialah kata nama, dan ketiadaannya tidak mencacatkan ayat, iaitu ayat tersebut masih boleh dianggap lengkap.

3.2.1.2 Kata kerja aktif transitif Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang berfungsi dalam ayat aktif. Kata kerja jenis ini menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran –kan atau –i.

3.2.2 Kata kerja pasif Kata kerja transitif pasif pula ialah kata kerja yang berfungsi dalam ayat pasif melalui proses perubahan ayat aktif kepada ayat pasif.

3.3 Golongan Kata Adjektif

Golongan kata adjektif terdiri daripada perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Dari segi makna, kata adjektif ialah perkataan yang boleh menjadi penerang kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Kata adjektif dapat dibahagikan kepada sembilan jenis berdasarkan maknanya, dan hubungannya dengan perkataan lain dalam frasa. Penjenisan kata adjektif ini dapat digambarkan melalui rajah yang berikut:

Penggolongan Kata | 41

sifat

cara

warna

ukuran

kata adjektif jarak

bentuk

waktu

perasaan

pancaindera

3.4 Golongan Kata Tugas

Golongan kata tugas ialah perkataan-perkataan yang tidak dapat menjadi inti kepada binaan frasa yang menjadi predikat ayat.

Perkataan-perkataan yang tergolong sebagai kata tugas mempunyai fungsi tatabahasa yang

tertentu, iaitu sama ada sebagai penghubung, penguat, penegas, penafi, pemeri, penyeru, penanya, pembenar, ataupun tugas-tugas yang lain.

Terdapat kata tugas yang boleh mempunyai beberapa tugas dalam ayat. Misalnya, perkataan

untuk ialah kata tugas yang dapat bertugas sebagai kata sendi, kata hubung komplemen, dan kata hubung keterangan dalam binaan ayat.

Berdasarkan Tatabahasa Dewan (2008), kata tugas dapat dikelompokkan seperti rajah yang

berikut berdasarkan tugas atau fungsinya dalam frasa, klausa, atau ayat.

Penggolongan Kata | 42

kata penyambung ayat kata hubung

kata seru

kata praklausa kata tanya kata

perintah kata

pembenar

kata pangkal ayat

kata bantu

kata penguat

Kata tugas kata prafrasa dan pascafrasa kata penegas

Kata nafi

kata pemeri

kata sendi

kata arah

kata bilangan

kata adverba

kata pascakata kata penekan

kata pembenda

Penggolongan Kata | 43

Dalam bab ini telah dipaparkan secara ringkas golongan perkataan yang terdapat dalam bahasa Melayu. Huraian yang terperinci bagi setiap golongan kata tersebut akan dijelaskan dalam bab-bab yang tersendiri.

1. Apakah kriteria yang digunakan oleh Za’ba, Asmah Hj. Omar, Abdullah Hassan, dan Nik Safiah

Karim et al. dalam menggolongan perkataan dalam buku tatabahasa mereka? 2. Berapakah golongan kata yang terdapat dalam buku tatabahasa oleh Za’ba, Asmah Hj. Omar,

Abdullah Hassan, dan Nik Safiah Karim et al.?

KATA KUNCI 1. golongan kata 2. kata major 3. kata minor 4. kriteria morfologi 5. kriteria sintaksis 6. kriteria semantik

PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan golongan kata bagi perkataan yang berikut bulat lazat diam apabila dalam

Si Miskin jalan tentang berapa tenteram

2. Nyatakan proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu.

3. Apakah bentuk kata yang terhasil daripada proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu?

Penggolongan Kata | 44

4. Berdasarkan ayat-ayat yang berikut, berikan hujah bahawa perkataan yang dicondongkan itu dapat digolongkan ke dalam lebih daripada satu golongan kata.

(i)a. Luka di kaki adik sudah sembuh. b. Hatinya luka.

(ii)a. Gulai itu tawar.

b. Cubalah engkau tawar harga kain ini.

(iii)a. Perigi itu dalam. b. Duit syiling itu saya simpan di dalam tabung.

5. Mengapakah kriteria sintaksis dapat menjanjikan penggolongan kata yang lebih objektif berbanding dengan kriteria semantik?

RUJUKAN

Abdullah Hassan. (2006). Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Ahmad Khair Mohd Nor. (2007). Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Asmah Hj. Omar. (2009). Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hasan Alwi, Soenjono Dardjowidjo, Hans Lapoliwa dan Anton M.Moeliono. (2000). Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia Edisi Ketiga. Jakarta: Balai Pustaka.

Hashim Hj. Musa. (1993). Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mukhlis Abu Bakar. (2002). Pengantar Sintaksis dan Semantik Bahasa Melayu. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin Ahmad (Za’ba). (2000). Pelita Bahasa Melayu Penggal I-III Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kata Nama | 45

UNIT 4 KATA NAMA

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit, anda diharapkan dapat: 1. mengenal pasti kata nama 2. mengakategorikan kata nama mengikut jenisnya 3. menganalisis bentuk kata nama terbitan

4.0 Pengertian Kata Nama Kata nama dikenali juga sebagai kata benda. Dari segi semantik, kata nama ialah kata yang merujuk kepada nama bagi sesuatu, sama ada nama benda, orang, konsep, binatang atau tempat. Contohnya:

kuda kerusi pelajar

kebangsaan

saya

tujuan

Pengertian kata nama dalam Tatabahasa Dewan (2008) ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama. Pengertian ini dilakukan dengan merujuk kepada kehadiran kata tersebut dalam binaan sintaksis atau ayat. Perkataan pelajar dan rancangan dalam frasa yang berikut ialah kata nama yang menjadi unsur inti bagi frasa namanya.

beberapa orang pelajar sekolah

segala rancangan itu

4.1 Ciri-ciri Kata Nama Kata nama dapat diketahui dari tiga segi, iaitu dari sudut semantik, sintaksis dan bentuk. (i) Setiap kata nama dapat diletakkan kata penentu itu atau ini di belakang kata tersebut. Contohnya:

segala rancangan itu/ini lembaga itu/itu kenderaan itu/ini keadaan itu/ini

Kata Nama | 46

(ii) Kata nama dapat disertai kata bilangan, dengan atau tanpa penjodoh bilangan. Contohnya:

tiga buah kereta beberapa pendapat ketiga-tiga orang pelajar satu pendapat yang bernas

(iii) Setiap kata nama dapat menduduki fungsi subjek, predikat, pelengkap dan objek dalam ayat. Contohnya:

(1) Bahaya ada di mana-mana. (subjek) (2) Jalan ke situ bahaya. (predikat) (3) Situasi bertambah bahaya. (pelengkap) (4) Jangan mencari bahaya. (objek)

1. Apakah yang dimaksudkan dengan kata penentu? Nyatakan jenis kata penentu dalam bahasa Melayu.

2. Dengan menggunakan penanda kata nama yang telah anda pelajari, ambil satu perenggan petikan, dan senaraikan 10 kata nama yang terdapat di dalamnya.

4.2 Penggolongan Kata Nama Secara umumnya, kata nama dapat dibahagikan kepada tiga pecahan berdasarkan ciri-ciri makna perkataannya, iaitu:

(1) kata nama khas (2) kata nama am (3) kata ganti nama

4.2.1 Kata Nama Khas Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk kepada sesuatu yang khusus. Penulisan kata nama khas dimulai dengan huruf besar. Kata nama khas dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata nama khas hidup, dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup terbahagi kepada dua, iaitu kata nama khas hidup manusia, dan bukan manusia.

4.2.1.1 Kata nama khas hidup (i) Kata nama khas hidup manusia Kata nama khas hidup manusia merujuk kepada nama khusus bagi seseorang. Kata nama khas manusia boleh diberikan gelaran yang digunakan sebelum nama khas tersebut. Contohnya:

Kata Nama | 47

Asraf Komala Goh Ah Seng Dr. Norli Nik Aziz Cikgu Sarah Megat Khalid Haji Kamal Profesor Hamid Pak Samad Mak Su Datin Kamariah

(ii) Kata nama khas hidup bukan manusia Kata nama khas hidup bukan manusia merujuk keada nama yang khusus diberikan kepada makhluk yang bukan manusia, seperti haiwan, tumbuhan, dan malaikat. Contohnya:

Sang Kancil Pak Belang Tompok Metarrhizium (nama kuat) Israfel (nama malaikat) Nyamphaea Stellata (teratai)

4.2.1.2 Kata nama khas tak hidup Kata nama khas tak hidup merujuk kepada nama-nama benda yang khusus tetapi tak bernyawa. Kata nama khas jenis ini meliputi banyak jenis. Contohnya:

benda : Proton, Panasonic, Nissan Livina, Dell bangsa : Melayu, Iban, Arab, Maori negeri atau negara : Perak, Selangor, Indonesia, Brazil tempat : Sungai Siput, Gunung Kinabalu, Hutan Belum, Masjid

Muhajidin institusi : Universiti Pendidikan Sultan Idris, Pertubuhan Bangsa-

bangsa Bersatu, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Parlimen Malaysia.

undang-undang/akta : Akta Syarikat, Akta Pelajaran 1961, Ordinan 25, Akta Keselamatan Dalam Negeri,

agama : Islam, Buddha, Kristian, Hindu gelaran : Yang Amat Berhormat, Yang Berbahagia, Tan Sri, Tuan Haji

Kata Nama | 48

Mengapakah ada dua bentuk penulisan bagi kata ganti nama yang berikut”?

sang kancil Sang Rajuna Tapa si teruna Si Luncai cikgu sekolah Cikgu Hashimah

4.2.2 Kata Nama Am Kata nama am merujuk kepada kata nama yang umum, yakni tidak merujuk kepada nama-nama secara khusus. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kata nama am hidup dan kata nama am tak hidup. Kata nama am ditulis dengan huruf kecil.

Kata nama am hidup terbahagi kepada dua, iaitu kata nama am hidup manusia, dan kata nama am

hidup bukan manusia. Kata nama am tak hidup boleh dibahagikan kepada kata nama am am tak hidup institusi, dan kata nama am tak hidup bukan institusi. Kata nama am tak hidup bukan institusi terdiri daripada kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit, dan kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak. Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak boleh dipecahkan kepada kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang, dan kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang.

4.2.2.1 Kata nama am hidup Kata nama am hidup merujuk kepada sesuatu yang bernyawa termasuk manusia, haiwan dan tumbuh- tumbuhan. Kata nama am hidup boleh dibahagikan kepada kata nama am hidup manusia dan kata nama am hidup bukan manusia. (i) Kata nama am hidup manusia Kata nama am jenis ini merujuk kepada manusia. Contohnya:

bapa menteri pekerja polis ketua pemain hartawan pelajar nelayan

(ii) Kata nama am hidup bukan manusia Kata nama am jenis ini merujuk kepada benda-benda hidup jenis bukan manusia, seperti binatang, tumbuh-tumbuhan, malaikat, hantu, dan sebagainya. Contohnya:

kuda syaitan ulat pokok unggas serangga jin bidadari hantu

Kata Nama | 49

4.2.2.2 Kata nama am tak hidup Kata nama am tak hidup merujuk kepada semua nama kecuali nama manusia, binatang dan tumbuh- tumbuhan, sama ada konkrit ataupun abstrak. Kata nama am tak hidup dapat dibahagikan kepada dua, iaitu kata nama am tak hidup institusi, dan kata nama am tak hidup bukan institusi.

(i) Kata nama am tak hidup institusi Kata nama am jenis ini merujuk kepada institusi atau badan yang berkaitan dengan masyarakat. Kata nama institusi menggunakan kepada dan daripada sebelum nama institusi. Contohnya:

(kepada/daripada) kementerian, sekolah, perpustakaan, masjid, pejabat

pos, pusat latihan, persatuan, jabatan

(ii) Kata nama am tak hidup bukan institusi Kata nama am jenis ini merujuk kepada benda yang bukan institusi. Kata nama am tak hidup bukan institusi dapat dibahagikan kepada kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit, dan kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak.

(a) Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit Kata nama am jenis ini merujuk kepada benda-benda yang bukan institusi tetapi bersifat konkrit. Kata nama am jenis ini menggunakan kata sendi ke dan dari sebelum tempat. Contohnmya:

(ke/dari) kedai, rumah, laut, langit, bandar, negeri, sekolah

(b) Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak Kata nama am jenis ini dapat dibahagikan kepada dua, iaitu kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang, dan kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang.

Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang boleh dihitung dan boleh disertai oleh

kata bilangan di depannya tanpa disertai penjodoh bilangan. Contohnya:

(satu/beberapa/banyak) pendapat, cadangan, rancangan, gangguan, permintaan

Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang tidak dapat dibilang. Contohnya:

hasrat, sejahtera, cuaca, keinginan, kemunculan, ketibaan

Kata Nama | 50

Apakah jenis kata nama am tak hidup dalam ayat-ayat yang berikut? Nyatakan juga sebabnya. 1a. Pengetua pergi ke kementerian itu semalam. 1b. Laporan tahunan perlu dihantar kepada kementerian secepat mungkin. 2a. Amir ke sekolah dengan mengayuh basikal. 2b. Agensi itu memberi sumbangan kewangan kepada sekolah itu.

4.2.3 Kata Ganti Nama Kata ganti nama ialah kata yang dapat menggantikan sesuatu kata nama. Kata ganti nama dapat digolongkan kepada tiga, iaitu kata ganti nama tunjuk, kata ganti nama diri, dan kata ganti nama tak tentu.

4.2.3.1 Kata ganti nama tunjuk Kata ganti nama tunjuk ialah kata ganti nama yang berfungsi menunjukkan sesuatu perkara, benda atau tempat. Kata ganti nama tunjuk dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu kata ganti nama tunjuk umum, kata ganti nama tunjuk tempat, dan kata ganti nama tunjuk hal.

(i) Kata ganti nama tunjuk umum Terdapat dua kata ganti nama tunjuk umum, iaitu ini dan itu. Kata ini bagi menunjuk yang dekat, dan itu menunjuk yang jauh. Contohnya:

1. Kita tidak akan membincangkan ini lagi. 2. Ini kereta baharu saya. 3. Itu bangunan Parlimen. 4. Saya akan membeli itu.

(ii) Kata ganti nama tunjuk tempat Kata ganti nama tunjuk tempat menunjuk pada arah tempat, iaitu sini (tempat yang dekat), situ (tempat yang agak jauh), dan sana (tempat yang jauh). Oleh sebab kata tunjuk ini menunjukkan tempat, kata tunjuk ini sering digunakan bersama-sama kata sendi yang menunjukkan arah seperti di, ke, dan dari. Contohnya:

di sini ke sana dari situ

(iii) Kata ganti nama tunjuk hal Kata ganti nama jenis ini menujukkan perkara atau hal tertentu. Kata-kata tersebut ialah begini (meunjukkan yang dekat), begitu (menunjukkan yang jauh), dan demikian (menunjukkan yang dekat dan yang jauh). Contohnya:

5. Jawapan saya begini. 6. Pandangan saya tentang dia begitu. 7. Kesudahan cerita itu demikian.

Kata Nama | 51

4.2.3.2 Kata ganti nama diri Kata ganti nama diri ialah kata yang dapat menggantikan sesuatu benda, perkara, atau manusia. Kata ganti nama diri terbahagi kepada dua, iaitu (i) kata ganti nama diri orang, dan (ii) kata ganti nama diri tanya.

(i) Kata ganti nama diri orang Kata ganti nama diri orang ialah jenis ganti nama yang merujuk kepada diri orang tertentu. Kata ganti nama diri orang dapat merujuk kepada diri sendiri, orang yang diajak berbicara, atau orang yang diperkatakan. Kata ganti nama diri orang boleh merujuk kepada jumlah tunggal atau jamak.

Kata ganti nama diri orang dapat dibahagikan kepada tiga golongan, iaitu kata orang pertama,

orang kedua, dan orang ketiga.

(a) Kata ganti nama diri orang pertama Kata ganti nama diri orang pertama merujuk kepada orang yang bercakap atau penutur, dan dalam tulisan ialah penulis. Kata ganti nama ini dapat merujuk kepada jumlah tunggal atau jumlah jamak. Contohnya:

Kata ganti nama diri orang pertama tunggal : saya aku beta hamba patik daku ku (dalam bentuk singkat)

Kata ganti nama diri orang pertama jamak : kami kita kami semua kita semua

(b) Kata ganti nama diri orang kedua Kata ganti nama diri orang kedua merujuk kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang diajak bercakap. Kata ganti nama diri orang kedua boleh dalam jumlah tunggal atau jamak bergantung pada konteks penggunaannya. Contohnya:

anda awak engkau dikau kamu kalian kau mu kamu semua anda semua awak semua

(c) Kata ganti nama diri orang ketiga Kata ganti nama diri orang ketiga merujuk kepada orang yang diperkatakan. Orang yang diperkatakan itu boleh hadir dalam peristiwa ujaran, atau dapat juga tidak hadir. Contohnya:

ia dia beliau mereka -nya

Kata Nama | 52

Mengapakah kata ganti nama ia tidak boleh digunakan selain manusia, manakala ianya dikatakan salah penggunaannya dalam pengajaran? Adakah anda bersetuju? Berikan komen anda.

(ii) Kata ganti nama diri tanya Kata ganti nama diri tanya merupakan kata yang merujuk kepada benda atau orang dalam bentuk tanya. Ada tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa, apa, dan mana.

siapa bagi menanyakan orang apa bagi menanyakan benda, binatang, keterangan tentang sesuatu atau

perkara mana untuk menanyakan semua benda, hal dan orang

Mengapakah kata tanya bila, mengapa, kenapa, mana, berapa dan bagaimana tidak tergolong dalam kata ganti nama diri tanya?

4.2.3.3 Kata ganti nama tak tentu Kata ganti nama tak tentu merujuk kepada kata ganti yang menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu. Kata ganti nama jenis ini wujud daripada kata tanya yang diulang. Kata tanya yang digandakan itu berubah fungsi daripada ciri pertanyaan kepada pernyataan. Contohnya:

siapa-siapa atau sesiapa digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu (1) Siapa-siapa yang berhajat boleh menderma. (2) Saya tidak menyebelahi sesiapa/siapa-siapa.

mana-mana digunakan untuk menggantikan nama tempat atau nama benda yang tidak tentu

(3) Saya tidak pergi ke mana-mana petang ini. (4) Pilihlah mana-mana yang berkenan.

apa-apa digunakan untuk mengganti nama benda atau hal yang tidak tentu (5) Di dalam almari itu tidak ada apa-apa. (6) Bapa tidak berkata apa-apa.

Kata Nama | 53

Perkataan yang dicondongkan dalam ayat yang berikut salah. Jelaskan sebab kesalahan dan pembetulannya. 1. Apa yang dikatahakannya itu dusta belaka. 2. Siapa yang tidak terlibat, bolehlah pulang sekarang. 3. Ambillah sebagai panduan mana yang baik.

4.3 Pembentukan Kata Nama Kata nama terdiri daripada empat bentuk, iaitu (1) kata nama tunggal, (2) kata nama terbitan, (3) kata nama majmuk, dan (4) kata nama ganda.

4.3.1 Kata Nama Tunggal Kata nama tunggal dapat wujud sendirian tanpa melalui proses pengimbuhan, penggandaan atau pemajmukan. Kata nama tunggal boleh dalam bentuk nama khas atau nama am. Contohnya:

Nama Am : pak, kita, buluh, desa, minggu, dia, adik, lautan, roh, kedamaian, perpisahan Nama Khas : Mastura, Selasa, Allahyarham, Tun, Perodua, Banting, Jalur Gemilang,

4.3.1.1 Kata nama tunggal jenis akronim Kata nama tunggal boleh juga dalam bentuk akronim, iaitu perkataan yang dihasilkan melalui percantuman bahagian-bahagian daripada serangkaian perkataan. Contohnya:

UPSI : Universiti Pendidikan Sultan Idris (cantuman huruf awal perkataan) Proton : Perusahaan Otomobil Nasional (cantuman sesedap sebutan) cerpen: cerita pendek (cantuman suku kata awal perkataan) purata: pukul rata (cantuman awal perkataan pertama dengan bahagian lain dalam

perkataan yang mengikutinya)

4.3.1.2 Kata nama tunggal sebagai penjodoh bilangan Kata nama tunggal boleh daripada penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan asalnya daripada kata nama yang mempunyai makna tertentu, tetapi digunakan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya. Contohnya:

Kata Nama | 54

dua pintu kedai lima orang pelajar dua tandan kelapa tiga bentuk cincin

Cuba anda senaraikan 10 perkataan kata nama tunggal daripada jenis kata akar, dan penjodoh bilangan. Contohnya:

pintu : pintu kereta (kata akar), sepuluh pintu kedai (penjodoh bilangan)

4.3.2 Kata Nama Terbitan Pembentukan kata nama dapat dilakukan dengan menambahkan imbuhan tertentu pada kata dasar. Imbuhan tersebut ialah awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

4.3.2.1 Awalan Kata Nama Awalan kata nama : pe-, peR- , peN-, ke-, juru- (Awalan ini ialah awalan kata nama asli bahasa Melayu).

1. Awalan pe- (I) Bentuk awalan pe- Awalan pe- mempunyai satu bentuk sahaja iaitu pe-. Awalan pe- apabila digandingkan dengan kata dasar tidak melibatkan apa-apa perubahan pada huruf yang menjadi pangkal kata dasar tersebut. Contohnya:

pe + tinju petinju pe + sara pesara pe + sakit pesakit pe + tugas petugas pe + warta pewarta pe + taruh petaruh

(II) Fungsi awalan pe- Awalan pe- berfungsi untuk membentuk kata nama. Awalan pe- boleh menerima kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Contohnya:

pe + kebun (KN) pekebun pe + suruh (KK) pesuruh pe + murah (KA) pemurah

Kata Nama | 55

(III) Makna awalan pe- (a) nama pekerjaan (profesion). Contohnya:

pekedai (orang yang berkedai) petinju (orang yang bertinju) petani (orang yang bertani)

(b) orang atau objek yang mengalami perbuatan kata dasar atau keadaan. Contohnya:

pesuruh (orang yang disuruh) pelatih (orang yang dilatih) petugas (orang yang ditugaskan)

Apakah perbezaan antara ayat (1) dengan ayat (2) dari segi imbuhan awalan dan maknanya? (1) Guru pelatih UPSI sedang mengikuti latihan mengajar. (2) Pelatih kuda itu sedang memberi kudanya makan.

2. Awalan peR- (I) Bentuk awalan pe- Awalan peR- mempunyai satu bentuk, iaitu per-. Bentuk ini tidak berubah walau apa-apapun huruf yang menjadi pangkal kata dasar. Contohnya:

peR + buru perburu peR + asap perasap peR + tapa pertapa peR + bara perbara

(II) Fungsi awalan peR- Awalan peR- berfungsi untuk membentuk kata nama. Awalan peR- boleh menerima kata dasar daripada golongan kata nama dan kata kerja. Contohnya:

per + asap (KN) perasap (KN) per + buru (KK) perburu (KN)

Kata Nama | 56

Awalan per- ada hubungannya dengan awalan ber- Contohnya:

ber.buru per.buru be.renang pe.renang bel.ajar pel.ajar ber.buru per.buru

(III) Makna awalan peR- (a) alat atau tempat. Contohnya:

perasap (tempat membakar kemenyan) perbara (tempat bara api)

(b) orang yang melakukan sesuatu kerja (orang yang ber-). Contohnya:

perburu (orang yang berburu) pertapa (orang yang bertapa) pertandang (orang yang bertandang)

3. Awalan peN- (I) Bentuk awalan peN- Awalan peN- mempunyai enam bentuk, iaitu pe-, pem-, pen-, peng-, peny- dan penge-. Perbezaan bentuk- bentuk awalan ini berlaku kerana jenis huruf pangkal kata dasar yang akan bercantum dengan awalan itu.

(i) Awalan peN- menjadi pe- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf l, m, n, ny, ng, r, w dan y. Contohnya:

peN + lawak pelawak peN + manis pemanis peN + naik penaik peN + nyanyi penyanyi peN + ngeri pengeri peN + reka pereka peN + wujud pewujud peN + yakin peyakin

Bentuk peN- menjadi pe- ini sering ditafsirkan sebagai awalan pe- kerana secara kebetulan awalan pe- dan peN- serupa. Sebenarnya, kedua-duanya berbeza. Bentuk awalan pe- tidak berubah apabila digabungkan dengan apa-apa juga huruf pertama pada kata dasar. Sebaliknya, awalan peN- menjadi pe-

Kata Nama | 57

disebabkan oleh huruf pertama konsonan pada kata dasar seperti di atas. Selain itu, makna bagi kedua- dua awalan ini juga berbeza.

Bandingkan kumpulan kata yang berikut. Yang manakah yang menerima awalan peR-? 1. petinju 2. perburu 3. peserta

peninju pemburu penyerta

(ii) Awalan peN- menjadi pem- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf b, f, p dan v. Contohnya:

peN + buka pembuka peN + fatwa pemfatwa peN + periksa pemeriksa peN + proses pemproses peN + veto pemveto peN + fikir pemfikir pemikir peN + pukul pempukul pemukul peN + pandu pempandu pemandu

Perhatikan bahawa bagi sesetengah kata terbitan, huruf p dan f digugurkan, dan ada pula dikekalkan. Huruf p dan f dikekalkan apabila kata dasar terdiri daripada kata pinjaman, atau gugus konsonan.

(iii) peN- menjadi pen- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf c, d, j, sy, t, dan z. Contohnya:

peN + cari pencari peN + datang pendatang peN + jodoh penjodoh peN + syarah pensyarah peN + tadbir pentadbir peN + ziarah penziarah peN + tulis pentulis penulis peN + tolong pentolong penolong

Huruf t di awal kata dasar digugurkan apabila kata dasar itu menerima awalan peN-. Namun, jika kata dasar itu terdiri daripada kata pinjaman, atau mengandungi tiga atau lebih suku kata, maka huruf t itu dikekalkan. Contohnya:

Kata Nama | 58

peN + tafsir pentafsir peN + terjemah penterjemah peN + transkripsi pentranskripsi

Walau bagaimanapun, kekecualian berlaku pada perkataan ternak yang membentuk penternak, bukan penernak.

(iv) peN- menjadi peng- apabila bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf k, g, h, kh, gh; dan kata dasar yang bermula dengan huruf vokal a, e, i, o dan u. Contohnya:

peN + kawal pengkawal pengawal peN + kayuh pengkayuh pengayuh peN + gulung penggulung peN + hubung penghubung peN + khianat pengkhianat peN + ghaib pengghaib peN + ampun pengampun peN + elok pengelok peN + ikut pengikut peN + olah pengolah peN + usik pengusik

Apabila peN bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf k, k itu digugurkan. Namun, huruf k akan dikekalkan dalam kata dasar daripada kata pinjaman. Contohnya:

peN + kritik pengkritik peN + kategori pengkategori peN + klasifikasi pengklasifikasi

Bagi kata dasar yang bermula dengan huruf h, h ada kalanya digugurkan dan dikekalkan. Contohnya:

peN + halang penghalang peN + hakis penghakis peN + hantar penghantar pengantar

Kata Nama | 59

(v) peN- menjadi penge- apabila bergabung dengan kata dasar yang mengandungi satu suku kata, baik perkataan Melayu ataupun perkataan pinjaman. Contohnya:

peN + cat pengecat peN + sah pengesah peN + tin pengetin

(vi) peN- menjadi peny- apabila bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf s, dan huruf s itu digugurkan. Contoh:

peN + salur penysalur penyalur peN + sakit penysakit penyakit peN + satu penysatu penyatu

(II) Fungsi awalan peN- Awalan peN- berfungsi untuk membentuk kata nama. Awalan peN- boleh menerima kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Contohnya:

peN + kedai (KN) pekedai (KN) peN + latih (KK) pelatih (KN) peN + besar (KA) pembesar (KN)

(III) Makna awalan peN- a. pelaku. Contohnya:

pelatih pemburu pengarah pencuri penari penulis

b. orang yang suka atau gemar akan sesuatu. Contohnya:

perokok peminum penagih

Kata Nama | 60

c. orang yang bertugas sebagai. Contohnya:

pengurus pensyarah penyanyi pesawah

d. alat untuk melakukan sesuatu. Contohnya:

penapis pembajak penyapu penggali

e. orang atau benda yang memiliki sifat kata dasar. Contohnya:

penyabar pemalu pengeras pendinding

f. abstrak. Contohnya:

pendapat penunjuk penawar pengeras

g. ukuran. Contohnya:

pemeluk penanak pelaung penggalah

Perkataan yang manakah yang menerima awalan peN- dan peR-? pengajar penyakit petanda pelajar pesakit penanda

4. Awalan ke- (I) Bentuk awalan ke- Awalan ke- mempunyai satu bentuk sahaja iaitu ke-. Awalan ke- apabila bergabung dengan kata dasar tidak melibatkan apa-apa perubahan huruf. Kata nama dengan awalan ke- tidak banyak. Contohnya:

Kata Nama | 61

ke + tua ketua ke + hendak kehendak ke + mudi kemudi ke + kasih kekasih

(II) Fungsi awalan ke- Awalan peN- berfungsi untuk membentuk kata nama. Contohnya:

ke + tua (KA) ketua (KN) ke + hendak (KT) kehendak (KN)

(III) Makna awalan ke- (a) orang atau benda yang di-. Contohnya:

ketua (orang yang dituai) kemudi (orang yang mengemudi) kekasih (orang yang dikasihi)

(b) abstrak. Contohnya:

kerangka kehendak kerawang

5. Awalan juru- (I) Bentuk awalan juru- Awalan juru- mempunyai satu bentuk sahaja, iaitu juru-. Awalan juru- apabila bergabung dengan kata dasar tidak melibatkan apa-apa perubahan huruf. Awalan juru- boleh bergabung dengan kata dasar, atau dengan kata akar. Contohnya:

juru + kata dasar:

juru + jual jurujual juru + bahasa jurubahasa

juru + kata akar: juru + mudi jurumudi juru + -tera jurutera

Kata Nama | 62

(II) Fungsi awalan juru- Awalan juru- berfungsi untuk membentuk kata nama. Awalan ini boleh bergabung dengan kata dasar daripada kata nama atau kata kerja. Contohnya:

juru + mesin (KN) jurumesin (KN) juru + acara (KN) juruacara (KN) juru + kira (KK) jurukira (KN) juru + terbang (KK) juruterbang (KN)

(III) Makna awalan juru- Awalan juru- membawa makna orang yang melakukan atau mengendalikan sesuatu. Contohnya:

jurubina (orang yang berkelayakan membina bangunan) juruacara (orang yang mengendalikan acara) jurutera (orang yang menjalankan sesuatu)

4.3.2.2 Akhiran Kata Nama Akhiran -an (i) Bentuk akhiran –an Akhiran –an boleh bergabung dengan kata dasar tanpa melibatkan perubahan bentuk atau huruf. Akhiran –an merupakan akhiran nama yang asli dalam bahasa Melayu. Contohnya:

duri + an durian bulan + an bulanan tampar + an tamparan manis + an manisan

(II) Fungsi akhiran -an Akhiran -an berfungsi untuk menerbitkan kata nama. Akhiran ini boleh bergabung dengan kata dasar daripada kata nama, kata kerja atau kata adjektif. Contohnya:

tahun (KN) + -an tahunan (KN) ajar (KK) + -an ajaran (KN) bulat (KA) + -an bulatan (KN)

Kata Nama | 63

(III) Makna akhiran -an (a) hasil daripada perbuatan. Contohnya:

ajaran tulisan kritikan jagaan

(b) kawasan yang luas atau tempat. Contohnya:

lautan daratan pinggiran luaran

(c) banyak atau kumpulan. Contohnya:

parutan rangkaian gugusan ratusan

(d) ukuran atau kiraan. Contohnya:

batuan harian mingguan elaan

(e) alat. Contohnya:

kisaran acuan saluran kukuran

(f) tempat melakukan sesuatu. Contohnya:

buaian kurungan sidaian gantungan

(h) sifat. Contohnya:

asinan manisan paduan kilauan

Senaraikan 5 perkataan daripada awalan peN- dan akhiran –an yang membawa maksud sifat. Kemukakan contoh anda dengan tidak mengambil contoh yang terdapat dalam modul ini.

Kata Nama | 64

4.3.2.3 Apitan Kata Nama Apitan kata nama : pe-...-an, peN-…-an, peR-…-an dan ke-…-an

1. Apitan pe-...-an (I) Bentuk apitan pe-...-an Apitan pe-...-an merupakan gabungan awalan pe- dengan akhiran –an, dan kedua-duanya hadir serentak dan dikira sebagai satu imbuhan. Apitan pe-...-an mempunyai satu bentuk sahaja, iaitu pe-...-an. Contohnya:

pe-...-an + dalam pedalaman pe-...-an + karangan pekarangan pe-...-an + periksa peperiksaan

(II) Fungsi apitan pe-...-an Apitan pe-...-an berfungsi untuk membentuk kata nama. Apitan pe-...-an boleh menerima kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Contohnya:

pe-...-an + tempat (KN) petempatan pe-...-an + periksa (KK) peperiksaan pe-...-an + dalam (KA) pedalaman

(III) Makna apitan pe-...-an (a) tempat atau kawasan yang khusus. Contohnya:

petempatan pesisiran pekarangan pedalaman

(b) hal keadaan yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya:

peperangan peperiksaan

2. Apitan peN-…-an (I) Bentuk apitan peN-…-an Apitan peN-…-an terdiri daripada peN-, dan –an. Bentuk awalan peN- sama seperti imbuhan awalan peN-, dan setiap bentuk ini bergantung pada huruf awal kata dasar yang diimbuhkan padanya. Bentuk –an pula

Kata Nama | 65

tidak berubah. Perkataan yang berapitan peN-…-an ada hubungan dengan perkataan berapitan meN-...- kan. Contohnya :

me.letak.kan pe.letak.an mem.bunuh pem.bunuh.an men.jaga pen.jagaan meng.awas.i peng.awas.an menge.bom penge.bom.an

Apitan peN-…-an terdiri daripada enam bentuk, iaitu pe-...-an, pem-…-an, pen-…-an, peng-…-an, peny-…-an dan penge-…-an.

(i) peN-…-an menjadi pe-…-an apabila bercantum dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ny, ng, r, l, w dan y. Contohnya:

peN-...-an + makan pemakanan peN-...-an + nama penamaan peN-...-an + nyala penyalaan peN-...-an + ngaum pengauman peN-...-an + rusuh perusuhan peN-...-an + lampir pelampiran peN-...-an + wujud pewujudan peN-...-an + yakin peyakinan

Kata tebitan yang manakah yang betul? penglihatan penglibatan perlaksanaan pelihatan pelibatan pelaksanaan

(ii) peN-…-an menjadi pem-…-an apabila bercantum dengan kata dasar yang bermula dengan huruf b, f, p dan v. Walau bagaimanapun, huruf p dan f dikekalkan apabila kata dasar terdiri daripada kata pinjaman, atau gugus konsonan. Contohnya:

Kata Nama | 66

peN-...-an + buka pembukaan peN-...-an + fatwa pemfatwaan peN-...-an + periksa pemeriksaan peN-…-an + veto pemvetoan peN-…-an + proses pemprosesan

(iii) peN-...-an menjadi pen-...-an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf c, d, j, sy, t, dan z. Contohnya:

peN-...-an + cuci pencucian peN-...-an + dapat pendapatan peN-...-an + judul penjudulan peN-...-an + syarikat pensyarikatan peN-...-an + tadbir pentadbiran peN-...-an + zalim penzaliman

Apakah sebabnya huruf t di awal kata dasar bagi perkataan yang berikut dikekalkan apabila menerima apitan peN-...-an?

pentafsiran penterjemahan pentranskripsian

(iv) peN-...-an menjadi peng-...-an apabila bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf k, g, h, kh, gh; dan kata dasar yang bermula dengan huruf vokal a, e, i, o dan u. Contohnya:

peN-...-an + kawal pengkawalan pengawalan peN-...-an + kayuh pengkayuh pengayuh peN-...-an + ganda penggandaan peN-...-an + hasut penghasutan peN-...-an + khusus pengkhususan peN-...-an + ghaib pengghaiban peN-...-an + elak pengelakan peN-...-an + intip pengintipan peN-...-an + olah pengolahan peN-...-an + ubah pengubahan

Kata Nama | 67

Apabila peN- ...-an bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf k, k itu digugurkan. Namun, huruf k akan dikekalkan jika kata dasar terdiri daripada kata pinjaman. Contohnya:

peN-...-an + kritik pengkritik peN-...-an + kategori pengkategori peN-...-an + klasifikasi pengklasifikasi

(v) peN-...-an menjadi peny-...-an apabila bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf s, dan huruf s itu digugurkan. Contoh:

peN-...-an + salur penyaluran peN-...-an + satu penyatuan peN-...-an + sampai penyampaian peN-...-an + siar penyiaran

(vi) peN-...-an menjadi penge-...-an apabila bergabung dengan kata dasar yang mengandungi satu suku kata. Contohnya:

peN-...-an + bom pengeboman peN-...-an + sah pengesahan peN-...-an + had pengehadan

(II) Fungsi apitan peN-...-an Apitan peN-...-an berfungsi untuk membentuk kata nama. Apitan peN-...-an boleh menerima kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Contohnya:

peN-...-an + pulau (KN) pemulauan (KN) peN-...-an + kaji (KK) pengajian (KN) peN-...-an + besar (KA) pembesaran (KN)

(III) Makna apitan peN-…-an (a) hasil sesuatu perbuatan. Contohnya :

pengakuan (hasil perbuatan mengakui) penyelesaian (hasil perbuatan menyelesaikan) pengumuman (hasil perbuatan mengumumkan)

Kata Nama | 68

(b) perbuatan yang dinyatakan oleh kata kerja berawalan meN-. Contohnya :

pendaftaran (perbuatan mendaftar) penyajian (perbuatan menyajikan) pelaksanaan (perbuatan melaksanakan)

(c) tempat. Contohnya:

penggantungan (tempat menggantung) penginapan (tempat menginap) pelabuhan (tempat melabuhkan)

Apakah perbezaan bagi pasangan perkataan yang berikut dari segi bentuk imbuhan dan maknanya?

penempatan dan petempatan perhatian dan pemerhaian

3. Apitan peR-…-an (I) Bentuk apitan peR-…-an Apitan peR-...-an mempunyai satu bentuk sahaja, iaitu peR-...-an. Apitan peR-...-an boleh bergabung dengan semua kata dasar kecuali pada kata dasar yang bermula dengan huruf r. Perkataan yang berapitan peR-...-an mempunyai kaitannya dengan perkataan yang berawalan ber-, be-, dan bel-. Contohnya:

ber.damai per.damaian ber.langgar per.langgaran be.kerja pe.kerjaan bel.ajar pel.ajaran

(II) Fungsi apitan peR-...-an Apitan peR-...-an berfungsi untuk membentuk kata nama. Apitan peR-...-an boleh menerima kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Contohnya:

Kata Nama | 69

peR-...-an + guru (KN) perguruan (KN) peR-...-an + pindah (KK) perpindahan (KN) peR-...-an + lengkap (KA) perlengkapan (KN) peR-...-an + ratus (KT) peratusan (KN) peR-...-an + antara (KT) perantaraan (KN)

(III) Makna apitan peR-…-an (a) tempat. Contohnya:

perkuburan (tempat menanam mayat) perkhemahan (tempat berkhemah) perguruan (tempat berguru)

(b) hasil perbuatan. Contohnya:

pertemuan (hasil bertemu) perjuangan (hal berjuang) perdagangan (hal berdagang)

(c) perbuatan yang dinyatakan oleh kata kerja. Contohnya:

perbualan (perbuatan berbual) pergaduhan (perbuatan bergaduh) perlawanan (perbuatan berlawan)

(d) hal yang berkaitan dengan kata dasar. Contohnya:

perikanan (hal yang berkaitan dengan ikan) perbukuan (hal yang berkaitan dengan buku) perkapalan (hal yang berkaitan dengan kapal)

Dalam proses pengimbuhan kata nama, sering berlaku kekeliruan antara apitan peR-…-an dengan peN-…-an. Kekeliruan ini dapat diatasi dengan mengetahui ciri yang membezakan apitan peR-…-an dengan peN-…-an. Kata nama terbitan yang menggunakan peR-…-an berasal daripada bentuk kata kerja yang menggunakan awalan beR-. Contohnya :

Kata Nama | 70

ber.pindah per.pindah.an ber.pisah per.pisah.an ber.temu per.temuan

Apitan peN-…-an pula berasal daripada bentuk kata kerja yang menggunakan awalan meN- atau apitan meN-…(-kan/-i). Contohnya:

me.mindah.kan pe.mindah.an me.misah.kan pe.misah.an me.nemu.kan pe.nemu.an

Apakah sebabnya kata dasar yang bermula dengan huruf /s/ pada kata terbitan yang berikut ada yang mengalami peluluhan, dan ada pula yang tidak mengalami peluluhan huruf /s/ kepada /ny/?

peN-...-an + senarai penyenaraian peR-..-an + saing persaingan peN-...-an + struktur penstrukturan

4. Apitan ke-…-an (I) Bentuk apitan ke-…-an Apitan ke-...-an dibentuk dengan mengimbuhkan awalan ke- dan akhiran –an pada kata dasar. Apitan ke- ...-an mempunyai satu bentuk sahaja, iaitu ke-...-an. Contohnya:

ke-…-an + hadir kehadiran ke-…-an + putus keputusan ke-…-an + bangsa kebangsaan

(II) Fungsi apitan ke-…-an Apitan ke-...-an berfungsi untuk membentuk kata nama. Apitan ke-...-an boleh menerima kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Contohnya:

ke-...-an + raja (KN) kerajaan (KN) ke-...-an + lahir (KK) kelahiran (KN) ke-...-an + besar (KA) kebesaran (KN) ke-...-an satu (KT) kesatuan (KN)

Kata Nama | 71

Apitan ke-...-an juga boleh menerima kata dasar daripada kata terbitan, dan biasanya kata terbitan itu berawalan ber- atau ter-. Contohnya:

ke-...-an + berangkat keberangkatan ke-...-an + berhasil keberhasilan ke-...-an + terbuka keterbukaan ke-...-an + terlibat keterlibatan

(III) Makna apitan ke-…-an (a) abstrak. Contohnya:

kebaikan kesibukan keindahan

(b) tempat. Contohnya:

kementerian (tempat menteri bertugas) kedutaan (tempat duta) kediaman (tempat tinggal)

(c) hal tentang sesuatu. Contohnya:

keagamaam (hal tentang agama) ketuhanan (hal tentang Tuhan) kerakyatan (hal tentang rakyat)

Apakah perbezaan bagi pasangan perkataan yang berikut dari segi bentuk imbuhan dan maknanya?

a. perdamaian dan kedamaian b. percintaan dan kecintaan

5. Sisipan Kata Nama (I) Bentuk sisipan kata nama Sisipan merupakan imbuhan yang diimbuhkan ke dalam bentuk dasar selepas konsonan pertama kata dasar. Ada tiga bentuk sisipan kata nama iaitu -el-, -er- dan –em-.

Kata Nama | 72

patuk pelatuk tunjuk kangkang

telunjuk kelangkang

sabut serabut suling gigi

seruling gerigi

tali temali kuncup kemuncup kuning kemuning

(i) Sisipan -el-. Contohnya: (ii)

Sisipan –er- Contohnya: (iii)

Sisipan –em-. Contohnya:

(II) Fungsi sisipan kata nama Semua sisipan kata nama membentuk kata nama terbitan. Sisipan ini boleh bergabung dengan kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Contohnya:

-el- + tapak (KN) telapak (KN) -el- + kupas (KK) kelupas (KN) -er- + patuk (KK) pelatuk KN) -em- + kuning (KA) kemuning (KN)

(III) Makna sisipan kata nama (a) sesuatu yang mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya:

kelangkang telunjuk gerigi seruling kemuning

(b) hasil. Contohnya:

kelemumur keruping kemuncup

Kata Nama | 73

4.3.3 Kata Nama Ganda (I) Bentuk Kata Nama Ganda Semua bentuk kata, sama ada tunggal, terbitan dan majmuk boleh digandakan untuk membentuk kata nama ganda. Ada empat jenis penggandaan yang boleh berlaku pada kata dasar nama, iaitu:

(i) penggandaan penuh (ii) penggandaan semu (iii) penggandaan separa (iv) penggandaan berentak

(i) Penggandaan penuh Penggandaan penuh melibatkan seluruh kata dasar nama diulang tanpa sebarang perubahan bentuk serta diberikan tanda sempang (-). Kata dasar yang digandakan itu boleh terdiri daripada kesemua jenis bentuk kata. (a) penggandaan kata nama tunggal. Contohnya:

rumah rumah-rumah debunga debunga-debunga menteri menteri-menteri buah buah-buahan

(b) penggandaan kata nama terbitan. Contohnya:

pelatih pelatih-pelatih tanaman tanaman-tanaman perusahaan perusahaan-perusahaan kementerian kementerian-kementerian

(c) penggandaa kata nama majmuk. Contohnya:

kapal terbang kapal-kapal terbang mata pelajaran mata-mata pelajaran bumiputera beumiputera-bumiputera setiausaha setiausaha-setiausaha

(ii) Penggandaan semu Penggandaan semu kata nama ialah bentuk kata ganda seperti kata ganda penuh tetapi apabila kata dasarnya dipisahkan dengan kata ulang, kata dasar itu tidak memberikan sesuatu makna khusus. Contohnya:

Kata Nama | 74

labi labi-labi kanak kanak-kanak labah labah-labah kisi kisi-kisi

(iii) Penggandaan separa Penggandaan separa kata nama melibatkan pengulangan suku kata pertama pada kata dasar. Bunyi-bunyi vokal pada suku kata pertama perkataan berubah menjadi vokal e pepet. Contohnya:

laki lalaki lelaki jentik jenjentik jejentik siku sisiku sesiku pohon popohon pepohon

(iii) Penggandaan berentak Penggandaan berentak kata nama ialah proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Dalam penggandaan jenis ini, seluruh kata dasar digandakan manakala bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Terdapat tiga jenis penggandaan berentak kata nama, iaitu: (a) penggandaan berentak penggulangan vokal. Contohnya:

saki saki-baki karut karut-marut kuih kuih-muih

(b) penggandaan berentak pengulangan konsonan. Contohnya:

asal asal-usul tanah tanah-tanih gunung gunung-ganang

(c) penggandaan berentak bebas. Contohnya:

rumput rumput-rampai anak anak-pinak semak semak-samun

Kata Nama | 75

(II) Fungsi Kata Nama Ganda Penggandaan terhadap kata nama menerbitkan kata nama. Hanya penggandaan penuh boleh berlaku

pada semua kata nama. Jenis penggandaan yang lain hanya berlaku pada kata-kata tertentu sahaja.

(III) Makna Kata Nama Ganda (a) jamak/banyak. Contohnya:

akar akar-akar cucu cucu-cicit saudara saudara-mara bawang bebawang

(b) kepelbagaian jenis. Contohnya:

sayur sayur-mayur lauk lauk-pauk anak anak-pinak kuih kuih-muih

(c) kesamaan/keserupaan. Contohnya:

jari jari-jemari orang orang-orang orang orang-orang siku sesiku

(d) tak tentu. Contohnya:

apa apa-apa bila bila-bila mana mana-mana siapa siapa-siapa

(e) nama haiwan. Contohnya:

kura kura-kura labi labi-labi rama rama-rama kupu kupu-kupu

Dari aspek pengajaran, jika kata ganda seluruh yang terdiri daripada kata nama itu sudah membawa makna jamak, maka kata bilangan tidak diperlukan. Contohnya:

Kata Nama | 76

(1a) *Lima ekor itik-itik berenang di dalam tasik itu. (1b) Lima ekor itik berenang di dalam tasik itu. (2a) *Semua peserta-peserta sudah mendaftar. (2b) Semua peserta sudah mendaftar.

Kata ganda seluruh yang membawa makna tunggal akan kekal penggandaannya walaupun disertai dengan kata bilangan untuk menyatakan jamak. Contohnya:

(3a) Lima ekor kura-kura di tepi parit itu. (3b) *Lima ekor kura di tepi parit itu. (4a) Enam orang kanak-kanak sedang bermain. (4b) *Enam orang kanak sedang bermain.

Apakah jenis dan makna kata ganda yang berikut? a. kekuda c. kepupu b. bebudak d. tali-temali

4.3.4 Kata Nama Majmuk Kata nama majmuk terhasil daipada gabungan dua atau lebih kata dasar bagi membentuk kata nama lain yang berfungsi sebagai satu perkataan baharu dengan makna tertentu.

(I) Bentuk Kata Nama Majmuk Bentuk kata nama majmuk boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu bentuk yang ditulis terpisah, dan bentuk yang telah mantap. Bentuk kata majmuk yang ditulis terpisah ialah kata majmuk yang dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Contohnya:

balai raya cakar ayam graf terarah Setiausaha Sulit Menteri Besar segi empat tepat

Bentuk kata majmuk yang telah mantap ialah kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap sebagai satu perkataan yang utuh, yang dieja sebagai satu perkataan. Contohnya:

Kata Nama | 77

matahari pesuruhjaya bumiputera suruhanjaya antarabangsa kakitangan

Dari segi jenis, kata nama majmuk boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu: (a) kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas. Contohnya:

sapu tangan tengah hari kapal terbang padang tembak Menteri Besar Setiausaha Politik

(a) kata majmuk yang berbentuk istilah khusus. Contohnya:

garis pusat atur cara lut sinar mata pelajaran telefon dail terus kertas kerja

(c) kata majmuk yang membawa maksud simpulan bahasa. Contohnya:

anak emas kaki bangku buku lima duit kopi ringan tulang lipas kudung

(II) Fungsi Kata Nama Majmuk Proses pemajmukan ini boleh membentuk kata nama majmuk yang berfungsi sebagai satu perkataan.

Dengan merujuk kepada Tatabahasa Dewan (2008), senaraikan kata nama majmuk yang ditulis bercantum.

KATA KUNCI

1. kata nama 5. kata nama majmuk 2. kata nama tunggal 6. kata ganti nama 3. kata nama terbitan 4. kata nama ganda

Kata Nama | 78

PENILAIAN KENDIRI

1. Tuliskan KN bagi perkataan yang tergolong sebagai kata nama. a. kurun ( ) f. kearaban ( ) b. perpaduan ( ) g. sepandai ( ) c. biji ( ) h. tawaran ( ) d. hitam ( ) i. warna ( ) e. keindahan ( ) j. mahasiswa ( )

Kata ganti nama

kata ganti nama diri X kata ganti nama tak tentu

Y kata ganti nama tanya

Apakah kata ganti nama pada X dan Y? Berikan contoh perkataan bagi kedua-duanya.

3. Tandakan (√) pada kata nama terbitan yang betul: a. kebaikkan ( ) kebaikan ( ) b. pelibatan ( ) penglibatan ( ) c. perlantikan ( ) pelantikan ( ) d. penglipur lara ( ) pelipur lara ( ) e. penerjemahan ( ) penterjemahan ( ) f. pengebumian ( ) pengkebumian ( )

4. Apakah perbezaan antara kata ganti nama diri tanya dengan kata tanya?

5. Berikan dua contoh bagi menunjukkan akhiran –an menerbitkan kata nama konkrit manakala apitan ke-...-an menerbitkan kata nama abstrak.

6. Apitan peN-...-an mempunyai hubungan dengan apitan meN-...-kan. Tukarkan ayat yang mengandungi apitan meN-...-kan kepada ayat yang menggunakan apitan peN-...-an. Contohnya:

Kerajaan Jepun mula mendaratkan tentera di Kota Bharu. Pendaratan tentera Jepun bermula di Kota Bharu.

Kata Nama | 79

a. Kerajaan belum melaksanakan projek itu sejak dulu. b. Lelaki itu sanggup memisahkan ibu dan anaknya setelah mereka bercerai. c. Pekerja-pekerja mendalamkan dasar sungai itu untuk mengelakkan banjir.

7.

Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang diwajibkan ke atas orang-orang Islam yang cukup syaratnya. Pada dasarnya, zakat merupakan ibadat yang berbentuk harta benda. Antara harta yang wajib dikeluarkan zakat termasuklah wang ringgit, binatang-binatang ternakan, dan hasil-hasil tanaman seperti buah-buahan dan biji-bijian. Ibadat ini telah mewujudkan sikap bantu-membantu dalam masyarakat.

Kenal pasti setiap kata nama ganda yang terdapat di dalam petikan di atas. Kemudian, kelompokkan kata ganda itu mengikut jenisnya.

RUJUKAN

Abdullah Hassan. (2006). Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Ahmad Khair Mohd Nor. (2007). Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Asraf.(1989). Petunjuk Bahasa Malaysia Baku KBSM. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Asmah Hj. Omar. (2009). Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur : Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raminah Hj. Sabran, Ahmad Khair Mohd Nor, Ton Ibrahim dan Nawi Ismail. (2009). Tatabahasa Asas. Kuala Lumpur: Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia.

Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor. (2008). Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors.

Kata Nama | 80

Kata Kerja | 81

UNIT 5 KATA KERJA

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit, anda diharapkan dapat:

1. mengenal pasti golongan kata kerja 2. mengkategorikan kata kerja mengikut jenis 3. menyenaraikan imbuhan kata kerja dan proses morfofonem kata kerja 4. menggunakan kata kerja dengan betul mengikut konteks

5.0 Pengertian Kata Kerja Dari segi semantik, kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu. Kata kerja oleh Nik Safiah Karim et al. (2008) ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Contohnya:

(1) Anis tidur. (2) Bom itu meletup. (3) Munirah sedang membaca buku. (4) Pesawat itu mendarat di landasan.

Daripada ayat contoh tersebut, perkataan yang dicondongkan ialah kata kerja kerana menunjukkan perbuatan. Selain itu, perkataan tersebut menjadi kata inti dalam frasa kerja yang menjadi predikat.

Ada dua makna yang dimiliki oleh kata kerja, iaitu kata kerja perbuatan dan kata kerja keadaan.

Kata kerja perbuatan ialah kata kerja yang jelas menunjukkan perbuatan, aksi atau tindakan fizikal. Manakala, kata kerja keadaan ialah kata kerja yang tidak menampakkan secara jelas akan sesuatu perbuatan itu dilakukan, dan tidak menunjukkan adanya gerak perbuatan. Contohnya:

(5) Muhammad membuat kerja itu. (kata kerja perbuatan) (6) Kanak-kanak bermain bola. (kata kerja perbuatan) (7) Cawan itu pecah. (kata kerja keadaan) (8) Lelaki itu sudah mati. (kata kerja keadaan)

Kata Kerja | 82

Senaraikan kata kerja perbuatan dengan kata kerja keadaan daripada perkataan yang berikut:

sakit hinggap sembuh terdiri berbaju baring bersolek terambil bercakap memiliki

5.1 Ciri-ciri Kata Kerja (i) kata kerja dapat disertai oleh kata bantu di depannya. Antara contoh kata bantu ialah sudah, masih, telah, belum, masih.Contohnya:

sudah lupa telah bertaburan belum menjadi masih diperhatikan

(ii) kata kerja dapat dijadikan perintah. Contohnya:

Diam! Buatkan! Perbesarkan! Tunjukkan!

(ii) Kata kerja dapat dinafikan dengan kata nafi tidak. Contohnya :

tidak makan tidak belajar tidak menjadi tidak terkatakan

5.2 Penggolongan Kata Kerja Kata kerja dalam bahasa Melayu dapat digolongkan kepada dua golongan, iaitu:

(1) kata kerja aktif (2) kata kerja pasif

Kata kerja aktif ialah kata kerja yang hadir dalam ayat aktif. Kata kerja pasif ialah kata kerja hasil daripada perubahan ayat aktif kepada ayat pasif. Penggolongan kata kerja dapat digambarkan seperti rajah yang berikut:

Kata Kerja | 83

tanpa pelengkap kata kerja aktif taktransitif berpelengkap

kata kerja aktif berpenerang

Kata kerja kata kerja aktif transitif

Kata kerja pasif

5.3 Kata Kerja Aktif 5.3.1 Kata Kerja Aktif Tak Transitif Kata kerja aktif tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut selepasnya. Kebanyakan kata kerja aktif tak transitif dapat berdiri sendiri dalam binaan ayat. Contohnya:

(9) Air sungai naik.. (10) Dia sedang bekerja. (11) Rumah itu terbakar.

Terdapat tiga jenis kata kerja aktif tak transitif, iaitu: (i) kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap

(ii) kata kerja aktif tak transitif berpelengkap (iii) kata kerja aktif tak transitif berpenerang

(i) Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek, dan ayat yang terhasil mengandungi makna yang lengkap. Kata kerja jenis ini dapat berdiri sendiri dalam predikat ayat. Contohnya:

(12) Abang sudah balik. (13) Dialah tempat saya merujuk. (14) Pokok kelapa itu bergoyang. (15) Ayah bersembahyang.

Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap boleh diperluas dengan keterangan . Keterangan ialah unsur tambahan dalam ayat yang berfungsi untuk memberikan maklumat tambahan. Contohnya:

(16) Abang sudah balik dari kerja. (17) Dialah tempat saya merujuk tentang bahasa. (18) Pokok kelapa itu bergoyang dengan kuat. (19) Ayah bersembahyang di surau.

Kata Kerja | 84

Apakah jenis kata kerja dalam ayat-ayat yang berikut:

(1) Padi Pak Mat tahun ini menjadi. (2) Maisarah akan menjadi guru. (3) Kereta baharu Yusof bernilai RM200,000. (4) Idea yang disumbangkannya itu bernilai.

(ii) Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap merupakan kata kerja yang memerlukan pelengkap selepasnya untuk menyempurnakan maksud ayat. Tanpa pelengkap seperti ayat (23) hingga (25), ayat itu tidak mempunyai makna yang sempurna. Contohnya:

(20) *Petani itu bertanam. (20a) Petani itu bertanam jagung. (21) *Pelajar-pelajar tidak boleh berbuat. (21a) Pelajar-pelajar tidak boleh berbuat jahat. (22a) *Puan Noni berada. (22a) Puan Noni berada di Seremban.

Ayat yang mengandungi pelengkap juga tidak dapat dijadikan ayat pasif. Contohnya:

(23) Muniandy ada wang. (23a) *Wang diada oleh Muniandy. (24) Afendi menjadi guru. (24a) *Guru dijadi oleh Afendi.

Unsur-unsur yang menjadi pelengkap boleh terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan frasa sendi nama. (a) Kata nama sebagai pelengkap. Contohnya:

(25) Abang beristerikan orang Johor. (26) Kedua-dua pengantin itu berbimbingan tangan. (27) Perangainya memeningkan kepala.

Kata Kerja | 85

(b) Kata adjektif sebagai pelengkap. Contohnya:

(28) Lelaki itu bertubuh sasa. (29) Penyakit nenek beransur pulih. (30) Suasana menjadi genting.

(c) Frasa sendi nama sebagai pelengkap. Contohnya:

(31) Cikgu Karim tinggal di rumah itu. (32) Kakak Lim bermastautin ke Australia. (33) Pelajar-pelajar berada di padang.

Pada pendapat anda, apakah fungsi kata kerja yang dicondongkan dalam ayat yang berikut? Berikan alasan anda.

(1) Abang sudah mulai bekerja. (2) Pelajar itu didapati merokok. (3) Kanak-kanak itu pergi mengaji.

(iii) Kata kerja aktif tak transitif berpenerang Kata kerja aktif tak transitif berpenerang terdiri daripada kata kerja aktif tak transitif diikuti oleh kata nama. Kata nama yang mengikuti kata kerja aktif tak transitif itu bukanlah pelengkap kerana unsur penerang tersebut boleh ditiadakan, dan ayat yang terhasil tetap sempurna. Contohnya:

(34) Pak Samad bersawah padi. (35) Ismail berkereta Waja. (36) Mereka berjalan kaki ke situ.

Apakah perbezaan antara kata kerja aktif tak transitif berpelengkap dengan kata kerja tak transitif berpenerang?

Kata Kerja | 86

5.3.2 Kata Kerja Aktif Transitif Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek selepasnya dalam ayat aktif. Objek terdiri daripada frasa nama. Tanpa objek, ayat yang terhasil tidak lengkap. Contohnya:

(37) Ali sedang memukul ular. (37a) *Ali sedang memukul. (38) Negara itu mengeksport getah. (38a) *Negara itu mengeksport.

Selain itu, ayat yang mengandungi objek bagi kata kerja transitif boleh mengalami proses pasif. Contohnya:

(39) Murid sedang membaca buku. (39a) Buku sedang dibaca oleh murid-murid. (40) Adik mengayuh basikal. (40a) Basikal dikayuh oleh adik.

Kata kerja yang mempunyai frasa nama sebagai objek boleh terdiri daripada dua jenis, iaitu kata kerja dengan satu objek dan kata kerja dengan dua objek. (i) kata kerja dengan satu objek. Contohnya:

(41) Kita menentukan nasib kita. (42) Pelajar-pelajar menyiapkan tugasan itu. (43) Pemburu menembak harimau.

(ii) kata dengan dua objek. Frasa nama sebagai dua objek hadir selepas kata kerja transitif. Objek yang menjadi penyambut langsung selepas kata kerja ialah objek tepat (OT). Objek yang tidak menjadi penyambut langsung kepada kata kerja dan hadir di selepas objek tepat ialah objek sipi (OS). Contohnya:

(43) Kamal mencarikan adiknya pekerjaan.

OT OS

(44) Ibu menghidangi tetamu sepinggan kuih. OT OS

Kata Kerja | 87

Apakah jenis kata kerja bagi ayat yang beriku? (1) Salim tersepak akan Zainal. (2) Kanak-kanak itu tertelan biji saga. (3) Lori itu terlanggar tembok. (4) Tembok itu terlanggar oleh lori.

5.4 Kata kerja pasif Kata kerja transitif pasif berfungsi dalam ayat pasif melalui proses perubahan ayat aktif kepada ayat pasif. Kata kerja pasif digunakan dalam ayat yang menunjukkan subjek ayat “dikenai.” Contohnya:

(45 Suzana menjahit baju. (45a) Baju dijahit oleh Hazirah. (46) Aiman mencampakkan kotak itu. (46a) Kotak itu dicampakkan oleh Hazim.

Sementara itu, kata kerja pasif juga boleh berawalan ber-, ter-, di-…-kan, di-…-i, ke-…-an, ter-…- kan, ter-…-i, dan penanda pasif kena. Contohnya:

(47) Bangkai itu ditutup dengan kertas. (48) Baju itu belum berbasuh. (49) Pintu itu masih terbuka. (50) Dia tidak dibenarkan pergi. (51) Persembahan tarian diikuti oleh persembahan nyanyian. (52) Pelajar itu kepanasan di padang sekolah (53) Indahnya pantai itu tidak tergambarkan oleh sesiapa pun. (54) Hajatnya tidak terpenuhi oleh kami. (55) Mereka kena tangkap oleh polis.

Ayat yang manakah yang mengandungi kata kerja pasif? Berikan alasan anda. (1) Nasi sudah bertanak. (2) Kakak sedang berjalan kaki. (3) Janggut ayah belum bercukur. (4) Ayah belum bercukur.

Kata Kerja | 88

5.5 Pembentukan Kata Kerja Kata kerja terdiri daripada empat bentuk, iaitu:

i. kata kerja tunggal ii. kata kerja terbitan iii. kata kerja majmuk iv. kata kerja ganda

5.6 Kata Kerja Tunggal Kata kerja tunggal ialah kata kerja yang tidak berimbuhan. Kata kerja tunggal dapat berdiri sendiri dengan makna sepenuhnya untuk bertugas sebagai predikat dalam ayat. Contohnya:

tidur lahir pulang gugur hidup gagal hancur rebah terbang datang balik patah

Kata kerja tunggal boleh juga berbentuk akronim. Antaranya ialah berdikari, hakis, pulihara dan ubahsuai.

5.7 Kata Kerja Terbitan Kata kerja terbitan boleh terdiri daripada awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

5.7.1 Awalan Kata Kerja Awalan yang membentuk kata kerja terbitan ialah beR-, teR-, meN-, di-, mempeR-, dipeR-.

1. Awalan beR- (I) Bentuk awalan beR- Awalan beR- mempunyai dua bentuk bergantung pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya, iaitu ber- dan be-.

berburu berasap bertapa berjiran berenang belajar berangkai belunjur

(i) Awalan beR- menjadi ber- jika bercantum dengan semua kata dasar, kecuali dengan perkataan yang huruf pertamanya ialah r. Contohnya:

Kata Kerja | 89

beR + angkat berangkat beR + ekor berekor beR + buka berbuka beR + guna berguna beR + cermin becermin beR + hujah berhujah

Walau bagaimanapun, ada tiga perkataan yang dikecualikan daripada peraturan di atas, iaitu bekerja, belunjur dan belajar.

(ii) Awalan beR- menjadi be- apabila bercantum dengan semua kata dasar yang bermula dengan huruf r. Contohnya:

beR + runding berunding beR+ rantai berantai beR + ramai beramai

(II) Fungsi awalan beR- Awalan beR- berfungsi untuk membentuk kata kerja. Awalan beR- boleh menerima kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Contohnya:

beR + kebun (KN) berkebun (KK) beR + suruh (KK) bersuruh (KK) beR + murah (KA) bemurah (KK) beR + oleh (KT) beroleh (KK)

Selain itu, awalan beR- membentuk kata kerja aktif tak transitif. Kata kerja yang dibentuk dengan awalan beR- boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif tanpa pelengkap seperti (64)- (65), atau kata kerja tak transitif berpelengkap seperti (66) – (67). Contohnya:

(56) Lelaki itu berwang. (57) Askar-askar sedang berjuang di medan perang. (58) Kesihatan bapa beransur pulih. (59) Kekayaannya bernilai puluhan juta ringgit.

Kata Kerja | 90

(III) Makna awalan beR- Awalan beR- membawa pengertian: (a) mempunyai. Contohnya:

beratap, beristeri, bersuara,

(b) menggunakan, Contohnya:

berbasikal, berbedak, berkeretapi

(c) mengeluarkan. Contohnya:

bertelur, bersuara, berbunyi, beranak

(d) memakai sesuatu. Contohnya:

berbaju, berkasut, berseluar

(e) ada sesuatu seperti pada kata dasar. Contohnya:

berbahaya ‘ada bahayanya’ berwarna ‘ada warnanya’

(f) melakukan perbuatan pada diri sendiri (refleksif). Contohnya:

bercukur, berdandan, berjemur

(k) pasif seperti awalan di-.Contohnya:

tidak berjahit = tidak dijahit sudah berlipat = sudah dilipat belum berbasuh = belum dibasuh

Bandingkan kata kerja berawalan beR- dalam ayat yang berikut. Apakah jenis dan makna bagi kata kerja tersebut?

(1) Baju belum berbasuh. (2) Abang berbaju Melayu.

Kata Kerja | 91

(3) Makanan sudah berhidang. (4) Kamil berkereta Waja ke pejabat.

2. Awalan teR- (I) Bentuk awalan teR- Awalan teR- mempunyai dua bentuk, iaitu ter- dan te-. Awalan teR- menjadi ter- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan semua huruf, kecuali dengan kata dasar yang bermula dengan hruf r. Contohnya:

terduduk terambil tersepak terbuku terpakai terdiam tercari terserlah

Awalan teR- menjadi te- di depan kata dasar yang bermula dengan huruf r. Contohnya:

terancang terasa terawat teringkas terentang terendam

(II) Fungsi awalan teR- Awalam teR- dapat digabungkan dengan kata dasar daripada kata nama dan kata kerja. Contohnya:

teR + nama (KN) ternama (KK) teR + cabut (KK) tercabut (KK) teR + gunting (KN) tergunting (KK) teR + bawa (KK) terbawa (KK)

Kata kerja yang terbentuk daripada awlan teR- terdiri daripada dua jenis, iaitu: (i) kata kerja aktif (ii) kata kerja pasif

(i) kata kerja aktif Ada dua jenis kata kerja aktif yang terbentuk daripada awalan teR-, iaitu kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif tidak memerlukan objek selepasnya. Kata kerja tak transitif boleh tanpa pelengkap (76), atau dengan pelengkap (77-78). Contohnya:

(60) Pintu itu terbuka. (61) Pesakit itu terlantar di katil. (62) Kanak-kanak itu terjatuh dari buaian.

Kata Kerja | 92

Kata kerja yang berawalan teR- yang membentuk kata kerja transitif memerlukan objek. Contohnya:

(63) Mei Lin terambil buku Kumari. (kata kerja transitif) (64) Kami terlihat budak itu di bandar. (kata kerja transitif) (65) Amir tersepak batu. (kata kerja transitif)

(ii) kata kerja pasif Awalan teR- yang membentuk kata kerja pasif hadir dalam ayat pasif, dan memerlukan kata sendi oleh selepas kata kerja pasif berawalan teR-. Contohnya:

(66) Tembok itu terlanggar oleh lori. (67) Bangunan itu terbina oleh pekerja Indonesia. (68) Meja itu tidak terangkat oleh Hanif.

(II) Makna awalan teR- Awalan teR- membawa pengertian: (a) tidak sengaja

Makna tidak sengaja ini boleh menggunakan kata kerja aktif dan kata kerja pasif. Bagi membezakannya, kata sendi oleh perlu diletakkan selepas kata kerja pasif. Contohnya:

(69) Anas terpijak ekor kucing itu. (70) Ekor kucing terpijak oleh Anas. (71) Bapa terbeli mangga muda. (72) Mangga muda terbeli oleh bapa.

(b) keadaan tersedia. Contohnya:

terasing (sudah diasingkan) terdapat (sudah didapati) terbukti (sudah dibuktikan)

(c) keupayaan. Contohnya:

terangkat (dapat diangkat) tertanggung (dapat ditanggung) tercapai (dapat dicapai)

Kata Kerja | 93

Apakah jenis kata kerja yang berawalan teR- dalam ayat yang berikut? Berikan alasan anda. (i) Petani itu tersandar di bawah pokok. (ii) Abang tidak terbeli kereta mewah itu. (iii) Adik terduduk seketika setelah dimarahi guru. (iv) Saya tersenyum sendirian apabila mengingati kisah itu.

3. Awalan meN- (I) Bentuk awalan meN- Awalan meN- mempunyai enam bentuk, iaitu me-, mem-, men-, peng-, meny- dan menge-. Perbezaan bentuk-bentuk awalan ini berlaku kerana jenis huruf pertama pada kata dasar yang menerima awalan meN- tersebut.

(i) Awalan meN- menjadi me- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ny, ng, r, l, w dan y. Contohnya:

meN + minum peminum meN + naik menaik meN + nyanyi menyanyi meN + nganga menganga meN + reka mereka meN + langkah melangkah meN + wangi mewangi meN + yakin meyakinkan

(ii) Awalan meN- menjadi mem- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf b, dan perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf f, p dan v. Contohnya:

meN + buka membuka meN+fatwa memfatwa meN + proses pemproses peN + veto pemveto

Kata Kerja | 94

Bagi sesetengah kata terbitan, huruf p dan f digugurkan. Contohnya:

meN + fikir memfikir memikir meN + periksa memperiksa memeriksa meN + pukul mempukul memukul meN + pandu mempandu memandu

Huruf p dan f biasanya dikekalkan apabila kata dasar erdiri daripada kata pinjaman, atau gugus konsonan. Contohnya:

mempamerkan (pamer ialah kata pinjaman) memfitnah (fitnah ialah kata pinjaman) memproses (proses mengandungi gugus konsonan dan kata pinjaman)

Terdapat beberapa perkataan yang bermula dengan huruf p yang menerima awalan mem- dan dianggap sebagai kekecualian, seperti mempedulikan, mempercayai, dan mempersoalkan. Menurut Asmah Hj. Omar (2009:57), huruf p pada kata dasar yang menerima awalan mem- tidak digugurkan disebabkan analogi palsu, yakni dengan menganggap bahawa suku kata pertama kata dasar terdiri daripada awalan. Oleh itu, timbul usaha untuk mempertahankan awalan itu.

(iii) meN- menjadi men- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf c, d, j, sy, t,

dan z. Biasanya konsonan t akan gugur. Contohnya:

meN + cari mencari meN + datang mendatang meN + jahit menjahit meN + syukuri mensyukuri meN + tulis mentulis menulis meN + tolong mentolong menolong meN + zalimi menzalimi

Jika kata dasar itu terdiri daripada kata pinjaman, atau mengandungi tiga atau lebih suku kata, atau gugus konsonan, maka huruf t itu dikekalkan. Contohnya:

meN + tafsir mentafsir meN + transkripsi mentranskripsi meN + terjemah penterjemah menN + tertawakan mentertawakan

Kata Kerja | 95

Kekecualian berlaku pada perkataan ternak yang membentuk penternak, bukan penernak.. Ini berlaku mungkin sebagai analogi palsu dengan menanggap bahawa suku kata yang pertama terdiri daripada awalan.

(iv) meN- menjadi meng- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan konsonan k, g, h, kh, gh; dan kata dasar yang bermula dengan huruf vokal a, e, i, o dan u. Contohnya:

meN + kawal mengkawal mengawal meN + kayuh mengkayuh mengayuh meN + gali menggali meN + hantar menghantar meN + khianati mengkhianati meN + ghaibkan mengghaibkan meN + angkut mengangkut meN + elak mengelak meN + ikut mengikut meN + olah mengolah

Apabila meN-bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf k, k itu digugurkan. Namun, huruf k akan dikekalkan dalam kata dasar daripada kata pinjaman. Contohnya:

meN + kritik mengkritik meN + kanunkan mengkanunkan meN + klasifikasikan mengklasifikasikan

(v) meN- menjadi menge- apabila bergabung dengan kata dasar yang mengandungi satu suku kata, baik perkataan Melayu ataupun perkataan pinjaman. Contohnya:

meN + cat mengecat meN + lap mengelap meN + khaskan mengekhaskan meN + syaki mengesyaki meN + syorkan mengesyorkan

Kata Kerja | 96

(vi) meN- menjadi meny- apabila bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf s, dan huruf s itu digugurkan. Contoh:

meN + sapu menysapu menyapu meN + satu menysatu menyatu meN + sumpah menysumpah menyumpah

(II) Fungsi Awalan meN- Awalan meN-…ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif. Awalan meN- boleh digabungkan dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Contohnya:

meN + langit (KN) melangit (KK) meN + suruh (KK) menyuruh (KK) meN + putih (KA) memutih (KK)

Awalan meN- yang bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata kerja dapat menerbitkan kata kerja aktif tak transitif, seperti menaik, menangis, memutih, menurun, melangkah; dan kata kerja aktif transitif seperti menulis, membeli,menendang, memakai, menolak, menjual.

(III) Makna awalan meN- (a) melakukan perbuatan. Contohnya:

membaca (melakukan perbuatan membaca) menjaga (melakukan perbuatan menjaga) menendang (melakukan perbuatan menendang)

(b) menjadi. Contohnya:

memucat (menjadi pucat) membesar (menjadi besar) memanjang (menjadi panjang)

(c) menggunakan sebagai alat. Contohnya:

mengapak (menggunakan kapak sebagai alat) menggunting (menggunakan gunting sebagai alat) menjala (menggunakan jala sebagai alat)

Kata Kerja | 97

(d) menuju. Contohnya:

mengutara (menuju ke utara) mendarat (menuju ke darat) menyeberang (menuju ke seberang)

(e) mengeluarkan bunyi. Contohnya:

mengaduh (menggeluarkan bunyi ”aduh”) mengaum (menggeluarkan bunyi ”aum”) mengembet (menggeluarkan bunyi ”embek”)

(f) mengenakan/memasang. Contohnya:

mengalas (menggenakan alas) memagar (memasang pagar) mencelak (menggenakan celak)

Apakah jenis kata kerja makna kata kerja bagi perkataan yang menerima awalan meN- dalam Ayat yang berikut?

(1) Perbincangan mereka telah melencong daripada agenda asal. (2) Anis memakai baju yang berwarna merah. (3) Pelajar itu meloncat tinggi kerana gembira. (4) Padi di sawah mula menguning.

4. Awalan di- (I) Bentuk awalan di- Awalan di- mempunyai satu bentuk, iaitu di- . Awalan ini tidak berubah walaupun bertemu dengan apa- apa juag huruf yang menjadi huruf pangkal kata dasar. Contohnya:

di- + ambil diambil di- + culik diculik di + olah diolah di-+ tendang ditendang di- + buang dibuang di- duga diduga di- + sapu disapu di- + pukul dipukul

Kata Kerja | 98

(II) Fungsi awalan di- Awalan di- membentuk kata kerja pasif. Awalan di- terbentuk apabila kata kerja yang berawalan meN- dipasifkan dengan menggantikan awalan meN- dengan awalan di-. Awalan di- dapat bergabung dengan kata dasar daripada kata nama dan kata kerja. Contohnya:

di- + ketam (KN) diketam (KK) di- + gulai (KN) digulai (KK) di- + ajar (KK) diajar (KK) di- + tendang (KK) ditendang (KK)

(III) Makna awalan di- Awalan di- menyatakan makna perbuatan pasif yang dilakukan oleh diri orang ketiga. Awalan ini boleh dipasangkan dengan imbuhan men-. Contohnya:

menendang ditendang menghukum dihukum mendayung didayung

5. Awalan mempeR- (I) Bentuk awalan mempeR- Awalan mempeR- mempunyai satu bentuk, iaitu memper-. Contohnya:

memperdalam memperdaya memperhalus memperdua memperkemas memperoleh

(II) Fungsi awalan mempeR- Awalan mempeR- membentuk kata kerja aktif transitif. Awalan mempeR- dapat bergabung dengan kata dasar daripada kata nama, kata adjektif dan kata tugas. Contohnya:

mempeR + hamba (KN) memperhamba (KK) mempeR + besar (KA) memperbesar (KK) mempeR + oleh (KT) memperoleh (KK)

Kata Kerja | 99

(III) Makna awalan mempeR- Awalan mempeR- membawa pengertian: (a) menjadikan sesuatu bersifat lebih. Contohnya:

memperbesar (menjadikan lebih besar) memperdalam (menjadikan lebih dalam) memperpanjang (menjadikan lebih panjang)

(b) menjadikan sebagai atau memperlakukan sebagai. Contohnya:

memperalat (menjadikan sebagai alat) memperhamba (menjadikan sebagai hamba) memperisteri(menjadikan sebagai isteri)

(c) membahagi. Contohnya:

memperdua (membahagi dua) mempertiga (membahagi tiga)

Apakah sebabnya mempeR- dalam perkataan (i)-(iii) memerlukan akhiran tersebut digugurkan, sebaliknya dalam ayat (iii) - (iv) memang akhirannya tidak diperlukan?

(i) Mereka sedang memperhalus permohonan itu. (ii) Pekerja-pekerja sedang mempercepat kerja-kerja pembinaan bangunan itu. (iii) Saya memperoleh berita baik itu semalam. (iv) Kumpulan samseng itu memperalat pelajar-pelajar sekolah. (v) Abang memperisteri gadis dari Kelantan.

6. Awalan dipeR- (I) Bentuk Awalan dipeR- Awalan dipeR- mempunyai satu bentuk, iaitu diper-. Contohnya:

dipertajam diperlebar diperkukuh diperkuda diperdewa diperisteri

Kata Kerja | 100

(II) Fungsi Awalan dipeR- Awalan dipeR- membentuk kata kerja pasif diri ketiga daripada kata kerja transitif yang berawalan mempeR-… dalam ayat aktif. Golongan kata yang dapat bergabung dengan awalan dipeR- ialah kata nama, adjektif dan kata tugas. Contohnya:

memperkacang diperkacang mempercepat dipercepat memperoleh diperoleh memperdaya diperdaya mempererat dipererat memperhamba diperhamba

(III) Makna awalan dipeR- (a) dijadikan sebagai. Contohnya:

diperisteri (djadikan sebagai isteri) diperalat (dijadikan sebagai alat) diperkawan (dijadikan sebagai kawan)

(b) dijadikan lebih atau bertambah. Contohnya:

diperkemas (dijadikan lebih kemas) diperkukuh (dijadikan lebih kukuh) diperkaya (dijadikan lebih kaya)

(c) dibahagi. Contohnya:

diperdua (dibahagi dua) dipersepuluh (dibahai sepuluh)

5.7.2 Akhiran Kata Kerja Akhiran ialah bentuk imbuhan yang digabungkan pada bahagian akhir kata dasar. Akhiran kata kerja dalam bahasa Melayu ada dua, iaitu -kan dan –i

1. Akhiran -kan (I) Bentuk akhiran -kan Akhiran -kan mempunyai satu bentuk, iaitu –kan. Bentuknya tidak berubah apabila bergabung dengan kata dasar. Contohnya:

belikan tunjukkan sudahkan dapatkan usahkan tinggikan

Kata Kerja | 101

(II) Fungsi akhiran kan- Awalan -kan berfungsi untuk membentuk kata kerja transitif. Awalan -kan boleh menerima kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif atau kata tugas. Contohnya:

asap (KN) + -kan asapkan (KK) tulis (KK) + -kan tuliskan (KK) tinggi (KA) + -kan tinggikan (KA) serta (KT) + - kan sertakan (KK)

Kata kerja yang menerima akhiran –kan tanpa awalan terdapat dalam dua jenis ayat, iaitu dalam ayat pasif ganti nama diri orang pertama dan orang kedua; atau dalam ayat perintah. (a) Ayat pasif ganti nama diri orang pertama dan orang kedua. Contohnya:

(73) Adik saya belikan sebuah buku cerita. (74) Pokok bunga itu kamu tanamkan pagi tadi.

(b) Ayat perintah. Contohnya:

(75) Kosongkan bilik ini secepat mungkin. (76) Sila penuhkan ruang kosong di depan dewan.

(III) Makna akhiran -kan (a) menyebabkan jadi (kausatif). Contohnya:

lebihkan (menyebabkan jadi lebih) hapuskan (menyebabkan jadi hapus) terangkan (menyebabkan jadi terang)

(b) melakukan sesuatu untuk orang lain (benefaktif). Contohnya:

buatkan (membuat sesuatu untuk orang lain) gorengkan (menggoreng sesuatu untuk orang lain) ambilkan (mengambil sesuatu untuk orang lain)

Kata Kerja | 102

2. Akhiran -i (I) Bentuk akhiran -i Akhiran -i mempunyai satu bentuk, iaitu –i. Bentuknya tidak berubah apabila bergabung dengan kata dasar. Contohnya:

awasi turuni sudahi dapati tandingi contohi

(II) Fungsi akhiran -i Awalan -i berfungsi untuk membentuk kata kerja transitif. Awalan -i boleh menerima kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif atau kata tugas. Contohnya:

nama (KN) + -i nama (KK) duduki (KK) + -i duduki (KK) dalam (KA) + -i dalami(KK) serta (KT) + - i sertai (KK)

Kata kerja yang menerima akhiran –i tanpa awalan terdapat dalam dua jenis ayat, iaitu dalam ayat pasif ganti nama diri orang pertama dan orang kedua; atau dalam ayat perintah. (a) Ayat pasif ganti nama diri orang pertama dan orang kedua. Contohnya:

(77) Jasa lelaki itu tidak kami lupai. (78) Majlis itu akan saya hadiri.

(b) Ayat perintah, contohnya:

(79) Ingati jasa pejuang negara kita. (80) Tolong temani adik kamu ke taman.

(iii) Makna akhiran -i (a) menyebabkan jadi (kausatif). Contohnya:

sudahi (menyebabkan jadi sudah) baiki (menyebabkan jadi baik) lupai (menyebabkan jadi lupa)

Kata Kerja | 103

(b) tempat (lokatif). Contohnya:

duduki meja (duduk di atas meja) sirami pokok bunga (siram pada pokok bunga) hadiri jamuan (hadir ke/di jamuan)

Dengan merujuk kepada buku-buku tatabahasa, carilah persamaan dan perbezaan antara akhiran –i dengan akhiran –kan?

5.7.3 Apitan Kata Kerja Apitan yang membentuk kata kerja ialah meN-…-kan, meN-…-i, beR-…-kan, beR-...-an, di-…-kan, di-…-i, memper-…-kan, memper-…-i, ke-…-an, diper-…-kan, diper-…-i, ter-…-kan dan ter-…-i.

1. Apitan meN-…-kan (I) Bentuk awalan meN-...-kan Apitan meN-...-kan mempunyai enam bentuk awalan, iaitu me-…-kan, mem-…-kan, men-…-kan, meng-…- kan, meny-...-kan, dan menge-…-kan, yakni sama banyak dengan jumlah alomorf awalan meN-. (lihat awalan meN-). Contohnya:

me-…-kan

mem-…-kan

menaikkan menyanyikan mengerikan mewujudkan melayakkan meyakinkan

membenarkan memfatwakan memvariasikan mempamerkan memproseskan membandingkan

men-…-kan

mendamaikan mencarikan mentakrifkan menzahirkan menjadualkan mensyarahkan

Kata Kerja | 104

meng-…-kan.

mengelakkan menggayakan mengghaibkan menghantarkan mengutarakan menggkhususkan

meny-...-kan

menge-…-kan

menyapukan menyalurkan menyampaikan menyatukan menyakitkan menyepikan

mengelap mengecamkan mengesyorkan mengekhaskan mengesahkan mengehadkan

(II) Fungsi apitan meN-...-kan Apitan meN-...-kan berfungsi untuk membentuk kata kerja transitif. Apitan meN-...-kan boleh menerima kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Contohnya:

meN-...-kan + buku (KN) membukukan (KK) meN-...-kan + jatuh (KK) menjatuhkan (KK) meN-...-kan + besar (KA) membesarkan (KK) meN-...-kan + satu (KT) menyatukan (KK)

Ada kata kerja berapitan meN-…-kan yang walaupun berbentuk kata kerja tetapi dapat berfungsi sebagai kata adjektif. Kata kerja jenis ini dapat menerima kata penguat (amat menyedihkan, amat menakutkan, amat menyeramkan), dan unsur yang hadir selepas kata kerja dapat digugurkan tanpa menjejaskan ayat. Misalnya:

(81) Peristiwa itu amat menyedihkan. (82) Tempat itu amat menyeramkan. (83) Kerja-kerja yang dibuat kurang memuaskan.

Kata Kerja | 105

(III) Makna apitan meN-…-kan (a) melakukan sesuatu seperti yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya:

mendirikan menguburkan merundingkan

(b) menjadikan objek sebagai. Contohnya:

merajakan pu (menjadikan seseorang sebagai raja) mencalonkan (menjadikan seseorang sebagai calon) mengorbankan (menjadikan sesuatu sebagai korban)

(c) menyebabkan (kausatif). Contohnya:

menggerakkan (menyebabkan bergerak) memalukan (menyebabkan malu) menaikkan (menyebabkan naik)

(d) manfaat (benefaktif). Makna ini muncul dalam ayat yang mengandungi dua objek. Contohnya:

membelikan (membeli untuk seseorang) mencarikan (mencari untuk seseorang) mengangkatkan (mengangkat untuk seseorang)

(e) menggunakan. Contohnya:

mengayuhkan (menggunakan kayuh) mengipaskan (menggunakan kipas) melayarkan (menggunakan layar)

(f) akhiran –kan pada kata yang berapitan meN-…-kan bertugas sebagai ganti kata sendi akan, tentang, dan kepada. Contohnya:

membanggakan (bangga akan) menceritakan (bercerita tentang) menanyakan (bertanya kepada)

Kata Kerja | 106

2. Apitan meN-…-i (I) Bentuk awalan meN-...-i Apitan meN-...-i mempunyai enam kelainan, iaitu sama banyak dengan jumlah kelainan untuk meN-, iaitu me-…-i, mem-…-i, men-…-i, meny-...-i, meng-…-i dan menge-…-i. Contohnya: me-…-i

menaiki merindui merasai memasuki melindungi meyakini

mem-…-i

men-…-i

membanjiri memfatwakan memvariasikan mempamerkan membaharui memikiri

menduduki mencarikan menjumpai mencurahi menzalimi mendugai

meng-…-i

mengikuti mengubati mengekori menggairi menggalasi mengawasi

meny-...-i

menyapukan menyalurkan menyatukan menyakiti menyukai menyumpahi

menge-…-i mengesyaki mengecami mengebomi

(II) Fungsi apitan meN-...-i Apitan meN-...-i berfungsi untuk membentuk kata kerja aktif transitif. Apitan meN-...-i boleh menerima kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas untuk membentuk kata kerja. Contohnya:

Kata Kerja | 107

meN-...-i + contoh (KN) mencontohi (KK) meN-...-i + jatuh (KK) menjatuhi (KK) meN-...-kan + dalam(KA) mendalami (KK) meN-...-kan + sudah (KT) menyudahi (KK)

(III) Makna apitan meN-...-i (a) memberikan sifat kepada objek. Contohnya:

memerahi (memberikan sifat merah kepada) membasahi (memberikan sifat basah kepada) mengotori (meberikan sifat kotor kepada)

(b) melakukan perbuatan berkali-kali atau banyak. Contohnya:

menikami (menikam berkali-kali) mencabuti mencabut dengan banyak) menghalangi (menghalang berkali-kali)

(c) tempat atau lokatif. Contohnya:

menduduki (duduk di sesuatu tempat) mendatangi (datang ke sesuatu tempat) menghadiri (hadir di/pada sesuatu tempat) menanami (tanam di sesuatu tempat)

(d) Akhiran –i dalam meN-…-i bertugas menggantikan kata sendi seperti dengan, akan, atas, di, ke, tentang, kepada dan terhadap. Contohnya:

menemui = bertemu dengan mengetahui = tahu akan menguasai = berkuasa atas menempati = bertempat di mengunjungi = berkunjung ke mengakui = mengaku akan/tentang menjangkiti = berjangkit kepada meminati = berminat terhadap

(e) menuju arah. Contohnya:

menyeberangi (menuju ke seberang) meminggiri (menuju ke pinggir) mengetengahi (menuju ke tengah)

Kata Kerja | 108

Anda mungkin mengetahui bahawa apitan meN-...-i lazimnya menerima objek yang bernyawa dan objek yang tidak bergerak, manakala apitan meN-...-kan menerima objek yang tidak bernyawa dan objeknya bergerak. Berbincanglah dengan pensyarah dan rakan-rakan anda tentang perbezaan tersebut.

3. Apitan beR-…-kan (I) Bentuk apitan beR-…-kan Apitan beR-…-kan mempunyai satu bentuk, iaitu ber-…-kan. Contohnya:

berasaskan berdasarkan bertemakan berjudulkan berhasratkan berajakan

(II) Fungsi apitan beR-…-kan Apitan beR-…-kan bertugas membentuk kata kerja aktif tak transitif. Apitan ini dapat bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama dan kata kerja. Contohnya:

beR -...-kan + suami (KN) bersuamikan(KN) beR-...-kan + pandu (KK) berpandukan (KK)

(III) Makna apitanbeR-…-kan (a) menjadikan sesuatu sebagai. Contohnya:

bersenjatakan pisau (menjadikan pisau sebagai senjata) berselimutkan daun (menjadikan daun sebagai selimut) berbantalkan lengan (menjadikan lengan sebagai bantal)

(b) Apitan beR-…-kan sama makna dengan kata kerja tak transitif berawalan beR- yang diikuti oleh kata sendi tentang, pada, kepada, dan dengan. Contohnya:

bertanyakan khabar = bertanya tentang khabar berdasarkan kajian = berdasar akan/pada kajian bertanyakan = bertanya kepada/tentang bersenjatakan parang = bersenjata dengan parang

Kata Kerja | 109

Oleh sebab akhiran –kan pada kata yang berapitan beR-...-kan mewakili kata sendi tersebut, maka penggunaan kata sendi tersebut selepas apitan beR-..-kan adalah salah. Contohnya:

bertanyakan tentang khabar berdasarkan pada kajian bertanyakan kepada ibu bersenjatakan dengan parang

4. Apitan beR-...-an (I) Bentuk apitan beR-...-an Apitan beR-...-an mempunyai satu bentuk, iaitu ber-…-an. Contohnya:

berterbangan berjauhan berebutan berguguran berlarian berentetan

(II) Fungsi apitan beR-...-an Apitan beR-...-an bertugas sebagai pembentuk kata kerja aktif tak transitif. Apitan ini dapat bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata adjektif. Contohnya:

beR-...-an + musuh (KN) bermusuhan(KN) beR-...-an + terbang (KK) berterbangan (KK) beR-...-an + jauh (KA) berjauhan (KK)

(III) Makna apitan beR-...-an (a) banyak yang berlaku. Contohnya:

berciciran (banyak yang cicir) berguguran (banyak yang gugur) berterbangan (banyak yang terbang)

(b) berterusan atau berpanjangan. Contohnya:

berkibaran (berkibar-kibar) berdenyutan (berdenyut-denyut) berkilauan (berkilau-kilau)

Kata Kerja | 110

(c) dalam keadaaan. Contohnya:

berasingan (dalam keadaan terasing) berjauhan (dalam keadaan jauh) berhampiran (dalam keadaan hampir)

(d) menyaling. Contohnya:

bersalaman (saling bersalam atau bersalam-salaman) bertembakan (saling bertembak atau bertembak-tembakan) berdakapan (saling berdakap atau berdakap-dakapan)

5. Apitan di-…-kan (I) Bentuk apitan di-...-kan Apitan di-…-kan merupakan bentuk pasif meN-…-kan. Apitan di-…-kan mempunyai satu bentuk, iaitu di-…- kan. Contohnya:

dilakukan diperlukan disyaratkan dihapuskan diberikan dijelaskan

(II) Fungsi apitan di-...-kan Apitan di-...-kan bertugas untuk membentuk kata kerja pasif. Awalan di- pada perkataan yang berapitan di-...-kan merupakan penanda pasif diri ketiga. Penukaran bentuk kata kerja aktif transitif kepada bentuk kata kerja pasif dapat dilakukan dengan menggantikan awalan meN- pada apitan meN-...-kan dengan awalan di-. Contohnya:

Aktif Pasif

memberitahukan diberitahukan mengajarkan diajarkan mencarikan dicarikan

(III) Makna apitan di-...-kan Apitan di-…-kan membawa pengertian seperti yang terkandung dalam imbuhan di- dan –kan. (Rujuk imbuhan di- dan –kan).

Kata Kerja | 111

6. Apitan di-…-i (I) Bentuk apitan di-…-i Apitan di-…-i merupakan bentuk pasif bagi apitan meN-…-i. . Apitan di-…-i mempunyai satu bentuk, iaitu di-…-i. Contohnya:

diamati dipukuli disudahi ditanggani direnungi dizalimi

(II) Fungsi apitan di-…-i Apitan di-...-i membentuk kata kerja pasif. Apitan di-...-i Penukaran bentuk kata kerja aktif transitif kepada bentuk kata kerja pasif dapat dilakukan dengan menggantikan awalan meN- pada apitan meN-...-i dengan awalan di-. Contohnya:

Aktif Pasif melalui dilalui meyakini diyakini

(III) Makna apitan di-...-i Apitan di-…-in membawa pengertian seperti yang terkandung dalam imbuhan di- dan –i. (Rujuk imbuhan di- dan –i). Awalan di- pada kata yang berapitan di-…-i menyatakan makna perbuatan pasif yang dilakukan oleh orang ketiga.

7. Apitan mempeR-…-kan (I) Bentuk apitan mempeR-…-kan Apitan mempeR-…-kan mempunyai satu bentuk, iaitu memper-…-kan. Contohnya:

memperkatakan memperdengarkan memperbandingkan memperhatikan mempersiapkan mempertikaikan

(II) Fungsi apitan mempeR-…-kan Apitan mempeR-…-kan bertugas untuk membentuk kata kerja aktif transitif. Apitan mempeR-…-kan dapat bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama dan kata kerja. Contohnya:

mempeR-…-kan + suami (KN) mempersuamikan (KK) mempeR-…-kan + siap (KK) mempersiapkan (KK)

Kata Kerja | 112

Apitan memper-…-kan berkaitan dengan kata kerja tak transitif yang berawalan beR-. Contohnya:

bersatu mempersatukan bertemu mempertemukan berjuang memperjuangkan

(III) Makna apitan mempeR-…-kan (a) menjadikan atau menyebabkan (kausatif). Contohnya:

mempertemukan (menjadikan atau menyebabkan bertemu) mempersatukan (menjadikan atau menyebabkan bersatu) mempergunakan (menjadikan atau menyebabkan berguna) memperbahaskan (menjadikan atau menyebabkan berbahas)

(b) menyebabkan objek dapat diperlakukan atau dapat berlaku dengan kata dasar yang berawalan ber- atau di-

Contohnya:

memperdengarkan suara (menyebabkan suara dapat didengar) mempertahankan hujah (menyebabkan hujah dapat bertahan) memperkenalkan rakan (menyebabkan rakan dapat dikenali)

Apakah perbezaan antara awalan memper- dengan memper-...-kan?

8. Apitan mempeR-…-i (I) Bentuk apitan mempeR-…-i Apitan mempeR-…-i mempunyai satu bentuk, iaitu memper-…-i. Contohnya:

mempersenjatai mempelajari memperhiasi memperingati memperlindungi memperhambai

Kata Kerja | 113

(II) Fungsi apitan mempeR-…-i Apitan memper-…-i bertugas untuk membentuk kata kerja aktif transitif. Apitan mempeR-…-i dapat bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama dan kata kerja. Contohnya:

mempeR-…-i + hamba (KN) memperhambai (KK) mempeR-…-i + senjata (KN) mempersenjatai (KK) mempeR-…-i + ingat (KK) memperingati (KK) mempeR-…-i + ajar (KK) mempelajari (KK)

(II) Makna apitan mempeR-…-i (a) memperoleh. Contohnya:

memperhiasi (menjadikan objek memperoleh hias) mempersenjatai (menjadikan objek memperoleh senjata)

(b) akhiran –i pada kata yang berapitan memper-...-i dapat menggantikan kata sendi seperti akan, kepada dan tentang yang menyertai kata kerja tak transitif. Contohnya:

memperingati (ingat akan) memperhambai (berhamba kepada) mempelajari (belajar tentang)

9. Apitan ke-…-an (I) Bentuk apitan ke-…-an Apitan ke-…-an mempunyai satu bentuk, iaitu ke-…-an. Contohnya:

keguguran kepanasan kemalangan kehujanan kedengaran kehausan

(II) Fungsi apitan ke-…-an Apitan ke-…-an membentuk kata kerja pasif. Apitan ke-…-an dapat bergabung dengan kata dasar daripada kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Contohnya:

ke-...-an + banjir (KN) kebanjiran (KK) ke-...-an + curi (KK) kecurian (KK) ke-...-an + sejuk (KA) kesejukan (KK)

Kata Kerja | 114

(III) Makna apitan ke-…-an (a) ditimpa akibat sesuatu. Contohnya:

keracunan (ditimpa akibat racun) kejatuhan (ditimpa akibat jatuh)

(b) ditimpa rasa/keadaan. Contohnya:

(c) kena. Contohnya:

keberatan (ditimpa rasa/keadaan berat) kesejukan (ditimpa rasa/keadaan sejuk)

kemalangan (kena malang) kehujanan (kena hujan) ketinggalan (kena tinggal)

(d) dapat di-. Contohnya:

kelihatan (dapat dilihat) kedengaran (dapat didengar)

Anda telah mempelajari apitan ke-…-an juga dapat membentuk kata nama. Bagaimanakah anda hendak membezakan apitan ke-...-an sebagai kata kerja dengan kata kata nama?

10. Apitan diper-…-kan (I) Bentuk apitan diper-…-kan Apitan diper-…-kan mempunyai satu bentuk, iaitu diper-…-kan. Contohnya:

dipertemukan diperkatakan dipersoalkan dipertunjukkan diperhatikan diperisterikan

(II) Fungsi apitan diper-…-kan Apitan diper-…-kan membentuk kata kerja pasif. Awalan di- pada kata yang berapitan diper-…-kan merupakan penanda pasif diri ketiga. Contohnya:

Kata Kerja | 115

memperlakukan diperlakukan memperhatikan diperhatikan mempertautkan dipertautkan

(III) Makna apitan diper-…-kan (a) objek dijadikan seperti kata dasar. Contohnya:

diperhambakan (dijadikan diri sebagai hamba) dipersaudarakan (dijadikan orang lain sebagai bersaudara) dipercabangkan (dijadikan bercabang)

(b) menyebabkan sesuatu perbuatan terjadi seperti kata dasar. Contohnya :

diperlihatkan (menyebabkan sesuatu dilihat oleh orang lain) diperdengarkan (menyebabkan sesuatu didengar oleh orang lain) dipertunjukkan (menyebabkan sesuatu ditunjuk oleh orang lain)

11. Apitan diper-…-i (I) Bentuk apitan diper-…-i Apitan diper-…-i mempunyai satu bentuk, iaitu diper-…-i. Contohnya:

dipersenjatai dipelajari diperingati diperlindungi diperhiasi diperkebuni

(ii) Fungsi apitan diper-…-i Apitan diper-…-i membentuk kata kerja pasif. Awalan di- pada kata yang berapitan diper-…-i merupakan penanda pasif diri ketiga.

(III) Makna apitan diper-…-i (a) dijadikan. Contohnya:

diperhambai diperkebuni dipersenjatai

Kata Kerja | 116

(b) berbuat. Contohnya: dipelajari diperingati

12. Apitan teR-…-kan dan Apitan teR-…-i (I) Bentuk apiatan teR-…-kan dan Apitan teR-…-i Apitan teR-…-kan dan apitan teR-…-i dibentuk dengan awalan ter- dan akhiran –kan atau –i pada kata dasar. Contohnya:

terkatakan terpenuhi terselesaikan teratasi tersampaikan terlukai

(II) Fungsi apitan teR-…-kan dan apitan teR-…-i Apitan teR-…-kan dan apitan teR-…-i membentuk kata kerja pasif. Apitan teR-…-kan dan apitan teR-…-i selalu didahului oleh kata nafi tak atau tidak di depan.

(III) Makna apitan teR-…-kan dan Apitan teR-…-i Apitan teR-…-kan dan apitan teR-…-i membawa pengertian dapat di-...-kan dan dapat di-…-i. Contohnya:

(tak) terkatakan (tak) tergambarkan (tidak) terfikirkan (tidak) terpenuhi (tak) terjangkau (tidak) terlintas

5.7.4 Sisipan Kata Kerja (I) Bentuk sisipan kata kerja Sebenarnya, tidak ada sisipan yang membentuk kata kerja. Kata nama dan kata adjektif yang mengandungi sisipan -el-, -er- dan –em- akan menjadi kata kerja apabila menerima imbuhan.

(II) Fungsi sisipan kata kerja Bentuk sisipan -el-, -er- dan –em- bertugas untuk mengubah atau menetapkan golongan kata. Contohnya:

Kata Kerja | 117

-el- + tapak (KN) telapak (KN) bertelapak (KK) -el- + kupas (KK) kelupas (KA) berkelupas (KK) -er- + patuk (KK) pelatuk (KN) berpelatuk (KK) -er- + sabut (KN) serabut (KA) berserabut (KK) -em- + guruh (KN) gemuruh (KA) bergemuruh (KK) -em- + kilau (KA) kemilau (KA) berkemilauan (KK)

5.8 Kata Kerja Ganda (I) Bentuk kata kerja ganda Ada tiga jenis penggandaan yang boleh berlaku untuk membentuk kata kerja ganda, iaitu:

(i) penggandaan penuh (ii) penggandaan separa (iii) penggandaan berentak

(i) Penggandaan penuh Penggandaan penuh melibatkan seluruh kata dasar diulang tanpa sebarang perubahan bentuk serta diberikan tanda sempang (-). Contohnya:

duduk duduk-duduk batuk batuk-batuk muntah muntah-muntah

(ii) Penggandaan separa Penggandaan separa melibatkan pengulangan sebahagian daripada kata dasar. Bagi golongan kata kerja, penggandaan separa berlaku pada kata dasar yang berimbuhan. Terdapat tiga jenis penggandaan separa yang berlaku pada kata kerja terbitan, iaitu penggandaan separa pada kata kerja berawalan, penggandaan separa pada kata kerja berakhiran, dan penggandaaan separa bagi kata kerja berapitan.

(a) penggandaan separa pada kata kerja berawalan. Contohnya;

bermain-main tertanya-tanya menari-nari berjalan-jalan dicari-cari pukul-memukul

(b) penggandaan separa pada kata kerja berakhiran. Contohnya:

tinggal-tinggalkan amat-amati doa-doakan

Kata Kerja | 118

(c) penggandaaan separa bagi kata kerja berapitan. Contohnya:

mengulang-ulangi membohong-bohongi ditonjol-tonjolkan

(iii) Penggandaan berentak Penggandaan berentak kata kerja ialah proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Terdapat tiga jenis penggandaan berentak kata kerja, iaitu: (a) penggandaan berentak penggulangan vokal. Contohnya:

cerai-berai gotong-royong cekik-merik

(b) penggandaan berentak pengulangan konsonan. Contohnya:

luruh-larah lalu-lalang susup-sasap

(c) penggandaan berentak bebas. Contohnya:

ulang-alik tungkus-lumus hempas-pulas

(II) Fungsi Kata Kerja Ganda Penggandaan terhadap kata kerja menerbitkan kata kerja. Penggandaan kata kerja boleh mengubah dan mengekalkan golongan kata. Contohnya:

lompat (KK) lompat-lompat (KK) bisik (KK) berbisik-bisik (KK) kasih (KA) kasih-mengasihi (KK)

(III) Makna Kata Kerja Ganda (a) perbuatan berulang-ulang

berputar-putar bercakap-cakap tergelak-gelak melambai-lambai

Kata Kerja | 119

(b) perbuatan yang saling berbalas

bersalam-salaman bantu-membantu berkirim-kiriman

(c) perbuatan berpanjangan

mengata-ngata berangan-angan tersengih-sengih

(d) perbuatan bersungguh-sungguh

memporak-perandakan bertungkus-lumus hikuk-pikuk

5.9 Kata Kerja Majmuk Kata kerja majmuk terhasil daripada gabungan dua atau lebih kata dasar bagi membentuk kata kerja lain yang berfungsi sebagai satu perkataan baharu dengan makna tertentu.

(I) Bentuk Kata Nama Majmuk Bentuk kata kerja majmuk boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu bentuk yang ditulis terpisah, dan bentuk yang telah mantap penulisannya sebagai satu perkataan. Contohnya:

tolak ansur tunjuk ajar terima kasih lipat ganda ambil alih kemas kini

Dari segi jenis, kata kerja majmuk boleh dibahagikan kepada dua, iaitu: (i) kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas. Contohnya:

kemas kini terima kasih tolak ansur ambil alih kenal pasti naik haji

Kata Kerja | 120

(ii) kata majmuk yang membawa maksud simpulan bahasa. Contohnya:

tumbuk rusuk gulung tikar makan angin

KATA KUNCI

1. kata kerja perbuatan 5. kata kerja aktif tak transitif 2. kata kerja keadaan 6. kata kerja aktif transitif 3. kata kerja aktif 7. objek 4. kata kerja pasif 8. pelengkap

PENILAIAN KENDIRI

1. Apakah perbezaan antara objek dengan pelengkap?

2. Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tuliskan kata kerja aktif tak transitif, kata kerja aktif transitif, dan kata kerja pasif.

Saya pernah berlakon di bawah beberapa orang pengarah. Saya sendiri pernah menjadi pengarah. Berdasarkan pengalaman sebagai pelakon, saya dapati berlakon di pentas lebih mencabar dan memberikan kepuasan. Lakonan pentas memerlukan pengorbanan masa. Dialog bukan sahaja perlu dihafaz tetapi sebutannya hendaklah lancar dan baik.

3. Berdasarkan petikan di atas, lengkapkan kata dasar yang terdapat di dalam kurangan dengan imbuhan di-...-kan, di-...-i, dipeR-.., dipeR-...kan, atau dipeR-...-i.

Stesen-stesen kaji cuaca (diri) di seluruh negara. Tujuannya supaya pengutipan dan penyebaran maklumat tentang kaji cuaca dapat (mudah) lagi. Data-data kaji cuaca tempatan (hantar) ke Pusat Telekomunikasi Kebangsaan yang terletak di Pejabat Kaji Cuaca Subang. Data ini (oleh) melalui rangkaian teleprinter tempatan. Data kaji cuaca dari negara asing pula (terima) melalui sistem Telekomunikasi Sejagat. Data-data ini (hantar) dalam bentuk kod seperti yang (aku) dan (setuju) oleh Pertubuhan Kaji Cuaca Sedunia dan Agensi Penerbangan Awam Antarabangsa.

Kata Kerja | 121

4. Belayar kapal bertimbang arus,

Patah kemudi sepanjang pantai; Tuan laksana cindai yang halus,

Alah membeli menang memakai.

(a) Senaraikan bentuk kata kerja tunggal, dan kata kerja terbitan dalam pantun di atas. (b) Nyatakan kata kerja aktif tak transitif dalam pantun di atas.

5. Nyatakan sebab ayat yang berikut salah, dan buat pembetulannya. (a) Kim Leng menggaru-garu kepalanya berkali-kali ketika disoal oleh Cikgu Rosli. (b) Pelumba-pelumba haram itu saling potong-memotong untuk memenangi perlumbaan.

6. Tandakan ( √ ) pada kata berimbuhan yang menepati rumus pengimbuhan bahasa Melayu? mengehadkan ( ) menafsirkan ( ) menelaaah ( ) mentafsirkan ( ) menernak ( ) mengagumkan ( ) menyepadukan ( ) menyelimutkan ( ) menterjemahkan ( )

7. Ayat yang manakah yang mengandungi kata kerja pasif? (a) Dia tertendang akan Ali. (b) Ramlah terpesona melihat lukisan itu. (c) Kakinya terlanggar oleh seorang pemuda. (d) Adik terseyum melihat kakak pulang. (e) Buah itu termakan oleh adik. (f) Rumah itu kecurian semalam. (g) Lelaki itu kemalangan di persimpangan jalan itu. (h) Gadis itu memperlihatkan ciri kewanitaan yang sebenar.

8. Apakah sebabnya awalan meN- apabila bergabung dengan kata proses menjadi memproses bukan memeroses?

9. Pilih deretan kata yang kesemuanya menepati rumus morfofonem bahasa Melayu. I. mengklipkan, menseimbangkan, menternak II. menghadkan, menselimutkan, menernak III. mengetengahkan, mensenaraikan, mengkagumkan IV. mengedepankan, menterbalikkan, mengagumkan

Kata Kerja | 122

10. Ayat yang manakah yang mengandungi kata kerja aktif? I. Pemburu itu terjerat anak rusa. II. Lori itu terlanggar bahu jalan semalam. III. Cerpen itu terkarang oleh Shahnon Ahmad. IV. Kami terperangkap dalam kesesakan jalan raya. V. Kamal terlanggar kaki lelaki tua itu. VI. Pertunjukan itu mengagumkan orang ramai. VII. Adik kehujanan semasa pulang dari sekolah. VIII. Baju di dalam bakul itu belum bergosok lagi.

RUJUKAN Abdullah Hassan (2006). Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Ahmad Khair Mohd Nor (2007). Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Ahmad Khair Mohd Nor (2011). Persoalan Tatabahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors.

Asmah Hj. Omar (2009). Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hasan Alwi, Soenjono Dardjowidjojo, Hans Lapoliwa dan Anton M. Moeliono (2000). Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia. Jakarta: Balai Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raminah Hj. Sabran, Ahmad Khair Mohd Nor, Ton Ibrahim dan Nawi Ismail (2009). Tatabahasa Asas. Kuala Lumpur: Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia.

Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor. (2008). Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors.

K a t a A d j e k t i f | 123

UNIT 6 KATA ADJEKTIF

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharapkan dapat: 1. mengenal pasti kata adjektif dan membezakannya daripada golongan kata yang lain. 2. Menghuraikan ciri dan fungsi kata adjektif. 3. menjelaskan proses pembentukan kata adjektif.

6.0 Pengenalan Kata adjektif ialah kata yang menerangkan kata nama. Hal ini bererti bahawa perkataan yang menjelaskan sifat sesuatu kata nama dianggap sebagai kata adjektif. Contohnya:

rumah besar kawan lama

kelapa muda kanak-kanak comel

Berdasarkan contoh di atas, kata yang bergaris merupakan kata adjektif. Perkataan ini menjelaskan sifat atau keadaan bagi sesuatu kata nama. Misalnya, perkataan besar menjelaskan bahawa keadaan rumah yang besar saiznya; lama menjelaskan sifat perhubungan antara dua individu yang telah berlangsung dalam jangka waktu yang panjang; muda pula menjelaskan keadaan buah kelapa yang masih belum tua, dan comel pula menjelaskan rupa kanak-kanak yang menarik dipandang. Oleh itu, kata adjektif dapat menjelaskan keadaan sesuatu kata nama.

Berdasarkan pemahaman anda terhadap kata adjektif, berikan tiga contoh kata adjektif yang menjelaskan sesuatu kata nama.

6.1 Istilah kata adjektif Terdapat empat istilah yang digunakan untuk merujuk kepada kata yang menerangkan kata nama. Istilah- istilahnya adalah seperti yang berikut:

K a t a A d j e k t i f | 124

ISTILAH

KEADAAN NAMA RUPA NAMA KATA SIFAT KATA ADJEKTIF

SIFAT NAMA SIFAT KATA

Keadaan nama atau rupa nama merupakan istilah yang digunakan awal 1920-an sehingga tahun 1930-an. Istilah ini digunakan kerana golongan kata ini dianggap sebagai kata yang menjelaskan keadaan atau sifat sesuatu kata nama sahaja dan tidak golongan kata yang lain. Za’ba (1940) pula menggunakan istilah kata sifat kerana beranggapan bahawa sifat bukan sahaja golongan kata yang menerangkan kata nama, tetapi turut menerangkan perkataan selain kata nama. Oleh itu, Za’ba menggolongkan kata sifat kepada dua golongan, iaitu sifat nama (penerang nama) dan sifat kata (penerang selain kata nama). Contohnya :

SIFAT NAMA SIFAT KATA

• jawatan tinggi • pengurus besar • orang kuat

• terbang tinggi • ketawa besar • menjerit kuat

Berdasarkan contoh di atas, kata sifat tinggi, besar dan kuat menerangkan kata yang berbeza. Dalam kolum pertama, iaitu kolum sifat nama, tinggi, besar dan kuat menerangkan kata nama jawatan, pengurus dan orang, manakala dalam kolum kedua, kata sifat tersebut menerangkan kata kerja terbang, ketawa dan menjerit. Disebabkan wujudnya perbezaan golongan kata yang diterangkan, maka Za’ba membahagikan kata sifat kepada dua, iaitu kata yang menerangkan kata nama sebagai sifat nama, manakala yang menerangkan kata selain daripada kata nama sebagai sifat kata. Ahli bahasa moden yang menggunakan istilah sifat ialah Arbak Othman (1981), Abdullah Hassan (1986) dan Asmah Hj. Omar (1993). Istilah ini digunakan kerana mereka beranggapan bahawa kata sifat turut menerangkan perkataan-perkataan yang lain dan bukan menerangkan kata nama sahaja. Berbeza daripada istilah ini, Mees (1969), Asraf (1978) dan Nik Safiah Karim et al. (2008) pula menggunakan istilah kata adjektif kerana istilah ini selaras dengan istilah adjective dalam bahasa Inggeris dan istilah ini hanya menerangkan kata nama (Norliza Jamaluddin, 2011).

K a t a A d j e k t i f | 125

Pada pendapat anda, apakah istilah yang sesuai digunakan untuk golongan kata yang menerangkan kata nama? Berikan alasan anda.

Berikan tiga contoh sifat nama dan tiga contoh sifat kata.

SIFAT NAMA SIFAT KATA

6.2 Pengertian kata adjektif Terdapat beberapa pengertian yang digunakan untuk menjelaskan kata adjektif. Kata adjektif pada umumnya didefinisikan berdasar kepada fungsinya, iaitu sebagai golongan kata yang menerangkan kata nama. Pada peringkat awal, iaitu dalam tahun 1920-an dan 1930-an kata adjektif bahasa Melayu ditakrifkan sebagai perkataan yang hadir bersama-sama kata nama. Oleh itu, segala perkataan yang berganding bersama-sama kata nama dianggap sebagai kata sifat. Contohnya :

lembu putih kain pelekat orang Bugis rumah batu

lima kupang

dua ringgit

bangunan itu

yang tinggi

Berdasarkan contoh di atas, semua perkataan bergaris dianggap sebagai kata sifat kerana hadir bersama-sama kata nama. Hal ini telah menyebabkan bukan sahaja perkataan putih dan tinggi dianggap sebagai kata sifat, malahan perkataan-perkataan lain seperti pelekat, Bugis, batu, kupang, ringgit dan itu juga dianggap sebagai kata sifat kerana menepati definisi kata sifat ini. Pada tahun 1940-an, Za’ba walaupun mentakrifkan kata sifat dengan cara yang sama, tetapi telah membahagikan kata sifat kepada dua subgolongan, iaitu sifat nama dan sifat kata. Pembahagian ini berdasarkan fungsi kata sifat yang hadir dalam struktur ayat atau frasa. Jika kata sifat tersebut menerangkan kata nama atau ganti nama, maka kata tersebut tergolongan dalam sifat nama. Contohnya:

budak kecil guru yang pandai rumahnya jauh saya sahaja itu senang siapa rajin

K a t a A d j e k t i f | 126

Berdasarkan contoh di atas, perkataan yang bergaris merupakan sifat nama kerana menerangkan kata nama budak, guru, rumahnya, saya, itu dan siapa. Sifat kata pula ialah perkataan yang menerangkan perkataan selain kata nama dan kata ganti nama. Contohnya:

terbang tinggi baca lagi pergi segera belum tidur, tidak suka elok benar begitu juga terlalu jahat.

Berdasarkan contoh ini, perkataan yang bergaris dalam frasa tersebut dianggap sebagai sifat kata (1958). Yang berikut merupakan ayat yang diberikan oleh Za’ba dalam membezakan sifat nama dan sifat kata: Contohnya:

1a. 1b.

Suaranya sangat perlahan.

Perlahan sedikit bercakap.

(Sifat Nama)

(Sifat Kata)

2a. 2b.

Rumah lama itu sudah runtuh.

Saya lama diam di sana.

(Sifat Nama)

(Sifat Kata)

3a. 3b.

Bukit itu terlalu tinggi.

Burung itu terbang terlalu tinggi.

(Sifat Nama)

(Sifat Kata)

Kata sifat dalam 1a, 2a dan 3a menerangkan kata nama, (perlahan menerangkan suaranya, lama menerangkan rumah dan tinggi menerangkan bukit), manakala 1b, 2b dan 3b pula menerangkan kata kerja (perlahan menerangkan bercakap, lama menerangkan diam dan tinggi menerangkan terbang). Contoh di atas menunjukkan bahawa perkataan yang sama boleh menjadi sifat nama atau sifat kata bergantung kepada kata yang diterangkannya. Hal ini menyebabkan kata sifat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu sifat nama dan sifat kata.

Pendefinisian kata adjektif agak berbeza bagi Nik Safiah Karim et al. (2008), iaitu kata adjektif didefinisikan sebagai perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Dalam binaan frasa adjektif ini, kata adjektif boleh hadir secara sendirian atau hadir bersama-sama perkataan lain seperti hadir bersama-sama kata bantu atau kata penguat. Contohnya:

K a t a A d j e k t i f | 127

Frasa Adjektif

Kata Bantu Kata Adjektif Kata Penguat Kata Penegas besar

sudah

harus

besar besar benar

rajin rajin rajin sekali

lagi

juga

Dalam binaan frasa adjektif ini, kata adjektif merupakan unsur inti dan sebagai kata inti, kata adjektif merupakan unsur wajib yang tidak boleh digugurkan.Justeru, perkataan besar dan rajin merupakan unsur wajib dalam frasa adjektif di atas, manakala perkataan-perkataan lain merupakan unsur pilihan, iaitu boleh wujud dalam frasa tersebut atau boleh digugurkan.

Lengkapkan rajah berikut berdasarkan pembahagian kata adjektif oleh Za’ba.

KATA SIFAT

CONTOH : • • •

CONTOH : • • •

K a t a A d j e k t i f | 128

6.3 Ciri-ciri Kata Adjektif Dalam bahasa Melayu, terdapat enam kriteria dalam menentukan kata sifat, iaitu:

Penerang Kata Nama

Predikat Hadapan

CIRI-CIRI KATA ADJEKTIF

Hadir Dengan Kata Penguat Darjah Perbandingan

Belakang

Bebas

Berimbuhan se- Dan ter-

Kata Dasar

(i) Penerang kata nama Ciri tipikal atau ciri utama kata adjektif ialah berfungsi sebagai penerang kata nama. Dalam fungsi ini, kata adjektif lazimnya hadir dalam frasa nama. Dari segi posisi, kata adjektif hadir selepas kata nama inti atau selepas kata hubung relatif yang atau selepas kata bantu.Contohnya:

(4) udara nyaman (5) lelaki tampan (6) harga yang murah (7) kanak-kanak yang cerdik (8) pakaian yang sudah lusuh (9) pendapatan yang masih rendah

Berdasarkan contoh di atas, didapati bahawa dalam menjalankan fungsi sebagai penerang nama, kata adjektif boleh hadir selepas kata nama (seperti contoh 4-6) atau hadir selepas kata hubung relatif yang (contoh 4) atau hadir selepas kata hubung relatif yang dan kata bantu (contoh 7-9).

K a t a A d j e k t i f | 129

(ii) Fungsi predikat Kata adjektif boleh berfungsi sebagai predikat, iaitu sebagai pelengkap kepada subjek. Dalam ciri ini kata adjektif mengisi posisi predikat. Contohnya:

SUBJEK

PREDIKAT

(10)

Adik bongsu saya

rajin.

(11)

Buku yang dibelinya itu

sungguh mahal.

(12)

Sambutan hari kemerdekaan

meriah sekali.

(iii) Kata adjektif boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Kata penguat dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu kata penguat hadapan, kata penguat belakang dan kata penguat bebas. Antara kata penguat hadapan ialah terlalu, paling, agak, makin dan kurang, kata penguat bebas pula ialah agak, sungguh dan amat, manakala kata penguat belakang ialah betul, sekali, benar dan nian. Contohnya:

• amat • sungguh • amat

• paling • terlalu • makin

KATA ADJEKTIF

• berani • cemerlang • mersik • gagah

• betul • benar • sekali

Dalam bahasa Melayu, kata penguat ini lazimnya menjadi penanda bagi mengenal pasti kata adjektif. Walaupun kata penguat boleh mendahului kata kerja tetapi bilangannya tidak banyak. Contohnya :

(13) makin berani (14) cemerlang betul (15) mersik sekali (16) sungguh gagah (17) gagah sungguh

K a t a A d j e k t i f | 130

(iv) Kata adjektif boleh dibuat perbandingan Perbandingan kata adjektif dapat dilakukan sama ada perbandingan yang sama tara atau perbandingan yang tidak setara. Perbandingan sama tara boleh dilakukkan dengan menggandingkan imbuhan se- bersama-sama kata adjektif, atau menggandingkan perkataan “sama” dengan kata adjektif, seperti (18) dan (19). Perbandingan yang tidak setara pula menggunakan perkataan “lebih” atau “kurang” seperti (20) dan (21), atau boleh juga digandingkan kata adjektif dengan imbuhan ter- bersama bagi melakukan sesuatu perbandingan.Contohnya :

(18) Hubungan mereka berdua tidak semesra dahulu. (19) Perumahan di kawasan ini sama cantik perumahan di Damansara. (20) Anak sulungnya lebih manja berbanding anak-anaknya yang lain. (21) Rumah baharunya ini kurang selesa berbanding rumah lamanya

dahulu. (22) Pemuda itu merupakan penari terkenal bagi kumpulan kebudayaan

negeri Pahang.

(v) Imbuhan se- dan ter- Sama seperti golongan kata yang lain, setiap golongan kata mempunyai imbuhan tertentu yang menjadi penanda bagi golongannya. Bagi kata adjektif, penanda golongannya dapat dilihat menerusi imbuhan se- dan ter-. Imbuhan se- dan ter- ini menunjukkan perbandingan dan darjah kepalingan. Kedua-dua imbuhan ini boleh dijadikan penguji dalam menentukan kata adjektif kerana kedua-dua imbuhan ini dapat menunjukkan perbandingan (imbuhan se-) atau darjah kepalingan (imbuhan ter-). Contohnya:

PERKATAAN

IMBUHAN

KATA TERBITAN

baik

se-

sebaik

ter-

terbaik

luas

se-

seluas

ter-

terluas

mahal

se-

semahal

ter-

termahal

segak

se-

sesegak

ter-

tersegak

K a t a A d j e k t i f | 131

(vi) Kata adjektif sebagai kata dasar dalam frasa Kata adjektif yang hadir dalam binaan frasa atau klausa/ayat lazimnya terdiri daripada kata dasar (Norliza Jamaluddin, 2011). Berbanding dengan kata kerja, kata adjektif yang menjalankan fungsi sebagai penerang atau predikat, lazimkan merupakan kata dasar. Contohnya:

Frasa : zaman awal bahagian awal perkara aneh kes berat kesan buruk pemimpin bijak

Ayat :

(23) Makanan di restoran itu enak sekali. (24) Keadaan di kawasan itu semakin bising.

(25) Kakak sulungnya tidak cerewet dalam menguruskan rumah tangga.

Tuliskan (Y) untuk kata adjektif dan (T) untuk kata yang bukan merupakan kata adjektif bagi perkataan yang bergaris di bawah:

1. air limau ( ) 2. kebaya biru ( ) 3. penulis muda ( ) 4. pagar berduri ( ) 5. kulit yang mulus ( ) 6. jawatan tertinggi ( ) 7. penyanyi ternama ( ) 8. pelakon handalan ( ) 9. rasa yang teramat pahit ( ) 10. lagu yang mengasyikkan ( ) 11. kanak-kanak yang tertidur ( ) 12. persembahan yang memukau ( ) 13. bendera yang masih tergantung ( ) 14. bau yang seharum limau kasturi ( ) 15. berita yang amat mengejutkan kami ( )

K a t a A d j e k t i f | 132

6.4 Jenis-jenis Kata Adjektif Berdasarkan kepada kriteria makna, kata adjektif dapat digolongkan kepada 9 subgolongan, iaitu:

SIFATAN

PERASA- AN

WARNA

CARA JENIS

KA

UKURAN

JARAK BENTUK

PANCA- INDERA

WAKTU

6.4.1 Kata adjektif sifatan Kata adjektif sifatan ialah kata yang menerangkan perangai, tabiat atau keadaan sesuatu nama. Contohnya :

budak baik kanak-kanak comel badan lemah tubuh sihat pemuda berani lelaki tampan

6.4.2 Kata adjektif warna Kata adjektif warna ialah kata yang menjadi unsur keterangan pada warna sesuatu nama. Contohnya :

kertas kuning baju jingga bunga ungu kain coklat rambut perang tiang oren

K a t a A d j e k t i f | 133

Kata warna boleh diikuti oleh kata adjektif atau dibuat perbandingan dengan unsur-unsur alam. Contohnya:

kulit hitam legam baju merah tua kain biru langit daun hijau muda warna hijau pucuk pisang kulit kuning langsat

6.4.3. Kata adjektif ukuran Kata adjektif ukuran ialah kata yang menjadi unsur keterangan ukuran pada benda bernyawa atau tak bernyawa, konkrit atau abstrak sesuatu nama. Contohnya :

kain nipis bilik kecil sekolah rendah berbaju tebal rumah besar budak kecil

6.4.4 Kata adjektif bentuk Kata adjektif bentuk ialah kata yang menjadi unsur keterangan bagi sesuatu bentuk pada benda bernyawa atau tidak bernyawa. Contohnya:

meja bulat perut buncit parang panjang berdagu lekuk

6.4.5 Kata adjektif waktu / masa Kata adjektif masa atau waktu ialah kata yang bagi menjelaskan masa. Contohnya :

jalan lama berjalan lambat zaman dahulu masa silam kawan baharu basikal tua

6.4.6 Kata adjektif jarak Kata adjektif jarak ialah kata yang menunjukkan ruang antara dua benda atau keadaan. Contohnya:

jalan dekat orang yang paling hampir

jarak yang jauh

K a t a A d j e k t i f | 134

6.4.7 Kata adjektif cara Kata adjektif cara ialah kata yang menunjukkan kelakuan atau ragam. Contohnya:

berjalan perlahan bercakap cepat arus deras berlari pantas

6.4.8 Kata adjektif perasaan Kata adjektif perasaan ialah kata yang menerangkan perasaan seseorang terhadap sesuatu. Kata adjektif jenis ini perlu disertai kata sendi apabila diperluas dengan kata nama. Contohnya:

rindu akan ibu suka akan durian benci akan dia marah akan anaknya

Jika kata adjektif perasaan ini tidak diikuiti dengan kata sendi, maka bentuk yang terhasil tidak gramatis. Kesalahan menggunakan akhiran –kan pada kata adjektif kerana terdapat anggapan bahawa kata sendi akan boleh disingkatkan menjadi –kan. Contohnya :

*rindu ibu *rindukan ibu *suka durian *sukakan durian * benci dia * bencikan dia *marah anaknya *marahkan anaknya

6.4.9 Kata adjektif pancaindera Kata adjektif pancaindera ialah kata yang menerangkan konsep rasa, dengar, bau, sentuh, pandang atau gabungan bagi kelima-lima indera. Contohnya:

RASA sedap pahit manis kelat

PANDANG comel segak hodoh cantik

PANCAINDERA DENGAR bising merdu nyaring serak

BAU busuk hapak hanyir tengik

SENTUH lembut licin kesat keras

K a t a A d j e k t i f | 135

Garisi kata adjektif dan tuliskan jenis setiap kata adjektif dalam ruangan kanan di bawah. 1. air masin ( ) 2. rasa rindu ( ) 3. tidur nyenyak ( ) 4. bangunan lama ( ) 5. lantai yang licin ( ) 6. aliran yang deras ( ) 7. daging yang hamis ( ) 8. penulis yang ternama ( ) 9. muka empat segi bujur ( ) 10. buah yang agak masam ( ) 11. pemuda yang amat gagah ( ) 12. tanah pamah yang agak subur ( ) 13. baju Melayu hijau pucuk pisang ( ) 14. ahli keluarga yang paling hampir ( ) 15. bilik yang seharum bunga Melati ( )

6.5 Pembentukan Kata Adjektif Terdapat empat bentuk kata adjektif dalam bahasa Melayu, iaitu: kata adjektif tunggal, kata adjektif terbitan, kata adjektif ganda, dan kata adjektif majmuk.

BENTUK KATA AJDKETIF

TUNGGAL TERBITAN GANDA MAJMUK

AWALAN SISIPAN APITAN

SEPARA BERENTAK PENUH

K a t a A d j e k t i f | 136

6.6 Kata Adjektif Tunggal Kata adjektif tunggal ialah kata adjektif dalam bentuk kata dasar, iaitu yang tidak menerima pengimbuhan, penggandaan atau pemajmukan. Kata adjektif tunggal dapat berfungsi sebagai inti frasa adjektif atau sebagai penerang kata nama. Bentuk tunggal ini merupakan bentuk kata adjektif yang paling lazim dalam bahasa Melayu berbanding dengan bentuk-bentuk yang lain. Contohnya :

masin merdu lazat kuat nyenyak lama bengkuk terang

Yang berikut merupakan contoh kata adjektif tunggal yang hadir dalam frasa dan ayat. Contohnya : Frasa :

rasa masin suara merdu masakan lazat

Ayat :

(26) Kuah ini masin. (27) Suara penyanyi itu merdu. (28) Masakan ibu saya lazat.

6.7 Kata Adjektif Terbitan Kata adjektif terbitan ialah kata adjektif yang mendapat imbuhan, sama ada melalui awalan, apitan atau sisipan.

6.7.1 Awalan Kata Adjektif Awalan yang membentuk kata adjektif terbitan ialah teR-, dan se-.

1. Awalan teR- (I) Bentuk awalan teR- Awalan teR- mempunyai dua bentuk. Awalan teR- menjadi ter- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan semua huruf, kecuali dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r. Contohnya:

tercantik terbesar terbaharu termasyhur terbaik termurah

K a t a A d j e k t i f | 137

Awalan teR- menjadi te- di depan kata dasar yang bermula dengan huruf r. Contohnya:

terisau teramai terapi teriang

(II) Fungsi awalan teR- Awalan teR- berfungsi untuk menerbitkan kata adjektif apabila bergabung dengan kata dasar yang sememangnya kata adjektif. Contohnya:

teR- + cantik (KA) tercantik (KA) teR- + rapi (KA) terapi (KA) teR- + baik (KA) terbaik (KA)

Contoh penggunaannya dalam ayat:

(29) Bangunan itulah yang tertinggi. (30) Sungai terpanjang di Malaysia ialah Sungai Rejang. (31) Dialah yang terpandai di kelas itu.

(III) Makna awalan teR- Apabila kata adjektif bergabung dengan awalan ter-, kata adjektif yang terbentuk membawa pengertian ‘lebih atau paling’, iaitu yang menunjukkan darjah yang lebih tinggi dalam skala perbandingan. Contohnya :

terkecil = paling kecil termerah = paling merah termuda = paling muda terbaik = paling baik

2. Awalan se- (I) Bentuk awalan se- Bentuk awalan se- tidak berubah apabila bercantum dengan sebarang huruf konsonan pada pangkal kata dasar. Contohnya:

setinggi seindah seburuk sehebat semasyur secantik sebaik setebal

K a t a A d j e k t i f | 138

(II) Fungsi awalan se- Awalan se- berfungsi untuk menerbitkan kata adjektif apabila bergabung dengan kata dasar. Contohnya:

se- + pandai (KA) sepandai (KA) se- + mudah (KA) semudah (KA) se- + besar (KA) sebesar (KA)

Contoh penggunaannya dalam ayat:

(32) Harta saya tidak sebanyak harta dia. (33) Rupa Sarah secantik Munirah. (34) Buku setebal kamus itu belum dibacanya.

(III) Makna awalan se- Apabila kata adjektif bergabung dengan awalan se-, kata adjektif yang terbentuk membawa pengertian ‘sama’, iaitu yang menunjukkan darjah yang sama dalam skala perbandingan. Contohnya :

secantik = sama cantik sekecil = sama kecil selurus = sama lurus sehalus = sama halus

6.7.2 Apitan Kata Adjektif Apitan kata adjektif ialah ke-...-an.

Apitan ke-...-an (I) Bentuk awalan ke-...-an Apitan ke-...-an mempunyai satu bentuk, iaitu ke-…-an. Contohnya:

kebaratan keakuan kemelayuan kearaban kecinaan kepahlawanan

K a t a A d j e k t i f | 139

(II) Fungsi apitan ke-...-an Apitan ke-...-an berfungsi untuk membentuk kata kerja adjektif. Apitan ke-...-an boleh menerima kata dasar daripada golongan kata nama dan kata adjektif. Contohnya:

ke-...-an + arab (KN) kearaban (KA) ke-...-an + melayu (KN) kemelayuan (KA) ke-...-an + kuning (KA) kekuningan (KA) ke-...-an + besar (KA) kebesaran (KA)

(III) Makna apitan ke-…-an Apitan ke-…- an ini membawa pengertian bersifat seperti sesuatu, iaitu berdasarkan makna kata yang mendasari kata terbitan tersebut.Contohnya :

kepahlawanan = bersifat seperti pahlawan kecinaan = bersifat seperti Cina kebaratan = bersifat seperti barat

Di samping itu, apitan ke-...-an turut mendukung maksud kadaan atau sifat sesuatu. Contohnya :

kebaikan = keadaan atau sifat baik kelemahan = keadaan atau sifat lemah kemerahan = keadaan atau sifat merah

6.7.3 Sisipan Kata Adjektif (I) Bentuk sisipan kata adjektif Dari segi bentuk sisipan, terdapat empat jenis sisipan kata adjektif, iaitu:

i. sisipan -el- ii. sisipan -er- iii. sisipan -em- iv. sisipan -in-.

Walau bagaimanapun, berbanding dengan bentuk terbitan yang lain, pembentukan sisipan ini tidak lagi produktif. Contohnya: Sisipan -el- :

selerak gelembung kelebak

K a t a A d j e k t i f | 140

Sisipan -em- :

gemuruh gemilang semerbak

Sisipan -er- :

kerlip gerodak

Sisipan -in- :

sinambungan kinerja

(II) Fungsi sisipan -el-, -er-, –em-, dan –in- Semua imbuhan sisipan ini menerbitkan kata adjektif yang memberikan sifat pada kata nama. Contohnya:

-el- + kupas (KK) kelupas (KA) -er- + sabut (KN) serabut (KA) -em- + guruh (KN) gemuruh (KA) -in- + sambung (KK) sinambung (KA)

(III) Makna sisipan sisipan -el-, -er-, –em-, dan –in- Semua imbuhan sisipan ini membawa ”sifat yang terdapat dalam kata dasar.” Kata adjektif itu kemudiannya digunakan sebagai penerang kepada kata nama. Contohnya:

(35) Bilik selerak itu akan dibersihkan. (36) Fikirannya serabut dengan masalah. (37) Bau semerbak itu daripada minyak wangi. (38) Bahasa dalam karya klasik sinambung dengan bahasa moden.

K a t a A d j e k t i f | 141

6.8 Kata Adjektif Ganda Dari segi gandaan pula, terdapat tiga jenis kata adjektif ganda, iaitu :

i. penggandaan penuh ii. penggandaan separa iii. penggandaan berentak

(i) Penggandaan penuh Penggandaan jenis ini ialah menggandakan seluruh kata adjektif. Contohnya :

rendah-rendah laju-laju besar-besar lambat-lambat suka-suka bujur-bujur kelayu-layuan kemalu-maluan kekuning-kuningan

(ii) Penggandaan separa penggandaan separa pula menggandakan sebahagian daripada kata adjektif. Misalnya, bagi kata adjektif terbitan yang menjadi kata dasar, maka hanya daripada kata adjektif terbitan tersebut yang digandakan. Contohnya:

setinggi-tinggi kebiru-biruan kecil-kecilan setebal-tebal

(iii) Penggandaan berentaj Penggandaan berentak pula menggandakan kata adjektif mengikut rentak tertentu, iaitu sama ada melibatkan perulangan konsonan yang sama atau perulangan vokal atau perulangan bunyi terentu. Contohnya :

kusut-masai kacau-bilau gegak-gempita kelam-kabut

(II) Fungsi Kata Adjektif Ganda Proses penggandaan boleh menerbitkan kata adjektif. Contohnya:

K a t a A d j e k t i f | 142

barat (KN) kebarat-baratan (KA) simpang (KN) simpang-siur (KA) biru (KA) kebiru-biruan (KA) rindu (KA) rindu-rinduan (KA)

(III) Makna Kata Adjektif Ganda (a) sifat jamak. Contohnya:

(39) Pelajar di sekolah itu baik-baik. (40) Gadis zaman dahulu malu-malu (41) Pokok kelapa di situ tinggi-tinggi. .

(b) menyerupai sifat yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya:

(42) Warna baju nenek itu kebiru-biruan. (43) Perangai pemuda itu kebudak-budakan. (44) Perniagaan kecil-kecilan manambahkan pendapatan.

(c) kesangatan. Contohnya:

(45) Majlis perkahwinan artis itu gilang-gemilang. (46) Buah di pasar itu segar-bugar. (47) Keadaan bilik itu gelap-gelita.

6.9 Kata Adjektif Majmuk (I) Bentuk kata adjektif majmuk Dalam bahasa Melayu, terdapat dua jenis kata adjektif majmuk, iaitu:

(a) kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas (b) Kata majmuk yang membawa maksud simpulan bahasa

(a) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas, iaitu yang melibatkan rangkaian beberapa perkataan yang salah satu daripadanya terdiri daripada kata adjektif. Contohnya :

biru laut kuning langsat merah saga

K a t a A d j e k t i f | 143

(b) Kata majmuk yang membawa maksud simpulan bahasa, iaitu rangkaian beberapa perkataan yang salah satu daripada perkataan tersebut terdiri daripada kata adjektif. Bagaiamanapun, rangkaian perkataan ini membawa maksud yang berbeza daripada makna asal perkataan tersebut.Contohnya :

ringan tulang = rajin menolong orang pekak badak = tidak mahu mendengar bunyi suara besar kepala = sombong / keras kepala

(II) Makna Adjektif Majmuk Kata adjektif majmuk menerangkan sifat pada kata nama yang dijelaskannya. Contohnya:

(48) Rasa minuman itu manis buah. (49) Badan lelaki itu besar tetapi hanya gemuk air. (50) Punggung periuk itu hitam pekat.

6.10 Perbandingan Kata Adjektif Salah satu ciri yang penting bagi kata adjektif ialah kata adjektif boleh dibuat perbandingan. Dalam Tatabahasa Dewan (2008), ada tiga darjah bagi perbandingan kata adjektif, iaitu:

(i) darjah biasa, (ii) darjah bandingan (iii) darjah penghabisan

6.10.1 Perbandingan dengan darjah biasa Perbandingan dengan darjah biasa tidak melibatkan perbandingan dengan apa-apa benda atau maujud yang lain. Perbandingan jenis ini tidak melibatkan kata perbandingan atau kata penguat. Contohnya:

(51) Rumah saya besar. (52) Tali itu panjang. (53) Badan budak itu kurus.

6.10.2 Perbandingan dengan darjah bandingan

Terdapat dua cara yang digunakan untuk menyatakan darjah bandingan, iaitu: (i) bandingan yang sama (ii) bandingan yang berbeza

K a t a A d j e k t i f | 144

(i) bandingan yang sama (a) bandingan dengan awalan se-. Contohnya:

(54) Wajah Siti secantik kakaknya. (55) Gunalan tidak seberani Maniam. (56) Rumah Abdullah sebesar rumah Talib.

(b) bandingan dengan sama + adjektif + dengan. Contohnya:

(57) Wajah Siti sama cantik dengan kakaknya. (58) Gunalan tidak sama berani dengan Maniam. (59) Rumah Abdullah sama besar dengan rumah Talib.

(c) bandingan dengan kata perbandingan Bandingan dapat juga diungkapkan dengan penggunaan kata perbandingan seperti bagai, bak, ibarat, seperti, umpama, laksana dan sebagainya. Contohnya:

(60) Adik Samad mempunyai hati yang keras bagai batu. (61) Lagaknya umpama orang kaya. (62) Wajah Navin pucat seperti mayat.

(ii) bandingan yang berbeza Bandingan jenis ini dinyatakan dengan menggunakan rangkai kata lebih…daripada atau kurang … daripada. Contohnya:

(63) Shamsudin lebih bijak daripada Daud. (64) Gerai itu kurang bersih daripada gerai ini.

6.10.3 Perbandingan dengan darjah penghabisan

Darjah penghabisan ini dinyatakan melalui: (i) se- + kata adjektif + gandaan + kata nama (ii) ter- + kata adjektif (iii) paling + kata adjektif

K a t a A d j e k t i f | 145

(iv) kata adjektif + sekali (v) ter- + amat/sangat + kata adjektif (vi) amat/sungguh/sangat + kata adjektif + sekali (vii) terlalu

(i) se- + kata adjektif + gandaan + kata nama. Contohnya:

(65) Sesabar-sabar perempuan, jika marah berbahaya. (66) Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

(ii) ter- + kata adjektif. Contohnya:

(67) Kain batik tulisan tanganlah yang termahal. (68) Lukisan ini tercantik antara semua lukisan yang dijual.

(iii) paling + kata adjektif. Contohnya:

(69) Rumah Mazlan paling besar di kampung saya. (70) Bencana alam itulah yang paling dahsyat melanda Acheh.

(iv) kata adjektif + sekali. Contohnya:

(71) Baju budak itu kotor sekali. (72) Bayi itu comel sekali.

(v) ter- + amat/sangat + kata adjektif. Contohnya: (73) Cincin menteri itu teramat mahal. (74) Budak itu tersangat baik.

Binaan ter- + kata adjektif tidak perlu diikuti dengan kata penguat sekali kerana ter- dan sekali sudah mendukung makna ”darjah penghabisan.” Jika digunakan, binaan tersebut menjadi lewah.

(vi) amat/sungguh/sangat + kata adjektif + sekali. Contohnya:

(75) Pokok di kawasan perumahan itu amat tinggi sekali. (76) Lelaki tua itu sungguh baik sekali.

K a t a A d j e k t i f | 146

(vii) terlalu. Contohnya:

(77) Bapa Kam Wai terlalu garang. (78) Penjahat itu terlalu bengis.

Dalam buku-buku kerja, penggunaan dua kata penguat seperti dalam frasa adjektif yang berikut adalah salah. Namun, dalam Tatabahasa Dewan, binaan tersebut betul. Berikan komen anda. (i) amat tinggi sekali (ii) sungguh amat tinggi

KATA KUNCI 1. kata adjektif 6. keadaan nama 11. tunggal 2. kata sifat 7. kata inti 12. terbitan 3. sifat nama 8. kata dasar 13. ganda 4. sifat kata 9. penerang 14. majmuk 5. rupa nama 10 . kata penguat 15. perbandingan

PENILAIAN KENDIRI

1. Berikan tiga contoh kata adjektif berdasarkan bentuk katanya.

TUNGGAL TERBITAN SISIPAN GANDA

K a t a A d j e k t i f | 147

2. Apakah rasional yang digunakan oleh Za’ba untuk membahagikan kata adjektif kepada dua jenis? Nyatakan hujah anda berserta contoh yang relevan.

3. Apakah yang membezakan kata adjektif daripada kata nama dan kata kerja? 4. Mengapakah kata penguat dikatakan sebagai penanda bagi golongan kata adjektif? 5. Jelaskan proses penerbitan kata bagi kata adjektif. 6. Dengan mengemukakan contoh yang relevan, huraikan fungsi tipikal kata adjektif bahasa Melayu. 7. Huraian aspek pemaknaan bagi kata terbitan kata adjektif. 8. Jelaskan pembentukan kata adjektif. Setiap jenis, berikan dua contoh yang sesuai.

RUJUKAN

Ahmad Khair Mod Nor (2002). Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Asmah Hj. Omar. (2008). Nahu Kemas Kini. Kuala Lumpur: PTS Professional.

Nik Safiah Karim et al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norliza Jamaluddin. (2011). Kata Sifat Bahasa Melayu Berdasarkan Data Korpus Berkomputer. Tesis PhD.

Universiti Malaya.

Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) 2000. Pelita Bahasa Melayu Penggal 1-III Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kata Adverba| 148

UNIT 7 KATA ADVERBA

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit, anda diharapkan dapat:

1. mengetahui jenis kata adverba dalam bahasa Melayu 2. mengetahui fungsi kata adverba dalam ayat 3. menyenaraikan kata adverba dalam ayat 4. menggunakan kata adverba dengan betul

7.0 Pengertian Kata Adverba Kata adverba juga dikenali sebagai kata keterangan. Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, dan kata adverba. Kata adverba menjadi tambahan dalam predikat dan tidak dapat berdiri sendiri untuk menjadi inti frasa. Oleh sebab itu, kata adverba tergolong sebagai kata tugas. Contohnya:

(1) Haris pulang esok. (esok ialah kata adverba yang menerangkan kata kerja pulang) (2) Maryam selalu suka akan ais krim. (selalu ialah kata adverba yang menerangkan kata adjektif suka) (3) Pemuda itu ketawa kuat sungguh. (sungguh ialah kata adverba yang menerangkan kata adverba kuat) (4) Lelaki itu pura-pura baik untuk menarik perhatian gadis itu.(pura-pura ialah kata adverba yang

menerangkan kata adjektif baik)

Perkataan daripada golongan kata yang lain dapat menjadi kata adverba kerana mempunyai fungsi ”menerangkan”. Fungsi inilah selalunya menyebabkan tarafnya berubah daripada golongannya dalam struktur ayat. Dalam ayat (5), perkataan cepat tidaklah lagi tergolong sebagai kata adjektif seperti dalam ayat (6) kerana cepat berfungsi menerangkan perbuatan ”berjalan” dan tidak menjadi inti bagi frasa predikat. Kata cepat dalam ayat (6) ialah kata adjektif kerana menjadi inti frasa predikat. Contohnya:

(5) Dia berjalan cepat. (6) Perjalanan ke Ipoh cepat.

Kata Adverba| 149

Dalam ayat (7)-(9), kata kerja berfungsi sebagai kata adverba kerana menjadi penerang kepada kata kerja, kata adjektif dan adverba. Contohnya:

(7) Budak lelaki itu berenang menelentang. (8) Baju perempuan itu merah menyala. (9) Mereka ke bandar berdua.

Bandingkan ayat yang berikut. Apakah fungsi kata parah dalam ayat-ayat tersebut? 1. Mangsa kemalangan itu parah. 2. Mangsa kemalangan itu bertambah parah. 3. Mangsa kemalanagn itu luka parah.

7.1 Ciri-ciri Kata Adverba (a) keterangan yang ditambahkan pada kata kerja, kata adjektif dan kata adverba. Contohnya:

(12) Adik menangis terisak-isak. (13) Budak itu kurang berhati-hati. (14) Kasut lelaki itu hitam berkilat. (15) Gadis itu cantik menawan (16) Mereka ke hosiptal segera. (17) Kamil datang ke sini tiba-tiba

(b) kedudukan kata adverba adalah bebas, yakni boleh di depan atau di belakang perkataan yang diterangkannya. Contohnya:

tidur lena kurang berhati-hati duduk diam-diam sering berpindah putih berseri hampir pengsan

Kata adjektif yang menjadi adverba bagi kata kerja yang menunjukkan cara boleh bertukar tempat. Contohnya:

Kata Adverba| 150

tidur lambat lambat tidur bermain bersungguh-sungguh bersungguh-sungguh bermain menangis terisak-isak terisak-isak menangis

7.2 Bentuk Kata Adverba Kata adverba terdiri daripada bentuk:

(i) kata tunggal (ii) kata terbitan (iii) kata ganda

(i) Bentuk kata adverba tunggal Kata adverba dalam bentuk tunggal tidaklah banyak. Kata adverba bentuk tunggal terdiri daripada satu kata dasar. Contohnya: esok, dahulu, hampir, begitu, tentu, tadi, lusa, sekarang, semalam, sentiasa, selalu dan sebagainya.

(18) Azmi akan datang esok. (19) Saya akan pergi dulu. (20) Peristiwa itu akan menjadi ingatan semasa tua kelak. (21) Dia sentiasa berderma. (22) Hasnita tentu lapar.

(ii) Bentuk kata adverba terbitan Kata adverba terbitan ialah kata adverba yang mempunyai imbuhan. Bentuk kata adverba ini terdiri daripada:

se-...-nya seperti sepatutnya, semestinya, sesudahnya, sebolehnya, seeloknya, dll; –nya seperti agaknya, biasanya, rasanya, dll. Contohnya:

se-…-nya (23) Sebaiknya kita segera pergi ke sana. (24) Kami sebenarnya tidak jadi ke sana. (25) Seeloknya kita siapkan keraj ini.

-nya (26) Maryam pintar rupanya. (27) Bayi itu biasanya menangis apabila lapar. (28) Gurauan itu agaknya membuatnya marah.

Kata Adverba| 151 (iii) Bentuk kata adverba ganda Kata adverba ganda ialah kata adverba dalam bentuk ganda. Kata adverba ganda terdiri daripada (a) penggandaan penuh, (b) penggandaaan separa, (b) penggandaan berentak. Contohnya:

(a) kata adverba penggandaan penuh. Contohnya:

duduk diam-diam buai laju-laju datang tiba-tiba pura-pura baik sama-sama cantik betul-betul baik

(b) kata adverba penggandaaan separa. Contohnya:

datang berhari-hari menangis teresak-esak berjuang mati-matian berniaga kecil-kecilan terbang setinggi-tingginya menjerit sekuat-kuatnya merdu semerdu-merdunya

(c) kata adverba penggandaan berentak. Contohnya:

lari lintang-pukang berjalan mundar-mandir berjalan huyung-hayang menangis sedu-sedan tidur serta-merta

Kata Adverba| 152

7.3 Jenis-jenis Kata Adverba Kata adverba terdiri daripada tiga jenis, iaitu:

(a) kata adverba jati (b) kata adverba yang asalnya kata adjektif (c) kata adverba yang asalnya kata kerja

(a) kata adverba jati Kata adverba jati ialah kata adverba yang tidak termasuk ke dalam mana-mana golongan kata lain. Kata adverba jati sememangnya berfungsi untuk menerangkan kata kerja, kata adjektif atau kata adverba. Bentuk kata adverba tunggal merupakan kata adverba jati. Contohnya: tadi, kelak, dahulu, sekarang, nanti, kemudian, tulat, dahulu, kemudian, barangkali, sentiasa, saling, langsung, begitu, begini, demikian, semalam, kelmarin, esok, lusa, kelak, sering kali, acap kali, kerap kali, julung kali, sentiasa, kadang- kadang, kadangkala, saling, sekali gus, serentak, jarang kali, sempat, langsung, nyaris, begitu, begini, demikian, pertama kali, agaknya, dan nanti, dll. Beberapa contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:

(29) Saya telah menziarahi Jamal kelmarin. (30) Tetamu datang serentak pada majlis itu. (31) Anis cantik sekarang. (32) Lelaki itu dahulu kaya, tetapi kini miskin. (33) Dia datang ke rumah saya kelmarin. (34) Kita perlu membuat kerja itu sekali gus esok.

(ii) kata adverba asalnya kata adjektif Kata adjektif ini asalnya memang kata adjektif tetapi berfungsi sebagai adverba yang menerangkan kata kerja, kata adjektif atau kata frasa sendi nama. Contohnya: lampai (tinggi lampai), besar (besar panjang), kurang (kurang berhati-hati), sering (sering ke pejabat), dll. Cntohnya:

(35) Pemain bola keranjang dari China itu tinggi lampai. (36) Anak Pak Yazid sudah besar panjang. (37) Kanak-kanak kurang berhati-hati ketika melintas jalan. (38) Maniam sering ke pejabat pada hari Sabtu. (39) Bas ekspres dari Kelantan tiba lewat.

Kata Adverba| 153

(c) kata adverba salnya kata kerja Kata adverba jenis ini berasal daripada kata kerja dan berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama. Contohnya: mengiring (tidur mengiring), menyala (merah menyala), menyendiri (duduk menyendiri), berseri (cantik berseri), melangit (tinggi melangit), dll. Contohnya:

(40) Bayi itu tidur mengiring. (41) Gadis itu memakai baju merah menyala. (42) Encik Lim duduk menyendiri sejak kematian isteri. (43) Wajah gadis itu cantik berseri. (44) Menara Kuala Lumpur tinggi melangit

7.4 Kata Tugas yang Tergolong dalam Kata Adverba Kata bantu dan kata penguat tergolong sebagai kata adverba. Dalam ayat (45)-(48), kata bantu dan kata penguat juga berfungsi sebagai kata adverba kerana kedua-duanya berfungsi ”menerangkan”. Contohnya:

(45) Bapa mesti pergi ke majlis kenduri itu. (46) Kereta api itu mula bergerak. (47) Pakaian di kedai ini agak mahal. (48) Bangunan yang baru siap itu terlalu tinggi.

Dalam ayat (45)-(46), perkataan mesti dan mula merupakan kata bantu kerana hadir di depan kata kerja, manakala dalam ayat (47)-(48) perkataan agak dan terlalu dikenali juga sebagai kata penguat kerana hadir di depan kata adjektif. Namun, kata bantu dan kata penguat dalam contoh ayat di atas dari segi fungsinya adalah sebagai kata adverba kerana perkataan tersebut berfungsi ’menerangkan’. Oleh itu, kata bantu dan kata penguat boleh menjadi kata adverba dalam ayat.

7.5 Makna Kata Adverba Kata adverba mempunyai makna yang banyak. Dalam modul ini, hanya beberapa saja makna yang disenaraikan:

(a) Adverba waktu

Perkataan yang menerangkan masa berlakunya sesuatu perbuatan atau peristiwa dan keadaan. Contohnya:

Kata Adverba| 154

(49) Amir hendak pulang sekarang. (50) Bas ekspres itu tiba lewat. (51) Abang baru pulang dari pejabat. (52) Komathi selalu datang ke rumah saya.

(b) Adverba cara Perkataan yang menerangkan cara sesuatu perbuatan itu dilakukan. Contohnya:

(53) Hamid duduk menyendiri. (54) Kamu perlu berbuat begini. (55) Buruh itu berkerja bermati-matian. (56) Dia berkata demikian semata-mata untuk berbohong.

(c) Adverba ragam Perkataan yang menerangkan ragam atau keadaan kepastian berlakunya sesuatu perbuatan. Contohnya:

(57) Saya tentu sampai di sana petang ini. (58) Pelajar itu betul-betul gembira dengan keputusan SPMnya. (59) Mohd Nor benar-benar baik.

(d) Adverba jarak Perkataan yang menerangkan jarak yang berkaitan dengan kata kerja yang diterangkannya. Contohnya:

(60) Zaini tinggal dekat dengan rumah saya. (61) Burung gagak itu terbang tinggi. (62) Datuk pergi jauh meninggalkan kita.

Kata Adverba| 155

(e) Adverba keadaan Perkataan yang menerangkan keadaan yang berlaku pada kata kerja, kata adjektif dan kata adverba. Contohnya:

(63) Askar itu berambut pendek. (64) Buku-buku itu disusun rapi. (65) Cili itu dipotong nipis.

(f) Adverba sifat perasaan Perkataan yang menerangkan sifat perasaan bagi kata kerja. Contohnya:

(66) Ibu berasa rindu sejak adik ke universiti. (67) Dia bercakap benar setiap kali berbicara. (68) Nasir ketawa riang menonton persembahan itu.

KATA KUNCI 1. kata adverba 2. kata keterangan 3. penerang

PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan kata adverba yang terdapat dalam ayat yang berikut: a. Dia jarang-jarang datang ke rumah saya. b. Mereka diam-diam datang ke sini. c. Bapa bekerja kuat sejak dulu. d. Setibanya musim panas, orang Arab suka melancong. e. Ustaz ini memberi kuliah secara bulanan. f. Budak itu lari lintang-pukang kerana dikejar anjing. g. Gadis itu duduk termenung. h. Kami berdoa agar pengantin itu hidup berbahagia. i. Jiran saya masih sakit tenat. j. Adik dimarahi kerana bermain sehari-hari.

Kata Adverba| 156

2. Apakah bentuk kata adverba yang bergaris? a. berbuat baik b. tinggal dekat c. memandu perlahan-lahan d. duduk sebentar e. pulang ke gagang f. berpisah lama g. ketawa riang h. berkawal bergilir-gilir i. kadang kala timbul j. sentiasa berhati-hati

3. Apakah jenis kata adverba yang bergaris? a. sejuk benar b. kasar sedikit c. belajar sangat kuat d. berjalan lambat sungguh e. tidur lewat f. bergerak perlahan

RUJUKAN

Abdullah Hassan. (2006). Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Arbak Othman. (1984). Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Percetakan Sarjana (M) Sdn. Bhd.

Asmah Hj. Omar. (2009). Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor. (2008). Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd.

Kata Tugas| 157

UNIT 8 KATA TUGAS

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit, anda diharapkan dapat:

1. mengetahui golongan kata tugas dalam bahasa Melayu 2. menyenaraikan jenis-jenis kata tugas 3. menggunakan kata tugas dengan betul

8.0 Pengertian Kata Tugas Kata tugas ialah kata yang hadir dalam frasa, klausa atau ayat untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu (Nik Safiah Karim et al., 2008). Kata tugas tidak dapat menjadi inti frasa berbanding dengan kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Contohnya, kata tugas ke, sangat, dan, sisi, tolong, apa, memang tidak boleh berdiri sendiri dalam ayat kecuali hadir bersama dengan kata lain, dan mendukung tugas tertentu dalam ayat. Makna kata tugas timbul hanya dalam ayat.

8.1 Fungsi Kata Tugas Dalam ayat (1) yang berikut, perkataan ramai, sedang dan ke ialah kata tugas. Kata ramai berfungsi sebagai kata bilangan dan bertugas untuk kata nama pelajar. Kata sedang ialah kata bantu yang bertugas untuk kata kerja menuju, manakala ke sebagai kata sendi pula bertugas untuk kata nama perpustakaan. Jadi, kata tugas yang hadir dalam frasa, klausa atau ayat mempunyai sesuatu tugas tertentu sama ada sebagai pembilang, pembantu, penghubung, penerang, penguat, penegas, penafi, pembenar, dan sebagainya.

(1) Ramai pelajar sedang menuju ke perpustakaan.

8.2 Ciri-ciri kata tugas (i) Kata tugas tidak dapat berfungsi sebagai unsur inti bagi frasa predikat. Contohnya:

(2) *Maisarah ke (2a) Maisarah ke kuliah. (3) *Muaz dan (3a) Muaz dan Hadi bermain badminton. (4) *Pipi bayi itu sangat (4a) Pipi bayi itu sangat putih.

Kata Tugas| 158

(ii) Hampir semua kata tugas tidak dapat mengalami perubahan bentuk atau proses morfologi, tetapi bagi kata utama boleh. Contohnya: Kata utama:

buku (KN) - berbuku, membukukan, buku-buku, buku hijau datang (KK) - kedatangan, mendatangi, datang-datang, datang bulan cantik (KA) - tercantik, mencantikkan, secantik, cantik-cantik

Kata tugas:

dan - tidak dapat menurunkan bentuk kata lain seperti *mendan, *kedan, *didan *mengdan-dan

Kekecualian pada beberapa perkataan, dan hanya pada proses tertentu sahaja. Contohnya:

sudah – menyudahkan, penyudah, sudah-sudah oleh – memperoleh, beroleh, oleh-oleh

(iii) Memerlukan kata lain untuk berfungsi dalam frasa atau ayat. Contohnya:

dari memerlukan kata nama selepasnya : dari rumah, dari sekolah, dari kuliah tidak memerlukan kata adjektif atau kata kerja selepasnya : tidak cantik atau tidak makan tepi memerlukan kata sendi sebelumnya dan kata nama selepasnya : di tepi rumah kerana memerlukan frasa nama atau klausa selepasnya : kerana dia atau kerana dia tidak datang

8.3 Golongan Kata Tugas Kata tugas boleh digolongkan kepada empat kelompok besar dan jenis-jenisnya seperti yang disenaraikan dalam Tatabahasa Dewan (2008) untuk tujuan pengajaran, iaitu :

(1) kata penyambung ayat (kata hubung)

(i) kata hubung gabungan (ii) kata hubung pancangan

Kata Tugas| 159

(2) kata praklausa

(i) kata seru (ii) kata tanya (iii) kata perintah (iv) kata pembenar (v) kata pangkal ayat

(3) kata prafrasa dan pascafrasa

(i) kata bantu (ii) kata penguat (iii) kata penegas (iv) kata nafi (v) kata pemeri (vi) kata sendi (v) kata arah (vi) kata bilangan (vii) kata adverba

(4) Kata pascakata

(i) kata penekan (ii) kata pembenda

8.4 Kata Penyambung Ayat Yang dikatakan kata penyambung ayat itu ialah kata hubung. Kata penyambung ayat atau kata hubung, ialah kata yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenal sebagai ayat majmuk. Kata hubung berfungsi untuk menghubungkan perkataan dengan perkataan, frasa dengan frasa, atau klausa dengan klausa. Contohnya:

(1) Ayah dan ibu pergi ke bandar. (menghubungkan perkataan dengan perkataan)

(2) Mereka berjalan kaki atau menaiki bas. (menghubungkan frasa dengan frasa)

(3) Kami menonton televisyen manakala dia membaca akhbar. (menghubungkan klausa dengan klausa)

Kata Tugas| 160

Kata hubung dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: (a) kata hubung gabungan, dan (b) kata hubung pancangan.

8.4.1 Kata hubung gabungan

Kata hubung gabungan ialah kata hubung yang digunakan untuk menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Tempat kata hubung dalam ayat majmuk gabungan adalah di antara kedua-dua klausanya. Contohnya:

(4) Yusri dan Endry sedang makan. (5) Asiah menanak nasi atau menjerang air. (6) Yanti terus bercakap tetapi Suzana hanya diam sahaja.

Kata hubung gabungan ada berbentuk tunggal, seperti serta, tetapi, malahan, kemudian, sambil, lalu; dan berbentuk pasangan. Kata hubung berpasangan terdiri daripada dua bahagian yang dipisahkan oleh satu kata, frasa atau klausa yang dihubungkan. Perbezaan antara kata hubung gabungan berbentuk tunggal dengan pasangan ialah kata hubung berpasangan memberi tekanan pada unsur-unsur yang digabungkan, sedangkan kata hubung tunggal tidak. Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:

(7) Entah betul entah tidak berita itu. (8) Jangankan saya, bapanya pun tidak dihormati. (9) Baik Irfan mahupun Haris tidak dapat mengangkat peti itu. (10) Buku itu berguna bukan saja kepada pelajar tetapi juga kepada orang

dewasa.

1. Senaraikan beberapa kata hubung gabungan berserta maknanya. 2. Apakah istilah lain yang digunakan oleh Za’ba, Asmah, Abdullah Hasaan dan Arbak bagi kata

hubung berpasangan?

Kata Tugas| 161

8.4.2 Kata hubung pancangan

Kata hubung pancangan menurut Asraf (1996: 28) ialah kata hubung yang digunakan untuk memancangkan satu klausa pada klausa yang lain untuk membentuk ayat majmuk pancangan. Kata hubung pancangan wujud dalam ayat relatif, ayat komplemen dan ayat keterangan. Contohnya:

(11) Adik saya yang bongsu baru di tahun satu. (12) Dia menyatakan bahawa harga petrol akan naik. (13) Amat sukar untuk kita melakukan tugas itu. (14) Kita akan memperoleh kejayaan jika kita berusaha. (15) Kami akan hadir apabila kerja rumah kami siap.

Ayat (11) ialah ayat relatif kerana menggunakan kata hubung yang. Daripada ayat contoh tersebut, kata hubung yang menghubungkan klausa utama (Adik saya baru di tahun satu) dengan klausa kecil (yang bongsu).

Ayat (12) dan (13) ialah ayat komplemen kerana menggunakan kata hubung bahawa dan untuk.

Kata hubung komplemen berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi pelengkap dengan klausa utama.

Ayat (14) dan (15) ialah ayat keterangan kerana kehadiran kata hubung jika dan apabila. Kata

hubung tersebut menghubungkan klausa utama dengan klausa yang menjadi keterangan. Klausa yang menjadi keterangan ini dapat disongsangkan. Beberapa contoh kata hubung keterangan yang lain ialah kalau, sehingga, tatkala, agar, semoga, sewaktu, untuk, setelah, supaya, walaupun, kerana, hingga, meskipun, kendatipun, dan sebagainya.

Bagaimanakah anda dapat membezakan kata hubung ”untuk” sebagai kata hubung komplemen dengan kata hubung keterangan seperti ayat yang berikut: a. Amat mustahil untuk kami melakukannya. b. Kami akan ke sekolah itu untuk mula melakukan kajian.

Kata Tugas| 162

8.5 Kata Praklausa Kata praklausa terletak di depan klausa atau ayat. Kata praklausa bertugas untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, perintah, pengiyaan, atau sebagai penerang pangkal kepada klausa. Jenis kata praklausa ialah kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar dan kata pangkal ayat.

8.5.1 Kata Seru Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menyatakan berbagai-bagai perasaan, dan digunakan dalam ayat Dalam tulisan, kata seru lazimnya diletakkan di awal ayat dan selepas kata seru tersebut digunakan tanda koma. Tanda seru berada di akhir ayat. Contoh kata seru ialah eh, cis, wah, nah, aduh, amboi, aduhai, oi, syabas, celaka, dan sebagainya. Penggunaannya dalam ayat seperti yang berikut:

(16) Tuhanku! (17) Aduh, sakitnya! (18) Amboi, comel betul bayi itu! (19) Eh, kita menang! (20) Wahai, orang-orang yang beriman!

8.5.2 Kata Tanya Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk meminta maklumat atau untuk mendapatkan jawapan. Yang ditanyai itu boleh tentang sesuatu benda, tempat, cara, jumlah, sebab dan sebagainya. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat.

siapa untuk menanyakan orang atau nama orang apa untuk menanyakan benda, binatang, hal atau perkara mana untuk menanyakan masa, tempat atau lokasi kenapa, mengapa untuk menanyakan sebab bagaimana untuk menanyakan sebab atau cara berapa untuk menanyakan jumlah atau urutan bila untuk menanyakan masa

Apakah perbezaan antara kata tanya adakah dengan apakah?

Kata Tugas| 163

8.5.3 Kata Perintah Kata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk memberikan perintah, suruhan, ajakan, keinginan, harapan, atau larangan untuk melakukan sesuatu. Contoh kata perintah ialah sila, jemput, jangan, usah, tak usah, minta, tolong, harap, mohon, mari. Kata perintah boleh dilembutkan dengan partikel –lah. Yang berikut ialah fungsi dan jenis kata perintah:

permintaan : tolong, minta, mohon, harap silaan : sila, jemput, sudi larangan : usah, jangan, tak usah ajakan : mari, ayuh pembiaran : biar

8.5.4 Kata Pembenar Kata yang digunakan untuk mengesahkan sesuatu perkara atau pernyataan. Contoh kata pembenar dalam bahasa Melayu ialah ya, benar, dan betul. Contohnya:

(21) Ya, bapa saya memang baik. (22) Benar, dia tidak bersalah. (23) Betul, merekalah yang datang tadi.

Apakah fungsi perkataan benar dan betul dalam ayat yang berikut: (1) Kejadian itu benar. (2) Laporan itu betul. (3) Pemandangan di tepi pantai itu indah benar. (4) Peninju itu kuat betul.

8.5.5 Kata Pangkal Ayat Kata pangkal ayat ialah kata yang berada di bahagian awal ayat yang berfungsi untuk melancarkan idea dan ayat-ayat dalam wacana. Kata pangkal ayat banyak terdapat dalam bahasa klasik. Contoh kata pangkal ayat ialah hatta, maka, kalakian, syahdan, alkisah, arakian, sebermula, adapun dan sebagainya.

(24) Hatta istana itu pun siaplah. (25) Maka hari pun malam. (26) Arakian, baginda berangkatlah ke peraduan. (27) Kalakian berlakulah permusuhan antara pembesar-pembesar

Kata Tugas| 164

Bolehkah kata pangkal ayat ini dianggap sebagai penanda wacana? Berikan alasan anda.

8.6 Kata Prafrasa dan Kata Pascafrasa Kata prafrasa dan kata pascafrasa ialah perkataan yang terletak di hadapan atau selepas frasa, sama ada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. Kata prafrasa terdiri daripada kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata sendi nama, kata arah, kata bilangan dan kata adverba. Namun, kata penguat, kata penegas dan kata adverba boleh hadir selepas frasa, dan bertugas sebagai kata pascafrasa.

8.6.1 Kata bantu Kata bantu ialah perkataan yang memberi keterangan tentang sesuatu perbuatan atau kata kerja. Kata bantu dapat dianggap sebagai sejenis kata adverba juga, maka ada ahli bahasa memasukkannya ke dalam golongan kata adverba. Kata bantu hadir sebelum frasa. Selain itu, kata bantu juga bertugas membantu frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contohnya:

(28) Pekerja itu telah pulang. (FK) (29) Awak harus cepat. (FA) (30) Maizura akan ke sana. (FSN)

Kata bantu terbahagi kepada dua jenis berdasarkan maknanya, iaitu:

(a) Kata bantu ragam Kata bantu ragam menerangkan kemahuan atau perasaan orang bercakap berkait dengan perbuatan yang dilakukan. Antara kata bantu ragam adalah seperti: boleh, mesti, ingin, hendak, enggan, patut, mungkin, dapat, mahu, harus dll. Contohnya dalam frasa:

boleh datang mesti memberi perhatian ingin berderma hendak tidur enggan membantu patut datang

mungkin makan dapat pulang mahu belajar harus berwaspada.

Kata Tugas| 165

(b) Kata bantu aspek Kata bantu aspek menerangkan perbezaan masa dilakukan, sama ada masa itu belum berlaku, masih berlaku atau telah berlaku. Contohnya:

Masa belum berlaku : akan bermain, belum bersiap Masa sedang berlaku : sedang tidur, mula bergerak, masih membaca, tengah memasak (tengah hanya sesuai dalam bahasa lisan), sedang bersiap Masa telah berlaku : telah berkerja, sudah mandi, pernah berguru, baru tiba

Kata bantu aspek dan kata bantu boleh digunakan bersama-sama. Bina lima ayat dengan menggunakan kedua-dua kata bantu tersebut secara serentak.

8.6.2 Kata penguat Kata penguat ialah perkataan yang digunakan bersama-sama kata adjektif, yang berfungsi untuk memberi tekanan maksud pada kata adjektif. Sesetengah ahli bahasa memasukkan kata penguat ke dalam golongan kata adverba kerana kata penguat menerangkan kata adjektif. Ada tiga jenis kata penguat, iaitu:

(a) kata penguat hadapan (berada di hadapan kata adjektif dan tidak boleh dipindahkan ke belakang kata adjektif). Contohnya: terlalu pandai, paling baik, agak selesa, cukup mahal, makin kaya, kurang manis, lebih dalam

(b) belakang (berada di belakang kata adjektif).

Contohnya: baik sekali, lambat benar, indah nian, hodoh betul

(c) bebas (letaknya boleh di hadapan atau di belakang kata adjektif). Contohnya: amat rajin atau rajin amat, sangat bersih atau bersih sangat, dan sungguh murah atau

murah sungguh

Apakah jenis kata tugas yang hadir dengan kata penguat seperti yang dicondongkan? (1) Penjelasan itu sudah amat jelas. (2) Kedatangannya masih awal sangat. (3) Buah mangga itu belum masak benar. (4) Kedatangannya masih awal sangat.

Kata Tugas| 166

8.6.3 Kata penegas Kata penegas dikenali juga sebagai partikel atau kata penyerta. Kata penegas berfungsi untuk menekankan bahagian-bahagian ayat tertentu. Dua kata penegas boleh digunakan dalam ayat untuk menegaskan lagi ayat. Ada dua jenis kata penegas iaitu kata penegas yang menegaskan maksud perkataan yang bercantum dengannya, dan kata penegas yang menegaskan subjek dan predikat.

(a) kata penegas yang menegaskan maksud perkataan yang bercantum dengannya Kata penegas jenis ini menegaskan frasa predikat apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu mengalami penyongsangan. Kata penegas jenis ini ialah –lah, -kah, dan -tah. Contohnya:

(31) Dialah yang datang. (32) Siapakah yang datang? (33) Apatah daya kita.

(b) kata penegas yang menegaskan subjek dan predikat. Kata penegas jenis ini memberikan penekanan pada bahagian subjek atau predikat. Kata penegas jenis ini ialah pun, lagi, memang, hanya, juga, jua, sahaja dan saja Contohnya:

(34) Kami juga ingin bermain. (juga menekankan subjek) (35) Kami ke sana juga. ( juga menekankan predikat) (36) Memang lelaki itu bapa Mastura. (memang menekankan subjek) (37) Ayah Jamal memang sudah meninggal (memang menekankan predikat) (38). Dia lagi belum bangun tidur. (lagi menegaskan subjek) (39) Adik belum bangun lagi. (lagi menegaskan predikat) (40) Hanya Ali belum datang.(hanya menegaskan subjek) (41) Yang tidak perlu pun dibelinya juga.(pun menegaskan subjek dan juga

menegaskan predikat)

Nyatakan bahagian ayat yang ditegaskan oleh kata penegas dalam ayat yang berikut. (1) Ainon hanya datang jika dijemput. (2) Ketua mereka pun datang, tentu sekali pekerja-pekerjanya adakan datang juga. (3) Hanya Munirah seorang yang hadir dalam majlis itu.

Kata Tugas| 167

8.6.4 Kata nafi Kata nafi ialah kata yang digunakan untuk menafikan sesuatu. Kata nafi hadir sebelum frasa predikat, dan menjadi unsur frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Ada dua kata nafi, iaitu bukan, dan tidak.

Kata nafi bukan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi (42)-(43). Kata nafi tidak menafikan frasa kerja dan frasa adjektif (44)-(45).

(42) Shukri bukan polis. (43) Anis bukan ke sekolah. (44) Saya sudah tidak merokok. (45) Baju itu tidak mahal.

Namun begitu, kata nafi bukan boleh berada di depan frasa kerja atau frasa adjektif dalam ayat majmuk yang membawa makna “pertentangan” seperti yang berikut:

(46) Saya tidak membeli buku. (46a) Saya bukan membeli buku tetapi membeli pen. (47) Baju itu tidak hitam. (47a) Baju itu bukan hitam tetapi kelabu.

8.6.5 Kata pemeri Kata pemeri dalam Tatabahasa Dewan (2008) ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau penghubung antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Ada dua jenis kata pemeri iaitu ialah dan adalah. Kata pemeri ialah digunakan apabila predikatnya terdiri daripada frasa nama, dan digunakan untuk menyampaikan maksud persamaan atau ekuatif. Dalam hal ini, subjek dan predikat boleh bertukar tempat. Contohnya:

(48) Mamalia ialah haiwan berdarah sejuk. (48a) Haiwan berdarah sejuk ialah mamalia. (49) Sintaksis ialah bidang yang mengkaji ayat. (49a) Bidang yang mengkaji ayat ialah sintaksis.

Kata Tugas| 168

Kata pemeri adalah pula digunakan untuk ayat yang predikatnya frasa nama, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Selain itu, adalah digunakan untuk memberikan huraian atau penjelasan tentang subjek. Contohnya:

(50) Kangar adalah ibu negeri Perlis. (frasa nama) (51) Peristiwa itu adalah benar. (frasa adjektif) (52) Usaha gigih adalah penting untuk berjaya. (frasa adjektif) (53) Bungkusan itu adalah untuk anak yatim. (frasa sendi nama)

8.6.6 Kata sendi nama Kata sendi nama ialah perkataan yang berfungsi sebagai kata depan sesuatu perkataan atau kumpulan perkataan yang tergolong sebagai kata nama atau frasa nama. Kata sendi juga boleh hadir di depan kata kerja dan kata adjektif.

Dari segi bentuk, kata sendi nama boleh dalam bentuk kata akar, gabungan kata akar, dan kata

terbitan. Contohnya: (a) kata sendi nama dalam bentuk kata akar. Contohnya: dari, ke, di, oleh, untuk, pada, serta, seperti

(b) kata sendi nama dalam bentuk gabungan kata akar. Contohnya: dari + pada daripada, ke + pada kepada, dari + hal darihal

(c) kata sendi nama daripada kata terbitan. Contohnya: sebagai, menurut, selain, terhadap, bagaikan, mengenai, berkenaan, menerusi

Ada beberapa kata sendi nama yang dapat menganggotai golongan kata yang lain apabila ditinjau

dari segi penggunaannya dalam ayat. Perkataan yang dicondongkan selain sebagai kata sendi, berfungsi juga sebagai golongan kata yang lain. Contohnya:

(54) Saya tidak tahu akan perkara itu. (kata sendi) (55) Saya akan pergi ke sana. (kata bantu) (56) Hadiah ini untuk ibu. (kata sendi) (57) Sukar bagi Ali untuk membuat keputusan. (kata hubung)

Kata Tugas| 169

Sementara itu, terdapat pula kata kerja yang dapat berfungsi sebagai kata sendi. Contohnya:

(58)Cerita itu mengenai kekejaman perang. (59) Mereka mengemukakan cadangan melalui jurucakap mereka. (60) Idea-idea tersebut dikumpulkan menerusi beberapa rencana. (61) Menurut Islam, manusia berasal daripada tanah.

Kehadiran kata sendi nama dalam ayat mempunyai makna tertentu. Antara makna yang didukung oleh kata sendi ialah:

(i) tempat

di (Murad berada di rumah.) ke (Sabarudin ke masjid) dari (Nasir pulang dari pejabat.) antara (Maryam duduk di antara Siti dengan Mei Lin.) pada (Lembu Ramasamy diikat pada batang pokok kelapa.)

(ii) peruntukan

bagi (Derma bagi mangsa gempa bumi sedang dipungut.) untuk (Hadiah ini untuk Anis.)

(iii) cara atau kesertaan

dengan (Hanif datang dengan Hazim.)

(iv) pelaku

oleh (Kuih itu dibuat oleh Asiah.)

Kata Tugas| 170

(v) waktu atau masa

ke ( Suzana sentiasa taat pada suaminya ke saat ini.) dari (Dia belum datang dari tadi.) sejak (Mereka di sana sejak semalam.) pada (Adawiah ada di sana pada pagi tadi.) hingga (Maizurah belajar hingga larut malam.) dalam (Pekerjaan ini akan selesai dalam beberapa hari lagi.)

(vi) hal

tentang/mengenai (Ahli forum berbincang tentang/mengenai masalah remaja.) terhadap (Aluminium hidroksida mempunyai kuasa jerapan terhadap kotoran.) perihal (Mereka berbincang perihal bola sepak Piala Dunia.) akan (Anis sayang akan ibunya.) daripada (Akhirnya kami terlepas daripada segala kesulitan itu.)

(vii) milik

daripada (Ucapan daripada Perdana Menteri perlu kita hayati.)

(viii) punca atau asal kejadian

daripada (Meja itu dibuat daripada kayu.)

(ix) perbandingan

seperti (Hati budak itu keras seperti batu.) laksana (Pemuda itu berlagak laksana jutawan.) daripada (Muaz lebih baik daripada Kamal.) dengan (Baju Hajar sama dengan baju Kharsiah.)

Kata Tugas| 171

(x) tujuan dan kekhususan

untuk (Mereka ke sini untuk berbincang.) demi (Patuhilah disiplin sekolah demi keharmonian sekolah.)

(xi) arah

(xii) sasaran

ke ( Mereka berjalan ke sekolah) dari (Maisarah menyapu sampah dari sudut kanan bilik itu.)

kepada (Berikan makanan itu kepada kucing.)

Ada kata sendi terdiri daripada kata berimbuhan. Kata berimbuhan itu pada asalnya ialah kata kerja tetapi berfungsi sebagai kata sendi kerana berada di depan kata nama atau frasa nama. Kata sendi dalam (66)-(67) menunjukkan rujukan, manakala dalam (68) tentang perantaraan. Kata sendi mengenai dalam ayat (66) juga dapat bertukar ganti dengan kata sendi tentang.

(62) Cerita itu mengenai kekejaman perang. (63) Mereka mengemukakan cadangan melalui jurucakap mereka.. (64)Menurut Islam, manusia berasal daripada tanah.

Bagi ayat (69)-(71), kata berimbuhan yang dicondongkan itu bukanlah kata sendi tetapi kata kerja kerana kata tersebut menunjukkan perbuatan yang dilakukan, selain ayat itu dapat dipasifkan.

(65) Bola itu mengenai palang gol. (66) Kami melalui jalan yang sunyi itu. (67) Anak itu menurut saja cakap bapa.

Yang berikut antara contoh penggunaan kata sendi nama yang berasal daripada kata berimbuhan dan makna yang didukung oleh kata sendi tersebut.

Kata Tugas| 172

(68)Jangan mengambil tindakan mengikut nafsu. (Makna ”mengikut”) (69)Kereta itu bergerak menuju utara. (Makna ”arah”) (70)Kakak akan pulang dari Mesir menjelang hari raya. (Makna ”masa”) (71)Selain pegawai dilarang masuk. (Makna “kecuali”) (72) Seluruh dunia gempar ketika peristiwa Tsunami. (Makna ”semua”) (73)Budak itu sungguh bijak semasa kecil. (Makna ”masa”) (74)Pokok bunga ditanam sepanjang jalan ke istana. (Makna ”menyeluruh”) (75)Kami melantik Ali sebagai ketua. (Makna ”menjadi”) (76)Gadis itu cantik bagaikan bidadari. (Makna ”seperti”) (77)Kita tidak boleh main-main terhadap guru itu. (Makna ”sasaran”)

Bagaimanakah anda dapat membezakan penggunaan perkataan dengan dan kerana dalam ayat yang berikut sebagai kata sendi dan kata hubung? 1. Munirah datang ke kampung saya dengan bas. 2. Munirah datang ke kamoung saya dengan menaiki bas. 3. Saya datang kerana dia. 4. Saya datang kerana saya dijemput.

8.6.7 Kata arah Kata arah sering berpasangan dengan kata sendi bagi menunjukkan ciri arah atau jurusan. Kedudukan kata arah dalam frasa ialah selepas kata sendi dan sebelum frasa nama. Antara contoh kata arah ialah dalam, atas, sekitar, belakang, depan, bawah, antara, sisi, penjuru, sudut, selatan, hadapan, tengah dan sebagainya. Contohnya:

(78)Buku itu di dalam laci. (79)Beg itu di atas meja. (80)Mereka berjalan di sekitar kampung. (81) Abang pulang dari luar negara. (82) Kereta api itu menuju ke utara Semenanjung Malaysia.

Kata Tugas| 173

Apakah fungsi perkataan yang dicondongkan dalam ayat yang berikut? a. Pokok rambutan ada di belakang rumah. b. Belakang parang jika diasah akan menjadi tajam juga. c. Rumah Salman di tepi sungai itu. d. Dia mengoyak-ngoyakkan tepi kain itu.

8.6.8 Kata bilangan Kata bilangan adalah kata yang digunakan untuk menghitung jumlah bagi sesuatu. Yang dihitung itu boleh sesuatu kata nama konkrit atau kata nama abstrak. Dari segi bentuk, kata bilangan boleh terdiri daripada kata asal, seperti: lima, dua puluh, lima ratus, suku, semua, ramai, banyak; kata terbitan, seperti sekalian, seluruh, setengah, pertama, ribuan, ketiga; atau kata ganda, seperti tiap-tiap, segala-gala, masing-masing, berpuluh-puluh, beberapa, sesetengah.

Terdapat enam jenis kata bilangan, iaitu (i) kata bilangan tentu, (ii) kata bilangan tak tentu, (iii) kata

bilangan pecahan, (iv) kata bilangan pisahan, (v) kata bilangan himpunan, dan (vi) kata bilangan tingkat.

(i) Kata bilangan tentu Kata bilangan tentu atau bilangan kardinal ialah kata bilangan yang telah ditentukan jumlahnya. Jumlah tersebut adalah nombor atau angka dalam matematik, yang tidak termasuk di dalamnya pecahan. Misalnya: satu, dua, tiga, sepuluh, dua puluh, satu ratus, dua ratus, seribu, sejuta dan sebagainya.

(83) Kami ke Melaka satu hari saja. (84) Polis menangkap dua orang perompak. (85) Pelajar di kolej itu mencecah lima ribu orang.

(ii) Kata bilangan tak tentu Kata bilangan tak tentu ialah kata bilangan yang tidak ditentukan atau tidak jelas jumlahnya. Antara contoh kata bilangan tak tentu adalah seperti banyak, para, sebahagian, sebilangan, setengah-setengah, semua, sekalian, beberapa, seluruh, sesuatu, setengah-setengah, segenap, pelbagai dan sebagainya. Contohnya:

(90) Para pelajar diingatkan supaya hadir di majlis itu. (91) Beberapa acara diadakan pada pesta itu. (92) Semua peserta perlu mendaftarkan diri. (93) Sedikit garam diperlukan untuk menjadikan masakan itu enak. (94) Saya tidak memerlukan banyak pembantu dalam melaksanakan projek itu.

Kata Tugas| 174

(iii) Kata bilangan pecahan Kata bilangan pecahan merupakan kata bilangan yang mengandungi pecahan. Kata bilangan pecahan boleh dalam bentuk pecahan seperti suku, setengah, separuh, setengah, atau memakai per- bersama- sama bilangan, seperti tiga perempat (3/4), satu perseribu (1/1000), sepertiga (2/3). Contohnya:

(95) Separuh pelajar di dalam kelas itu tidak membuat latihan. (96) Dia menjawab soalan itu selama suku jam. (97) Bapa memperuntukkan tiga perempat daripada pendapatannya untuk

simpanan.

(iv) Kata bilangan pisahan Kata bilangan pisahan dibentuk dengan cara mengulang kata bilangan. Misalnya, masing-masing, tiap-tiap dan setiap. Contohnya:

(98) Masing-masing ada pendapat yang tersendiri. (99) Tiap-tiap manusia akan menemui kematian. (100) Setiap ahli perlu membayar yuran.

(v) Kata bilangan himpunan Kata bilangan himpunan ialah bentuk bilangan yang dihimpunkan atau dikumpulkan dalam jumlah yang banyak atau besar. Bentuk kata bilangan ini kebanyakannya mempunyai awalan ber- atau ke- yang digandingkan bersama-sama kata ganda, atau dengan akhiran –an sahaja. Contohnya berpuluh-puluh, beratus-ratus, kedua-dua, kelima-lima.

(101) Negara itu telah dijajah beratus-ratus tahun lamanya. (102) Ketiga-tiga orang gadis itu anak Pak Mat. (103) Remaja belasan tahun didapati suka melepak. (104) Ribuan penonton membanjiri dataran tersebut.

Kata bilangan himpunan yang berawalan ber- yang digandingkan bersama-sama kata ganda mendukung makna yang sama dengan kata bilangan himpuan yang berakhiran –an. Contohnya, beratus- ratus, beribu-ribu, berjuta-juta sama makna dengan ratusan, ribuan, jutaan.

(vi) Kata bilangan tingkat Kata bilangan tingkat merujuk kepada urutan atau kedudukan. Kata bilangan tingkat mengandungi awalan ke-, kecuali satu yang menggunakan per- iaitu pada perkataan pertama. Kata bilangan tingkat secara pilihan boleh didahului oleh kata yang. Contohnya:

Kata Tugas| 175

(105) Anis mendapat tempat kedua dalam perlumbaan itu. (106) Maizurah merupakan anak yang kelima Suzana. (107) Hazim anak yang pertama Sabarudin.

8.6.9 Kata adverba Kata adverba merupakan salah satu jenis kata tugas. Huraian mendalam tentang kata adverba telah dibincangkan dalam unit 7. Sila rujuk pada unit 7.

8.7 Kata Pascakata Kata pascakata ialah kata yang hadir dan melekat selepas perkataan. Bentuk kata tersebut ialah –nya, yang dapat berfungsi sebagai penekan dan pembenda.

8.7.1 Kata Penekan Kata penekan ialah kata yang memberi penekana kepada kata yang bergabung dengannya. Contohnya:

(108) Sesungguhnya, pengorbaan perlu jika ingin berjaya. (109) Bahawasanya setiap rakyat perlu mempertahankan negaranya. (110)Cuaca nampaknya semakin gelap.

8.7.2 Kata Pembenda Kata pembenda berfungsi untuk menukar golongan kata yang bukan kata nama sebagai kata nama. –nya yang mendukung fungsi pembenda ini kerap menduduki subjek ayat. Contohnya:

(111) Lajunya ialah 100 km sejam. (112) Dia berhujah dengan lantangnya. (113) Datangnya secara mendadak. (114) Tingginya ialah 5 kaki.

Senaraikan perkataan yang menerima –nya sebagai kata pembenda, dan kata penekan. i. Usah ditangisi pemergiannya kerana sesungguhnya Tuhan lebih menyayanginya. ii. Indahnya pemandangan di tepi tasik itu menyebabkan dia lazimnya ke situ untuk

menenangkan fikirannya.

Kata Tugas| 176

KATA KUNCI

1. kata minor 2. kata major 3. kata tugas 4. tugas sintaksis

PENILAIAN KENDIRI

1. Senaraikan perkataan yang boleh berfungsi sebagai kata sendi dan kata hubung dalam ayat. dengan sudah seperti selain melalui kerana merupakan berkenaan untuk bahawa yang jika

2. Pilih ayat yang mengandungi kata arah. Kemudian, garisi kata arah tersebut. a. Ramai dalam kalangan kawannya memasuki universiti. b. Buku itu ada di dalam beg. c. Bas itu menuju ke selatan Johor. d. Kamal berdiri di hadapan orang itu. e. Gadis itu datang dari luar negara. f. Dalam hal ini, kita semua bersetuju. g. Mereka berbincang antara adik-beradik. h. Rumah Ali terletak di antara masjid dengan sekolah.

3. Senarai kata penguat, kata bantu dan kata penegas daripada perkataan di bawah. sungguh sangat akan pernah agak sahaja mahu sekali dapat sedang benar sekali memang lagi juga masih

4. Nyatakan jenis kata bilangan bagi perkataan yang berikut: berdua-dua segala kebanyakan sebahagian keempat-empat berguni-guni separuh setiap sesetengah seperempat masing-masing setiap

Kata Tugas| 177

5. Kenal pasti kata tugas dalam ayat yang berikut, dan nyatakan jenis kata tugas tersebut.

Ali sudah agak lama berpindah di bandar, namun dia masih terkenang akan kampung halamannya.

RUJUKAN

Abdullah Hassan. (2006). Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Ahmad Khair Mohd Nor. (2011). Persoalan Tatabahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Ahmad Khair Mod Nor. (2002). Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors.

Arbak Othman. (1984). Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana (M) Sdn. Bhd.

Asraf. (1989). Petunjuk Bahasa Malaysia Baku. Kuala Lumpur: Sasbadi Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor. (2008). Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd.

Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) 2000. Pelita Bahasa Melayu Penggal 1-III Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Imbuhan Asing dalam Bahasa Melayu| 178

UNIT 9 IMBUHAN ASING DALAM BAHASA MELAYU

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit, anda diharapkan dapat: 1. mengetahui bentuk-bentuk imbuhan asing 2. menyenaraikan imbuhan asing dalam bahasa Melayu 3. menggunakan imbuhan asing dalam pertuturan dan penulisan dengan betul

9.0 Pengenalan Pada unit yang lalu, kita telah mempelajari jenis, bentuk dan makna imbuhan yang terdapat dalam bahasa Melayu. Dalam unit ini, kita akan mempelajari imbuhan asing yang telah dipinjam oleh bahasa Melayu untuk menampung kemasukan bentuk-bentuk kata pinjaman.

Ada dua cara imbuhan asing ini dipinjam, iaitu dengan cara imbuhan asing itu diterima

sepenuhnya, atau dengan diubah suai imbuhan asing itu mengikut sistem tatabahasa bahasa Melayu. Terdapat tiga golongan imbuhan asing dalam bahasa Melayu, iaitu:

(i) imbuhan Sanskrit (ii) imbuhan Arab-Parsi (iii) imbuhan Inggeris

9.1 Awalan Pinjaman

9.1.1 Awalan Sanskrit

(I) Bentuk awalan Sanskrit Awalan Sanskrit terdiri daripada maha-, tata-, pra-, swa-, tuna-, eka-, dwi-, tri-,pasca, dan panca. Kata dasar yang bergabung dengan awalan tersebut tidak mengubah bentuk imbuhan atau ejaan. Semua awalan Sanskrit membentuk kata nama.

Imbuhan Asing dalam Bahasa Melayu| 179 (II) Makna awalan Sanskrit (a) pra- membawa pengertian ‘sebelum.’ Contohnya:

prasejarah, prauniversiti, prakata (b) pasca- membawa pengertian ‘selepas’. Contohnya:

pascasiswazah, pascakolonial, pascamerdeka (c) tata- membawa pengertian ‘peraturan atau susunan.’ Contohnya:

tatabahasa, tatanegara, tatatertib (d) maha- membawa pengertian ‘tahap yang paling tinggi.’ Contohnya:

mahaguru, mahasiswa, maharani maha juga dapat diikuti oleh kata adjektif. Dalam hal ini, kata maha bukanlah imbuhan tetapi sebagai satu kata yang tersendiri, dan penulisannya hendaklah dijarakkan. Contohnya: maha besar, maha agung, maha mulia

(e) swa- membawa pengertian ‘sendiri.’ Contohnya:

swadaya, swasta, swalayan (f) tuna- membawa pengertian ‘tiada atau tidak mempunyai.’ Contohnya:

tunakarya (penganggur), tunakarna (tuli), tunawisma (tiada

Imbuhan Asing dalam Bahasa Melayu| 180 (g) Awalan eka-, dwi-, tri-, dan panca- mendukung makna ‘bilangan’, iaitu eka- (satu), dwi- (dua), tri- (tiga) dan panca (lima). Contohnya:

ekabahasa, dwibahasa, tribulan, pancaindera 9.1.2 Awalan Arab-Parsi

(I) Bentuk awalan Arab-Parsi Awalan bi- apabila bergabung dengan kata dasar tidak melibatkan apa-apa perubahan. Terdapat hanya satu awalan Arab-Parsi, iaitu bi-, dan membentuk kata adjektif.

(II) Makna awalan bi- Awalan bi- membawa pengertian ‘tidak.’ Contohnya:

bilazim, binormal, biadab 9.1.3 Awalan Inggeris (I) Bentuk awalan Inggeris Awalan Inggeris terdiri daripada pro-, sub-, supra-, anti-, poli-, dan auto-. Kata dasar yang bergabung dengan awalan tersebut tidak mengubah bentuk imbuhan atau ejaan. Awalan pro- dan anti- membentuk kata adjektif, manakala sub-, supra-, poli- dan auto- membentuk kata nama.

(II) Makna awalan Inggeris (a) pro- membawa pengertian ‘bersetuju, memihak atau menyebelahi sesuatu pihak.’. Contohnya:

prokerajaan, propembangkang, probarat (b) sub- membawa pengertian ‘sebahagian’. Contohnya:

subtajuk, subbidang, subgolongan (c) supra- membawa pengertian ‘melebihi atau mengatasi.’ Contohnya:

suprasegmen, supranasional, suprakategori

Imbuhan Asing dalam Bahasa Melayu| 181

(d) anti- membawa pengertian ‘menentang, melawan atau membantah.’ Contohnya:

antikerajaan, antisosial, antikemajuan

(e) poli- membawa pengertian ‘banyak.’ Contohnya:

politeknik, poliklinik, polisemi

(g) auto- membawa pengertian ‘secara bersendirian.’ Contohnya:

automatik, autonomi, autograf

9.2 Akiran Pinjaman

9.2.1 Akhiran Sanskrit

(I) Bentuk akhiran Sanskrit

Akhiran yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit ialah -wan, -man, -wati,dan -nita. Semua akhiran ini membentuk kata nama.

(II) Makna akhiran Sanskrit

(a) –wan dan -man membawa pengertian ‘pakar, pelaku, pekerjaan atau tugas.’ Contohnya:

seniman, budiman, ilmu(w)an

(b) -wati, -nita membawa pengertian ‘jantina yang merujuk kepada wanita.’ Contohnya:

seniwati, angkasawati, biduanita

Imbuhan Asing dalam Bahasa Melayu| 182

9.2.2 Akhiran Arab-Parsi

(I) Bentuk akhiran Arab-Parsi Akhiran Arab-Parsi terdiri daripada –wi, -i, -iah, -in, -at, dan –ah. Akhiran –in, -at dan –ah membentuk kata nama, manakala akhiran –wi, –i, -iah membentuk kata adjektif.

(II) Makna akhiran Sanskrit (a) -in, -at dan –ah membawa pengertian ‘jantina.’ Contohnya:

-in merujuk kepada lelaki, misalnya muslimin, hadirin, munafikin

-at dan –ah merujuk kepada perempuan, seperti muslimat, munafikat, hadirat, qariah, salihah

(b) –wi, –i, dan -iah membawa pengertian ’sifat atau ciri seperti yang terkandung dalam kata dasar.” Contohnya:

sejarahwi, duniawi, azali, abadi, lahiriah, ilmiah

9.2.3 Akhiran Inggeris (I) Bentuk akhiran Inggeris Akhiran Inggeris antara yang produktif terdiri daripada –isme, -ik, –is dan –logi, dan membentuk kata nama.

(II) Makna akhiran Inggeris (a) -isme membawa pengertian ‘fahaman.’ Contohnya:

kapitalisme, realisme, nasionalisme, komunisme

(b) -ik membawa pengertian ‘bidang kajian.’ Contohnya:

fonemik, saintifik, linguistik

Imbuhan Asing dalam Bahasa Melayu| 183

(c) -is membawa pengertian ‘orang yang mempunyai atau mengeluarkan.’ Contohnya:

cerpenis, ekonomis, kritis, sistematis

(d) –logi membawa pengertian ’bidang ilmu.’ Contohnya:

psikologi, meteorologi, biologi, teknologi

KATA KUNCI 1. Imbuhan 2. Imbuhan Arab-Parsi 3. Imbuhan asing 4. Imbuhan Inggeris 5. Imbuhan pinjaman 6. Imbuhan Sanskrit

PENILAIAN KENDIRI

1. Senaraikan imbuhan asing yang lain yang tidak terdapat dalam modul ini. Berikan makna bagi imbuhan tersebut.

Awalan : Makna : Akhiran Makna:

2. Mengapakah bahasa Melayu meminjam imbuhan asing dalam membentuk perkataan?

Imbuhan Asing dalam Bahasa Melayu| 184

RUJUKAN

Abdullah Hassan. (2006). Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Ahmad Khair Mohd Nor. (2007). Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Asmah Hj. Omar. (2009). Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor. (2008). Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd.

Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 185

UNIT 10 KESALAHAN BAHASA DAN PENGEDITAN TEKS

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit, anda diharapkan dapat: 1. mengetahui konsep kesalahan bahasa 2. mengesan dan membetulkan kesalahan morfologi dalam petikan 3. mengedit petikan untuk dijadikan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran tatabahasa

10.0 Pengenalan

Manusia menggunakan bahasa untuk berkomunikasi, sama ada secara lisan atau tulisan. Dalam menggunakan bahasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan atau kesilapan. Namun begitu, kita perlu belajar daripada kesalahan yang dilakukan. Untuk tujuan tersebut, pelajar harus tahu dan perlu diberitahu tentang kesalahan bahasa yang dilakukan. Hal ini demikian kerana pembetulan kesalahan merupakan satu bentuk maklum balas kepada pelajar tentang penguasaan bahasa mereka.

10.1 Konsep Kesalahan Bahasa

Kesalahan bahasa ialah penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan yang telah dipersetuji bersama. Ini bermakna bahawa kesalahan berlaku kerana ketidakfahaman atau kejahilan seseorang terhadap tatabahasa yang dipelajarinya.

Di sekolah, kesalahan bahasa berlaku dalam kalangan pelajar yang sedang menguasai bahasa pertama dan bahasa kedua. Seorang penutur asli itu pada dasarnya sudah pun menguasai sistem bahasanya sewaktu kecil. Apabila penutur asli ini menggunakan sesuatu bentuk yang lain secara tekal, maka mereka juga melakukan kesalahan bahasa.

Kesalahan bahasa dalam kalangan pelajar yang hendak menguasai bahasa kedua pula berlaku

kerana individu berkenaan masih belum mampu menguasai seluruh sistem bahasa kedua yang dipelajarinya. Ini bermkana bahawa pelajar tersebut tidak mempelajari bentuk bahasa yang betul. Sehubungan dengan itu, analisis kesalahan merupakan satu proses menganalisis yang didasarkan kepada kesalahan pelajar dalam proses penguasaan selok-belok bahasa.

Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 186

Apakah perbezaan antara kesalahan bahasa dan kesilapan bahasa? Berikan dua contoh bagai kedua- duanya.

10.2 Tujuan Analisis Kesalahan

1. Analisis kesalahan merupakan sumber maklumat yang amat bernilai kepada guru. Analisis kesalahan memberikan maklumat tentang kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pelajar, mengenal pasti jenis- jenis kesalahan serta mencari punca kesalahan tersebut. Maklumat-maklumat tersebut dapat membantu guru membetulkan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pelajar.

2. Analisis kesalahan juga membantu guru bahasa untuk mengetahui keberkesanan teknik pengajaran mereka. Guru juga dapat mengenal pasti bahagian-bahagian sukatan pelajaran yang belun berjaya diajarkannya secara berkesan dan sempurna. Analisis ini akan membantu seseorang guru membuat keputusan sama ada meneruskan pengajaran tajuk baharu ataupun mengajar semula aspek yang telah diajarnya dengan membuat pengubahsuain teknik dan pendekatan pengajarannya.

3. Analisis tentang kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar dapat memberikan maklumat yang berguna kepada guru-guru tentang aspek kesalahan yang memerlukan aktiviti-aktiviti pemulihan. Maklumat-maklumat seperti ini boleh dijadikan titik permulaan bagi guru-guru untuk memberi perhatian kepada aspek-aspek yang memerlukan peneguhan yang lebih. Dengan itu, masa dan tenaga tidak akan terbuang begitu sahaja untuk mengajar aspek-aspek yang kurang menimbulkan masalah dalam kalangan pelajar.

4. Dari aspek teori pula, analisis kesalahan dapat membantu ahli bahasa menentukan kesahihan teori-teori yang diterapkan untuk pengajaran bahasa.

10.3 Jenis Kesalahan Bahasa

Kesalahan bahasa boleh berlaku pada mana-mana peringkat pengajaran bahasa, tetapi biasanya seseorang guru lebih mudah mengukur atau mengetahui kesalahan bahasa pelajarnya daripada hasil karangan atau tulisan mereka. Kesalahan bahasa dalam penggunaan bahasa Melayu dapat dilihat dari beberapa aspek, seperti ejaan, tanda baca, fonologi, intonasi, morfologi, sintaksis, dan semantik. Dalam modul ini, aspek kesalahan morfologi akan diberikan huraian dan penjelasan.

Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 187

10.4 Kesalahan Ejaan

(i) Kata berakhiran –i Kesalahan penggunaan akhiran –ki bagi menggantikan akhiran –i pada kata dasar yang berakhir dengan huruf k. Contohnya:

memasukki sepatutnya memasuki menaikki sepatutnya menaiki mendudukki sepatutnya menduduki

(ii) Kata berakhiran –an Kesalahan ejaan terjadi apabila akhiran –kan digunakan pada kata nama terbitan yang kata dasarnya berakhir dengan huruf k. Contohnya:

banyakkan ( X ) kebanyakan ( √ ) galakkan ( X ) galakan ( √ ) penyemakkan ( X ) penyemakan ( √ )

(iii) Awalan pinjaman Kesalahan ejaan berlaku apabila awalan pinjaman seperti pra-, dwi, pro-, dan anti- dieja terpisah daripada kata dasar, atau dengan sempang. Contohnya:

pra kata atau pra-kata ( X ) prakata ( √ ) dwi tahunan atau dwi-tahunan ( X ) dwitahunan ( √ ) pro pembangkang atau pro-pembangkang ( X ) propembangkang ( √ ) anti sosial atau anti-sosial ( X ) antisosial ( √ )

(iv) Kesalahan tidak merangkaikan awalan pinjaman dengan kata dasar yang bermula dengan huruf besar bagi kata nama khas dengan tanda sempang. Contohnya:

Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 188

Pro Amerika ( X ) anti Israel ( X ) pro-Amerika ( √ ) anti-Israel ( √ )

(v) Menjarakkan penulisan kata ganti diri singkat (kau, mu dan ku). Contohnya:

(1) *Jawapan yang kau berikan itu tepat. Jawapan yang kauberikan itu tepat.

(2) *Kerja itu sudah ku siapkan. Kerja itu sudah kusiapkan.

(3) *Ambillah pemberian ku ini. Ambillah pemberianku ini.

(4) *Aku bertemu dengan sahabat mu tadi. Aku bertemu dengan sahabatmu tadi.

(vi) Kata mu dan nya yang digunakan bagi mengganti nama Tuhan tidak ditulis dengan huruf besar di pangkal kata itu serta tidak diberi tanda sempang.

(5) *Daripadanya kita datang, kepadanya kita kembali. Daripada-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali.

(6) *Berikanlah hidayatmu kepadaku, ya Allah. Berikanlah hidayat-Mu kepadaku, ya Allah.

10.5 Kesalahan Pengimbuhan Tidak mengetahui bentuk sesuatu kata yang betul dan tepat oleh pengimbuhan a. Kesalahan penggunaan awalan meN-. Contohnya:

mempastikan ( X ) memastikan ( √ ) memerhatikan ( X ) memperhatikan ( √ ) mengenepikan ( X ) mengetepikan ( √ ) mengkagumkan( X ) mengagumkan ( √ )

Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 189

b. tidak mengetahui perubahan makna sesuatu kata oleh pengimbuhan. Contohnya:

(7) *Kakak mengambil bapa segelas air. Kakak mengambilkan bapa segelas air.

(8) *Lim menaikkan bendera sambil menyanyi lagu Negaraku. Lim menaikkan bendera sambil menyanyikan lagu Negaraku.

(9) *Sampah-sarap mengotorkan kawasan di belakang rumah. Sampah-sarap mengotori kawasan di belakang rumah.

c. kata adjektif sebagai kata dasar bagi kata terbitan yang berawalan rangkap memper- disertai akhiran –kan. Contohnya:

memperlebarkan jalan ( X) memperlebar jalan ( √ ) memperbesarkan bilik ( X ) memperbesar bilik ( √ )

10.6 Kesalahan Penggandaan (i) menjamakkan kata ganda yang membawa makna jamak. Contohnya:

(10) *Pepohon-pepohon yang rendang terdapang di sepanjang jalan. Pepohon yang rendang terdapang di sepanjang jalan.

(11) *Beberapa banyak dedaun kering bertaburan di jalan itu. Dedaun kering bertaburan di jalan itu.

(ii) menggunakan kata sangat/amat dan saling bagi kata ganda yang sudah membawa makna sangat atau makna saling. Contohnya:

(12) *Rambut lelaki itu amat kusut-masai kerana baru bangun tidur.

Rambut lelaki itu kusut-masai kerana baru bangun tidur.

Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 190

(13) *Pelumba-pelumba motosikal itu saling potong-memotong di lebuh raya. Pelumba-pelumba motosikal itu saling memotong di lebuh raya.

(iii) terdapat dua kata ganda berimbuhan

(14) *Adik menggaru-garu kepalanya berkali-kali apabila disoal oleh bapa.

Adik menggaru-garu kepalanya apabila disoal oleh bapa.

(iv) tidak meletakkan tanda sempang bagi kata ganda kerana keliru antara kata ganda dengan kata majmuk. Contohnya:

serta merta ( X ) serta-merta ( √ ) saudara mara ( X ) saudara-mara ( √ )

10.7 Kesalahan Pemajmukan Ejaan kata majmuk yang salah. Contohnya:

kaki tangan ( X ) kakitangan ( √ ) tanggung jawab ( X ) tanggungjawab ( √ ) urusetia ( X ) urus setia ( √ ) aturcara ( X ) atur cara( √ )

10.8 Kesalahan Kata Ganti Nama (i) penggunaan “beliau” untuk orang yang tidak dihormati dan untuk binatang. Contohnya:

(15) *Beliau ditangkap kerana mengedarkan dadah. Dia/Ia ditangkap kerana mengedarkan dadah.

Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 191

(ii) penggunaan “dia” dan “mereka” untuk binatang dan benda. Contohnya:

(16) *Kucing itu sakit. Ia/dia asyik tidur. Kucing itu sakit. Kucing itu asyik tidur.

(17) *Barang-barang ini berat. Mereka tidak terangkat oleh saya. Barang-barang ini berat, tidak terangkat oleh saya.

(iii) Mengulang kata ganti diri ketiga yang membawa maksud jamak. Contohnya:

(18) *Mereka-mereka itu jiran saya. Mereka itu jiran saya.

(iv) Menggandingkan kata ia dengan nya untuk membentuk ianya. Contohnya:

(19) *Udara penting kepada manusia kerana ianya diperlukan untuk pernafasan. Udara penting kepada manusia kerana diperlukan untuk pernafasan.

(v) Menyamakan kata ganti tak tentu dengan kata ganti tanya. Contohnya:

(20) *Apa yang diberitahukannya itu tidak benar. Apa-apa yang diberitahukannya itu tidak benar.

(21) *Pilihlah yang mana kamu suka. Pilihlah yang mana-mana kamu suka.

(22) *Siapa yang menceroboh akan didakwa.

Siapa-siapa yang menceroboh akan didakwa.

10.9 Kesalahan Kata Bilangan (i) Kata bilangan tentu didekatkan sekaligus dengan kata bilangan pecahan. Contohnya:

dua suku jam ( X ) dua jam suku ( √ ) satu setengah tahun ( X) satu tahun setengah ( √ )

Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 192

(ii) Kata bilangan tak tentu yang sudah membawa makna jamak diulang. Contohnya:

para-para pelajar ( X ) para pelajar (√ )

(iii) Mengulang kata nama am yang diletakkan sesudah kata bilangan yang membawa maksud jamak. Contohnya:

dua orang pelajar-pelajar ( X ) dua orang pelajar (√ ) semua pekerja-pekerja ( X ) semua pekerja (√ ) setiap peserta-peserta ( X ) semua peserta (√ ) ribuan peminat-peminat ( X ) ribuan peminat (√ )

(iv) Kata bilangan tak tentu, kata bilangan himpunan dan kata bilangan pisahan disingkatkan. Contohnya:

setengah ( X ) sesetengah/setengah-setengah (√ ) kedua ( X ) kedua-dua (√ ) berbagai ( X ) berbagai-bagai (√ )

(v)Tidak menggandakan kata bilangan himpunan yang berawalan ke-. Contohnya:

(22) *Kedua orang itu guru. Kedua-dua orang itu guru.

(vi) Kata bilangan himpunan tidak diikuti oleh penjodoh bilangan. Contohnya:

(23) *Ketiga-tiga anak Pak Mat berkelulusan universiti. Ketiga-tiga orang anak Pak Mat berkelulusan universiti.

10.10 Kesalahan Penjodoh Bilangan (i) Penjodoh bilangan digunakan untuk kata nama abstrak. Contohnya:

sebuah kehidupan ( X ) satu kehidupan (√ ) beberapa buah pendapat ( X ) beberapa pendapat (√ )

Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 193

(ii) Penjodoh bilangan digunakan dengan beberapa kata bilangan tertentu, yang sepatutnya tidak perlu disertai dengan penjodoh bilangan. Contohnya:

setiap orang pelajar ( X ) setiap pelajar (√ ) seluruh buah negeri ( X ) seluruh negeri (√ )

10.11 Kesalahan Kata Kerja

(i) Menggugurkan awalan pada kata kerja tak transitif. Contohnya:

(24) *Dia senyum kepada saya. Dia tersenyum kepada saya.

(25) *Jangan lompat di situ. Jangan melompat di situ.

(26) *Dia tanya kepada saya. Dia bertanya kepada saya.

(ii) Menggugurkan awalan pada kata kerja transitif. Contohnya:

(27) *Dia sedang baca buku. Dia sedang membaca buku.

(28) *Kamal tendang bola itu. Kamal menendang bola itu.

10.12 Kesalahan Kata Adjektif Kata penguat yang menunjukkan darjah kepalingan digunakan serentak pada kata adjektif. Contohnya:

(29) *Ravi paling tinggi sekali di kelas nya. Ravi paling tinggi di kelas nya. Ravi tinggi sekali di kelas nya.

(30) *Baju-baju di butik itu amat cantik sekali. Baju-baju di butik itu amat cantik. Baju-baju di butik itu cantik sekali.

Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 194

10.13 Kesalahan Kata Tugas 10.13.1 Kata hubung (i) Menggunakan kata yang bukan jenis kata hubung sebagai kata hubung. Contohnya:

(31) *Novel itu adalah karangan A. Samad Said yang mana dikarang ketika beliau di luar negeri. Novel itu adalah karangan A.Samad Said yang dikarang ketika beliau di luar negeri.

(32) *Seperti mana yang kita ketahui, majlis ini diadakan untuk mengutip derma. Seperti yang kita ketahui, majlis ini diadakan untuk mengutip derma.

(ii) Perkataan daripada golongan kata yang lain digunakan sebagai kata hubung. Contohnya:

(33) *Dia pulang bila hari sudah senja. Dia pulang apabila hari sudah senja.

(34) *Ali datang lambat sebab ketinggalan bas. Ali datang lambat kerana ketinggalan bas.

(iii) Menggunakan dua kata hubung serentak. Contohnya:

(35) *Jika sekiranya tidak dirawat, penyakitnya tidak akan sembuh. Jika sekiranya tidak dirawat, penyakitnya tidak akan sembuh.

(36) *Laporan itu perlu dihebahkan agar supaya masyarakat akan tahu. Laporan itu perlu dihebahkan agar masyarakat akan tahu. Laporan itu perlu dihebahkan supaya masyarakat akan tahu.

10.13.2 Kata Sendi (i) Kata sendi di atau kepada digunakan pada tempat ke. Contohnya:

(37) *Gelas itu dihempaskannya di/kepada tanah. Gelas dihempaskannya ke tanah.

(38) *Ali sudah berpindah di Ipoh. Ali sudah berpindah ke Ipoh.

Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 195

(ii) Kata sendi ke atau frasa sendi ke atas digunakan pada tempat kepada. Contohnya:

(39) *Buku itu dipulangkan ke pustakawan. Buku itu dipulangkan kepada pustakawan.

(40) *Sikapnya yang buruk itu meninggalkan kesan yang buruk kepada adiknya. Sikapnya yang buruk itu meninggalkan kesan yang buruk ke atas adiknya.

(iii) Kata sendi daripada digunakan pada tempat dari. Contohnya:

(41) *Saya datang daripada Johor. Saya datang dari Johor.

(42) *Kami menunggu Ali daripada pukul dua. Kami menunggu Ali dari pukul dua.

(iv) Kata sendi dari digunakan pada tempat daripada. Contohnya:

(43) *Hadiah ini dari abang. Hadiah ini daripada abang.

(44) *Kasut ini dibuat dari kulit. Kasut ini dibuat daripada kuli

(v) Kata sendi dengan digunakan pada tempat oleh. Contohnya:

(45) *Kami tertarik dengan keindahan pantai itu. Kami tertarik oleh keindahan pantai itu.

(vi) Kata sendi di dan dengan digunakan pada tempat pada. Contohnya:

(46) *Para nelayan tidak ke laut di musim tengkujuh. Para nelayan tidak ke laut pada musim tengkujuh.

(47) *Nota itu ada dengan Ali. Nota itu ada pada Ali.

Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 196

(vii) Kata nama atas digunakan pada tempat pada. Contohnya:

(48) *Hidupnya masih bergantung atas orang tuanya. Hidupnya masih bergantung pada orang tuanya.

(viii) Pengunaan di dalam di hadapan kata nama abstrak. Contohnya:

(49) *Perkara itu perlu dihebahkan di kalangan masyarakat. Perkara itu perlu dihebahkan dalam kalangan masyarakat.

(ix) Penggunaan dua kata sendi berurutan dalam ayat. Contohnya:

demi untuk negara ( X ) demi negara ( √ ) untuk negara ( √ ) mengenai dengan hal itu ( X ) mengenai hal itu ( √ )

(x) Kata pemeri a. Kata pemeri hadir bersama-sama kata nafi. Contohnya:

(50) *Arahan itu adalah bukan untuk semua pelajar.

Arahan itu bukan untuk semua pelajar.

b. Kata pemeri hadir di hadapan ayat. Contohnya:

*Adalah dimaklumkan bahawa … Dimaklumkan bahawa …

c. Penggunaan kata pemeri di depan frasa kerja. Contohnya:

(51) *Novel itu adalah ditulis oleh A. Samad Said. Novel itu ditulis oleh A. Samad Said.

Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 197

10.14 Bentuk Lewah dalam Bahasa Dalam Kamus Dewan (1989), maksud lewah ialah berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dan sebagainya yang tidak perlu (misalnya perkataan yang digunakan dalam ayat). Oleh itu, lewah dapat dianggap sebagai unsur bahasa yang memperlihatkan keadaan yang berlebih-lebih, yang selalunya melibatkan penambahan atau pengulangan unsur yang sudah pun ada, dan pada hakikatnya tidak diperlukan lagi. Sama ada disedari atau tidak, amalan tersebut ternyata tidak seiring dengan tatabahasa bahasa Melayu dan wajar dibetulkan. Yang berikut merupakan antara contoh lewah dalam bahasa.

(52) *Syarikat itu memperolehi keuntungan yang besar pada tahun ini. Syarikat itu memperoleh keuntungan yang besar pada tahun ini.

(53) *Razak sedang memperbaiki kerosakan motokarnya. Razak sedang membaiki kerosakan motokarnya.

(54) *Ibu bapa sanggup bekerja keras demi untuk masa depan anak-anak. Ibu bapa sanggup bekerja keras demi masa depan anak-anak.

(55) *Pasangan itu saling percaya-mempercayai antara satu sama lain.. Pasangan itu saling mempercayai/percaya mempercayai antara satu sama lain.

(56) *Pelajar itu dapat berucap di hadapan khalayak ramai dengan baik. Pelajar itu dapat berucap di hadapan khalayak dengan baik.

(57) *Kos perbelanjaan untuk membina bangunan itu dibiayai kerajaan. Kos untuk membina bangunan itu dibiayai kerajaan.

(58) *Kebanyakan para pelajar mahir menggunakan komputer. Kebanyakan pelajar mahir menggunakan komputer.

(59) *Pada waktu dan ketika ini, sokongan ibu bapa amat diperlukan. Pada waktu ini, sokongan ibu bapa amat diperlukan.

(60) *Para-para guru berkhidmat dengan dedikasi. Para guru berkhidmat dengan dedikasi.

Berikan beberapa contoh kelewahan dalam morfologi, dan buatkan pembetulannya.

Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 198

10.15 Pengeditan Teks Sebagai guru, anda seharusnya sudah dapat mengesan kesalahan bahasa yang terdapat dalam bahan bercetak. Anda boleh memanfaatkan pelbagai teks bertulis untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun, anda perlu terlebih dahulu mengedit teks itu supaya bebas daripada kesalahan bahasa. Yang berikut merupakan contoh perenggan yang diedit dari aspek morfologi.

Walaupun usaha untuk menggalakan pelajar agar menyertai aktiviti ko kurikulum telah dijalankan, namun terdapat segelintir pelajar-pelajar yang tidak berminat untuk menyertainya. Mereka lebih berminat untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang tidak berfaedah, terutama lepak di pusat beli belah. Selain dari itu, terdapat juga ibu bapa yang beranggapan yang aktiviti ko kurikulum membuang masa. Mereka tidak menyedari yang aktiviti ko kurikulum dapat melahirkan pelajar yang serba boleh. Dengan berbuat demikian juga, pelajar tidak berpeluang untuk menyertai aktiviti yang boleh merosakkan masa depan mereka. Secara tidak langsung, pelajar dapat menjauhkan diri dari bahaya dadah. Dari aspek yang lain pula, masalah anti-sosial di dalam kalangan pelajar dapat dielakkan. Dengan perkataan lain, aktiviti ko kurikulum banyak mendatangkan faedah dalam pembentukan jati diri pelajar.

Pembetulan

Walaupun usaha untuk menggalakkan pelajar agar menyertai aktiviti kokurikulum telah dijalankan, namun terdapat segelintir pelajar yang tidak berminat untuk menyertainya. Mereka lebih berminat untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang tidak berfaedah, terutama lepak di pusat beli-belah. Selain itu, terdapat juga ibu bapa yang beranggapan bahawa aktiviti kokurikulum membuang masa. Mereka tidak menyedari hawa aktiviti kokurikulum dapat melahirkan pelajar yang serba boleh. Dengan berbuat demikian juga, pelajar tidak berpeluang untuk menyertai aktiviti yang boleh merosakkan masa depan mereka. Secara tidak langsung, pelajar dapat menjauhkan diri daripada bahaya dadah. Dari aspek yang lain pula, masalah antisosial dalam kalangan pelajar dapat dielakkan. Dengan lain perkataan, aktiviti kokurikulum banyak mendatangkan faedah dalam pembentukan jati diri pelajar.

Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 199

KATA KUNCI

1. kesalahan bahasa 2. kesilapan bahasa

PENILAIAN KENDIRI

1. Kenal pasti kesalahan morfologi dalam petikan yang berikut. Kemudian berikan sebab kesalahan dan pembetulannya.

Dewasa ini, kes cetak rompak yang melibat rakyat negara ini berlaku secara berleluasa. Selain daripada cakera padat, bahan-bahan bertulis, khususnya buku turut juga di cetak rompak. Walau pun usaha membanteras kegiatan ini telah dijalankan, namun masalah tersebut tidak juga berkurang. Kegiatan yang dilakukan oleh mereka ini tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa. Oleh hal yang demikian, kita perlu mengenalpasti faktor-faktor ini berlaku di negara kita agar supaya masaalah tersebut tidak menghantui kepada rakyat negara ini.

2. Kenal pasti kesalahan morfologi dalam ayat yang berikut, dan buat pembetulannya. i. Perokok tegar akan berusaha untuk memberhentikan tabiat yang merugikan ini apabila

menyedari yang kos untuk membeli rokok terlalu tinggi sekali. ii. Langkah kerajaan menaikkan cukai rokok dilihat sebagai pendekatan yang baik ke arah

mengwujudkan masyarakat yang sihat sekaligus membendung gejala ini di kalangan remaja.

3. Cari satu perenggan dalam apa-apa petikan. Kemudian, kenal pasti kesalahan morfologi, nyatakan sebab kesalahan dan buatkan pembetulannya. (Sebaik-baiknya dalam perenggan itu mengandungi antara 5 hingga 6 kesalahan.)

Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 200

RUJUKAN

Ahmad Khair Mohd Nor (2011). Persoalan Tatabahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd.

Ahmad Khair Mohd Nor (2007). Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka

Salam Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor. (2008). Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna Edisi

Baharu. Kuala Lumpur: Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd.